RM80,000 disumbang dalam Konsert Pray 4
Salmiyah Harun, | 08 Sep 2013 |
BANGI: 'Konsert Pray 4'(Gaza, Syria, Mesir dan Rohingya) yang dianjurkan oleh Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam) yang berlangsung malam tadi berjaya mengutip RM80,000 hasil sumbangan orang ramai.
Konsert yang sepatutnya bermula tepat jam enam petang terpaksa dilewatkan kerana hujan lebat mulai turun kira-kira jam 5.30 petang.
Program dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah yang dimamkan oleh Imam Muda Ashraf di tengah-tengah hujan renyai-renyai.
Kemudian diikuti solat hajat untuk umat Islam di Gaza, Syria, Mesir dan Rohingya yang sedang berdepan dengan konflik yang membimbangkan.
Lebih 100 artis menyatakan solidariti mereka dalam Konsert Pray 4 Gaza, Syria, Mesir dan Mynamar yang berlangsung malam tadi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Bandar Baru Bangi.
Konsert yang bermula kira-kira jam 9.00 malam, dimulakan dengan persembahan pentomin daripada empat artis wanita iaitu Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Diana Amir dan Salima Habibi.
Aris Ariwatan turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagunya yang tidak asing lagi iaitu 'Permaidani'.
Kira-kira 50 artis termasuk selebriti membuat persembahan antaranya, Hijaz, Saujana, Far East, Unic, Seedrain, Muadz, Ammar Hamdan, Mestica, Kumpulan Laksamana, Abon, Ali Mamak dan Hafiz Hamidon.
Walaupun hujan masih turun dan padang turut becak, namun orang ramai terus berpusu-pusu masuk ke padang untuk mengikuti forum yang dibarisi oleh tiga orang panel iaitu Naib Presiden Ilmam Syed Abdul Kadir Al Jofree, Ustaz Zamri Mantop dan Imam Muda Hassan, moderator pula adalah Amin Idris.
Konsert yang berakhir jam 12 tengah malam ini dianjurkan adalah untuk menyatakan solidariti keprihatinan bersama seluruh rakyat Malaysia dan dunia terhadap penindasan kekejaman yang berlaku di bumi umat Islam.
Menurut pengarah program tersebut, Mohd Fauzan Madzlan, program ini memilih simbol empat jari, bukan hanya sinonim dengan lokasi Rabiah Adawiyyah di Mesir tetapi diluaskan kepada pergolakan di Gaza, Syria dan Rohingya.
Gaza sedang disekat oleh Israel, Syria sedang berperang antara rakyat dan kerajaannya, Mesir pula sedang bergolak ekoran rampasan kuasa oleh tentera manakala umat Islam Rohingya di Myanmar sedang dikhianati oleh negara dan jiran-jiran mereka.
Program anjuran Ilmam ini telah mendapat beberapa sokongan dan tajaan daripada beberapa pihak seperti Muslim Care, MPKj, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan banyak lagi.
Penganjur turut melancarkan kutipan sumbangan daripada para hadirin yang hadir untuk disalurkan kepada umat Islam di keempat-empat negara itu yang sedang berdepan dengan kezaliman zionis.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-9-2013
Baru betul, penyokong bola sepak tanah air sokong rakyat Mesir
http://omakkau.blogspot.com, | 25 Ogs 2013 |
INI BARU BETUL!!!!... KEPRIHATINAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR YANG MENYOKONG PENDERITAAN RAKYAT MESIR!!!
Rakaman-rakaman gambar di Stadium Larkin, Johor Bahru dan Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah malam tadi dalam perlawanan bolasepak Piala Malaysia.
Jelas sekali rata-rata rakyat Johor dan Kedah memberikan sokongan padu kepada para pengikut pro Mursi di Mesir dan bukannya berjiwa macam "ulama" muda UMNO yang menyeru rakyat Mesir yang menyokong keganasan dan kezaliman tentera Mesir di bawah pimpinan Jeneral As Sisi agar semua penyokong pro Mursi balik ke rumah kerana haram menumbangkan kerajaan Mesir yang sedia ada.
Inilah bezanya rakyat yang berjiwa merdeka dan benci kepada kezaliman dengan individu yang ada ilmu agama tetapi sanggup putar belitkan segala nas-nas Islam demi jawatan dan kedudukan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Kempen sejuta tanda tangan selamatkan Mesir
Salmiyah Harun, | 25 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melancarkan kempen sejuta tanda tangan kesedaran Selamatkan Mesir di rumah terbuka PAS hari ini.
Para pengunjung rumah terbuka menurunkan tanda tangan mereka di atas kain rentang berwarna putih sebaik sahaja memasuki pekarangan padang Kelab Sultan Sulaiman.
Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir Aiman Athirah Al Jundi berkata, kempen ini sebagai inisiatif Muslimat sebagai menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir.
Bahkan katanya, pelancaran ini akan disusuli dengan beberapa siri program yang berkaitan dan kutipan tanda tangan akan diteruskan di peringkat negeri.
"Acara kemuncak program ini, kita akan teruskan dalam Muktamar Muslimat PAS akan datang," katanya.
Pelancaran kempen ini disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff di mana beliau turut mengedarkan kad 'Doa Qunut Nazilah' erta button 'Save Egypt' kepada pengunjung rumah terbuka.
Athirah turut menjelaskan, kempen ini bukan hanya untuk selamatkan Mesir tetapi sebagai cabaran kepada pimpinan Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) untuk bertindak segera ke atas nasib rakyat Mesir yang akan dimulai oleh Malaysia.
"Kita desak pemimpin-pemimpin lelaki OIC untuk bertindak segera hapuskan kuasa-kuasa anasir yang bertindak keterlaluan tanpa perikemanusiaan terhadap umat Islam Mesir," katanya ketika ditemui.
Para pengunjung rumah terbuka menurunkan tanda tangan mereka di atas kain rentang berwarna putih sebaik sahaja memasuki pekarangan padang Kelab Sultan Sulaiman.
Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir Aiman Athirah Al Jundi berkata, kempen ini sebagai inisiatif Muslimat sebagai menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir.
Bahkan katanya, pelancaran ini akan disusuli dengan beberapa siri program yang berkaitan dan kutipan tanda tangan akan diteruskan di peringkat negeri.
"Acara kemuncak program ini, kita akan teruskan dalam Muktamar Muslimat PAS akan datang," katanya.
Pelancaran kempen ini disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff di mana beliau turut mengedarkan kad 'Doa Qunut Nazilah' erta button 'Save Egypt' kepada pengunjung rumah terbuka.
Athirah turut menjelaskan, kempen ini bukan hanya untuk selamatkan Mesir tetapi sebagai cabaran kepada pimpinan Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) untuk bertindak segera ke atas nasib rakyat Mesir yang akan dimulai oleh Malaysia.
"Kita desak pemimpin-pemimpin lelaki OIC untuk bertindak segera hapuskan kuasa-kuasa anasir yang bertindak keterlaluan tanpa perikemanusiaan terhadap umat Islam Mesir," katanya ketika ditemui.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Simbol 4 jari, protes terhadap tentera Mesir
Abu Marwan, | 25 Ogs 2013 |
KAHERAH: Simbol 4 jari yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman junta tentera yang membunuh rakyat awam.
Himpunan yang diadakan di Istanbul itu, bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Mesir di Dataran Rabaa Adawiya juga merupa tanda sokongan kerajaan Turki terhadap kerajaan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir sendiri.
Sekarang ini, kemana-mana sahaja kita pergi di seluruh Mesir, lambang ‘4 jari Rabaa’ ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan hampir setiap hari.
Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang ‘4 Rabaa’ ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.
Perdana Menteri Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut, menyebutnya sebagai simbol bagi mengenang medan Rabiatul Adawiyah (Raba’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim tentera Mesir secara rakus.
Simbol 4 jari ini memberi maksud Rabi’ah. Rabi’ah/arba’ah bererti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabaah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan serta solidariti terhadap rakyat Mesir yang dibunuh dengan kejam.
Simbol ‘4 jari Rabaa’ ini juga kini menjadi minat anak-anak muda di seluruh dunia yang membantah kekejaman junta tentera Mesir dan ia tersebar luas melalui media sosial seperti Facebook dan twitter.
Lambang ini menjadi simbol tanda sokongan anak-anak muda seluruh dunia terhadap rakyat Mesir yang menentang rampasan kuasa junta tentera serta tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Rabaa.
Di Dataran Rabaa inilah pasukan tentera dan polis dilaporkan telah menyerang dan membakar bangunan hospital yang terletak dalam kawasan Masjid Rabaah. Hospital itu menjadi pusat rawatan kepada para mangsa yang cedera dan mayat para syuhada’ ditempatkan.
Jumlah angka korban di Dataran Rabaa sahaja dianggarkan melebihi kepada 2,000 orang termasuk 65 orang kanak-kanak dan lebih dari 10,000 rakyat awam yang cedera.
Inilah realiti politik Mesir terkini. Simbol ‘4 jari Rabaa’ yang di tunjukkan oleh rakyat kini menjadi sumber inspirasi dan senjata bagi mereka untuk berhadapan dengan seluruh kekuatan junta tentera dan polis yang menggunakan gas-gas pemedih mata dan peluru-peluru hidup terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Presiden PAS lancar Tabung Kemanusiaan Mesir
Salmiyah Harun, | 25 Ogs 2013 |
(TG Abdul Hadi (kiri) menunjukkan simbol R4BIA tanda solidariti buat rakyat Mesir)
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Mesir khususnya bagi membantu rakyat negara itu yang sedang berdepan dengan rejim tentera Mesir.
Pelancaran itu dibuat sejurus selepas mesyuarat Ajk Harian PAS Pusat di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.
Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, PAS telah menghantar sebanyak USD10,000 kepada rakyat Mesir hasil daripada sumbangan orang ramai sebelum ini.
Katanya, sumbangan itu telah disampaikan oleh Naib Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Nawawi kepada rakyat Mesir baru-baru ini.
"Hasil sumbangan itu, kita agih-agihkan kepada merekan yang amat memerlukan. Dan kita hantar wang tunai kerana ia memudahkan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa bunuh rejim Mesir," katanya ditemui Harakahdaily.
Malah Kamarudin turut mengalu-alukan sumbangan yang lebih banyak lagi dari seluruh rakyat negara ini kerana Umat Islam Mesir yang menjadi mangsa jenayah perang amat memerlukan sumbangan ini.
Beliau turut memetik sabda Nabi Muhammad SAW 'barangsiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal kaum muslimin yang lain bukanlah daripada golongan kami".
PAS juga konsistan dalam memantau situasi di Mesir bersama-sama dengan gerakan Islam yang lain.
Malah jelasnya, beberapa siri perjumpaan telah diadakan di luar dan di dalam Mesir untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani krisis ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan kemanusiaan kepada Mesir bolehlah disalurkan ke akaun Maybank 564070703248 atas nama Parti Islam Se Malaysia.
Ekoran krisis Mesir itu, PAS dengan kerjasama Mapim akan menganjurkan Seminar Hentikan Keganasan Kembalikan Demokrasi Untuk Mesir pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) di Dewan Seminar Masjid Al-Falah USJ, Jalan USJ 9/5 Persiaran Kewajipan Subang jaya bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Antara mereka yang akan terlibat dalam seminar itu Ahli Parlimen Negara Asean, Ngo Asean, media tempatan dan antarabangsa, akademik, Ulama, wartawan dan pelajar serta aktivis sosial.
Sehingga ke hari ini dipercayai sudah lebih 4,000 nyawa yang tidak berdosa telah dibunuh oleh tentera Mesir walaupun pihak tentera cuba menutup kekejaman ini dengan mengeluarkan angka rasmi kematian sekitar 830 orang sahaja.
Lanjutan daripada rampasan kuasa yang menggulingkan Dr Muhammad Morsi selaku Presiden Mesir yang dipilih secara sah membuatkan rakyat Mesir bangkit untuk membantah tindakan demokratik tersebut, akibatnya suasana tegang mengundang pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di sana mutakhir ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Rakyat Mesir masih sayang Ikhwanul Muslimin
Khairul Azlam Mohamad, | 24 Ogs 2013 |
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ikhwanul Muslimin masih disayangi oleh rakyat Mesir apabila partinya menang besar dalam pilihan raya yang diadakan di peringkat parlimen.
Beliau berkata Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan pada tahun 50-an tetapi kerja-kerjanya masih diteruskan oleh ahli-ahlinya.
“Ikhwanul Muslimin masih disayangi oleh rakyat negeri Mesir. Bila diumumkan demokrasi dan diadakan pilihan raya tiba-tiba mereka (Ikhwan) menang besar kerusi parlimen.
“Dibatalkan kemenangan menyebabkan Hosni Mubarak digulingkan dan buat pilihan raya semula tetapi menang Ikhwanul Muslimin juga kerana rakyat Mesir menyokongnya,” kata beliau ketika berucap pada majlis ceramah Isu Mesir Berdarah di Dewan Tok Guru, Rusila malam semalam.
Menurutnya, apabila Dr Mohamed Morsi menang mewakili Ikhwanul Muslimin pelbagai fitnah serta konspirasi dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan Islam.
“Bila Dr Mohamed Morsi menang, dia calon Ikhwan, parti Islam kononnya, ada dakyah jika Islam menang dan parti Ikhwan naik akan jahanamlah Mesir.
“Kita kena faham, ini suatu kezaliman yang sangat dahsyat dan bagi kita orang Islam tidak boleh biarkan begitu sahaja,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam agar mengambil sikap prihatin dengan nasib malang yang menimpa umat Islam di seluruh dunia.
“Apa yang penting, kita hendaklah bersama dengan kumpulan Islam dan pemimpin yang memperjuangkan Islam.
“Marilah kita sama-sama bersimpati dengan sahabat-sahabat di Palestin, di Syria, di Mesir dan semua negeri orang Islam yang menghadapi penindasan termasuk di Bangladesh. Kita semua adalah saudara seIslam.
“Jika sekiranya apa yang berlaku di Mesir, kita tidak terasa apa pun itu menandakan orang Islam ‘roh’ dia tidak ada, perasaan dia tidak ada dan sifat iman tidak ada dalam diri dia,” jelasnya lagi.
Ustaz Abdul Hadi bersama pimpinan di pentas serta para hadirin mengangkat empat jari sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perjuangan dan kesatuan untuk seluruh penduduk yang mencintai kebebasan.
Pada majlis yang turut disertai wakil Kerajaan Palestin, Abu Eyash Ahmed An-Najjar tersebut berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak RM13,400 bagi membantu umat Islam di Mesir, Syria dan Palestin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-8-2013
OIC digesa putus hubungan diplomatik dengan Mesir
Harakahdaily, | 20 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menyeru negara-negara dunia, khususnya OIC dan negara-negara Islam supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir dan mengkaji hubungan perdagangan dengannya sekiranya tentera dan as-Sisi masih berkuasa dan bertegas untuk bertindak ganas.
Selanjutnya Wadah berpandangan tentera dan as-Sisi mesti bertanggungjawab terhadap kudeta dan pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan.
“Satu tribunal perlu ditubuhkan bagi mengadili tindakan mereka dan menentukan hukuman berasaskan jenayah yang telah mereka lakukan,” ujar Setiausaha Agung Wadah, Ab. Halim Ismail dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Tindakan barbaric regim tentera pimpinan Abdul Fattah al-Sisi tidak ubah seperti tindakan Fir’aun yang sanggup membunuh anak-anak kecil kerana takutkan kemunculan kesedaran baru dalam kalangan rakyat.
Kekejaman melampau tentera yang menggunakan kereta kebal, helikopter dan peluru hidup telah mengakibatkan lebih 600 orang awam terbunuh dan lebih 4,000 orang cedera, hanya dalam tempoh sehari, adalah satu bentuk state terrorism, satu tindakan tidak bertamaddun lagi memalukan di abad ini.
Hanyalah kerana hendak mempertahankan kepentingan kelompok dan kedudukan selesa yang mereka nikmati sejak zaman Mubarak, pemerintah tentera sanggup ‘berperang’ dengan saudara-saudara mereka sendiri, membunuh rakyat tidak bersenjata yang hanya memprotes secara aman bagi mendapatkan kembali keadilan dan kehidupan demokratik mereka.
Kebencian pihak tentera, kelompok nasionalis dan golongan liberal-sekular terhadap bangkitnya satu kesedaran baru dengan Islam sebagai tunjangan, tidak dapat diselindung-selindung lagi. Islamophobia kini tidak sahaja datang dari luar tetapi juga dari orang-orang Islam yang hilang kewarasan.
Kita mempunyai keyakinan bahawa usaha menyingkirkan Ikhwan Muslimin dan Morsi telah bermula dari hari pertama beliau memegang tampuk pemerintahan. Kuasa-kuasa Barat bersama boneka mereka yang terdiri dari pemerintah negara Arab tertentu telah berkonspirasi secara jahat dengan menggunakan wang, media dan pelbagai tipu muslihat bagi menggagalkan apa juga usaha positif yang boleh memberi kredit kepada Morsi.
Media digunakan oleh mereka untuk memomok Morsi dan menggelapkan segala usaha baik yang dibuatnya. Mereka sengaja membentuk dan membina kebencian rakyat untuk memberi justifikasi untuk mereka bertindak. Tindakan tentera menjatuhkan Morsi adalah kudeta, walaupun dipanggil dengan nama-nama lain diberi, adalah salah dan tidak sah.
Dengan kudeta menjatuhkan Morsi, bererti tentera telah meminjak-mijak demokrasi yang diperjuangkan selama ini dan mengangkat semula dictatorship serta kembali ke era sebelum 2011. Tindakan mereka menjadi precedent bahawa siapa sahaja pemerintah awam pada masa akan datang boleh disingkirkan dengan keputusan uniliteral tentera sekalipun pemerintah tersebut dipilih secara sah melalui pilihan raya.
Kami menegaskan bahawa tentera dan al-Sisi tidak mempunyai legitimasi untuk memerintah Mesir. Kami menegaskan bahawa tidak ada penyelesaian lebih baik dari memulang kembali kuasa kepada Morsi dan Parti Kebebasan dan Keadilannya. Parti tersebut mesti diberi tempat dalam sebarang proses demokrasi dan pilihan raya masa akan datang.
Tindakan mengharamkan Ikhwan Muslimin dan menafikannya dari terlibat dalam proses demokrasi adalah satu kesilapan besar yang akan membawa Mesir ke dalam kancah keganasan yang memusnahkan masa depannya. Sikap terbuka dan positif Ikhwan untuk terlibat dalam proses demokrasi secara terbuka dan sihat menjadi tidak bermakna sama sekali.
Tindakan-tindakan kejam dan ganas ini hanya akan mencetus generasi baru yang kecewa dengan kaedah demokrasi dan pendekatan aman lalu memilih tindakan-tindakan keras, ganas dan penentangan bersenjata sebagai alternatif.
WADAH menyeru semua para pejuang keadilan dan pendukung demokrasi supaya bangun menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap kudeta oleh tentera dan tindakan ganas tanpa perikemanusiaan membunuh rakyat yang tidak berdosa.
Kita percaya tindakan tentera ini akan menambahkan polarisasi di kalangan rakyat Mesir dan mengundang konfrontasi yang tidak akan berkesudahan antara pemerintah dan rakyat. WADAH menyeru negara-negara dunia, khususnya OIC dan negara-negara Islam supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir dan mengkaji hubungan perdagangan dengannya sekiranya tentera dan as-Sisi masih berkuasa dan bertegas untuk bertindak ganas.
Selanjutnya WADAH berpandangan tentera dan as-Sisi mesti bertanggungjawab terhadap kudeta dan pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan. Satu tribunal perlu ditubuhkan bagi mengadili tindakan mereka dan menentukan hukuman berasaskan jenayah yang telah mereka lakukan.

Sumber HD - 20-8-2013
Dr Mahmoud Ezzat dilantik Mursyidul Am sementara IM
Harakahdaily, | 20 Ogs 2013 |
MESIR: Jemaah Ikhwan Muslimin hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Dr Mahmoud Ezzat (gambar) dilantik sebagai Mursyidul Am sementara gerakan Islam itu.
Pengumuman itu dibuat selepas pihak keselamatan mengumumkan penahanan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie.
Mohammed Badie dilaporkan telah ditahan kira-kira jam 2 pagi di sebuah kediaman flat di Madinah Nasr yang terletak di Timur Laut Kaherah.
Penahanan tersebut turut disahkan Kementerian Dalam Negeri yang memaparkan gambar Mohammed Badie dengan keterangan mengesahkan penahanannya.
Beliau antara pemimpin Ikhwan yang paling dikehendaki pihak tentera Mesir.
Al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir melabelkan pemimpin Ikhwan sebagai pengganas.
Bagaimanapun, Mohammed Badie tidak bersenjata atau mempunyai pengawal ketika penahanan dibuat.
Sementara itu, Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Dr Mohammed Badie sebagai balas dendam oleh tentera dan kerajaan sementara.
"Sudah diketahui bahawa semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin Anti-Kudeta dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu dan tanpa bukti yang boleh diterima.
"Apa yang mereka hadapi adalah rekaan tuduhan politik yang dicat dengan warna jenayah," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-8-2013
Sidang Khas Mesir: PAS serah surat kepada PM
Salmiyah Harun, | 20 Ogs 2013 |
PUTRAJAYA: PAS hari ini menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar memanggil sidang khas Parlimen untuk mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh rejim haram yang dipimpin oleh Jeneral Abdul Fatah Al Sisi.
Surat yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memohon agar mesyuarat kabinet yang akan diadakan esok dapat membuat ketetapan rasmi supaya Kerajaan Malaysia memanggil sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat ini.
Kedua-dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menyerahkan surat berkenaan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Khairun Asieh di sini jam 11.25 pagi.
Menurut Salahuddin, PAS akan memberi komitmen untuk menyokong penuh sidang yang dipanggil beserta dengan sebarang resolusi mengutuk kezaliman tentera Mesir serta menyokong demokrasi dipulihkan dengan kerajaan awam serta Presiden Morsi dikembalikan kuasanya.
"Atas premis inilah kita melihat bahawa Malaysia perlu mengambil sikap yang jelas mengutuk rampasan kuasa dan pembunuhan kejam oleh tentera Mesir ke atas ribuan rakyatnya bagi memberi tekanan kepada rejim," katanya.
Bahkan jelas Salahuddin, langkah ini juga sebagai isyarat kepada masyarakat dunia bagi menggerakkan mereka untuk sama-sama bersolidariti dengan rakyat Mesir yang sedang dizalimi.
Apa yang perlu disedari katanya, ada tanda-tanda pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk terus mewujudkan kestabilan dunia Umat Islam dengan mencipta peperangan yang tidak berkesudahan.
"Ini dapat dikesan dengan laporan berita bahawa terdapat kumpulan pengganas dipercayai dari kelompol Al-Qaeda yang ditaja pihak berkenaan mula masuk ke Mesir atas alasan untuk membalas dendam kejatahan rejim tentera padahal niat mereka adalah untuk mencetuskan perang, akhirnya pergerakan yang memilih jalan demokrasi seperti Ikhwanul Muslimin terus dimangsakan atas alasan keselamatan negara," katanya.
PAS juga percaya Jeneral Al Sisi berani bertindak hingga ke tahap melakukan 'mass killing' tanpa memikirkan sebarang risiko adalah kerana rampasan kuasa yang dilakukan ke atas Presiden Morsi mendapat sokongan dan restu secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat untuk kepentingan strategiknya di Timur Tengah.
Turut bersama dalam menghantar surat berkenaan, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahamud, Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairudin Aman Razali, dan Ajk Muslimat Aiman Athirah Al Jundi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-8-2013
Hosni Mubarak dibebaskan, ujian besar untuk rakyat Mesir
http://greenboc.blogspot.com, | 19 Ogs 2013 |
Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.
Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan korupsi, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.
Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.
Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun..
Kejatuhannya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.
Mubarak dimasukkan ke penjara dengan banyak sebab. Beberapa adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas terkorbannya ratusan demonstran pada 2011.
Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan. Rejim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega korupsi dan penyalahgunaan-kuasa. Semasa Mursi menjadi presiden, pengadilan kerap gagal membicarakan Mubarak.
Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, badan kehakiman merancang di Kaherah untuk membicarakannya pada Khamis ini(22/8) mendatang.
ULASAN GB
Satu demi satu ujian berat terpaksa dihadapi oleh rakyat Mesir dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan.
Selepas Dr.Mursi digulingkan. diikuti dengan pembantaian rakyat oleh tentera dan polis Mesir, kini sang diktator pula dibebaskan.
Semuga Allah memberikan ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Mesir tertutama kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, sesungguhnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang akhirnya!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
As-Sisi pengkhianat, pembunuh, saya tak akui dia sebagai keluarga
http://greenboc.blogspot.com, | 19 Ogs 2013 |
Keluarga As-Sisi: "As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga”
Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi.
Siapakah beliau?
Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. “Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.
Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.
“Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insya Allah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.
Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.
“Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini,” demikian Hazin.
Video
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Detik cemas wartawan dikepung tentera Mesir
Harakahdaily, | 19 Ogs 2013 |
(Polis menangkap penyokong Morsi yang berlindung dalam Masjid Fath)
MESIR: Seorang wartawan perempuan Agensi Anadolu, yang turut terkepung di Masjid Fath, Ramsis, Sabtu lalu, berkongsi detik cemas yang dihadapi beliau dan ratusan penyokong legitimasi yang berlindung di masjid tersebut.
Menyifatkan kejadian itu sebagai "detik paling sukar" dalam hidupnya, Heba Zakariya (gambar) mendakwa ianya bermula dengan satu kunjungan biasa beliau ke Medan Ramsis untuk membuat liputan himpunan penyokong Morsi di situ.
Secara tiba-tiba katanya, suasana seperti pertempuran meletus apabila pihak tentera melepaskan tembakan peluru hidup yang memaksa para penyokong Morsi dan mereka yang cedera mencari perlindungan di Masjid Fath di medan itu.
Sebuah hospital sementara juga telah dibuka bagi merawat mereka yang tercedera dan bagi menempatkan jenazah mereka yang terkorban.
"Saya menuju ke Masjid Fath untuk meninjau keadaan. Terdapat banyak mayat dan mangsa yang cedera di dalam masjid," katanya menceritakan.
"Saya masih ingat seorang kanak-kanak 11 tahun yang ususnya telah terkeluar selepas ditembak dengan peluru sniper," katanya sambil menangis.
"Tidak lama selepas itu, kenderaan tentera, pasukan polis dan helikopter mengepung tempat itu dan cuba untuk mengheret penunjuk perasaan ke luar masjid dengan kekerasan. Pada masa ini, kami berpendapat pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, ramai yang mengambil sikap enggan keluar dari masjid kerana bimbang diserang oleh samseng upahan, dan pihak polis.
(Polis menyerbu masuk ke masjid, memaksa penyokong Morsi agar keluar dari masjid)
Selepas itu katanya, pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di seluruh kawasan, dan mengepung masjid semalaman.
Pagi keesokannya, pasukan keselamatan bertindak untuk "membersihkan" masjid dari penyokong Morsi yang berada di dalamnya.
Penyokong Morsi dipaksa untuk keluar dari masjid.
"Tentera dan polis mula mengiringi penunjuk perasaan (keluar dari masjid), termasuk 33 wanita , di luar masjid di tengah-tengah penghinaan samseng yang berdiri di luar," katanya.
"Penunjuk perasaan bergegas ke dalam kenderaan pengangkutan banduan di luar masjid, mereka khuatir diserang oleh samseng," katanya.
"Saya ditumbuk di muka, tangan dan kaki sebelum ketika berjalan menuju ke kenderaan."
"Saya merasakan mereka "raksasa yang mahu mengganas" dan ianya memalukan kerana kita mempertahankan kebebasan dan ingin menyampaikan kebenaran," kata beliau.
Beliau kemudian dibawa ke Penjara Tora di selatan Kaherah, bersama-sama dengan penyokong Morsi yang lain yang diambil dari masjid.
Di dalam penjara, Heba Zakaria telah melalui satu lagi pusingan penderitaan.
"Orang-orang yang ditahan didera secara fizikal, manakala wanita telah dilayan dengan kasar oleh tentera yang membuat ancaman terhadap mereka jika mereka tidak menurut perintah," ujarnya.
"Pada 02:30, kami diberitahu bahawa wanita akan dibebaskan. Sejurus kemudian, kenderaan pengangkutan banduan tiba dan membawa kami ke Masjid Al-Azhar di mana kami dikumpulkan sehingga saudara-mara kami datang untuk membawa kami ke rumah."
"Itulah 30 jam yang paling sukar dalam kerjaya saya," katanya membuat kesimpulan.
Dalam pada itu sumber Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) menyebut, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid pada waktu Subuh, Ahad lalu, bagi memaksa penyokong Morsi keluar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Harga minyak naik akibat krisis Mesir
Abdul Aziz Mustafa, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Harga minyak naik sedikit dalam dagangan di Asia akibat kebimbangan akan menularnya krisis di Mesir ke negara-negara Timur Tengah lain sehingga menyebabkan bekalan disekat.
Dagangan di West Texas Intermediate di New York naik AS$0.04 (13 sen) menjadikan harganya AS$107.50 untuk penghantaran September dalam dagangan pertengahan pagi.
Dagangan minyak mentah di Brent North Sea untuk penghantaran Oktober juga naik AS$0.04 menjadikan harganya AS$110.44.
"Harga minyak terus dipengaruhi oleh situasi di Mesir dengan kebimbangan ia boleh merebak ke tempat-tempat lain di Timur Tengah," AFP memetik Desmond Chua, penganalisis pasaran di CMC Markets di Singapura.
"Masih terdapat kebimbangan terhadap bekalan yang melalui Terusan Suez dan saluran minyak Sumed," katanya.
Krisis berdarah di Mesir telah pun mengorbankan sehingga 800 orang dalam masa lima hari, menurut angka rasmi, di mana semalam sahaja 36 orang tahanan dilaporkan terbunuh di dalam apa yang didakwa oleh kerajaan yang merampas kuasa sebagai percubaan untuk melarikan diri dari penjara.
Kerajaan yang merampas kuasa semakin meningkatkan tekanan dan keganasan ke atas penyokong-penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi.
Pertumpahan darah di Mesir itu menyebabkan kecaman meluas di peringkat antarabangsa, di mana diplomat-diplomat kanan Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk mengadakan pertemuan tergempar untuk membincangkan keadaan yang berlaku dan rancangan EU seterusnya.
Walaupun Mesir bukan pengeluar utama minyak, para pedagang bimbang kejadian yang semakin meruncing di negara itu akan menjejaskan laluan bekalan minyak di Terusan Suez dan saluran minyak Sumed, yang menjadi penghubung antara Eropah dan pengeluar-pengeluar minyak di negara-negara Teluk.
Terusan Suez menjadi laluan kepada kapal-kapal yang membawa kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari, iaitu 2.7 peratus dari bekalan sedunia.
Para pelabur pula mengambil sikap berhati-hati menjelang penyiaran minit mesyuarat bulan Julai Federal Open Market Committee di bawah bank negara Amerika Syarikat yang melibatkan penetapan polisi di mana ia juga memberi pengaruh yang ketara kepada pasaran.
Dagangan di West Texas Intermediate di New York naik AS$0.04 (13 sen) menjadikan harganya AS$107.50 untuk penghantaran September dalam dagangan pertengahan pagi.
Dagangan minyak mentah di Brent North Sea untuk penghantaran Oktober juga naik AS$0.04 menjadikan harganya AS$110.44.
"Harga minyak terus dipengaruhi oleh situasi di Mesir dengan kebimbangan ia boleh merebak ke tempat-tempat lain di Timur Tengah," AFP memetik Desmond Chua, penganalisis pasaran di CMC Markets di Singapura.
"Masih terdapat kebimbangan terhadap bekalan yang melalui Terusan Suez dan saluran minyak Sumed," katanya.
Krisis berdarah di Mesir telah pun mengorbankan sehingga 800 orang dalam masa lima hari, menurut angka rasmi, di mana semalam sahaja 36 orang tahanan dilaporkan terbunuh di dalam apa yang didakwa oleh kerajaan yang merampas kuasa sebagai percubaan untuk melarikan diri dari penjara.
Kerajaan yang merampas kuasa semakin meningkatkan tekanan dan keganasan ke atas penyokong-penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi.
Pertumpahan darah di Mesir itu menyebabkan kecaman meluas di peringkat antarabangsa, di mana diplomat-diplomat kanan Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk mengadakan pertemuan tergempar untuk membincangkan keadaan yang berlaku dan rancangan EU seterusnya.
Walaupun Mesir bukan pengeluar utama minyak, para pedagang bimbang kejadian yang semakin meruncing di negara itu akan menjejaskan laluan bekalan minyak di Terusan Suez dan saluran minyak Sumed, yang menjadi penghubung antara Eropah dan pengeluar-pengeluar minyak di negara-negara Teluk.
Terusan Suez menjadi laluan kepada kapal-kapal yang membawa kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari, iaitu 2.7 peratus dari bekalan sedunia.
Para pelabur pula mengambil sikap berhati-hati menjelang penyiaran minit mesyuarat bulan Julai Federal Open Market Committee di bawah bank negara Amerika Syarikat yang melibatkan penetapan polisi di mana ia juga memberi pengaruh yang ketara kepada pasaran.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Raba'ah, Ramsis jadi medan berdarah
Harakahdaily, | 19 Ogs 2013 |
MESIR: Selepas berjaya "membersihkan" Medan Raba'ah, yang menyaksikan ribuan rakyat Mesir terkorban digempur tentera Rabu, 14 Ogos lalu, pihak tentera terus memburu rakyat yang berkumpul dan berlindung di Medan Ramsis.
Pada Jumaat lalu, Medan Ramsis menjadi pusat himpunan "Jumaat Kemaraan" oleh penyokong legitimasi bagi membantah pembunuhan beramai-ramai rakan mereka oleh tentera di Medan Raba'ah sebelum ini.
Himpunan itu bagaimanapun juga turut berdepan serangan peluru hidup pihak keselamatan Mesir yang kononnya atas alasan mahu "menyuraikan himpunan" yang mengakibatkan ratusan penyokong Morsi terkorban dan ribuan lagi cedera.
Masjid Al Fath, yang menjadi tempat berlindung dan tempat pengumpulan jenazah yang terkorban juga di kepung dan diserang oleh samseng upahan dan pihak polis.
Mereka memaksa penyokong Morsi termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung didalamnya keluar, dengan melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.
Tidak cukup dengan itu, penyokong Morsi yang bertindak keluar dari masjid itu akibat kelemasan asap gas pemedih mata, dipukul pula oleh pihak samseng upahan serta polis sebelum ditahan.
Pasukan tentera dan polis menempatkan penembak tepat di atas bangunan-bagunan termasuk di menara masjid bagi memudahkan "operasi pembunuhan" tersebut.
Pihak Hospital Lapangan Ramsis menyebut, lebih 150 korban dicatatkan dan ratusan lagi cedera akibat serangan terbaru di Ramsis itu.
Cucu Hassan Al-Banna antara terkorban
Dalam pada itu, serangan di Ramsis itu menyaksikan cucu kepada Imam Hassan Al-Banna (pengasas Ikhwanul Muslimin), Khaled Al Banna, 30, terkorban.
Turut menjadi mangsa kekejaman tentera termasuk Ammar Muhammad Badie' iaitu anak lelaki kepada Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Muhammad Badie'.
Kedua-dua mereka terkorban selepas terkena tembakan peluru hidup.
Selain mereka, turut menjadi mangsa korban adalah penyanyi terkenal Mesir Mohamed Bayomi dan ahli gusti Abdul Rahman Al Tarabilee.
Operasi tangkapan
Sementara itu, pasukan tentera dan polis Mesir kini menjalankan operasi tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin dan parti Islam lain.
Dilaporkan ribuan telah ditahan oleh tentera atas tuduhan kononnya mencetuskan keganasan dan memiliki bom dan senjata api.
Tindakan kerajaan sementara itu juga dipercayai bertujuan melemahkan Ikhwan Muslimin di mana mereka kini sedang berusaha untuk mengharamkan gerakan Islam itu.

Pemimpin Ikhwan ditahan, orang kesayangan syahid
Harakahdaily, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Para pimpinan Ikhwanul Muslimin berada di dalam tahanan, manakala orang-orang kesayangan mereka berada di senarai teratas dalam senarai syuhada revolusi Mesir.
Facebook Mesir Kini menyiarkan gambar (atas) empat anggota keluarga pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkorban syahid di bumi anbiya’ itu.
Dari kanan:
- Asy Syahid Ammar Muhammad Badie
(anak Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie),
- Asy Syahidah Asmaa' Muhammad Baltaji
(anak pemimpin atasan Ikhwan Muslimin Muhammad Baltaji)
- Asy Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz
(anak penasihat Presiden Muhammad Mursi)
- Asy Syahid Khalid Firnas Al-Banna
(cucu pengasas Ikhwan Muslimin Hassan Al-Banna)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". [At Taubah: 111]
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Gempar! Ahli Parlimen Jerman beri penghormatan roh syuhada
http://omakkau.blogspot.com, | 19 Ogs 2013 |
GEMPAR!!! AHLI-AHLI PARLIMEN JERMAN BERI PENGHORMATAN KEPADA ROH PARA SYUHADA.... TAKBIR!!!
Allahuakbar!! Orang bukan Islampun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?
http://omakkau.blogspot.com, | 19 Ogs 2013 |
MESIR, KAMI BERSAMAMU: MAKSUD SIMBOL EMPAT JARI YANG MENJADI FENOMENA FACEBOOK!!
Maksud Simbol Empat Jari Yang Jadi Fenomena Facebook
R4BIA | Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi'ah iaitu di Medan Rabaah.
Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam.
Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10) , Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.
Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
DAP seru bukan Muslim kecam pembunuhan di Mesir
Harakahdaily, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP menyeru rakyat Malaysia bukan Muslim untuk turut sama mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang semakin berleluasa di Mesir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, atas nama kemanusiaan segala bentuk kekejaman dan kezaliman harus ditentang.
“Saya bukan Muslim tetapi sebagai seorang manusia yang waras, kekejaman tentera terhadap rakyat Mesir itu harus dikutuk kerana ini soal kemanusiaan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia, parti-parti politik dan NGO di Padang Merbok, di sini petang kelmarin.
Katanya, peristiwa pembunuhan beramai-ramai juga pernah berlaku di China.
“Kita sebagai manusia yang ada naluri kemanusiaan sedih dengan peristiwa itu,” katanya dipetik Roketkini.
Weng San yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor menyifatkan penggulingan Mohammed Morsi tidak wajar kerana ia membelakangkan keputusan yang dibuat rakyat Mesir melalui proses demokrasi.
Beliau turut mendesak masyarakat dunia tanpa mengira agama mengecam kekejaman tentera Mesir itu.
Weng San antara puluhan ribu rakyat yang hadir dalam himpunan yang turut disertai pelbagai kaum, selain warga asing dari pelbagai negara.
Perhimpunan yang bermula sekitar jam 4.00 petang dan berakhir selepas solat Isyak itu juga disertai 25 NGO bukan Islam termasuk Tamil Foundation, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan (NSCAH) dan Dewan Perhimpunan Bandar Cina Pulau Pinang (PGCTH).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, atas nama kemanusiaan segala bentuk kekejaman dan kezaliman harus ditentang.
“Saya bukan Muslim tetapi sebagai seorang manusia yang waras, kekejaman tentera terhadap rakyat Mesir itu harus dikutuk kerana ini soal kemanusiaan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia, parti-parti politik dan NGO di Padang Merbok, di sini petang kelmarin.
Katanya, peristiwa pembunuhan beramai-ramai juga pernah berlaku di China.
“Kita sebagai manusia yang ada naluri kemanusiaan sedih dengan peristiwa itu,” katanya dipetik Roketkini.
Weng San yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor menyifatkan penggulingan Mohammed Morsi tidak wajar kerana ia membelakangkan keputusan yang dibuat rakyat Mesir melalui proses demokrasi.
Beliau turut mendesak masyarakat dunia tanpa mengira agama mengecam kekejaman tentera Mesir itu.
Weng San antara puluhan ribu rakyat yang hadir dalam himpunan yang turut disertai pelbagai kaum, selain warga asing dari pelbagai negara.
Perhimpunan yang bermula sekitar jam 4.00 petang dan berakhir selepas solat Isyak itu juga disertai 25 NGO bukan Islam termasuk Tamil Foundation, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan (NSCAH) dan Dewan Perhimpunan Bandar Cina Pulau Pinang (PGCTH).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Dr. Salim, bekas calon Presiden lawan Morsi kini membela Morsi
http://greenboc.blogspot.com, | 19 Ogs 2013 |
Dr. Muhammad Salim Al-’Awwa—cendikiawan Islam, mantan Setiausaha Agong Persatuan Ulama Antarabangsa, dan mantan calon presiden Mesir—menyatakan dalam komunikasi melalui telefon di channel Aljazeera Sabtu (17/8/2013) kemarin bahawa:
1. Pemegang kekuasaan di Mesir ketika ini selalu menolak semua inisiatif damai.
2. Saya masih terus menyeru As-Sisi dan orang-orangnya untuk introspeksi diri dan memikirkan kembali langkah yang sudah mereka ambil.
3. Kemana mereka akan pergi dengan sekian banyak darah yang mereka tumpahkan itu?
4. Tuduhan teroris yang dilemparkan oleh pemerintah As-Sisi kepada Ikhwanul Muslimin adalah lelucon bodoh yang tidak perlu sibuk-sibuk dibantah.
5. Saya adalah kompetitor Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya presiden, dan saya tidak pernah menjadi sebahagian dari mereka, tapi saya terpanggil untuk membela mereka. Saya bersaksi bahwa mereka tidak bersenjata, tidak memiliki semua yang dituduhkan oleh pemerintah As-Sisi, dan mereka bukan para penganjur kekerasan (ekstremisme).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
PAS gesa pertubuhan antarabangsa gantung Mesir
Harakahdaily, | 18 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menggesa pertubuhan antarabangsa menggantung keanggotaan Mesir sebagai suatu tekanan politik terhadap negara itu sehingga rejim tentera yang merampas kuasa kembali kepada demokrasi dan mengembalikan hak rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat gesaan itu ketika berucap pada majlis Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir di Padang Merbok, di sini malam tadi.
Katanya, desakan masyarakat antarabangsa akan menyebabkan berlaku perubahan kepada negara itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan demikian perlu dilakukan sebagaimana yang diambil oleh Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Mesir.
“Kehadiran malam ini cukup ramai, menandakan simpati kita terhadap rakyat Mesir, mereka yang dizalimi.
“Himpunan pada malam ini insya Allah akan dilapor media antarabangsa,” ujarnya.
Beliau menegaskan himpunan yang diadakan itu menandakan PAS bersama dengan masyarakat antarabangsa membantah kezaliman yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir terhadap rakyat negara itu.
Turut berucap ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Siti Zailah Mohd Yusoff, Setiausaha Dewan Ulamak dan AJK PAS Pusat, Dr Kahiruddin Aman Razali dan Datuk Abu Bakar Chik.
Majlis yang bermula sejak petang ditersukan dengan solat Maghrib berjemaah, solat ghaib, solat hajat, ucapan pemimpin dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-8-2013
Mesir: PAS Melaka batal jamuan hari raya
Ahmad Danial, | 18 Ogs 2013 |
MELAKA: PAS Melaka membatalkan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera.
Pesuruhjayanya, Adly Zahari (gambar) berkata, PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.
Katanya, PAS Melaka mengambil sikap menggantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat Mesir yang dizalimi.
“Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan Aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana di samping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat Mesir," ujar beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.
Katanya, keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan.
Timbalan Pesuruhjaya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan itu sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti bersama saudara-saudara kita di Mesir.
“Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, Ikhwan kena makan,” ujar beliau ringkas
Antara pimpinan PAS kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan itu ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.
Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog PAS negeri iaitu http://pasmelaka.blogspot.com.
Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.
Pesuruhjayanya, Adly Zahari (gambar) berkata, PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.
Katanya, PAS Melaka mengambil sikap menggantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat Mesir yang dizalimi.
“Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan Aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana di samping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat Mesir," ujar beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.
Katanya, keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan.
Timbalan Pesuruhjaya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan itu sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti bersama saudara-saudara kita di Mesir.
“Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, Ikhwan kena makan,” ujar beliau ringkas
Antara pimpinan PAS kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan itu ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.
Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog PAS negeri iaitu http://pasmelaka.blogspot.com.
Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-8-2013
YB DSTGHAHA I :
https://www.youtube.com/watch?v=EkeqG7T6EJM
YB HSZMY :
http://www.youtube.com/watch?v=fWcfM-qYsKA&feature=youtu.be
Himpunan munajat tanda sokongan pada rakyat Mesir
Oleh Anis Nazri dan Hazayani Zakaria, | 17 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Padang Merbok yang menjadi lokasi Himpunan Munajat 100 ribu mula dilimpahi hampir 2000 hadirin, petang ini bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang dizalimi.
Program bermula dengan solat asar diikuti pidato daripada para pemimpin PAS.
Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.
Ketika ini, wakil kerajaan negeri Kelantan sedang menyampaikan pidatonya.
Selain rakyat Malaysia, kelihatan juga beberapa rakyat Mesir turut bersama-sama menyertai himpunan ini.
Pergolakan di Mesir bermula apabila pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi dan menahan beliau di suatu tempat yang tidak diketahui.
Berikutan penggulingan tersebut, ribuan rakyat Mesir, khususnya penyokong Morsi berhimpun di beberapa lokasi bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-8-2013
Mesir: Pemuda PAS tubuh JK khas salur maklumat
Hazayani Zakaria, | 17 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menubuhkan jawatankuasa khas di bawah lajnah penerangannya bagi memberikan maklumat yang tepat berhubung kekejaman Kudeta Mesir terhadap rakyatnya.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, lajnah penerangan akan berperanan sebaik mungkin sebagai medium untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat mengenai krisis di Mesir yang mengorbankan ribuan nyawa termasuk bayi dan orang tua.
"Jawatankuasa ini akan menyusun pelan tindakan dan perancangan untuk memastikan maklumat mengenai kekejaman tentera Mesir sampai kepada rakyat.
"Di peringkat antarabangsa, kami serah kepada lajnaj antarabangsa.
"DPPM menyifatkan tindakan pembantaian tentera Mesir terhadap rakyat sebagai melampaui batas-batas manusia normal," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu juga, DPPM juga mendesak kerajaan bersikap tegas dalam isu ini dengan memanggil pulang duta Malaysia ke Mesir.
"DPPM juga mendesak sidang parlimen tergempar diadakan bagi membolehkan semua pihak berbincang mengenai tragedi berdarah di Mesir," katanya.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengajak semua rakyat Malaysia menyertai Himpunan Munajat 100K di Padang Merbok petang ini bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Mesir.
"DPPM bersama NGO mengadakan Himpunan Solidariti Rakyat Mesir. Bermula semalam dengan solat hajat da demonstrasi di masjid di seluruh negara. Hari ini pula kita akan bermunajat di Padang Merbok bermula ja 4 petang hingga ISyak," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-8-2013
YB UNHT : http://www.youtube.com/watch?v=NcUMRGT2oac&feature=youtu.be
Puisi buat rakyat Mesir: Nil, kau tak sendiri
Hafizul Faiz , | 17 Ogs 2013 |
Ku terbangkan buatmu, Nil
kata-kata yang bersayap
berseru, bertitah, bergoncang di alam merah
semerah darah syuhadamu, memekari tanah gersang
yang roboh dipaku dendam
yang lebam diremuk kejam
Ku taburkan buatmu, Nil
benih-benih hijau berpohon Nazilah
mengharum di awan basah
lebih deras dari peluru bertirus
lebih agam dari mahkota al-yahud
Mereka itu hanya bertopengkan dendam
hatinya hitam kecut dan dayus
bila kau berseru "lailaha illAllah"
sebesar mana letupan terletus
seramai mana nyawa terhapus
semangatmu masih mengapung
keberanianmu masih gah di persada sejarah
Bukankah kau tak tahu, Nil
dihujungnya sudah ada janji
yang pasti, kau tak sendiri
Main Hall CAC, IIUM
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-8-2013
Mesir: Surat terbuka buat Barack Obama
Dr Dzulkefly Ahmad, | 17 Ogs 2013 |
Benarkah demokrasi untuk semua?
Presiden Barack Obama,
Semoga Tuan dan pentadbiran Tuan tahu bahawa seluruh warga dunia yang mencintai keamanan, khasnya orang Islam, berada dalam kejutan serta sangat marah terhadap pembunuhan beramai-ramai secara kejam yang berlaku di Dataran Raba’ah dan Nahda di Mesir.
Sumber Ikhwan Muslimin mutakhir meletakkan lebih 1,000 terbunuh dengan lebih 10,000 yang cedera secara serius termasuk orang awam, wartawan dan jurugambar.
Pendirian Tuan yang tidak keruan mengenai penyingkiran Presiden Morsi sebelum ini dan kegagalan yang disengajakan untuk tidak mengutuknya sebagai ‘rampasan kuasa tentera’ sangat dikesali dan amat membingungkan dunia.
Tanpa menidakkan usaha pentadbiran Tuan yang ditanggapi sebagai tindakan tertekan tetapi terlambat mutakhir ini, khasnya percubaan John Kerry dan Senator John McCain, bagi menjayakan perdamaian.
Namun, langkah lebih awal yang tegas dari pihak Tuan mengutuk rampasan kuasa tentunya mampu mengurangkan, kalau pun tidak dapat menghindari keseluruhan impak buruk tragedi ini.
Sikap ketidaktentuan Tuan mengakibatkan kebuntuan sekaligus menjadi pemangkin tercetus satu bencana nasional bahkan tragedi kemanusiaan yang bakal meninggalkan dampak geo-politikal yang besar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.
Terkini, pelbagai laporan Diplomat asing mengisyaratkan bahawa ketidaktentuan pendirian pihak Tuan adalah antara penyebab utama kegagalan mengurus kemelut ini sementara pihak Morsi dan pentadbirannya bersedia melakukan apa jua bagi mengelak tragedi dan kini pembunuhan atau 'massacre' ini.
Presiden Obama,
Perbuatan media Barat, secara berterusan, melabelkan Ikhwan Muslimin sebagai kumpulan ‘Islamis’ adalah sesuatu yang disengajakan dengan berniat buruk. Percubaan terbaru media Barat memburukkan mereka dengan lebel ‘violent’ atau ‘ganas’ dan ‘bekas pengganas-terroris’ adalah lebih jahat lagi.
‘Islamis’ dan ‘Islamisme’ adalah label jelek dalam pemikiran politik Barat yang bertujuan membezakan dan mengasingkan kelompok itu daripada orang ‘Islam biasa’ lain atau ‘ordinary Muslims’.
Mentakrifkan politik Islam sebagai ‘gerakan kontemporari yang berhasrat mengetengahkan Islam sebagai sebuah ideologi politik dan projek penubuhan Negara Islam’ dan orang yang berpegang dengan pandangan ini sebagai kumpulan ‘Islamis’ adalah silap sejak dari mula lagi.
Hakikatnya bahawa ‘orang Islam biasa’ yang memberi mandat dan sokongan kepada kumpulan Islam di Tunisia, Maghribi, Mesir dan di negara dunia Islam lain, mengisyarat serta mengesahkan bahawa ‘orang Islam’ umumnya mengiktiraf dan sangat memahami kehadiran, kepentingan dan peranan Islam dalam ruang awam dan pengurusan pemerintahan atau tata-kelola sosio-politik negara masing-masing.
Kemenangan pihak Islamis sama ada bersendirian atau bersama rakan kerjasama mereka adalah bukti atau testimoni jelas sokongan hakikat ini.
Presiden Obama,
Pemimpin Islamis dan organisasi politik mereka mahu mempercayai bahawa mereka boleh serta mampu sama-sama bertanggungjawab dan berperanan sebagai peserta atau aktor politik penting, bukan sahaja dalam proses pembangunan semula negara, tetapi juga menyumbang kepada pemurnian semula peradaban manusia.
Pengalaman gerakan Islam dan parti politik mereka, membuktikan bahawa kumpulan Islamis boleh memikul peranan itu, sekaligus mendukung objektif demokrasi.
Tidak dapat disangkal bahawa Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin serta rakan kerjasama mereka terpaksa berdepan dengan tugas maha berat bagi menebus kecamuk ekonomi dan keburukan politik sebuah negara yang baru sahaja mengalami pasca revolusi dengan segala macam kegiatan subversif bagi menjatuhkan kerajaan mereka.
Cabaran ini adalah sangat berat sifatnya serta menuntut keupayaan dan kemampuan kepemimpinan yang tajam dan pengalaman luas. Kepimpinan ‘Islamis’, khasnya di Mesir dan Timur Tengah, sesungguhnya adalah kelompok yang belum pernah mengurus kuasa dan pemerintahan untuk sekian lamanya. tentunya mereka memerlukan masa yang menasabah bagi merealisasikan cita-cita mereka.
Ternyata Presiden Morsi dan pentadbiran pimpinannya tidak terlepas daripada kekhilafan itu dan perlu mengambil tanggungjawab atas beberapa kelemahan dan tanggapan kegagalan pelbagai pihak. Morsi juga mengakui bahkan memohon maaf atas kesilapan pentadbirannya beberapa kali kepada rakyat Mesir.
Presiden Obama,
Namun, secara jujur, bolehkah Tuan berharap bahawa orang Islam, terutama kelompok yang dinamakan kumpulan Islamis itu, akan berterima kasih dan terhutang budi kepada Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Mesir kerana ‘menyelamatkan negara itu daripada tragedi persengketaan serta mahu memulihkan demokrasinya’?
Apakah Tuan mahu dunia mempercayai bahawa Mohammed Morsi ancaman kepada demokrasi lalu mewajarkan berlakunya rampasan kuasa tentera?
Bagaimanakah Tuan mahu jelaskan kepada dunia akan hakikat bahawa Tuan menyokong penyingkiran secara ganas serta tidak demokratik seorang presiden yang memenangi pilihan raya bebas dan adil oleh angkatan tentera dan sekumpulan ahli politik yang kecundang dalam pilihan raya Mesir sebelum itu?
Apakah Tuan mahu kami mempercayai bahawa sebaik sahaja beliau dilantik sebagai presiden, Morsi menunggangi dan memperalat proses serta institusi politik yang berada di tangannya bagi mencapai objektif sempit kepartiannya sekali gus membelakangi kemaslahatan rakyat?
Apakah persoalan ini mampu Tuan sendiri yakini dan dijawab secara tuntas sehingga mewajarkan penggunaan kuasa dan kekerasan melampau terhadap rakyat Mesir yang bertekad memperjuangkan keamanan dan kemurnian demokrasi negara mereka itu?
Presiden Obama,
Dengan Mesir sekali lagi berada di bawah pemerintahan dan undang-undang tentera, kami semakin menyedari akan sudut gelap percaturan pentadbiran Tuan serta Barat vis-à-vis demokrasi dan pemerintahan yang sah di Timur Tengah dan tempat lain di dunia membangun.
Malang sekali, obor harapan dan demokrasi yang anda hulurkan ke Dunia Ketiga semakin menyuram kini dan gelap dek racun serta bisa hipokrasi dan dwi-standard Tuan.
Rupa-rupanya ada satu ‘Standard’ bertujuan membiayai rakan subahat Tuan dalam Angkatan Tentera Mesir dan ahli-ahli politik sekularnya, sementara standard yang kedua bermatlamat melemahkan Ikhwan Muslimin yang terpilih secara popular, sekali gus memetik picu dendam dan senjata tentera yang muncungnya dihalakan ke jantung rakyat Mesir.
Hari ini, hati kami luluh dan tekak kami terasa mual ketika menyaksikan betapa demokrasi diganyang semau-maunya melalui pembantaian rakyat seperti sedang berlaku di Mesir hasil subahat Tuan dengan junta tentera dan ahli politik sekular yang gagal dipilih serta kuncu-kuncu pemimpin Arab yang sangat cemburu kepada kejayaan kepimpinan Gerakan Islam.
Setelah sekian lama kami, kelompok yang Tuan label ‘Islamis’ berusaha mendekati dan terlibat sama dalam proses demokrasi dengan jujur dan harapan menggunung, maka hari ini tentu menjadi begitu sukar untuk meyakinkan kelompok yang skeptik atau sangat sangsi di kalangan orang Islam akan kejujuran demokrasi itu sendiri kerana mereka kerap menjadi mangsa atau acapkali menyaksikan perkara sebaliknya serta kecewa dengan dwi-standard Tuan dan pihak Barat.
Biar pun Tuan tampak bersungguh memperkenalkan dan berkempen untuk demokrasi di seluruh dunia, tanggapannya kini adalah “Benarkah Demokrasi Untuk Semua?”
*Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 17-8-2013
Malaysia perlu tegas, hantar nota bantahan
Basiron Wahab, | 17 Ogs 2013 |
KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan Malaysia membantah keras pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap rakyatnya sendiri.
Katanya, kerajaan Malaysia perlu bertegas atau sekurang-kurangnya menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Mesir.
Menurut Tuan Ibrahim kekejaman pemerintah Mesir itu lebih kejam daripada Firaun yang membunuh kanak-kanak.
Firaun, katanya hanya membunuh kanak-kanak lelaki tetapi Firaun moden ini membunuh dan membakar hospital dan masjid dan sebagainya untuk menghilangkan bukti kekejaman mereka.
Tuan Ibrahim berucap dihadapan kira-kira 500 warga Pahang termasuk muslimat yang membantah kekejaman kerajaan sementara Mesir terhadap penyokong Presiden Mursi yang digulingkan diperkarangan Masjid al Fatah, dekat sini semalam.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya tidak diam membisu dengan pembunuhan hampir 3,000 penyokong Morsi di bulan syawal ini.
PAS, katanya bersama seluruh masyarkat dunia mengutuk kekejaman itu.
Tuan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihanya sehingga menitiskan air mata ketika berdoa dibawah panas terik.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Md Saad juga membidas kekejaman golongan sekular sokongan zionis dan Amerika Syarikat serta negara yang menyokong rampasan kuasa itu.
Katanya kekejaman golongan sekular itu bukan sahaja di Mesir tetapi di banyak negara.
Apa yang berlaku di Mesir ujarnya adalah ulangan kisah kekejaman golongan sekular terhadap musuh politiknya.
Turut berucap ialah YB Andansura Rabu, wakil pemuda Nazri Abdullah serta wakil Ulama.
Dato' TITM : https://www.youtube.com/watch?v=G1E2Ezkrv2w
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-8-2013
Bantah kekejaman Mesir, 1000 berhimpun di P.Pinang
Sabri Said, | 16 Ogs 2013 |
PERMATANG PAUH: Kira-kira 1000 Umat Islam mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah kudeta Mesir yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Permatang Janggus, di sini selepas solat Jumaat hari ini.
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Noor Harun dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin,
Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Mohd Yusuf, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ridwan Ramli.
Kedatangan Umat Islam hari ini bukan setakat menunaikan solat fardhu Jumaat namun juga untuk bersolidariti buat rakyat Mesir.
Tindakan Kerajaan Mesir melancarkan operasi ganas sejak dua hari lalu mengakibatkan kematian lebih 2500 orang yang tidak berdosa.
Berucap dalam perhimpunan itu, semua pemidato melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemerintahan kudeta Mesir hari ini.
Apa yang digerakan oleh pemerintahan Mesir sejak berlakunya pengulingan Presiden Mohamad Morsi sebulan lalu bermatlamat membunuh demokrasi tulen setelah keputusan kemenangan Morsi disenangi rakyat manakala dalam masa yang sama mendukacitakan musuh terutamanya blok barat.
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Noor Harun dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin,
Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Mohd Yusuf, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ridwan Ramli.
Kedatangan Umat Islam hari ini bukan setakat menunaikan solat fardhu Jumaat namun juga untuk bersolidariti buat rakyat Mesir.
Tindakan Kerajaan Mesir melancarkan operasi ganas sejak dua hari lalu mengakibatkan kematian lebih 2500 orang yang tidak berdosa.
Berucap dalam perhimpunan itu, semua pemidato melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemerintahan kudeta Mesir hari ini.
Apa yang digerakan oleh pemerintahan Mesir sejak berlakunya pengulingan Presiden Mohamad Morsi sebulan lalu bermatlamat membunuh demokrasi tulen setelah keputusan kemenangan Morsi disenangi rakyat manakala dalam masa yang sama mendukacitakan musuh terutamanya blok barat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
Mesir: Umat Islam Melaka turut nyatakan bantahan
Ahmad Danial, | 16 Ogs 2013 |
MELAKA: Kira-kira 1000 umat Islam Melaka berhimpun di hadapan Masjid Negeri Al Azim hari ini bagi mengutuk keganasan kerajaan haram tentera membunuh rakyat Mesir.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapannya pada himpunan itu melahirkan kekesalan dan kesedihan di atas kezaliman dan keganasan kerajaan haram Mesir yang membunuh rakyat yang tidak berdosa dan merampas kuasa dari Presiden yang sah iaitu Dr Mohamad Morsi.
"Kita mengutuk pembunuhan terhadap saudara kita rakyat Mesir yang tidak berdosa yang dilakukan oleh rejim tentera pimpinan Jeneral Al Sisi'
'Umat Islam juga menuntut supaya kuasa Presiden Morsi dikembalikan kerana beliau dilantik secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya"ujar Kamaruddin.
Beliau juga menggesa kerajaan haram Mesir menghentikan pembunuhan, pemusnahan masjid dan harta benda awam.
'Kita juga menggesa pertubuhan negara-negara umat Islam OIC, Liga Arab dan kerajaan-kerajaan negera umat Islam mengambil pendirian tegas terhadap tindakan kejam dan zalim kerajaan haram Mesir.'
"Sehingga semua kerajaan umat Islam dan pertubuhan-pertubuhan tersebut diam membisu malah ada yang turut menyokong tindakan kejam kerajaan haram Mesir"tambah Kamaruddin.
Kamaruddin turut melahirkan kekesalan di atas sikap kerajaan Malaysia yang tidak menyatakan pendirian terhadap isu ini.
"Apakah kerajaan Malaysia takut kepada Yahudi, Amerika dan sekutu-sekutunya sehingga kerajaan kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita".
'Kita menggesa satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu umat Islam Mesir yang semakin parah sekarang"ujar beliau lagi.
Himpunan tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Ikram negeri Melaka.
Turut berucap pada himpunan tersebut ialah wakil Ikram, Zairi Suboh, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Musa Mohamed dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
Ribuan himpun di T'ganu bantah kekejaman tentera Mesir
Khairul Azlam Mohamad, | 16 Ogs 2013 |
KUALA TERENGGANU: Kira-kira hampir 3,000 umat Islam di Kuala Terengganu bersolidariti tanda simpati dan kebersamaan dengan rakan seagama dan seaqidah di Mesir.
Himpunan Aman Solidariti anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) tersebut diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Pengadang Baru, bagi mengecam tindakan tentera dan polis Mesir melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyatnya.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan berkata, persaudaraan Islam atas nama satu aqidah tidak ada sempadan antara rakyat Mesir dengan umat Islam di Malaysia.
Ini kerana, katanya setiap penderitaan yang sedang dialami oleh rakan Ikhwanul Muslimin di Mesir sekarang turut dirasai ‘kesakitannya’ itu oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“Biar pun bumi Mesir berada beribu batu jauhnya, namun atas nama aqidah, atas nama persaudaraan Islam tidak ada sempadan antara mereka dengan kita.
“Walau pun mereka yang sekarang ini merasai sakit dan menderita kerana dizalimi dan dibunuh. Kita juga yang berada di bumi Malaysia ini turut sama merasai ‘kesakitan’ itu," tegasnya ketika berucap pada perhimpinan amat tersebut.
“Kita (PAS) juga telah memberi arahan supaya tidak henti-henti mengadakan munajat dan membekalkan doa yang berterusan kepada mereka , supaya Allah SWT menghantar pertolonganNya kepada umat Islam khasnya dan seluruh rakyat di bumi Mesir yang sedang dizalimi,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Sebelum perhimpunan tersebut turut diadakan solat hajat khas kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Mesir, Syria dan lain-lain oleh lebih 2,000 ahli jemaah masjid berkenaan.
Antara pimpinan PAS yang turut serta bersolidariti Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Malaysia, Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman dan Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.
Pelbagai slogan dan gambar Presiden Mesir yang digulingkan tentera, Dr Muhammad Morsi dibawa peserta perhimpunan seperti “Mana Pendirian Malaysia”, “Tentera Sisi Laknatullah”, “Amerika & Israel Dalang Huru-Hara”, “Ya Allah, Laknatilah Mereka Yang Zalim Itu” dan banyak lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
Mesir: Umat Islam Perak suarakan bantahan
Muhammad Faeez Azahar, | 16 Ogs 2013 |
IPOH: Ratusan umat Islam berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Negeri Ipoh bagi mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman terhadap kekejaman kerajaan kudeta Mesir yang bertindak kejam membunuh rakyat di negara itu ketika ini.
Program anjuran Dewan Pemuda PAS Perak itu dihadiri oleh disertai oleh Ketuanya, Ustaz Zawawi Abu Hassan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss serta pimpinan pemuda PAS negeri.
Turut bersama ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Angkatan Belia Insan Malaysia (Abim).
Pelbagai sepanduk dinaikkan dan laungan bergema tanda solidariti terhadap nasib umat Islam yang sedang dizalimi di bumi anbia itu.
Ustaz Zawawi dalam ucapannya berkata tindakan yang dilakukan oleh tentera Mesir adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan harus dihentikan segera.
Katanya, pihak keselamatan Mesir sewajarnya mengutamakan nyawa dan keamanan orang awam daripada menjadi mangsa korban yang semakin meningkat.
"Umat Islam seluruh dunia perlu bangkit menyatakan bantahan keras terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Mesir yang tidak berdosa.
"Rakyat tanpa mengira parti seharusnya bangkit menyatakan ketidakpuashatian terhadap tindakan kejam tentera Mesir," katanya dan disambut dengan laungan Allahu Akbar.
Dalam pada itu, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss menegaskan, PAS mendesak Kerajaan Malaysia memberikan nota bantahan rasmi kepada pemerintah kudeta Mesir yang semakin bertindak kejam.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM itu menjelaskan, kenyataan di media sahaja tidak cukup dan seharusnya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus melakukan tindakan yang lebih tegas.
"Negara bukan Islam iaitu Filipina dan Ecuador mengarahkan duta mereka di Mesir pulang tanda mengutuk kekejaman yang berlaku, seharusnya Malaysia sebuah Negara majoriti Islam harus berbuat demikian namun apa yang kita lihat kerajaan tidak bertegas dalam isu ini.
"Kita tidak boleh berdiam diri, kita perlu terus desak, desak dan terus desak agar kekejaman serta kezaliman ke atas orang awam Mesir ini dapat dihentikan segera seterusnya mengangkat kembali kedaulatan undang-undang dan demokrasi di negara itu," tegasnya.
Solat hajat dan bacaan qunut nazilah diadakan selepas selesai sahaja solat Jumaat dan disertai oleh ratusan orang ramai memenuhi ruang masjid.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
No comments:
Post a Comment