Menusuk kalbu, MP PAS agih daging korban di rumah penyokong Umno
http://omakkau.blogspot.com, | 17 Okt 2013 |
RAKAMAN GAMBAR YANG MENUSUK KALBU .... AHLI PARLIMEN PAS BUKIT GANTANG AGIH DAGING KORBAN DI RUMAH PENYOKONG TEGAR UMNO!!!
Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Perak, YB Ustaz Idris Ahmad telah mengagih-agihkan daging korban di Kampung Banggol Pasir, Changkat Jering, Perak hari ini.
Rakaman gambar di atas beliau telah menyerahkan agihan tersebut kepada penduduk yang menyokong UMNO cukup kuat dan tegar sampaikan gantung bendera UMNO di atas pintu nak masuk ke rumahnya.
Sebagai pemimpin yang berjiwa besar perbezaan fahaman politik bukan halangan dan jadikan alasan untuk membantu dan mendamping rakyat yang memerlukan bantuan dan sumbangan.
Inilah cara yang patut ada pada setiap pemimpin politik tidak kira Pakatan Rakyat maupun Barisan Nasional.
Jangan ada sifat dendam dan mau mendera rakyat yang tidak menyokong kita.
Yang amat tebal sifat berdendam dan mendera rakyat yang tidak memberikan sokongan ini ialah para pemimpin UMNO/BN.
Ikutilah contoh terbaik yang ditunjukkan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang ini.
Ular menyusul akar tidak akan hilang bisanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Libatkan penduduk dalam pembangunan desa
Wawancara|Harakahdaily, | 13 Okt 2013 |
BAHAGIAN KEDUA wawancara ini menyentuh tentang perancangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, USTAZ SALLEHEN MUKHYI untuk memperkasakan bidang pertanian dan mengubah minda dan cara berfikir pemimpin akar umbi di kampong-kampung. Ikuti wawancara beliau dengan wartawan Harakah, AHMAD TAJDID dan SAIDAH HAIRAN.
Pembangunan pertanian mempunyai hubungan langsung dengan tahap sosio ekonomi masyarakat Melayu khususnya di luar bandar. Apa program yang ustaz rancang?
Apabila kita bercakap pasal pertanian fokus terbesar menyediakan makanan yang mencukupi untuk rakyat selangor. Bukan sekadar mencukupi tetapi yang sihat dan selamat untuk dimakan. Saya akan menggerakkan jabatan berkaitan untuk menjadikan bumi pertanian sebagai bumi selamat dan subur. Daripada pembangunan baru pertanian, kita akan memperkenalkan pertanian alam semula jadi.
Ia satu bentuk pertanian moden yang bestari, mesra alam dan kita cuba mengurangkan penggunaan kimia dan racun. Berdasarkan kajian, ia ternyata lebih jimat dan keuntungan jauh lebih besar, terutama bagi penanaman padi. Begitu juga tugas saya memastikan penyertaan masyarakat untuk meningkatkan tahap ekonomi daripada hasil kerja-kerja pertanian.
Setakat ini kerjasama yang diberikan oleh agensi Persekutuan macam mana?
Alhamdulillah baik. Saya telah panggil untk bermesyuarat. Saya fikir pertanian ini tidak boleh diteropong daripada teropong politik. Kita kena ada persamaan kerana membabitkan seluruh umat, iaitu 5.4 juta rakyat Selangor.
Selama ini kita banyak bergantung dengan beras import dari Thailand. Ini cabaran kerana waktu yang sama kita setuju untuk kekalkan kawasan pertanian dan kita perlu bangunkan bentuk pertanian yang berdaya saing dan bestari. Jadi sebab itu kita perlu bekerjasama dengan semua agensi berkaitan.
Bagaimana dengan projek pertanian yang bermasalah di zaman kerajaan BN?
Sekarang ini kerajaan negeri sedang melihat di mana tanah yang telah diserahkan kepada anak syarikat tetapi tidak diurus. Maka tanah itu kerajaan negeri akan ambil semula. Akan diurus untuk projek yang lebih bermanfaat.
Sebagai contoh, Taman Alam Bukit Cherakah. Tanah itu kita telah ambil balik daripada Kementerian Pertanian kerana banyak kawasan tanah yang tidak dibangunkan, jadi kita akan bangunkan tanah itu.
Jika kita rugi kita akan hentikan. Sebab kita tak nak tanggung kerugian melainkan kita akan tender semula kepada yang berminat untuk usahakan tanah tersebut. Walaupun tanah itu sudah menjadi milik anak syarikat kerajaan negeri.
Apa perancangan ustaz tentang pembangunan desa?
Kita akan bangunkan 20 kampung yang sedia ada untuk dijadikan projek perintis iaitu di kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor dan beberapa penyertaan dari Parlimen lain. Fokus pertama menganjurkan bengkel untuk ketua kampung dan jawatankuasa kampung. Bengkel dibuat untuk mengubah cara kerja dan minda dan kita hendak menaikkan tahap pemikiran mereka.
Kita mahu mereka lebih bersikap serius terhadap kerja membangunkan desa. Jadi kita telah buat bengkel dan kita akan turun dengan program. Antaranya program ‘rangkaian reban' yang memberi peluang kepada penduduk kampung buat ternakan ayam melalui kerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri dan sebagainya.
Begitu juga pembangunan desa ini kita hendak manfaatkan atau membangunkan bersama tempat-tempat yang boleh menjadi sumber ekonomi bagi masyarakat kampung.
Bagaimana pula dengan kemudahan infrastruktur?
Kita hendak pastikan melalui pembangunan desa ada lampu jalan di kampung. Kita hendak adakan jalan-jalan perhubungan yang baik. Kita hendak mencantikkan jalan kali ini dengan penyertaan orang kampung sendiri. Kita tidak serahkan kepada kontraktor atau syarikat sahaja .
Kita juga akan tengok sungai mana yang boleh mendatangkan hasil kepada penduduk. Kita dapatkan penasihat jika sungai boleh jalankan ekonomi dengan ikan sangkar maka kita akan buat. Kita akan tengok dan akan laksanakan selepas selesai untuk mengenal pasti kampung mana yang akan kita bangunkan.

Sumber HD - 13-10-2013
Menambah seri Islam di Selangor
Wawancara|Harakahdaily, | 13 Okt 2013 |
SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabak pada pilihan raya umum (PRU) 2013 lalu, rutin hidup USTAZ SALLEHEN MUKHYI berubah. Walaupun pernah bergelar Adun apabila menang buat pertama kali pada PRU1999, beliau hanya memanaskan kerusi pembangkang di Dun Selangor selama sepenggal. Kini tugas beliau semakin mencabar apabila diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor pada penggal kedua pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Ketiga-tiga portfolio ini berhubung rapat dengan masyarakat Melayu luar bandar - segmen masyarakat yang masih gagal dikuasai Pakatan Rakyat khususnya di wilayah-wilayah koridor utara Selangor. Ikuti wawancara wartawan Harakahdaily, AHMAD TAJDID dan SAIDAH HAIRAN bagi meninjau sudut pandang Ustaz Sallehen terhadap portfolio yang diketuainya. Wawancara berlangsung di pejabat beliau di Tingkat 15, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Bagaimana ustaz melihat kepercayaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap ustaz untuk mempengerusikan portfolio berhubung Islam, pertanian dan desa?
Pertama sekali saya merujuk kepada keperluan untuk kita menangani 2.8 juta umat Islam di Selangor bagi dibangunkan melalui pembangunan Hal Ehwal Islam. Saya pun tidak tahu apa pertimbangan sebenar (MB) memilih saya mengetuai portfolio ini. Kepercayaan yang diberikan kepada saya akan saya laksanakan khususnya untuk 2.8 juta umat Islam di Selangor.
Portfolio yang saya sandang ini merangkumi pembangunan ilmu sampai kepada pembangunan fizikal sama ada masjid, sekolah, maahad dan lain-lain.
Jadi ini satu peluang kepada saya untuk memastikan seluruh umat Islam di Selangor dapat merasai pembangunan Islam melalui kerajaan negeri. Pada era pemerintahan Pakatan Rakyat ini, kita mempunyai fokus yang lebih terarah dan hala tuju yang lebih jelas terhadap Hal Ehwal Islam. Itu yang saya rasa Tan Sri (Menteri Besar) kehendaki.
Setakat ini apa aspek tentang Hal Ehwal Islam ustaz rasa perlu diberi perhatian khusus?
Bila bercakap soal tuntutan, saya kena melihat kepada keperluan dan kehendak masyarakat. Bukan sahaja tuntutan saya tetapi lebih dilihat tuntutan masyarakat. Yang lebih besar dan menonjol adalah soal jaminan pendidikan anak-anak atau generasi melalui satu pendidikan yang lebih terjamin.
Kita memfokuskan kali ini untuk menyediakan Maahad Tahfiz Sains di setiap daerah. Ini kerana menyedari bahawa ia merupakan satu tuntutan yang paling besar masa kini. Saya fikir ini dapat membantu meningkatkan kefahaman umat Islam.
Kedua adalah keperluan untuk menyediakan sumber tenaga manusia iaitu guru atau murabbi dan para ulama.
Ini fokus yang besar juga. Sebab apabila kita semak melalui kesempatan saya dalam ruang yang ada ini, kita selama ini ramai menghantar pelajar mengikuti pengajian di Timur Tengah. Masalahanya kita kita tidak dapat’ pegang’ mereka. Sehingga masalah kita sekarang ini jika hendak membina sekolah bukan masalah duit sangat tetapi tenaga pengajar. Ini juga menjadi fokus untuk saya cuba hadapi dan melihat pendidikan sebagai satu segmen yang mesti diberi penekanan berbanding yang lain.
Perkara yang lain sudah nampak sama ada dari pengurusan masjid walaupun masih ada lagi yang merungut.
Bagaimanapun, masjid kita sudah bertambah berseri cuma daripada sudut asas sahaja.
Tentang Maahad Tahfiz Sains sekarang ini ada projek perintis?
Maahad tahfiz kita sudah ada tiga tempat di Kuala Langat, Klang dan di Sabak Bernam. Cuma di Sabak, kita letak sementara di Institut Latihan Dakwah. Bahkan di Sabak Bernam bukan sahaja Maahad Tahfiz Sains biasa. Kita wujudkan kelas Turath iaitu pelajar tingkatan satu yang akan didedahkan satu pendidikan yang kurikulumnya menggunakan kitab Turath iaitu kitab besar yang lazimnya menjadi rujukan pelajar universiti.
Pelajar diberi penekanan mempelajari bahasa Arab, bagaimana hendak baca kitab. Ini penekanan daripada tingkatan satu. Hasilnya, pelajar ini ada keupayaan bahkan setaraf bahasa Arab dengan SPM walaupun baru berada tingkatan satu dan dua.
Maahad Tahfiz Sains di Sabak ini kita akan pindahkan di bangunan IKYS di Bagan Terap. Ia akan jadi (Maahad Tahfiz) terbesar di Selangor.
Perancangan akan datang di mana ustaz?
Kita tengah mengintai beberapa tempat lain tetapi yang kita sedang cadangkan di Sepang. Kemungkinan kita akan buat dalam kawasan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis). Ada satu bangunan di Kuis yang diperuntukkan untuk program bina Insan tetapi akan diambil alih kerajaan negeri bagi tujuan ini.
Yang lain kita tengah lihat daerah Hulu Langat dan Hulu Selangor. Pada waktu yang sama di Kuis telah kita wujudkan satu bidang pengajian tahfiz sains atau pengajian tahfiz. Sebab di negara kita ini hanya ada tiga orang sahaja yang pakar tahfiz tafsir. Jadi kita hendak melahirkan ini. Di Kuis sudah ada hampir 90 pelajar (perintis).
Ada perancangan kerajaan negeri untuk wujudkan Kafa Menengah. Bagaimana perkembangannya?
Kafa Menengah setakat ini kita sudah mengenal pasti beberapa sekolah yang akan kita wujudkan sebagai projek perintis. Kita akan membuat perkhidmatan tambahan dengan memasukkan program Kafa Menengah di bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) dan ia akan berjalan tiga hari dalam seminggu.
Jadi pelajar sekolah menengah kalau dia biasa tingkatan satu belajar petang, maka pagi akan mengikuti kelas Kafa. Petang sekolah menengah biasa. Kita tidak dapat memenuhi lagi di semua sekolah. Kita akan buat satu daerah satu sekolah sebagai perintis.
Ini kerana kita perlu melihat kecenderungan pelajar sama ada mereka sendiri atau ibu bapa mereka (yang mahu pendidikan agama). Sebab suara yang datang kepada kita, ramai daripada ibu bapa. Dalam soal pendidikan, jika minat datang daripada ibu bapa biasanya kita akan gagal. Biar minat itu datang daripada pelajar. Ibu bapa mesti mendorong anak-anak dengan cara memberi motivasi.
Jika Kafa Menengah menjadi pilihan kepada anak-anak, sama ada dia hendak belajar atau tidak, mereka akan naik terus sekolah menengah. Buat masa ini kita hendak wujudkan satu sekolah di setiap daerah.
Dalam waktu yang sama kita membuka peluang dan galakan kepada Kafa persendirian. Jika itu boleh dibuat oleh banyak pihak maka ia akan membantu usaha kita untuk mewujudkan Kafa Menengah.
Bila projek Perintis ini akan dilaksanakan?
Tahun 2014. Kalau berjaya dengan projek perintis yang kita buat di setiap daerah, kita akan laksanakan Kafa Menengah pada tahun 2015.
Beralih kepada pengurusan masjid. Apa pembaharuan yang patut dilakukan di masjid dan surau khususnya bagi menarik kehadiran jemaah?
Kita akan cuba untuk laksanakan satu program baru iaitu masjid sebagai pusat komuniti masyarakat.
Bagaimana kita hendak mengkomunitikan masjid itu. Antaranya yang kita akan buat adalah masjid dengan persekitarannya perlu dibangunkan melalui beberapa program yang menarik minat masyarakat.
Jika masjid ada ruang untuk membuat padang futsal maka masjid boleh buat padang futsal. Jika masjid ada ruang untuk buat bengkel jahitan kepada golongan wanita, masjid kena buat. Jika masjid ada ruang untuk majlis kenduri umpamanya dewan, masjid boleh buat.
Saya fikir kalau itu kita boleh buat, orang yang datang meletakkan hati penggantungan kepada masjid, maka ini boleh menyemarakkan program masjid.
Kita akan semak melalui ketua kampung dan nazir masjid, bagaimana masjid perlu belajar pada persekitaran dan cadangkan kepada kita. Sekarang ini ada bebeberapa masjid yang mempunyai klinik dalam kawasan masjid. Macam Masjid Bandar Baru Sungai Buloh dan sebuah masjid di Ijok.
Kita juga hendak menjadikan kemakmuran masjid itu sebagai KPI (Indeks Prestasi Utama) kepada imam dan nazir. Ini bertujuan menilai sejauh mana masyarakat berjaya mengurus masjid. Kita jadikan kemakmuran masjid sebagai KPI tahap kepuasan.
Mula tahun depan masjid perlu menyediakan Pegawai Mualaf atau saudara baru. Selama ini Pegawai Mualaf hanya seorang sahaja di Pejabat Agama Daerah. Sedangkan peruntukan zakat untuk saudara baru tidak kurang RM40 juta setahun.
Kalau kita agihkan maknanya sembilan daerah, ada seorang Pegawai Mualaf yang jaga peruntukan RM4 juta. Ini tidak efisyen. Setiap masjid kena ada rekod dan buat program untuk mualaf. Kita hendak melihat keadaan rumah mereka, anak-anak mereka bersekolah atau tidak dan sebagainya.
YB USM : http://www.youtube.com/watch?v=gVnUtu1LZuY
YB USM : http://www.youtube.com/watch?v=KvojT9qBe98
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-10-2013
Dr Halimah memikul misi “menginsankan insan”
Harakahdaily, | 28 Sep 2013 |
Pakatan Rakyat terus diberi kepercayaan mengemudi negeri Selangor bagi penggal kedua. Berbekal ketelusan yang menjadi prinsip Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau juga sudah pasti dibantu barisan exco berkaliber. Salah seorangnya, Dr Halimah Ali yang menjawat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. Ketika usianya kini 53 tahun, semangat beliau tetap membara untuk menterjemahkan maksud Surah Saba', ayat ke-15 sebagai intipati dalam proses "mengehsankan insan" penduduk di negeri paling maju itu. Ikuti Wawancara Eksklusif wartawan Harakah, ARIF ATAN dan SAIDAH HAIRAN di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, 13 September lalu.
HARAKAH: Cabaran Dr hadapi sewaktu pertama kali memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU12 (2008) lalu?
DR HALIMAH ALI: Penggal pertama dulu antara yang terpaksa untuk dilalui adalah saya perlu menganalisa bagaimana keadaan insan di Selangor. Maknanya, saya perlu mendidik insan di Selangor ini supaya kemudiannya dapat mencapai status "Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan".
Bagi menjadikan matlamat dalam halatuju rangka tindakan Kerajaan Selangor 2025 itu jadi nyata, pastilah memacu pembangunan modal insan menjadi antara teras utama selain pembangunan fizikal. Jadi, fokus kita adalah bagaimana hendak membangunkan akal dan jiwa penduduknya supaya kualiti insan di Selangor memungkinkan tercapainya visi kerajaan negeri.
Itu adalah terjemahan daripada apa yang saya ambil daripada Surah Saba' ayat ke-15 (antaranya bermaksud), “Makanlah olehmu rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya…” hingga sampai satu tahap memungkinkan Selangor jadi negeri terbaik dan diampuni Allah.
Kita tidak mahu kemajuan fizikal mencakar kemajuan insan sehingga akhirnya terjerumus menuju kemusnahan. Moga Allah jauhkan.
"Kembali menjiwai" itu makna di sebalik nama Darul Ehsan?
Itu sudah pasti. Darul itu maksudnya negeri. Ehsan dalam konteks masyarakat majmuk kita ada orang Islam dan bukan Islam. Ehsan secara asasnya bermaksud cemerlang. Jadi ini negeri yang serba-serbinya menjanjikan kecemerlangan. Kita tidak mahu sekadar ungkapan tapi kita menyiapkan insan-insan Selangor yang cemerlang barulah negeri ini “Darul Cemerlang”.
Oleh itu, model SPIES (Spiritual, Physical, Intelellectual, Emotional, Social) kita jadikan rujukan dalam program pembangunan modal insan di Selangor. Kita mahu laksanakan pembangunan insan yang berjadual dan secara sedar dipandu nilai spiritualnya dari buaian sampai liang lahad.
Rakyat di Selangor jadi insan yang baik hati, spiritualnya kuat dan sentiasa sedar Allah sentiasa melihat. Jadi, dia akan malu buat jahat dengan adanya ehsan. Itu soal rohani atau spiritual.
Daripada segi fizikal pula, kalau di Selangor sekarang sudah ada 5.8 juta penduduk sebab ramai mahu jadi rakyat negeri ini. Jadi, kita mahu rakyat Selangor jadi sihat dan kuat. Dia mampu dari hujung rambut sampai hujung kaki melakukan kebaikan tadi.
Sekarang ini Kementerian Kesihatan uar-uarkan satu pertiga rakyat Malaysia sudah menghidap kencing manis, darah tinggi. Itu nanti sangkut pula dengan sakit buah pinggang, katarak, sakit jantung dan sebagainya.
Maksudnya, aspek fizikal kita tidak dilatih membudayakan kesihatan?
Ya. Cara hidup kita hari ini kita seolah-olah menempah deretan penyakit itu 20, 30 tahun akan datang. Akibatnya? Produktiviti jatuh walaupun individu itu baik rohaninya tapi tidak sihat. Susah.
Pak imam umur awal 30-an pun sekarang ini ada sakit jantung, strok. Tak mampulah buat kerja pada tahap maksimum.
Selain itu, apa lagi?
Ciri kedua, fizikal juga ialah kita tidak mahu orang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmu. Tahu hal itu tak baik tapi buat. Sungai Kelang contohnya wajar jadi sumber air untuk orang Selangor.
Tak perlu sebenarnya Selangor beli air dari Pahang sebab Selangor ada tiga sungai - Sungai Kelang, Sungai Langat, Sungai Selangor.
Kenapa kita tidak boleh guna Sungai Kelang untuk kegunaan rakyat di Selangor? Sebab pencemaran. Siapa cemarkan? Adakah monyet di hutan? (ketawa). Kita tahu sungai ini ciri fizikal. Buang minyak ke sungai macam baru-baru ini diesel ke Sungai Selangor. Itu tidak bertindak dengan ilmu.
Baik hati kita juga dinilai melalui tindakan fizikal. Niat saja mahu tolong orang tapi tidak, itu kita tidak mahu. Fizikal ini maknanya tangan, kaki dan seluruh pancaindera digunakan sebagai seorang insan. Niat dan arahkan. Baru kita boleh jadi sejahtera. Apa yang hendak dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat anggota tubuh kita.
Bagaimana ciri ketiga dalam formula SPIES?
Kalau ikutkan dasar kerajaan sejak merdeka, asas intelek itu adalah membaca, menulis, mengira. Tapi kita tambah fungsi fikir. Baru kita dapat selesaikan banyak masalah. Contohnya, kenapa Melayu selepas 56 tahun merdeka masih dialah juara kemiskinan? Kenapa Terengganu ada minyak tetapi jadi negeri miskin?
Jadi, kita mahu latih rakyat negeri Selangor berfikir secara analitikal dan kritikal supaya boleh memilih dengan bijaksana. Contohnya kita tengok pilihan raya. Itu tugas besar. Kalau pilih salah, tidak analisa orang atau parti yang hendak dipilih maka dia akan terima akibat kerana tak buat pilihan tepat.
Malangnya, selama ini rakyat tidak dilatih berfikir analitikal dan kritikal.
Lagi contoh. Kenapa Melayu, Cina, India masih bergaduh? Ada semangat perkauman sempit. Kenapa? Sekali lagi sebab tidak mampu berfikir. Tiada sikap saling menghormati keperluan orang yang berbeza kaum dan agama.
Bukan maknanya kita mesti liberal. Tidak. Pasal mazhab, syiah. Tidak habis-habis bergaduh pada 20 rakaat atau 8 rakaat. Bergaduh hal yang sunat tetapi yang fardhu dan wajib tidak dibuat. Macam mana tu?
Kita gaduh benda kecil sebabnya kita tak mampu berfikir. Akibatnya, tidak mampu selesaikan masalah. Bahkan kita pula yang cipta, tambah lagi masalah. Nak jadi Selangor yang sejahtera mesti rakyatnya mampu berfikir secara holistik (menyeluruh).
Masa depan sistem pendidikan di Selangor?
Program kebajikan membantu Sekolah Agama Rakyat, SJKC, SJKT diteruskan. Insya Allah kita juga akan tambahkan lagi Maahad Tahfiz Integrasi Sains supaya setiap daerah ada. Kita juga telah merangka gaji minima guru KAFA iaitu RM1,500 sebulan. Trend sekarang nampaknya permintaan untuk sekolah menengah aliran agama makin meningkat.
Ini cabaran kita sebab keupayaan kita buat masa ini hanya mampu mendirikan sekolah rendah agama. JAIS hanya ada sekolah rendah agama. Bila sampai nak masuk sekolah menengah hanya 23 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan ada 3 bawah JAIS iaitu Mahad Tahfiz Integrasi Sains. Jadi kesemuanya (sekolah peringkat menengah) ada 26 sahaja sedangkan ada lebih 250 sekolah rendah.
Peperiksaan bagi yang mengambil PSRA darjah enam adalah 35,000 pelajar tetapi katakan 30,000 yang lulus hanya 3,000 saja yang mampu diserap ke dalam sekolah agama menengah setakat ini.
Jadi antara cara kita hendak menyelesaikan masalah peningkatan tapi kita tidak cukup sekolah menengah agama adalah kita akan wujudkan Kafa menengah juga di tiap-tiap daerah.
Sekarang ini ada satu di Kampung Delek itu. Itu projek perintis.
Macam mana SPIES menangani aspek emosi dan sosial?
Emosi dan sosial saling berkait. Anak muda khususnya boleh patut bangunkan negara tetapi ada pula jahanamkan negara. Dia patut jadi buah hati ibu bapanya tapi dia juga sakiti hati orang tua, ambil dadah, zina, rempit, curi barang dan sebagainya.
Itu yang kita cuba tangani dengan menginsankan insan. Sama macam senarai semak. Meter spiritual akan mempengaruhi cara hidup, emosi dan sosial generasi hari ini dan masa depan.
Bina masjid besar, cantik-cantik sebagai contoh mudah. Apa gunanya kalau ahli kariah tidak masuk dan kalau datang pun keluar dari masjid, hati tetap nak marah saja. Macam mana tu? Sampai rumah sambung marah pada isteri dan anak-anak pula. Pergi tempat kerja, gaduh lagi. Ini yang kita cuba hendak bendung dengan berpandukan konsep SPIES.
Operasi SPIES...
Semua segmen masyarakat terlibat. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK), kepimpinan masjid hinggalah jabatan dan agensi kerajaan. Itu sebab kita masuk kampung. Projek perintis SPIES di kampung ini dapat dilihat di Dun Hulu Klang, Gombak Setia, Selat Kelang.
Dalam masa terdekat di Kampung Sungai Kandis di Parlimen Kota Rajadan Kampung Bukit Kapar pula. Kita laksanakan di kampung yang sudah bersedia mengikuti SPIES. Merekalah yang kemudiannya akan jadi duta SPIES.
Pembangunan insan boleh tangani gejala sosial?
Gejala sosial wujud sebabnya sistem masyarakat kita tidak mantap dan rapuh. Itu yang jadi sekarang. Sistem nilai kita tunggang terbalik. Orang Melayu, jangankan nilai Islam nilai Melayunya pun cair. Sebabnya jati diri dia begitu pudar sebab itu orang kita tengok macam mana artis sebagai role model.
Mulalah pakai cacak sana, warnakan rambut.
Punk, Gothic dan entah apa lagi itu yang diikut sebahagian remaja kita. Sistem nilai yang universal dan murni maknanya orang bukan Islam pun mahu. Apa lagi kita sebagai orang Islam.
Namun untuk tujuan fokus, saya pilih isu besar tentang buang bayi, jual anak dan berkhalwat bukan muhrim di hotel bajet. Hasilnya, digerakkan "Kempen Anti Zina". Saya fokus tentang zina itu dulu.
Kita ada buat sedikit kajian ke atas pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga lima kawasan bandar dan luar bandar. Hasilnya amat mengecewakan. Lebih separuh terbabit dengan aktiviti pornografi, arak termasuk zina.
Saya wujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial. Buat penjenamaan semula bagi nama, imej baru dengan kita fokus kepada hasil. Kalau kita berjaya menangani gejala sosial lahirlah Generasi Idaman Selangor (GeMS).
Jadi jabatan dan agensi kerajaan serta NGO seperti Yayasan Amal dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini, termasuklah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sendiri, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan serta Jabatan Pendaftaran sebab berkaitan dengan surat beranak dan tiada IC.
Juga kita bawa masuk Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Penjara. Semua ini kita jemput, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran. Kita bincang dan dapatkan laporan daripada mereka terbabit. Contohnya, laporan tentang berapa orang terkena penyakit kelamin daripada Jabatan Kesihatan.
Saya juga minta Jabatan Kesihatan pastikan pelajar atau remaja yang hamil luar nikah perlu dijaga sampai dia bersalin. Jangan dia nanti buang anak. Jumpa entah mana bidan. Rosak, pecah rahim dan kena macam-macam penyakit.
Itu telah diterima. Jika tidak dulu, ibu yang mengandung anak luar nikah ini akan ditanya siapa suami. Bila kata begitu, budak ini tak mahu bersalin di hospital. Itu yang buang di mangkuk tandas dan sebagainya.
Bila kita lihat maklum balas termasuk dari PBT (pihak berkuasa tempatan) maknanya dia serbu hotel murah, tempat perjudian, mereka buat kerja masing-masing. Polis kata dia buat itu saja. Yang lain bukan kerja kami. Itu PBT. PBT pula kata itu bukan tugas saya.
Rela pula jawab, "kami hanya buat operasi sekiranya depoh tahanan ada kosong". Saya tanya, "bila masa depoh tu kosong?". Dia jawab, "biasanya, penuh!” Maksudnya, kalau penuh tiadalah operasi walaupun ada aduan orang ramai.
Jadi saya katakan pada agensi dan jabatan terbabit. Kita mesti ada strategi dan berfikir untuk berjaya dalam mengatasi masalah sosial yang berleluasa. Sebabnya, macam kes pengedaran dadah.
Penjahat ada strategi dan mahu berjaya demi keuntungan. Sepatutnya, agensi pelaksana kerajaan pun mesti ada cara untuk mencapai matlamat penubuhan organisasi masing-masing.
Motivasi kepada mereka datang dari kerajaan negeri bukan dari Putrajaya?
Macam Kempen Anti Zina, aspek penguatkuasaan ialah fasa ketiga. Tahap awal kita buat dulu ekspedisi dakwah pergi pantai, kompleks tempat remaja berkumpul bagi edaran, nasihatkan remaja ketika lewat malam supaya pulang ke rumah bersama JAIS.
Kita ada integrasi di situ, NGO Islam semua turun. Bukan one-off tapi berjadual. Selepas itu, kita buat program pelancaran dengan jabatan kerajaan. Selama ini polis kena bantai saja tapi kita tegur mana yang perlu saja. Yang lebih iktiraf kerja bagus yang mereka buat. Tiupkan semangat bahawa kerja mereka itu sebenarnya berjihad, suatu ibadah.
JAIS pula selama ini tangkap pasangan yang disyaki berkhalwat. Duduk dalam masjid. Bagi tazkirah malam itu saja. Habis itu, habislah. Tidak menyeluruh. Budak itu balik, bulan depan dia buat balik.
Modul Selangor dalam GeMS macam mana?
Modul kita dalam GeMS ialah kita mahu mak ayah ambil tahu dan jiran orang kampung ambil tahu. Sebab kita mahu membudayakan supaya semua jadi baik, ruginya jadi orang tidak baik. Itu proses.
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebut transformasi. Dia baru belajar daripada kita padahal sejak penggal lepas kita sudah praktikkan semangat "mengilmukan rakyat, merakyatkan ilmu”. Kita buat “Jom Kerja”, dia (BN) pun ikut.
Baguslah orang nak ikut cara kita mentadbir dengan baik.
Nampak gayanya apa yang kerajaan pusat buat banyak meniru negeri Sleangor. Tahun lepas misalnya, Putrajaya baru nak ajar 'high order thinking' (HOT) sebab selama ini suruh orang hafal saja. Dah 56 tahun merdeka baru nak ajar orang berfikir.
Pendek kata, Putrajaya memerhati Selangor termasuklah sebelum ini menciplak manifesto Pakatan Rakyat tapi tidak mengapa asalkan akhirnya rakyat dapat manfaat.
Apa harapan Dr?
Model yang Selangor sedang laksanakan adalah kembali kepada asas, fitrah. Kita ini kerap sangat cakap benda yang tinggi-tinggi padahal tapak masih goyang. Itu yang saya kata tadi gejala sosial balik kepada punca. Puncanya orang tidak kenal Tuhan. Hidup tidak bertuhan.
Balik kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menginsankan rakyat ini. Mengilmukan rakyat untuk macam mana seronoknya hidup bertuhan. Sekolah agama misalnya, kita gunakan peruntukan RM200 juta setahun. Adakah generasi kita itu kenal agamanya sendiri?
Rakyat yang tidak ada ilmu mudah terjerumus kepada masalah sosial. Jadi apa harus kita buat? Merakyatkan ilmu. Jika sebelum ini, ilmu itu ada pada ustaz saja. Ustaz pula tak boleh bagi tazkirah di masjid. Jadi kita mahu ilmu itu mudah rakyat dapat. Ilmu yang berguna. Ilmu merapu, menipu, pecah rumah mudah dapat.
Jadi, kita mahu melatih rakyat Selangor untuk beramal dengan ilmu yang ada. Kita tidak mahu apabila ilmu hanya ada di otak saja tapi rohani, dalaman tidak mampu memastikan seluruh pancainderanya bertindak secara berilmu.
Sebabnya? Dia telah mengasingkan dan ini dipanggil sekularisme antara agama dengan kehidupan. Proses ini semua memakan masa panjang. Membangunkan insan yang ada roh,akal dan perasaan tidak sama seperti menyiapkan projek bangunan bertingkat.

Sumber HD - 28-9-2013
SIDANG DUN PERAK - 28-8-2013:
YB URZ : https://www.youtube.com/watch?v=KfSeJ4XpNHk
Kisah Ashabul Ukhdud dan iktibar Mesir
Dunbukitpayong, | 28 Ogs 2013 |
Pada zaman dahulu ada seorang raja. Baginda mempunyai seorang ahli sihir. Setelah ahli sihir itu merasakan dia telah tua, berdatang sembahlah dia kepada raja menerangkan dia telah tua dan hampir sampai ajalnya. Dia memohon kepada raja agar raja mencarikan anak kecil, kerana kepada anak itu akan diperturunkan segala ilmu sihirnya. Permohonan itu dikabulkan raja, lalu diserahkan kepadanya seorang anak kecil dan datanglah anak kecil itu berulang-ulang kepada tukang sihir itu mempelajari sihirnya.
Di antara tempat tinggal tukang sihir dan tempat tinggal anak itu ada pula tinggal seorang pendeta. Anak itu sentiasalah singgah pula berteduh di tempat kediaman pendeta itu dan banyak pula dia mendengar ucapan-ucapan daripada pendeta tua itu yang amat menarik hatinya. Maka kalau dia terlambat datang kepada tukang sihir, tukang sihir itu marah lalu memukulnya. Dan kalau dia terlambat pulang ke rumah orang tuanya kena marah pula mengapa terlambat pulang. Lalu diajarkan oleh pendeta tua itu suatu jawaban, kalau ditanya oleh tukang sihir itu mengapa lambat, jawablah kerana terlambat turun dari rumah dan kalau ditanya pula di rumah mengapa terlambat, katakan guruku tukang sihir menahanku.
Dalam tempoh tersebut selalulah dia pulang dan pergi ke rumah tukang sihir dan tetap singgah di rumah pendeta. Pada suatu hari orang yang lalu lintas yang berjalan di jalan yang ditempuhnya kelam kabut kerana ada binatang buas mengganggu, sehingga orang merasa takut lalu di situ. Ketika itu anak kecil itu berada di sana. Lalu dia berkata “Akan aku uji manakah yang lebih dapat aku gunakan, ajaran tukang sihirkah atau ajaran pendeta. Lalu diambil sebiji batu dan dia ucapkan “Ya Allah! Kalau ajaran pendeta itu yang benar di sisi Engkau, lebih dari ajaran tukang sihir maka bunuhlah binatang ini! Supaya manusia yang lalu di jalan ini tidak terhalang,” Lalu dilemparkan batu itu kepada binatang tersebut. Maka matilah binatang itu dan orang ramai boleh lalu seperti biasa.
Setelah dia mengadap pendeta itu diceritakanlah pengalamannya itu kepada pendeta itu. Maka berkatalah beliau “Wahai budak, kamu telah mencapai darjat yang lebih tinggi daripada yang aku capai! Tetapi aku peringatkan engkau bahawa engkau akan menderita dan banyak ujian. Maka kalau ujian itu datang, janganlah engaku beritahu akan perhubungan engkau dengan aku.”
Sejak waktu itu nama anak itu kian terkenal dan dapatlah dia mengubati orang ditimpa kusta dan penyakit lain-lain.
Raja mempunyai seorang pembesar yang selalu diajak raja bermesyuarat. Kebetulan pembesar itu buta.
Pembesar buta itu mendengar cerita tentang anak itu lalu datanglah dia membawa hadiah sebanyak-banyaknya dan berkata “Sembuhkanlah butaku! Hadiah ini adalah untukmu dan jika aku sembuh hadiah ini aku tambah lagi,”
Anak itu menjawab, saya tidak ada kuasa menyembuhkan apa juapun penyakit. Yang Maha Kuasa menyembuhkannya hanyalah Allah. Kalau tuan sudi beriman kepada Allah, saya akan berdoa kepada Allah memohon kepada-Nya agar tuan disembuhkan. Mendengar ajakan anak itu maka berimanlah pembesar buta itu. Lalu anak itu berdoa maka pembesar itupun sembuhlah dan celiklah kedua belah matanya.
Setelah matanya sembuh datanglah kembali dia ke majlis raja. Raja sangat tercengang lalu bertanya :
“Siapakah yang menyembuhkan matamu?,”
Pembesar itu menjawab “Tuhanku,”
Dengan hairan raja bertanya pula : “Apakah aku yang engkau maksudkan?,”
Dia menjawab : “Bukan! Tuhanku dan tuhan Tuanku adalah Allah,”
“Engkau mengakui ada lagi tuhan selain aku?,”
Pembesar itu tetap menjawab : “Tuhanku dan tuhan Tuanku adalah Allah,”
Raja sangat murka mendengar jawaban itu, sehingga orang pembesar itu ditangkap dan diseksa. Oleh sebab tidak tahan menderita sakit, dibukanya rahsia bahawa guru yang mengajarnya ialah anak kecil tersebut.
Anak kecil itupun ditangkap lalu ditanyai apakah benar dia dapat menyembuhkan orang berpenyakit kusta, buta dan lain-lain. Anak itu menjawab bahawa semua itu tidak benar! Dia tidak dapat menyembuhkan sesiapapun jua. Yang menyembuhkan segala sakit hanyalah Allah Yang Maha Kuasa.
“Akukah yang engkau maksudkan?,” tanya raja.
“Bukan,” jawab anak itu, “Tapi Allah!,”
“Apakah engkau mengaku pula ada tuhan selain aku?,” tanya raja lagi.
Dengan tegas anak itu menjawab pula : “Tuhanku dan tuhan raja ialah Allah,”
Mendengar jawapan demikian anak itu diseksa. Dia dipaksa mengaku dari mana dia mendapat pelajaran yang amat ganjil itu. Oleh sebab tidak tahan diseksa maka dia menunjukkan pendeta yang mengajar dia. Pendeta itu segera ditangkap. Diapun diseksa dan dipaksa meninggalkan agama yang dianutinya, mengatakan ada tuhan selain raja, namun pendeta itu tidak mahu. Akhirnya kerana tidak mahu meninggalkan agama bertuhan kepada Allah itu, diperintahkan raja menggergaji kepala pendeta itu. Kepalanya digergaji terbelah dua dan mati.
Kemudian dipaksa pula pembesar yang telah sembuh dari buta itu meninggalkan agama bertuhankan Allah dan kembali hanya bertuhan kepada raja. Diapun tidak mahu. Diapun digergaji juga, sampai terbelah dua badannya lalu mati.
Lalu dihadapkan anak kecil itu. Dia pun mulai dipaksa meninggalkan agama yang diimaninya, Tetapi dia tidak mahu. Lalu raja memerintahkan anak kecil itu dibawa ke puncak gunung, dan raja memerintahkan: “Apabila sampai di puncak gunung, paksa dia sekali lagi kembali kepada agama kita. Kalau dia tidak juga mahu lemparkanlah dia ke bawah.
Maka dibawa dia ke puncak gunung. Sampai di sana anak kecil itu berdoa : “Ya Allah, peliharakanlah aku dari mereka dengan kekuasaan-Mu,” Tiba-tiba bergoncanglah gunung itu dan orang-orang yang menghantar itulah yang jatuh dan anak kecil itu selamat.
Diapun turun dan terus mengadap raja. Lalu raja bertanya : “Apa khabar orang-orang yang aku suruh menghantarkan engkau ke gunung?”
Anak itu menjawab :”Tuhanku telah memeliharakan daku dari mereka.”
Rupa-rupanya raja belum puas. Sekali lagi ditangkap dan disuruh hantarkan anak kecil itu dengan sebuah sampan ke tengah laut. Diperintahkan kepada orang yang menghantarnya supaya memaksa anak itu kembali kepada agama asalnya, kalau tidak mahu ditenggelamkan dia ke laut. Sekali lagi anak itu menadahkan tangan ke langit, maka datanglah angin ribut yang sangat besar. Tenggelamlah seluruh orang yang diperintahkan menghantarnya itu dan dia sendiri selamat berenang ke tepi. Dan kembali dia mengadap raja.
Diapun ditanya apa yang telah terjadi. Dia menjawab, tuhannya telah menolongnya dan orang-orang itu telah tenggelam semuanya. Kemudian dia berkata kepada raja : “Hai raja, Tuanku tidak akan dapat membunuhku kalau dengan cara demikian. Tuanku hanya boleh membunuhku jika tuan kerjakan apa yang aku suruh. Kalau tidak, tidaklah berhasil maksud Tuanku menyingkirkan aku dari dunia ini.”
Lalu raja bertanya : “Apakah yang engkau minta itu?”
Anak itu menjawab : “Tuanku arahkan rakyat berkumpul di satu tempat. Kemudian naikkan aku ke atas kayu palang (salib), lalu Tuanku ambil satu anak panah kepunyaanku sendiri dari dalam busurnya. Kemudian Tuanku bidik aku dengan tepat, lalu baca : “Dengan nama Allah, Tuhan anak kecil ini.” Dengan melakukan demikian barulah Tuanku dapat membunuhku.
Permintaannya dilakukan oleh raja, diambil anak panahnya dari busurnya lalu mengucapkan: “Dengan nama Allah, Tuhan anak kecil ini” lalu dipanahnya anak kecil itu, kena tepat pada jantungnya dan terkulailah kepalanya, sedang tangannya memegang pangkal panah yang telah tersisip di dadanya dan diapun matilah. Tiba-tiba terkeluar dari mulut seluruh orang yang hadir: “Kami beriman dengan Tuhan anak kecil ini”
Gempitalah suara di tanah lapang itu menyatakan iman kepada Tuhan Allah yang dipercayai oleh anak kecil itu. Maka berbisiklah seseorang kepada raja : “Tidakkah Tuanku perhatikan? Bukankah apa yang Tuanku takuti selama ini telah terjadi? Budak kecil itu mati tapi semua orang telah menganut ajarannya?,”
Sangat murkalah raja apabila melihat manusia telah berbalik arah. Lalu raja memerintahkan menangkap orang-orang yang terang-terang menyatakan percaya kepada Tuhan anak kecil itu, dan baginda mengarahkan lubang-lubang atau parit-parit besar digali. Dan diancamlah orang: “Barangsiapa yang masih berpegang kepercayaan anak kecil itu, akan dimasukkan ke dalamnya dan dibakar. Dan barangsiapa yang kembali kepada agama pusaka nenek moyang mereka akan selamat.”
Mendengar itu, tidaklah mereka mundur, malahan mereka berduyun-duyun mendekati lubang yang ternganga menunggu giliran dibakar. Maka adalah diantara mereka itu seorang perempuan yang sedang mendukung anaknya, seketika telah dekat ke pinggir lubang itu, timbul ragu-ragu dalam hatinya. Tiba-tiba berkatalah anak dalam dukungannya itu : “Teguhkanlah hatimu, ibuku! Ibu adalah di dalam agama yang benar,”
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim dan diriwayatkan juga oleh an-Nasa’i dan juga Tirdmizi dari Shuhaib.
Tersebut lagi cerita lain tentang lubang pembakaran itu, iaitu ketika Raja Dzu Nuas beragama Yahudi memaksa penduduk Najran yang telah lama memeluk agama Nabi Isa AS. Setelah raja beragama Yahudi itu menakluki negeri tersebut dipaksa penduduk supaya memeluk agama Yahudi. Orang Nasrani diwaktu itu dibawah pimpinan pendetanya yang sangat tua, sehingga kemanapun berjalan, dia ditandu. Ketika Yahudi menanyai akidahnya, dia menjawab bahawa dia beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan beriman kepada syariat Nabi Isa AS dan dia tidak akan merubah kepercayaannya itu. Maka ditangkaplah dia dan para pengikutnya, digali lubang dan dinyalakan api di dalamnya dan dilemparkanlah mereka ke sana. Dan mereka masuk ke dalam lubang itu dengan tidak mengeluh, kerana yakin akan pendiriannya.
Ibnu Katsir menyatakan dalam tafsirnya bahawa penggalian lubang dan pembakaran terhadap orang yang beriman yang teguh pada keyakinannya itu, bukanlah kejadian satu kali, malahan berkali-kali. Ibnu Katsir menyalin keterangan dari dari Ibnu Abi Hatim bahawa penggalian lubang pembakaran itu pernah terjadi di Yaman pada zaman raja-raja Tubba’, di Konstantinople pada zaman Konstantin memaksa orang Nasrani melepaskan kepercayaan mereka yang asli tentang tauhid, dan kejadian yang serupa berlaku juga di Iraq iaitu di negeri Babil dizaman Raja Bukhtinashr (Nabukadnesar) yang membuat berhala dan memaksa orang menyembah berhala itu.
Maka Nabi Danial tidak mahu mengorbankan kepercayaannya kepada Allah Yang Maha Esa bersama kedua temannya yang beriman iaitu ‘Izriya dan Mikhaail. Lalu dibuat lubang dan diunggunkan kayu-kayu kering ke dalamnya dan dimasukkan ketiga-tiga orang beriman itu ke dalamnya. Namun sesampai mereka ke dalam api yang bernyala itu, mereka tetap hidup dengan segar bugar dan keluar dengan selamat. kemudiannya, dimasukkan pula sembilan orang yang dianggap pemberontak kepada raja, semuanya hangus terbakar.
“Petikan dari Kitab Tafsir al-Azhar karangan Almarhum Professor Dr. Hamka” - (dari tafsir surah al- Buruj)
Bandingkan dengan keadaan di Mesir, Syiria, Palestin dan di mana-mana sahaja tempat yang Umat Islam diganyang. Sebenarnya mereka sedang dipaksa “terjun dalam parit yang di dalamnya api sedang menyala-nyala. Sucinya perjuangan mereka jauh meninggalkan kita yang masih terkial-kial dengan ujian yang sedikit. Moga kita juga dikurniakan kekuatan seperti mereka insyaAllah. Wallahua’lam.
http://dunbpayong.blogspot.com/

Sumber HD - 28-8-2013
Cara berjalan pun sudah nampak penyakitnya
M Faqih, | 19 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: “Sebelum ini sudah dapat bayangkan orang yang masuk itu sakit apa. Cara berjalan dan bercakap pun sudah menampakkan apa penyakitnya.
“Namun sekarang, orang yang datang jumpa kita tidak tahu apa masalah mereka. Pada awalnya memang rasa tertekan juga, namun sekarang sudah biasalah,” kata Dr Ramli Mamat (gambar).
Anggota Exco kerajaan Kelantan itu sama sekali tidak menjangka tiba-tiba sekarang beliau muncul di barisan utama kepemimpinan kerajaan negeri.
Langsung tidak ada cita-citanya untuk menduduki kerusi wakil rakyat, lebih-lebih sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dr Ramli berkata, penglibatan bersama PAS untuk merapatkan diri dengan orang alim yang banyak ilmu dalam bidang agama.
“Biar pun pernah ura-ura disebut sebagai calon PAS pada pilihan raya umum 2008, namun saya tidak kisah sangat kerana menganggap tidak lebih sebagai gurauan.
“Begitu juga ketika menghadapi pilihan raya umum lalu, saya hanya diberitahu dicalonkan kira-kira dua jam sebelum datang mengisi borang pencalonan,” ujarnya ketika ditemui di sini.
Namun beliau dengan berat hati menerima amanah diputuskan kepemimpinan parti, sebagai seorang ahli yang patuh kepada jemaah.
Lagi pun Dr Ramli mengakui beliau sudah biasa dengan penduduk kampung ketika berkhidmat sebagai doktor perubatan di hospital.
Pelbagai lapisan masyarakat ditemui. Enam tahun beliau berkhidmat di pelbagai hospital kerajaan termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Tanah Merah.
Pada 1994 beliau mengambil keputusan mengendalikan klinik sendiri di Wakaf Che Yeh. Klinik Ikhtiar dikenali ramai kalangan penduduk di Kota Bharu.
Tanpa mengira masa dan ketika, ramai sentiasa menunggu untuk berjumpa Dr Ramli. Ada ketikanya klinik tersebut terpaksa ditutup sehingga menjelang tengah malam.
Hasil perkongsian hidup dengan bekas ketua jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Wan Anita Mohd Amin pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.
Anak sulung, Nurul Shifa kini melanjut pengajian dalam bidang perubatan di India, kedua Mohamad Syahir mendapat tawaran belajar bidang pergigian di universiti di Mesir.
Ketiga, Nurul Alia belajar di tingkat empat, Mohamad Anas darjah enam dan Nurul Aina darjah empat.
Ayahnya Mamat Ali berasal dari Bukit Marak, namun berhijrah ke Kota Bharu selepas berkahwin dengan Zaharah Dollah di Kampung Sireh.
Mamat mengayuh beca membesarkan tujuh anaknya. Kini kedua-duanya sudah lama meninggal dunia.
(Kisah hidup Dr Ramli dalam Harakah cetak akan datang)

Sumber HD - 19-8-2013
No comments:
Post a Comment