Untuk Sebelah Sana
- Jan 11, 2014
- MASSHAH
Ya, untuk sebelah sana...
telah tersebar ke seluruh negara
akan sebuah makluman yang membanggakan kalian
bersorak gembira ceria bagai dikata
kerana janji-janji telah dikota dengan jayanya
apalah sangat dengan kenaikan harga itu
mereka sedia, mereka sanggup, mereka tidak bantah
kerana mereka telah memilihnya dengan besar hati
mereka yakin dengan slogan ‘mereka didahulukan, pencapaian diutamakan’
mereka sudah lafaz janji setia janji ditepati dipeti-peti undi
mereka tidak akan lawan, mereka setia bersetuju gembira
naik bagaimana banyak sekali pun, mereka tetap sedia dan setia
mereka sanggup berkorban dan terkorban demi janji ditepati
mereka sanggup mati demi pertiwi bangsa diketepi sekali tidak
tradisi membela rakyat diyakini sepenuh jiwa raga
Ya, untuk sebelah sana...
derhaka pada sang penguasa tidak sekali-kali tidak
enam puluh tahun sudah cukup berjasa pada mereka
liat, kilat sampai berkarat tetap digenggam erat setia
naik, naik dan naik lagi tidak ada apa-apa pada mereka
biar hidupnya biasa-biasa, biar hidupnya susah-susah
naik, naik dan naik lagi semua itu tidak mereka kesah’
apa yang pihak oposisi peduli mereka tidak gemari
sengsara-sengsara, susah-susah mereka setia
mereka mensyukuri nikmat yang diberi
tanpa peduli diri mereka diperjudi
sang penguasa berjasa dulu, kini dan selamanya
mereka hadami slogan itu sedalamnya menjiwa
hingga mereka percaya itu hanya tempat bergantung semata-mata
kenaikan harga itu semua sudah ketentuan Allah segala
itu, ikut kata ulamak muda pandai bicara
Ya, untuk sebelah sana...
mereka setia membabi buta segala yang dikerah
sang penguasa terus menerus memaksa tanpa peduli
demi sebuah agenda transformasi apa lagi wasatiyah,
mereka peduli apa dengan kenaikan harga
janji semua-semua itu ada jangan tidak ada
tidak peduli pada suara oposisi dianggap fitnah kepada penguasa
mereka percaya kenaikan harga itu demi rasioalisasi subsidi
kenaikan untung untuk rakyat juga diambil peduli
itu sabda sang penguasa juga menteri-menteri yang mereka percayai
untung nasib BRIM akan diberi lagi misi janji-janji ditepati dilunasi
apa lagi yang oposisi tidak puashati pada menteri, itu kata mereka
mereka taat setia pada sang penguasa kerana penguasa ada berkata;
hanya parti pemerintah tempat bergantung untuk mereka
percaya dan percaya segunung harapan mereka menunggu harapan.
Ya, untuk sebelah sana...
entah kapan mereka ini bisa menyedari permainan keji dari sang penguasa
belum ada petanda yang bakal menginsafi diri mereka
pegangan khurafat terlalu mencengkam menjiwa pada diri
apakah ini takdir untuk mereka terus taat setia membabi buta
cukuplah apa yang mereka terus sokongi dan dokongi
lambat laun kepedulian segera bertunjang dijiwa mereka
itupun jika mereka, dapat mengikis karat-karat yang menebal didada-dada mereka
atau pun
kita saksikan sahaja, apa lagi yang mereka terus puja-puja muja-memuja sang penguasa
kerana itu semua takdir yang menentu segalanya,
untuk sebelah sana, moga insaf dan sedar diri
cukuplah penipuan enam puluhan tahun itu.
Masshah 2013
Bilik buku, Meru
Sumber HD - 11-1-2014
Hari jadi : Siapa yang tuan menteri undang malam ini
- Jan 08, 2014
- Irfan ES
ke parti hari jadi gilang-gemilang
di dewan tarian hotel terbilang
dengan aneka santapan terhidang
di luar kereta Porche Cayennes dan Toyota Alphards berbaris
di dalam orang-orang besar tersenyum manis.
Siapa yang tuan undang malam ini?
mana pengundi kawasan tuan
yang pernah dijanjikan kemakmuran?
tidak kami lihat para penyokong yang memberikan kemenangan
tidak kami lihat kelibat mereka yang menumpahkan kesetiaan.
Ketika tuan bergelak ketawa malam ini
atau bersalaman dengan manusia berpangkat tinggi
ingat-ingatlah kami
yang mesti mengikat perut
yang mesti terus terjerut
yang mesti berjimat-cermat semasa berbelanja
membeli barang keperluan yang paling rendah mutunya
yang mesti merenung hari esok dengan wajah muram durja.
Semoga malam ini tuan bersukacita
hidup bahagia dan lanjut usia
anak cucu sihat sejahtera
itu harapan rakyat jelata
yang hanya boleh memandang menumpang gembira.
Irfan ES, Januari 2014
Sumber HD - 8-1-2013
Demokrasi semakin tidak luhur – Pak Samad
- Dec 28, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Beliau berkata, semua kisah benar yang dialaminya dirakamkan dalam novel sebagai sejarah kepada generasi muda.
Antaranya ialah novel Hujan Pagi yang ditulis berdasarkan kisah benar beliau yang pernah berkhidmat sebagai wartawan.
"Zaman saya dahulu, saya meninggalkan beberapa buah buku. Kalau baca novel pertama saya, orang akan tahu itu tahun 30-an, masyarakat Melayu tinggal di Kampung Kambing.
"Dalam Sungai Mengalir Lesu, orang akan tahu kisah hidup di Singapura tahun 70-an bagaimana masyarakatnya harus mengutip bangkai di sungai untuk dimakan. Ini cerita benar tapi diperindah dengan seni.
"Waktu saya menjadi wartawan secara saya tidak sedar saya menjadi pencari makan tapi lama dalam dua dekad saya sedar saya bukan cari makan tapi saya dimakan.
"Dalam Hujan Pagi menceritakan bagaimana sebuah akhbar yang seharusnya memartabatkan demokrasi telah ditunggangi oleh kelompok tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta berucap di majlis Makan Malam dan Santai Seni anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi) di Alang Sedayu, Gombak malam tadi.
Majlis itu diadakan bagi meraikan 15 pelajar Universiti Malaya (UM) yang berjaya menamatkan kursus penulisan skrip teater termasuk dua pelajar dari Bali dan seorang dari Bangladesh.
Samad yang mesra dipanggil Pak Samad juga berkata, beliau berasa bertanggungjawab untuk bersuara bagi mengubah demokrasi yang disifatkan sebagai semakin tidak luhur.
"Jika ada orang bertanya saya, Pak, buat apalah bapak ada di jalan raya (sedangkan) kita sudah memilih orang yang kita wakilkan untuk menjaga tanah air.
"Saya cakap, menurut Ahmad Boestamam, kuasawan hanya kuasa. Kuasa boleh digerakkan tapi kuasa juga harus berpihak.
"Dan kita berada dalam situasi yang sangat getir sekarang ini di mana walaupun kita menerima demokrasi kita sebenarnya tidak meluhurkan demokrasi.
"Buat apalah orang tua 81 tahun seperti saya harus bersusah payah berada di jalan raya untuk PPSMI, untuk Bersih 2 dan 3, buat apalah?
"Tapi saya fikir bahawasanya bila tak buat apa-apa kita tidak mengubah apa-apa," katanya.
Beliau juga berpesan kepada generasi muda agar menjadikan seni dan sastera sebagai medium bersifat mengubah dan menggerakkan.
Ujarnya, sastera dan seni harus digerakkan di jalanan untuk menyedarkan masyarakat tentang sesuatu perkara, bukan hanya dipersembahkan di atas pentas dan di dalam buku.
"Saya hanya bercakap berdasarkan apa yang saya alami dan saya merasakan bahawasanya sastera memang benar harus berwawasan tapi lebih besar kalau ia boleh merubah.
"Inilah antara tugas yang berevolusi yang saya lakukan bahawasanya sastera tidak lagi dalam buku, dan sastera tidak lagi di hadapan mikrofon dan sastera juga tidak harus hanya bergerak di atas pentas. Sastera sekarang harus berada di tengah jalan raya.
"Selalu anak muda tanya saya, Pak, apa yang harus kami lakukan? Saya beritahu, setiap orang ada peranannya sendiri. Kalau dia seorang deklamator dia mendeklamasikan puisi, seorang pendebat akan berdebat, seorang pensyarah dia akan bersyarah dan itu semua alat.
"Kita harus tahu bahawa seni yang cantik itu perlu mengubah dan tidak ada jalan lain untuk mengubah melainkan membawa seni itu ke jalanan," katanya.
Menurut beliau lagi, seniman muda berperanan menentukan bentuk kehidupan yang diinginkan mereka.
"Kita selalunya tidak bertanya mengapa di tanah air kita ini hanya sekelompok sahaja yang bersuara.
"Jarang kita bertanya itu sebab sebagai seniman kita fikir tugas kita hanya menulis sahaja. Rakam sahaja, orang baca, akhir tahun tunggu kalau-kalau ada royalti.
"Seniman menentang segala dari hati nuraninya selepas menatap realiti yang ada. Antara realiti yang ada ialah pemansuhan demokrasi.
"Zaman saya meninggalkan hanya warisan kepada anda semua. 50 tahun kelompok saya hanya berjuang dengan pena, mesin taip atau dengan ucapan.
"Sekarang zaman anda semua, zaman angkatan muda harus menentukan bentuk kehidupan. Kalau anda mahu terus menerus menjadi mangsa saya tidak boleh halang. Kalau anda mahu merubahnya saya merelakan," katanya.
Sumber HD - 28-12-2013
Apa nak jadi negeriku...
- Dec 24, 2013
- Hjarib
APA NAK JADI NEGERIKU...
Apa nak jadi negeri ku
Dahulu kala negeriku tersohor
Negeri rebutan
Dicemburui merata semesta
Lalu ditaklukinya
Oleh pelbagai bangsa dunia
Dek kerana rempahnya yang subur
Dek kerana madunya yang manis
Dek kerana ia membawa rahmat sekelian alam
Maka bertukar tanganlah
Puak-puak penjajah
Meluaskan wilayah
Akhirnya kembali juga negeriku
Ketangan anak bangsaku sendiri
Yang ilmunya sama ilmu penjajah
Yang citarasanya sama citarasa penjajah
Yang anutannya sekadar anutan darah
Bukan anutan syumul
Maka memerintahlah seluruh negeri
Memunggah hasil bumi
Memajukan ekonomi,
Memimpin demokrasi
Menuju modenisasi
Tranformasi tanpa isi
Isi hati hakiki
Isi duniawi semata tanpa ukhrawi
Hidup untuk hidup sementara
Tanpa kira dosa pahala
Persetan hukum bikinan Ilahi
Minda manusia menjadi penentu
Apa sudah jadi negeriku
Sekali lagi minda negeriku dijajah
Oleh orang kita
Sama warna,
Sama bahasa
Sama agama
Tapi asing citarasa
Asing hukum nilai
Asing akal budi
Rakyat jadi abdi
Dicukai sesuka hati
Direalisasi segala subsidi
Harga keperluan mendaki
Penguasa tiada peduli
Rakyat dituduh pengkhianat
Hanya kerana enggan berjimat
Sedang penguasa cukup cermat
Memfaraid mahsul negeri
Sesama sendiri
Semuanya berjustifikasi
Dilulus menteri
Dewan jadi saksi
Pahlawan Pandir beraksi
Menjawab kemas bernas berisi
Kasihan rakyat bersekolah, ke Universiti
Seperti tidak mengerti….
Dimanakah hujungnya kepelikan ini
Pasrah bukanlah sifat pejuang hakiki
Tegakkan semula Daulah dihati
Mata rantai Daulah Nabawi
Hjarib
Kubang Kerian
26 Nov 2013Sumber HD - 24-12-2013
Perkampungan Seni Lendu dan 'Rumah Waris Uwan'
- Dec 05, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Tiga hari dua malam berkampung di Perkampungan Seni Antarabangsa Lendu (Liac 2013) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, pastinya pelbagai pengalaman dan ilmu yang sempat saya kutip.
Selain dapat mendekati dan mengenali kelompok seniman dan karyawan baru dan lama, saya lebih memahami perjuangan mereka memartabatan seni warisan Melayu.
Saya juga dapat merasai betapa seni sedang merakyat di Kampung Lendu yang saya kira cukup bertuah kerana berada hampir dengan UiTM Melaka.
Satu kelebihan bagi Kampung Lendu kerana pensyarah-pensyarah dan pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) mempunyai kesungguhan untuk mengindahkan kampung tersebut dengan sentuhan seni mereka.
Namun apa yang paling berbekas di hati saya adalah mengenai hasrat pengkaji seni budaya warisan Melayu, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail untuk mengekalkan seni dan warisan kampung tradisi di Kuala Lumpur.
Siti Zainon merupakan anak jati Kampung Bandar Dalam, Gombak, salah satu daripada tujuh buah kampung yang hanya menunggu masa untuk dilupuskan dan dibangunkan dengan bangunan-bangunan moden.
Beliau sejak dahulu lagi aktif berkolaborasi dengan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) menganjurkan acara seni budaya kampung.
Antara acara seni budaya yang pernah diadakan di Kampung Banda Dalam adalah pada 2010 sempena Dirgahayu 150 tahun Kampung tradisi di Madrasah Tarbiyah Kampung Bandar Dalam.
Acara tersebut berjaya menghasilkan antologi puisi oleh 56 orang penyair.
Pada acara itu juga, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melancarkan buku 'Kasih Bonda, Kapung Paya Kami' karya Siti Zainon.
Selain Kampung Banda Dalam, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Puah, Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia dan Kampung Puah Seberang, di Gombak juga akan dilupuskan untuk pembangunan.
Saya kira Liac 2013 ini menyuburkan lagi semangat beliau yang sedia tertanam untuk mempertahankan kampung tradisi.
Dalam perbualan santai beliau dengan pihak penganjur Liac 2013, beliau berulang kali menceritakan kisah Kampung Banda Dalam yang akan tergadai di tangan kapitalis dan betapa dalam hasratnya untuk mempertahankan kampungnya sebagai kampung tradisi.
Malah dalam ucaptamanya pada malam perasmian Liac 2013, beliau juga menyentuh mengenai hal itu dan berharap program sebegini dapat diadakan di Kampung Banda Dalam dan kampung tradisi lain di Kuala Lumpur.
"Kampung Banda Dalam dan kampung-kampung sekitar di Gombak merupakan kampung tradisi yang mesti dipertahankan.
"Kalau bukan anak-anak kampung sendiri yang mempertahankan warisan dan tradisi Melayu, siapa lagi?
"Saya mengimpikan Kampung Banda Dalam dan sekitar Gombak menjadi seperti Lendu, yang masih terpelihara seni dan warisan kampungnya,"katanya.
Malah beliau sudah mengabadikan segala kisah dan warisan Kampung Banda Dalam ke dalam buku bertajuk Rumah Waris Uwan-Membaca Peta Kuala Lumpur 2020.
Buku tersebut diterbitkan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) pada awal tahun ini.
Membaca buku tersebut, saya kagum dengan segala usaha beliau menyimpan segala warisan tinggalan nenek moyangnya.
Antara petikan buku tersebut:
"Kampung Paya kemudian berganti dengan Kampung Bonda Dalam. 'Bonda' dialek Minang yang bererti tali air. Tatkala berlakunya banjir besar, 'bonda' atau tali air Sungai Gombak menjadi dalam, kemudian dengan sebutan baku, 'bonda' menjadi 'bandar' dan 'bandar' yang dalam itulah Kampung Banda Dalam,"
"Mengapa harus mengalah dan keluar dari penempatan dengan wang agihan, hingga kampung dibedah, diredah, lori traktor masuk bebas ke muka kampung, jalan penuh debu, lecah,"
Sambil memerhati peserta-peserta Liac 2013 bergotong-royong seni di Kampung Lendu, beliau berkata:
"Alangkah bagusnya kalau arca-arca ini ada di Kampung Banda Dalam. Alangkah bagusnya kalau semua anak kampung bersatu hati pulang mengindahkan kampung.
"1 Februari, Hari Wilayah, Kita buat pameran kampung tradisi. Yani kena tolong bonda dokumentasikan bahan-bahan. Cari kawan-kawan lain juga. Kalau bukan kita, siapa lagi nak pertahankan warisan Melayu?" ujarnya.
Saya mengangguk. Mungkin kerana patuh, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak mahu kampung tradisi hilang dalam peta Kuala Lumpur.
Sumber HD - 5-12-2013
Pertemuan seni budaya kampung tradisi esok
Hazayani Zakaria , | 15 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Para seniman, pengkaji budaya, aktivis serta penduduk kampung-kampung tradisi di Kuala lumpur akan bertemu dalam program Seni-budaya Kampung Melayu di ibu kota, esok.
Bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), program anjuran bersama Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) akan bermula jam 9.00 pagi dan dijangka selesai jam 12.00 tengah hari.
Menurut Presiden Paksi, Dinsman, program esok adalah lanjutan kepada acara seni budaya yang pernah diadakan di Kampung Banda Dalam pada 2011.
Acara tersebut berjaya menghasilkan antologi puisi oleh 56 orang penyair.
Beliau berkata, selain ceramah, program esok akan diisi dengan sesi dialog antara penduduk yang hadir, deklamasi puisi dan pameran khazanah kampung dan sejarah pemusnahannya.
"Dengan lenyapnya kampung-kampung Melayu ini maka lenyaplah segala unsur seni budaya yang wujud di kampung-kampung tersebut. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan.
"Oleh itu kita perlukan pemikiran baru, usaha baru untuk memajukan apa yang kita miliki ini dan saya fikir pertemuan dengan semua pihak harus diadakan bagi menunjukkan kesepakatan kita alam mempertahankan kampung Melayu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, walaupun pada asalnya ada tujuh Kampung Melayu yang diperjuangkan untuk menjadi kampung warisan, namun ia bertambah apabila ada penempatan India dan Cina akan turut dimusnahkan iaitu Kampung Railway, Sentul dan Jalan Sultan.
Sebelum ini, Paksi dan Muafakat mempertahankan Kampung Banda Dalam, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Puah, Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia dan Kampung Puah Seberang, di Gombak daripada dimusnahkan untuk pembangunan.
"Pertemuan esok akan turut dihadiri oleh penduduk Kampung Railway, Sentul yang kebanyakannya rumah mereka dirobohkan untuk projek KTM dan penduduk Jalan Sultan yang terjejas dengan projek MRT," katanya.
Justeru beliau mengajak warga kota yang cakna dengan budaya dan warisan orang Malaysia hadir beramai-ramai ke program esok.
"Saya mengingatkan semua, kampung tradisi adalah warisan masyarakat kita, Jadi marilah kita bersama-sama dalam acara esok," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-11-2013
Sastera dan perjuangan berpisah tiada
H Fansuri, | 06 Nov 2013 |
SEJAK awal ruangan sastera dan budaya dimulakan di dalam akhbar Harakah edisi cetak, ia terjadi sekitar tahun 2007 atau 2008 ketika ada gegaran muncul mendadak di Thailand akibat rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Sekumpulan mahasiswa di Universiti Thammasart, Bangkok tiba-tiba bangkit, seperti mana kebangkitan mereka pada tahun 1976 apabila mereka terbunuh beramai-ramai dalam peristiwa rampasan kuasa juga.
Salah satu novel yang menceritakan peristiwa ini adalah Rice Without Rain (Minfong Ho) yang pernah menjadi teks kajian bagi pelajar Matrikulasi USM.
Thailand menyaksikan banyak pertumpahan darah ekoran pergolakan yang ditimbulkan oleh peristiwa coup d' etat (kudeta tentera). Sebenarnya tradisi ini bukan kisah baharu. Sejak dahulu lagi malah disebut di dalam teks sejarah sekolah, peristiwa rampasan kuasa Siam itu dilakukan oleh Panglima Chakri.
Pendek kata, Siam (tepatnya Thai) dan kudeta tentera berpisah tiada. Sejarah pergolakan dan pertumpahan darah ini selalu dipahat dalam lembaran kisah lidah, bawaan mulut ke mulut, dan diperturunkan secara turun-temurun.
Dalam Syair Singapura Terbakar, karangan Abdullah Munshi, kita boleh lihat bagaimana peristiwa sedih ini dilakarkan dalam gambaran bahasa persajakan dan persyairan. Melalui karya ini juga kebanyakan pengamat sastera melihat sosok Abdullah ini sebagai wartawan Melayu.
Benar salahnya tanggapan terhadap Abdullah Munshi, bukan tajuk yang ingin dibahas. Yang terbangun di sini adalah kefahaman bahawa sastera itu adalah alat merakam aksi perjuangan, revolusi dan pemahat aksi revolusi alami.
Seperti Doctor Zhivago yang merakam gejala perlawanan dalam masyarakat (revolusi manusia) seperti itulah Syair Singapura Terbakar memahat riwayat duka sengsara atas nama revolusi yang terledak oleh suara jeritan alam.
Dalam amalan kewartawanan (berita), wartawan itu diharamkan menghurai persoalan hikmah dan pengajaran. Namun dalam kesusasteraan, persuratan (cerita), maka persoalan hikmah dan pengajaran itu yang menjadi inti utama.
Kisah pergolakan mahasiswa Thammasart sekitar 1976 telah dirakam dalam bentuk berita, manakala muhasabah hikmah serta renungan pengajarannya dipersembahkan dalam bentuk cerita yang ditebalkan dengan watak, plot di dalam novel Minfong Ho.
Saya fikir, inilah sebabnya kenapa 'Catatan Wartawan' diwujudkan di dalam Harakah. Iaitu tujuannya agar wartawan tadi dibenarkan untuk 'berkhutbah' sekali-sekala berhubung hikmah dan pengajaran yang tidak sempat dimuat di dalam coretan pemberitaan mereka selama ini.
Al-Quran sebagai persuratan yang maha kaya dengan hikmah, renungan dan inti pengajaran sering memaparsiarkan cerita aksi revolusi rasul, nabi dalam melawan Firaun-Namrud dan menayangkan revolusi alam dalam mengguling kaum-kaum yang ingkar. Laut terbelah dan tanah terbalik menjadi Laut Mati adalah contoh revolusi alam yang pernah ditampilhadirkan dalam al-Quran.
Maka al-Quran itu sendiri secara tidak langsung telah memihak kepada aliran perjuangan dan mazhab 'seni untuk rakyat' dan bukan 'seni untuk seni'.
Atas kesedaran itu, ruangan sastera dan budaya hadir untuk memberi ruang kepada rakyat. Moga kita dapat bersama mempersembah sikap penggulingan BN ini dengan tampilan seni perjuangan yang sememangnya beraneka warna-warni.
Seperti jatuh bangunnya perjuangan mahasiswa Thammasart pada 1976 dan 2007; wira datang dan pergi. Tapi, perjuangan revolusi tak akan pernah mati!

Sumber HD - 6-11-2013
Budayawan & kuasawan: Berbeza dalam bersatu
Respons | Dr. Muhaimin Sulam, | 04 Nov 2013 |
ADALAH tidak wajar untuk saya membiarkan ‘‘rumah siap pahat berbunyi’ selepas berlangsungnya ‘Majlis Makan Malam Pimpinan- Budayawan’ pada dua minggu lalu di Hotel de Palma, Shah Alam.
Majlis tersebut dihadiri oleh Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof serta beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat antaranya Ustaz Abu Bakar Chik, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Rosli Yaakub, Khalid Samad, Anuar Tahir.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Othman dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus dan Ustaz Salehen Mukhyi.
Mazlan Aliman sepatutnya hadir tetapi tersilap kerana menyangka program diadakan di De Palma Ampang. Maknanya, kehadiran barisan pimpinan itu sudah memadai bahawa PAS serius dalam menyelami suara nurani budayawan.
Dalam ucapan alu-aluan saya menyebut, “Di dada saya adalah budaya dan seni, di sebelah dada saya lagi adalah siasah”.
Rasanya memadai ungkapan itu memberi gambaran kedudukan saya berada di tengah-tengah istilah yang disebut oleh Pak Samad Said sebagai ‘kuasawan’ dan budayawan. Saya ingin menjadi jambatan kepada kelompok yang berbeza ini.
Sayuti Omar yang hadir pada malam itu menulis bahawa Dinsman, Pengerusi Seniman Paksi Rakyat (Paksi) yang berucap pada malam itu bagai ‘anjing yang menyalak ke bukit’ apabila meluahkan beberapa isu di hadapan khalayak kuasawan yang hadir.
Dinsman menjawab dalam kolumnya di Harakah bagi menafikan dakwaan tersebut. Tanpa menafikan kearifan kedua-dua tokoh tersebut dalam bidang mereka, saya kira kita perlu lebih bersikap objektif dan realistik.
Sebelum ini, beberapa siri dialog dan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak telah pihak Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat lakukan. Tambahan pula, lujnah ini bukanlah terlalu penting dalam pemikiran kebanyakan ahli dalam PAS sendiri. Otak mereka sudah obses dengan politik. Kadangkala terasa sudah sampai peringkat ‘malas’ hendak berdialog kerana penghujungnya masih tiada langkah yang konkrit dapat dilihat. Namun, ‘malas’ itu virus yang melemahkan misi saja merealisasikan hasrat Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat diwujudkan tiga tahun lalu.
Semua golongan memiliki fungsi masing-masing pada pembentukan sebuah bentuk masyarakat dan negara. Projek kesenian yang boleh mewujudkan satu ‘kebudayaan’ memerlukan proses berterusan. Ada sesetengah budayawan, seniman memiliki bakat dan kemahiran hebat yang lahir dari kesungguhan mereka berkarya.
Mereka berkarya bukan kerana wang ringgit atau kedudukan tetapi minat dan kefahaman diri mereka sebagai anggota masyarakat atau pun dalam konteks yang lebih luas adalah sebagai khalifah fil ardhi. Kelompok ini sama ada kerajaan membantu atau tidak, mereka terus berkarya hingga ke liang lahat.
Ada di kalangan mereka kurang memiliki nilai ‘keusahawanan’. Kelompok ini akan gagal bila mengharapkan projek atau program kesenian daripada kerajaan. Mereka mengharapkan agar wujud ‘kesedaran tinggi’ di kalangan pimpinan kerajaan terhadap kepentingan kebudayaan dan kesenian. Kadangkala idea budayawan gagal menembusi tembok birokrat yang begitu renyah dalam soal peraturan dan prosedur.
Akhirnya kertas kerja budayawan akan tersimpan dalam timbunan fail-fail projek atau program yang dihantar ke meja ahli politik yang ada jawatan. Tingkat atau lapis-lapis yang terpaksa dilalui ini boleh diubah agar disegerakan untuk mendapat kelulusan. Syaratnya, masih tetap perlu ada proses perhubungan yang berterusan. Kerana itu, ada kelompok mendakwa diri mereka sebagai budayawan/seniman memperolehi peluang projek kerana memiliki kelebihan ‘otak bisnes’. Biarpun mereka bukan benar-benar terlibat dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Sikap tidak boleh pegang janji, dolak dalih, bohong bukan sifat khas buat ahli politik. Sifat itu mungkin ada pada budayawan sendiri, artis, pegawai, pekerja, petani, peniaga, wartawan, pengemis bahkan ulama juga mungkin ada memiliki sifat buruk itu.
Sikap buruk itu dapat dihadapi jika ada sumber kekuatan daripada kalangan budayawan dan seniman bekerja sama dengan sesiapa sahaja yang memiliki kesungguhan merealisasikan hasrat bersama kita.
Naik turun tangga ke pejabat untuk mendapatkan ‘projek’ samalah juga seperti petani ke bendang setiap hari. Sama seperti penoreh terbongkok-bongkok menghadap pokok getah di awal pagi hari. Sama seperti pensyarah berulang alik universiti. Semua ini adalah karyawan. Mencipta kerja untuk menggugurkan buah-buah rezeki dari langit Tuhan.
Pagi Isnin (tidak sampai 24 jam majlis makan malam itu berakhir), saya diminta oleh orang kuat YAB MB Selangor untuk ke Shah Alam segera bagi membincangkan isu-isu kebudayaan dan kesenian yang dibangkitkan.
Saya tidak optimis tapi saya cuba belajar daripada cabaran Tuan Guru Abdul Hadi Awang (saya akui ramai yang terasa tidak puas hati dengan jawapan beliau) pada malam itu warga budayawan dan seniman perlu mencari jalan untuk mendapatkan ‘sesuatu’ daripada Kerajaan Selangor.
Jangan berhenti mencari jalan!
______________________
Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat

Sumber HD - 4-11-2013
Selar Pak Samad, Muhyiddin tindak jadi hakim
Harakahdaily, | 07 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN lain menghentikan tindakan memangsakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.
Guan Eng berkata, kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan Pak Samad sebagai “tidak senonoh dan memalukan”, adalah cuba bertindak seperti pendakwa dan hakim.
"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus hentikan pemangsaan oleh kerajaan Persekutuan terhadap Sasterawan Negara A Samad Said atas dakwaan mengkibarkan bendera Sang Saka Malaya pada ambang sambutan Hari Merdeka.
"Dengan menyelar Pak Samad Said sebagai “tidak senonoh dan memalukan”, Tan Sri Muhyiddin bertindak seperti pendakwa dan hakim," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, adalah tidak wajar seorang sasterawan negara yang telah banyak benabur jasa dilayan sedemikian.
Pak Samad ujarnya, sepatutnya dijulang sebagai kebanggaan negara, namun sebabliknya seperti terdapat usaha terancang untuk memalukan dan memangsakan beliau.
Beliau turut menyelar kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabeery Cheek yang telah membuat ugutan untuk menarik balik anugerah Sasterawan Negara.
"Lebih memalukan lagi kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa bahawa polis terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Pak Samad seolah-olah bersembunyi daripada polis dan “telah balik secara senyap-senyap” selepas tengah malam.
Pak Samad telah pun menafikan tuduhan tersebut dan sebaliknya berkata beliau hanya berada di rumah hampir keseluruhan petang tersebut," katanya lagi.
Pada pukul 12.30 pagi 4 Septemberlalu, polis telah menahan Pak Samad di kediamannya di Bangsar sebelum membawanya ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat. Beliau telah dilepaskan selepas dua jam.
Guan Eng menyifatkan cara penahanan Pak Samad di bawah Akta Hasutan pada tengah malam buta adalah tindakan salah guna kuasa yang amat mengejutkan dan angkuh.
"Kenyataan-kenyataan bongkak oleh menteri Persekutuan dan tindakan angkuh oleh polis terhadap seorang Sasterawan Negara yang juga warga emas yang tidak berupaya mempertahankan diri adalah sangat jijik dan harus dikecam oleh semua rakyat Malaysia.
"Jelas, Pak Samad dimangsakan atas pendirian beliau yang teguh memperjuangkan isu-isu penting negara seperti reformasi pilihan raya dalam kapasitinya sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0," katanya lagi.
Tegasnya, pihak polis seharusnya menumpukan perhatian melawan penjenayah daripada melawan seorang sasterawan.
"Apa-apa pun, sejarah akhirnya akan membuktikan bahawa “mata pena lebih tajam daripada mata pedang”, jelasnya.

Sumber HD - 7-9-2013
Tanda Putera bukan 100% sejarah tapi propaganda
Hazayani Zakaria, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Tanda Putera merupakan filem yang mempunyai unsur sejarah, tetapi tidak memaparkan sejarah secara keseluruhan, kata Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam.
Bagaimanapun beliau berkata, sama ada bersetuju atau tidak dengan fakta yang dikemukakan dalam filem tersebut, masyarakat harus menyokong usaha penerbitan filem yang mengangkat nilai sejarah dan memartabatkan akal manusia.
"Nak kata (Tanda Putera) sejarah seratus-peratus pun salah, tiga suku sejarah pun susah nak sebut tapi dia ada nilai sejarah dan kita kena sokong filem yang macam ini daripada filem-filem komedi, hantu, yang aksi mengada-ngada.
"Kita tak suka tafsiran Tanda Putera itu soal lain. Saya sendiri pun tak setuju tapi kita kena sokong filem yang mengangkat martabat akal kita, tidaklah setiap kali buka tv setiap kali itulah kita rasa diperbodoh," katanya.
Beliau berkata demikian dalam forum 'Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah?' di Restoran Nasi Kandar Pelita, dekat sini malam tadi.
Forum anjuran bersama Universiti Terbuka Anak Muda dan Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi itu turut menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Editor Dewan Sastera dan pengkritik filem, Fadli Al-Akiti dan anak kepada Allahyarham Tun Dr Ismail, Tawfik Tun Dr Ismail.
Mengulas lanjut, Muhaimin berkata, filem sejarah tidak akan menjadi filem yang benar-benar memaparkan sejarah sebaliknya merupakan propaganda dan menjadi medium untuk penonton menyokong pihak yang membikin sesuatu filem.
Namun katanya, sebagai orang yang berakal, masyarakat seharusnya tidak bimbang dengan agenda yang dibawa penerbit filem kerana tidak semua fakta dalam filem atau dari buku akan diterima.
"Saya sangat setuju apa yang disebut bahawa di sebalik nilai seni ada propaganda, ada sesuatu nilai yang nak disampaikan dan itu normal.
"Sebab itu filem terbaru The New Village diminta ditarik balik kerana memaparkan rasa simpati kepada komunis kerana komunis ini musuh nombor satu di negara kita.
"Sama juga dengan Tanda Putera, DAP tak puas hati fasal dalam episod Tanda Putera itu memaparkan seakan-akan DAP ini bertanggungjawab dalam rusuhan 13 Mei, sebaliknya bila kita balik kepada sejarah ia ada banyak versi.
"Ada yang mengatakan 13 Mei ini memang dirancang berlaku. Itu satu pendapat minoriti tapi yang majoriti cakap Gerakan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tak puas hati dengan keputusan pilihan raya 1969. Kenapa DAP yang dipaparkan, tidak PPP, tidak Gerakan kerana mereka dah sertai Umno," kata pensyarah Di Universiti Teknologi Petronas yang memegang PhD Sejarah dari University of Wales ini.
Ditanya mengenai penggunaan dana kerajaan untuk menerbitkan filem tidak mendatangkan keuntungan, penulis buku 'Mat Indera: Petualang atau Pejuang' ini berkata, projek kesenian dan kebudayaan sangat penting untuk diteruskan di negara ini kerana ia akan membina jiwa dan akal manusia.
"Saya tak setuju kalau buat filem (kerana) nak untung. Projek-projek kebudayaan semuanya merugikan. Saya sebut merugikan kerana saya difahamkan kalau pementasan teater pasti rugi. Kalau kita nak dapat pulangan pelaburan memang tak akan dapat.
"Sebab itu kalau kita ukur keuntungan daripada tiket atau sebagainya dengan projek kebudayaan, ini tak laku. Tetapi ia sangat penting terutama dalam negara yang sedang membangun ini kerana projek-projek kebudayaan, teater, lagu, muzik dan sebagainya adalah satu projek pembinaan taman jiwa, taman akal manusia.
"Perkara ini pasti sebahagian besar kita tak ambil perhatian. Sebab itu saya sokong (projek kebudayaan). Kalau pas jadi kerajaan pun kita akan beri dana yang lebih dari sekarang.
"PAS bersama Pakatan Rakyat jika diberi mandat pada pilihan raya akan datang, daripada bagi dana kepada rakyat yang terus bergantung hidup pada kerajaan, lebih baik bagi dana bagi penerbit filem," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 50 hadirin terdiri dari golongan muda.

Sumber HD - 6-9-2013
Pak Samad tidak kisah tarik balik gelaran SN
Hazayani Zakaria, | 05 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said tidak kisah jika kerajaan bertindak menarik balik gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada tahun 1985.
"Jawapan bapak mudah sahaja. Bapak alu-alukan. Sekiranya mereka (kerajaan) mahu berbuat demikian teruskan dan bapak ucap terima kasih," katanya ketika dihubungi Harakadahdaily hari ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian sebagai memberi respons terhadap kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang tidak menolak kemungkinan gelaran tersebut ditarik balik.
Desakan itu timbul ekoran Pak Samad dikatakan terlibat dalam insiden pengibaran Bendera Sanga Saka Negara di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu.
Pak Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Kenyataan Shabery itu turut mengundang respons Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai melampau dan menafikan sumbangan Pak Samad dalam bidang kesusasteraan negara.
“Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan?” katanya.
Tambah beliau juga, ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui Bersih telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda.
Sementara itu, ditanya keadaan Pak Samad ketika ini, beliau dengan suara yang ceria berkata 'bapak Alhamdulillah sihat'.
"Bapak masih di Masjid Negara. Siapa-siapa mahu mencari bapak, boleh sahaja ke sini," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilaporkan mendakwa Pak Samad bersembunyi dan pulang ke rumahnya di Bangsar secara senyap-senyap sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.
Pak Samad bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya berkata beliau hanya berada di rumah sebelum bersiar-siar di sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumahnya.
"Jawapan bapak mudah sahaja. Bapak alu-alukan. Sekiranya mereka (kerajaan) mahu berbuat demikian teruskan dan bapak ucap terima kasih," katanya ketika dihubungi Harakadahdaily hari ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian sebagai memberi respons terhadap kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang tidak menolak kemungkinan gelaran tersebut ditarik balik.
Desakan itu timbul ekoran Pak Samad dikatakan terlibat dalam insiden pengibaran Bendera Sanga Saka Negara di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu.
Pak Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Kenyataan Shabery itu turut mengundang respons Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai melampau dan menafikan sumbangan Pak Samad dalam bidang kesusasteraan negara.
“Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan?” katanya.
Tambah beliau juga, ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui Bersih telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda.
Sementara itu, ditanya keadaan Pak Samad ketika ini, beliau dengan suara yang ceria berkata 'bapak Alhamdulillah sihat'.
"Bapak masih di Masjid Negara. Siapa-siapa mahu mencari bapak, boleh sahaja ke sini," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilaporkan mendakwa Pak Samad bersembunyi dan pulang ke rumahnya di Bangsar secara senyap-senyap sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.
Pak Samad bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya berkata beliau hanya berada di rumah sebelum bersiar-siar di sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumahnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
Memberdayakan Malaysia dengan budaya
Ustazah Nuridah Salleh, | 22 Ogs 2013 |
Warga Malaysia dari segenap kaum seharusnya bersyukur dan merasa bertuah dapat menikmati kehidupan di bumi bersejarah ini. Malaysia diiktiraf oleh UNESCO sebuah negara yang unik kerana didiami pelbagai lapisan kaum yang didominasi tiga kaum utama dari Melayu, Cina dan India di samping kaum Kadazan, Bajau dan selanjutnya. Kepelbagaian kaum yang wujud ini menandakan bahawasanya tumbuhnya pelbagai budaya atau multi-budaya.
Budaya sebenarnya mewajahkan Malaysia sebuah negara yang istimewa. Akan tetapi negara pasca PRU13 mengalami serangan perkauman yang rasis oleh pihak kerajaan. Semenjak negara mengecapi kemerdekaan, polemik perkauman sengaja diapi-apikan pihak pemerintah dahulunya Parti Perikatan yang kemudiannya dikenali Barisan Nasional (BN). Isu perkauman dijadikan alat untuk survival politik mereka untuk terus kekal berkuasa.
Sebaliknya, kepelbagaian dan variasi budaya yang ada mesti dimanfaatkan pihak kerajaan untuk meletakkan negara sebagai sebuah negara hub utama budaya dan sebagai empayar budaya serantau mahupun dunia. Ini tidak mustahil mampu direalisasikan dan dicipta jika diamati dan dicermati dari aspek geografi, demografi dan jua historiografi. Inilah tiga kekuatan utama yang mampu menempatkan Malaysia dalam peta dunia sebagai kuasa budaya.
Menelusuri faktor geografi, kedudukan Malaysia amat strategik di dalam aturan peta dunia. Berada di tengah-tengah antara laluan ke Timur dan Barat. Ini bukan soal laluan perkapalan tapi laluan penerbangan. Justeru, tidak mustahil Malaysia bakal muncul sebagai hub utama budaya di samping boleh mendapat dominasi dalam dunia pelancongan juga.
Adapun dari sudut demografi, dinamisme kependudukan negara juga amat menarik. Sebagai contohnya, Melayu terdiri dari Melayu Jawa, Melayu Banjar dan sebagainya. Begitu juga kaum Cina yang mengikut kajian tidak kurang hampir 14 etnik yang mendiami negara sekarang. Dan jua kaum India dari Tamil, Malayalam dan Hindi. Faktor ini memungkinkan perkembangan pendidikan budaya yang sihat andai kerajaan bijak mencatur. Sosio-budaya masyarakat boleh berkembang positif.
Kesempatan ini, langkah cross-cultural atau rentas budaya mesti dibudayakan selari dan sejajar dengan Malaysia yang majoriti menganut Islam supaya tiada percanggahan dari sudut agama. Pelbagai program dan aktiviti rentas budaya mesti dioptimumkan sebaik mungkin. Masyarakat mesti saling diperkenalkan dan punya deria untuk berkongsi. Budaya membuka ruang untuk menjadi sebuah komuniti yang sihat dan berdaya.
Selain itu, sikap dan fahaman ethno-centrism juga mesti dikawal baik supaya ia kekal dalam ruang positif. Masing-masing berhak menjaga dan memelihara etnik sendiri, tetapi sikap menerima dan terbuka kepada etnik lain juga mesti disemai. Cukup sudah bagi kita bukti bagaimana perbezaan budaya masyarakat Arab berjaya diharmonikan Nabi Muhammad S.A.W. dan akhirnya membina sebuah civil society atau masyarakat yang bertamadun. Amerika Syarikat berjaya manfaatkan budaya negara itu untuk muncul sebuah grand nation-state.
Memberdayakan budaya dalam erti kata tidak mengabaikan perkara-perkara yang mungkin bercanggah dari sudut aturan agama khasnya Islam. Namun, bukan bermaksud Islam tidak membenarkan perkongsian budaya. Budaya dijadikan alat perpaduan bukan perkauman yang kerajaan momokkan.
Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mesti merangka suatu Pelan Rapat Budaya atau Culture Engagement Plan (CEP). Kepelbagaian etnisiti mesti dipertautkan melalui pelan tersebut. Pelan sebagai suatu blueprint mengharmonikan konflik perkauman dan menguatkan semangat kesatuan. Bersatu dalam sebuah negara yang benar-benar demokratik.
Antara lain, Kementerian Pendidikan juga menerusi institusi-institusi pendidikan awam mahupun swasta mesti diberi nafas baru sebagai react agent atau agen perubah. Sukatan pelajaran mesti diberikan suntikan lebih kuat ke arah menjayakan agenda Knowledge Culture atau K-Budaya. Di peringkat persekolahan menengah dan rendah juga sama.
Melihat kepada kegagalan kerajaan menjuarai isu perkauman ini, kewujudan sekolah aliran jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak lagi relevan ke arah membasmi masalah antara kaum. Sekolah-sekolah mesti dijadikan Rumah Budaya yang pernah dilaksanakan Indonesia untuk anak-anak generasi baru saling belajar dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara.
Tuntas sekali, pihak kerajaan harus belajar dari negara luar dalam aspek mengurus dan menjaga aspek kebudayaan di negara ini. Sebagai contoh, di negara Amerika, Jerman dan beberapa buah negara lagi yang mewujudkan Institut Diplomasi Budaya ataupun Institute for Cultural Diplomacy(ICD). Institut tersebut berperanan mengumpulkan ahli politik, akademik, seniman, wartawan dan lain-lain dalam suatu medium yang sama.
Banyak isu yang boleh dibincang dan diwacanakan secara sihat. Dialog antara budaya atau intra-budaya pun dapat berlaku secara sihat. ICD ini sekaligus akan membuka ruang membetulkan kesalahfahaman antara budaya dan membina satu platform untuk masyarakat maju dan membangun.
Isu kebudayaan bukan lagi isu pokok yang dipandang penting. Mungkin bahasa kita berbeza. Agama kita berbeza. Namun, budaya boleh dijadikan pertautan antara kaum. Tidak perlu ditubuhkan suruhanjaya antara kaum untuk selesaikan masalah perkauman. Menguasai budaya tidak sesukar untuk membaik pulih ekonomi. Malaysia bakal muncul sebagai Empayar Kuasa Budaya Dunia!
Penulis ialah Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 22-8-2013
Jadikan budaya sebagai kuasa dunia -Mahfuz
Muhammad Faizal, | 20 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan budaya negara ini akan menjadi satu kuasa dunia baru dalam usaha meningkatkan imej negara pada masa akan datang.
Berkata pada satu pertemuan dengan Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan apa gunanya negara ini kaya dengan budaya jika perkara itu tidak diketengahkan sebagai satu kuasa baru.
"Saya telah ketengahkan isu ini pada persidangan parlimen yang lepas apabila saya melihat terlalu banyak pembaziran dilakukan oleh kerajaan dalam soal pelaksanaan tugas kementerian berkaitan.
"Apabila terlalu memikirkan untuk menetapkan tugas-tugas kementerian, saya melihat soal budaya negara ini tidak mempunyai hala tuju sehinggakan ia diabaikan terus," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada pertemuan itu semalam di Gombak.
Menggunakan istilah 'Kuasa Budaya Dunia', Mahfuz tidak menolak ia akan dapat menaikkan nama Malaysia dipersada dunia sehinggakan menjadi ikutan negara-negara luar.
"Saya yakin kita mempunyai platform terbaik untuk ketengahkan isu ini, dan terdapat banyak Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan soal budaya, mereka mampu melaksanakan.
"Imej negara bukan sahaja boleh kita naikkan melalui kuasa ekonomi atau pun teknologi tetapi budaya mampu melakukannya.
"Bagaimana negara barat tidak menyatakan budaya itu sebagai satu kuasa tetapi ada satu badan yang telah membawa budaya itu keluar dari negara mereka sehinggakan kita sendiri terpengaruh dengan budaya mereka sebagai contoh budaya K-Pop," sambung beliau lagi.
Beliau yang menghargai pertemuan dengan Paksi kerana ia merupakan satu pemangkin baru kepada halatuju budaya negara ini untuk menjadi 'Kuasa Budaya Dunia'.
Beliau yang turut berharap, Paksi akan terus ketengahkan isu kuasa budaya ini untuk menjadikan budaya itu lebih baik serta berada pada landasan yang betul.
"Pertemuan dengan Paksi ini amat saya harga, dan saya yakin usaha yang dibawa akan menaikkan martabat budaya negara.
"Istilah budaya bukan hanya terletak pada tarian atau lagu tetapi ia mempunyai skop yang luas, saya yakin Paksi akan terus ketengahkan kuasa budaya untuk meletakkan ia pada martabat yang betul," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau akan berbincang dengan kepimpinan PAS pada mensyuarat akan datang dan memastikan pertemuan pimpinan PAS di bawah Lajnah Seni dan Budaya PAS Pusat untuk membincang program bersama Paksi dengan parti itu.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut hadir pada pertemuan itu juga menyokong usaha Paksi meningkat budaya negara dan beliau akan memastikan pertemuan antara pimpinan PAS dapat direalisasikan seberapa segera.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-8-2013
No comments:
Post a Comment