Jom tandatangan bantah barang naik
- Jan 11, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
SHAH ALAM: Jingga 13 Malaysia hari ini melancarkan kempen 1 juta tandatangan bagi membantah tindakan kerajaan yang menaikan harga minyak termasuk tarif elektrik sehingga berlakunya berlakunya rantaian kenaikan barang keperluan yang lain.
Kempen yang bermula di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diperluaskan ke seluruh negara sehingga bulan Mac nanti.
Timbalan Koordinatornya, Amizudin Ahmat menjelaskan Jingga 13 amat perihatin terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Katanya, atas keperihatinan tersebut tandatangan yang berjaya dikumpul ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berserta dengan memorandum sebagai tanda desakkan rakyat atas kesulitan yang mereka hadapi.
"Bermula hari ini kita memulakan kempen 1 juta tandatangan rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga barang.
"Kempen ini akan berterusan ke seluruh negara dan berakhir di Sabah pada bulan Mac nanti, ke semua tandatangan yang berjaya kita kumpul akan diserahkan kepada kerajaan berserta dengan memorandum bantahan," jelasnya pada sidang media.
Menurut beliau kempen ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan.
"1 juta tandatangan adalah menunjukkan protes rakyat dan kita mahu kerajaan tahu apa yang ditentang oleh rakyat akibat keputusan tersebut.
"Kita akan terus bertemu dengan rakyat dan meminta sokongan mereka melalui tandatangan agar usaha murni bantahan kenaikan harga barang ini berjaya," sambung beliau.
Menurutnya lagi, selain daripada tandatangan yang dikumpulkan secara bertemu dengan rakyat, mereka yang ingin menyertai bantahan tersebut secara dalam talian di http://change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik.
Jelas beliau, Jingga 13 akan terus mendesak kerajaan di bawah Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan segala kenaikan kos sara hidup ini dan lebih memahami kesusahan yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan berantai.
Sumber HD - 11-1-2014
Polis siasat Mufti Perak kes ‘bughah’ - KPN
- Jan 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan di Bukit Aman hari ini bahawa Harussani telah ditemubual oleh polis tentang komen beliau itu.
"Sebarang kenyataan yang dianggap sebagai ugutan kepada keselamatan negara akan disiasat secara mendalam, tak kiralah siapa yang membuat kenyataan itu," katanya.
Beliau menidakkan kenyataan bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang boleh mengugut keselamatan negara.
"Kita menyiasat semua orang tetapi rakyat hanya berminat kepada sesetengah pihak sahaja," Kata Khalid kepada media.
Harussani ketika mengulas Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka 31 Disember lepas berkata, peserta himpunan ini adalah 'bughah' atau penderhaka kepada kerajaan.
Oleh itu katanya, darah mereka adalah halal.
Ekoran itu, pelbagai pihak membantah fatwa seumpama itu termasuk Dewan Ulama PAS dan juga Bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin.
Sumber HD - 10-1-2014
Himpunan Turun: Pengerusi SMM dipanggil polis
- Jan 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, antara keempat-empat NGO yang dinamakan oleh polis yang terlibat dalam penganjuran himpunan Turun pada 31 Disember lalu ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).
Setakat ini, ujarnya tiada maklumat orang lain yang dipanggil oleh polis selain beliau.
“SMM menyifatkan tindakan ini sebagai ingin memadamkan momentum protes rakyat terhadap kenaikan harga barang dan menakutkan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, himpunan ini adalah himpunan rakyat, penganjurnya juga adalah rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.
“Himpunan yang dah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang ingin mereka sebenarnya,” katanya lagi.
Sumber HD - 9-1-2014
Sedikit pencerahan terhadap kekeliruan isu 'bughah'
- Jan 08, 2014
- AHMAD FADHLI SHAARI
"Dalam kes Abu Bakar al-Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didukung oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.."
Di sini saya kira Mufti Perak agak keliru di dalam usahanya untuk mewajarkan tindakan memerangi golongan yang disifatkan bughah sekalipun tidak mempunyai kekuatan senjata (syaukah). Wajar diingatkan bahawa Saidina Abu Bakar al-Siddiq memerangi golongan yang tidak mengeluarkan zakat ialah kerana mereka menganggap zakat itu tidak wajib. Justeru, mereka telah dianggap sebagai murtad kerana menafikan salah satu daripada kewajipan Rukun Islam. Inilah yang dinyatakan oleh Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
لَأُقَاتِلَنَّ مَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ فَإِنَّ الزَّكَاةَ حَقُّ الْمَالِ وَاللَّهِ لَوْ مَنَعُونِي عَنَاقًا كَانُوا يُؤَدُّونَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَاتَلْتُهُمْ عَلَى مَنْعِهَا
yang bermaksud: “Sesungguhnya aku akan (tetap) memerangi orang yang membezakan antara (kewajipan) Solat dan Zakat, kerana sesungguhnya Zakat itu adalah hak harta. Demi Allah! Sekiranya mereka menegah aku (mengambil zakat) sekadar ‘inaq (seekor anak kambing betina) yang pernah mereka tunaikannya pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, nescaya aku akan memerangi mereka disebabkan tegahan itu.” - Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 2: 507, No: 1335 dan 6: 2538, 2657, No: 6526 dan 6855.
Dalam hal ini, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
ولا بد مع هذا من الإيمان بجميع ما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم كما جاء في الرواية الأخرى لأبي هريرة.
Maksudnya: “Tidak dapat tidak, bersama (ucapan syahadah) ini mesti beriman dengan semua perkara yang dibawa oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana ia datang dalam riwayat yang lain oleh Abu Hurairah” - An-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, Al-Minhaj Fi Syarh Sahih Muslim Ibn Al-Hajjaj, Dar Ihya' At-Turath Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1991, 1: 203.
Ertinya menyatakan zakat tidak wajib ialah murtad. Inilah asas yang diambil oleh Abu Bakar RA sebelum membuat keputusan untuk memerangi golongan yang tidak mengeluarkan zakat yang kemudiannya menjadi ijma para sahabat. Ia tidak ada kaitan dengan persoalan 'syaukah' ataupun 'tidak'. Adakah Harussani ingin menyamakan golongan yang menyertai himpunan TURUN sebagai murtad sehingga wajib diperangi sebagaimana zaman Abu Bakar RA?
Saya harap Harussani lebih banyak melakukan siasatan sebelum membuat pelbagai dakwaan. Dalam hal ini pengalaman Harussani sebagai anggota polis cawangan khas Bukit Aman mungkin boleh membantu.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Sumber HD - 8-1-2014
Bughah: PAS Batu buat laporan polis
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Batu hari ini turut tampil membuat laporan polis terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berikutan kenyataan beliau yang melabelkan peserta himpunan Turun 31 Disember lalu sebagai 'Bughah' (penderhaka) dan dihalal darah mereka.
Laporan hari ini diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Ishak Surin dibuat di balai polis Sentul di sini.
Laporan serupa kemudian dibuat oleh dewan-dewan kawasan itu termasuk Dewan Pemuda, Muslimat dan juga Urusan Ulamak.
Bagi Ketua Urusan Ulamak Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya, kenyataan mufti itu mengelirukan kerana tidak disertakan hujah dan bukti yang jelas yang boleh menunjukkan peserta himpunan itu sebagai 'bughah'.
"Itu adalah satu kenyataan yang tidak ilmiah dan tersasar daripada garis panduan seorang mufti untuk mengeluarkan fatwa atau sebarang hukum", katanya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Batu, Nurul Islam Mohamed Yusoff turut menyifatkan kenyataan Harussani itu sebagai fatwa songsang yang berbahaya.
"Kami mengklasifikasikan kenyataan beliau itu sebagai penyelewengan fatwa dan sangat bahaya kerana boleh mencetuskan kekacauan", katanya.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Ustazah Salbiah Abdul Wahab pula berkata, sebagai seorang mufti, Harussani sepatutnya bertindak sebagai pembela agama dan rakyat yang ditindas bukan membela kerajaan yang zalim.
Sumber HD - 7-1-2014
Penjelasan Harussani isu ‘bughah’ dan ‘halal darah’
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “bughah” dan demonstrasi.
Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemik dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.
Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.
Nasihat dan peringatan
Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud:
“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…”.
Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.
Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan Ansar. (Tafsir Ibn Juza)
Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab Nihayatul Muhtaj.
Dalam kes Abu Bakar al-Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.
Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.
Larangan memberontak
Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar”. Sahabat bertanya,“ Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah”.
Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.
“Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud)
Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.” (HR Imam Ahmad)
Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai”.
Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.
Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.
Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.
Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW:
Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.
Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini, ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan realiti semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.
Sumber HD - 7-1-2014
Bughah: Peserta Turun rasa terancam, buat laporan polis
- Jan 06, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
IPOH: Seorang peserta Himpunan Turun hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini kira-kira pukul 3.00 petang bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.
Khamisah Abdul Hamid, 55, berkata, kenyataan Harussani itu telah mengancam keselamatan keseluruhan ahli keluarganya yang menyertai himpunan itu.
Menurutnya, ramai yang mengetahui akan kehadiran mereka memandangkan tersiar gambar mereka di himpunan itu di dada-dada akhbar.
"Kami sekeluarga rasa diancam dengan kenyataan Mufti Perak itu, kami terpaksa melalui kehidupan yang tidak tenteram selepas fatwa itu dikeluarkan.
"Darah kami dianggap halal untuk dibunuh, ianya adalah satu kenyataan yang menggalakkan berlakunya keganasan termasuklah pembunuhan," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Dalam pada itu, Dr Raja Iskandar ketika ditemui berkata, fatwa songsang yang dikeluarkan oleh Harussani sangat tidak bertanggungjawab, merbahaya dan telah melanggar kepentingan awam.
Menurutnya, ianya mengundang kepada berlakunya hasutan yang mendorong kepada terjadinya keganasan hatta pembunuhan oleh kerana kenyataannya bahawasanya darah peserta himpunan itu adalah halal.
"Beliau yang berjawatan Mufti negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat boleh salah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa.
"Ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai sedangkan tidak ada didalam mana-mana peruntukan undang undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu," katanya.
Tegas beliau, pihak polis diharap dapat membuat satu siasatan yang terperinci tentang kenyataan itu demi kepentingan awam kerana ianya berunsur hasutan ke arah melakukan keganasan.
Sumber HD - 6-1-2014
YB DMO :
https://www.youtube.com/watch?v=UpgXwn7yB1Q
Prof tenggelam dalam buku, tidak faham sengsara rakyat
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kenyataan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Amini Amir Abdullah semalam mengenai Himpunan Turun dilihat menyebelahi parti pemerintah dan bersifat mengampu.
“Sangkaan saya benar walaupun bertaraf profesor, tidak mustahil jika mereka tidak memahami kesengsaraan rakyat,” ujar Pengarah Mobilisasi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Abdul Malik Abdul Razak sebagai respons kepada kenyataan itu.
Menurutnya, mungkin dengan kehidupan yang mewah dan tenggalam dalam dunia buku menjadikan mereka golongan yang teori dan tidak memahami nadi jerit perih rakyat.
“Saya kira rakyat jelas bahawa kedatangan mereka ke himpunan bukan untuk menyertai konsert di Dataran Merdeka tapi berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup,” katanya lagi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
1. Kenyataan Dr. Amini Amir menyebelahi parti pemerintah dan bersifat mengampu. Sangkaan saya benar walaupun bertaraf profesor, tidak mustahil jika mereka tidak memahami kesengsaraan rakyat. Mungkin dengan kehidupan yang mewah dan tenggalam dalam dunia buku menjadikan mereka golongan yang teori dan tidak memahami nadi jerit perih rakyat.
2. Saya kira rakyat jelas bahawa kedatangan mereka ke himpunan bukan untuk menyertai konsert di Dataran Merdeka tapi berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup. Tidak timbul isu Gerakan Turun Kos Sara Hidup - TURUN mengambil peluang dan menjadi oportunis untuk menumpang kehadiran orang ramai ke Dataran Merdeka bagi meraikan kehadiran tahun baharu.
3. Beliau menyatakan perhimpunan haram itu bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka. Saya kira pensyarah tidak membaca kenyataan Saudara Azan Safar yang telah menafikan bahawa Gerakan Turun Kos Sara Hidup tidak terlibat dalam rempuhan polis dan membuat kekacauan di Dataran Merdeka.
Majoriti rakyat bersama dengan TURUN di luar Dataran Merdeka untuk menunggu detik menjelangnya tahun 2014, tahun sengsara rakyat.
4. Beliau menyatakan bahawa orang muda tidak terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, bagi saya ianya satu pandangan yang cukup dangkal.
Walaupun anak muda yang masih berada dikampus, mereka juga terkesan. Mereka juga pakai motor atau kereta, kedua-duanya guna minyak, minyak juga akan naik. Mereka juga membeli makanan di cafe, makanan juga naik. Mereka juga menetap di kolej kediaman yang menggunakan eletrik dan tarif eletrik naik dan yuran kolej juga naik.
Anak muda yang saya kira 'fresh graduated' lagi terkesan jika hidup di bandaraya Kuala Lumpur, dengan gaji permulaan yang masih cukup-cukup makan dan ditambah bebanan tanggungan anak, isteri, kereta dan rumah akan memberi tekanan kepada mereka dengan kenaikan ini.
Mungkin Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia ini dengan pendapatan puluhan ribu tidak terkesan tapi rakyat marhaen cukup terkesan.
5. Beliau mendakwa bahawa himpunan ini tiada aktiviti atau agenda jelas yang dihidangkan kepada pengikut yang hadir. Beliau harus memahami bahawa konsep himpunan ini ialah himpunan aman. Konsepnya juga 'Duduk dan Bantah'. Ucapan-ucapan dari wakil NGO, parti politik dan anak muda mengisi ruangan masa bagi menanti detik-detik jam 12 malam. Himpunan ini juga diakhiri dengan bacaan doa dan laungan 'Merdeka Rakyat'.
6. Beliau juga mencadangkan supaya skim kawalan harga barang perlu diperluaskan kepada lebih banyak barang dan tidak hanya terhad kepada barang sedia ada atau ketika musim perayaan sahaja.
Pendapat saya, skim kawalan barang wajar diperketatkan sekiranya peniaga menaikkan tanpa had. Namun persoalan utama yang harus difahami ialah, kerajaan mencuri duit rakyat dengan korupsi bermaharajalela. Maka hutang negara meningkat, rakyat ditarik subsidi dan berlakunya kenaikan kos sara hidup. Pelik kerajaan menyalahkan rakyat menaikkan harga atas kesalahan kerajaan mencuri duit rakyat dan berbelanja boros. Satu sikap tidak adil jika mahu mengawal harga.
Selesaikan root problem dahulu, bukannya presented problem
7. Himpunan Turun Kos Sara Hidup digerakkan oleh mahasiswa. Mereka tiada kepentingan, bahkan mereka bersama dengan pejuang keadilan dalam membanteras kezaliman. Himpunan ini adalah himpunan rakyat dan didominasi oleh anak muda. TURUN juga telah melarang bendera parti politik dikibarkan dan menjemput semua NGO dan parti politik untuk bersama. Tidak kira dari PR atau UMNO kerana UMNO juga adalah rakyat.
Tidak timbul isu himpunan TURUN mengambil kesempatan atas kebersamaan rakyat dan bersifat oportunis untuk kepentingan pihak tertentu.
Kenyataan Dr Amini
Sumber HD - 5-1-2014
Fatwa’ Harussani: Jingga 13 buat laporan polis
- Jan 03, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Jingga 13 Malaysia hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan mereka yang hadir pada himpunan 31 Disember lalu sebagai 'bughah' iaitu penderhaka kepada kerajaan dan halal darah mereka.
Berkata kepada media, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, laporan tersebut dibuat di bawah seksyen 503 dan 505 (C) Kanun Keseksaan.
Jelasnya, Harussani wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan sebarang fatwa dan kenyataan iaitu menghasut dan mendorong untuk melakukan keganasan.
"Kita menyelar kenyataan Mufti Perak yang melebelkan para demonstran yang berhimpun pada 31 Disember sebagai penderhaka kepada kerajaan dan dihalalkan darah.
"Ia merupakan satu kenyataan yang penuh dangkal dan tidak masuk akal sebagai seorang yang bergelar mufti dan sangat memalukan.
"Malah kenyataannya itu turut dilihat menghasut dan mendorong untuk melakukan keganasan, kecederaan termasuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir pada perhimpunan aman itu," jelasnya.
Tambah beliau, pihak polis perlu mengambil tindakan tegas atas kenyataan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan suasana yang tidak diingini.
"Laporan tersebut telah diterima oleh Inspektor Khairul Rizuan dan kita harap tindakan tegas segera diambil oleh pihak polis," katanya.
Menurut beliau, Jingga 13 mendukung Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu rakyat dibenarkan untuk berhimpun dan terbukti perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan tidak berlaku kekacauan seperti yang dilabelkan oleh pihak tertentu.
"Jelas segala kenyataan pihak tertentu mengenai penggulingan kerajaan dan kekacauan hanya fitnah semata-mata," sambung beliau.
Beliau yang dalam pada itu turut menggesa agar Mufti Perak itu meletakkan jawatan dengan segera agar intitusi mufti dapat dijaga dengan lebih baik dan bukan menjadi telunjuk kepada Umno-Barisan Nasional.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang terhadap Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan Jingga 13 sebaga penganjur perhimpunan dan melebalkan sebagai usaha mengguling kerajaan, jelasnya, perkara tersebut telah pun dirujuk kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.
Sumber HD - 3-1-2014
FARIZ MUSA ( KETUA KOORDINATOR JINGGA 13 ) :
https://www.youtube.com/watch?v=SuSjpi14PCA
Siapa pengaruhi pemikiran Harussani?
- Jan 03, 2014
- ZULKIFLI YAHAYA
Perhimpunan aman yang difitnah oleh media talibarut BN sebagai Himpunan Mengguling Kerajaan diadakan di Dataran Merdeka tempat berlangsungnya sambutan tahun baru oleh kerajaan Malaysia. Di situ para artis terkinja-kinja di atas pentas, mendedahkan aurat, menari dan menyanyi lagu-lagu yang melalaikan.
Akibat himpunan aman yang diadakan itu, maka pihak penganjur kepada pesta maksiat terpaksa menghentikan persembahan mereka. Sepatutnya Harussani memilih untuk mengecam penganjuran program maksiat kerana gagal mengikut perintah Al-Quran serta mengucap tahniah kepada peserta himpunan kerana berjaya menggagalkan program maksiat. Pendirian Harussani nampaknya sudah terbalik dari ajaran Al-Quran.
Himpunan Gerakan Turun kos Sara Hidup (Turun) adalah anjuran empat buah NGO iaitu Turun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak terbabit, namun memberi sokongan terhadap himpunan aman tersebut. Para pemimpin Pakatan tidak berkempen mengerah rakyat turun ke Dataran Merdeka seperti yang dilakukan terhadap himpunan Bersih tetapi kehadiran orang ramai dianggarkan 50,000 orang.
Berkata Harussani, perhimpunan haram (mungkin maksudnya perhimpunan tanpa permit polis) bukan cara melahirkan cara tidak puas hati terhadap kerajaan sebaliknya parlimen adalah platform yang paling sesuai. Untuk pengetahuan Harussani ahli-ahli parlimen Pakatan sudah puas bercakap di parlimen perihal kenaikan kos sara hidup rakyat yang disebabkan oleh kepincangan pengurusan, keborosan kerajaan, ketirisan melalui rasuah dan penyelewengan serta sikap mengutamakan kroni daripada rakyat jelata.
Semuanya itu dilakukan oleh kerajaan BN. Namun suara Pakatan di Parlimen hanyalah sia-sia belaka. Mereka buat 'pekak badak' dan tidak ambil peduli suara pembangkang. Akibatnya rakyat biasa yang terpaksa menanggung akibat.
NGO dan parti pembangkang sudah menggunakan semua saluran yang ada. Daripada memorandum hinggalah ceramah ke seluruh negara, dari saluran alam nyata hingga saluran alam siber – semuanya susah digunakan tetapi tidak membawa apa-apa makna bagi sebuah kerajaan tua yang angkuh seperti BN.
Himpunan aman secara besar-besaran adalah kaedah terbaik menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut hak. Ia terbukti berkesan di banyak negara walaupun tanpa pertumpahan darah.
Melaluinya sebahagian rakyat yang terperap bawah tempurung ‘dipaksa’ untuk memahami isu dan rakyat yang angkuh dapat diredakan keangkuhannya. Ia juga tidak akan menyebabkan tercetusnya keganasan jika tanpa provokasi oleh pihak berkuasa.
hikmah dalam tindakan
Harussani harus memahami bahawa hikmah dalam tindakan bukan bermakna bertindak dengan lemah lembut dalam semua situasi dan realiti. Jika memotong rumput secara hikmah hanya memerlukan sebilah sabit namun untuk menebang sebatang balak ia memerlukan gergaji berkuasa besar. Tiada hikmahnya memotong balak dengan sebilah sabit.
Demikian sebuah kerajaan yang hampir separuh abad ‘menyamun dan merompak’ khazanah kekayaan negara untuk diri dan kroni sehingga rakyat terbanyak menjadi sengsara, adakah hilang hikmahnya jika rakyat berhadapan dengan penentangan berskala besar. Bolehkah Harussani redha dan menganggap segala harta milik rakyat yang dibaham atau dibazirkan adalah ketentuan Allah yang mesti dibiarkan begitu sahaja?
Saya ingin menyenaraikan hanya segelintir contoh ketirisan wang rakyat angkara pemerintah dari berbillion wang rakyat. Skandal PKFZ membabitkan RM12 bilion, skandal baik pulih kapal selam (RM500 juta), skandal NFC (RM250 juta), skandal Sime Darby (RM964 juta), skandal Paya Indah Westland (RM88 juta), skandal duit hilang Pos Malaysia (RM230 juta), pembaziran pembelian Eurocopter (RM1 bilion), stadium Terengganu runtuh (RM292 juta), kos baikpulih MRR2 (RM70 juta).
Lebihan bayaran Kementerian Belia dan Sukan (RM8.4 juta), Kompleks Sukan London (RM70 juta), baikpulih bangunan Matrade (RM120 juta), pampasan jambatan bengkok (RM257 juta), kerugian menjual Augusta (RM510 juta), royalti minyak Terengganu dari 2004-2007 yang tidak dibayar Petronas/kerajaan pusat (RM7.4 bilion), skandal Perwaja Steel (RM2.56 bilion), skandal perkakas ICT sekolah (RM2.21 bilion) dan pelbagai lagi skandal yang tidak sempat disenaraikan.
Halalkah semua penyelewengan itu?
bughah
Kalangan rakyat yang berakal tidak faham apabila Mufti Perak itu mengeluarkan fatwa bahawa peserta himpunan adalah bughah atau penderhaka terhadap pemerintah Islam yang adil.
Lebih dahsyat lagi apabila Harussani berfatwa, sepatutnya semua peserta ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari segi hukum syarak dihalalkan darah golongan bughah. Jika kerajaan tidak dapat menahan nafsu lalu mengikut fatwa beliau dan membunuh kesemua peserta himpunan, tidaklah huru hara jadinya negara ini?
Fatwa Harussani itu mungkin kerana mempercayai bulat-bulat akan fitnah yang dibuat oleh media-media talibarut BN bahawa himpunan yang diadakan itu adalah untuk menggulingkan kerajaan. Memfitnah pihak yang tidak sehaluan dengan pemerintah bukan perkara baru di Malaysia takkanlah Harussani tidak tahu.
Media-media talibarut BN padat dengan cerita bohong, fitnah dan adu domba. Adakah itu ajaran Al-Quran? Tidak salah, bahkan tepat sekali untuk melabelkan watak fasik terhadap semua media tersebut. Jika beliau mempercayai bulat-bulat laporan dari media fasik itu, maka sekali lagi tindakan mufti itu bertentangan dengan Al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat: 6)
Semoga Allah SWT menyedarkan Harussani terhadap keterlanjurannya. Dan saya juga memohon maaf dari Harussani jika terlanjur membuat ulasan yang tidak berhikmah terhadap beliau.
Sumber HD - 3-1-2013
Kos meningkat: Anak muda jadi pendesak kerajaan
- Jan 02, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Kehadiran ribuan anak muda ke himpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu membuktikan golongan ini mampu menjadi golongan pendesak yang kuat kepada kerajaan.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, isyarat yang ditunjukkan golongan muda pada malam tersebut jelas iaitu mereka berasa terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.
"Isyarat yang mereka tunjukkan dengan memakai baju hitam sebagai satu gambaran setiakawan yang saya rasa kalau kita hidupkan lagi akan menjadi kuasa pendesak yang kuat.
"Saya anggap himpunan tersebut sangat berjaya dan saya yakin isyarat sudah sampai ke Putrajaya bahawa rakyat menentang kenaikan kos sara hidup," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat berkata, tidak mustahil anak muda bersama parti politik dan NGO akan mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak bertindak secara serius bagi menurunkan kenaikan kos sara hidup.
"Kerajaan BN tak faham suara rakyat selain himpunan.
"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.
Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar juga menyatakan kesediaan yang sama.
Beliau berkata, himpunan pada 31 Disember itu hanya permulaan kepada perjuangan mereka mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi menurunkan kos sara hidup.
"Perhimpunan malam tadi hanya permulaan kepada perjuangan kita.
"Lepas ini kita akan gerakakn siri wacana dan akan pergi ke kampung-kampung bagi memberikan penerangan kepada rakyat," katanya.
Beliau juga berkata, Turun akan bersama parti politik dan NGO yang akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei depan.
"Ya, sudah tentu kita akan bersama-sama mereka untuk perhimpunan 1 Mei kerana GST merupakan isu rakyat dan pelu diperjuangkan," katanya.
Sumber HD - 2-1-2014
Penyokong Turun di Saudi turut protes kos sara hidup
- Jan 02, 2014
- AHMAD DANIAL
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Jubail, Saudi Arabia turut bersama-sama mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kenaikan kos sara hidup yang sedang dialami oleh rakyat Malaysia dan menyatakan tahun 2014 adalah merupakan tahun sengsara buat rakyat.
Solidariti untuk menyatakan protes ini bukan hanya dibuat di Malaysia malahan turut dirasai oleh rakyat Malaysia di Saudi dan di seluruh dunia untuk memberi mesej yang jelas kepada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional bahawa rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi cintakan Malaysia dan mahu melihat Malaysia mempunyai kemampanan dari segi ekonomi yang stabil pada masa akan datang.
Sekumpulan penyokong gerakan ini yang mula berkumpul pada jam 9 malam di Royal Commision, Jubail dan memegang sepanduk menyokong usaha orang ramai menyertai Turun dan segala usaha-usaha yang bakal dilakukan oleh Gerakan Turun secara demokratik untuk mengurangkan sengsara rakyat pada tahun 2014.
Tahun 2014 merupakan tahun sengsara buat rakyat kerana kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter bagi RON95, kenaikan harga gula sebanyak RM0.34 sekilogram, kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen seliter dan kesan daripada kenaikan ini akan menyebabkan seluruh harga-harga barang akan meningkat pada tahun 2014.
“Kita rakyat Malaysia di Jubail Saudi Arabia mengingatkan kerajaan supaya mengkaji semula penstrukturan kenaikan harga tol, tambang teksi dan tren, kadar taraf elektrik, dan perlaksanaan GST kerana sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal, seluruh rakyat Malaysia sama ada di dalam negara atau di luar negara akan menggembleng usaha dan tenaga untuk tidak teragak-agak menukar kerajaan pada PRU 14 yang akan datang,” ujar jurucakap Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jubail yang tidak mahu namanya disiarkan menerusi e-mel.
Beliau juga turut mengulas harga minyak di Saudi hanya 39 sen seliter bagi RON95 bebanding Malaysia RM1.90 seliter, sedangkan kedua-dua negara merupakan pengeluar minyak dan Malaysia mempunyai kualiti minyak yang lebih berkualiti daripada Saudi, tetapi menjualnya dan mengguna pakai minyak Saudi yang kualitinya lebih rendah berbanding Malaysia.
"Di Arab Saudi juga tidak mengenakan sebarang tol, malahan kerajaan Saudi telah menetapkan gaji minimum rakyat Saudi sebanyak SAR5,000 (RM4,250) berbanding Malaysia menetapkan gaji minumum sebanyak RM900, di samping mengenakan tol, GST, kenaikan harga minyak dan pelbagai-bagai lagi kenaikan harga yang tidak munasabah dikenakan oleh rakyat,” katanya.
Menurutnya, Malaysia bukan seperti Saudi yang hanya bergantung kepada minyak, Mekah dan Madinah sahaja untuk menjana pendapatan ekonomi negara, tetapi Malaysia mempunyai pelbagai hasil bumi seperti minyak, hasil tani, kelapa sawit, dan lain-lain lagi tetapi masih mengenakan cukai dan kenaikan harga yang tinggi malahan perbelanjaan negara saban tahun sentiasa defisit.
Sebab itu menurutnya, rakyat Malaysia di Jubail Saudi Arabia, mengesyaki terdapat urus tadbir yang lemah oleh kerajaan Malaysia dalam soal pengurusan harta negara dan mungkin ia berlaku disebabkan oleh pembaziran atau ketirisan yang tidak mampu dibendung oleh kerajaan.
"Sekali lagi, kami sebagai penyokong gerakan Turun di Jubail Saudi Arabia menyeru seluruh rakyat terutama anak muda supaya bangkit dan menyatakan rasa amarah kita terhadap kenaikan kos sara hidup di Malaysia yang begitu menghimpit untuk menyelamat dan melihat Malaysia yang lebih baik dalam urus tadbir ekonomi negara pada masa yang akan datang," tambahnya.
Sumber HD - 2-1-2014
Dah terkantoi, PDRM tampil mohon maaf!
- Jan 01, 2014
- http://www.ekeleh.com
Lihat di sini
Sumber HD - 1-1-2014
Tahniah rakyat, Himpunan Turun malam tadi berjaya
- Jan 01, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: “Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia, dari orang kenamaan sehingga rakyat marhaen yang telah berhimpun secara aman dan bersurai sebaik tamat sambutan Tahun baru 2014,” ujar Pengerusi Turun, Muhamad Azan Safar dalam satu kenyataan.
Beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam tadi.
Katanya, himpunan pada malam tadi, menyaksikan rakyat turun secara aman menandakan rakyat Malaysia benar-benar terbeban dengan kos sara hidup hari ini.
“Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu Negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan negara, sekaligus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan,” ujarnya.
Tambahnya, Turun juga menafikan keterlibatan dalam sebarang tindakan provokasi serta usaha yang mengganggu sambutan tahun baru malam tadi.
“Bahkan, kita turut sama mengecam usaha-usaha yang dilakukan ke arah tersebut,” ujarnya lagi.
Menurutnya, Himpunan Turun pada malam tadi hanyalah sebagai pemula kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar.
Beliau juga mengucapkan terima kasih juga kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam tadi berlangsung dengan aman.
“Tahniah buat rakyat Malaysia,” katanya.
Sumber HD - 1-1-2013
Laporan langsung Himpunan Turun
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.
Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.
Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.
Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.
Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.
Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini.
LAPORAN LANGSUNG
11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.
Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.
11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.
11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.
11.05 PM: AJK PAS PUSAT, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kali pertama himpunan sebegini diadakan pada waktu malam, dan terbukti ianya aman.
"Kita harap keadaan ini berterusan sehingga tamat himpunan," katanya ketika berucap.
11.00 PM: Difahamkan berlaku sedikit kekecohan ketika peserta mahu melepasi benteng keselamatan menuju ke Dataran sebentar tadi.
Terdapat orang ramai terhimpit. Bagaimanapun suasana kembali terkawal sejurus selepas itu selepas polis mengawal keadaan.
10.50 PM: Pengarah Juham Noorazmir Zakaria berkata, tiga talian Hotline yang disediakan pihak mereka untuk aduan kes tangkapan malam ini telah di hack oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan dari orang ramai bahawa ada menerima mesej berbaur lucah dari ketiga-tiga nombor tersebut.
Pihak tersebut juga menggunakan nombor itu untuk menyebar mesej provokasi.
"Nombor-nombor 'hotline' JUHAM 016-6346633, 016-6241133 telah diceroboh (hacked) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat bahawa sms lucah dan menghina telah dihantar melalui nombor-nombor tersebut kepada pihak ketiga.
"SILA AMBIL PERHATIAN, pihak JUHAM tidak pernah menghantar apa-apa sms kepada mana-mana pihak, nombor-nombor tersebut hanya untuk pihak JUHAM menerima sms mengenai aduan dari mana-mana pengadu sahaja," dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
10.45 PM: Pelbagai gelagat bantahan ditunjukkan peserta yang hadir malam ini. Masing-masing mereka menggunakan kreativiti tersendiri dalam menyuarakan bantahan.
10.40 PM: Himpunan Turun malam ini masih berlangsung aman. Peniaga turut mengambil peluang membuka gerai ditepi-tepi jalan.
Bagaimanapun Utusan Online melaporkan, polis menemui empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan dengan perhimpunan 'menggulingkan kerajaan' malam ini .
10.35 PM: Pihak Polis membenarkan peserta himpunan masuk ke kawasan Dataran Merdeka yang ketika ini sedang berlangsung acara konsert.
10.30 PM: Gambar menunjukkan suasana orang ramai yang berpakaian hitam di LRT Bandaraya sedang menuju ke Dataran Merdeka.
10.20 PM: Dianggarkan lebih 10,000 orang sudah berkumpul di kawasan Dataran Merdeka dan jumlah ini dijangka terus bertambah menjelang detik 12 malam ini.
Pengerusi Turun, Azan Safar turut memberikan ucapan. Beliau adalah individu yang sebelum ini ditahan pihak polis ekoran penganjuran himpunan malam ini.
10.15 PM: Sebahagian peserta mengambil tempat dengan memenuhi jalan raya di kawasan sekitar dengan dengan kawalan pihak polis.
Ada di antara mereka dilihat mengambil kesempatan bergambar dan bertegur sapa mengucapkan terima kasih kepada pihak polis.
10.10 PM: Kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sekali lagi menyampaikan ucapan kepada peserta yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
Antara lain beliau berkata, himpunan malam ini adalah himpunan mengembalikan maruah dan hak rakyat.
""Saya hadir ini bagi menghalang sebarang usaha guling kerajaan. Namun nampaknya ia berlangsung dengan aman. Syabas kepada yang hadir kerana kita dapat berhimpun dengan aman jika tiada provokasi dari pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Ratusan anggota polis serta FRU dilihat berkawal di jalan masuk ke Dataran.
10.05 PM: Dataran Merdeka- Beberapa pemimpin parti politik serta aktivis mula berucap di lokasi berdekatan dataran. Turut berucap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin.
Laungan "Turun Harga Barang,Turun Harga Minyak, Turun Harga Gula" bergema.
10.00 PM: Dataran Merdeka- Peserta himpunan dilihat semakin ramai. Mereka memenuhi sepanjang jalan sehingga ke Masjid Jamek..
Di pentas utama dataran, sedang berlangsungnya konsert nyanyian anjuran DBKL. Suasana sorakan penonton bagaimanapun meneggelamkan bunyi nyanyian.
9.50 PM: Perhimpunan aman malam ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat, merentas etnik dan ideologi.
Wakil seniman Paksi Rakyat (Paksi) Hasni Abas turut bersolidariti bersama malam ini. Kumpulan mereka berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
9.45 PM: SOGO- Kumpulan yang bergerak dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tiba di hadapan Sogo dan mula bergabung dengan peserta yang sedia menunggu di sini.
Mereka terus bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
9.40 PM: SOGO- Laungan 'Hidup Rakyat', 'Bangkit Rakyat', 'Tumbang BN' berterusan digemakan. Mereka juga beransur-ansur bergerak ke Dataran Merdeka. Cuaca baik malam ini dilihat memudahkan pergerakan peserta.
Kelihatan anggota trafik turut mengawal lalulintas sementara pengguna jalan raya dilihat turut membunyikan hon tanda sokongan.
9.30 PM: DATARAN MERDEKA- Suasana di sekitar Dataran Merdeka mula dipenuhi mereka yang berpakaian hitam. Dianggar ribuan sudah memenuhi jalan masuk ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya termasuk dari Jalan Sultan dan Jalan TAR.
9.25 PM: Kumpulan dari Pejabat AGung PAS di Jalan Raja Laut mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pergerakan mereka diawasi pasukan Unit Amal yang turut menjadi barisan hadapan.
Turut kelihatan Pengerusi Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar turut bergerak bersama kumpulan ini.
9.20 PM: SOGO- Hampir 300 orang memenuhi kawasan dataran hadapan kompleks membeli belah ini. Sebahagian mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka secara berperingkat.
Sekumpulan anak muda menunjukkan playkad bertulis "Rakyat Sengsara Tahun 2014" kepada orang ramai yang lalu lalang di sini, sebagai suara bantahan yang akan digemakan malam ini.
9.15 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Naib Presiden PAS Salahudin Ayub turut memberi ucapan kepada peserta di sini. Beliau bersama beberapa lagi pimpinan PAS dijangka mengetuai perjalanan dari sini ke Datan Merdeka.
9.10 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberikan ucapan semangat kepada peserta himpunan yang berkumpul di hadapan bangunan pejabat PAS di Jalan Raja Laut ini.
Turut serta beberapa lagi exco serta pimpinan pemuda yang lain.
9.05 PM: SOGO- Empat orang anak muda dari Lumut , Perak memberitahu mereka berkongsi duit minyak untuk sama-sama datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai himpunan ini.
Salah seorang dari mereka, Hafiz Sulung, 23, bertolak dari Lumut jam 1 petang tadi dan tiba di kompleks membeli belah Sogo kira-kira jam 7 petang ini.
Mereka menjelaskan penyertaan mereka malam ini atas dasar kesedaran dan tekanan yang dirasai akibat kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
9.00 PM: SOGO- Dua orang kakitangan kerajaan yang ditemui oleh Harakahdaily di sini turut menyatakan sokongan kepada himpunan ini. Mereka menyifatkan peserta malam ini sebagai mewakili rakyat terbanyak yang terbeban dengan kos sara hidup.
"Kami guru, jadi tak boleh sertai himpunan ini. Tadi dah dapat memo dari pengetua melarang guru sertai himpunan ini," kata salah seorang darinya yang enggan memberi nama.
8.45 PM: SOGO- Kehadiran di sini mencecah 300 orang dan dijangka terus bertambah dari masa ke masa.
8.40 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Sekumpulan pasukan Unit Amal yang terkenal dengan jolokan 'tentera merah' dilihat berkumpul dan mengadakan perbarisan sebagai persediaan mengawal keselamatan peserta himpunan malam ini.
Turut kelihatan, orang ramai yang berpakaian hitam mengambil tempat memulakan himpunan di sini sebelum bergerak ke Dataran Merdeka berjarak kira-kira 3 kilometer.
8.30 PM: SOGO- Orang ramai dengan berpakaian hitam mula berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Kehadiran mereka dikatakan tiba seawal jam 6 petang.
Majoriti di yang berkumpul di sini adalah dari kelompok aktivis mahasiswa dan juga anak-anak muda.
Beberapa pemimpin mereka dilihat memberikan ucapan ringkas sambil melaungkan 'Hidup Rakyat, Bangkit Anak Muda'.
[Kemaskini menyusul]
Sumber HD - 31-12-2013
Laporan langsung Himpunan Turun
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.
Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.
Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.
Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.
Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini.
LAPORAN LANGSUNG
9.45 PM: SOGO- Kumpulan yang bergerak dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tiba di hadapan Sogo dan mula bergabung dengan peserta yang sedia menunggu di sini.
Mereka terus bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
9.40 PM: SOGO- Laungan 'Hidup Rakyat', 'Bangkit Rakyat', 'Tumbang BN' berterusan digemakan. Mereka juga beransur-ansur bergerak ke Dataran Merdeka. Cuaca baik malam ini dilihat memudahkan pergerakan peserta.
Kelihatan anggota trafik turut mengawal lalulintas sementara pengguna jalan raya dilihat turut membunyikan hon tanda sokongan.
9.30 PM: DATARAN MERDEKA- Suasana di sekitar Dataran Merdeka mula dipenuhi mereka yang berpakaian hitam. Dianggar ribuan sudah memenuhi jalan masuk ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya termasuk dari Jalan Sultan dan Jalan TAR.
9.25 PM: Kumpulan dari Pejabat AGung PAS di Jalan Raja Laut mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pergerakan mereka diawasi pasukan Unit Amal yang turut menjadi barisan hadapan.
Turut kelihatan Pengerusi Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar turut bergerak bersama kumpulan ini.
9.20 PM: SOGO- Hampir 300 orang memenuhi kawasan dataran hadapan kompleks membeli belah ini. Sebahagian mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka secara berperingkat.
Sekumpulan anak muda menunjukkan playkad bertulis "Rakyat Sengsara Tahun 2014" kepada orang ramai yang lalu lalang di sini, sebagai suara bantahan yang akan digemakan malam ini.
9.15 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Naib Presiden PAS Salahudin Ayub turut memberi ucapan kepada peserta di sini. Beliau bersama beberapa lagi pimpinan PAS dijangka mengetuai perjalanan dari sini ke Datan Merdeka.
9.10 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberikan ucapan semangat kepada peserta himpunan yang berkumpul di hadapan bangunan pejabat PAS di Jalan Raja Laut ini.
Turut serta beberapa lagi exco serta pimpinan pemuda yang lain.
9.05 PM: SOGO- Empat orang anak muda dari Lumut , Perak memberitahu mereka berkongsi duit minyak untuk sama-sama datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai himpunan ini.
Salah seorang dari mereka, Hafiz Sulung, 23, bertolak dari Lumut jam 1 petang tadi dan tiba di kompleks membeli belah Sogo kira-kira jam 7 petang ini.
Mereka menjelaskan penyertaan mereka malam ini atas dasar kesedaran dan tekanan yang dirasai akibat kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
9.00 PM: SOGO- Dua orang kakitangan kerajaan yang ditemui oleh Harakahdaily di sini turut menyatakan sokongan kepada himpunan ini. Mereka menyifatkan peserta malam ini sebagai mewakili rakyat terbanyak yang terbeban dengan kos sara hidup.
"Kami guru, jadi tak boleh sertai himpunan ini. Tadi dah dapat memo dari pengetua melarang guru sertai himpunan ini," kata salah seorang darinya yang enggan memberi nama.
8.45 PM: SOGO- Kehadiran di sini mencecah 300 orang dan dijangka terus bertambah dari masa ke masa.
8.40 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Sekumpulan pasukan Unit Amal yang terkenal dengan jolokan 'tentera merah' dilihat berkumpul dan mengadakan perbarisan sebagai persediaan mengawal keselamatan peserta himpunan malam ini.
Turut kelihatan, orang ramai yang berpakaian hitam mengambil tempat memulakan himpunan di sini sebelum bergerak ke Dataran Merdeka berjarak kira-kira 3 kilometer.
8.30 PM: SOGO- Orang ramai dengan berpakaian hitam mula berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Kehadiran mereka dikatakan tiba seawal jam 6 petang.
Majoriti di yang berkumpul di sini adalah dari kelompok aktivis mahasiswa dan juga anak-anak muda.
Beberapa pemimpin mereka dilihat memberikan ucapan ringkas sambil melaungkan 'Hidup Rakyat, Bangkit Anak Muda'.
[Kemaskini menyusul]
Sumber HD - 31-12-2013
Berhimpunlah sokong kenaikan kos sara hidup
- Dec 31, 2013
- ABDUL HADI ALIAS
Biarpun pelbagai janji ditabur sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu, kini mula terserlah segala janji dan pemberian sebelum pilihanraya hanyalah gula-gula pilihanraya semata-mata.
Pun begitu, kata Timbalan Yang Dipertua PAS Bintulu, Zharudin Narudin kenaikan kos sara hidup ini disambut berbeza-beza dalam kalangan rakyat.
“Ada yang yang marah, ada yang terasa hampa dan ada juga yang bersyukur. Penerimaan yang berbeza ini seharusnya diraikan oleh semua pihak,” katanya.
Katanya, sebagai negara yang mengambil demokrasi sebagai sistemnya, seharusnya kerajaan tidak menghalang rakyat dari menyuarakan pendapat dan pandangan mereka selagi ia masih dalam kerangka demokrasi.
Beliau berkata, budaya melaungkan demokrasi hanya ketika menguntungkan mereka dan menutup demokrasi apabila tidak menguntungkan mereka amat dikesali dan PAS Bintulu mengecam tindakan tersebut.
Katanya, hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya, hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata.
“Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR)," tambahnya lagi.
Katanya, lebih menghinakan apabila rakyat yang hanya ingin berhimpun untuk beberapa jam bagi menyuarakan suara hati mereka difitnah kononnya mereka ingin menggulingkan kerajaan.
"Justeru, saya mewakili PAS Bintulu ingin mencabar kumpulan-kumpulan bersetuju dengan pengurangan subsidi, perlaksanaan GST dan pelbagai peningkatan kos sara hidup ini, turut berhimpun menyatakan sokongan mereka terhadap peningkatan kos sara hidup," cabar beliau.
Sumber HD - 31-12-2013
Pakai baju oren simbolik bantah kenaikan elektrik
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Sebagai bantahan terhadap kenaikan tarif elektrik pula,beliau menggesa hadirin memakai baju berwarna oren sebagai simbolik penentangan .
Katanya lagi, kumpulan bantahan itu akan berkumpul depan pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.30 malam ini.
"Kita tunggu dari pejabat agung dan akan bersama dengan kumpulan rakyat dari Sogo untuk berarak ke Dataran Merdeka," katanya yang ditemui selepas mengadakan perbincangan dan penyerahan memorandum bantahan kepada Pengurus Besar Komunikasi Korporat TNB, Omar Sidek.
Mengulas perkembangan berkaitan, Nurul Islam mendakwa pendedahan oleh polis kononnya menemui bahan letupan yang dipercayai akan digunakan untuk menggulingkan kerajaan malam ini hanyalah skrip lama.
"Itu hanya skrip lama seperti demonstrasi aman Bersih dahulu. Ini satu provokasi oleh pihak tidak bertangggungjawab bagi menggagalkan usaha rakyat membantah kos sara hidup," katanya.
Beliau mendesak polis menyiasat dalang yang menimbulkan provokasi tersebut dan bukan menuduh gerakan Turun dan NGO lain yang turut terlibat dalam himpunan malam ini.
Sumber HD - 31-12-2013
Turun: Himpunan dari rakyat untuk rakyat
- Dec 31, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Menurut pengerusinya, Azan Safar, himpunan malam ini berkonsepkan ‘Duduk dan Bantah’ menandakan ia benar-benar aman dan rakyat hanya ingin menyampaikan mesej iaitu memprotes kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.
"Para peserta juga akan bersurai secara aman sesudah meraikan tahun baru 2014 yang kita sifatkan sebagai Tahun Sengsara Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau juga menafikan dakwaan media arus perdana bahawa himpunan malam ini untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya menegaskan hak berhimpun secara aman terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
Justeru beliau menyeru peserta himpunan membawa bendera Malaysia sebagai tanda patriotik dan cinta kepada negara selain memakai pakaian tema yang bewarna hitam.
"Para peserta juga diminta untuk membawa sebarang poster mahupun sepanduk yang hanya menzahirkan mesej protes kenaikan kos sara hidup serta tidak mengandungi sebarang unsur provokasi dan ancaman.
"Himpunan ini juga ditegaskan adalah himpunan yang dianjurkan oleh rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat.
"Mana-mana kumpulan termasuk ahli politik sewajarnya turun sebagai rakyat tanpa sebarang bendera yang melambangkan parti masing-masing. Himpunan ini boleh disifatkan sebagai ‘Himpunan Dari Rakyat Untuk Rakyat’," katanya.
Sumber HD - 31-12-2013
PMUKM seru anggota sertai himpunan Turun
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mustafa Kamil Hussein (gambar) menyifatkan Himpunan TURUN sebagai himpunan yang diterajui golongan intelek belia yang memahami dasar-dasar demokrasi berparlimen dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang.
"Himpunan ini bakal menciptakan sejarahnya tersendiri. Oleh itu, marilah kita bersama-sama turun ke himpunan TURUN pada 31 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily, hari ini.
Menurut Mustafa Kamil, penangkapan Pengerusi GerakanTurun Kos Sara Hidup (TURUN), Mohammad Azan Safar pada 24 Disember lalu adalah satu tindakan terdesak kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Himpunan TURUN, jelas beliau bukanlah himpunan untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya medan rakyat bagi menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran beban sara hidup yang meningkat akibat langkah-langkah tidak mesra rakyat kerajaan BN bagi menstabilkan ekonomi.
"Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik, himpunan TURUN seharusnya dihormati dan desakan rakyat semasa himpunan tersebut perlu di pertimbangkan oleh kerajaan.
" Kerajaan seharusnya mengiktiraf himpunan TURUN berlandaskan asas-asas demokratik, bukannya dengan menakutkan rakyat sehingga pelbagai amaran dikeluarkan.
"Arahan turut diberikan kepada setiap universiti bagi menghalang mahasiswa menyertai himpunan TURUN," ujarnya.
Mustafa Kamil yakin rakyat masih memilih sistem pilihan raya sebagi satu kaedah bagi menukar kerajaan dan peristiwa kebangkitan rakyat di Timur Tengah cukup memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia.
"Himpunan ini tercetus daripada golongan muda Malaysia, kerana generasi inilah yang akan mengalami masalah besar dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia kelak.
"Ayuh rakyat Malaysia, kita sebagai warga yang prihatin, kita wajib turut sama bersolidariti bersama TURUN pada kali ini," ujarnya.
Sumber HD - 31-12-2013
Hotline Juham untuk kes tangkapan Himpunan Turun
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengarahnya, Noorazmir Zakaria memberitahu talian itu ialah 016-6341133, 016-6345544 dan 016-6346633.
“Untuk panduan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap atau yang mengetahui orang sekeliling yang ditangkap, adalah dinasihatkan supaya menghantar SMS sahaja kepada kami bagi mengelakkan kesesakan talian telefon dengan menyertakan butiran berkaitan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, butiran itu ialah nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, lokasi tangkapan dan lokasi di bawa.
Tambahnya, talian hotline Juham akan diaktifkan bermula pada jam 12.00 tengahari ini.
Sumber HD - 31-12-2013
Himpunan Turun: Kerajaan wajar rai suara anak muda
- Dec 31, 2013
- ANIS NAZRI
Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, perhimpunan Turun 31 Dis ini menunjukkan sikap kepedulian sosial dan keberanian menyatakan pendirian yang ditunjukkan golongan anak muda.
"Malangnya, seperti banyak perhimpunan sebelum ini, kerajaan BN mengambil sikap menghalang hak untuk berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, malah BN melalui institusi kerajaan dan media menabur fitnah dengan dakwaan perhimpunan itu adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," tegas beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Tambah Nik Nazmi, skrip ini adalah skrip sama yang digunakan sebelum ini untuk perhimpunan Bersih, yang kononnya terdapat molotov cocktail dan kemudiannya habis begitu sahaja selepas himpunan itu.
"Bagi saya, jelas sekali ini adalah cubaan mengalihkan perhatian dari tuntutan Turun yang antara lain mendesak kerajaan memerangi rasuah, menyusun semula subsidi korporat, menangguhkan GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol dan menghapuskan monopoli gula," kata beliau yang akan turut serta pada perhimpunan Turun pada malam tahun baru itu.
Dalam pada itu beliau turut menyeru anak-anak muda serta rakyat yng prihatin agar bersama-sama turun di himpunan aman ini dan berusaha agar tidak dipengaruhi provokosi oleh mana-mana pihak.
Sumber HD - 31-12-2013
Himpunan 31 Disember simbol rakyat ditindas
- Dec 30, 2013
- WAN AMIR WAN AZIZ
Oleh sebab itu, media massa pro kerajaan memainkan watak utama memutar-belit isu himpunan perhimpunan rakyat selepas tindakan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13.
Himpunan aman membantah peningkatan kos sara hidup 31 Disember ini sudah jelas dengan matlamatnya menuntut supaya tidak berlaku kenaikan harga barang.
Tidak ada sama sekali istilah mahu mengulingkan kerajaan. Golongan muda masih menghormati keputusan PRU13.
Saban tahun kerajaan menyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini tetapi rakyat tidak merasai makna di sebalik pelaburan masuk yang didakwa melimpah-ruah itu.
Ini menyebabkan rakyat tidak yakin dengan pentadbiran ekonomi negara. Lebih menyedihkan apabila kerajaan tidak pernah memberi jawapan dan harapan kepada rakyat.
Rakyat sudah sedia maklum apabila harga barangan asas dan harian mulai naik, barangan dan perkhidmatan lain juga tetap naik atau pun harga sama tetapi kuantiti berbeza.
Hal ini cukup membebankan rakyat terutama golangan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan.
Ini cukup jelas pendapatan isi rumah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang walaupun kenaikan itu satu persatu tetapi dalam tempoh yang singkat ia menjadi kenaikan yang drastik dan radikal kepada rakyat.
Himpunan menuntut kerajaan menurunkan harga barangan ini sebenarnya simbol rakyat terbeban dan tertindas kerana kenaikan harga barang dan sifat boros dan tiris pemimpin.
Jom anak muda, kita bantah kenaikan harga barang.
Penulis ialah bekas Pengerusi Transformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (TMUUM).
Sumber HD - 30-12-2013
Bimbang ‘guling kerajaan’ dangkal, ‘bodoh sombong’
- Dec 30, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, apa yang menarik, kebimbangan beberapa kelompok tertentu yang mengaitkan himpunan tersebut sebagai cubaan untuk 'menggulingkan kerajaan' adalah bersifat daif dan dangkal yang boleh diibaratkan seperti 'bodoh sombong'.
Apa yang jelas, katanya taraf hidup rakyat semakin hari semakin meningkat, ditambah dengan pelbagai kenaikan harga barang dan keperluan termasuk barangan keperluan harian, elektrik, dan sebagainya.
“Inilah salah satu bentuk kezaliman yang dilakukan pemimpin ke atas rakyat. Dalam pada negara mengalami ketirisan perbelanjaan yang besar, mereka bermewah dengan penganjuran dan aktiviti yang membazir,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Akibatnya, kata beliau rakyat sama ada yang berpendapatan tinggi mahupun rendah diperah semahu-mahunya untuk mengembalikan keseimbangan ekonomi negara.
Katanya, kakyat dinafikan peluang untuk menikmati kehidupan yang selesa dan makmur, rakyat disogok dengan alasan pelbagai cara termasuklah kononnya hendak ‘mentransformasikan’ kualiti perkhidmatan.
“Adalah di sini, sebagai cabang dalam PAS yang mendukung aspirasi Negara Berkebajikan dan Keadilan Untuk Semua, maka Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melaungkan nada yang sama dengan perjuangan rakyat dan anak muda dalam himpunan Turun,” ujarnya lagi.
Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut dimaklumkan bahawa Himpunan Turun juga bakal diadakan di Sabah dan mengarahkan seluruh ahli pemuda sama ada di peringkat kawasan dan cawangan di seluruh Sabah untuk turun beramai-ramai di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu dan memakai pakaian hitam.
Perlu ditegaskan, jelasnya himpunan ini bukan dirancang untuk menggulingkan kerajaan dan kita juga tidak ada masa untuk tujuan tersebut.
“Himpunan ini bagi menunjukkan solidariti PAS terhadap rakyat Sabah yang sememangnya sudah lama sengsara akibat dasar dan perintah yang menzalimi,” katanya.
Kata beliau lagi, kebebasan berhimpun adalah hak yang diperuntukkan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebagai rakyat yang menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan kami percaya ruang ini harus digunakan sepenuhnya bagi mempertegaskan suara penentangan terhadap kenaikan harga barang yang menindas penghidupan rakyat negara tercinta ini.
Sumber HD - 30-12-2013
Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan Turun
- Dec 29, 2013
- HARAKAHDAILY
barangan.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.
Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.
"Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.
"Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.
Himpunan turun sempenan malam menyambut tahun baru otu dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup.
Sumber HD - 29-12-2013
PAS sertai himpunan Turun
- Dec 28, 2013
- ANIS NAZRI
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (gambar) melihat himpunan yang akan diadakan pada malam 31 Dis anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menegaskan selepas Himpunan Turun itu, PAS akan terus menyokong mana-mana himpunan yang diadakan selepas itu, sekiranya bersesuaian dengan perjuangan PAS.
Sebagai contoh, katanya PAS akan sama-sama menggerakkan Himpunan Bantah GST yang dirancang diadakan pada Hari Buruh, 1 Mei akan datang.
"Selepas Himpunan Turun, kita akan ada pula Himpunan Bantah GST. Antara masa-masa tersebut, akan ada program-program yang diatur bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai Penggerak Mobilisasi PAS dengan kerjasama NGO lain," tegas beliau.
Dalam pada itu, Dr. Hatta melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak tertentu yang cuba melabelkan himpunan malam 31 Dis itu sebagai kononnya himpunan untuk menggulingkan kerajaan.
Biarpun tidak tahu-menahu sekiranya ada gerakan yang akan mengadakan himpunan sedemikian (guling kerajaan), Dr. Hatta berkata Pakatan Rakyat dan NGO Turun tiada kaitan dengan himpunan tersebut.
"Semua tahu, Himpunan Turun itu bertujuan untuk membantah pesta kenaikan barangan dan perkhidmatan. Berhimpun secara aman. Tidak timbul isu guling kerajaan, bukan tujuan pun.
"Jadi, janganlah kerajaan bersikap antagonistik sangat apabila rakyat berhimpun dengan aman. Kita hanya nak bersuara menyatakan bantahan sahaja selepas pelbagai cara kita lakukan bagi mengelakkan kenaikan kos hidup ini, sama ada melalui perbahasan parlimen, perbincangan, penyerahan memorandum dan sebagainya," tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau yang berkemungkinan turut menyertai himpunan itu menyeru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama menyertainya di Dataran Merdeka dengan suasana aman dan tenteram bagi memberi signal kepada kerajaan tentang kepayahan rakyat.
Sumber HD - 28-12-2013
2014 bakal jadi tahun 'barang naik'
- Dec 27, 2013
- WAN NORDIN YAAKOB & ROY RASUL
Ahli ekonomi, Dr Rosli Yaakob berkata, kenaikan harga petrol Ron95 sebanyak 20 sen seliter September lalu menyebabkan kenaikan menyeluruh harga barangan dan perkhidmatan kerana petroleum adalah salah satu barangan asas di dalam ekonomi.
"Semua alat pengangkutan mengunakan bahan bakar ini untuk bergerak. Kesan langsung dan segeranya adalah kos perkhidmatan pengangkutan naik.
"Perlu diingat bahawa perkhidmatan pengangkutan adalah satu perkhidmatan asas di dalam ekonomi dan semua barang-barang perlu diangkut dari lokasi pengeluaran ke lokasi pemasaran," kata bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu ketika diwawancara Harakah.
Kenaikan harga bahan bakar ini, ujarnya akan menyebabkan kenaikan kos pengangkutan dan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan.
Menurut beliau, tiada satu barangan pun dalam ekonomi yang tidak menggunakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kalau ada pandangan bahawa kenaikan harga petroleum berpunca dari penarikan subsidi, ia pandangan yang sukar dipertahankan," jelasnya.
Dr Rosli turut menyentuh kenaikan tarif elektrik yang menjadi bahan input penting dalam proses pembuatan barangan dan perkhidmatan.
"Tiada kilang pembuatan barangan yang tidak menggunakan tenaga eletrik hari ini? Apabila kos tenaga eletrik naik bermakna kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan akan naik.
"Tenaga eletrik juga digunakan terus oleh pengguna untuk menerangi rumah kediaman mereka dan lain-lain keperluan rumah," jelas beliau.
Sehubungan itu, tambahnya kenaikan tarif eletrik akan menyumbang kepada kenaikan kos pembuatan barangan dan penyediaan perkhidmatan dan akhirnya menyumbang kepada kenaikan harga barangan pengguna di pasaran.
"Jelas bahawa kenaikan harga dua bahan asas dalam ekonomi ini pasti membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan," ujarnya.
Menurutnya, adalah sukar bagi harga barangan dan perkhidmatan turun setelah mengalami kenaikan dan ini sekaligus akan menyebabkan inflasi.
"Dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin mahal dan pendapatan rakyat tidak bertambah secepat kadar kenaikan harga, maka kesannya ialah kos sara hidup akan terus naik dan taraf hidup rakyat akan merosot.
"Kuasa beli setiap ringgit akan menjadi semakin terhakis," ujarnya.
Beban daripada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini, ujar beliau akan dipikul oleh rakyat khasnya yang berpendapatan rendah dan miskin.
"Dengan menarik balik subsidi ke atas gula (juga bahan asas dalam ekonomi) dan petroleum, menaikkan harga tol lebuhraya, tambang pelbagai jenis pengangkutan dan dengan pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April 2015, kerajaan sebenarnya menjadi pecetus kitaran inflasi (inflationary cycle) dalam ekonomi," ujar beliau.
Soal beliau, adakah cetusan kitaran inflasi di dalam ekonomi yang ditanggung rakyat ini boleh dianggap sebagai "menjaga kepentingan masa hadapan ngara?"
Menurut beliau, demi kepentingan masa hadapan negara dan generasi akan datang, kerajaan perlu mendisiplinkan diri di dalam mengurus belanjawan negara.
Sehubungan itu, ujarnya kerajaan perlu mengikis sikap boros dalam berbelanja, menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mengekang budaya berhutang.
"Hasil dipungut banyak manapun sekiranya pemimpin negara tidak langsung terikat kepada satu disiplin belanjawan yang wajar, masa hadapan negara bakal tergugat dan generasi akan datang akan dibebani hutang besar seperti yang berlaku kepada negara Greece, Ireland dan Portugal hari ini," ujar beliau.
Sumber HD - 27-12-2013
Himpunan TURUN cetusan denyut nadi rakyat - MB Kelantan
- Dec 27, 2013
- Salmah Mat Husain
“Saya sudah mengeluarkan kenyataan, rujuklah dalam facebook,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Ke-4, di Balai Islam Lundang, dekat sini, semalam.
Ahmad dalam laman facebooknya mengakui TURUN adalah gerakan rakyat yang terhasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus kerajaan BN.
“Saya sepenuhnya bersama kepimpinan PAS tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.
“Insya-Allah dengan desakan berterusan daripada rakyat, saya optimis gerakan ini akan berjaya mencapai matlamatnya,” ujar beliau.
Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menolak momokan sesetengah pihak kononnya perhimpunan itu diadakan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
"Ia hanya omongan palsu... Mereka juga takut akan bayang-bayang sendiri," katanya
Sumber HD - 27-12-2013
Himpunan 31 Dis : BN takut bayang-bayang sendiri
- Dec 26, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin BN disamping laporan polis yang dibuat agar pihak berkuasa menyekat himpunan ini, membuktikan pemimpin kerajaan takut dengan baying-bayang sendiri.
(gambar) Ustaz Fadhli menyampaikan peralatan sekolah kepada dua orang kanak-kanak dalam program turun ke bawah di dun pasir pekan.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidak timbul langsung isu untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dihebohkan oleh banyak pihak.
Sebaliknya tambah beliau lagi, ia hanyalah himpunan bagi menyatakan bantahan terhadap pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan khususnya menjelang tahun baru 2014.
"Saya menyeru pemimpin Barisan Nasional agar membuka mata dan telinga mendengar rintihan rakyat terhadap kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan ini khususnya menjelang musim kembali ke sekolah.
“Semuanya akibat urus tadbir yang lemah dan penuh dengan rasuah dan korupsi yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Inilah yang seringkali dibuktikan oleh Laporan Ketua Audit Negara saban tahun," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke 20 buah rumah keluarga berpendapatan rendah di DUN Pengkalan Pasir, untuk menyampaikan sumbangan peralatan sekolah.
Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas turut diiringi Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas.
Fadhli seterusnya memberitahu, tuduhan yang dilontarkan himpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan, hanya perasaan takut pada bayang-bayang sendiri.
Beliau seterusnya berkata, bagaimana mungkin rakyat marhaen yang hanya berhimpun tanpa sebarang senjata boleh menggulingkan kerajaan.
Mengulas berhubung perhimpunan yang bakal dianjurkan TURUN 31 Disember ini, beliau memberitahu ia semakin mendapat perhatian di seluruh negara terutama selepas pengerusinya, Muhammad Azan Safar ditangkap pihak polis pada 23 Disember lalu.
"Saya penuh yakin, jika BN berterusan menekan rakyat seperti ini dan menggunakan kekerasan untuk menyekat sebarang perhimpunan aman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kita akan menyaksikan kebangkitan rakyat secara besar-besaran di seluruh negara untuk bangkit melawan kezaliman yang ditaja oleh Barisan Nasional," tambah beliau.
Sumber HD - 226-12-2013
Siti Zailah arah Muslimat seluruh negara turun demo
- Dec 26, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Menurut beliau, penyertaan ahli dan pimpinan Muslimat di semua peringkat amat penting sebagai tanda bantahan terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap umat Islam di negara tersebut.
Katanya, nyawa umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Bangladesh tanpa ada belas dan sifat keperikemanusiaan.
Beliau menegaskan, tindakan zalim itu merupakan pencabulan hak asasi yang diluar perikemanusiaan dan harus ditentang oleh seluruh umat dunia secara habis-habisan.
"Saya menyeru dan berharap ahli dan Muslimat seluruh negara di semua peringkat cawangan, kawasan dan negeri turun beramai-ramai pada hari Jumaat di kedutaan Bangladesh," katanya.
Tegas beliau ia sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman di Bangladesh dan umat Islam tidak boleh diperkotak katikkan.
Beliau berkata, sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.
Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya Jamaat-e-Islami.
Sumber HD - 26-12-2013
31 Dis: Polis buat lawak, Umno guna alasan bodoh
- Dec 25, 2013
- HARAKAHDAILY
Terbaru, pihak polis telah menangkap Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Azan Safar pada 23 Disember di mana siasatan adalah berdasarkan kepada Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
“Juham melalui barisan peguamnya telah turun untuk membantah permohonan lanjutan reman oleh pihak polis,” kata Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan.
Majistret kemudiannya, kata beliau telah menolak permohonan lanjutan reman oleh pihak polis dan Azan Safar telah dibebaskan lewat petang semalam.
Menurutnya, Juham amat terkejut dengan dakwaan pihak polis yang memberikan alasan bahawa tangkapan Azan Safar adalah kerana beliau disyaki terlibat di dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.
“Lawak jenaka apakah ini apabila mengaitkan tangisan rakyat terhadap kenaikan harga barang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan?” tanya beliau.
Katanya, Juham percaya Umno dan Barisan Nasional sudah kehabisan alasan untuk menutup kelemahan mereka sehingga menggunakan alasan bodoh sebegini.
Beliau berkata, Juham turut telah mendapat maklumat bahawa akan terdapat beberapa lagi siri tangkapan bersempena perhimpunan 31 Disember ini.
Justeru, tegasnya Juham mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis ini yang jelas menafikan hak rakyat untuk bersuara sepertimana yang telah dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Apatah lagi, kata beliau perhimpunan aman ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar luahan serta tangisan rakyat yang bakal berdepan pelbagai siri kenaikan harga menjelang tahun baru 2014.
Justeru, ujarnya Juham menggesa agar pihak polis menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dengan tidak tunduk kepada tekanan Umno dan Barisan Nasional yang semakin tidak relevan dan telah kehabisan talian hayat.
Selanjutnya,kata beliau Juham menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak khuatir dan gusar dalam bersoladiriti menyuarakan bantahan anda terhadap kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini.
Beliau memberitahu, Juham sedia untuk memberikan khidmat guaman secara percuma sekiranya terdapat sebarang tangkapan serta dakwaan yang dibuat.
Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa Umno dan Barisan Nasional akhirnya akan akur dengan kehendak rakyat sepertimana pemansuhan Akta Keselamatan Negeri hasil daripada pengorbanan dan penat lelah yang tanpa henti daripada rakyat yang bencikan kezaliman.
“Oleh itu, tunjukkan soladiriti, tekadkan hati. Infiru!” tegasnya.
Sumber HD - 25-12-2013
Fahami hasrat rakyat adakan himpunan 31 Dis - Saifuddin
- Dec 24, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain kadar tol, BN juga berjanji tidak akan menaikkan harga barang.
"Kenaikan harga barang ialah isu yang timbul sebelum PRU13 lagi dan ada janji-janji BN yang besar dalam PRU13 untuk tidak menaikkan harga barang, kadar tol.
"Sebab itu ada di kalangan (ahli) BN pun yang minta supaya kerajaan jangan naikkan tol kerana mereka tahu pertama itu janji dan kedua itu memang antara yang dibicarakan di mana-mana di kalangan rakyat biasa," kata beliau ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.
Beliau juga berkata, kenaikan kos sara hidup menjadi faktor penting yang menentukan sokongan rakyat kepada kerajaan.
"Dapatan ini membuktikan bahawa kenaikan harga tiga perkara iaitu harga barang, minyak dan tarif elektrik memang perkara yang menjadi keutamaan di kalangan rakyat.
"Kajian semasa sebelum dan semasa PRU dahulu, isu kos sara hidup dan jenayah hampir sama tapi nampaknya dapatan kali ini menunjukkan kos sara hidup mengatasi kes jenayah, maknanya kos sara hidup akan menentukan sokongan. Ini sangat jelas," katanya yang juga Felo Penyelidik Jemputan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Pengarah UMcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sewaktu membentangkan kajian hasil Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU Ke-13 sebelum itu berkata, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan tarif elektrik menjadi tiga isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat.
Saifuddin juga berkata, beliau memahami hasrat rakyat yang ingin mengadakan himpunan aman pada 31 Disember ini sebagai tanda protes terhadap kenaikan kos sara hidup.
"Kita harus memberi penegasan sesiapa sahaja boleh berhimpun asal dibuat secara aman.
"Saya dapat memahami kenapa ada cadangan mereka, namun demikian saya juga menaruh harapan yang kerajaan akan menjelaskan isu kenaikan harga barang ini dengan secepat mungkin," katanya.
Sumber HD - 24-12-2013
Himpunan Turun lebih baik dari konsert lalai tahun baru
- Dec 24, 2013
- HARAKAHDAILY
“Sama ada sedar atau tidak, sepatutnya menjadi tekanan dan tanggungjawab lebih terpikul kepada BN untuk lebih mendengar saranan dan desakan yang dibawa rakyat kerana kedudukan minoriti mereka,” ujar Exco Perhubungan Awam SRC UIAM 2013/2014, Nor Azhar Baharum.
Namun, katanya tema Turun yang digerakkan mahasiswa sudah disalahtafsirkan oleh pihak pendakwaan (tidak pasti arahan sulit daripada Kementerian Dalam Negeri) sehingga difahami sebagai proses penggulingan kerajaan pusat.
Baginya, himpunan yang dirancang Turun pada 31 Disember 2013 sebagai suatu himpunan bagi meluaskan penerangan membumi kepada massa bawahan.
Menurutnya, Himpunan Turun yang akan dianjurkan kelak juga jauh lebih baik daripada penganjuran konsert hiburan sambutan tahun baru yang melalaikan.
Ini, ujarnya kerana diyakini Turun akan mengetuk dan menjetik minda belia agar lebih cakna akan kehidupan masa depan yang mencabar pasca kenaikan kos sara hidup.
Beliau berkata, penangkapan Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar membuktikan suara mahasiswa dan belia masih dianggap ancaman bahaya dan bukannya kritikan membina kepada kerajaan.
Katanya lagi, kerajaan seharusnya beruntung memiliki barisan pemuda Malaysia yang lantang menyuarakan suara dan tampil ke depan mengkritik untuk membangunkan sebuah negara demokratik dan selamat.
“Penangkapan ini menambah lagi siri episod hitam dalam lipatan perjuangan mahasiswa dalam negara kita,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, kata beliau SRC UIAM menyatakan sokongan terbuka kepada Turun kerana menyedari kehidupan zaman universiti dan pasca graduasi adalah masa perit mahasiswa dan belia pedih menanggung kos kenaikan sara hidup.
Sumber HD - 24-12-2013
Pengerusi Turun akan disiasat polis pagi ini
- Dec 24, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Akta tersebut dibaca bersama seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Sehubungan itu, sekumpulan anak muda akan bersolidariti untuk Azan di hadapan IPD Dang Wangi bermula jam 9.00 pagi ini.
"Mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya melalui mesej pesanan ringkas lewat tengah malam tadi.
Azan sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo sewaktu pelancaran Turun.
Turun merancang untuk mengadakan himpunan sewaktu sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai protes kenakan harga barang dan perkhidmatan.
Sumber HD - 24-12-2013
TWU bantah kenaikan tol & tarif elektrik
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Zainal, yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata kenaikan kadar tol dan elektrik secara serentak merupakan kejutan buat rakyat berpendapatan rendah kerana caj baru itu menjejas perbelanjaan harian mereka.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kadar baharu tol ialah untuk projek lebuh raya baharu dan pemegang konsesinya perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menetapkan kadar itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Azman Mohd pula menyatakan tarif elektrik baharu itu adalah sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk pengukuhan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara. - Bernama
Sumber HD - 19-12-2013
Cukai DBKL: Ku Nan jangan main wayang
- Dec 16, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Khalid (kiri) bersama pemimpin Pakatan Rakyat menyertai bantahan kenaikan cukai pintu oleh DBKL.
KUALA LUMPUR: PAS akan memberi fokus untuk menggerakkan himpunan rakyat pada tahun hadapan bagi mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA serta membantah kenaikan cukai taksiran DBKL.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, selepas selesai urusan muktamar parti itu baru-baru ini, PAS kembali memberi tumpuan yang serius kepada isu-isu rakyat khususnya isu kenaikan cukai taksiran Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau berkata, PAS tidak akan berdiam diri dalam isu ini kerana kenaikan cukai taksiran ini akan memberi kesan lain kepada warga kota.
"Dalam kes kenaikan cukai taksiran ini, akan ada kesan kepada kos perniagaan, kos kehidupan dan barangan kerana akhirnya peniaga akan berusaha untuk dapat balik keuntungan dan akan menyebabkan mereka menikkan harga barangan.
"Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak, elektrik dan sebagainya, akan menyebabkan harga barangan seharian akan turut dinaikkan dan kesannya kepada pengguna.
"Memang kita akan gerakkan rakyat kerana selepas pilihan raya, PAS 'cool' sekejap kerana sibuk dengan muktamar dan selepas semua itu selesai kita akan tumpu menggerakkan rakyat untuk isu kenaikan kos hidup ini," kata beliau ketika ditemui di himpunan membantah kenaikan cukai taksiran DBKL di hadapan bangunan DBKL, dekat sini pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruzaman Mohamad ketika berucap meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor tidak bermain wayang apabila membicarakan isu kebajikan warga kota.
"Kenaikan cukai taksiran sekitar 300% adalah satu perkara yang amat melampau, ianya jelas menunjukkkan bahawa kerajaan Umno BN langsung tidak memperdulikan penderitaan warga kota"
"Warga kota sedih dengan tindakan DBKL ini, mereka juga turut dibebani dengan kenaikan kos kehidupan di ibu kota, kenaikan harga minyak ditambah pula dengan desas-desus kenaikan tol dan tambang pengangkutan"
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Nazmi Nik Din juga turut berkongsi pandangan yang sama dengan menyifatkan tindakan menaikkan cukai taksiran ini sebagai tidak wajar dalam situasi sekarang.
"Di mana slogan 'rakyat diutamakan'? Adakah ini balasan kerajaan BN terhadap mandat yang telah diberikan kepada mereka ? Kerajaan BN ibarat " habis madu sepah dibuang " tegas beliau yang juga ditemui selepas penyerahan borang dan surat bantahan kepada pihak DBKL.
Sementara itu, lebih 500 warga Kuala Lumpur berhimpun menyatakan bantahan terhadap kenaikan cukai taksiran DBKL hari ini.
Himpunan itu turut disusuli dengan penyerahan 20,000 surat bantahan dari warga kota oleh Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dari Pakatan Rakyat.
Mereka melaungkan slogan 'Turun Datuk Bandar' dan 'Rakyat bantah kenaikan cukai pintu oleh DBKL' sambil membawa taksiran cukai yang dikeluarkan DBKL.
Hadir sama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khairuddin, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu), Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) selain pimpinan PAS Kawasan Batu dan Bukit Bintang.
Sumber HD - 16-12-2013
Warga kota bantah DBKL naikkan cukai taksiran
- Dec 16, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Warga kota berhimpun di hadapan bangunan DBKL membantah kenaikan cukai pintu. (Foto: Nasir Sudin)
KUALA LUMPUR: Lebih 500 peserta himpunan membantah kenaikan cukai taksiran bersurai secara aman selepas Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan menyerahkan borang bantahan mereka kepada wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Mereka berkumpul di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula jam 10.00 pagi tadi.
Mereka melaungkan slogan 'Turun Datuk Bandar' dan 'Rakyat bantah kenaikan cukai pintu oleh DBKL' sambil membawa taksiran cukai yang dikeluarkan DBKL.
Hadir sama Ahli Jawatan PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Abdul Samad, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khairuddin, Timbalan Pesuruhjaya 1 Kamaruzzaman Mohamad, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu), Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras) selain pimpinan PAS Kawasan Batu dan Bukit Bintang.
Sumber HD - 16-12-2013
Turun dilancar bantah kos sara hidup makin membeban
- Dec 11, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa hari ini melancarkan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang akan bertindak sebagai kumpulan pendesak bagi membantah kos sara hidup yang semakin membebankan.
Dipengerusikan Azan Safar, pelancaran Turun diadakan di hadapan pusat membeli-belah Sogo petang ini dengan mengadakan Pidato Anak Muda.
Pidato disampaikan oleh Azan sendiri, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat, Ketua Dapsy, Teo Kok Seong, wakil Gabungan Mahasisawa Islam SeMalaysia (Gamis), A fif Zulkipli dan wakil Sigma, Nurul Syifa' Abdullah.
Menurut Azan, Turun menggariskan tiga objektif dan akan membawa lima agenda.
Objektif Turun adalah bertindak sebagai jentera penerangan kesedaran kepada rakyat untuk turut sama bangkit sebagai respons kepada kegagalan tata kelola kerajaan dalam menguruskan kebajikan rakyat.
Turun juga akan bertindak sebagai kumpulan pendesak yang membawa suara anak muda Malaysia terhadap tindakan kerajaan hari ini.
Selain itu Turun akan bertindak sebagai pusat pengumpulan anak muda yang tertindas dan tertekan untuk memperjuangkan nasib kehidupan mereka.
Manakala agenda yang akan dibawa oleh Turun adalah mendesak kerajaan membanteras korupsi, menstrukturkan subsidi industri, menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mendedahkan perjanjian konsesi tol dan memecahkan monopoli terutama pembekal gula.
"Sebagai seorang rakyat kita mesti mempunyai kesedaran terhadap kos sara hidup yang makin membebankan.
"Maka dengan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara, kita mesti membawa suara kita sebagai rakyat untuk menyelamatkan nasib kita dan negara," kata Azan dalam pidatonya.
Azan juga berkata, Turun akan bergerak ke seluruh negara bagi memberikan penerangan kepada rakyat bermula dengan forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) Sabtu ini.
Sementara itu, Suhaizan berkata, Pemuda Pakatan Rakyat memberikan sokongan penuh kepada Turun dan akan turut serta menjadi pendesak kepada kerajaan.
"Pemuda Pakatan menyokong penuh penubuhan Turun ini dan akan bersama anak muda dalam menyuarakan keperitan hidup mereka.
"Hatta kalau perlu kepada himpunan besar-besaran bagi mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup, pemuda akan bersama-sama gerakan ini," katanya.
Pidato termasuk acara melepaskan belon bertulis Turun ke udara berjaya menarik perhatian orang ramai di sekitar Sogo.
Kira-kira 10 anggota polis mengawal keadaan.
Sumber HD - 11-12-2013
No comments:
Post a Comment