Hukuman berat bukan penyelesaian masalah mat rempit
- Dec 16, 2013
- HARAKAHDAILY
Sebaliknya, beliau berkata masalah mat rempit pada masa ini perlu diteliti bagi menghasilkan pelan tindakan menghapuskan gejala itu di peringkat awal dan penawar berkesan yang berperikemanusiaan bagi 'memulihkan' remaja yang terjebak dengan gejala berkenaan.
Katanya, penyelidikan berterusan yang dijalankan Perkasa mendapati mereka yang terlibat dengan gejala mat rempit, majoritinya berumur antara 15 hingga 35 tahun dan tidak lagi bersekolah atau menghadapi masalah di sekolah.
"Peranan ibu bapa dalam mendidik penting dalam menghapuskan gejala ini pada peringkat awal, tetapi dalam kajian itu ada juga ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan terpaksa membanting tulang siang malam hingga anak mereka terabai hingga terjebak dalam gejala mat rempit," katanya ketika ditemui Bernama pada Seminar Keselamatan Jalan Raya di sini baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau berkata menghapuskan masalah mat rempit di peringkat awal terletak kepada usaha bagaimana keluarga itu membentuk hubungan erat antara anggota keluarga mereka.
Rozmi berkata bagi menghasilkan penawar berkesan untuk remaja yang terlibat dalam masalah itu, semua pihak perlu melihat perkara ini pada kaca mata mat rempit itu sendiri dan menyelami isi hati mereka.
Beliau berkata majoriti mat rempit ini akan meninggalkan tabiat buruk ini pada usia 35 tahun dan jika kita berjaya menghapuskan gejala ini pada peringkat awal, maka generasi pelapis rempit akan terus terhapus.
"Kajian juga mendapati mat rempit ini sukakan perkara mencabar, jadi melalui program Perkasa itu kita beri pada mereka, kita alihkan adrenalin mereka kepada aktiviti lasak seperti memanjat gunung dan merakit di jeram, melalui cara ini Perkasa dapat memulihkan 99 peratus daripada mat rempit yang menyertai program kami," katanya.
Ditanya tentang cadangan meletakkan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain kepada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Rozmi sama sekali tidak menyetujui cadangan itu.
"Kita kena lihat daripada konteks mat rempit ini, kerana mereka terlibat terdiri daripada kalangan belia, baru nak hidup dah tertulis rekod jenayah jadi ini akan menggelapkan masa depan mereka...benar mereka salah tetapi saya percaya penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan diperlukan.
"Mereka ini manusia juga, kalau sudah ada rekod jenayah nanti macamana mereka nak sambung belajar, kerja atau buat apa sahaja pada masa depan bila mereka memilih jalan yang betul...cadangan itu seakan menutup jalan kepada mereka," katanya. - Bernama
Sumber HD - 16-12-2013
Bayi perempuan ditemui di belakang rumah di Puchong
- Dec 14, 2013
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira 12.10 tengah malam tadi oleh seorang wanita yang tinggal berhampiran.
"Wanita itu terdengar bunyi tangisan bayi tanpa henti antara pukul 11.30 malam hingga 12.10 malam. Dia lalu menjenguk dari tingkap dapur rumahnya dan mendapati seorang bayi di belakang rumahnya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata wanita itu kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang dan keadaannya dilapor stabil.
Abdul Razak berkata pihak polis turut menemui sehelai sarung bantal yang terdapat kesan darah. - Bernama
Sumber HD - 14-12-2013
No comments:
Post a Comment