Kami hidup suasana harmonis – Cina Kelantan
Aslani M, | 06 Nov 2013 |
KOTA BHARU: “Tinggal di Kelantan yang diterajui kepemimpinan ulama tidak pernah menghalang kami melakukan amalan dan budaya mengikut kaum Cina.
“Tidak pernah ada halangan dibuat kerajaan negeri yang ditadbir PAS sejak lebih 23 tahun lalu. Malah kami dapat hidup dalam suasana harmonis,” kata aktivis masyarakat Cina, Chia Chuan Lay.
Beliau berkata, tidak benar sama sekali kalau pihak yang mendakwa orang bukan Islam terkongkong di Kelantan sejak ditadbir PAS.
Malah katanya, di Kelantan terdapat tokong Buddha terbesar di Malaysia sama ada yang dibina dalam keadaan berbaring, berdiri atau duduk.
“Itu secara jelas menggambarkan Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain untuk mengamal agama dan budaya masyarakat mereka,” katanya di sini.
Pengerusi DAP semalam dilapor menyarankan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama diubah suai supaya boleh disertai semua kaum.
Kata beliau kaedah itu merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini dan sudah tiba masa semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran.
Bagaimanapun laporan itu agak berbeza seperti dilaporkan akhbar Cina termasuk Nanyang Siang Pau, di mana Karpal menyebut PAS sudah disertai pelbagai kaum kerana ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Nanyang juga dipetik melapor PAS juga mencalonkan orang bukan Islam menjadi calon mewakili parti itu pada pilihan raya umum lalu.
Chia yang juga bekas petugas media berbahasa Cina berkata, kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS tidak pernah mengenepikan masyarakat Cina, India atau Orang Asal.
“Ada pemimpin masyarakat terbabit dilantik sebagai penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan pelbagai lagi jawatan.
“Ini sudah jelas menggambarkan tiada diskriminasi kaum biar pun Kelantan ditadbir berasaskan agama,” katanya.
Rakannya, Lim Guan Seng pula pula memberitahu ramai rombongan masyarakat bukan Islam yang datang dari luar Kelantan melahirkan rasa kagum terhadap kehidupan kaum Cina di sini.
Katanya, mereka memberitahu kaum Cina dan India biar pun minoriti, namun diberi hak sama rata dengan orang Melayu bagi menikmati kemudahan disediakan kerajaan.
Kata beliau baru-baru ini rombongan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur ketika datang ke sini juga meluahkan rasa kagum dengan kehidupan kaum minoriti di Kelantan.
Rombongan tersebut diketuai Ng Geok Chee dibawa melihat dekat kehidupan masyarakat Cina di bandar Kota Bharu, perkampungan Siam di Tumpat, wat-wat Buddha dan Masjid Beijing di Rantau Panjang.
“Mereka meluahkan rasa kagum melihat kehidupan masyarakat minoriti. Malah ada restoran di mana orang Cina dan Melayu berniaga di kedai sama,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Kelantan komited angkat martabat Islam - Sultan
Aslani M, | 05 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Sultan Muhammad V bertitah Kelantan komited mengangkat martabat agama Islam untuk menjadi amalan di negeri ini.
Oleh itu titah baginda umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Islam kerana agama tersebut menekan perpaduan antara sesama manusia dan pencipta-Nya.
“Contohilah tauladan yang pernah dilakukan baginda Rasulullah SAW. Ini kerana Islam adalah agama rahmatullialamin,” titah baginda ketika merasmikan sambutan Hijratul Rasul 1435 peringkat negeri di Balai Islam malam tadi.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.
Sultan Muhammad V juga bertitah umat Islam hendaklah berhijrah daripada kejahilan kepada keimanan dan keburukan kepada kebaikan.
“Beta doakan supaya negeri Kelantan terus aman, maju dan tambah diberkati lagi,” titah baginda.
Sempena sambutan itu penulis dan editor buku terkenal, Ustaz Muhammad Mahmood, 66, dinobatkan sebagai Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1435. Beliau menerima Dinar Emas Kelantan bernilai RM5,000 dan sijil penghargaan.
Manakala seorang guru, Muhamad Rizal Kal Abdullah, 49 dianugerah Tokoh Saudara Kita 1435. Beliau menerima Dinar Kelantan bernilai RM3,000.
Sementara itu anugerah masjid terbaik dimenangi Masjid Bandar Bachok dan pondok terbaik pula dimenangi Pondok Beta Hilir.
Kategori masjid bandar paling bersih tempat pertama dimenangi Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh; kedua, Masjid Sultan Yahya Petra, Machang dan ketiga, Masjid Sultan Ismail Petra, Tanah Merah.
Kategori masjid mukim terbersih pula tempat pertama Masjid Wakaf Bharu, Tumpat; kedua, Masjid Jedok, Tanah Merah dan ketiga, Masjid Laok, Bachok.
Imam terbaik dianugerah kepada Imam Muda Masjid Kampung Kolam Abu, Machang, Abdul Ghani Mohd Amin.
Bagi anugerah maahad kawalan terbaik dimenangi Maahad Muhammadi Perempuan, maahad terbaik – Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan kategori sekolah bantuan - Sekolah Menengah Ugama (Arab) Bustanol Ariffin, Tumpat.
Pelajar terbaik sekolah agama Yayasan Islam Kelantan kategori lelaki, Al Farouk Nazmi, pencapaian SPM tahun lepas 11A+.
Kategori perempuan dimenangi Nordina Zawawi, SPM (11A). Mereka menerima Dinar Emas Kelantan bernilai RM1,000.
Sumber HD - 5-111-2013
Kelantan cuti peristiwa 4 November
Salmah Mat Husain, | 30 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Isnin, 4 November 2013 ini sempena skuad TRW berjaya ke peringkat akhir.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika dihubungi memberitahu, ia telah diputuskan pada mesyuarat mingguan exco yang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur.
Katanya, kerajaan negeri mengambil tindakan itu untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bolasepak untuk pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam.
“Kita bersyukur kerana skuad kita TRW sekali lagi ke peringkat akhir dan kali ini untuk menentang Pahang.
“Apa yang kita harapkan semoga penonton khususnya menjaga perilaku sebaik mungkin sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak itu nanti dan jagalah keselamatan masing-masing sama ada sewaktu perjalanan pergi dan balik ke tempat masing-masing,” ujarnya.
Beliau memberitahu, cuti peristiwa tahun ini agak berlainan sebagaimana biasa kerana ia turut memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang.
“Bukan sahaja sempena cuti Peristiwa untuk kemenangan bola sepak ke peringkat akhir sahaja, tetapi cuti mingguan Jumaat dan Sabtu, Ahad cuti ganti Depavali dan ditambah pula hari Isnin cuti peristiwa,” ujarnya ketika dihubungi.
Sambungnya lagi, kepada peminat-peminat TRW, diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini.
“Yang penting, jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat. Insya-Allah, Gomo Kelate Gomo,” ujarnya.
Sementara itu, anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood, pula mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana sentiasa perihatin terhadap rakyat Kelantan khususnya pada peminat bola sepak Kelantan.
“Sebagaimana nasihat Menteri Besar kita, saya juga ingin mengingatkan, berhati-hatilah di jalan raya, jangan tergesa-gesa ketika memandu, ingatlah nyawa lebih penting,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-10-2013
Laksana Hudud cita-cita kami - DPPNK
Rizal Tahir, | 30 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong komitmen kerajaan Kelantan untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan 20 tahun tahun lalu.
Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, berkata hasrat tersebut selaras dengan kehendak rakyat yang inginkan enakmen itu dilaksanakan.
“Pada masa yang sama perjuangan PAS itu sendiri telah meletakkan syariat Islam yang teratas,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian selepas merasmikan Konvensyen Amar Makruf Nahi Munkar sempena sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) baru-baru ini
“Mewakili DPPNK, saya menyokong penuh usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar dalam isu ini.
“Inilah cita-cita setiap pendokong perjuangan PAS di Kelantan bahkan di seluruh negara. Saya yakin, sokongan ini turut dikongsi bersama oleh semua pihak yang meletakkan kepercayaan dan harapan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk menggerakkan usaha yang lebih serius ke arah pelaksanaan enakmen ini,”ujarnya.
Katanya lagi, jika dahulu, Kelantan telah terhalang untuk melaksanakan enakmen ini apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuskan surat kepada bekas Menteri Besar ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan pada masa itu.
Bagaimanapun, jelasnya semenjak kebelakangan ini pandangan beberapa tokoh perundangan dan pakar perlembagaan menyebut Kelantan boleh melaksanakan undang-undang ini di dalam ruang lingkup perlembagaan yang sedia ada.
Tegasnya, ia telah memberikan Kelantan nafas baru untuk melangkah ke hadapan demi menguatkuasakan undang-undang ini.
Sehubungan itu beliau berharap, Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud) yang telah ditubuhkan dua tahun yang lepas dapat bersidang dan mengeluarkan kesimpulan secepat mungkin agar undang-undang ini menjadi kenyataan.
Tambahnya, jika perlu ia wajar dibawa satu kes sahaja ke mahkamah untuk menjadi percubaan atau 'precedent case'.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-10-2013
Kelantan pastikan kanun syariah jadi kenyataan
Aslani M, | 28 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan persidangan Dun Kelantan pada 1993, kini kerajaan negeri mengambil langkah lebih serius memastikan perundangan tersebut dapat dilaksanakan.
Tahun hadapan kerajaan negeri menyedia peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan perundangan tersebut termasuk melatih hakim-hakim.
Dan semalam juga demontrasi hukuman sebatan dalam Islam dipertonton kepada orang ramai sempena Konvensyen Amar Ma’ruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud berkata, perundangan tersebut tetap akan dilaksanakan biar pun ditolak kerajaan pusat.
“Kita tetap akan laksanakan biar pun kerajaan pusat menolaknya,” katanya ketika membentang kertas kerja Amar Makruf Nahi Mungkar Pengalaman Kerajaan Kelantan di Putik hari ini.
Turut membentang kertas kerja pada konvensyen tersebut anggota Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, bekas anggota Exco kerajaan Teregganu, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengasas Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail.
Turut sama mengikuti konvensyen berkenaan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.
Peserta konvensyen dua hari itu terdiri dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri dan pusat serta wakil-wakil badan bukan kerajaan.
Nasuruddin juga berkata, sekiranya pelaksanaan kanun jenayah syariah masih ditolak kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
“Dan sekiranya mahkamah juga menolaknya maka kita kembali kepada mahkamah rakyat,” ujarnya.
Menurutnya juga pelbagai usaha sudah dilakukan bagi membolehkan perundangan berkenaan dapat dilaksanakan termasuk mengemukakan usul di parlimen.
Sementara itu Dr Halimah berkata, kerajaan Selangor menggunakan pendekatan rohani dengan mendedahkan rakyat terhadap ilmu bagi membolehkan mereka mengurus emosi dengan baik.
Katanya, kefahaman mendalam melalui ilmu membolehkan rakyat bertindak selaras dengan tuntutan Islam dan mengelakkan perkara-perkara mungkar.
Tahun hadapan kerajaan negeri menyedia peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan perundangan tersebut termasuk melatih hakim-hakim.
Dan semalam juga demontrasi hukuman sebatan dalam Islam dipertonton kepada orang ramai sempena Konvensyen Amar Ma’ruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud berkata, perundangan tersebut tetap akan dilaksanakan biar pun ditolak kerajaan pusat.
“Kita tetap akan laksanakan biar pun kerajaan pusat menolaknya,” katanya ketika membentang kertas kerja Amar Makruf Nahi Mungkar Pengalaman Kerajaan Kelantan di Putik hari ini.
Turut membentang kertas kerja pada konvensyen tersebut anggota Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, bekas anggota Exco kerajaan Teregganu, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengasas Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail.
Turut sama mengikuti konvensyen berkenaan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.
Peserta konvensyen dua hari itu terdiri dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri dan pusat serta wakil-wakil badan bukan kerajaan.
Nasuruddin juga berkata, sekiranya pelaksanaan kanun jenayah syariah masih ditolak kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
“Dan sekiranya mahkamah juga menolaknya maka kita kembali kepada mahkamah rakyat,” ujarnya.
Menurutnya juga pelbagai usaha sudah dilakukan bagi membolehkan perundangan berkenaan dapat dilaksanakan termasuk mengemukakan usul di parlimen.
Sementara itu Dr Halimah berkata, kerajaan Selangor menggunakan pendekatan rohani dengan mendedahkan rakyat terhadap ilmu bagi membolehkan mereka mengurus emosi dengan baik.
Katanya, kefahaman mendalam melalui ilmu membolehkan rakyat bertindak selaras dengan tuntutan Islam dan mengelakkan perkara-perkara mungkar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-10-2013
Syariah boleh dilaksanakan di negara ini – Aziz Bari
Salmah Mat Husain, | 27 Okt 2013 |
PENGKALAN CHEPA: Undang-undang syariah yang turut terkandung hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini walaupun dianggap bertentangan dengan undang-undang negara yang disifatkan sekular.
Pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia kerana pemimpin negara itu sendiri yang tidak mahu melaksanakannya, sedangkan ia boleh diperbaiki melalui undang-undang negara yang sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis forum perdana bertajuk ‘Hudud penyelesaian masalah ummah’ sempena program Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar, dekat sini, hari ini.
Program yang diadakan di Putik selama dua hari itu turut membariskan dua anggota panel iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Mumtaz Md Nawi dan Pensyarah Kias, Ustaz Muhammad Azhar.
“Alasan yang mengatakan undang-undang negara ini sebagai sekular adalah dari mereka yang tidak selesa dengan undang-undang syariah,” ujarnya.
Menurutnya, di Malaysia perbankan, zakat dan sebagainya telah dilaksanakan mengikut syariat, oleh itu tidak ada sebab hukuman berkaitan pesalah contohnya tidak boleh diperbaiki bagi menjaga keharmonian negara.
“Perbankan Islam sudah ada, perlaksanaan zakat juga telah dibuat dan sebagainya, namun undang-undang Islam tidak dilaksanakan atas desakan pihak tertentu,” ujarnya.
Menyentuh tentang perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll (1993) yang turut mengandungi hukum hudud yang telah digubal dan bakal dilaksanakan di Kelantan, beliau berkata negeri itu mampu melaksanakannya dengan syarat perlu mengikut laluan yang dibenarkan Persekutuan.
Tambahnya, kehendak rakyat Kelantan yang inginkan hukuman hudud perlu dilaksanakan mengikut kerangka yang ada di negeri itu kerana ianya tidak bertentangan dengan dasar yang telah diterima di peringkat dunia.
Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu agar ianya selaras dengan peruntukan undang-undang di peringkat Persekutuan.
Sambungnya, kemenangan PAS di peringkat Pusat bersama Pakatan Rakyat adalah antara faktor yang penting bagi melaksanakan perkara itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-10-2013
Tolak syariah umpama nafi kebijaksanaan Allah
Salmah Mat Husain, | 27 Okt 2013 |
PENGKALAN CHEPA: Menolak undang-undang syariah sama seperti menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku pentadbir alam ini, tegas Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Menurut beliau, sekiranya umat Islam berani mengkritik undang-undang syariah sebagai ‘ketinggalan zaman’, mereka bukan sahaja mencabar kebijaksanaan Allah SWT malah boleh menjejaskan akidah sebagai seorang muslim.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Amal Ma’aruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini, pagi tadi.
Hampir 2,000 orang hadir pada program yang dianjurkan Kerajaan Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan).
Ustaz Ahmad menambah, sekiranya warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina, maka lebih besar kesalahannya jika orang Islam berani mengkritik undang-undang Allah.
“Dengan peningkatan gejala sosial yang menimpa negara ini yang begitu menakutkan, peranan hudud wajib diambil kira.
“Persoalannya kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masaalah sosial, tidak lain kerana undang-undang yang ada tidak mampu untuk menyelesaikannya berbanding undang-undang Allah untuk pencegahan dan pendidikan,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya Kerajaan Kelantan tidak pernah berputus asa untuk melaksanakan hukum syariah di negeri itu.
“Dengan ini saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan agar sama-sama bertanggungjawab meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, usaha perlu perlu digandingkan untuk menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan pendekatan masing-masing.
Turut berucap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Ustaz Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Hadir sama bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Adun Chempaka, para anggota Exco, Adun, pemimpin PAS pelbagai peringkat dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Konvensyen dianjurkan sempena majlis sambutan ‘Hari Hududullah Negeri Kelantan’ dan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-10-2013
Takziah kerajaan negeri buat keluarga bekas Exco
Salmah Mat Husain, | 27 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Muhammad, 69 (gambar) yang telah kembali ke rahmatullah jam 4.00 pagi semalam.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada kerajaan dan parti.
Menurutnya, Allahyarham pernah ditawarkan dengan bayaran jutaan ringgit agar meninggalkan perjuangan PAS suatu ketika dahulu.
“Namun Allahyarham begitu istiqamah dalam perjuangan, tidak mengkhianati amanah yang diberikan rakyat padanya,” ujarnya lagi.
Tegas ustaz lagi, Allahyarham ialah seorang pejuang Islam yang disegani dan komited dengan jemaah.
“Moga Allah menempatkan Allahyarham di tempat hamba-hamba-Nya yang saleh,” ujarnya.
Allahyarham yang juga terkenal dengan gelaran ‘Ustaz Hassan Kaabah’ meninggalkan seorang isteri Datin Hasnah Salleh dan lima anak.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekarang, Datuk Dr Mohamed Fadzli adalah anak sulung Allahyarham.
Allahyarham juga merupakan tokoh pendidik kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Kerajaan Kelantan.
Diamanahkan sebagai Adun Temangan dan selepas itu Kemuning selama tiga penggal bermula pada 1995 hingga 2008.
Sementara itu, Dr Fadzli (gambar) mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin peringkat pusat dan negeri termasuk Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang perihatin dan mendoakan kesejahteraan ayahnya.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota masyarakat pelbagai lapisan, pimpinan peringkat negeri, bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa menziarahi ayah termasuk ketika sakit,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-10-2013
Hari Hududullah Negeri Kelantan bermula esok
Harakahdaily, | 26 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Konvensyen Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan akan diadakan bermula esok, 27 hingga 28 Oktober ini.
Program yang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (Putik) Kota Bharu itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Forum Perdana bertajuk ‘Hudud Penyelesaian Masalah Ummah’ diadakan selepas itu yang menampilkan panelis Dr. Abdul Aziz Bari, Senator Datuk Dr Johari Mat dan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mumamed Fadzli Hassan, sementara moderator ialah Ustaz Mohd Asri Mat Daud iaitu Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan.
Demonstrasi Hukuman Sebat ‘Sivil dan Syariah’ akan dipertontonkan pada jam 4.00 petang.
Pada hari kedua, sesi pembentangan kertas kerja dimulakan pada jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, antaranya oleh Datuk Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat dan Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali.
Pihak penganjur menjemput NGO, ahli-ahli akademik, para ilmuan Islam dan ahli masyarakat pelbagai peringkat bagi meraikan majlis tersebut.
Program yang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (Putik) Kota Bharu itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Forum Perdana bertajuk ‘Hudud Penyelesaian Masalah Ummah’ diadakan selepas itu yang menampilkan panelis Dr. Abdul Aziz Bari, Senator Datuk Dr Johari Mat dan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mumamed Fadzli Hassan, sementara moderator ialah Ustaz Mohd Asri Mat Daud iaitu Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan.
Demonstrasi Hukuman Sebat ‘Sivil dan Syariah’ akan dipertontonkan pada jam 4.00 petang.
Pada hari kedua, sesi pembentangan kertas kerja dimulakan pada jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, antaranya oleh Datuk Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat dan Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali.
Pihak penganjur menjemput NGO, ahli-ahli akademik, para ilmuan Islam dan ahli masyarakat pelbagai peringkat bagi meraikan majlis tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-10-2013
Rakyat Kelantan tidak perlukan Umno lagi
http://pakat-pakatkalih.blogspot.com, | 23 Okt 2013 |
Berbeza pandangan mengenai isu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan, Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyatakan Umno di negeri itu perlu malu dengan tindakan berani pemimpin itu.
Menurutnya, isu pentadbiran negeri tersebut seharusnya Umno yang perlu memainkan peranan sebagai pembangkang.
***
Sebab tu aku kata kalau PAS dah ada pembangkang untuk betulkan kelemahan mereka sendiri maka rakyat Kelantan tak perlu lagi pilih UMNO kerana peranan UMNO boleh diambil alih oleh PAS. Mengabiskan beras saja undi UMNO ni kalau nak jadi pembangkang pun mereka tak reti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-10-2013
Kelantan: Hanya MB bertukar, dasar tetap sama
Aslani M, | 23 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Dasar kerajaan negeri tetap sama dan tidak pernah berubah biar pun Kelantan sekarang diterajui Menteri Besar baru, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
“Sama juga seperti bas ekpress hanya pemandu sahaja yang bertukar namun haluan destinasi dan bas tetap sama.
“Bas masih sama dan perjalanannya juga ke destinasi yang sama biar pun bertukar pemandu,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pada ceramah di peti undi Kampung Belukar malam tadi.
Oleh itu katanya rakyat tidak perlu risau dengan perubahan yang berlaku di Kelantan selepas pilihan raya umum lalu.
Malah menurutnya Ustaz Ahmad dipilih sendiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menggantinya berdasar kelayakan dan pengalaman yang dimilikinya.
Kata Mohd Amar, Ustaz Ahmad dua penggal memegang jawatan Timbalan Menteri Besar dan sebelum itu sebagai anggota Exco.
“Jadi orang ramai atau mana-mana pihak usahlah mempertikaikan pelantikan tersebut, lebih-lebih lagi sebagai seorang pendukung PAS.
“Kita tidak boleh hendak cepat dalam perjuangan. Kita kena banyak sabar dan ikut peraturan ditetapkan dalam jemaah,” katanya lagi.
Hadir sama pada program tersebut Pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahrin, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi dan Ketua PAS Cawangan Kampung Belukar, Abdul Razak Mamat.
Sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz berundur sebagai ketua kerajaan selepas pilihan raya umum lalu ada pihak dilihat cuba menimbulkan pelbagai persepsi negatif dengan mengandaikan era kecemerlangan Kelantan akan merosot.
Tambahan pula Tuan Guru Nik Abdul Aziz digantikan Ustaz Ahmad yang dilihat mereka sebelum ini kurang menonjol.
Bagaimanapun persepsi tersebut semakin hilang apabila kerajaan negeri di bawah kepemimpinan baru memperlihatkan kesungguhan membangunkan negeri ini dengan asas-asas pentadbiran ditinggalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kesungguhan itu diterjemahkan dengan menggubal kerangka kerja 2013-2018 untuk membolehkan rakyat menikmati keberkatan, kemakmuran dan kebajikan.
Selain itu memastikan lebih 50 program dan projek yang terkandung manifesto pilihan raya umum lalu dapat dijayakan.
Malah Menteri Besar ketika sambutan ulangtahun ke-23 Kelantan Membangun Bersama Islam 21 Oktober lalu memberitahu komitmen Tuan Guru sebelum ini seperti projek lebuh raya, bekalan air dan pembinaan stadium diambil tindakan serius.
Beliau juga berharap Pejabat Mufti, Majlis Agama Islam Kelantan, dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam hendaklah berperanan lebih pro aktif ke arah pelaksanaan hukum Islam di Kelantan.
Kelantan bina 487 rumah mampu milik di Gua Musang
Salmah Mat Husain, | 22 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Selepas kejayaan membina rumah mampu milik (RMM) di Labok Machang, kerajaan negeri kini sedang merangka bagi membina rumah yang sama di Gua Musang.
Program yang membabitkan pihak swasta itu berharga RM43,000 seunit.
Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebanyak 487 buah rumah akan dibina untuk keperluan rakyat khususnya dalam parlimen tersebut.
Beliau ketika ditemui di pejabatnya hari ini, memberitahu kediaman berkenaan akan dibina secepat mungkin bagi memenuhi keperluan rakyat.
Katanya, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya juga akan membina kediaman yang sama di Bukit Gander, Tanah Merah dan Bunut Susu Pasir Mas.
"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin mencari tapak tapak baru untuk projek perumahan demi untuk kemudahan rakyat," ujarnya.
Beliau turut memberitahu, hanya 10 orang pemohon yang layak untuk membeli RMM yang dibina di Kampung Labok, Machang.
Katanya, jumlah pemohon melebihi jumlah rumah hanya 24 buah rumah.
Bagaimanapun, jelasnya banyak permohonan terpaksa ditolak memandang pemohon tidak mempunyai syarat yang telah ditetapkan.
"Contohnya mereka telah mempunyai rumah, tempat bekerja begitu jauh jika diukur dari jarak rumah dan lain-lain lagi,” katanya.
Program yang membabitkan pihak swasta itu berharga RM43,000 seunit.
Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebanyak 487 buah rumah akan dibina untuk keperluan rakyat khususnya dalam parlimen tersebut.
Beliau ketika ditemui di pejabatnya hari ini, memberitahu kediaman berkenaan akan dibina secepat mungkin bagi memenuhi keperluan rakyat.
Katanya, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya juga akan membina kediaman yang sama di Bukit Gander, Tanah Merah dan Bunut Susu Pasir Mas.
"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin mencari tapak tapak baru untuk projek perumahan demi untuk kemudahan rakyat," ujarnya.
Beliau turut memberitahu, hanya 10 orang pemohon yang layak untuk membeli RMM yang dibina di Kampung Labok, Machang.
Katanya, jumlah pemohon melebihi jumlah rumah hanya 24 buah rumah.
Bagaimanapun, jelasnya banyak permohonan terpaksa ditolak memandang pemohon tidak mempunyai syarat yang telah ditetapkan.
"Contohnya mereka telah mempunyai rumah, tempat bekerja begitu jauh jika diukur dari jarak rumah dan lain-lain lagi,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-10-2013
Dasar Islam tak bantut perkhidmatan awam - SUK
Aslani M, | 21 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kelantan berjaya menjadi guru sehingga beberapa program yang dilaksanakan di negeri ini menjadi ikutan negeri-negeri lain dan kerajaan persekutuan.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata, Kelantan memperkenalkan pembaharuan kerja lima hari seminggu dan cuti bersalin tiga bulan.
“Pembaharuan itu telah diikuti kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain. Begitu juga skim pinjaman kenderaan, komputer dan perumahan tanpa faedah.
“Turut menjadi ikutan sistem pajak gadai Islam (Ar Rahnu), pengharaman premis judi, pengawalan penjualan minuman keras, pusat hiburan dan sebagai.
“Ini sebagai petunjuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh kerajaan negeri memelihara syariat Islam,” katanya pada sambutan 23 tahun kerajaan Membangun Bersama Islam di sini, hari ini.
Teks ucapannya dibaca Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Nik Kazin Nik Yusof.
Dr Zainuddin berkata, pelaksanaan dasar Islam bukannya membantut kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
Menurutnya sepanjang 23 tahun pendekatan Islamik yang dilaksana telah membuahkan kejayaan termasuk mencapai tahap empat bintang dalam pelaksanaan star rating pejabat-pejabat SUK seluruh negara pada 2011.
“Tahun ini kita berharap dan berkeyakinan akan mencapai tahap lima bintang dan menjadikan SUK Kelantan sebagai jabatan yang terulung di negara ini,” ujarnya.
Portal negeri Kelantan juga menduduki tempat pertama dalam kedudukan portal antara negeri-negeri seluruh Malaysia pada 2012.
Manakala portal Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam muncul juara mengatasi 793 laman web agensi kerajaan pada tahun lepas.
Kata beliau dalam aspek pengurusan kewangan sebanyak 10 jabatan dan agensi mencapai empat bintang, dan 22 agensi lain serta pihak berkuasa tempatan mendapat sijil bersih dalam penyata kewangan 2010.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata, Kelantan memperkenalkan pembaharuan kerja lima hari seminggu dan cuti bersalin tiga bulan.
“Pembaharuan itu telah diikuti kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain. Begitu juga skim pinjaman kenderaan, komputer dan perumahan tanpa faedah.
“Turut menjadi ikutan sistem pajak gadai Islam (Ar Rahnu), pengharaman premis judi, pengawalan penjualan minuman keras, pusat hiburan dan sebagai.
“Ini sebagai petunjuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh kerajaan negeri memelihara syariat Islam,” katanya pada sambutan 23 tahun kerajaan Membangun Bersama Islam di sini, hari ini.
Teks ucapannya dibaca Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Nik Kazin Nik Yusof.
Dr Zainuddin berkata, pelaksanaan dasar Islam bukannya membantut kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
Menurutnya sepanjang 23 tahun pendekatan Islamik yang dilaksana telah membuahkan kejayaan termasuk mencapai tahap empat bintang dalam pelaksanaan star rating pejabat-pejabat SUK seluruh negara pada 2011.
“Tahun ini kita berharap dan berkeyakinan akan mencapai tahap lima bintang dan menjadikan SUK Kelantan sebagai jabatan yang terulung di negara ini,” ujarnya.
Portal negeri Kelantan juga menduduki tempat pertama dalam kedudukan portal antara negeri-negeri seluruh Malaysia pada 2012.
Manakala portal Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam muncul juara mengatasi 793 laman web agensi kerajaan pada tahun lepas.
Kata beliau dalam aspek pengurusan kewangan sebanyak 10 jabatan dan agensi mencapai empat bintang, dan 22 agensi lain serta pihak berkuasa tempatan mendapat sijil bersih dalam penyata kewangan 2010.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
23 tahun Kelantan berjaya harungi halangan
Aslani M, | 21 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Tanggal 21 Oktober 1990 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan. Dan hari ini genap 23 tahun sejarah itu berlalu.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bermula detik tersebut satu permulaan era berlaku di negeri Serambi Mekah.
“Kelantan serta merta menjadi perhatian, bolehkah Islam mentadbir? Sebaliknya selangkah demi selangkah kita menapak ke hadapan.
“Dalam tempoh 23 tahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya mengharungi pelbagai halangan dan karenah dengan jayanya serta meletakkan asas kukuh dan haluan yang jelas.
“Beliau telah meninggalkan satu laluan. Hutan rimba ditebas, semak samun diracun ke akar umbi, rakyat ditanamkan keyakinan cara mentadbir dan memerintah berpandukan hukum syariat,” katanya.
Belia berucap pada sambutan 23 tahun dasar Membangun Bersama Islam di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Abdullah Ya’kub, Pegawai Kewangan, Datuk Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nik Kazin Nik Yusof serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Program sambutan bermula dengan munajat dan solat hajat jam 3.30 pagi tadi. Solat hajat diimamkan Ustaz Nik Razi Nik Mat dari Pusat Pengajian Pondok Kandis.
Menteri Besar berkata, tugas beliau bersama barisan pimpinan meneruskan perjalanan dengan membawa visi dan misi yang diasaskan mantan Menteri Besar.
Visi kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan mendapat keredhaan Allah.
Manakala misi melaksanakan agenda pembangunan negeri dan ummah berdasar ajaran Islam yang syumul melalui pembangunan insan serta perancangan strategik.
“Kerajaan negeri telah menggubal satu wawasan bagi tempoh 2013-2018 untuk membolehkan rakyat Kelantan menikmati keberkatan, kemakmuran dan kebajikan, penuh bermaklumat serta hidup sejahtera.
“Usaha itu digembling dengan mengoptimumkan hasil menerusi amalan urus tadbir yang cekap, telus dan berintegriti selari dengan visi, misi dan objektif dasar Membangun Bersama Islam,” ujarnya.
Dan gerak kerjanya meliputi usaha dilakukan bagi menguat dan mengembangkan agama, kedua, menggantikan ketakutan dengan keamanan.
Ketiga, keluasan kepada rakyat untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Kata beliau kerjasama yang utuh jentera pentadbiran negeri amat diperlukan bagi memastikan dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenal 23 tahun lalu kekal menjadi asas dalam gerak penjawat awam.
Perlu diingatkan ujarnya, sejauh mana pun kita menanamkan cita-cita dan melakukan gerak kerja, Islam sebagai dasar dan asas tidak boleh dikesampingkan.
“Kita tidak gemar bercakap dengan bahasa retorik dan mengumpan dengan keindahan kata-kata sahaja. Kita lebih berminat kepada pelaksanaan janji dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.
Oleh itu berharap agensi pelaksana di bawah setiap Exco digerakkan secara maksimum bagi memastikan lebih 50 program dan projek yang terkandung manifesto pilihan raya umum lalu dapat dijayakan.
“Di samping itu kesemua komitmen Tuan Guru sebelum ini seperti projek lebuh raya, bekalan air, pembinaan stadium dan seumpamanya diambil tindakan serius ke arah mencapai realiti,” katanya.
Semenanjung Arab bakal muncul tanah paling subur
Aslani M, | 20 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Anda jangan terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya rendah bakal tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutuk utara dan selatan sekarang.
Ia bakal mengulangi apa yang pernah berlaku pada zaman air batu, di mana padang pasir gersang di negara-negara Arab ketika zaman tersebut dialiri anak-anak sungai.
Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan kawasan paling subur di dunia pada zaman air batu.
Dalilnya dirakam dalam al Quran surah Saba’ di mana penduduk negeri Saba’ hidup dengan kemewahan kerana buminya begitu subur.
Pensyarah Jabatan Matematik UPM, Prof Madya Dr Mat Ropa Ismail berkata, zaman air batu kedua akan kembali semula, prosesnya sedang berlaku sekarang.
“Kutub utara mulai mengalami pencairan air batu sekarang. Kawasan utara Semenanjung Arab juga dikesan mengalami perubahan cuaca di mana kawasan kering mengalami salji beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saintis berpendapat bumi Arab akan dipenuhi kembali dengan anak sungai,” katanya ketika membentang kertas kerja pada wacana ilmiah di Al Quran dan Sains di Dewan Teratai hari ini.
Beliau membentang kertas kerja bertajuk “Ayat Al Kauniyyah Dan Keajaiban Alam Kosmos Dan Cakarawala”.
Manakala kertas kerja pertama dibentang Dr Nor Azma Mat Zin dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM bertajuk “Penciptaan Manusia Antara Sains dan Al Quran”.
Wacana tersebut dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Perasmian penutup program berkenaan disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco, Datuk Nasuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad.
Dr Mat Ropa berkata, penemuan saintifik mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai”.
Beliau juga mendakwa Belanda akan menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutuk utara. Begitu juga negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi serupa.
Katanya juga Tabu’ sekarang menjadi pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu merupakan kawasan kering kontang.
Malah semenanjung Arab juga berjaya menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.
“Penyelidikan satelit tentang muka bumi Arab menunjukkan kesan tali air dan pengairan wujud di bawah timbunan pasir di Yaman.
“Begitu juga Bandar Iram ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16 meter beberapa tahun lepas,” katanya.
Menteri Besar pula berkata, al Quran dan sains tidak boleh dipisahkan, malah kitab itu merupakan mujizat yang diturunkan kepada Rasullah SAW.
Menurutnya juga pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan berpeluang mempelajari lebih banyak penemuan sains dalam al Quran memandangkan mereka sudah mendalami ilmu al Quran.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-10-2013
Ulang tahun ke-23 Kelantan Membangun Bersama Islam
Wan Nik Wan Yussof, | 19 Okt 2013 |
TANGGAL 21 Oktober 2013, genap 23 tahun Kelantan ditadbir berpandukan dasar Membangun Bersama Islam. Suatu tempoh yang cukup untuk berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Di samping tidak harus dilupakan juga pahit getir cabaran yang dihadapi sepanjang kepimpinan ulama menerajui kerajaan negeri Kelantan.
Namun, ulang tahun ke-23 kali ini agak signifikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan. Ia berikutan perubahan pucuk kepimpinan ulama daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada kepimpinan baru yang diamanahkan kepada Ustaz Haji Ahmad Yakob.
Sebelumnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PAS bersama-sama Angkatan Perpaduan Ummah meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum 21 Oktober 1990.
Sementara pada pilihan raya umum ke-13 (5 Mei 2013) yang lalu, Tuan Guru telah bersara selepas 22 tahun 6 bulan 14 hari berkhidmat. Sepanjang khidmatnya, Tuan Guru telah menampilkan kepimpinan yang berjaya memartabatkan dasar dan peraturan Islam dalam kerajaan negeri mahupun di kalangan rakyat Kelantan.
Ketika Tuan Guru menerima amanah selaku Menteri Besar, beliau berusia 59 tahun dan pada tarikh persaraan (5 Mei lalu) usianya 82 tahun. Satu usia yang cukup matang bersama-sama dengan pengalaman kepimpinan ulama yang diterajuinya di peringkat kerajaan negeri mahupun peringkat parti Islam (PAS).
Justeru Ustaz Ahmad adalah penerus dan pewaris amanah kepimpinan ulama yang cukup layak. Beliau adalah pelapis yang rapat dengan Tuan Guru sejak mula-mula PAS bangkit memperkenalkan kepimpinan ulama (1982).
Pengalaman Ustaz Ahmad bersama-sama pentadbiran Tuan Guru (menyertai kabinet kerajaan negeri) telah bermula setelah beliau dipilih sebagai ahli Dewan Negeri Kelantan pada pilihan raya umum 1995 mewakil Dun Pasir Pekan. Kemudian dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 1997, iaitu selepas pembubaran parti Semangat 46 yang membawa keluarnya Angkatan Perpaduan Ummah dari kabinet kerajaan negeri.
Bakat dan kepimpinan Ustaz Ahmad mendapat perhatian Tuan Guru yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar selepas pilihan raya umum 2004. Beliau menggantikan Ustaz Abdul Halim Abd Rahman yang telah bertanding di parlimen Pengkalan Chepa.
Kini beban amanah kepimpinan kerajaan negeri disambung dengan gigih oleh Ustaz Ahmad. Beliau sedia dibantu oleh saf ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan para pegawai yang sudah serasi dan sedia menghayati teras ubudiyah, masuliah dan itqan dalam urus tadbir yang dicetuskan oleh Tuan Guru.
Kajian keyakinan
Sehubungan dengan Kelantan menyambut ulang tahun ke-23 pentdbiran Membangun Bersama Islam ini, satu kajian keyakinan rakyat kepada kepimpinan baru telah dilakukan oleh Pusat Kajian Strategik pada bulan Ogos yang lalu. Kajian yang melibatkan 937 responden yang mewakili tiga lokasi utama, iaitu kawasan Bandar (366 responden), pinggir bandar (361 responden) dan luar Bandar (210 responden). Ia juga mewakili pelbagai peringkat umur dan kaum.
Kajian itu telah mengemukakan empat isu pokok berkenaan kepimpinan dan peralihan kepimpinan daripada Tuan Guru kepada Ustaz Ahmad. Pertama berkenaan gabungan kepimpinan kerajaan negeri antara ulama dan iktisas, keduanya mengenai integriti dan urus tadbir tanpa rasuah, ketiganya kepimpinan baru sebagai penerus imej Islamik yang diasaskan oleh Tuan Guru dan keempat berkenaan keupayaan kepimpinan baru dalam menguruskan pentadbiran dan pembangunan negeri ke arah yang berkat, makmur dan kebajikan.
Oleh itu, kajian tersebut telah mendapati rata-rata responden memberi maklum balas yang agak positif di atas peralihan dan kepimpinan baru keajaan negeri Kelantan. Penemuannya (sikap positif), di atas isu gabungan kepimpinan (77.7 peratus), mengenai integriti dan urus tadbir (72.2 peratus), kepimpinan penerus imej Islamik (86.7 peratus) dan keupayaan menguruskan pentadbiran dan pembangunan negeri (80.6 peratus).
Ustaz MB
Berikutan penemuan kajian itu, ia memberi petanda betapa keyakinan (agak positif) rakyat itu sebagai dorongan untuk tidak selesa dengan keputusan pilihan raya lalu. Ia suatu keberkatan daripada kepimpinan Tuan Guru. Justeru tugas berat kepimpinan baru Ustaz Ahmad adalah meneruskan kemakmuran dan asas-asas berkebajikan negeri bagi menyambung segala usaha yang telah dibuktikan oleh Tuan Guru.
Di atas komitmen itu, Ustaz Ahmad yang dipopularkan juga dengan panggilan Ustaz Menteri Besar (Ustaz MB) tidak menunggu lama bagi melakukan penambah baikan pentadbiran. Fokus utama adalah mempastikan harapan rakyat di sebalik mandat dan kepercayaan daripada pilihan raya umum lalu dilaksanakan.
Sehubungan itu, pihak Ustaz MB telah mengarahkan agensi pelaksana di bawah setiap ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat digerakkan secara maksimum. Tujuannya bagi mempastikan lebih daripada 50 program dan projek yang terkandung dalam sembilan tawaran (manifesto) pilihan raya umum ke-13 yang lalu dapat dijayakan. Di samping kesemua komitmen Tuan Guru sebelum ini (misalnya projek lebuh raya, bekalan air, pembinaan stadium dan seumpamanya) diteruskan dan diambil tindakan serius ke arah mencapai realiti.
Sambutan ulang tahun
Oleh kerana itu, sambutan ulang tahun ke-23 ini diadakan sebagai membuka ruang untuk kepimpinan baru kerajaan menzahirkan komitmen. Di samping pelbagai lapisan rakyat diberikan ruang untuk menyampaikan harapan dan pandangan demi memacu perjalanan kerajaan berjaya di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
Sambutan yang dijadualkan sehari suntuk bermula daripada pagi sampai lewat malam akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV akan dimulakan dengan majlis perasmian oleh menteri besar. Ia diikuti dengan majlis penghargaan kepada Tuan Guru selaku mantan menteri besar. Kemudian pada sesi petangnya akan diadakan pelbagai persembahan seni warisan dan ucapan daripada pelbagai lapisan rakyat termasuk pertubuhan bukan kerajaan. Sementara di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah umum pimpinan parti-parti Pakatan Rakyat.
Harapannya, sambutan ulang tahun ke-23 pentadbiran Membangun Bersama Islam negeri Kelantan pada kali ini menatijahkan semangat dan keazaman tinggi pemimpin dan rakyat untuk terus bersama kepimpinan ulama. Semoga rahmat-Nya menjadikan Kelantan terus utuh dengan keberkatan, kemakmuran dan kebajikan bersama pemimpin dan rakyatnya.
_________________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-10-2013
MB harap TRW menang selesa malam ini
Harakahdaily, | 18 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ustaz Ahmad Yakob berharap pasukan The Red Warriors dapat mencatat kemenangan selesa ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 malam ini.
Dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, Ustaz Ahmad berkata, para pemain pasukan Kelantan perlu fokus untuk memburu kemenangan tersebut bagi memudahkan tugas pada pertemuan separuh akhir kedua nanti.
"Harapan saya agar Kelantan mencatat kemenangan selesa untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.
"Saya jangkakan malam ini sekurang-kurangnya Kelantan menang 1-0 InsyaAllah. Apapun terpulang kepada pemain-pemain menyempurnakan hasrat seluruh rakyat Kelantan kali ini," katanya.
Pertemuan antara Kelantan dengan ATM pada malam ini akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebelum ATM berkunjung ke Stadium Sultan Mohammad IV untuk aksi timbal balik pada 25 Okteber depan.
Bagi Ustaz Ahmad, Kelantan pada malam ini perlu mengambil peluang untuk mencari kelebihan awal sebelum bermain di tempat sendiri.
"Kepada para penyokong, jaga nama baik Kelantan.
"Jangan tinggalkan solat dan berilah sokongan dengan penuh semangat kesukanan. Gomo Kelate gomo!," katanya.
Dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, Ustaz Ahmad berkata, para pemain pasukan Kelantan perlu fokus untuk memburu kemenangan tersebut bagi memudahkan tugas pada pertemuan separuh akhir kedua nanti.
"Harapan saya agar Kelantan mencatat kemenangan selesa untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.
"Saya jangkakan malam ini sekurang-kurangnya Kelantan menang 1-0 InsyaAllah. Apapun terpulang kepada pemain-pemain menyempurnakan hasrat seluruh rakyat Kelantan kali ini," katanya.
Pertemuan antara Kelantan dengan ATM pada malam ini akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebelum ATM berkunjung ke Stadium Sultan Mohammad IV untuk aksi timbal balik pada 25 Okteber depan.
Bagi Ustaz Ahmad, Kelantan pada malam ini perlu mengambil peluang untuk mencari kelebihan awal sebelum bermain di tempat sendiri.
"Kepada para penyokong, jaga nama baik Kelantan.
"Jangan tinggalkan solat dan berilah sokongan dengan penuh semangat kesukanan. Gomo Kelate gomo!," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
21 Okt genap 23 tahun ulama terajui Kelantan
Aslani M, | 17 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Pada 21 Oktober ini genap 23 tahun kerajaan PAS Kelantan di bawah kepemimpinan ulama setelah mengambil alih pentadbiran negeri daripada BN pada 21 Oktober 1990.
Sempena ulangtahun tersebut sambutan kelahiran kerajaan Membangun Bersama Islam akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada sambutan terbabit rakyat Kelantan berpeluang memberi pelbagai persembahan atau cenderahati kepada mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Persembahan rakyat itu tidak kira sama ada dalam bentuk buah tangan atau bacaan puisi yang dituju kepada Tok Guru sendiri,” katanya di sini.
Tok Guru dijangka berada di Dataran Stadium pada sebelah petang bagi meraikan ulangtahun kerajaan negeri bersama rakyat.
Program tersebut yang bertema "Jasa Dikenang, Amanah Disandang" bermula jam 3.30 pagi dimulai munajat dan qiamullail, kemudian diikuti solat Subuh dan kuliah.
Manakala acara perasmian bermula jam 9 pagi disempurnakan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.
Pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menerima persembahan rakyat. Selepas itu Menteri Besar pula akan menerima nota ucapan rakyat yang akan disampaikan di majlis bersejarah itu.
Program berkenaan akan diiringi dengan persembahan silat, dikir barat, choral speaking dan pelajar dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Sebelum program sesi petang berakhir, orang ramai yang hadir akan mendengar ucapan wakil-wakil kaum, NGO menuntut royalti, orang kelainan upaya dan NGO-NGO lain.
Pada sebelah malam pula bermula jam 9 ceramah perdana akan membariskan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan wakil DAP Datuk Ngeh Koo Ham.
Sempena ulangtahun tersebut sambutan kelahiran kerajaan Membangun Bersama Islam akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada sambutan terbabit rakyat Kelantan berpeluang memberi pelbagai persembahan atau cenderahati kepada mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Persembahan rakyat itu tidak kira sama ada dalam bentuk buah tangan atau bacaan puisi yang dituju kepada Tok Guru sendiri,” katanya di sini.
Tok Guru dijangka berada di Dataran Stadium pada sebelah petang bagi meraikan ulangtahun kerajaan negeri bersama rakyat.
Program tersebut yang bertema "Jasa Dikenang, Amanah Disandang" bermula jam 3.30 pagi dimulai munajat dan qiamullail, kemudian diikuti solat Subuh dan kuliah.
Manakala acara perasmian bermula jam 9 pagi disempurnakan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.
Pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menerima persembahan rakyat. Selepas itu Menteri Besar pula akan menerima nota ucapan rakyat yang akan disampaikan di majlis bersejarah itu.
Program berkenaan akan diiringi dengan persembahan silat, dikir barat, choral speaking dan pelajar dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Sebelum program sesi petang berakhir, orang ramai yang hadir akan mendengar ucapan wakil-wakil kaum, NGO menuntut royalti, orang kelainan upaya dan NGO-NGO lain.
Pada sebelah malam pula bermula jam 9 ceramah perdana akan membariskan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan wakil DAP Datuk Ngeh Koo Ham.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Haji: JKKKP ditaja, warga emas tunggu lama
Aslani M, | 17 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Sebahagian besar yang ditaja kerajaan pusat menunaikan ibadat haji tahun ini ialah pemimpin-pemimpin Umno peringkat cawangan.
Mereka merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Difahamkan ketua Umno terbabit mendominasi sebahagian besar daripada 800 yang ditaja 1MDB menunaikan haji.
Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut imam-imam mukim dan penduduk Orang Asal yang beragama Islam.
Kehadiran mereka secara pilihan politik itu menyebabkan kuota jemaah haji yang berjaya mengerjakan haji setiap tahun dikatakan semakin berkurangan.
“Sedangkan kami bersusah payah mendaftar dengan Tabung Haji sejak 2006 lagi. Telah lama pakcik simpan duit dengan harapan dapat mengerjakan tahun ini.
“Namun belum ada lagi dalam senarai jemaah haji tahun ini. Cuba bayangkan sudah tujuh tahun pakcik menunggu untuk mengerjakan ibadat haji, namun tidak lagi kesampaian.
“Tetapi peliknya mengapa pula 800 pemimpin Umno di peringkat kampung tidak perlu mendaftar dalam tempoh agak lama untuk menunaikan haji,” kata Mohamad Yakob, 70 dari Pasir Tumbuh.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)
Mereka merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Difahamkan ketua Umno terbabit mendominasi sebahagian besar daripada 800 yang ditaja 1MDB menunaikan haji.
Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut imam-imam mukim dan penduduk Orang Asal yang beragama Islam.
Kehadiran mereka secara pilihan politik itu menyebabkan kuota jemaah haji yang berjaya mengerjakan haji setiap tahun dikatakan semakin berkurangan.
“Sedangkan kami bersusah payah mendaftar dengan Tabung Haji sejak 2006 lagi. Telah lama pakcik simpan duit dengan harapan dapat mengerjakan tahun ini.
“Namun belum ada lagi dalam senarai jemaah haji tahun ini. Cuba bayangkan sudah tujuh tahun pakcik menunggu untuk mengerjakan ibadat haji, namun tidak lagi kesampaian.
“Tetapi peliknya mengapa pula 800 pemimpin Umno di peringkat kampung tidak perlu mendaftar dalam tempoh agak lama untuk menunaikan haji,” kata Mohamad Yakob, 70 dari Pasir Tumbuh.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Kelantan biayai pelajar kembali semula ke Mesir
Aslani M, | 14 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kelantan antara negeri pertama yang turut membiayai kepulangan semula pelajar ke Mesir untuk meneruskan pengajian selepas pulang dalam Ops Piramid II sebelum ini.
Seramai 443 pelajar anak Kelantan yang pulang dalam ops tersebut diberi saguhati sebanyak RM1,000 seorang.
Majlis penyampaian saguhati itu diadakan di Dewan Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini, disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Hadir sama Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Tengku Azmi Tengku Jaafar dan Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim, Zainal Yusof. Ibu bapa dan pelajar juga hadir.
Anggota Exco, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata, biar pun sumber kewangan agak terhad, namun Kelantan tetap menunaikan tanggungjawab bagi membantu meringankan bebanan pelajar untuk kembali semula ke Mesir.
“Kelantan mungkin negeri pertama di negara ini menghulurkan sumbangan tersebut selepas pelajar pulang dalam ops Piramid II,” katanya selepas program berkenaan.
Sebelum ini kerajaan negeri turut membayar tambang kepada pelajar Kelantan untuk kembali semula ke Mesir selepas dibawa pulang dalam ops Piramid I, lebih setahun lalu.
Dr Fadzli berkata, biar pun jumlah tersebut tidak banyak bagi setiap pelajar, namun apabila melibatkan ramai pelajar kerajaan negeri terpaksa membelanjakan hampir RM0.5 juta bagi tujuan itu.
Katanya juga, Mesir merupakan bumi ambiya dianggap sebagai gedung ilmu yang mampu melahirkan pelajar alim dalam pelbagai bidang ilmu.
“Bagi pelajar bidang perubatan, mereka balik nanti bukan untuk berkhidmat sebagai doktor perubatan sahaja, sebaliknya mempunyai kemahiran dalam bahasa Arab dan ilmu agama.
“Inilah matlamat kerajaan negeri melahirkan doktor perubatan yang juga boleh menjadi imam solat dan mampu membaca kitab bahasa Arab,” ujarnya ketika berucap sebelum itu.
Menurutnya ramai pelajar tidak mahu melepaskan peluang belajar dalam bidang perubatan di Mesir semata-mata bagi mendalami kedua-dua ilmu tersebut.
Oleh itu kata beliau, pelajar-pelajar janganlah mengsia-sia peluang yang ada sekarang memandangkan Mesir merupakan bumi para ambiya lagi berkat.
Menteri Besar pula berharap pelajar yang kembali semula ke Mesir bagi meneruskan pengajian hendaklah menyesuai diri dengan keadaan semasa di sana sekarang.
Katanya, keadaaan di Mesir hari ini di bawah Jeneral As Sisi berbeza berbanding di era Presiden Dr Mohamad Morsi.
Menurutnya juga kerajaan mahu memastikan pelajar dapat kembali semula ke Mesir dengan menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka, biar pun sumber kewangan negeri agak terhad.
Pada persidangan Dun minggu lepas Dr Fadzli berkata, pelajar yang pulang sendiri tanpa melalui Ops Piramid II tidak terbabit dengan pembayaran saguhati terbabit.
Sumber HD - 14-10-2013
Straits Times Singapura takjub dengan "Negeri Melayu" Kelantan
Komentar | Timmy Say, | 11 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Di “Negeri Melayu” Kelantan (kata-kata yang digunakan Straits Times Singapura dalam lawatannya ke sana), ada satu budaya menakjubkan di kalangan orang Islam iaitu kecintaan mereka terhadap Bahasa Cina.
“Terdapat satu pepatah masyhur dalam Islam, "Timbalah ilmu sehingga ke negeri Cina". Itulah Melayu-Islam di Kelantan, secara tepat, sedang melakukannya,” tulis Straits Times dalam satu laporan.
Akhbar popular itu turut mendapati nisbah orang Melayu di Kelantan yang mempelajari bahasa Cina jauh lebih tinggi daripada negeri lain.
Antara faktor yang membangkitkan fenomena luar biasa ini adalah galakan yang diberikan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada generasi muda untuk mempelajari Bahasa Cina.
Bahkan, lima orang cucu Tuan Guru belajar di sekolah Cina.
Bukan sekadar itu, Tuan Guru Nik Aziz juga memastikan sekolah diberi peruntukan untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin.
Pada tahun 2009, kerajaan negeri telah membiayai tiga graduan Melayu-Islam daripada maktab pendidikan ke Guangzhou, China untuk belajar bahasa Mandarin dan menggaji beberapa guru dari China untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin di Kelantan.
Salah seorang daripadanya ialah Wang Yin Kang, seorang Cina-Muslim daripada Yunnan, yang telah menghabiskan 18 tahun di Kelantan setelah mendapat diploma dalam pengajian Arab. Pada umur 51, beliau mengajar bahasa Mandarin kepada 160 pelajar seminggu.
Bercakap kepada Straits Times, Wang mengakui terkejut pada awalnya apabila pelajar Melayu sudi mengambil kelas Mandarin.
“Tidak lama selepas itu saya menyedari bahawa mereka percaya ini (mempelajari bahasa mandarin) membantu mereka mencari pekerjaan, terutamanya apabila China adalah negara yang cepat membangun dan melabur di mana-mana,” katanya.
Kelas Mandarin ditawarkan di semua sekolah dibiayai kerajaan negeri (enam kesemuanya), dan salah satunya adalah Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiyah.
Sebahagian pelajar Wang merupakah ahli kelab Bahasa Cina, di mana mereka juga menceburi bidang drama yang menggunakan bahasa Mandarin.
Jumlah pelajar Melayu di sekolah Cina sama ada rendah dan menengah di Kelantan berada pada paras 20 sehingga 50 peratus, jauh lebih tinggi daripada paras nasional yang puratanya 10 peratus.
Salah satu sekolah rendah Cina di Rantau Panjang mempunyai dua pertiga pelajar Melayu.
Penyelidik Heng Buai Chin berkata, budaya menakjubkan itu semuanya hasil daripada pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz yang menggalakkan orang Melayu untuk memasuki sekolah Cina.
Langkah itu katanya telah menggalakkan integrasi antara pelajar berbilang kaum.
Beliau mendapati pelajar Melayu-Islam di sekolah Cina adalah lebih terbuka menerima budaya Cina seperti menonton filem Cina, mengira dan berfikir dalam bahasa Cina.
“Saya tidak dilayan asing oleh pelajar mahupun sekolah dan saya selalu bersemangat untuk cemerlang dalam pelajaran,” kata Wan Ashikin Islam, seorang pelajar Tingkatan 5 di salah sebuah sekolah Cina.
Pelajar berumur 16 tahun itu bercita-cita menjadi penulis novel satu hari nanti, bukan di dalam bahasa ibundanya - bahasa Melayu, tetapi bahasa Mandarin.
“Terdapat satu pepatah masyhur dalam Islam, "Timbalah ilmu sehingga ke negeri Cina". Itulah Melayu-Islam di Kelantan, secara tepat, sedang melakukannya,” tulis Straits Times dalam satu laporan.
Akhbar popular itu turut mendapati nisbah orang Melayu di Kelantan yang mempelajari bahasa Cina jauh lebih tinggi daripada negeri lain.
Antara faktor yang membangkitkan fenomena luar biasa ini adalah galakan yang diberikan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada generasi muda untuk mempelajari Bahasa Cina.
Bahkan, lima orang cucu Tuan Guru belajar di sekolah Cina.
Bukan sekadar itu, Tuan Guru Nik Aziz juga memastikan sekolah diberi peruntukan untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin.
Pada tahun 2009, kerajaan negeri telah membiayai tiga graduan Melayu-Islam daripada maktab pendidikan ke Guangzhou, China untuk belajar bahasa Mandarin dan menggaji beberapa guru dari China untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin di Kelantan.
Salah seorang daripadanya ialah Wang Yin Kang, seorang Cina-Muslim daripada Yunnan, yang telah menghabiskan 18 tahun di Kelantan setelah mendapat diploma dalam pengajian Arab. Pada umur 51, beliau mengajar bahasa Mandarin kepada 160 pelajar seminggu.
Bercakap kepada Straits Times, Wang mengakui terkejut pada awalnya apabila pelajar Melayu sudi mengambil kelas Mandarin.
“Tidak lama selepas itu saya menyedari bahawa mereka percaya ini (mempelajari bahasa mandarin) membantu mereka mencari pekerjaan, terutamanya apabila China adalah negara yang cepat membangun dan melabur di mana-mana,” katanya.
Kelas Mandarin ditawarkan di semua sekolah dibiayai kerajaan negeri (enam kesemuanya), dan salah satunya adalah Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiyah.
Sebahagian pelajar Wang merupakah ahli kelab Bahasa Cina, di mana mereka juga menceburi bidang drama yang menggunakan bahasa Mandarin.
Jumlah pelajar Melayu di sekolah Cina sama ada rendah dan menengah di Kelantan berada pada paras 20 sehingga 50 peratus, jauh lebih tinggi daripada paras nasional yang puratanya 10 peratus.
Salah satu sekolah rendah Cina di Rantau Panjang mempunyai dua pertiga pelajar Melayu.
Penyelidik Heng Buai Chin berkata, budaya menakjubkan itu semuanya hasil daripada pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz yang menggalakkan orang Melayu untuk memasuki sekolah Cina.
Langkah itu katanya telah menggalakkan integrasi antara pelajar berbilang kaum.
Beliau mendapati pelajar Melayu-Islam di sekolah Cina adalah lebih terbuka menerima budaya Cina seperti menonton filem Cina, mengira dan berfikir dalam bahasa Cina.
“Saya tidak dilayan asing oleh pelajar mahupun sekolah dan saya selalu bersemangat untuk cemerlang dalam pelajaran,” kata Wan Ashikin Islam, seorang pelajar Tingkatan 5 di salah sebuah sekolah Cina.
Pelajar berumur 16 tahun itu bercita-cita menjadi penulis novel satu hari nanti, bukan di dalam bahasa ibundanya - bahasa Melayu, tetapi bahasa Mandarin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-10-2013
Jumlah pelajar Yik ke IPT bertambah setiap tahun
Aslani M, | 10 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Bilangan pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang berjaya melanjut pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) bertambah setiap tahun.
Pada 2010 seramai 1,024 pelajar berjaya ke IPT, 2011 (1,319 pelajar) dan 2012 (1,524 pelajar).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata, bilangan pelajar sekolah agama berjaya ke IPT sentiasa meningkat setiap tahun.
“Ini secara tidak menggambarkan kejayaan Yik melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam setiap peperiksan,” katanya menjawab soalan Tuan Mazlan Tuan Mat (PAS-Gaal) pada persidangan Dun hari ini.
Menurutnya keadaan itu dapat dilihat kejayaan pelajar dalam peperiksaan utama seperti SPM, STAM dan STPM.
Pencapaian pelajar Yik dalam peperiksaan SPM pada 2010 sebanyak 96.77 peratus, 2011 (97 peratus) dan 2012 (96 peratus).
Peperiksaan STAM pula pada 2010 sebanyak 65.5 peratus, 2011 (66.6 peratus) dan 2012 (67.7 peratus).
Bilangan pelajar sekolah agama Yik menduduki peperiksaan tersebut pada 2010 seramai 2,020 pelajar, 2011 (1,769 pelajar) dan 2012 (1,879 pelajar).
Bagaimanapun bilangan pelajar Yik yang menduduki peperiksaan STPM tidak ramai iaitu seramai 53 orang pada 2010 dengan kelulusan 81 peratus, 2011 seramai 77 pelajar (83 peratus) dan 2012 (55 pelajar – 87.2 peratus).
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, sudah menjadi amalan mana-mana negeri tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan selenggara jalan yang diberi kerajaan pusat.
Katanya, Kelantan membelanjakan lebih 60 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM132.7 juta tahun lepas bagi menyelenggara jalan dan selebihnya untuk pengurusan.
Bagaimanapun katanya mengikut garis panduan baru ditetapkan Majlis Kewangan Negara peruntukan tersebut perlu dihabiskan 80 peratus untuk tahun akan datang.
Menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas) katanya, jalan-jalan yang diselenggara di bawah JKR negeri pada 2012 iaitu di Kota Bharu sebanyak 15 jalan, Pasir Puteh (5 jalan), Pasir Mas (15 jalan).
Selain itu Kuala Krai (4), Tumpat (5), Machang (3), Bachok (7), Tanah Merah (3), Jeli (2) dan (2).
“Jalan-jalan yang dibaiki berdasar daripada laporan dibuat Pejabat Tanah dan Jajahan yang diangkat kepada Pejabat Pembangunan Negeri sebelum diserah kepada JKR,” ujarnya.
Sumber HD - 10-10-2013
Pulangan hasil ladang Yik RM30 juta
Aslani M, | 10 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Hasrat kerajaan negeri mahu Yayasan Islam Kelantan (Yik) mampu berdikari kini menampakkan hasil apabila mula mendapat pulangan hasil ladang sebanyak RM30.8 juta pada 2011.
Pulangan tersebut hasil pembangunan ladang sawit seluas 19,927 hektar yang dijalankan dengan usaha sama syarikat swasta.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri sejak awal lagi merancang bagi membolehkan Yik mempunyai hasil pendapatan sendiri untuk mengurus sektor pendidikan agama.
“Biar pun usaha itu agak lama dilakukan namun pulangan hasil tertangguh disebabkan masalah teknikal.
“Namun sekarang Yik telah melantik pegawai pelaburan bagi memantau projek perladangan yang dijalankan dengan kerjasama swasta,” katanya menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumbuh) pada persidangan Dun hari ini.
Mohd Amar (gambar) berkata, projek perladangan yang dilaksanakan Yik mulai membuahkan hasil ke arah menjadikan institusi pendidikan itu mampu berdikari pada masa akan datang.
Sebelum ini setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM70 juta bagi mengurus dan pembangunan pendidikan agama di bawah Yik.
Dan pada Belanjawan 2014 sebanyak RM72 juta diperuntukan kepada Yik, di samping RM4 juta lagi bagi pembangunan, menyelenggara dan menaik taraf 91 sekolah agama.
Selain itu kerajaan negeri juga meluluskan tanah kepada agensi-agensi lain termasuk Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat seluas 33,512 hektar, Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) - 22,735 hektar dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) - 10,220 hektar.
Pulangan hasil bagi Ladang Rakyat pada 2011 sebanyak RM12.7 juta, Yakin (RM3.1 juta) dan PKINK (RM18 juta).
Manakala pulangan hasil tahun lepas – Yik (RM12 juta), Ladang Rakyat (RM14.7 juta), Yakin (RM3.2 juta) dan PKINK (19.5 juta).
Menjawab soalan tambahan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) Mohd Amar berkata, pada masa hadapan kerajaan negeri memastikan Yik mampu mengurus sendiri ladang tanpa perlu usahasama swasta.
YAB MB : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aQbiaBRiArM#t=44
Pulangan tersebut hasil pembangunan ladang sawit seluas 19,927 hektar yang dijalankan dengan usaha sama syarikat swasta.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri sejak awal lagi merancang bagi membolehkan Yik mempunyai hasil pendapatan sendiri untuk mengurus sektor pendidikan agama.
“Biar pun usaha itu agak lama dilakukan namun pulangan hasil tertangguh disebabkan masalah teknikal.
“Namun sekarang Yik telah melantik pegawai pelaburan bagi memantau projek perladangan yang dijalankan dengan kerjasama swasta,” katanya menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumbuh) pada persidangan Dun hari ini.
Mohd Amar (gambar) berkata, projek perladangan yang dilaksanakan Yik mulai membuahkan hasil ke arah menjadikan institusi pendidikan itu mampu berdikari pada masa akan datang.
Sebelum ini setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM70 juta bagi mengurus dan pembangunan pendidikan agama di bawah Yik.
Dan pada Belanjawan 2014 sebanyak RM72 juta diperuntukan kepada Yik, di samping RM4 juta lagi bagi pembangunan, menyelenggara dan menaik taraf 91 sekolah agama.
Selain itu kerajaan negeri juga meluluskan tanah kepada agensi-agensi lain termasuk Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat seluas 33,512 hektar, Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) - 22,735 hektar dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) - 10,220 hektar.
Pulangan hasil bagi Ladang Rakyat pada 2011 sebanyak RM12.7 juta, Yakin (RM3.1 juta) dan PKINK (RM18 juta).
Manakala pulangan hasil tahun lepas – Yik (RM12 juta), Ladang Rakyat (RM14.7 juta), Yakin (RM3.2 juta) dan PKINK (19.5 juta).
Menjawab soalan tambahan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) Mohd Amar berkata, pada masa hadapan kerajaan negeri memastikan Yik mampu mengurus sendiri ladang tanpa perlu usahasama swasta.
YAB MB : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aQbiaBRiArM#t=44
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
Dr Agus ulas Husam bahas Belanjawan Kelantan 2014
http://gigitankerengga.blogspot.com, | 09 Okt 2013 |
Mengapa Husam lawan kerajaan partinya sendiri? - Ulasan Dr Mohammad Agus Yusof.
Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof
PEMBENTANGAN bajet negeri Kelantan bagi tahun 2014 baru-baru ini menarik sekali.
Dato Husam Musa, Adun Salor yang sebelum ini adalah Exco Kelantan bangun berucap memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang.
Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul.
Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?
Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah.
Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di Dun. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti.
Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik -perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.
Satu lagi yang rakyat hendak tahu secara rasmi ialah tentang kenaikan tarif air yang dikatakan naik sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, tetapi tidak diumumkan.
Yang rakyat hendak tahu ialah betulkah tarif air naik? Jika naik, kenapa tidak diumumkan?
Dalam hal ini, seorang kawan saya memberitahu saya, sekeras-keras kerajaan BN pun, kenaikan harga minyak dan elektrik diumumkan kepada rakyat.
Kembali kepada tindakan Adun Salor tadi, persoalan yang perlu kita jawab bukanlah soal beliau mengkritik kepimpinan partinya, tetapi apakah tindakan beliau itu salah?
Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.
Pada saya, tindakan Adun Salor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan.
Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’.
Di pihak kerajaan negeri pula, terimalah pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang.
Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri. Ingat, dari segi hierarki parti, Adun Salor adalah naib presiden Pas.
Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya.
Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik cara ini juga diamalkan di parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya!
Video perbahasan Husam
Video perbahasan Husam
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Kos Ecobound bina lebuh raya rakyat dinilai JKR
Aslani M, | 09 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Dakwaan kononnya kerajaan negeri mengadai kawasan lebih 100,000 ekar di Pergau, Gua Musang sebagai timbal balik kepada kontraktor membina Lebuh Raya Rakyat tidak berasas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan, Hanifa Ahmad berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sebagaimana disebar pihak tertentu dalam media baru.
Katanya, tidak timbul sama sekali kawasan itu digadai kerajaan negeri.
“Kawasan berkenaan mempunyai balak yang dianggar bernilai kira-kira RM950 juta. Ia hanya sebagai pilihan bagi kerajaan terhadap pelaksanaan projek lebuh raya rakyat.
“Kita juga mempunyai pilihan lain iaitu menyediakan kawasan tertentu di kawasan laluan lebuh raya rakyat kepada syarikat untuk dibangunkan bandar baru,” katanya pada persidangan Dun hari ini.
Semalam ketika membahas Belanjawan Kelantan 2014, Adun Salor, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan boleh memanfaatkan rizab besi mentah di Sungai Tuang dianggar lebih 50 juta tan kepada syarikat dari Korea yang dilantik sebelum ini membina lebuh raya rakyat.
Husam sebelum ini terbabit secara langsung projek lebuh raya rakyat empat lorong dua hala sepanjang 68 km dari Kota Bharu-Kuala Krai.
Hanifa berkata, tidak berbangkit kerajaan negeri menamatkan syarikat dari Korea memandangkan syarikat terbabit dalam sepucuk surat menyatakan tidak berminat meneruskan projek terbabit.
Begitu juga juru perunding Zaki yang juga terlibat dengan projek berkenaan sebelum ini juga menyatakan tidak lagi berminat.
“Ekoran itu konsultan baru, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group berminat meneruskan projek berkenaan.
“Mereka telah mengangkat kertas cadangan lengkap bagi menyiapkan projek lebuh raya rakyat sepanjang 30 km dari Bukit Baka ke Kuala Krai dengan anggaran kos RM669 juta.
“Berdasar anggaran itu kerajaan negeri meminta JKR menilai proposal dibuat Ecobound sama ada kosnya munasabah atau tidak.
“Jadi sekarang kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan lagi dan menunggu laporan penilaian JKR ke atas kertas cadangan dibuat Ecobound,” katanya.
Bagaimanapun sekiranya penilaian JKR mendapati kos tersebut tinggi, kerajaan negeri akan membuka tawaran kepada syarikat lain pula.
Beliau juga berkata, syarikat memerlukan sesuatu yang boleh dicagar bagi membolehkan mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan melaksanakan projek lebuh raya rakyat.
“Baru-baru ini Presiden Emirates House Group dan Timbalan Presiden Bank Pembangunan Islam (IDB) datang ke sini dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar,” ujarnya.
Beliau juga memberitahu jajaran Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 km akan dibina kerajaan pusat membabitkan kos RM200 juta.
Tawaran tender projek pusat tersebut difahamkan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
“Bagi laluan seterusnya dari Kadok ke Machang sejauh 43 km lagi belum dipastikan dibina kerajaan pusat atau tidak.
“Dan bagi laluan Machang-Kuala Krai akan tetap dibina kerajaan negeri selepas mengambil kira projek lebuh raya Kota Bharu dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986,” tambahnya.
Dendam politik punca petani dinafi baja subsidi
Aslani M, | 09 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kecederongan dan dendam politik antara faktor petani-petani yang tidak menyokong Umno dan BN dinafikan hak mendapat baja subsidi padi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, berikutan penafian itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menyediakan baja subsidi kepada mereka.
“Baja padi yang disediakan kepada kerajaan negeri diberi kepada semua petani tanpa mengira fahaman politik mereka.
“Namun kebetulan yang ramai mendapat baja itu kalangan yang menyokong PAS kerana dinafikan hak mendapat baja subsidi padi di bawah kerajaan pusat,” katanya menjawab soalan Tuan Mazlan Tuan Mat (PAS-Gaal) pada persidangan Dun hari ini.
Menurutnya juga setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan antara RM2 hingga RM4 juta bagi menyediakan baja subsidi kepada petani yang dinafikan hak di bawah program pusat.
“Sebenarnya bukan baja sahaja dinafikan, malah petani turut disisihkan hak mendapat subsidi racun, membajak dan jualan padi,” ujarnya.
Menurutnya beliau sendiri turun padang bersama pegawai kerajaan bagi menyelami dari dekat masalah yang dihadapi petani terbabit.
Katanya juga kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Kada bagi menyelesaikan masalah terbabit.
“Malah UPEN telah menghantar surat kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membolehkan diadakan pertemuan bagi membincang masalah petani di Kelantan,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad pula berkata, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Golok yang dirancang JPS meliputi Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat sepanjang 50 km.
Katanya, projek tersebut akan dibina tiga fasa membabitkan kos RM1.3 bilion dijangka mula dibina di Bandar Rantau Panjang.
Antara kompenan bakal dibina termasuk batas mencegah banjir dan laluan air banjir.
“JPS telah menyiapkan dokumen tender projek tersebut dan sekarang menunggu bajet daripada kerajaan pusat,” ujarnya.
Kenapa RM6,000 untuk sarapan pagi, ini penjelasannya
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 09 Okt 2013 |
Kenapa Kedai Daun Pisang caj RM6,000 untuk sarapan pagi?.. Ini penjelasannya.. bacalah!
Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.
Baca lagi
Pemilik Restoran : https://www.youtube.com/watch?v=-RSdf7RldsQ
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Hapuskan dendam 23 tahun demi rakyat
Salmah Mat Husain, | 09 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan digesa memajukan Kelantan Selatan, iaitu Gua Musang berperingkat-peringkat memandangkan kedudukannya yang begitu strategik antara Kuala Lumpur, Kota Bharu atau Ipoh.
Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) berkata walaupun memerlukan tempoh yang agak panjang untuk memajukannya, khususnya dari segi pembangunan, namun Kelantan perlu memajukan kawasan itu, khususnya mengenai infrastruktur.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014 dalam sidang Dun Kelantan penggal ke-13, semalam.
Katanya, kerajaan negeri perlu menyediakan kemudahan jalan yang lebih baik kerana jarak satu kampung ke satu kampung atau daerah agak jauh.
“Bagi menjayakan hasrat ini, kerajaan negeri perlu berunding dengan kerajaan Pusat agar jalan-jalan raya yang lebih baik dapat diadakan untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Jelasnya, kerajaan Kelantan dan Persekutuan perlu duduk bersama untuk berbincang demi untuk kepentingan rakyat.
“Dendam membara sejak 23 tahun lalu sewajarnya dihapuskan demi untuk kepentingan rakyat.
“Saya menyokong cadangan wakil BN dalam Dun ini, Adun Kuala Balah yang berkata pihaknya akan berbaik dengan kerajaan negeri. Kita harap semua wakil BN dalam dewan ini sebagai jambatannya,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan Umno Kelantan menghentikan sebarang cubaan yang tidak baik terhadap kerajaan Kelantan.
Tegasnya, pendaratan gas ke Kelantan sewajarnya tidak lagi ditangguh, begitu juga pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai yang masih tertunda pembinaannya.
Sementara itu Roslan Putih (PKR-Guchil), menggesa kerajaan Kelantan supaya mempertingkatkan kualiti air khususnya di kawasan perkampungan.
Menurutnya, masaalah kualiti air dan putus bekalan air adalah dua perkara yang berbeza dan perlu diberi perhatian segera.
“Kita tidak mahu tindakan sebegini yang sering berlaku akan membuatkan rakyat memandang buruk pada kerajaan negeri.
“Kerajaan perlu cari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masaalah ini,” ujarnya.
Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) berkata walaupun memerlukan tempoh yang agak panjang untuk memajukannya, khususnya dari segi pembangunan, namun Kelantan perlu memajukan kawasan itu, khususnya mengenai infrastruktur.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014 dalam sidang Dun Kelantan penggal ke-13, semalam.
Katanya, kerajaan negeri perlu menyediakan kemudahan jalan yang lebih baik kerana jarak satu kampung ke satu kampung atau daerah agak jauh.
“Bagi menjayakan hasrat ini, kerajaan negeri perlu berunding dengan kerajaan Pusat agar jalan-jalan raya yang lebih baik dapat diadakan untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Jelasnya, kerajaan Kelantan dan Persekutuan perlu duduk bersama untuk berbincang demi untuk kepentingan rakyat.
“Dendam membara sejak 23 tahun lalu sewajarnya dihapuskan demi untuk kepentingan rakyat.
“Saya menyokong cadangan wakil BN dalam Dun ini, Adun Kuala Balah yang berkata pihaknya akan berbaik dengan kerajaan negeri. Kita harap semua wakil BN dalam dewan ini sebagai jambatannya,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan Umno Kelantan menghentikan sebarang cubaan yang tidak baik terhadap kerajaan Kelantan.
Tegasnya, pendaratan gas ke Kelantan sewajarnya tidak lagi ditangguh, begitu juga pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai yang masih tertunda pembinaannya.
Sementara itu Roslan Putih (PKR-Guchil), menggesa kerajaan Kelantan supaya mempertingkatkan kualiti air khususnya di kawasan perkampungan.
Menurutnya, masaalah kualiti air dan putus bekalan air adalah dua perkara yang berbeza dan perlu diberi perhatian segera.
“Kita tidak mahu tindakan sebegini yang sering berlaku akan membuatkan rakyat memandang buruk pada kerajaan negeri.
“Kerajaan perlu cari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masaalah ini,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Bil air 43 peratus pengguna di Kelantan turun
Salmah Mat Husain, | 09 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Pelarasan tarif baru sebenarnya memberi impak kepada penurunan bil air bagi 79,216 pemegang akaun atau 43 peratus dari jumlah pengguna domestik di seluruh Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, penurunan jumlah bil air berlaku disebabkan pemansuhan caj sewa meter kepada semua akaun pengguna.
“Ia selaras dengan peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Bagi pengguna yang saiz meternya ¾ inci dan 1 inci pengurangan bil air akan berlaku sehingga 20 dan 25 meter padu.
“Pengurangan bil lebih besar disebabkan perbezaan caj sewa meternya yang masing-masing sebelum ini RM1.25 dan RM2.50,” katanya di sini.
Oleh itu beliau berkata, peningkatan bil hanya berlaku bagi penggunaan lebih 50m3 dengan kenaikan sehingga 32 peratus.
Sedangkan katanya, jumlah pemegang akaun lebih 50 meter padu hanya 20,923 daripada 181,024 pengguna di seluruh Kelantan.
“Piawaian penggunaan air domestik di Malaysia secara puratanya sebanyak 1m3 sehari atau 30 meter padu sebulan. Di Kelantan 77 peratus pengguna domestik menggunakan bawah 35 meter padu,” ujarnya.
Hanifa juga berkata, kenaikan tarif air terakhir pada 1 Januari 2001 dan penyelarasan baru dibuat bermula 1 September lalu.
Menurutnya, kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif baru pada 2010.
Kata beliau kenaikan tarif juga diambil ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 45 peratus iaitu tiga kali sepanjang tempoh 13 tahun.
Menurutnya, AKSB terpaksa menanggung kos elektrik sebanyak RM2.1 juta sebulan.
Pada masa yang sama berlaku kenaikan Indeks Harga Pengguna (CPI) sebanyak 28.6 peratus pada 2001-2013 menyebabkan kenaikan kos operasi termasuk bahan kimia dan kos lain.
Beliau juga berkata, Air Kelantan Sdn Bhd masih mengekalkan caj percuma penggunaan sehingga 35m3 bagi masjid dan sekolah agama rakyat.
Katanya juga Kelantan berada pada kedudukan keempat terendah bagi penggunaan air bawah 20 meter padu.
“Kenaikan tarif telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Johor pada 1 Oktober 2010,” ujarnya.
Rizab besi di Sungai Tuang 2 bilion tan
Salmah Mat Husain, | 09 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kelantan mempunyai rizab besi mentah di Sungai Tuang dianggar sebanyak 50 juta sehingga dua bilion tan, kata Adun Salor, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, kekayaan sumber itu boleh dimanfaat syarikat dari Korea yang dilantik sebelum ini untuk membina lebuh raya rakyat.
Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mempertimbang secara saksama kemampuan syarikat terbabit melaksanakan projek pembinaan lebuh raya menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.
“Kerajaan juga perlu mempunyai kaedah cadangan pembayaran balik projek berkenaan secara jelas.
“Kerajaan tidak seharusnya dengan mudah memutuskan hubungan dengan kontraktor berkenaan yang dikira berkebolehan dan telah dipilih lebih awal,” katanya ketika membahas Belanjawan Kelantan 2014 pada persidangan Dun semalam.
Menurut beliau sekiranya kerajaan negeri menerima pakai cadangan tersebut dan berdasar kepada harga minimum ketika itu iaitu RM50 satu tan, ia dianggar mampu menjanakan hasil sehingga RM2.5 bilion.
Husam sebelum ini penggerak utama projek lebuh raya rakyat. Projek sejauh 68 km itu dilakukan pecah tanah pada 28 Mei 2012, dirancang dibina empat lorong dua hala tanpa tol dengan anggaran kos RM1.8 bilion.
Bagaimanapun syarikat Korea terbabit dikatakan menarik diri sehingga kerajaan negeri menawar pula kepada syarikat lain termasuk dari Emeriah Arab Bersatu yang berminat meneruskan projek berkenaan.
Husam juga memberitahu syarikat dari Korea terbabit mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan mampu meletak deposit sebanyak RM5 juta untuk bayaran lesen eksplorasi dan RM5 juta lagi lesen carigali.
Sehubungan itu beliau mencadangkan kerajaan negeri melantik konsultan antarabangsa untuk menilai anggaran hasil sebenar kawasan bijih besi tersebut.
Menurutnya juga permohonan lebih awal dibuat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi mengusaha lombong besi di Sungai Tuang dengan mengajukan permohonan di Pejabat Tanah dan Galian pada November 2011.
“Bagaimanapun permohonan pihak lain pula masuk sehingga menenggelamkan permohonan asal PMBK,” ujarnya.
Beliau juga memberitahu Majlis Mesyuarat Kerajaan pada Mac 2013 bersetuju menyerah kawasan seluas 3,000 hektar di Sungai Tuang kepada PMBK.
“Malangnya saya difahamkan kelulusan itu telah ditarik balik selepas itu, sedangkan tender terbuka dibuat pada November 2012,” ujarnya.
Husam juga berharap kerajaan negeri tidak melepaskan kawasan berharga tersebut kepada pihak swasta dan persendirian.
KDNK Kelantan tahun lepas 5.4 peratus
Aslani M, | 08 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan tahun lepas.
Biar pun ia menurun tahun lepas kepada 5.4 peratus berbanding 6.5 peratus tahun 2011, namun statistik Jabatan Perangkaan Malaysia masih meletakkan negeri di kedudukan tinggi.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sektor perkhidmatan menyumbang lebih 80 peratus KDNK Kelantan kebelakangan ini.
Menjawab soalan Azami Md Nor (PAS-Kadok) katanya, kadar KDNK Kelantan pada 2010 sebanyak 4.1 peratus.
Oleh itu beliau berkata, usaha-usaha dilakukan bagi memastikan kadar KDNK tersebut terus dipertahankan termasuk mempergiatkan sektor pelancongan dan pembinaan.
“Pelancongan juga mampu memberi sumbangan besar kepada KDNK Kelantan di samping mengekalkan pencapaian dalam sektor perkhidmatan.
“Melalui pelbagai usaha tersebut diharap kita dapat mempertahankan pencapaian KDNK negeri ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya di persidangan Dun hari ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pula memberitahu jumlah penduduk Kelantan berdasar kepada perangkaan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2012 ialah 1.639 juta orang.
Katanya, daripada jumlah itu seramai 875,532 orang atau 53.42 peratus tinggal di kawasan luar bandar.
“Manakala kepadatan penduduk ialah padar kadar 102 orang bagi setiap satu km persegi,” katanya menjawab soalan Abdul Azziz Kadir (PAS-Jelawat).
Menjawab soalan tambahan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) Mohd Amar berkata, berdasar kajian dilakukan sebuah syarikat, Kelantan dan Perlis merupakan lokasi terbaik bagi pembangunan industri solar.
Menurutnya berdasar kepada maklumat syarikat berkenaan kadar radiasi solat di Kelantan dan Perlis dianggap terbaik di dunia.
“Syarikat terbabit sedang menyiapkan kertas cadangan bagi membangunkan industri berkenaan di kawasan hulu di Kelantan,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Seranta, Datuk Nasuruddin Daud berkata, kadar elaun yang dibayar kepada petugas masjid mukim di negeri ini dianggap sudah memadai.
Katanya, imam tua dibayar elaun RM950 sebulan, imam muda (RM800), bilal dan siak masing-masing RM550.
Bagaimanapun ketika menjawab soalan Mohd Huzaimy Che Husin (PAS-Perupok) katanya, sehingga akhir September lalu bilangan kekosongan jawatan imam tua di Kelantan sebanyak 51 dan imam muda (174).
Sumber HD - 8-10-2013
Bil sarapan pagi 6k?
Dr Azman Ibrahim, |
Membaca berita seorang pemilik restoran di Pengkalan Chepa yang mengenakan caj melampau sehingga 6k untuk menu sarapan pagi bagi 100 orang ahli rombongan, pelbagai andaian bermain di fikiran saya.
Yang pertama, kalau benarlah ini yang dilakukan oleh pemilik restoran tersebut, jelas ianya satu penganiayaan kepada pelanggan. Apatah lagi saya telah bermastautin di Kelantan sejak lebih 13 tahun lepas, biasa menikmati sarapan pagi di serata tempat dan pelbagai kategori warung serta restoran.
Hakikatnya, paling mahal pun, ianya cuma sekitar RM5 atau RM6 sahaja untuk seorang. Ianya sudah lebih dari mengenyangkan. Fakta bahawa Kelantan adalah syurga dengan makanan yang beraneka dan murah adalah suatu kebenaran.
Yang kedua, laporan berita berkenaan insiden ini pelbagai. Ada yang menyatakan ahli rombongan seramai 50 orang. Bermakna kos untuk satu kepala adalah RM120. Media yang lain pula melaporkan bahawa, ahli rombongan berjumlah seramai 100 orang. Bermakna kos untuk satu kepala adalah RM60. Sama ada seramai 50 orang atau 100 orang, caj RM6,000 yang dikenakan masih tersangat mahal kerana ianya hanya sebuah restoran, bukannya hotel lima bintang.
Yang ketiga, maaf kalau saya sebutkan, biasa berlaku kes pelanggan minta tuan kedai tulis jumlah yang besar dalam bil untuk tujuan dibuat tuntutan atau claim walaupun jumlah sebenar yang dibayar adalah jauh lebih sedikit dari yang tercatat. Orang panggil mark up harga. Di klinik saya pun biasa ada pelanggan yang minta begitu. Biasanya saya jawab dengan lembut, “Apa sahaja yang bukan hak kita, haram untuk kita makan. Maafkan saya kerana tak dapat membantu dalam hal sebegini.”
Yang keempat, tahniah saya ucapkan kepada Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang bertindak cepat membuat serbuan. Mengikut yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian, tuan punya restoran tersebut dikenakan kompaun 175k. Hampir 30 kali ganda dari apa yang telah dicaj dalam bil ‘pelanggan malang’ tersebut. Entah apa peribahasa yang tepat untuk kes ini. Mungkin peribahasa ‘untung semangkuk rugi sebelanga’.
Yang kelima, apakah tuan punya restoran ini belajar dari tindak-tanduk sebahagian dari Jabatan Kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, ada jam dinding yang harga pasarannya cuma RM100 tetapi dibeli dengan harga lebih RM3,000. Kalau penguatkuasaan undang-undang begitu cepat dikenakan terhadap tuan punya restoran ini, yang beli jam ini bagaimana pula?
Yang keenam, saya juga ingin sekali singgah dan merasai kelazatan sarapan pagi di restoran yang menjadi kontroversi ini. Tetapi tentu saja saya akan mempastikan dulu harga makanan sebelum menikmatinya. Bimbang nanti saya terpaksa buat kerja part time sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran itu sebab tak cukup duit nak bayar.
Lebih 38,000 pelajar dapat biasiswa Yakin
Aslani M, | 08 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan negeri melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) sehingga kini mengeluarkan biasiswa berjumlah RM11.9 juta kepada pelajar anak tempatan.
Selain itu RM74.5 juta dalam bentuk pinjaman kepada pelajar sejak 1981 sehingga sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, dalam tempoh tersebut seramai 38,742 pelajar mendapat manfaat dalam bentuk biasiswa.
“Manakala seramai 9,658 pelajar diberi pinjaman bagi melanjutkan pelajaran di peringkat menengah dan tinggi,” katanya menjawab soalan Abdul Rasul Mohamad (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.
Sementara itu persidangan Dun juga diberitahu Kelantan mendapat pinjaman berjumlah RM603 juta diberi kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air bersih.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, pinjaman itu dikenakan kadar bunga sebanyak 4 peratus setahun.
Menjawab soalan tambahan Abdul Azziz Abdul Kadir (PAS-Jelawat) katanya, Kelantan hanya diberi kemudahan pinjaman selepas 11 tahun PAS mentadbir negeri ini.
“Dalam tempoh 11 tahun sejak 1990 Kelantan tidak mendapat sebarang pinjaman dan bantuan menyebabkan kita tidak boleh melaksanakan projek meningkatkan prasarana bekalan air bersih.
“Sedangkan negeri-negeri lain mendapat geran dan bukan pinjaman seperti diberi kepada Kelantan. Air bersih merupakan keperluan asasi rakyat,” katanya.
Beliau juga memberitahu kerajaan negeri bersetuju untuk migrasi dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dan sekarang tinggal beberapa lagi perkara perlu diselesaikan.
Katanya Unit Perancangan Ekonomi Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memuktadkan beberapa perkara.
Menurutnya juga Kelantan dijangka mendapat diskaun sehingga 75 peratus daripada jumlah pinjaman yang diterima hasil daripada migrasi dengan PAAB.
Oleh itu beliau percaya proses migrasi tersebut ditandatangani pada awal tahun hadapan.
Unit Khas PTG selesai permohonan tanah rakyat
Mohd Nor Yahya, | 08 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan Unit Khas di bawah seliaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi menyelesaikan permohonan pemilikan tanah rakyat yang masih tertunggak di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sehingga sekarang masih terdapat sebanyak 48,000 fail permohonan tanah yang tertunggak.
Katanya, kes tertunggak itu paling tinggi di Kuala Krai sebanyak 20,927 fail, Gua Musang (12,307), Jeli (6,610) dan Tanah Merah (4,653).
“Bagaimanapun sehingga sekarang sebanyak 72,000 permohonan hak milik tanah telah diluluskan,” katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim(PAS-Tanjung Mas) pada persidangan Dun di sini.
Menjawab soalan tambahan Adun Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman beliau berkata, sejak diwujudkan unit khas tersebut telah memperlihatkan kemajuan daripada aspek kelulusan tanah.
Katanya juga unit tersebut akan dipertingkatkan lagi dengan kemungkinan menambah jumlah kakitangan dan mengkaji langkah-langkah baru yang lebih sesuai.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di peringkat jajahan, dan belum lagi dapat diperluaskan ke peringkat Dun.
“Sehingga kini proses temuduga sedang dijalankan bagi perumahan mampu milik kos rendah yang telah siap dibina di Labok, Machang. Selain itu projek rumah mampu milik juga dilaksanakan di Gua Musang,” katanya menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong).
Menurutnya juga sehingga sekarang sebanyak 4,113 unit rumah awam kos rendah dibina di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sehingga sekarang masih terdapat sebanyak 48,000 fail permohonan tanah yang tertunggak.
Katanya, kes tertunggak itu paling tinggi di Kuala Krai sebanyak 20,927 fail, Gua Musang (12,307), Jeli (6,610) dan Tanah Merah (4,653).
“Bagaimanapun sehingga sekarang sebanyak 72,000 permohonan hak milik tanah telah diluluskan,” katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim(PAS-Tanjung Mas) pada persidangan Dun di sini.
Menjawab soalan tambahan Adun Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman beliau berkata, sejak diwujudkan unit khas tersebut telah memperlihatkan kemajuan daripada aspek kelulusan tanah.
Katanya juga unit tersebut akan dipertingkatkan lagi dengan kemungkinan menambah jumlah kakitangan dan mengkaji langkah-langkah baru yang lebih sesuai.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di peringkat jajahan, dan belum lagi dapat diperluaskan ke peringkat Dun.
“Sehingga kini proses temuduga sedang dijalankan bagi perumahan mampu milik kos rendah yang telah siap dibina di Labok, Machang. Selain itu projek rumah mampu milik juga dilaksanakan di Gua Musang,” katanya menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong).
Menurutnya juga sehingga sekarang sebanyak 4,113 unit rumah awam kos rendah dibina di Kelantan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Ssumber HD - 8-10-2013
Teks ucapan Belanjawan 2014 Kelantan
Ustaz Datuk Ahmad Yakob, | 08 Okt 2013 |
Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ
Yang bermaksud : Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. -Surah Luqman, ayat 40.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Marilah sama-sama kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua dapatlah saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini bagi menyampaikan Ucapan Belanjawan Negeri Kelantan tahun 2014 dalam persidangan kali Yang Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Negeri Kelantan Yang Ketiga belas.
Saya juga ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya Kerajaan Negeri Kelantan telah dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat dan menggerakkan aktiviti ekonomi bagi kemakmuran negeri. Marilah kita terus berdoa agar segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada kita akan berkekalan malah bertambah lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Kepada seluruh rakyat negeri ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan di atas kepercayaan dan sokongan yang jitu serta mandat yang terus diberikan kepada kami dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk terus mentadbir negeri Kelantan di bawah dasar “Membangun Bersama Islam”.
Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sekali lagi memperbaharui azam bagi menyumbang khidmat yang terbaik, demi memikul amanah Allah serta melaksanakan harapan rakyat dan tanggungjawab ummah. Marilah kita sama-sama menyinsing tangan bekerja keras menjayakan agenda membangunkan negeri Kelantan mengikut landasan syariat agar bumi yang kita cintai ini menjadi makmur, dipenuhi barakah, rakyat sejahtera, serta sentiasa mendapat keredhaan Allah yang Maha Pengampun.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran :
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آَيَةٌ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
yang bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. - Surah Saba, ayat 15.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Kerajaan Negeri Kelantan telah meletakkan Islam sebagai paksi dalam pentadbiran dan urusan harian negeri. Di dalam memacu pembangunan ekonomi negeri, model ekonomi berasaskan ‘paradigma tauhidi’ menjadi titik tolak kepada perancangan pembangunan ekonomi keseluruhannya.
Pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan bagi tahun 2011 dan 2012 adalah setara dan seiring dengan pertumbuhan di lain-lain negeri di Malaysia. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Kelantan bagi tahun 2011 ialah sebanyak 6.5% dan bagi tahun 2012 ialah 5.4%. Ini bermakna purata pertumbuhan KDNK bagi kedua-dua tahun tersebut ialah sebanyak 5.95%. Angka ini mengatasi purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional di dalam tempoh yang sama iaitu hanya sebanyak 5.35%. Berdasarkan momentum sedia ada, pertumbuhan KDNK Negeri Kelantan bagi tahun 2013 diunjurkan sebanyak 5.7% dan ekonomi negeri ini akan terus mengukuh bagi tahun-tahun akan datang, insyaAllah!
Ini sekaligus menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa Kelantan mundur dan tidak membangun di bawah pentadbiran dasar Membangun Bersama Islam.
Jika kata ditutur tepat
Nista keji manakan dicampak
Jika mata dipejam rapat
Sinar cahaya manakan nampak
TEMA BAJET 2014
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Tema Bajet Negeri Kelantan Tahun 2014 adalah “Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri”.
Ia menggambarkan hasrat Kerajaan untuk berbelanja secara bijaksana dan berhemat dengan memberikan keutamaan kepada projek-projek atau program-program yang boleh mendatangkan manfaat langsung kepada rakyat, serta boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan negeri beriltizam memberi tumpuan kepada teras berikut:
Pertama : Merancakkan pembangunan ekonomi rakyat;
Kedua : Memperkasa pembangunan Insan berteraskan Islam;
Ketiga : Pembelaan golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas;
Keempat : Mengukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana bagi tujuan mencapai maksud dan tujuan.
Berasaskan kepada tema tersebut, Bajet 2014 akan berpaksikan kepada strategi-strategi berikut :
Memastikan hasil dan tunggakan hasil Kerajaan Negeri dapat dipungut, termasuk mengenalpasti sumber-sumber hasil baru.
Memberi tumpuan untuk merancakkan ekonomi dan taraf hidup rakyat dengan memberi fokus kepada aspek mengurangkan keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi, supaya matlamat mengatasi kemiskinan tegar dapat dicapai sepenuhnya.
Memastikan dasar perbelanjaan berhemah dipraktikkan di semua peringkat pentadbiran supaya setiap perbelanjaan dibelanjakan mengikut keperluan dan keutamaan untuk manfaat rakyat. Setiap projek yang bakal dilaksanakan dinilai dengan terperinci bagi mengelak ketirisan perbelanjaan.
Memastikan pembentukan masyarakat bertamadun tinggi melalui program pembangunan insan berterusan, dan melaksanakan kerja-kerja amar maaruf nahi munkar.
Memastikan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat di Bandar dan Luar bandar meningkat, termasuklah menambah keupayaan bekalan air dan memastikan kemudahan infrastruktur asas terus dipertingkatkan dan diselenggara dengan baik.
Mewujudkan urustadbir yang baik dengan mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi pentadbiran yang berlandaskan Ubudi’yyah, Mas’ulliyyah dan Itqan.
TERAS PERTAMA : MERANCAKKAN PEMBANGUNAN EKONOMI UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT
Pembangunan Infrastruktur Asas
Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk sentiasa menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, program sosioekonomi untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup akan dimantapkan. Penggubalan strategi dan program dalam Bajet 2014 akan diiringi dengan kesungguhan untuk melaksanakannya secara berkesan. Dalam Bajet 2014 sejumlah RM171.88 juta telah diperuntukkan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat.
Di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri 2014, sejumlah RM21.0 Juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan dan jambatan bagi mempertingkatkan lagi keselamatan pengguna dan memperluaskan rangkaian jalan, sekaligus ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.
Kerja-kerja memperluaskan persimpangan-persimpangan jalan utama yang sempit dan menaiktaraf serta melebar jalan-jalan yang dikenalpasti akan terus dipergiatkan.
Selain daripada peruntukan mengurus negeri, Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan sebanyak RM85.5 juta bagi tahun 2013 berbanding RM50.4 Juta tahun 2012 dari Peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (KAPJN) kepada Jabatan Kerja Raya Negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan, dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi kerja-kerja menyelenggara jalan-jalan negeri, terutamanya menurap permukaan jalan yang rosak dan berlubang. Sejumlah peruntukan yang sama akan diperuntukan pada tahun 2014.
Selain itu, sebanyak RM30.00 Juta telah diperuntukkan bagi proses pengambilan balik tanah pada tahun 2014. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyambung beberapa jalan-jalan utama sedia ada di sekitar Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan memberi kemudahan serta keselesaan kepada pengguna.
Kerajaan juga serius dalam meningkatkan kemudahan-kemudahan asas bagi membaikpulih serta menceriakan kampung-kampung tradisional di seluruh negeri. Sebanyak RM500 Ribu juga diperuntukan untuk projek traditional bagi memperelok atau menaiktaraf kampung-kampung tradisional.
Pemuliharaan Alam Sekitar
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Kerajaan juga komited untuk menjadikan pantai-pantai di Kelantan sebagai destinasi pelancongan utama negeri. Bermula tahun 2013, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 4.5 Juta bagi projek Pelindung Pantai Daripada Hakisan (Groin), dan projek itu diteruskan dalam tahun 2014 dengan peruntukan yang sama dan dijangka siap pada tahun 2015. Di samping itu, Kerajaan Kelantan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan projek-projek perlindungan Hakisan Pantai Negeri Kelantan yang telah dan sedang dilaksanakan semenjak tahun 2007 sehingga kini berjumlah RM39.0 Juta yang meliputi pantai sepanjang 11.0 Kilometer.
Saban tahun juga, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri menjalankan penyelenggaraan sungai dan kerja-kerja tebatan banjir bagi mengurangkan kesan sosial dan ekonomi akibat daripada kejadian banjir. Pembangunan dan pembukaan kawasan hulu juga akan memberi impak yang serius kepada larian air hujan dan banjir. Kerajaan Negeri menggesa supaya semua pembangunan dan pembukaan kawasan hulu perlu membuat kajian keperluan Plan Kawalan Mendapan dan Hakisan iaitu ESCP (Erosion, Sedimentation and Control Plan). ESCP ini perlu dibuat dan diselenggara oleh pemaju bagi mengelak hakisan dan air sungai yang berkelodak. JPS Negeri perlu membuat semakan dan pemantauan supaya pemaju membina dan menyelenggara ESCP yang dibina.
Mengkomersilkan Sektor Pertanian dan Penternakan
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Sektor pertanian merupakan sektor kedua terpenting kepada ekonomi Negeri Kelantan. Oleh itu, bagi meningkatkan daya saing sektor pertanian, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM11.47 Juta untuk galakan dan meningkatkan pelaburan dalam aktiviti pertanian dan penternakan di Negeri Kelantan.
Selain program yang dirancang oleh Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Kerajaan juga merancang program-program lain yang antaranya ialah pemberian input pertanian, program biotek, program bumi hijau, program jihad ternak, lembu fidlot, pembangunan industri lebah, program teknologi hijau, subsidi baja padi, subsidi baja organik, rancangan perkembangan perusahaan lembu dan kambing tenusu dan bantuan nelayan pantai/sungai dan akuakultur.
Keseluruhannya hasil tanaman Negeri Kelantan dianggarkan meningkat pada tahun 2013 berbanding tahun 2012. Secara keseluruhan dianggarkan 507,000 matrik tan dikeluarkan pada tahun 2013 berbanding jumlah yang dicapai sebanyak 469,294 matrik tan pada tahun 2012.
Di bawah Jabatan Pertanian Negeri, 3 program diberi keutamaan iaitu ternakan lebah madu, tanaman herba dan juga pertanian organik. Pada masa sekarang, seramai 20 peserta terlibat dengan industri lebah madu. Manakala industri herba pula seramai 16 orang pengusaha melibatkan dua jajahan iaitu Jajahan Pasir Puteh dan Jajahan Bachok.
Pusat Pertanian Melor pula dijadikan pusat kecemerlangan bagi pertanian organik bagi memberi latihan kepada peserta yang berminat. Sebagai permulaan, satu kampung organik telah diwujudkan iaitu di Kampung Lak Lok, Machang. Di sini para petani mengamalkan pertanian organik yang tidak menggunakan baja kimia dan racun perosak.
Dalam pembangunan sektor penternakan, penekanan diberikan kepada pembangunan penyediaan kemudahan dan galakan, agar lebih banyak pihak melibatkan diri dalam pengeluaran ternakan di negeri ini.
Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM500 Ribu bagi projek pembangunan Jabatan perikanan Negeri. Beberapa strategi telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Negeri bagi memodenkan dan mentransformasikan industri perikanan seperti membangunkan industri perikanan tangkapan secara cepat dan mampan, memperkukuhkan infrastruktur industri perikanan tangkapan dan menyusun semula aktiviti perikanan pantai, membangunkan sumber manusia perikanan laut dalam dan laut pantai. Manakala strategi bagi pembangunan industri akuakultur pula adalah, meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur bernilai tinggi melalui strategi pengeluaran 50:50 dan program “Touch Point” secara pembangunan kawasan baru dan kawasan terbiar, menjamin bekalan benih yang konsisten dan berkualiti, mempertingkatkan pengeluaran bahan makanan untuk industri akuakultur, program pelepasan umum, program galakan siswazah, galakan pelaburan dalam produk kesihatan dan kosmetik rumpai laut dan galakan pelaburan dalam industri ikan hiasan dan tumbuhan akuatik.
Pembangunan Usahawan Yang Berdaya Saing
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Bajet kali ini juga memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk melahirkan generasi usahawan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Untuk ini, Bajet 2014 memperuntukan sebanyak RM5.85 Juta, meliputi penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menggalakkan aktiviti perniagaan/usahawan. Antara pengisian peruntukan adalah meliputi galakan usahawan, dana belia niaga, khas siswazah, tabung usahawan wanita dan skim bina usahawan.
Pembinaan pasar baru adalah salah satu usaha menambah usahawan baru. Selaras dengan itu, pada tahun 2014, kerajaan akan menaiktaraf kemudahan pasar di Berek 12 , Kota Bharu dan lain-lain pasar secara berperingkat.
Misi Pelaburan
Kerajaan sentiasa serius untuk menarik pelabur bagi melabur di negeri Kelantan samada pelabur dari dalam atau luar negara. Sejumlah peruntukan sebanyak RM600 Ribu telah diperuntukkan untuk Misi Pelaburan luar negara bagi menarik lebih banyak Pelaburan Asing Langsung (Foreign Direct Investment- FDI) ke negeri ini. Ini termasuklah mengadakan misi pelaburan ke China dan Timur Tengah bagi melabur dalam industri berasaskan sumber mineral yang terdapat dalam negeri ini seperti industri simen, petroleum, gas dan juga dalam industri halal. Kerajaaan mengunjurkan nilai pelaburan yang dapat dijana dari beberapa siri misi ini adalah sebanyak RM12.0 Billion bagi tempoh 3 tahun bermula seawal 2014 akan datang insyaAllah! Sudah tentu aliran masuk FDI ke negeri ini akan membuka banyak peluang pekerjaan, merancakkan aktiviti ekonomi setempat, menambahkan hasil negeri dan yang lebih penting ianya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri keseluruhannya.
Merancakkan Industri Pelancongan
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Industri pelancongan masih kekal sebagai industri utama bagi ekonomi Negeri Kelantan. Pada tahun 2012, seramai 5.08 juta orang pelancong telah mengunjungi ke Negeri ini dan sehingga bulan Jun 2013, seramai 2.32 juta pelancong telah melawat Kelantan termasuk 588,904 orang pelancong antarabangsa. Bagi terus menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kelantan, Belanjawan 2014 memperuntukkan sebanyak RM2.56 Juta pada tahun bagi merancakkan industri pelancongan di Negeri ini.
Peruntukan ini termasuk untuk promosi pelancongan negeri dan mengadakan pelbagai acara tahunan yang menarik seperti Pesta Wau Antarabangsa, Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir, Pesta Makanan dan Buah-buahan dan lain-lain lagi.
Produk-produk pelancongan baru telah dikenalpasti dan akan dikembangkan. Ini termasuk memajukan Taman Kelip-kelip di Kampung Pulau, Kubang Kerian. Taman ini merupakan satu-satunya lokasi hinggapan kelip-kelip di negeri ini dan berdasarkan kajian yang dibuat, kelip-kelip yang terdapat di sini adalah yang tercantik dari segi cahaya kerlipannya.
TERAS KEDUA : MEMPERKASA PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN KEPADA ISLAM
Pembinaan Shaksiah dan Jati Diri
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Pembinaan Syaksiah dan jati diri adalah agenda utama Kerajaan Kelantan. Sejajar dengan keadaan semasa dan tuntutan global, kerajaan turut memahami betapa pentingnya memiliki sumber manusia dan tenaga insan yang berkualiti tinggi. Berkualiti di sini bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mempunyai keperibadian unggul. Untuk itu, sejumlah RM13.57 juta telah disediakan dalam bajet 2014 bagi mengadakan pelabagai bentuk program pembinaan syaksiah dan jati diri. Peruntukan berkenaan disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan juga Pejabat Pembangunan Negeri.
Kerajaan percaya serta yakin bahawa program-program pembangunan kerohanian yang bersistematik mampu mengimbangi dan menangani pengaruh gejala maksiat dikalangan remaja dan rakyat negeri ini.
Program-program pengukuhan akidah seperti program Tahfiz Al-Quran, Kecemerlangan Solat, Program Dakwah, Pusat Khidmat Islam, Penerbitan Bahan Dakwah dan lain-lain akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pada tahun 2014 bagi membasmi mana-mana fahaman, ajaran dan amalan yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Program Memartabatkan Pendidikan Agama Islam
Kerajaan juga akan terus memastikan pendidikan Islam terus berkembang. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM72.0 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi melaksanakan program-program pendidikan. Pada tahun 2012, kecemerlangan pelajar dibawah sekolah-sekolah YIK terus menyerlah. Seramai 316 orang pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), seramai 186 orang pelajar mendapat 9A hingga 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seramai 115 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Sehingga kini, terdapat 91 buah sekolah agama termasuk dua (2) buah Maahad Tahfiz Quran dan empat (4) buah Maahad Tahfiz Sains dikendalikan oleh YIK.
Selain RM72.0 juta diperuntukan untuk perbelanjaan program pendidikan, bajet 2014 juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM4.0 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf 91 buah sekolah berkenaan. Peruntukan yang disediakan adalah tanda keperihatian Kerajaan dalam memastikan infrastruktur dan kemudahan asas untuk pembelajaran para pelajar yang mendalami agama Islam sentiasa diutamakan. Pada tahun 2014 juga, YIK telah merancang pembinaan sebuah lagi sekolah Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) di Pengkalan Chepa dengan kos anggaran sebanyak RM12.0 Juta dengan sumber pinjaman daripada peruntukan Kerajaan Negeri.
Di samping itu juga, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM2.0 juta kepada Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bagi tujuan merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai sebuah Kolej Universiti. Kerajaan Negeri berharap agar pihak Kementerian berkenaan dapat mempercepatkan kelulusan permohonan untuk menjadikan KIAS sebagai sebuah kolej universiti.
Sehingga tahun 2013, YAKIN telah menyediakan biasiswa kepada seramai 693 orang pelajar peringkat sekolah menengah agama dan sekolah menegah umum dan bagi pinjaman pelajaran dalam negeri YAKIN telah menaja seramai 996 orang pelajar. Selain itu juga, YAKIN juga sedaya upaya meringankan beban hidup yang ditanggung oleh pelajar-pelajar khususnya di Mesir yang telah sekian lama menjadi bumi tempat anak-anak Kelantan menimba ilmu dan bagi tujuan tersebut, sebanyak 345 kuota bagi kemudahan pinjaman luar negara telah disediakan kepada pelajar di Mesir, Jordan dan Indonesia.
TERAS KETIGA : PEMBELAAN GOLONGAN DAIF DAN MISKIN, ORANG KURANG UPAYA, ANAK YATIM, ARMALAH DAN WARGA EMAS
Mewujudkan Masyarakat Penyayang
Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian kepada golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas. Ini selaras dengan dasar Islam yang mengambil berat soal kebajikan golongan seperti ini. Rasulullah SAW bersabda :
السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ
yang bermaksud : Orang-orang yang membantu golongan armalah dan miskin seperti orang-orang yang berjihad di jalan Allah SWT atau sebagaimana orang yang berqiyamullail dan berpuasa di waktu siang - Hadis riwayat Bukhari.
Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan armalah, anak yatim dan fakir miskin. Oleh itu, bajet 2014 menyediakan peruntukan sebanyak RM28.31 juta bagi menjalankan program-program pembelaan rakyat miskin dan yang memerlukannya.
Antara program-program yang akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti Bantuan Armalah, Bantuan Anak Yatim, Bantuan Bulanan Orang Miskin, Bantuan Sekolah, Bantuan Bencana Alam, Gerbang Azziwaj, Bantuan Al itám, Bantuan Penjaga Pesakit di Hospital, Bantuan Pesakit Kronik, Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU), Bantuan Bekalan Air dan Elektrik, Program Pembelaan Rakyat Miskin dan lain-lain lagi. Peruntukan-peruntukan ini disediakan sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memupuk masyarakat penyayang, selari dengan tuntutan Islam ke arah mewujudkan masyarakat dan negeri berkebajikan untuk kesejahteraan rakyat dan juga membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dan keluar dari kepompong kemiskinan.
Golongan belia adalah benteng kekuatan negeri, mereka adalah aset dan pemimpin masa hadapan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi mengadakan program/ aktiviti belia termasuk satu peruntukan baru sebanyak RM500 Ribu yang dikhaskan bagi Projek Pembangunan Belia Selimbar yang bertujuan membantu para belia mengusahakan tanah-tanah bagi membuahkan hasil untuk meningkatkan taraf hidup mereka bak kata pepatah, berbudi pada tanah,hasil menanti.
Memperkasakan Wanita
Bajet 2014 juga tidak mengenepikan kebajikan dan keperihatinan kepada kaum wanita, kerajaan sentiasa berikhtiar untuk memastikan kaum wanita di Kelantan akan terus maju dan setaraf dengan kaum wanita di lain-lain negeri dalam semua bidang. Sehubungan dengan itu sebanyak RM3.8 juta diperuntukan bagi program kebajikan dan pembangunan wanita serta keluarga, program latihan belianita serta lain-lain program supaya mereka boleh bergiat aktif dalam program pembangunan diri dan juga masyarakat.
Perumahan Untuk Golongan Kurang Berkeupayaan
Kerajaan sedar, harga pasaran rumah sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin akan permasalahan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi tumpuan khusus kepada mengadakan Projek Perumahan Awam Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik.
Untuk tujuan tersebut, satu peruntukan berjumlah RM9.0 juta disediakan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam bajet 2014 untuk membangunkan Perumahan Awam Kos Rendah.
Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 2000 unit rumah mampu milik dibangunkan dalam tempoh empat tahun bermula 2014. Program ini akan dilaksanakan melalui dua agensi utama iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kerajaan juga berhasrat mempelawa pihak swasta yang berminat dan berkemampuan untuk mengadakan perkongsian strategik bagi menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Kelantan.
Selain itu juga, “Bajet Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri” 2014 juga menyediakan peruntukan sebanyak RM5.5 juta Bantuan Rumah Dhua’fat yang diperuntukan bagi tujuan penyelenggaraan rumah-rumah dan pembinaan rumah golongan miskin dan dhaif di setiap di seluruh negeri utnuk membantu mereka membaiki dan mendapatkan rumah sendiri, walaupun pada binaan yang asas.
TERAS KEEMPAT : MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI DAN PELAKSANAAN
Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri
Kerajaan Negeri sentiasa menghargai sokongan dan komitmen kakitangan sektor awam dan sumbangan mereka dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Beberapa program transformasi untuk pemantapan pentadbiran telah berjaya diperkenalkan malah mendapat pengiktirafan dari pihak Kerajaan Persekutuan, antara amalan yang diperkenalkan dan terus menjadi amalan ialah Budaya Kerja Berprestasi Tinggi yang berpegang kepada empat (4) teras utama yakni; pengukuhan nilai dan etika yang berteraskan kepada Ubudi’yyah, Mas’ulliyyah dan Itqan; perkhidmatan berteraskan pelanggan; hubungan majikan-pekerja dan persekitaran kerja yang kondusif dan juga Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S).
Dalam ICT pula, portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan telah mendapat anugerah cemerlang penarafan lima (5) bintang bagi tiga (3) tahun berturut sejak tahun 2010 melalui penilaian yang dikeluarkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Bagi kategori portal, Portal Rasmi Kerajaan Kelantan telah meraih tempat pertama dengan memperolehi 100 markah berkongsi kedudukan dengan Sarawak. Secara keseluruhan, portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan telah menduduki tempat ke-3 daripada 554 portal yang dinilai. Ini merupakan peningkatan berbanding tahun 2011 yang mana kedudukannya di tempat ke-10 daripada 1,155.
Pada tahun 2014, kerajaan bercadang untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur ICT bagi membolehkan jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan rakyat menggunakan perkhidmatan internet yang berkelajuan tinggi melalui satu perkhidmatan rangkaian terurus (Managed Network-Services) yang dinamakan KelantanNet. Sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri yang melibatkan jumlah langganan selama setahun untuk kegunaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, semua Jabatan/Agensi di Kompleks Kota Darulnaim, semua Majlis Daerah, semua Pejabat Tanah dan Jajahan, masjid-masjid terpilih dan lokasi-lokasi yang sesuai di seluruh Negeri Kelantan.
Kerajaan juga sedar bahawa aduan awam merupakan perkara yang perlu diberi perhatian secara khusus. Penyelesaian kepada pengaduan awam ini merupakan salah satu daripada prestasi pencapaian sesebuah kerajaan itu sendiri. Kerajaan amat berpuashati kerana Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menunjukan prestasi 100% penyelesaian aduan pada tahun 2011 dan 98.6% bagi tahun 2012 sebagaimana yang telah dibuat pengiktirafan oleh Biro Pengaduan Awam.
Menghargai Perkhidmatan Awam
Dengan penambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbiran tersebut, Kerajaan berharap ia bukan sahaja dapat membantu Kerajaan khususnya dalam melaksanakan program-program pembangunan ke arah kesejahteraan rakyat di negeri ini, malah turut memastikan jentera Kerajaan dapat menyempurnakan peranannya supaya terus menyumbang kepada daya maju ekonomi Negeri. Sejajar dengan itu, Kerajaan akan terus memastikan kebajikan dan keselesaan mereka terus diberi perhatian yang utama. Kerajaan berkeyakinan kakitangan awam Negeri akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dengan cemerlang dan penuh tanggungjawab.
Pada 15 Ogos 2013 yang lepas, Kerajaan Negeri telah turut sama membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.00 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri Gred 1 sehingga Gred 54 sebagai menghargai khidmat bakti penjawat awam dalam memacu program pembangunan negeri.
Selain itu juga, bangunan baru Blok 8 yang menelan kos RM42.5 juta sedang giat dibangunkan sebagai satu lagi prasarana untuk kemudahan kepada anggota perkhidmatan awam Negeri dan dijangka siap pada tahun 2015. Kerajaan yakin bahawa bangunan ini akan lebih memantapkan lagi jentera pentadbiran Negeri apabila ianya siap sekaligus dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang selesa kepada rakyat dan juga seluruh anggota pentadbiran awam.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
BAJET NEGERI KELANTAN TAHUN 2014
Bajet Negeri Kelantan Tahun 2014 merupakan belanjawan defisit di mana perolehan hasil yang dianggarkan berjumlah RM549.26 juta, manakala Perbelanjaan Mengurus dianggarkan berjumlah RM559.64 juta. Oleh itu defisit bagi tahun 2014 dijangka berjumlah RM10.39 juta, berbanding dengan anggaran lebihan dalam bajet tahun 2013 yang berjumlah RM45.83 juta. Penurunan Hasil dijangka sebanyak 5.58% peratus manakala perbelanjaan mengurus dianggarkan meningkat 4.42% berbanding tahun sebelumnya telah menyebabkan pengurangan daripada bajet lebihan pada tahun 2013 kepada bajet defisit tahun 2014.
ANGGARAN HASIL TAHUN 2014
Anggaran Hasil Negeri pada Tahun 2014 dijangka akan diperolehi sebanyak RM549.26 juta yang meliputi Hasil Cukai sebanyak RM311.12 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM133.05 juta, sementara Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 105.08 juta.
Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya penurunan dalam hasil sebanyak RM32.51 juta ataupun sebanyak 5.58% berbanding dengan Anggaran Hasil Tahun 2013 yang berjumlah RM581.77 juta.
Penurunan hasil yang ketara adalah disebabkan jangkaan pengurangan dalam kutipan premium tanah. Adalah dijangka hanya sebanyak RM24.80 juta sahaja premium tanah dapat dikutip berbanding RM45.00 Juta pada tahun 2013. Ini disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar bagi tahun hadapan.
Hasil royalti petroleum adalah penyumbang terbesar kepada hasil negeri iaitu sebanyak 36.41 % daripada keseluruhan hasil sebanyak RM549.26 juta. Kerajaan Negeri mengharapkan agar tuntutan royalti petroleum daripada Kerajaan Pusat berjaya. Kerajaan Negeri merakam setinggi-tinggi junjung kasih dan penghargaan kehadapan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang telah beberapa kali mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi perundingan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan tuntutan berkenaan. Tidak ketinggalan juga penghargaan dan rakaman terima kasih kepada semua pihak dan seluruh rakyat yang berdiri teguh dan memberi sokongan yang berterusan dalam usaha menuntut royalti.
Hasil Tanah menjadi penyumbang kedua terbesar dengan jumlah RM105.44 juta atau 19.20 % daripada keseluruhan jumlah hasil. Selain daripada premium tanah, hasil tanah juga meliputi pungutan Cukai Tanah sebanyak RM38.32 juta, Bayaran Pendaftaran RM6.26 juta, Bayaran Pindah Milik RM4.75 Juta serta Bayaran Gadaian sebanyak RM5.1 juta.
Hasil perlombongan juga telah dikenalpasti sebagai salah satu sumber hasil negeri baru dimana dijangka menyumbang sebanyak RM29.50 juta iaitu sebanyak 5.37% daripada anggaran kutipan hasil tahun 2014. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM18.5 Juta berbanding tahun 2013. Hasil lombong adalah meliputi royalti emas, royalti feldspar, royalti manganese, cukai galian, barite dan bijih besi.
Manakala Hasil Perhutanan menyumbang sejumlah RM67.41 Juta atau 12.27% daripada keseluruhan jumlah hasil. Ia menunjukkan penurunan sebanyak RM19.89 juta jika dibandingkan dengan anggaran belanjawan tahun 2013 yang berjumlah RM87.30 juta. Hasil hutan meliputi Royalti Kayu Kayan yang akan menyumbangkan sebanyak RM25.0 juta, bayaran jabatan hutan RM10.00 Juta dan Premium Perhutanan sebanyak RM30.0 juta.
Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada pemilik-pemilik tanah agar menjelaskan premium dan cukai tanah serta tunggakan menerusi kempen dan usaha bersepadu oleh semua Pejabat Tanah. Walau bagaimanapun kempen dan galakan promosi kutipan hasil perlu berjalan seiring dengan tindakan undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara dan Badan Penguatkuasaan perlu diperkemas lagi supaya benar-benar berkesan.
ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2014
Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2014 berjumlah sebanyak RM559.64 juta berbanding sebanyak RM535.95 juta dalam tahun 2013, iaitu meningkat sebanyak RM23.69 Juta atau 4.42%, merangkumi Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM28.05 juta dan Perbelanjaan Bekalan berjumlah RM531.59 juta.
Dari jumlah tersebut, RM279.14 juta atau 49.88% adalah untuk Pemberian dan Bayaran Kenaan Tetap, RM173.90 Juta atau 31.07% untuk Emolumen, RM88.00 Juta atau 15.73% bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM16.39 Juta atau 2.93% untuk Aset dan RM2.2 juta atau 0.39% untuk Lain-Lain Perbelanjaan.
Selaras dengan dasar serta tema Bajet 2014 iaitu “Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri”, Kerajaan telah meneliti secara terperinci anggaran belanjawan jabatan dan bagi mempastikan peruntukan yang disediakan adalah merupakan keperluan sebenar jabatan dengan mengambilkira kenaikan kos-kos pengurusan serta perbelanjaan secara berhemah. Oleh yang demikian, perbelanjaan mengurus bagi tahun 2014 telah dapat disediakan ke paras yang amat munasabah dan memenuhi keperluan sebenar setiap jabatan.
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAHUN 2014
Peruntukan Pembangunan bagi tahun 2014 adalah berjumlah sebanyak RM211.38 juta yang dibiayai dibawah peruntukan negeri termasuk sebanyak RM45.00 juta daripada sumber pinjaman. Kerajaan Negeri akan terus memberi fokus dan penekanan kepada usaha mempertingkatkan penyediaan prasarana dan kemudahan bagi memajukan tahap sosio - ekonomi rakyat jelata berasaskan kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.
PENUTUP
Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Penguasa-Penguasa Tempatan, Pegawai dan Anggota Keselamatan, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat dan seluruh rakyat Negeri Kelantan ini yang telah sama-sama berusaha untuk mewujudkan perpaduan, keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan hidup di negeri yang kita sayangi ini.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah S.W.T menjadikan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2014 yang bertemakan “Kesejahteraan Rakya, Kemakmuran Negeri” yang kita bentang ini akan dilimpahi dengan seribu petunjuk, rezeki dan keberkatan.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami sebagai benteng urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami yang menjadi tempat kehidupan kami, perbaikilah bagi kami akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini mempunyai nilai tambah bagi kami dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian kami sebagai kebebasan kami dari segala kejahatan!
Saya pohon mencadangkan.
WabillahiTaufiq Wal Hidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
*Belanjawan 2014 Kelantan dibentangkan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Isnin, 7 Oktober 2013
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
RM171 juta peruntukan naik taraf infrastruktur
Salmah Mat Husain, | 08 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mempertuntukkan sejumlah RM171.88 juta untuk program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat dalam Belanjawan 2014.
Pada masa yang sama, peruntukan mengurus negeri juga turut disediakan sebanyak RM85.5 juta pula akan disalurkan sama seperti Belanjawan 2013.
Peruntukkan itu dari Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PBT dan Pejabat Tanah dan Jajahan bagi menyelenggarakan jalan-jalan negeri.
Ketika membentangkan Belanjawan 2014 itu semalam, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ianya selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Katanya, di bawah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri 2014, sejumlah RM21 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan dan jambatan bagi mempertingkatkan keselamatan pengguna di samping memperluaskan rangkaian jalan.
“Kerja-kerja memperluaskan persimpangan jalan utama yang sempit dan menaiktaraf serta melebarkan jalan akan terus dipergiatkan,”ujarnya.
Pada masa yang sama, menurut Ahmad lagi, sebanyak RM30 juta lagi akan diperuntukkan bagi proses pengambilan balik tanah pada tahun 2014.
Tambahnya, ianya bertujuan untuk menyambung beberapa jalan-jalan utama yang sediaada di sekitar Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalulintas.
“Sebanyak RM50,000 lagi diperuntukkan untuk projek tradisional bagi memperelok atau menaiktaraf kampong-kampung tradisional,”ujarnya.
Pada masa yang sama, peruntukan mengurus negeri juga turut disediakan sebanyak RM85.5 juta pula akan disalurkan sama seperti Belanjawan 2013.
Peruntukkan itu dari Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PBT dan Pejabat Tanah dan Jajahan bagi menyelenggarakan jalan-jalan negeri.
Ketika membentangkan Belanjawan 2014 itu semalam, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ianya selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Katanya, di bawah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri 2014, sejumlah RM21 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan dan jambatan bagi mempertingkatkan keselamatan pengguna di samping memperluaskan rangkaian jalan.
“Kerja-kerja memperluaskan persimpangan jalan utama yang sempit dan menaiktaraf serta melebarkan jalan akan terus dipergiatkan,”ujarnya.
Pada masa yang sama, menurut Ahmad lagi, sebanyak RM30 juta lagi akan diperuntukkan bagi proses pengambilan balik tanah pada tahun 2014.
Tambahnya, ianya bertujuan untuk menyambung beberapa jalan-jalan utama yang sediaada di sekitar Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalulintas.
“Sebanyak RM50,000 lagi diperuntukkan untuk projek tradisional bagi memperelok atau menaiktaraf kampong-kampung tradisional,”ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
Belanjawan 2014: Kelantan utamakan pendidikan
Salmah Mat Husain, | 08 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih mengekalkan antara peruntukan yang tinggi kepada pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) sebanyak RM72 juta bagi tahun 2014.
Selain peruntukan itu, kerajaan negeri turut menyediakan sejumlah RM4 juta untuk projek pembangunan penyelenggaraan di samping pembinaan sebuah sekolah Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) dengan kos RM12 juta.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika berucap membentangkan Belanjawan 2014, berkata kerajaan negeri juga sedang menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah kelolaan Yik.
“Peruntukan ini diberikan kerana keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan infrastrktur dan kemudahan asas pelajar yang mendalami pengajian agama sentiasa diutamakan,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2014 negeri pada sidang Dun, semalam.
Menurutnya, sehingga kini terdapat 91 buah sekolah agama termasuk dua daripadanya Maahad Tahfiz A-Quran dan empat buah Maahad Tahfiz Sains dikendalikan di bawah Yik.
Ahmad seterusnya memberitahu, selain itu kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan sejumlah RM2 juta kepada Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) untuk tujuan merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan Kias sebuah kolej universiti.
Katanya, kerajaan negeri berharap pihak kementerian berkenaan dapat mempercepatkan kelulusan permohonan untuk menjadikan Kias sebagai sebuah kolej universiti.
“Sehingga tahun 2013, Yakin menyediakan biasiswa kepada 693 orang pelajar peringkat sekolah menengah agama dan sekolah menengah umum.
“Bagi pinjaman pelajaran dalam negeri pula Yakin telah menaja seramai 996 orang pelajar,” ujarnya.
Selain itu juga, menurutnya lagi Yakin berusaha meringankan bebanan hidup yang ditanggung pelajar khususnya di Mesir yang telah sekian lama menjadi tempat anak-anak Kelantan belajar.
Untuk itu, katanya sebanyak 345 kuota bagi kemudahan pinjaman luar negara telah disediakan kepada pelajar di Mesir, Jordan dan Indonesia.
Pada masa yang sama, Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang Kelantan yang disifatkannya sebagai semakin menyerlah.
Jelasnya, pada tahun 2012, kecemerlangan pelajar di bawah sekolah-sekolah Yik semakin menyerlah di mana seramai 315 orang pelajarnya berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam PMR.
Sambungnya, seramai 186 orang pelajar pula mendapat 9A hingga 12A dalam SPM dan seramai 115 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz dalam STAM.
Bantuan persekutuan mesti dapat sokongan ketua Umno
M Faqih, | 07 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Biar pun Kelantan ditadbir PAS dan Pakatan Rakyat, namun pemimpin Umno masih berperanan bagi menyokong bantuan persekutuan (BP) yang diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Malah BP1 sehingga BP6 yang diberi kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disyarat mesti mendapat sokongan pemimpin tempatan persekutuan (PTP - Ketua Umno Bahagian).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu mulai dikuatkuasa di Kelantan sejak 2008.
Katanya, ekoran penguatkuasaan peraturan tersebut yang ditetapkan kerajaan pusat menyebabkan ada projek di bawah PBT yang sepatutnya dapat dilaksanakan tertangguh kerana tidak mendapat persetujuan PTP.
Misalnya peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi Majlis Daerah Dabong untuk melaksanakan prasarana lambat dilaksanakan kerana PTP mempunyai cadangan lain.
“Sepatutnya perkara seperti itu dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan PBT telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam jawatankuasa yang dibentuk ketika sesuatu projek dirancang.
“Perbincangan itu turut melibatkan JKR dan agensi-agensi lain, namun ada PTP masih enggan menyokong dan mahu pengubahsuaian dilakukan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui semasa persidangan berhenti rehat.
Sebelum itu ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) Abdul Fattah berkata, terdapat tiga jenis bantuan persekutuan yang diberi kepada PBT di Kelantan.
Bantuan tersebut iaitu bantuan mengikut kadar, geran keseimbangan dan bayaran elektrik untuk lampu-lampu isyarat jalan di bawah PBT.
Misalnya bagi tahun 2012 sumbangan kadar sebanyak RM6.9 juta, geran keseimbangan (RM22.2 juta) dan bayaran elektrik lampu isyarat (RM1.9 juta).
Sumbangan kadar iaitu sebagai ganti rugi cukai bagi aset persekutuan yang terdapat di kawasan PBT.
Abdul Fattah berkata, bantuan tersebut sekarang perlu mendapat persetujuan PTP yang juga Ketua Umno Bahagian sebelum prasarana bagi kemudahan rakyat dilaksanakan PBT.
Beliau juga memberitahu PBT di Tanah Merah juga bermasalah apabila PTP mengubah perancangan projek infrastruktur yang dibuat PBT sebelum ini.
Oleh itu beliau berharap mendapat kerjasama PTP di seluruh Kelantan bagi membolehkan projek yang dirancang PBT dapat dilaksanakan segera.
Malah BP1 sehingga BP6 yang diberi kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disyarat mesti mendapat sokongan pemimpin tempatan persekutuan (PTP - Ketua Umno Bahagian).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu mulai dikuatkuasa di Kelantan sejak 2008.
Katanya, ekoran penguatkuasaan peraturan tersebut yang ditetapkan kerajaan pusat menyebabkan ada projek di bawah PBT yang sepatutnya dapat dilaksanakan tertangguh kerana tidak mendapat persetujuan PTP.
Misalnya peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi Majlis Daerah Dabong untuk melaksanakan prasarana lambat dilaksanakan kerana PTP mempunyai cadangan lain.
“Sepatutnya perkara seperti itu dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan PBT telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam jawatankuasa yang dibentuk ketika sesuatu projek dirancang.
“Perbincangan itu turut melibatkan JKR dan agensi-agensi lain, namun ada PTP masih enggan menyokong dan mahu pengubahsuaian dilakukan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui semasa persidangan berhenti rehat.
Sebelum itu ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) Abdul Fattah berkata, terdapat tiga jenis bantuan persekutuan yang diberi kepada PBT di Kelantan.
Bantuan tersebut iaitu bantuan mengikut kadar, geran keseimbangan dan bayaran elektrik untuk lampu-lampu isyarat jalan di bawah PBT.
Misalnya bagi tahun 2012 sumbangan kadar sebanyak RM6.9 juta, geran keseimbangan (RM22.2 juta) dan bayaran elektrik lampu isyarat (RM1.9 juta).
Sumbangan kadar iaitu sebagai ganti rugi cukai bagi aset persekutuan yang terdapat di kawasan PBT.
Abdul Fattah berkata, bantuan tersebut sekarang perlu mendapat persetujuan PTP yang juga Ketua Umno Bahagian sebelum prasarana bagi kemudahan rakyat dilaksanakan PBT.
Beliau juga memberitahu PBT di Tanah Merah juga bermasalah apabila PTP mengubah perancangan projek infrastruktur yang dibuat PBT sebelum ini.
Oleh itu beliau berharap mendapat kerjasama PTP di seluruh Kelantan bagi membolehkan projek yang dirancang PBT dapat dilaksanakan segera.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-10-2013
Adun BN dilantik anggota PAC Dun Kelantan
Aslani M, | 07 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Wakil rakyat pembangkang, Mohd Adhan Kechik dilantik sebagai anggota jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Kerajaan (PAC) bersama enam lagi penyokong kerajaan.
Nama tersebut dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengikut Perkara 110 Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun).
Cadangan terbabit kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pada persidangan Dun hari ini.
Pelantikan berkenaan bagi tempoh Dun Kelantan ke-13. PAC tersebut diketuai Adun Tawang, Hassan Mohamood turut dianggotai Wan Ubaidah Omar (Kijang), Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran), Azami Mohd Nor (Kadok), Dr Md Yusnan Yusof (Melor) dan Mohd Roslan Putih (PKR-Guchil).
Ahmad berkata, PAC berperanan bagi memastikan pengurusan kewangan kerajaan negeri berjalan secara teratur.
Selain itu menyemak Laporan Ketua Audit Negara yang menyentuh mengenai kerajaan negeri dan agensinya serta perkara-perkara berkaitan yang dibincang pada persidangan Dun.
Cadangkan tersebut dilulus sebulat suara tanpa perbahasan. Sebelum itu Menteri Besar juga mencadangkan nama-nama Adun yang menganggotai Jawatankuasa Terpilih Dewan bagi penggal ke-13.
Jawatankuasa berkenaan diketuai Speaker Dun, Abdullah Ya’kob turut dianggotai Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Wakaf Bharu), Mumtaz Md Nawi (Demit), Zulkifli Mamat (Pulai Chondong).
Selain itu Hassan Mohamood (Tawang), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas) dan Azami Mohd Nor (Kadok). Pelantikan tersebut mengikut Peraturan 103 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Kelantan.
Pelantikan itu juga mendapat sokongan sebulat suara anggota dewan.
Speaker berkata, cadangan terbabit diluluskan sebulat suara tanpa ada perbahasan anggota dewan.
Pada persidangan yang sama Menteri Besar membentang Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Kedua (2013) Tahun 2013 bagi memohon peruntukan tambahan sebanyak RM28.6 juta.
Katanya, peruntukan tersebut termasuk Pejabat Sultan Kelantan sebanyak RM5 juta dan Pejabat Menteri Besar serta Setiausaha Kerajaan Negeri (RM488,000).
Bajet Kelantan 2014 penerusan legasi TG Nik Aziz
Ahmad Fadhli Shaari, | 07 Okt 2013 |
YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob hari ini 7 Oktober 2013 telah membentangkan Bajet Kelantan 2014 yang masih lagi berimejkan bajet bersyariat seperti yang telah dimulakan sekian lama oleh YB Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih dua dekad yang lampau. Bajet Kelantan hari ini yang bertemakan “Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri” membayangkan komitmen kerajaan untuk terus mengekalkan identiti Kelantan sebagai sebuah negeri yang berkebajikan selain mengutamakan pembangunan insan yang menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.
Bajet Defisit
Sekalipun merupakan Bajet defisit, ia sama sekali tidak akan merencatkan pembangunan negeri Kelantan berasaskan pertimbangan bajet defisit ialah satu isu yang biasa. Semenjak awal pentadbiran PAS di negeri Kelantan contohnya, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan. Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta. Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta.
Bajet 2014 menyaksikan defisit sebanyak RM10.39 juta di mana anggaran hasil ialah RM549.26 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM559.64 juta. Faktor terbesarnya ialah kerana jangkaan pengurangan dalam kutipan premium tanah. Adalah dijangka hanya sebanyak RM24.80 juta sahaja premium tanah dapat dikutip berbanding RM45.00 Juta pada tahun 2013. Ini disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar bagi tahun hadapan. Untuk rekod, anggaran hasil pada tahun 2013 ialah RM581.77 juta.
KDNK Lebih Tinggi Dari Nasional
Menarik di dalam pembentangan bajet ini juga mendedahkan bagaimana Keluaran Kasar Dalam Negeri Kelantan telah mengatasi KDNK peringkat nasional beberapa kali. Ini sekaligus menafikan tohmahan bahawa Kelantan mengalami kemunduran di bawah pentadbiran Parti Islam Semalaysia (PAS).
Di dalam bajet ini dinyatakan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Kelantan bagi tahun 2011 ialah sebanyak 6.5% dan bagi tahun 2012 ialah 5.4%. Ini bermakna purata pertumbuhan KDNK bagi kedua-dua tahun tersebut ialah sebanyak 5.95%. Angka ini mengatasi purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional di dalam tempoh yang sama iaitu hanya sebanyak 5.35%. Kelantan juga telah mengunjurkan pertumbuhan KDNK Negeri Kelantan bagi tahun 2013 sebanyak 5.7% dan ini mengatasi unjuran peringkat Nasional yang hanya berada di tangga 5.3% sahaja seperti yang diramalkan oleh para penganalisis ekonomi negara. Antaranya ialah Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Group, Dr. Yeah Kim Leng seperti yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia pada 6 Mei 2013 yang lepas. Bahkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataannya pada 23 Julai yang lepas hanya berani menjangkakan pertumbuhan sekitar 5-6 peratus untuk tahun ini iaitu angka yang tidak jauh berbeza dengan unjuran negeri Kelantan.
Perjuangan Menuntut Royalti Hasil Petroleum
Sekali lagi untuk Bajet 2014, kerajaan negeri telah memasukkan bayaran petroleum yang patut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM200.0 juta. Untuk tahun ini, ia membentuk 36.41% daripada keseluruhan bajet. Ia merupakan satu lambang ketegasan kerajaan negeri yang sama sekali tidak akan berundur dari tuntutan hak rakyat negeri Kelantan ke atas hasil mahsul bumi mereka sendiri. Sekalipun kes ini masih dibicarakan di mahkamah, namun ia tetap segar di hati rakyat Kelantan. Bahkan lebih menyedihkan jika benar jumlah tertunggak tuntutan royalti ini ialah sebanyak RM12 billion berdasarkan kepada jumlah pengeluaran semenjak tahun 1997, ia membayangkan betapa besarnya kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan Pusat selama ini. RM12 billion ini jika diserahkan kepada Kelantan akan dapat digunakan untuk manfaat seluruh rakyat negeri ini yang lebih 90 peratus rakyatnya terdiri daripada orang Melayu.
Justeru, langkah kerajaan Kelantan memasukkan bayaran royalti ini sebagai salah satu anggaran hasil merupakan satu lambang kesungguhan Kelantan untuk terus berdiri mempertahankan tuntutan royalti ini. Ini bukan satu mimpi, ini ialah satu perjuangan yang satu hari nanti pasti akan berjaya Insya-Allah. Kata Sitting Bull, "If we must die, we die defending our rights.."
Di sudut yang lain pula, YAB Ustaz Dato Menteri Besar telah mengambil kesempatan di dalam ucapannya untuk merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih dan penghargaan Kehadapan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang telah beberapa kali mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi perundingan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan tuntutan berkenaan. Harapan kita, agar adanya sinar harapan di sebalik perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku ini.
Pendidikan Kekal Sebagai Agenda Utama
Untuk tujuan pendidikan dan pembinaan modal insan, Kelantan dilihat terus mengekalkan agenda ini sebagai salah satu daripada agenda utama dengan memperuntukkan RM72.0 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi melaksanakan program-program pendidikan. Selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM4.0 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Jumlah sebanyak RM76 juta ini sebenarnya merupakan satu pelaburan yang cukup besar dari pihak kerajaan untuk memastikan program pendidikan di bawah Yayasan Islam Kelantan berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jumlah ini tidak berubah berbanding dengan jumlah yang diperuntukkan di dalam Bajet Kelantan 2013 yang dibentangkan pada tahun lepas membuktikan aspirasi yang sama diwarisi oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada hari ini daripada YB Tuan Guru Dato Bentara Setia sebelumnya. Jika dijumlahkan bersama RM2.0 juta peruntukan untuk Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang merupakan satu-satunya instituti pengajian tinggi yang bernaung di bawah kerajaan negeri pula, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk pendidikan sebanyak RM78 juta.
Jumlah RM78 juta ini bukannya merupakan satu jumlah yang sedikit. Ia membentuk kira-kira 13 peratus dari jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2014. Ia menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai pewaris kepimpinan di masa hadapan. Justeru tidak hairan apabila produk-produk kelahiran Yayasan Islam Kelantan terus mencapai kecemerlangan dan mewarnai dada-dada akhbar setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.
Sepanjang tahun 2012 misalnya, seramai 316 orang pelajar sekolah-sekolah di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), seramai 186 orang pelajar mendapat 9A hingga 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seramai 115 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Ini berbeza dengan negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional di mana pendidikan tidak menjadi agenda utama dalam pembahagian kek perbelanjaan. Perak misalnya hanya memperuntukkan sejumlah RM42 juta untuk sektor pendidikan daripada keseluruhan bajet berjumlah RM948.47 juta pada tahun 2013 atau hanya kira-kira 4.5% dari jumlah keseluruhan bajet. Begitu juga dengan negeri Johor yang terkenal dengan insituti pengajian agama hanya memperuntukkan sejumlah RM31.27 juta untuk tujuan pendidikan daripada keseluruhan perbelanjaan RM904.26 juta pada tahun 2013. Dalam erti kata lain, jumlah ini membentuk sebanyak 3.4% dari jumlah keseluruhan.
Wanita Sebagai Komponen Utama Masyarakat
Kerajaan negeri juga dilihat tidak memandang rendah peranan wanita sebagai komponen utama di dalam masyarakat. Selain mengekal poftfolio pembangunan wanita yang dipegang oleh Yang Berhormat Puan Mumtaz Mohd Nawi, kerajaan di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato Menteri Besar dilihat sebagai sebuah kerajaan yang cakna terhadap keperluan golongan ini. Ini dapat dibuktikan melalui peruntukan sebanyak sebanyak RM3.8 juta bagi program kebajikan dan pembangunan wanita serta keluarga, program latihan belianita serta lain-lain program supaya mereka boleh bergiat aktif dalam program pembangunan diri dan juga masyarakat. Jumlah ini meningkat berbanding dengan tahun lepas di mana hanya sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan untuk tujuan yang sama.
Ini mengukuhkan lagi hujah bahawa kerajaan negeri Kelantan sama sekali tidak mendiskriminasikan golongan wanita di dalam pentadbiran negeri. Di dalam DUN Kelantan, terdapat tiga orang ADUN wanita di mana salah seorang daripadanya ialah ahli exco kerajaan negeri. Salah satu kerusi parlimen di Kelantan iaitu Parlimen Rantau Panjang disandang oleh wanita dan demikian juga seorang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajan negeri Kelantan merupakan seorang wanita. Dalam erti kata lain, di Kelantan, tangan yang menghayun buaian itu telah lama diberikan kepercayaan yang begitu besar oleh kerajaan negeri untuk memainkan peranan yang optimum dan berkesan.
Lebuhraya dan Stadium: Persoalan Yang Terus Bermain di Minda Rakyat
Di dalam bajet Kelantan 2014 ini, tidak disentuh tentang persoalan pembinaan lebuhraya dan stadium yang menjadi bahan kempen utama PAS Kelantan di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Kedua-dua isu ini tidak dapat tidak wajib ditangani dengan bijaksana oleh pimpinan kerajaan negeri kerana ia sedang dipersoalkan oleh rakyat negeri Kelantan dan tidak kurang yang sudah menganggapnya sebagai satu janji hipokrit semata-mata. Adalah dipercayai bahawa, kedua-dua projek ini tidak dibiayai oleh kerajaan negeri bahkan hanyalah merupakan pelaburan pihak ketiga semata-mata merupakan faktor utama ia tidak dimasukkan di dalam pembentangan bajet Kelantan 2014 ini. Namun, di dalam masa yang sama, jika ia dinyatakan dengan jelas di dalam kesempatan yang berprestij ini, ia pasti sekali akan dihargai oleh rakyat Kelantan.
Dalam hal ini, kedua-dua isu tersebut telah diberikan penjelasan oleh kerajaan negeri melalui exco yang berkaitan namun dengan mengenepikan persoalan tentang kedua-duanya di dalam Bajet Kelantan 2014 dibimbangi akan dilihat sebagai satu 'usaha senyap' untuk menenggelamkan kedua-dua isu berkenaan dari dibicarakan oleh rakyat. Dalam situasi langit terbuka seperti hari ini, usaha-usaha berkenaan jika wujud tidak boleh dibiarkan sama sekali.
Penulis berpandangan, kenyataan Timbalan Menteri Besar, Dato Mohd Amar Abdullah pada akhir September lepas bahawa lebuh raya Kelantan sepanjang 78km dari Machang ke Kuala Krai akan mulai dibina pada tahun 2014 dan akan siap dalam masa tempoh tiga tahun banyak membantu meredakan persoalan yang sedang berlegar di kalangan rakyat Kelantan khususnya dan seluruh pendokong Pakatan Rakyat di negara ini. Untuk itu, dokongan dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan agar kerajaan negeri Kelantan berjaya mencapai sasaran ini.
Rumah Mampu Milik Dan Sasaran Kerajaan Negeri Kelantan
YAB Ustaz Dato Menteri Besar di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco kali pertama setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan telah menyatakan cita-citanya untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri membina sebanyak mungkin rumah mampu milik kepada rakyat negeri Kelantan yang berpendapatan rendah. Hasrat ini nyata sekali dicerminkan melalui peruntukan sebanyak RM9.0 juta yang disalurkan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam bajet 2014 untuk membangunkan Perumahan Awam Kos Rendah. Bajet Kelantan 2014 juga telah meletakkan sasaran yang jelas di mana sekurang-kurangnya 2000 unit rumah mampu milik dibangunkan dalam tempoh empat tahun bermula 2014.
Dalam erti kata lain, menjelang pilihanraya umum ke14 nanti, sebanyak 2000 unit rumah mampu milik sudah berjaya dibina dan digunakan oleh rakyat Kelantan yang berpendapatan rendah. Angka ini secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada kerajaan negeri namun jika ia berjaya dicapai, ia akan menjadi satu testimoni yang cukup kuat bagi rakyat mengekalkan sokongan terhadap kerajaan negeri Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Bajet 2014 Penerusan Legasi Tuan Guru
Dilihat secara keseluruhan bajet Kelantan 2014 yang dibentangkan hari ini, jelas sekali cita-cita dan hasrat yang telah diletakkan oleh YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku mantan Menteri Besar Kelantan untuk membangunkan Kelantan selaras dengan ajaran Islam turut dikongsi bersama penggantinya, YAB Ustaz Dato Ahmad bin Yakob. Tepat sekali pilihan yang telah dibuat sendiri oleh Tuan Guru agar penggantinya meneruskan usaha membangunkan negeri ini berlandaskan syariat Islam dan membuktikan bahawa Islam boleh mentadbir negeri bahkan negara.
Hari ini, amanah yang berat ini sedang terpikul di atas bahu Ustaz Ahmad bin Yakob. Nyata sekali ia bukan amanah yang ringan, ombaknya pasti kuat, badainya juga sangat kencang. Namun, jika rakit berikat utuh, penumpang pula berdiri seimbang, yang mengayuh teruskan berkayuh, jangan ada yang terjun ke tengah gelora, insya-Allah ke muara juga mudik akhirnya.
Berdoalah dan teruskan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan Darul Naim.
*Penulis merupakan Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan
45% pelajar Kelantan belajar perubatan di Mesir
Aslani M, | 07 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kira-kira 45 peratus daripada jumlah pelajar Kelantan yang melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Mesir belajar dalam bidang perubatan.
Anggota Exco, Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, pelajar terbabit melanjut pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
"Jumlah pelajar terbabit iaitu seramai 663 orang daripada lebih 1,500 pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Mesir," katanya pada persidangan Dun hari ini.
Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok).
Katanya, selain bidang pengajian lain termasuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab seramai 682 pelajar, pengajian al-Quran (104), matrikulasi (4) dan lughah (34).
Menurutnya, kalau sebelum ini ramai yang melanjut pelajaran ke Mesir hanya dalam bidang agama sahaja, namun sekarang sudah berlainan.
Kata beliau ramai berminat melanjut pelajaran ke Mesir sekarang dalam bidang perubatan bagi membolehkan mendalami ilmu agama dan Bahasa Arab.
"Sebab itulah sekarang 7,000 daripada 12,000 pelajar Malaysia di Mesir belajar dalam bidang perubatan," katanya.
Menurutnya juga kerajaan negeri tidak bercadang memindah pelajar di Mesir ke tempat lain memandang keadaan di sana sekarang semakin reda.
Namun pelajar masih diberi pilihan lain sekiranya mereka ada pilihan sendiri.
Dr Fadzli juga berkata kerajaan negeri memberi saguhati sebanyak RM1,000 kepada pelajar kelantan yang dibawa pulang ketika Ops Piramid 2.
Anggota Exco, Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, pelajar terbabit melanjut pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
"Jumlah pelajar terbabit iaitu seramai 663 orang daripada lebih 1,500 pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Mesir," katanya pada persidangan Dun hari ini.
Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok).
Katanya, selain bidang pengajian lain termasuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab seramai 682 pelajar, pengajian al-Quran (104), matrikulasi (4) dan lughah (34).
Menurutnya, kalau sebelum ini ramai yang melanjut pelajaran ke Mesir hanya dalam bidang agama sahaja, namun sekarang sudah berlainan.
Kata beliau ramai berminat melanjut pelajaran ke Mesir sekarang dalam bidang perubatan bagi membolehkan mendalami ilmu agama dan Bahasa Arab.
"Sebab itulah sekarang 7,000 daripada 12,000 pelajar Malaysia di Mesir belajar dalam bidang perubatan," katanya.
Menurutnya juga kerajaan negeri tidak bercadang memindah pelajar di Mesir ke tempat lain memandang keadaan di sana sekarang semakin reda.
Namun pelajar masih diberi pilihan lain sekiranya mereka ada pilihan sendiri.
Dr Fadzli juga berkata kerajaan negeri memberi saguhati sebanyak RM1,000 kepada pelajar kelantan yang dibawa pulang ketika Ops Piramid 2.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-10-2013
Tasik bijih: Kelantan akan ambil tindakan
Salmah Mat Husain, | 04 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak teragak-agak akan mengambil sebarang tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya tasik bijih di kawasan lebih 40 hektar kebun getah milik penduduk di Lubok Setol, Rantau Panjang.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bagi menyelesaikan perkara itu, pihaknya telah mengarahkan PTG supaya membuat semakan segera berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian kepada media di sini, kelmarin.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian hampir 50 petani dan pemilik tanah di kawaan tersebut hilang punca pendapatan berikutan kejadian banjir lumpur bijih.
Mereka mendakwa ianya berpunca daripada limpahan air dari tapak melombong bijih sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian.
Jelas Ahmad lagi, kerajaan negeri telah mengambil tindakan serta merta dengan meminta PTG membuat semakan terhadap apa yang berlaku di Lubuk Setol.
“Memang kita boleh bekukan dari memberi kebenaran melombong buat sementara, bagaimanapun kita siasat dulu perkara itu secara terperinci dan kita harap PTG menyiasat seberapa segera,” ujarnya.
Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya syarikat berkenaan didapati punca berlakunya banjir bijih sebagaimana yang dimaksudkan, tindakan akan diambil ke atasnya.
“Ini kerana ianya telah menjejaskan penduduk sekitar bahkan mereka mengalami pelbagai masalah terutama terjejas dari pendapatan apabila tidak lagi mampu mencari rezeki di kebun getah masing-masing,” ujarnya.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bagi menyelesaikan perkara itu, pihaknya telah mengarahkan PTG supaya membuat semakan segera berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian kepada media di sini, kelmarin.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian hampir 50 petani dan pemilik tanah di kawaan tersebut hilang punca pendapatan berikutan kejadian banjir lumpur bijih.
Mereka mendakwa ianya berpunca daripada limpahan air dari tapak melombong bijih sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian.
Jelas Ahmad lagi, kerajaan negeri telah mengambil tindakan serta merta dengan meminta PTG membuat semakan terhadap apa yang berlaku di Lubuk Setol.
“Memang kita boleh bekukan dari memberi kebenaran melombong buat sementara, bagaimanapun kita siasat dulu perkara itu secara terperinci dan kita harap PTG menyiasat seberapa segera,” ujarnya.
Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya syarikat berkenaan didapati punca berlakunya banjir bijih sebagaimana yang dimaksudkan, tindakan akan diambil ke atasnya.
“Ini kerana ianya telah menjejaskan penduduk sekitar bahkan mereka mengalami pelbagai masalah terutama terjejas dari pendapatan apabila tidak lagi mampu mencari rezeki di kebun getah masing-masing,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-10-2013
Kelantan buka dua lagi penempatan Orang Asli
Salmah Mat Husain, | 02 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Keprihatinan Kerajaan Kelantan terhadap masyarakat Orang Asli, dua kawasan lagi telah dijadikan penempatan baru untuk golongan itu.
Ianya diluluskan melalui Seksyen 62 KTN 1965 dalam usaha membantu golongan itu mendapatkan penempatan baru bersesuaian dengan perkembangan masyarakat mereka juga semakin bertambah.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata dua kawasan terbabit di Jeli iaitu di tepi sungai dengan 1,464.88 ekar dan dalam Mukim Nenggiri Daerah Bertam dengan keluasan 577.26 ekar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Katanya, kerajaan Kelantan hari ini telah bersetuju berbuat demikian untuk membantu membangun masyarakat itu di atas tanah milik kerajaan negeri sebagai tapak perkampungan mereka yang baru.
Dengan hasrat itu, menurutnya secara tidak langsung akan menangkis kenyataan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri tidak peka terhadap nasib golongan terbabit.
“Kita menolak fitnah pihak tertentu yang mengatakan kerajaan negeri tidak ambil berat terhadap nasib mereka,” ujarnya.
Katanya, sebelum ini 606 ekar telah dijadikan penempatan Orang Asli di Gua Musang.
Ianya diluluskan melalui Seksyen 62 KTN 1965 dalam usaha membantu golongan itu mendapatkan penempatan baru bersesuaian dengan perkembangan masyarakat mereka juga semakin bertambah.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata dua kawasan terbabit di Jeli iaitu di tepi sungai dengan 1,464.88 ekar dan dalam Mukim Nenggiri Daerah Bertam dengan keluasan 577.26 ekar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Katanya, kerajaan Kelantan hari ini telah bersetuju berbuat demikian untuk membantu membangun masyarakat itu di atas tanah milik kerajaan negeri sebagai tapak perkampungan mereka yang baru.
Dengan hasrat itu, menurutnya secara tidak langsung akan menangkis kenyataan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri tidak peka terhadap nasib golongan terbabit.
“Kita menolak fitnah pihak tertentu yang mengatakan kerajaan negeri tidak ambil berat terhadap nasib mereka,” ujarnya.
Katanya, sebelum ini 606 ekar telah dijadikan penempatan Orang Asli di Gua Musang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-10-2013
Koperasi Permodalan K’tan bayar dividen RM225,640
Salmah Mat Husain, | 02 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KRKB) telah mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak 55 peratus kepada ahlinya seramai 267 orang berjumlah RM225,640.92.
Pengerusinya, Hassan Shukri Hussin berkata, bayaran berkenaan dibuat berikutan hasil aktivit-aktiviti perniagaan seperti pajak gadai Islam Ar-Rahn dan Ar-Rahn Xtra, telefon bimbit, iPad, jam berjenama, barangan elektrik dan lain-lain lagi yang berharga.
Menurutnya, pada masa yang sama Tabung Pelaburan 1 yang diperkenalkan pada tahun 2009 telah mengekalkan prestasi bayaran dividen yang sama sepanjang tiga tahun.
“Untuk meningkatkan hasil jualan PKB telah melantik Koperasi Kelantan Berhad sebagai franchise management company.
“Sehingga kini kita telah mempunyai tiga francais yang telah bersama-sama untuk meningkatkan tahap ekonomi koperasi,” ujarnya pada sidang media di sebuah hotel di sini.
Kata Hassan antaranya francais Ar-Rahn yang kini telah beroperasi, iaitu di Sabah dan tiga di Semenanjung.
Pada masa yang sama beliau memberitahu Ar-Rahn X-Tra turut beroperasi di Pusat RTC, Tunjong.
Sambungnya, memandangkan RTC menjadi pusat pasaran ekonomi yang semakin maju, pihaknya telah menyediakan Ar-Rahn di situ bagi memudahkan para peniaga mendapat modal segera.
Hassan seterusnya berkata, memandangkan koperasi ini semakin maju dan berkembang, pihaknya berhasrat untuk meluaskan perniagaannya dalam hartanah seperti membina rumah pelbagai kos yang kini semakin mendapat perhatian masyarakat.
Koperasi Permodalan Kelantan Berhad telah ditubuhkan pada 26 Januari 1998 melalui Akta Koperasi 1993 (pindaan) sebagai koperasi kredit yang dibuka hanya pada kakitangannya sahaja.
Pengerusinya, Hassan Shukri Hussin berkata, bayaran berkenaan dibuat berikutan hasil aktivit-aktiviti perniagaan seperti pajak gadai Islam Ar-Rahn dan Ar-Rahn Xtra, telefon bimbit, iPad, jam berjenama, barangan elektrik dan lain-lain lagi yang berharga.
Menurutnya, pada masa yang sama Tabung Pelaburan 1 yang diperkenalkan pada tahun 2009 telah mengekalkan prestasi bayaran dividen yang sama sepanjang tiga tahun.
“Untuk meningkatkan hasil jualan PKB telah melantik Koperasi Kelantan Berhad sebagai franchise management company.
“Sehingga kini kita telah mempunyai tiga francais yang telah bersama-sama untuk meningkatkan tahap ekonomi koperasi,” ujarnya pada sidang media di sebuah hotel di sini.
Kata Hassan antaranya francais Ar-Rahn yang kini telah beroperasi, iaitu di Sabah dan tiga di Semenanjung.
Pada masa yang sama beliau memberitahu Ar-Rahn X-Tra turut beroperasi di Pusat RTC, Tunjong.
Sambungnya, memandangkan RTC menjadi pusat pasaran ekonomi yang semakin maju, pihaknya telah menyediakan Ar-Rahn di situ bagi memudahkan para peniaga mendapat modal segera.
Hassan seterusnya berkata, memandangkan koperasi ini semakin maju dan berkembang, pihaknya berhasrat untuk meluaskan perniagaannya dalam hartanah seperti membina rumah pelbagai kos yang kini semakin mendapat perhatian masyarakat.
Koperasi Permodalan Kelantan Berhad telah ditubuhkan pada 26 Januari 1998 melalui Akta Koperasi 1993 (pindaan) sebagai koperasi kredit yang dibuka hanya pada kakitangannya sahaja.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-10-2013
Kelantan cadang tubuh Akademi Seni Islam
Rizal Tahir, | 01 Okt 2013 |
AMPANG: Kerajaan Kelantan bercadang menubuhkan Akademi Seni Islam bagi membantu rakan selebriti mengembangkan bakat masing-masing menurut landasan Islam.
Hasrat itu sebagai suatu penghormatan untuk golongan selebriti dan artis bagi membantu mereka menjadi ikon masyarakat yang bersyariat.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, penubuhan akademi itu secara langsung akan memberi peluang kepada mereka menggunakan medium hiburan sebagai aktiviti berdakwah dalam seni.
Katanya, hasrat itu juga turut membuktikan kepada umum bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah meminggirkan seni hiburan termasuk golongan artis, sebaliknya akan terus memandu mereka agar sentiasa menjadi ikon yang disayangi masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Kelantan Bersama Selebriti di sebuah hotel, dekat sini, Ahad lepas.
Hadir sama bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam atau Mas Azam.
Lebih 30 selebriti dakwah dan artis menjayakan majlis yang julung kalinya diadakan bagi menghargai golongan itu yang pernah memenuhi undangan Kerajaan Kelantan bermula 2008 hingga 2013.
Bagaimanapun, menurutnya sebelum akademi itu ditubuhkan, kajian terperinci akan dilakukannya khususnya bagi membincangkan pengisian program.
“Bukan seperti dalam politik, sebaliknya golongan selebriti ini mampu memberikan ketenangan kepada anggota masyarakat,”ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau memberitahu Islam sendiri tidak pernah menghalang umatnya berhibur selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Katanya, tanggapan segelintir masyarakat bahawa golongan selebriti menyimpang jauh dari jalan dakwah perlu dikikis, sebaliknya mereka berjaya memandu rakyat pada jalan Allah sekiranya golongan artis juga berpandukan syariat.
“Mungkin melalui golongan seni, ahli kebudayaan ini boleh menyampaikan keindahan Islam melalui puisi, syair, nyanyian atau lakonan mereka,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-10-2013
Kota Darulnaim 'zon menjaga aurat'
Salmah Mat Husain, | 30 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Menyedari menutup aurat yang wajib dijaga bukan hanya kaum hawa sahaja sebaliknya kaum adam juga, Kerajaan Kelantan telah melancarkan ‘Kota Darulnaim sebagai zon menjaga aurat’ untuk semua kakitangannya.
Pengerusi jawatankuaa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata memandangkan kakitangan kerajaan negeri di bawah tanggungjawab pimpinannya, mereka wajib mematuhi arahan itu bagi menyelamatkan antara keduanya di akhirat nanti.
“Memang keimanan bukan dapat dinilai dari pakaian seseorang tetapi orang yang beriman akan terzahir keimanannya melalui pakaian yang menutup aurat.
“Apa yang ditekankan oleh kerajaan negeri dalam bab menutup aurat hanyalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam untuk penganutnya,” ujarnya.
Beliau berkata, demikian ketika berucap melancarkan zon menjaga aurat dalam kawasan kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.
Menurutnya, dalam tempoh 20 tahun pentadbiran Kerajaan Kelantan yang menekan amalan menutup aurat pada kaum hawa, kini kerajaan negeri menekankan perkara yang sama pada kaum adam.
Jelasnya, memang kakitangan lelaki Kota Darulnaim telah mematuhi piawaian dalam menjaga aurat dan mengikut etika berpakaian sebagai kakitangan awam.
Bagaimanapun, tambahnya ketika bersukan mereka gagal mematuhi tanggungjawab itu.
“Kita kena ingat, etika berpakaian bukan sahaja wajib dipatuhi pekeliling yang telah diedarkan oleh kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1993, sebaliknya pekeliling Allah yang terkandung dalam al-Quran wajib dipatuhi,” ujarnya.
Jelasnya, sebagai ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab terhadap anggota keluarganya, begitu juga kerajaan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap kakitangannya.
Semoga dengan pelancaran ini, katanya kakitangan kerajaan negeri sama ada lelaki atau wanita memahami konsep menutup aurat sebenar menurut syariat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-9-2013
Ops Piramid: Kelantan beri RM1,000 kepada pelajar Yik
Salmah Mat Husain, | 26 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju menyumbang sebanyak RM1,000 kepada 370 pelajar di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang terlibat dengan Ops Piramid 2.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco, semalam.
Bagaimanapun, menurutnya sumbangan itu hanya akan diberikan kepada pelajar yang benar-benar ingin melanjutkan pengajian mereka ke Mesir seminggu selepas pengumuman itu.
“Sewaktu membuat tuntutan mereka perlu menyertakan sekali tiket penerbangan mereka ke Mesir selepas seminggu kenyataan ini di Yayasan Kelantan Darulnaim,” ujarnya.
Jelasnya, hasil maklumat yang diperolehi khususnya melalui Kementerian Pelajaran, keadaan Mesir kini tidak tegang sebagaimana sebelum ini dan ia pada tahap stabil.
“Kerana itu kerajaan negeri memberi laluan pada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke sana boleh berbuat demikian. Pada yang ingin menyambung pengajian di universiti tempatan juga boleh,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri tidak melarang hasrat pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka di sana, bagaimanapun hanya akan bertindak sebagai ‘pemudah bicara’ untuk membantu pelajar.
Sambung Fadzli lagi, persetujuan itu dibuat berikutan rayuan pelajar Mesir dan ibu bapa sendiri supaya kerajaan negeri menyumbang khususnya untuk kos penerbangan mereka ke sana.
Pada masa yang sama beliau turut memaklumkan Hari Raya Aidiladha keempat, pelajar baru Kelantan tajaan Yayasan Islam Kelantan akan memulakan pengajian mereka di Mesir.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco, semalam.
Bagaimanapun, menurutnya sumbangan itu hanya akan diberikan kepada pelajar yang benar-benar ingin melanjutkan pengajian mereka ke Mesir seminggu selepas pengumuman itu.
“Sewaktu membuat tuntutan mereka perlu menyertakan sekali tiket penerbangan mereka ke Mesir selepas seminggu kenyataan ini di Yayasan Kelantan Darulnaim,” ujarnya.
Jelasnya, hasil maklumat yang diperolehi khususnya melalui Kementerian Pelajaran, keadaan Mesir kini tidak tegang sebagaimana sebelum ini dan ia pada tahap stabil.
“Kerana itu kerajaan negeri memberi laluan pada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke sana boleh berbuat demikian. Pada yang ingin menyambung pengajian di universiti tempatan juga boleh,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri tidak melarang hasrat pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka di sana, bagaimanapun hanya akan bertindak sebagai ‘pemudah bicara’ untuk membantu pelajar.
Sambung Fadzli lagi, persetujuan itu dibuat berikutan rayuan pelajar Mesir dan ibu bapa sendiri supaya kerajaan negeri menyumbang khususnya untuk kos penerbangan mereka ke sana.
Pada masa yang sama beliau turut memaklumkan Hari Raya Aidiladha keempat, pelajar baru Kelantan tajaan Yayasan Islam Kelantan akan memulakan pengajian mereka di Mesir.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
Potensi tinggi busana muslimah
Salmah Mat Husain, | 24 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Tanpa disedari tahun ini genap 20 tahun penekanan pakaian menutup aurat bagi kakitangan Kerajaan Kelantan setelah diperkenalkan pada 1993.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi, berkata sejak diperkenalkan, ia mendapat sambutan baik kakitangan kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian cawangan pertama NuNuh International di Jalan Kuala Krai, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Urusan NuNuh International Bangkok, Suhaimi Abdullah.
Katanya, walaupun pada peringkat awalnya usaha Kerajaan Kelantan menggalakkan kakitangan wanita muslim menutup aurat mendapat kritikan sesetengah pihak, namun usaha tarbiyah bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akhirnya menampakkan kejayaan.
Jelasnya, percambahan pengusaha gedung pakaian muslimah disambut baik kerajaan negeri dalam meneruskan dasarnya menjaga kebajikan wanita termasuk dalam aspek menutup aurat.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan pereka fesyen busana muslimah agar benar-benar mematuhi kehendak syariat bagi menepati gelaran 'busana muslimah' yang ditonjolkan.
Katanya, pereka fesyen sewajarnya patuh kepada kehendak syariat dengan mengelakkan penciptaan busana yang ketat sehingga mengikut bentuk badan.
Katanya, Islam tidak menghalang kaum muslimat mengenakan fesyen mengikut peredaran semasa, bagaimanapun ianya wajib menepati kehendak syariat.
“Amat malang sekali sekiranya kita membli jubah dengan harga yang begitu mahal, tetapi mendapat dosa di akhirat nanti,” ujarnya.
Sempena majlis pembukaan itu, Puteri NuNuh turut memperagakan fesyen keluaran syarikat itu yang dijual pada potongan harga yang menarik.
Suhaimi ketika berucap berharap cawangannya yang pertama di Kelantan akan mendapat sambutan wanita Islam tempatan.
Menurut beliau, keunikan Kelantan mendorong pihaknya membuka cawangan pertama busana muslimah di Semenanjung sebelum dikembangkan di negeri-negeri lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi, berkata sejak diperkenalkan, ia mendapat sambutan baik kakitangan kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian cawangan pertama NuNuh International di Jalan Kuala Krai, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Urusan NuNuh International Bangkok, Suhaimi Abdullah.
Katanya, walaupun pada peringkat awalnya usaha Kerajaan Kelantan menggalakkan kakitangan wanita muslim menutup aurat mendapat kritikan sesetengah pihak, namun usaha tarbiyah bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akhirnya menampakkan kejayaan.
Jelasnya, percambahan pengusaha gedung pakaian muslimah disambut baik kerajaan negeri dalam meneruskan dasarnya menjaga kebajikan wanita termasuk dalam aspek menutup aurat.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan pereka fesyen busana muslimah agar benar-benar mematuhi kehendak syariat bagi menepati gelaran 'busana muslimah' yang ditonjolkan.
Katanya, pereka fesyen sewajarnya patuh kepada kehendak syariat dengan mengelakkan penciptaan busana yang ketat sehingga mengikut bentuk badan.
Katanya, Islam tidak menghalang kaum muslimat mengenakan fesyen mengikut peredaran semasa, bagaimanapun ianya wajib menepati kehendak syariat.
“Amat malang sekali sekiranya kita membli jubah dengan harga yang begitu mahal, tetapi mendapat dosa di akhirat nanti,” ujarnya.
Sempena majlis pembukaan itu, Puteri NuNuh turut memperagakan fesyen keluaran syarikat itu yang dijual pada potongan harga yang menarik.
Suhaimi ketika berucap berharap cawangannya yang pertama di Kelantan akan mendapat sambutan wanita Islam tempatan.
Menurut beliau, keunikan Kelantan mendorong pihaknya membuka cawangan pertama busana muslimah di Semenanjung sebelum dikembangkan di negeri-negeri lain.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-9-2013
Pemuda PAS Kelantan tubuh Madrasah Ustaz Yahya Othman
Salmah Mat Husain, | 22 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah menubuhkan Madrasah Murabbi Ummah, Ustaz Yahya Othman.
Majlis perasmian madrasah bagi membentuk generasi murabbi itu telah dirasmikan oleh ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, semalam.
Hampir 120 orang menghadiri program pertama itu yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan untuk memantapkan lagi konsep tarbiah pada diri mereka.
Program yang bermula pada 21 September lalu akan diadakan selama dua kali sebulan setiap hari Sabtu bermula jam 10.00 pagi selama dua jam di Syabab Point yang bakal mengupas buku-buku yang ditulis golongan ulama tersohor, termasuk allahyarham Ustaz Yahya sendiri.
Abdul Latif ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata, madrasah berkenaan diwujudkan bagi membentuk generasi murabbi memandangkan almarhum merupakan insan yang berjaya memberikan tarbiah kepada anggota jemaah.
“Apabila kita sebut tentang tarbiah, kenapa almarhum Ustaz Yahya Othman yang kita fikirkan? Ini kerana allahyarham beramal dengan ilmu yang dipelajari.
“Allahyarham berjaya mendidik anggota keluarga terutama anak-anak pada jalan dakwah dan tarbiah sebelum meneruskannya pada anggota gerakan Islam,” ujarnya.
Abdul Latif bagaimanapun berharap program berkenaan tidak terhenti di tengah jalan kerana generasi muda hari ini memerlukan suatu contoh pentarbiahan yang unik dan berjaya.
Beliau turut menyentuh keistimewaan allahyarham antara lain tiada sifat dendam, malah mengingatkan anggota jemaah agar menjauhi sifat itu.
Pada masa yang sama beliau turut melahirkan rasa kesal di atas tindakan anggota parti yang mengkritik jemaah secara terbuka di laman sosial facebook.
Menurutnya, jika sebelum ini teguran di kedai kopi sudah dianggap tidak wajar dilakukan oleh anggota parti, apa lagi dalam facebook yang lebih terdedah kepada ribuan orang.
“Rasa tidak puas hati, kesilapan yang perlu diperbaiki oleh pimpinan, perbetulkanlah di tempat yang baik dan bukannya di facebook,” ujarnya.
Untuk itu, tambahnya program tarbiah mesti diteruskan dalam usaha untuk menyelamatkan keluarga, anggota jemaah untuk persiapan mereka sebagai pimpinan pada masa akan datang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-9-2013
Pemerkasaan ekonomi: Bayar royalti Kelantan
Salmah Mat Husain, | 20 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa slogan kerajaan untuk membantu masyarakat bumiputera hanya diibarat umpan untuk Perhimpunan Agung Umno yang bakal diadakan nanti.
Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata ianya juga slogan untuk menyedapkan hati kontraktor Kelas F semata-mata dengan mengaitkan golongan bumiputera untuk dibantu.
Menurutnya, kenyataan perdana menteri seolah-olah menyangkal masyarakat Kelantan mempunyai 95 peratus masyarakat Melayu dari 1.7 juta rakyatnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin yang mendakwa kerajaan mengangkat agenda bumiputera sebagai Agenda Nasional ditempatkan di tempat yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, di Shah Alam baru-baru ini.
Sambungnya, dengan menyelesaikan masalah ekonomi seperti tidak menafikan hak penerimaan royalti, bantuan pembinaan RAKR dan lain-lain lagi, ianya secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah ekonomi bumiputera secara keseluruhannya.
Kata Hisyamuddin lagi, sekiranya perdana menteri ikhlas dalam isu itu, Kelantan sepatutnya dibayar royalti lima peratus mengikut perjanjian seperti yang diterima Terengganu, Sarawak dan Sabah yang kini tertunggak RM12 billion.
Pada masa yang sama, beliau turut mempertikaikan pendaratan Gas Kelantan di North Malay Basin yang kini diperolehi sebanyak 1.7 trillion kaki padu sepatutnya didaratkan ke Bachok sebagaimana titah Sultan Kelantan.
“Bagaimanapun ianya telah didaratkan di Parlimen beliau iaitu Pekan. Ini jelas menunjukkan slogan perdana menteri hanya untuk menghadapi pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno,”ujarnya.
Katanya, begitu juga berhubung pembinaan Lebuhraya Persekutuan antara negeri patut dibina di Kelantan, kerana negeri itu satu-satunya negeri di Semenanjung yang masih dinafikan pembinaan lebuhraya.
“Status jalan sekarang kelas F (tidak selamat) sejak 1986 membahayakan pengguna dan sentiasa menjadi ‘jalan maut’ setiap kali tiba musim perayaan,” ujarnya.
Sambungnya, begitu juga dengan infrastruktur dan utiliti air di negeri ini yang dinafikan geran pembangunan air seperti menjadikan Kelantan ketinggalan dari segi mutu kualiti air mentah untuk kegunaan rakyat.
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang Lapangan Terbang Berstatus Antarabangsa di Kelantan, kemudahan pelabuhan air yang merupakan katalis penting dalam pembangunan ekonomi negara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan Malaysia di negeri itu.
Begitu juga katanya, berhubung Tebatan Banjir di Sungai Golok dinafikan, sedangkan sejak 1990 an lagi disebut akan dibina tebatan banjir untuk mengatasi banjir di Sempadan Malaysia (Kelantan) - Thailand.
“Jika tebatan banjir ini dilaksanakan, Kelantan akan menikmati impak sosio-ekonomi negeri-negeri di Sempadan seperti di Perlis-Thailand, Johor-Singgapura.
“Apa gunanya sambut Hari Malaysia dan untuk membantu Bumiputera sebagai Agenda National sekiranya masih menafikan hak bumiputera di Kelantan,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Kias jadi pilihan pelajar antarabangsa
Rizal Tahir, | 16 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Pada sesi pengajian tahun ini seramai 25 lagi pelajar antarabangsa mendaftar di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).
Dan sehingga sekarang Kias mempunyai seramai 177 pelajar antarabangsa yang berasal dari Singapura, Thailand, Kemboja, Nigeria dan China.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pertambahan bilangan pelajar dari luar negara menggambarkan semakin ramai berminat menyambung pelajaran di Kias.
Kias sebuah institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri. Pada peringkat awal dikenali sebagai Maahad ad Dakwah Wal Imamah ditubuh pada 1994.
Maahad tersebut ditubuh menggantikan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan yang diserap kepada Universiti Malaya selepas kerajaan PAS tumbang pada pilihan raya umum 1978.
Bilangan pelajar sekarang 1,813 orang, manakala tenaga pengajar seramai 80 termasuk 13 pensyarah lulusan PhD dan 41 sarjana.
“Kalau dibandingkan pada peringkat awal kewujudan Kias pada 2003, pelajar antarbangsa hanya datang datang dari Singapura dan Thailand sahaja,” katanya di Majlis Konvokesyen Kias Kali ke-15, di Dewan Yayasan Islam Kelantan, semalam.
Teks ucapannya dibaca Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Ustaz Abdullah Ya’kob, anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Ketua Eksekutif Kias, Prof Dr Ab. Aziz Mohd Zin dan wakil-wakil IPTA dan IPTS.
Ahmad juga berkata, Kias akan memperkenalkan beberapa program baru di peringkat diploma untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar yang ingin melanjut pelajaran ke Kias.
Kias juga akan menambah lagi dua jabatan iaitu Jabatan Perbandingan dan Jabatan Qiraat dan Taranum.
Sempena konvokesyen berkenaan, Mohd Hafidz Mohd Zawawi dan Nurul Syahadatul Akmal Md Nor diumum sebagai penerima anugerah graduan cemerlang.
Seramai 121 pelajar menerima diploma disampaikan Mohd Amar pada majlis tersebut.
Pelajar berkenaan lulusan Diploma Usuludin, Diploma Al-Syariah, Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah, Diploma Bahasa Arab, Diploma Qiraat dan Taranum, Diploma Tahfiz al Quran dan Diploma Kewangan Islam.
Kias juga menawarkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Usuluddin dan Syariah dengan kerjasama Kolej Universiti Insaniah.
Selain itu Kias turut mengadakan kerjasama akademik dengan Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Acheh; Institut Agama Islam Sultan Thaha Saifuddin, Jambi; Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang Indonesia, Kolej Universiti Insaniah.
Selain itu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor; Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaya; Universiti Kaherah, Mesir; Universiti Al- Hasyimiah; Universiti Al-Yarmouk; Universiti Aal Al-Bayt dan Universiti Jordan di Jordan.
Rumah papan hijau popular di Pulau Melaka
M Faqih, | 16 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Sekarang Pulau Melaka sudah banyak berubah. Lebih istimewa lagi disitulah terletaknya kediaman Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Rumah papan berwarna hijau di belakang Masjid Tok Guru tercatat lokasi popular di Kelantan. Jarang orang tidak mengenalinya.
Sepanjang 23 tahun bermula Oktober 1990, kereta rasmi kerajaan negeri sering keluar masuk ke situ. Parkir menempatkan kenderaan yang membawa Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim setiap pagi.
Bertandang ke situ tidak perlu membuat temujanji, boleh berjumpa Menteri Besar pada waktu solat di masjid. Bagaimanapun bermula 6 Mei 2013, Tok Guru tidak lagi perlu bekejar ke Kota Darulnaim, masa rehatnya di rumah lebih panjang.
Keuzuran dan faktor usia membuatkan beliau menyerahkan tugas kepada Ustaz Datuk Ahmad Yakub.
“Biar pun bukan lagi sebagai Menteri Besar, namun tetamu dan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi ayah,” kata anaknya, Ustaz Nik Omar.
Darul Anuar berada dalam linkungan kediaman Tok Guru. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan persendirian warisan Tok Guru.
(Cerita lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)
Rumah papan berwarna hijau di belakang Masjid Tok Guru tercatat lokasi popular di Kelantan. Jarang orang tidak mengenalinya.
Sepanjang 23 tahun bermula Oktober 1990, kereta rasmi kerajaan negeri sering keluar masuk ke situ. Parkir menempatkan kenderaan yang membawa Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim setiap pagi.
Bertandang ke situ tidak perlu membuat temujanji, boleh berjumpa Menteri Besar pada waktu solat di masjid. Bagaimanapun bermula 6 Mei 2013, Tok Guru tidak lagi perlu bekejar ke Kota Darulnaim, masa rehatnya di rumah lebih panjang.
Keuzuran dan faktor usia membuatkan beliau menyerahkan tugas kepada Ustaz Datuk Ahmad Yakub.
“Biar pun bukan lagi sebagai Menteri Besar, namun tetamu dan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi ayah,” kata anaknya, Ustaz Nik Omar.
Darul Anuar berada dalam linkungan kediaman Tok Guru. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan persendirian warisan Tok Guru.
(Cerita lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-9-2013
Perkongsian pintar bina Lebuh Raya Rakyat
Wan Nik Wan Yussof , | 14 Sep 2013 |
KEPIMPINAN baru Negeri Kelantan hari ini merupakan penerus legasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob adalah tokoh yang tepat dinamakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan parti sehingga berjaya melakukan usaha terbaik sepanjang tempoh 100 hari pertama. Usaha yang penuh berkomitmen dalam memastikan kesemua tawaran pembangunan dalam ’manifesto’ pilihan raya umum ke-13 lalu menuju realiti.
Meskipun usaha itu berlaku dengan penuh cabaran, namun saf Ahli Exco Kerajaan Kelantan begitu bersemangat dalam membutirkan projek-projek yang bakal dijayakan di bawah portfolio masing-masing. Konsep projeknya adalah penerusan agenda pembangunan berteraskan prinsip Membangun Bersama Islam. Penerusan prinsip ini telah diikuti dengan penetapan strategi setiap program menuju sasaran sebenar.
Pelan pasca 100 hari
Sehubungan itu, kepimpinan baru Ustaz Dato’ Ahmad bertanggungjawab bagi memastikan visi pentadbiran Islam Kerajaan Negeri Kelantan yang diasaskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dapat berjalan lancar. Justeru pemantapan misi siasah syariyyah diolah secara maqasid syariyyah di dalam semua bidang pembangunan Negeri Kelantan. Ia bermaksud segala pertimbangan pembangunan adalah mengambil kira keupayaan sumber dalam memenuhi harapan rakyat yang inginkan kesejahteraan hidup.
Bagi melengkap pencapaian misi siasah tersebut, maka pada penghujung Ogos lalu Ustaz Dato’ Ahmad telah bersetuju untuk melaksanakan pelan pembangunan negeri berpandukan model Sistem Perancangan dan Pemantauan Projek Kelantan (S3PK).
Pelan ini merupakan pendekatan terkini Kerajaan Negeri Kelantan pasca 100 hari yang mengutamakan perkongsian kesungguhan menteri besarnya bersama-sama dengan semua Ahli Exco dan pegawai kanan demi kejayaan pelaksanaan tawaran pembangunan dalam masa lima tahun (2013-2018).
Apa yang pasti, Ustaz Dato’ Ahmad meletakkan harapan tinggi agar pelan pembangunan berpandukan model S3PK ini akan membutirkan projek-projek yang perlu diberi keutamaan. Di samping setiap projek itu akan dipantau agar spesifikasinya menepati petunjuk utama prestasi (KPI) dalam menuju sasaran.
Model S3PK
Kandungan bagi model S3PK ini adalah rumusan daripada konsultasi rakan-rakan daripada Ikatan Intelektual Islam (ILMUAN) bersama Menteri Besar dan Ahli Exco Negeri Kelantan dalam rangka memenuhi harapan rakyat di sebalik mandat baru pada pilihan raya umum ke-13 lalu. Ia telah memuatkan empat peringkat pencernaan prinsip Membangun Bersama Islam ke arah memastikan pembangunan negeri menuju ‘Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan’ kepada semua lapisan rakyat.
Empat peringkat itu adalah bermula dengan pencernaan dasar dalam prinsip Membangun Bersama Islam sebagai teras perancangan. Diikuti dengan pemantapan enam strategi utama, iaitu (1) memperkasakan pembangunan rohani demi keberkatan dan keredaan Allah SWT, (2) memperjuangkan hak rakyat atas prinsip federalisme (perlembagaan), (3) melaksanakan keadilan untuk semua rakyat, (4) memakmurkan kehidupan yang harmoni dan berkebajikan, (5) pembangunan wanita dan anak muda Kelantan, dan (6) prasarana media dan perhubungan.
Kemudiannya, strategi itu perlu diterjemahkan dalam bentuk program-program, dan setiap program itu hendaklah diikuti dengan perancangan dan pelaksanaan projek. Di bawah agenda ini, terdapat enam program yang perlu dijayakan, iaitu (1) meningkatkan kemakmuran ekonomi rakyat, (2) memajukan sosiobudaya rakyat, (3) pembangunan tanah, wilayah dan hasil negeri, (4) meningkatkan mutu taraf hidup ke arah masyarakat madani, (5) meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam, dan (6) meningkatkan kebajikan rakyat.
Apabila projek-projek bagi setiap program itu dilaksanakan dengan berkesan, maka besarlah harapannya model S3PK ini akan mencapai ke peringkat keempat, iaitu mencapai empat sasaran utama; (1) peningkatan iman dan takwa di kalangan rakyat, (2) memenuhi tahap kepuasan rakyat, (3) memenuhi tuntutan sosial dan ekonomi rakyat, dan (4) melestarikan persekitaran kehidupan rakyat.
Cabaran utama
Walau bagaimanapun, di sebalik komitmen untuk melaksanakan pembangunan berasaskan model S3PK, suata cabaran yang perlu dihadapi ialah memastikan beberapa projek tertangguh dan sedang berjalan dapat disiapkan dengan sempurna.
Di antaranya pembinaan lebuh raya, stadium, tuntutan royalti minyak, pembangunan Tok Bali, Bandar Baru Tunjong, Bandar Baru Tunjong dan Lembah Sirih.
Selain itu, cabaran kepimpinan Ustaz Dato Ahmad lagi adalah memastikan sumber hasil dan kewangan negeri dapat diuruskan secara berhemat demi menyiapkan semua projek tertangguh.
Ini penting memandangkan Kelantan amat kaya dengan sumber yang dapat menjana pendapatan negeri. Pergantungan kepada hasil kayu balak sudah mengecil dan sampai masanya tumpuan pembangunan kepada sektor perladangan di kawasan yang telah ditebang balak.
Sementara itu, Kelantan dianugerahkan Allah dengan sumber mineral yang belum dimajukan secara berskala besar. Emas dan besi mampu menghasilkan pendapatan kepada negeri dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ia seharusnya diprojeksikan secara perkongsian pintar demi memastikan pembangunan ladang dan sumber mineral serta hartanah dapat dijadikan sandaran bagi menyiapkan projek-projek yang tertangguh.
Perkembangan baru, pihak Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan sudah mengambil pendekatan perkongsian pintar untuk pembinaan lebuh raya yang berkonsepkan sandaran sumber yang ada (tanah untuk perladangan) untuk mendapatkan sejumlah kewangan bagi membiayai projek. Konsep yang sama dikatakan sedang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang, iaitu sedia menjadikan tanah dan konsesi tol sebagai sandaran bagi pembiayaan terowong dasar laut.
Hubungan dengan Pusat
Walau pun begitu, satu cabaran yang tidak boleh dipandang kecil adalah kesediaan menjalin hubungan dengan Kerajaan Pusat. Hal ini penting dalam memastikan pembiayaan projek dapat dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri. Perbezaan politik kepartian bukan penghalang untuk berbincang dalam isu-isu pembangunan demi manfaat rakyat. Justeru hubungan erat (G to G) antara pihak Menteri Besar dengan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kerajaan Pusat sudah tentu akan memudahkan urusan yang melibatkan senarai tanggungjawab bersama. Di antaranya isu bekalan air bersih, menaik taraf lapangan terbang, pelabuhan, landasan berkembar keretapi, pembikinan jalan-jalan persekutuan atau lebuh raya, dan penyediaan pelbagai prasarana bagi meningkat hasil cukai kepada Kerajaan Pusat atau Negeri amat wajar didiskusikan secara berkala.
Oleh kerana itu, kepimpinan baru Kerajaan Negeri Kelantan masa kini sedia mengambil tugas dan tanggungjawab besar ini secara berhemat demi memenuhi mandat rakyat. Justeru kesediaan ini bakal dipikul oleh Menteri Besar, Ustaz Dato Ahmad bersama-sama saf exconya. Ia suatu langkah proaktif dalam memastikan pembangunan berasaskan model S3PK berjalan lancar dan rakyat sedia mendapat limpahan nikmat. Semoga Allah memberikan kekuatan dan petunjuk ke jalan kejayaan dalam merealisasikan pembangunan negeri menurut prinsip Membangun Bersama Islam.
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-9-2013
Kudeta Mesir: Dun Kelantan hantar nota bantahan
M Faqih | Foto Zamani Mohd Zain, | 11 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai dewan legislatif pertama di negara ini melulus usul mengutuk dan mengecam keganasan tentera di Mesir.
Usul tersebut dilulus sebulat suara, biar pun ketika ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) tidak mahu menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.
Usul tersebut dibawa Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub, kemudian disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah pada persidangan khas yang diadakan hari ini.
Speaker, Ustaz Abdullah Ya’kub selepas meminta sokongan ahli-ahli Dewan terhadap usul tersebut memberitahu Dun Kelantan mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-keras pembunuhan rakyat Mesir.
Selain itu mendesak hendaklah dihentikan segera pembunuhan dan meminta tentera mengembalikan semula demokrasi di Mesir dengan memberi kuasa kepada rakyat.
Penyokong kerajaan Datuk Husam Musa (PAS-Salor) dan Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) mahu nota bantahan Dun Kelantan dihantar kepada kerajaan Malaysia, Persidangan Negara Islam (OIC) dan pemerintah Mesir sekarang, Jeneral Fatah As Sisi.
Hassan juga menyifatkan sikap kerajaan Malaysia yang diam seribu bahasa terhadap konflik di Mesir sekarang sebagai membisu bagi menyatakan kebenaran.
“Diam bagi menyatakan kebenaran boleh dianggap sebagai syaitan bisu. Ini kerana Islam tidak kompromi dengan segala bentuk kezaliman,” katanya.
Ketika berucap membahas usul tersebut kata beliau tindakan kudeta yang dilakukan tentera Mesir bertentangan sama sekali dengan hasrat rakyat Mesir mahu keluar daripada kezaliman selama lebih 30 tahun di bawah Hosni Mubarak.
Husam pula mahu Dun Kelantan juga menyatakan bantahan keras terhadap penindasan dan kezaliman yang berlaku terhadap umat Islam di Syria, Myanmar dan Palestin.
Menurutnya di Syria lebih 200,000 rakyat terkorban dan ramai lagi yang cedera.
“Lebih dahsyat lagi ramai kanak-kanak mati akibat terkena gas beracun. Ini merupakan kekejaman yang paling hebat di abab ini,” ujarnya.
Turut mengambil bahagian membahas usul tersebut Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) berkata, Mesir mengeluarkan ramai ulama di seluruh dunia melalui Universiti Al Azhar.
Oleh yang demikian katanya orang Islam di sebelah ini hendalah mengutuk sekeras-keras tamaruk yang dipimpin Fatah As Sisi.
“Kita juga berdoa kepada Allah Taala supaya rakyat Mesir yang menyokong Morsi supaya terus diperkukuhkan iman,” katanya ketika ditemui ketika persidangan Dun berhenti rehat.
Beliau juga menyifatkan kerajaan Malaysia masih lagi bersikap sekular kerana tidak menzahirkan pandangan terhadap kudeta di Mesir.
“Ini kerana mereka hanya menjaga orang Melayu sahaja, Mesir tidak ada orang Melayu, sedangkan Islam jaga manusia, bukan jaga orang Melayu sahaja,” tambahnya.
Beliau juga melahirkan rasa aneh terhadap ucapan Ketua Pembangkang Dun Kelantan yang menganggap rakyat di negara ini tidak mendapat maklumat sebenar di Mesir.
“Adun berkenaan sebut Mesir jauh dari Kelantan, ini tidak masuk akal, dahulu betullah, sekarang setiap minit yang berlaku di Mesir kita sudah tahu.
“Zaman internet sekarang tidak munasabah sekali kita tidak tahu apa yang berlaku. Ini memalukan Umno itu sendiri,” katanya.
Menteri Besar ketika ditemui kemudian berkata, kerajaan negeri mengambil ketetapan serupa dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghantar balik pelajar selepas keadaan di Mesir bertambah baik.
“Kita akan bekerjasama dengan kerajaan pusat. Sebaliknya kalau keadaan masih tidak menentu kita minta kerajaan mempertimbangkan mana-mana institusi pengajian tempatan untuk mereka menyambung pengajian di sini,” katanya.
Menurutnya terdapat seramai hampir 400 pelajar Kelantan yang berada di kampung sekarang selepas balik bercuti, sebelum dan semasa konflik berlaku.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-9-2013
Husam angkat sumpah Adun
Harakahdaily, Foto: Rizal Tahir, | 11 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan pada persidangan khas Dun Kelantan yang berlangsung hari ini.
Beliau mengangkat sumpah dihadapan Speaker, Ustaz Abdullah Ya’kub pada permulaan sesi sidang khas pagi ini.
Pada majlis angkat sumpah persidangan pertama penggal ke-13 Dewan Undangan Negeri Kelantan, Jun lalu, Husam tidak hadir kerana berada di luar negara.
Sementara itu persidangan khas hari ini adalah bagi membincangkan usul mengenai pergolakan di Mesir dan Syria.
Ianya juga bertujuan melahirkan rasa simpati kerajaan Kelantan ke atas apa yang terjadi di Syria dan Mesir.
Menteri Besar, Datuk Ustaz Ahmad Yaakob dijangka akan mengusulkan kepada Dun bagi melahirkan rasa simpati dan sedih ke atas rakyat kedua-dua negara terbabit.
Satu ketetapan juga akan diambil dalam persidangan khas ini untuk dipanjangkan kepada peringkat lebih tinggi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-9-2013
Qaryah Ramadan dinobat panorama terbaik Asia Pasifik
Aslani M, | 10 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Panorama di Qaryah Ramadan dipilih sebagai gambar terbaik sempena perhimpunan agung Tourism Promotion Organization For Asia Pacific Cities (TPO) tahun ini.
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) mewakili Kota Bharu mengatasi 69 bandar raya lain dari rantau Asia Pacific.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, MPKB BRI menerima hadiah terbaik dengan mengetengahkan suasana di Qaryah Ramadan pada pameran yang diadakan.
Katanya, program tersebut diadakan sempena Perhimpunan Agung TPO kali keenam yang diadakan di Daejeon Metropolitan City, Korea.
Program berlangsung pada 4 hingga 7 September lalu bertempat di Daejeon Simposium TPO dan TPO Daejeon International Travel Fair.
”Seramai 15 delegasi dari Kelantan yang diketua Exco Pelancongan menyertai program berkenaan bersama wakil daripada Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
“Kelantan juga mengentengahkan aktiviti pelancongan yang diwakili Khalifa Suite Hotel dan H&H Travel bagi menggambarkan suasana menarik di sini.
“Kelainan yang kita pamerkan dengan imej pelancongan bermesej Islam dan budaya kehidupan masyarakat timur,” katanya di sini.
Perhimpunan Agung TPO tahun ini bertema "Revitalisasi Industri Pelancongan melalui Pertubuhan Antarabangsa."
Beliau juga berkata, Kota Bharu dipilih sebagai tempat berlangsung forum TPO tahun hadapan berikutan pencapaian cemerlang di Daejeon.
Katanya, pemilihan Kota Bharu sebagai satu penghormatarn besar kepada Kelantan dan Malaysia amnya yang dijangka disertai 200 peserta dari 70 bandar besar di rantau Asia Pasifik.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-9-2013
MB perinci perancangan ekonomi Kelantan
Aslani M, | 10 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Biarpun ada pihak mendakwa kepemimpinan baru kerajaan Kelantan tiada idea, namun tanpa sedar kerajaan negeri telah menapak jauh bagi menarik lebih ramai pelabur ke negeri itu.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, tumpuan diberi bagi menarik pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur ke Kelantan.
Katanya, Asia Barat termasuk Oman, Kuwait, dan negara-negara Arab lain, manakala Asia Timur pula China dan Jepun.
“Enam siri pelaburan ke luar negara akan dilaksanakan tahun hadapan. Tiga misi perdagangan akan memberi tumpuan kepada negara di Asia Barat dan tiga lagi ke Asia Timur,” katanya di sini.
Delegasi itu akan diketuai Menteri Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Pelaburan Negeri.
Ahmad juga berkata, tumpuan diberi kepada pelaburan dalam bidang halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri.
Menurutnya juga tumpuan kerajaan negeri sekarang berusaha bagi mencapai sasaran membina 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah.
Katanya, kerjasama agensi kerajaan negeri dan pihak swasta sedang dijalankan.
Baru-baru ini Yayasan Islam Kelantan dengan kerjasama syarikat Hectares dan Acter Sdn Bhd melancar projek bercampur di kawasan seluas 115 ekar di Kok Lanas. Sebanyak 135 unit rumah mampu milik akan dibina.
“Kita yakin boleh capai sasaran 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun. Program tersebut sebagaimana dijanjikan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan pada pilihanraya umum lalu,” katanya.
Projek usahasama tersebut membabitkan pembinaan 653 unit kediaman. Menteri Besar juga berkata, Kelantan juga sedang menyediakan Dasar Pelaburan Negeri.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, tumpuan diberi bagi menarik pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur ke Kelantan.
Katanya, Asia Barat termasuk Oman, Kuwait, dan negara-negara Arab lain, manakala Asia Timur pula China dan Jepun.
“Enam siri pelaburan ke luar negara akan dilaksanakan tahun hadapan. Tiga misi perdagangan akan memberi tumpuan kepada negara di Asia Barat dan tiga lagi ke Asia Timur,” katanya di sini.
Delegasi itu akan diketuai Menteri Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Pelaburan Negeri.
Ahmad juga berkata, tumpuan diberi kepada pelaburan dalam bidang halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri.
Menurutnya juga tumpuan kerajaan negeri sekarang berusaha bagi mencapai sasaran membina 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah.
Katanya, kerjasama agensi kerajaan negeri dan pihak swasta sedang dijalankan.
Baru-baru ini Yayasan Islam Kelantan dengan kerjasama syarikat Hectares dan Acter Sdn Bhd melancar projek bercampur di kawasan seluas 115 ekar di Kok Lanas. Sebanyak 135 unit rumah mampu milik akan dibina.
“Kita yakin boleh capai sasaran 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun. Program tersebut sebagaimana dijanjikan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan pada pilihanraya umum lalu,” katanya.
Projek usahasama tersebut membabitkan pembinaan 653 unit kediaman. Menteri Besar juga berkata, Kelantan juga sedang menyediakan Dasar Pelaburan Negeri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-9-2013
Kelantan peruntuk RM7 juta tambah kapasiti air
Rizal Tahir, | 09 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM7 juta bagi menambah kapasiti air daripada 64 juta kepada 75 juta liter sehari pada Oktober ini membabitkan tiga kawasan iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad, berkata dengan pertambahan kapasiti air hampir 10 juta liter, secara tidak langsung akan menyelesaikan masalah air yang berlaku di beberapa tempat.
“Walaupun ianya tidak begitu mendapat aduan yang ketara oleh rakyat berhubung masaalah air, namun kerajaan negeri melalui AKSB peringkat jajahan akan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin.
“Ketiadaan air biasanya berlaku akibat tekanan air yang rendah, jadi dengan pertambahan peralatan dan sebagainya akan menyelesaikan masaalah kekurangan air,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas mendengar taklimat sempena lawatan ke Loji Rawatan Air AKSB peringkat jajahan.
Berhubung program lawatan ke setiap jajahan pula, katanya ia dirancang untuk menyeselesaikan masalah air di peringkat jajahan.
Menurutnya, kerana itu antara yang terlibat dalam perjumpaan itu adalah wakil rakyat, ahli parlimen, pengurus-pengurus kanan AKSB negeri, Pengurus Kanan AKSB Peringkat Jajahan.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Adun Meranti, Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok), Abdul Rasul Mohamed (Bukit Tuku) dan Mohd Rozi Muhmmad (Tendong).
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad, berkata dengan pertambahan kapasiti air hampir 10 juta liter, secara tidak langsung akan menyelesaikan masalah air yang berlaku di beberapa tempat.
“Walaupun ianya tidak begitu mendapat aduan yang ketara oleh rakyat berhubung masaalah air, namun kerajaan negeri melalui AKSB peringkat jajahan akan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin.
“Ketiadaan air biasanya berlaku akibat tekanan air yang rendah, jadi dengan pertambahan peralatan dan sebagainya akan menyelesaikan masaalah kekurangan air,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas mendengar taklimat sempena lawatan ke Loji Rawatan Air AKSB peringkat jajahan.
Berhubung program lawatan ke setiap jajahan pula, katanya ia dirancang untuk menyeselesaikan masalah air di peringkat jajahan.
Menurutnya, kerana itu antara yang terlibat dalam perjumpaan itu adalah wakil rakyat, ahli parlimen, pengurus-pengurus kanan AKSB negeri, Pengurus Kanan AKSB Peringkat Jajahan.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Adun Meranti, Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok), Abdul Rasul Mohamed (Bukit Tuku) dan Mohd Rozi Muhmmad (Tendong).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Husam Musa angkat sumpah Adun Rabu ini
Rizal Tahir, | 09 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa dijangka mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan pada persidangan khas Dun Kelantan Rabu ini.
Speaker, Ustaz Abdullah Ya’kub berkata, Adun Salor telah mengesahkan kehadiran bagi mengangkat sumpah pada persidangan khas itu bagi membincangkan usul mengenai pergolakan di Mesir dan Syria.
“Dewan telah mendapat maklum daripada Datuk Husam dan beliau akan hadir serta mengangkat sumpah pada persidangan tersebut,” ujarnya di sini.
Pada majlis angkat sumpah pada persidangan pertama penggal ke-13 Jun lalu Husam tidak hadir kerana berada di luar negara.
Abdullah juga berkata, persidangan khas Dun terbabit bertujuan melahirkan rasa simpati kerajaan Kelantan ke atas apa yang terjadi di Syria dan Mesir.
“Menteri Besar akan mengusulkan kepada Dun bagi melahirkan rasa simpati dan sedih ke atas rakyat Syria dan Mesir sekarang.
“Selepas ketetapan diambil Dun Kelantan, kami akan panjangkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” katanya.
Difahamkan juga persidangan Dun bagi membentang Belanjawan Kelantan 2014 dijangka diadakan pada 7 Oktober hadapan.
Speaker, Ustaz Abdullah Ya’kub berkata, Adun Salor telah mengesahkan kehadiran bagi mengangkat sumpah pada persidangan khas itu bagi membincangkan usul mengenai pergolakan di Mesir dan Syria.
“Dewan telah mendapat maklum daripada Datuk Husam dan beliau akan hadir serta mengangkat sumpah pada persidangan tersebut,” ujarnya di sini.
Pada majlis angkat sumpah pada persidangan pertama penggal ke-13 Jun lalu Husam tidak hadir kerana berada di luar negara.
Abdullah juga berkata, persidangan khas Dun terbabit bertujuan melahirkan rasa simpati kerajaan Kelantan ke atas apa yang terjadi di Syria dan Mesir.
“Menteri Besar akan mengusulkan kepada Dun bagi melahirkan rasa simpati dan sedih ke atas rakyat Syria dan Mesir sekarang.
“Selepas ketetapan diambil Dun Kelantan, kami akan panjangkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” katanya.
Difahamkan juga persidangan Dun bagi membentang Belanjawan Kelantan 2014 dijangka diadakan pada 7 Oktober hadapan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Kajian lengkap projek baru Lebuh Raya Rakyat siap
Aslani M, | 09 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bakal menjadi kenyataan selepas mendapat komitmen penuh syarikat dari Emeriah Arab Bersatu.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sebuah konsultan, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sudah menyampaikan kajian lengkap mengenai projek tersebut.
“Kita akan putuskan secara rasmi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri tidak lama lagi selepas mendapat maklumat awal cadangan projek.
“Selain itu aspek pembiayaan turut dibincang bagi mendapat kerjasama Bank Pembangunan Asia (IDB).
“Berdasar kepada taklimat mereka 5 September lalu perkembangannya cukup positif. Jadi kita berharap ia sebagai suatu kejayaan,” katanya di sini.
Lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km dirancang kerajaan negeri ekoran projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.
Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad memberitahu kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.
Menteri Besar berkata, laporan terperinci daripada Ecobound telah disampaikan kepada kerajaan negeri.
“Projek berkenaan akan diteruskan melalui sistem wakaf. Insya-Allah projek tersebut akan dimulakan semula tidak lama lagi.
“Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada projek Lebuh Raya Rakyat,” ujarnya.
Pembinaan Lebuh Raya Rakyat telah dimulakan awal tahun ini di tapak Bukit Bakar, Machang. Bagaimanapun kerja-kerja awal tertangguh ekoran syarikat lama menarik diri.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sebuah konsultan, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sudah menyampaikan kajian lengkap mengenai projek tersebut.
“Kita akan putuskan secara rasmi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri tidak lama lagi selepas mendapat maklumat awal cadangan projek.
“Selain itu aspek pembiayaan turut dibincang bagi mendapat kerjasama Bank Pembangunan Asia (IDB).
“Berdasar kepada taklimat mereka 5 September lalu perkembangannya cukup positif. Jadi kita berharap ia sebagai suatu kejayaan,” katanya di sini.
Lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km dirancang kerajaan negeri ekoran projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.
Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad memberitahu kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.
Menteri Besar berkata, laporan terperinci daripada Ecobound telah disampaikan kepada kerajaan negeri.
“Projek berkenaan akan diteruskan melalui sistem wakaf. Insya-Allah projek tersebut akan dimulakan semula tidak lama lagi.
“Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada projek Lebuh Raya Rakyat,” ujarnya.
Pembinaan Lebuh Raya Rakyat telah dimulakan awal tahun ini di tapak Bukit Bakar, Machang. Bagaimanapun kerja-kerja awal tertangguh ekoran syarikat lama menarik diri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Minyak: Aktivis R dibebas, flash mob diteruskan
Hazayani Zakaria, | 08 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Empat aktivis Pertubuhan Royalti Kelantan (R) yang ditahan polis kerana mengadakan flash mob membantah kenaikan harga minyak di Kota Bharu dibebaskan lewat malam semalam.
Menurut Presiden R, Nazri Deraman, mereka dibebaskan kira-kira jam 11.15 malam selepas ditahan kira-kira jam 2.00 petang, sebelum flash mob bermula.
Empat aktivis R yang ditangkap itu ialah Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin.
"Polis akhirnya membebaskan mereka ini selepas disoal siasat dan saya ada memberitahu pihak polis, kalau mereka tida dibebaskan malam itu juga, aktivis R yang lain akan berkampung di hadapan IPD Kota Bharu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Flash mob diadakan bertujuan membantah kenaikan harga minyak RON95, RON 97 dan diesel serta mengutip sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu.
Nazri turut menegaskan, penahanan itu tidak sedikit pun menggentarkan mereka malah menjadikan mereka lebih bersemangat meneruskan perjuangan menuntut hak rakyat.
"Saya tekankan, penahanan ini bukan menjadi halangan kepada aktivis untuk meneruskan tuntutan mereka.
"Jika empat orang ditahan, kami ada beratus-ratus aktivis yang rela bersama-sama ditahan kerana tuntutan kami untuk kepentingan rakyat.
"Semalam pun, kesemua 20 aktivis mahu ditahan tapi polis hanya menangkap empat orang daripada kami sahaja," katanya.
Beliau juga yakin apa yang dilakukan itu tidak salah di sisi undang-undang dan flash mob yang dilakukan tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Polis sepatutnya melihat rekod aktiviti R. Setiap program yang kami lakukan tidak pernah menimbulkan kekacauan.
"Walaupun flash mob tidak dapat dilakukan di hadapan KB Mall semalam, tapi atas kebijaksanaa aktivis, mereka masuk ke dalam KB Mall dan sempat mengutip RM1,425.20 untuk membantu mangsa kebakaran. Polis seharusnya memikirkan perkara itu.
"Kerajaan menaikkan harga minyak tanpa memberi notis kepada rakyat, kenapa rakyat perlu meminta notis untuk mengadakan bantahan? Kenapa perlu dapatkan surat kebenaran, kena tunggu sepuluh hari baru boleh menyatakan bantahan? Ini satu ketidakadilan kepada rakyat" tegasnya lagi.
R turut menuntut Kerajaan Malaysia menggunakan gas NGV sebagai alternatif kepada penggunaan minyak pada kenderaan di Malaysia.
Selain itu, R menuntut Royalti 5% daripada Kerajaan Malaysia yang kini berjumlah RM12 billion dan mendesak gas yang akan dikeluarkan di North Malay Basin yang berjumlah lebih 1.7 trillion kaki padu pada tahun ini didaratkan ke pantai Bachok, Kelantan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-9-2013
AKSB tangani masalah tekanan air di penjara
Aslani M, | 06 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil inisiatif segera bagi memastikan masalah tekanan air ke Penjara Pengkalan Chepa dapat ditangani.
Pengurus Besar, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, penjara tersebut mendapat bekalan air bersih daripada Loji Rawatan Air Chicha yang dihantar melalui tangki Kemumin.
“Hasil tinjauan yang dibuat hari ini mendapati bahawa bekalan air ke penjara melalui kedua-dua punca menghadapi tekanan rendah.
“Namun begitu ia tidak menghalang air tersebut masuk ke tangki sedutan. AKSB juga membuat beberapa pemeriksaan dan mendapati sedikit penurunan dari segi tekanan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Zawari Abd Rashid dilaporkan berkata seramai 1,700 banduan serta kakitangan penjara berdepan masalah apabila terputus bekalan air bersih yang disalurkan AKSB sejak sebulan lalu.
Hanapi berkata, semakan juga akan dilakukan terhadap saluran paip sebelum dan selepas meter penjara walaupun sistem dalaman di bawah seliaan penjara.
Katanya, AKSB juga mengadakan kerjasama dengan kontraktor non revenue water (NRW), Ranhill Water Services membuat ‘step test’ dan juga ‘line proving’ di Tangki Kemumin.
“AKSB juga mengesyorkan pihak penjara membuat pemasangan injap sluise atas paip bersaiz 6 inci dan 4 inci bagi memisahkan aliran air daripada bercampur dengan kawasan perumahan berdekatan,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, tiada aduan yang direkod bermula Ogos sehingga sekarang daripada pihak penjara dan juga pengguna di kawasan sekitarnya berhubung masalah tersebut.
Pengurus Besar, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, penjara tersebut mendapat bekalan air bersih daripada Loji Rawatan Air Chicha yang dihantar melalui tangki Kemumin.
“Hasil tinjauan yang dibuat hari ini mendapati bahawa bekalan air ke penjara melalui kedua-dua punca menghadapi tekanan rendah.
“Namun begitu ia tidak menghalang air tersebut masuk ke tangki sedutan. AKSB juga membuat beberapa pemeriksaan dan mendapati sedikit penurunan dari segi tekanan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Zawari Abd Rashid dilaporkan berkata seramai 1,700 banduan serta kakitangan penjara berdepan masalah apabila terputus bekalan air bersih yang disalurkan AKSB sejak sebulan lalu.
Hanapi berkata, semakan juga akan dilakukan terhadap saluran paip sebelum dan selepas meter penjara walaupun sistem dalaman di bawah seliaan penjara.
Katanya, AKSB juga mengadakan kerjasama dengan kontraktor non revenue water (NRW), Ranhill Water Services membuat ‘step test’ dan juga ‘line proving’ di Tangki Kemumin.
“AKSB juga mengesyorkan pihak penjara membuat pemasangan injap sluise atas paip bersaiz 6 inci dan 4 inci bagi memisahkan aliran air daripada bercampur dengan kawasan perumahan berdekatan,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, tiada aduan yang direkod bermula Ogos sehingga sekarang daripada pihak penjara dan juga pengguna di kawasan sekitarnya berhubung masalah tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Ketengah animasi sebagai medium dakwah - MB
Salmiyah Harun, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, kaedah dakwah menggunakan animasi wajar diketengahkan untuk mendidik kanak-kanak kerana kelompok mereka ini lebih mudah menerima mesej melalui cara itu.
Katanya, animasi telahpun menjadi fenomena dalam negara, namun animasi Islamik perlu diperkasakan untuk mewarnai dunia hiburan kanak-kanak agar mereka terdidik dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
"Bukan setakat kualiti maklumat yang disalurkan dalam animasi tersebut dipentingkan malah ia merupakan satu cabang dakwah yang berkesan untuk menambat hati golongan muda dan kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Dakwah Negeri Kelantan pada tahun ini, yang julung-julung kalinya diadakan di Selangor.
Malah katanya, generasi muda yang telah terdidik dengan acuan yang betul mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan negara, yang mapan perlu bermula dengan pembangunan jiwa ummah yang mantap.
Secara tuntasnya kata beliau, itulah elemen yang mampu disuntik dalam kerangka pembangunan jiwa ummah bagi golongan teknodaei yang tercari -cari peluang dan ruang yang mudah untuk mendekati.
Tambah beliau, berdakwah tidak hanya terhad dengan cara yang melibatkan pendengar atau penonton, tetapi kalangan pembaca juga perlu diambilkira.
"Karya mampu dijadikan alat dakwah dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat supaya cenderung dan memahami Islam sebenar.
Namun, peranan yang dimainkan oleh penulis atau karyawan perlu dibuat penambaikan agar elemen Islam dalam karya penulisan dapat digarapkan seterusnya menambat hati pembaca," katanya.
Jelasnya, kerjasama antara pengkarya pengamal filem dan golongan agama perlu disinergikan agar filem atau novel yang dihasilkan mempunyai nilai yang tinggi.
Bagi mencari kepelbagaian dalam penyampaian dakwah, katanya, novel-novel Islam diadaptasikan dalam bentuk filem sudah tentu ia merupakan satu bentuk usaha yang bermotifkan dakwah kerana teknologi yang ada sekarang tidak seharusnya membantutkan perkembangan syiar Islam.
Program Bulan Dakwah Negeri Kelantan ini bertujuan untuk mengajak masyarakat Islam agar kembali menghayati tugas dan peranan mereka yang sebenar dengan harapan agar fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dapat dibendung dan masyarakat kita dapat diselamatkan dari kerosakan dan kebinasaan.
Pada tahun lepas, Program Bulan Dakwah diserikan dengan Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2012 yang telah diadakan di Dewan Besar, Kompleks Islam
Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan dan pada tahun ini.
Kali ini ada kelainan apabila pelancaran diadakan di luar Negeri Kelantan, Negeri Selangor telah menjadi lokasi pilihan sebagai isyarat kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha dakwah memperagakanIslam secara bijaksana, berjemaah tanpa sempadan kenegerian sebagai tugas bersama.
Katanya, animasi telahpun menjadi fenomena dalam negara, namun animasi Islamik perlu diperkasakan untuk mewarnai dunia hiburan kanak-kanak agar mereka terdidik dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
"Bukan setakat kualiti maklumat yang disalurkan dalam animasi tersebut dipentingkan malah ia merupakan satu cabang dakwah yang berkesan untuk menambat hati golongan muda dan kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Dakwah Negeri Kelantan pada tahun ini, yang julung-julung kalinya diadakan di Selangor.
Malah katanya, generasi muda yang telah terdidik dengan acuan yang betul mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan negara, yang mapan perlu bermula dengan pembangunan jiwa ummah yang mantap.
Secara tuntasnya kata beliau, itulah elemen yang mampu disuntik dalam kerangka pembangunan jiwa ummah bagi golongan teknodaei yang tercari -cari peluang dan ruang yang mudah untuk mendekati.
Tambah beliau, berdakwah tidak hanya terhad dengan cara yang melibatkan pendengar atau penonton, tetapi kalangan pembaca juga perlu diambilkira.
"Karya mampu dijadikan alat dakwah dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat supaya cenderung dan memahami Islam sebenar.
Namun, peranan yang dimainkan oleh penulis atau karyawan perlu dibuat penambaikan agar elemen Islam dalam karya penulisan dapat digarapkan seterusnya menambat hati pembaca," katanya.
Jelasnya, kerjasama antara pengkarya pengamal filem dan golongan agama perlu disinergikan agar filem atau novel yang dihasilkan mempunyai nilai yang tinggi.
Bagi mencari kepelbagaian dalam penyampaian dakwah, katanya, novel-novel Islam diadaptasikan dalam bentuk filem sudah tentu ia merupakan satu bentuk usaha yang bermotifkan dakwah kerana teknologi yang ada sekarang tidak seharusnya membantutkan perkembangan syiar Islam.
Program Bulan Dakwah Negeri Kelantan ini bertujuan untuk mengajak masyarakat Islam agar kembali menghayati tugas dan peranan mereka yang sebenar dengan harapan agar fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dapat dibendung dan masyarakat kita dapat diselamatkan dari kerosakan dan kebinasaan.
Pada tahun lepas, Program Bulan Dakwah diserikan dengan Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2012 yang telah diadakan di Dewan Besar, Kompleks Islam
Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan dan pada tahun ini.
Kali ini ada kelainan apabila pelancaran diadakan di luar Negeri Kelantan, Negeri Selangor telah menjadi lokasi pilihan sebagai isyarat kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha dakwah memperagakanIslam secara bijaksana, berjemaah tanpa sempadan kenegerian sebagai tugas bersama.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
Bukan Islam juga jadikan Jumaat hari kebesaran
Aslani M, | 29 Ogs 2013 |
TUMPAT: Penganut bukan Islam juga menjadikan hari Jumaat sebagai hari kebesaran bagi agama mereka di Kelantan.
Penganut Kristian turut mengunjungi gereja pada hari Jumaat sedangkan di negeri-negeri lain gereja dikunjungi pada hari Ahad.
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Lim Guan Seng berkata, begitu juga program Songkran bagi penganut Buddha dalam kalangan masyarakat Siam turut diadakan hari Jumaat.
Katanya, kalau diadakan pada hari lain program Songkran yang dianjur kerajaan negeri tidak ramai yang datang kerana ramai keluar bekerja.
“Sebabkan itulah festival Songkran anjuran Urusetia diadakan pada hari Jumaat. Festival itu kebiasaannya diadakan pada bulan April setiap tahun.
“Bagaimanapun tahun ini diadakan lewat sedikit memandangkan April berlangsung kempen pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.
Festival Songkran diadakan sempena sambutan tahun baru bagi masyarakat Siam diadakan pada 15 bulan kelima dalam kalendar lunar ketika bulan mengambang penuh.
Seng juga berkata, pada program Songkran anjuran kerajaan negeri turut diadakan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin. Pegawai dari Konsul Diraja Thai di Kota Bharu juga dijemput hadir.
Selain itu katanya juga kerajaan negeri turut menyalurkan sumbangan bagi membaiki bangunan atau taman di wat-wat Siam.
Antaranya peruntukan bagi membina bangunan kelas bahasa Thai di Wat Khosakaran di Tumpat sebanyak RM30,000.
Penganut Kristian turut mengunjungi gereja pada hari Jumaat sedangkan di negeri-negeri lain gereja dikunjungi pada hari Ahad.
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Lim Guan Seng berkata, begitu juga program Songkran bagi penganut Buddha dalam kalangan masyarakat Siam turut diadakan hari Jumaat.
Katanya, kalau diadakan pada hari lain program Songkran yang dianjur kerajaan negeri tidak ramai yang datang kerana ramai keluar bekerja.
“Sebabkan itulah festival Songkran anjuran Urusetia diadakan pada hari Jumaat. Festival itu kebiasaannya diadakan pada bulan April setiap tahun.
“Bagaimanapun tahun ini diadakan lewat sedikit memandangkan April berlangsung kempen pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.
Festival Songkran diadakan sempena sambutan tahun baru bagi masyarakat Siam diadakan pada 15 bulan kelima dalam kalendar lunar ketika bulan mengambang penuh.
Seng juga berkata, pada program Songkran anjuran kerajaan negeri turut diadakan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin. Pegawai dari Konsul Diraja Thai di Kota Bharu juga dijemput hadir.
Selain itu katanya juga kerajaan negeri turut menyalurkan sumbangan bagi membaiki bangunan atau taman di wat-wat Siam.
Antaranya peruntukan bagi membina bangunan kelas bahasa Thai di Wat Khosakaran di Tumpat sebanyak RM30,000.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-8-2013
Dahulu pemimpin PR, sekarang ahli biasa Umno
M Faqih, | 26 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: “Bukan tidak sayangkan PKR atau PAS, namun tidak senang hati dengan pemimpin tertentu. Saya lihat suara Melayu dalam parti semakin kurang,” kata seorang bekas pemimpin PKR Kelantan.
Beliau sudah lama meninggalkan PKR, kini meneruskan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.
Namun katanya hubungan peribadi dengan pemimpin PAS dan PKR Kelantan masih seperti dahulu.
Hujahnya lagi semua parti ada kelemahan masing-masing. Kalau dalam Umno semua orang tahu, semua berlumba-luma mendapat kontrak dan projek.
Oleh itu beliau berharap suasana seperti itu tidak wujud dalam PAS. Biar pun begitu bisiknya tidak dinafikan ada orang menggunakan nama parti bagi mengambil kesempatan bisnes.
“Teguran saya sebelum ini sama ada melalui kenyataan media atau ucapan hanya fokuskan kelemahan yang terkesan dalam sesuatu projek di Kelantan.
“Saya hanya bercakap kalau ada maklumat,” ujarnya ketika ditemui di sini. Ketika bersama PKR, beliau pernah dilantik menganggotai anggota lembaga pengarah agensi kerajaan negeri.
Beliau seperti memperlihatkan leluhurnya, mahu agensi kerajaan negeri diurus berkesan, tanpa berkompromi dengan segelintir pihak yang cuba mengambil peluang.
Luahnya, kalau ada masalah dengan pelabur, jangan sampai kita mengenepikan peraturan sehingga memberi peluang mereka bertindak di luar perjanjian.
Maksudnya kata beliau yang kini ahli Umno, jangan biarkan pelabur membangunkan tanah yang dilulus sehingga di luar garis sempadan.
“Saya masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri sekarang, biar pun kadang-kadang ada saya buat kenyataan menegur perkara tertentu,” ujarnya lagi.
Ditanya apa tawaran Umno kepadanya, jawapannya ringkas, tiada apa-apa.
Tanpa menyembunyikan rahsia peribadi, beliau sekarang bergerak sebagai ahli biasa Umno. Namun tegasnya, kalau Umno tidak betul beliau tanpa segan silu sedia menghentam dari dalam.
Beliau mahu bergerak atas prinsip sendiri. Bersuara atas kapasiti NGO. Pernah beliau menemui bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di Arab Saudi.
Tidak lama selepas itu dilihatnya bekas anggota parlimen Bachok itu keluar televisyen bersama Datuk Seri Najib Razak di Arab Saudi.
“Kalau dahulu idea kerajaan perpaduan saya marah, namun sekarang saya melihat seperti ada keperluan,” hujahnya.
Akhirnya terlihat beliau sekarang menjadi pendokong ortodok perjuangan Melayu. Beliau tinggalkan PKR kerana tidak yakin multiracial party.
Kalau dahulu ke sana ke mari sebagai pemimpin, sekarang sekadar pengikut. Ahli biasa dan cari makan sendiri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-8-2013
No comments:
Post a Comment