Kewangan Islam masih dikongkong mahkamah sekular?
- Jan 15, 2014
- MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH
Kepercayaan masyarakat Malaysia bukan sahaja kaum Islam malah bukan Islam juga mulai menceburi perbankan Islam setelah melihat ketahanannya menghadapi badai ekonomi dunia. Menurut Zulkifli Hasan daripada fakuti Undang-undang dan Syariah USIM, industri perbankan Islam di Malaysia berkembang pada kadar 10 hingga 15 peratus setahun manakala sebaliknya, sektor perbankan konvensional yang diwakili oleh bank-bank yang sama saiznya menyaksikan deposit purata tahunan mengembang lima peratus, ekuiti enam peratus, pelaburan empat peratus dan aset enam peratus . Tambahan pula semasa kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997 dan 1998 sektor perbankan Islam di Malaysia terus berkembang sedangkan bank-bank konvensional mencatatkan pertumbuhan negatif.
Namun begitu GESA melihat senario ini dalam perspektif perlaksanaan kesyumulan syariah. Sejauh mana perlaksanaan undang-undang kewangan Islam ini berlaku secara menyeluruh tanpa ada campur tangan sekularisme.
Penulis merujuk tulisan Najahudin Lateh yang dibentangkan dalam Seminar Syariah & Undang-undang Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 2-3 November 2010 di USIM. Kata beliau bahawa kerangka perundangan sistem kewangan Islam di Malaysia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Sivil dan terkongkong oleh sekular.
Hal ini kerana Perlembagaan Persekutuan yang membahagikan bidang kuasa negeri dan pusat telah meletakkan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes pertikaian berkaitan kewangan Islam. Perkara ini menyebabkan banyak tafsiran mahkamah sivil berkaitan kontrak dan aplikasi kewangan Islam yang bertentangan dengan prinsip syariah dan masih tertakluk dengan undang-undang Inggeris.
Menurut Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad pula, masyarakat hari ini termasuk golongan Muslim melihat produk perbankan Islam tidak jauh beza daripada produk konvensional yang menawarkan produk simpanan, pelaburan dan pinjaman. Mereka tidak memahami konsep dan falsafah ekonomi secara syariah.
Malah perbankan Islam dikatakan sebagai hasil pengubahsuaian konsep dan amalan perbankan konvensional agar patuh kepada Syariah. Kesannya, amalan ini menyebabkan potensi dan fungsi sebenar kontrak-kontrak Islam tidak digunakan secara sepenuhnya dan amalan perbankan Islam dilihat secara luaran atau dari pandangan kasar menyerupai amalan perbankan konvensional. Lebih menyedihkan dalam beberapa kes pertikaian transaksi perbankan Islam di mahkamah sivil, hakim (bukan aliran syari’e) beranggapan bahawa pembiayaan Islam sama seperti pinjaman konvensional.
Penulis juga merujuk Jurnal Undang-undang dalam makalah bertajuk Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Perlukah ke Mahkamah'Syariah? (Islamic Financial System in Malaysia: A Needfor Recource to Syariah Court?) tulisan Jasri Jamalruzian Markom. Menurut tulisan ilmiah itu, kerangka perundangan kewangan Islam didasari oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu urus niaga perbankan adalah tertakluk kepada perundangan Persekutuan. Justeru, semua undang-undang berkaitan urus niaga kewangan Islam mestilah digubal mengikut prosedur yang telah ditentukan di Parlimen.
Hasilnya Akta Bank Islam 1983 telah digubal untuk mengeluarkan lesen urus niaga perbankanIslam. Akta ini juga mendefinisikan urus niaga perbankan Islam adalah tertakluk kepada undang-undang Syariah. Pada tahun 1983 juga Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah diluluskan bagi membolehkan kerajaan membuat pelaburan kepada Bank Islam melalui mekanisme Qardul Hasan. Pada tahun berikutnya, Akta Takaful 1984 telah digubal untuk memberi laluan kepada urus niaga takaful di Malaysia.
Sepuluh tahun kemudian Akta Suruhanjaya Sekuriti telah digubal bagi mengawal pasaran modal di Malaysia termasuk pasaran modal Islam.
Akta-akta yang bersifat peraturan ini perlu disokong dengan undang-undang substantif seperti Akta Kontrak 1950 yang mengawal kandungan kontrak jual beIi Islam, Kanun Tanah Negara 1960 dan beberapa undang-undang yang lain.
Jika ada pertikaian berkaitan perbankan Islam di manakah kuasa Mahkamah Syariah? Walau pindaan telah dibuat ke atas Perkara tersebut yang memasukkan fasal 121(1a) yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun begitu, peruntukan tersebut tidak mempunyai bidang kuasa.
Kuasa ruang lingkup mahkamah syariah Malaysia memang cukup menyedihkan. Dalam Senarai 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan beberapa isu mal sahaja serta pertikaian berkaitan orang Islam sahaja tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Bagaimana jika ingin dibawa juga kes perbankan Islam ke Mahkamah Syariah? Halangan wujud apabila Seksyen 3 dan 5 Akta Undang -undang Sivil menyatakan bahawa common law akan dirujuk dan digunapakai oleh mahkamah sivil ke atas isu -isu berkaitan hal komersial (lex mercatoria) seperti perbankan, insurans, agensi, syarikat, urusan perdagangan dan lain -lain.
Halangan seterusnya ialah Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hal ehwal kewangan adalah tertakluk di dalam bidang kuasa Parlimen dan kerajaan persekutuan. Ia juga disokong oleh Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.
Satu kes Mahkamah Sivil dalam kes perbankan Islam boleh dijadikan indikator. Dalam kes Bank Islam Malaysia Berhad v Adnan Omar iaitu Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes berkaitan dengan perbankan Islam. Dalam kes ini Hakim N.H. Chan menyebutkan bahawa:
The Civil Courts have jurisdiction to hear all cases falling under the Federal List. Thus, banking and its related matters fall within the ambit ofthe Federal List, i.e. the Civil Courts have the authority to decide on the matter.
Kes Bank Islam Malaysia berhad vs.Adnan Omar [1994] 3 AMR 2291
Kes ini melibatkan pembiayaan secara BBA. Dalam kes ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes perbanbankan dan perkara yang berkaitan dengannya termasuklah perbankan Islam. Malah hakim telah tersilap dengan merujuk pembiayaan secara BBA (Bai' Bithaman Ajil -perjanjian jual beli balik) sebagai pinjaman konvensional.
Walaupun kes-kes perbankan muamalat adalah berasaskan prinsip-prinsip Islam, tetapi ia masih ditadbirkan di dalam lingkungan sistem keadilan sivil. Justeru, mana-mana peguambela dan peguamcara dibenarkan hadir untuk kes-kes perbankan Islam tersebut asalkan mereka mempunyai kelayakan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976.
Persoalannya ialah adakah hakim dan peguam Mahkamah Sivil mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang perbankan Islam untuk menentukan supaya keputusan-keputusan yang akan dibuat tidak bercanggah dengan kehendak syariah Islam?
Misalnya dalam hal kepakaran ilmu Islam, syariah di Malaysia sekali lagi diperlekeh apabila hakim tidak merujuk kepada yang arif. Walaupun Seksyen 16B, Akta Bank Negara 1968 menghendaki supaya hakim-hakim Mahkamah Sivil merujuk perkara berkaitan hukum Islam kepada Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan di Bank Negara tetapi ia tidak dipatuhi.
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara (MPS) adalah autoriti tertinggi di dalam sistem kewangan Islam Malaysia.
Merujuk Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 55 menyatakan pihak Bank dan institusi kewangan hendaklah merujuk MPS dalam hal pertikaian dan laras syariah.
Manakala Seksyen 56 menegaskan Mahkamah atau Penimbangtara perlu merujuk MPS dalam isu Syariah.
Dalam Seksyen 58 pula menyatakan keputusan MPS lebih tinggi daripada komiti Syariah lain.
Misalnya dalam kes Affin Bank Berhad vs Zulkijli Abdullah, Mahkamah enggan merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan
Walaupun Akta Bank Negara 1968 meminta hakim merujuk Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan atau kemudiannya ditubuhkan MPS, ianya sebenarnya dengan cara mahkamah sivil boleh berpendapat bahawa kes tidak melibatkan isu Syariah. Mahkamah sivil masih boleh melakukan semakan kehakiman berdasarkan ‘inherent jurisdiction’.
MPS adalah merupakan unit daripada Badan Eksekutif (Bank Negara). MPS tidak memiliki kuasa memberi keputusan muktamad seperti badan kehakiman.
Dalam isu lain, perlembagaan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk membicarakan kes-kes kewangan Islam seolah-olah mengetepikan peranan hakim syariah dan peguam syarie. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana pentafsiran muamalat Islam hendaklah dilakukan oleh ahli dalam bidang tersebut dan bukannya hakim serta peguam sivil yang biasanya lebih merujuk kepada tafsiran konvensional dan bukannya atas prinsip syariah.
Oleh itu, langkah uutuk meluaskan kuasa Mahkamah Syariah sedia ada atau sekurang-kurangnya menubuhkan mahkamah khas untuk kes-kes perbankan Islam amat tepat. Walau bagaimanapun perlulah dipastikan bahawa hakim-hakim yang diberi tanggungjawab untuk mendengar kes-kes di mahkamah itu mempunyai kepakaran yang tinggi dalam hal berkaitan perbankan Islam.
Dari aspek lain, kita juga melihat ‘double standard’ juga berlaku melalui Seksyen 3 (1) AktsBank Islam 1983 yang membataskan lesen perbankan Islam hanya kepada ‘company’ (perbadanan) yang di bawah Akta Syarikat 1965. Ini menyebabkan Bank Rakyat sebuah bank yang mengaplikasikan prinsip Islam tidak boleh beroperasi seperti Bank Islam kerana Bank Rakyat tertakluk kepada Akta Persatuan Koperasi 1993 dan Akta Bank Rakyat 1978 dan bukannya Akta Syarikat 1965.
Sebagai penutup penulis sekali lagi membawa cadangan Najahudin Lateh dalam kertas kerjanya untuk direnungi oleh semua pencinta syariah.
Pertama pinda Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 74 (2) dan Jadual Kesembilan, Senarai I (Senarai Persekutuan) dan akta-akta berkaitan supaya undang-undang Islam secara menyeluruh termasuk sistem muamalat Islam dimasukkan dalam Senarai Persekutuan. Ini bagi membolehkan sistem kewangan Islam dapat beroperasi dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mendengar kes-kes berkaitan kewangan dan muamalat Islam.
Kedua tafsiran yang luas berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada klausa ‘hukum syarak’ dalam Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) merangkumi bidang kewangan Islam dan bukan terbatas kepada undang-undang keluarga dan diri sahaja.
Langkah tambahan boleh diambil adalah menggubal perundangan kewangan Islam seperti undang-undang kontrak, jual beli atau syarikat yang sememangnya wujud dalam muamalat Islam bagi mengantikan Akta Kontrak 1950, Akta Sewa Beli 1956 dan Akta Syarikat 1965.
Pinda juga Seksyen 3 dan Seksyen 5 (1) Akta Undang-undang Sivil 1956 yang memperuntukan bahawa mahkamah boleh mengguna pakai undang-undang Inggeris jika tiada peruntukkan undang-undang dalam persoalan atau isu berkaitan bank dan perbankan sama ada dengan (i) menghapuskan akta tersebut; atau (ii) memasukkan undang-undang Islam sebagai rujukan mahkamah terutama kes melibatkan isu syariah.
Jika benar sesebuah kerajaan komited dan optimis dengan keberkesanan ekonomi Islam memakmurkan ekonomi negara, mereka wajar mencuba mengikuti saranan ahli akademik dan pakar undang-undang untuk memperkasakan sistem ekonomi Islam yang dijamin syuarga bagi pengamalnya bukan sekadar ‘survival’ duniawi.
* Muhammad Nuruddin Bashah ialah Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA), Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara.
Sumber HD - 15-1-2014
Tol: Abim gesa kerajaan dengar, fahami suara rakyat
- Jan 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Amidi Abd Manan menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyatakan kerajaan tiada pilihan melainkan terpaksa menaikkan kadar tol di beberapa tempat mulai tahun 2014.
Sebagai contoh, katanya kos pembiyaan tarif eletrik dan perkhidmatan air di lebuh raya masih boleh dikurangkan menerusi inisiatif rundingan antara pihak kerajaan dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat bekalan air.
Justeru, kata beliau pihak kerajaan harus meniliti langkah-langkah yang wajar bagi memastikan kos dapat dikurangkan dan bukan semata-mata menyalurkan bebanan kos kepada rakyat untuk ditanggung.
Ini, ujarnya kerana tindakan menaikkan kadar tol akan terus membebankan kehidupan rakyat biasa yang telah sedia terbeban kebelakangan ini kerana ia akan mencetuskan kesan berantai kepada kehidupan rakyat.
Seperti contoh, tambah beliau kenaikan kadar tol secara langsung akan mengakibatkan peningkatan pada kos pengangkutan.
“Peningkatan ini akan meliputi kos pengangkutan serta penghantaran barang serta perbelanjaan pengangkutan awam seperti tambang bas dan teksi,” katanya lagi.
Sementara itu, kata beliau kesan kenaikan tol akan lebih dirasai apabila tiba musim perayaan atau cuti umum, apabila mereka terpaksa menanggung beban kos harga minyak serta bayaran tol yang tinggi.
Hal ini, tambahnya termasuk kos tambang bagi pengangkutan awam yang akan turut dinaikkan.
Menurutnya, merujuk kepada pengangkutan awam alternatif seperti kereta api, yang tidak menggunakan laluan tol, Abim menggesa pihak kerajaan mencari inisiatif terbaik bagi memastikan kadar tambang bagi perkhidmatan pengangkutan tersebut berpatutan serta tahap effisiensi dapat ditingkatkan.
“Sekiranya mutu perkhidmatan pengangkutan awam tersebut berada di tahap yang terbaik, ia secara langsung akan membantu mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” katanya.
Beliau menambah, dalam perkembangan berkaitan, Abim juga melihat saranan kerajaan agar pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa sekiranya tidak mahu membayar tol harus didasari dengan jaminan dari pihak kerajaan sendiri untuk memastikan sistem jalan raya terutama di kawasan bandar benar-benar efisien.
“Sekiranya sistem jalan raya kita benar-benar efisien, ia akan menjadi satu nadi penting untuk memberdaya kualiti dalam menggerakkan ekonomi negara,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 1-1-2014
2014: ‘Tahun harga naik’ tambah derita mangsa banjir
- Dec 28, 2013
- HARAKAHDAILY
“Alhamdulillah gelombang kedua seperti yang diuar-uarkan tidak sebesar gelombang pertama,” ujar Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan dalam catatannya mengenai banjir yang melanda Kuantan, baru-baru ini.
Secara puratanya, kata beliau setiap rumah yang terlibat dengan banjir membuang sampah sekurang-kurangnya 1 tan.
“Sedih apabila melihat hanya sedikit harta yang terselamat. Pakaian, perabot, makanan, barangan elektrik hampir keseluruhannya musnah. Masing-masing termenung memikirkan wang yang diperlukan bagi menyempurnakan kehidupan,” ujarnya lagi.
Baginya, derita itu ditambah dengan tahun 2014 yang digelar sebagai ‘tahun harga naik’.
Menurutnya, pelaksanaan sepenuhnya kadar gaji minimum RM900 menyebabkan segala bentuk perkhidmatan dan barangan turut mengalami kenaikan kos.
Kos itu, ujarnya akan ditanggung oleh pengguna. Belum lagi bercerita berkaitan dengan harga gula (bagi sesiapa yang bukan pesakit diabetes), minyak petrol dan diesel (bagi mereka yang berkenderaan) dan kenaikan tarif elektrik (bagi yang menggunakan bekalan elektrik) amat-amat dirasai oleh warga Kuantan.
Tulisan penuh sebagaimana di bawah.
Politik bencana banjir: Sebelum dan selepas
Catatan ini adalah satu pemerhatian hasil perbualan dan pergaulan dengan pelbagai lapisan umat yang menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ini. Perkongsian masalah dan analisa para penduduk Kuantan yang rencam dengan pelbagai latar belakang dan sudut pandang menjadikan catatan ini bukanlah sesuatu yang muktamad.
Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini mengundang beberapa perbincangan yang menarik. Bermula dari peringkat awal air membanjiri Kuantan khususnya sehinggalah kini apabila bantuan pasca banjir mula digerakkan. Ramai yang tidak menyangka bencana yang saban tahun melanda negeri-negeri Pantai Timur akan menjadi seburuk ini.
Penulis yang telah menetap di Kuantan selama kira-kira 11 tahun juga pada mulanya tidak menyangka banjir kali ini adalah satu tragedi yang begitu buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Hujan yang mula turun mencurah-curah selama 3 hari mengakibatkan paras air sungai di sekitar Kuantan mulai naik dengan lajunya. Ban yang baru dibina di kawasan perumahan Sungai Isap sudah tidak dapat menahan air yang begitu banyak dan deras.
Jika banjir pada tahun 2001 dahulu, hanya kawasan Sungai Isap sahaja yang teruk ditenggelami air, kini ia melimpah sehingga ke kawasan Taman Guru, Kampung Belukar, Kampung Razali sehingga ke Kolej Islam Pahang (KIPSAS). Usaha yang dilakukan penduduk mengalihkan kereta ke jalan utama (Kuantan – Gambang) sia-sia, kerana air turut melimpahi jalan. Apabila pencawang-pencawang TNB mula ditenggelami air, bekalan elektrik diputuskan.
Akibatnya, stesen-stesen minyak tidak dapat beroperasi begitu juga dengan perkhidmatan bank turut tergendala. Hampir semua lampu isyarat di Bandar Kuantan tidak berfungsi. Terputusnya bekalan air memburukkan lagi keadaan. Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan terpaksa bergantung kepada air-air minuman dalam botol.
Begitu juga dengan mereka yang berada terperangkap di rumah masing-masing. Ahli keluarga di luar Kuantan mulai cemas kerana terputus hubungan dengan keluarga yang mendiami kawasan banjir. Ini kerana telefon bimbit tidak dapat berfungsi disebabkan baterinya telah kehabisan kuasa.
Suasana di pusat-pusat pemindahan juga kelam kabut. Ini kerana persediaan hanya bagi menampung beberapa ratus mangsa banjir seperti tahun-tahun sebelumnya. Apabila ribuan menyerbu pusat-pusat ini segala bekalan tidak mencukupi.
Begitu juga dengan tenaga pengendali. Sementelah kaki tangan kerajaan yang berkhidmat dengan jabatan-jabatan yang berkaitan bantuan banjir juga turut menjadi mangsa kali ini. Oleh itu amatlah tidak adil jika kesalahan ditujukan kepada jabatan kerajaan di Kuantan apabila bencana ini melanda.
Namun kita percaya dengan penyelarasan yang baik, kaki tangan kerajaan boleh digerakkan dari seluruh negara untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan. Ada yang melihat bot jabatan kerajaan tertambat tidak digunakan kerana pemandunya juga turut sibuk menyelamatkan keluarga.
Apabila usul darurat dibawa oleh YB Ahli Parlimen Kuantan ke Dewan Rakyat dan ditolak, bencana kali ini mula bermain dalam gelanggang politik. Tambahan pula para pemimpin dan perwakilan UMNO sedang sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Tuduhan melulu terhadap YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang mengatakan beliau tidak turun dan mempedulikan kawasannya sebenarnya, menjadikan beliau wira dalam kalangan penduduk Kuantan.
Ini kerana beliau telah turun awal-awal lagi dan berita mengenainya telah tersebar menerusi media maya. Ditambah dengan kalimah ‘bangsat’ yang terhambur keluar dari Ketua Wanita UMNO menambahkan lagi kemarahan warga Kuantan.
Itu belum lagi ketewasan pelbagai skuad yang dilancarkan oleh para pemimpin negara kepada Yayasan Amal. Skuad-skuad ini tidak dapat dirasai kehadirannya dengan berkesan oleh mangsa banjir berbanding dengan para sukarelawan Yayasan Amal ini.
Tidak cukup dengan itu, bantuan yang lambat tiba dan tidak mencukupi menambah luka di hati para penyokong parti pemerintah. Maka tidak hairanlah apabila ada yang mengisytiharkan keluar parti dan beralih arah di Tanah Putih Baru kerana kecewa dengan kesungguhan dan janji-janji yang ditaburkan sebelum pilihanraya yang lalu.
Walau pun berkoyan-koyan bantuan tiba dari UMNO setelah banjir surut ia seperti sudah terlewat. Rakyat mahukan pemimpin bersama mereka ketika mereka dalam kesusahan.
Tambahan pula bantuan yang tiba itu diagihkan secara berpilih dengan keutamaan kepada para penyokong UMNO. Keadaan ini diburukkan lagi apabila para sukarelawan yang kurang rasa amanah, menyebabkan ada sumbangan yang gagal disampaikan kepada mangsa dan agihannya tidak merata.
Bantuan banjir menjadi seperti pilihanraya. Parti-parti politik sibuk mengibarkan bendera masing-masing membawa bantuan dengan harapan dapat menambat hati mangsa atau sekurang-kurangnya mangsa tahu parti mereka juga turut sama prihatin dalam bencana kali ini.
Adalah diharapkan persaingan sebegini terutamanya bagi bantuan pasca banjir tidak melepasi batasan ‘fastabik ul-khayrat’ dengan meletakkan syarat-syarat tertentu atau ada mangsa banjir yang dinafikan haknya.
Bantuan yang menggunakan wang rakyat hendaklah dikembalikan kepada rakyat yang berhak bukan bersyarat kepada sikap dan pendirian politiknya.
Kini para mangsa banjir sedang bertungkus lumus memulakan hidup baru setelah banjir berlalu pergi. Alhamdulillah gelombang kedua seperti yang diuar-uarkan tidak sebesar gelombang pertama.
Secara puratanya setiap rumah yang terlibat dengan banjir membuang sampah sekurang-kurangnya 1 tan. Sedih apabila melihat hanya sedikit harta yang terselamat. Pakaian, perabot, makanan, barangan elektrik hampir keseluruhannya musnah. Masing-masing termenung memikirkan wang yang diperlukan bagi menyempurnakan kehidupan.
Derita ini ditambah dengan tahun 2014 yang digelar sebagai ‘tahun harga naik’. Pelaksanaan sepenuhnya kadar gaji minimum RM900 menyebabkan segala bentuk perkhidmatan dan barangan turut mengalami kenaikan kos.
Kos ini akan ditanggung oleh pengguna. Belum lagi bercerita berkaitan dengan harga gula (bagi sesiapa yang bukan pesakit diabetes), minyak petrol dan diesel (bagi mereka yang berkenderaan) dan kenaikan tarif elektrik (bagi yang menggunakan bekalan elektrik) amat-amat dirasai oleh warga Kuantan. Mungkin hanya kenaikan kadar tol tidak begitu dirasai oleh penduduk Kuantan kerana laluan LPT sahaja yang mengenakan tol.
Maka jika dicongak politik banjir ini, berasaslah kebimbangan yang disuarakan oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi PAC,yang menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar. Ditambah dengan pandangan Dr Ridhuan Tee Abdullah yang memberikan amaran bahawa pengundi Melayu mungkin akan beralih arah akibat kenaikan harga tol.
Mungkin ada pihak yang menafikan kenyataan ini, tetapi sekurang-kurangnya riak-riak di kawasan parlimen sekitar Kuantan seperti Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar sudah mula menunjukkan tandanya. Sebagai aktivis umat, banjir atau bencana kini, boleh dijadikan salah satu faktor yang memberi impak politik.
Sumber HD - 28-12-2013
Seksis: Tidak patut keluar dari mulut Tengku Adnan
- Dec 24, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau menyatakan “hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek. jika tidak memakai alat solek harganya menurun”.
Ketua Wanita IKRAM Pusat, Ustazah Maznah Daud (gambar) berkata, tindakan menteri itu mengumpamakan kenaikan kadar penilaian hartanah dengan wanita adalah amat dikesali dan bertentangan dengan tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, yang dicanangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak; “Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera”.
“Walaupun menteri ini telah menyatakan permohonan maafnya, namun kenyataan seperti ini tidak wajar dan tidak patut keluar dari mulut seorang pemimpin kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia tampil bersuara membantah kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang berbau seksis dan menghina wanita.
Beliau menyatakan “hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek. jika tidak memakai alat solek harganya menurun”.
Tindakan beliau mengumpamakan kenaikan kadar penilaian hartanah dengan wanita adalah amat dikesali dan bertentangan dengan tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, yang dicanangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak; “Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera”.
Walaupun menteri ini telah menyatakan permohonan maafnya, namun kenyataan seperti ini tidak wajar dan tidak patut keluar dari mulut seorang pemimpin kerajaan.
Tanpa perubahan mental dan sikap, ia hanya akan tinggal retorik semata-mata dan wanita akan terus menjadi bahan lelucon dan penghinaan seperti ini dari masa ke semasa.
Wanita IKRAM Malaysia sangat memandang berat tentang isu ini, kerana ini bukanlah kali pertama wakil-wakil rakyat membuat kenyataan menghina wanita seperti ini.
Pada 9 Mei 2007, dua ahli parlimen Datuk Mohd Said Yusof dan Datuk Bung Mokhtar Radin telah membuat kenyataan yang didakwa menghina wanita di Dewan Rakyat dan ianya telah mendapat bantahan kumpulan wanita seluruh negara.
Apakah yang boleh diharapkan jika pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi negara tidak peka dengan teguran ini, dan tidak dapat menunjukkan contoh yang baik untuk rakyat jelata?
Seharusnya, kita semua merasa insaf dan menghentikan budaya ketinggalan zaman ini, budaya merendah-rendah dan menghina-hina khususnya wanita kerana ini adalah budaya tidak bertamaddun.
Kita juga perlu sedari bahawa lelaki yang menghina wanita adalah menghina diri sendiri, kerana wanita adalah ibu yg melahirkannya, isteri yang mendampinginya, saudara perempuan dan anak perempuan permata hatinya. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Wanita itu syaqaiq –iaitu saudara perempuan se ibu sebapa – bagi kaum lelaki”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Musnad: 5869, dan juga Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)
Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan yang benar sepanjang zaman sudahpun mengingatkan kita sejak 1,435 tahun lalu dalam khutbah wada’ yang terkenal itu. “ Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.”
Nasihat ini diamalkan oleh generasi seterusnya sehingga Khalifah Islam kedua, Sayyidina Umar r.a. menyebutkan ”Pada zaman jahiliyah, kami tidak mengambil berat sedikitpun tentang wanita. Namun ketika Islam datang dan Allah s.w.t. menjelaskan perihal mereka, maka kami tahu mereka mempunyai hak ke atas kami”, Hadis Riwayat Imam Bukhari.
Wanita IKRAM berharap peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran untuk semua pihak, khususnya golongan pemimpin dan tunjuklah contoh kepimpinan yang baik terhadap semua lapisan masyarakat khususnya wanita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semoga ini adalah kali terakhir wanita dihina dan dijadikan bahan lelucon di khalayak ramai seperti ini. Kami yakin dan pasti ramai lagi golongan masyarakat yang menghormati wanita di luar sana.
Sumber HD - 24-12-2013
Tol naik: Abim anggap Wahid biadap, wajar mohon maaf
- Dec 17, 2013
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, cadangan untuk menaikkan kadar tol seperti yang diuar-uarkan oleh pemegang konsesi lebuh raya amat dikesali.
“Alasan untuk menaikkan kadar tol kerana perjanjian konsesi jelas mengenepikan kepentingan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, Abim menilai akibat daripada kenaikan kadar tol ini, rakyat yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini akan terus dalam keadaan tertekan.
Katanya, kenaikan kadar tol akan turut menyumbang kepada kenaikan tambang pengangkutan awam yang kebanyakannya digunakan oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Kenyataan angkuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang menyarankan agar sesiapa yang tidak setuju dengan kenaikan kadar tol memilih laluan lain yang tidak bertol, adalah amat dikesali,” ujarnya.
Menurutnya, Abim menilai kenyataan sebegini jelas sebagai satu penghinaan terhadap rakyat terbanyak.
“Beliau sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keceluparan yang begitu biadab,” ujarnya lagi.
Justeru, kata beliau Abim menyeru agar rakyat membantah kenaikan kadar tol demi kehidupan yang lebih baik.
“Dalam hal ini, Abim akan mengerakkan kempen bagi mengangkat suara rakyat terbanyak yang semakin risau dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilihat menjerut leher golongan marhaen,” tegasnya.
Sumber HD - 17-12-2013
Selepas Abdul Quader Molla, ada lagi akan dibunuh - Abim
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh. Beliau yang berumur 65 tahun sewaktu hukuman dilaksanakan telah disahkan meninggal dunia setelah menjalani hukuman gantung tersebut di Penjara Dhaka pada 11 Disember 2012, jam 10:01 malam waktu tempatan.
Abdul Quader merupakan mangsa pertama Tribunal Perang Antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan Bangladesh pada Mac 2010 bagi membicarakan tragedi pembunuhan sewaktu perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971.
'Tribunal Antarabangsa’ tersebut telah mendapat kecaman yang keras daripada pemimpin dunia, institusi kehakiman dan perundangan antarabangsa serta badan hak asasi manusia kerana secara jelas telah melanggar syarat dan prosedur pelaksanaan tribunal jenayah yang adil dan saksama.
Pada 5 Februari 2013, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh tribunal tersebut atas tuduhan membunuh 344 orang awam, merancang dan bersekongkol dengan keganasan dan jenayah rogol.
Disebabkan protes dan bantahan dalaman dan masyarakat antarabangsa, rayuan terhadap keputusan tersebut telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan Bangladesh – di mana keputusan tribunal telah ditingkatkan dari hukuman penjara seumur hidup ke hukuman mati di tali gantung, suatu perkara yang sangat jarang berlaku dalam sejarah rayuan mahkamah.
Sesungguhnya amat nyata bahawa peristiwa hitam dalam sejarah Bangladesh ini merupakan satu rencana politik yang menjijikkan oleh parti pemerintah Awami League Bangladesh pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina sepertimana yang digambarkan oleh laporan Odhikar (2013) melalui Human Rights Report 2012 m.s 5-6) ;
“To rule by terror, the government resorted to some techniques…the repression of the opposition political parties, workers and social organisations…the use and abuse of Judiciary to punish opponents and the dissenters who criticise the government. The appointment of Judges on political consederation…abducting and killing people, particularly political leaders, mainly through ‘enforced disappearance’…The present regime promised to observed zero tolerance to extrajudicial killings”
“Abim dengan ini mendesak kerajaan Bangladesh di bawah rejim Sheikh Hasina agar segera membubarkan dan memansuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa yang pincang tersebut serta merta,” ujar Naib Presiden Abim, Mohamad Raimi Abdul Rahim dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tribunal tersebut sehingga hari ini telah dan akan menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup kepada pimpinan utama parti pembangkang termasuklah pimpinan kanan Jamaat-e Islami seperti Matiur Rahman Nizami, Delwar Hossein Sayeedi Ali Ahsan Mohammad Mojahid, dan Muhammad Kamaruzzaman.
Katanya, dua pimpinan utama parti Bangladesh National Party (BNP) pimpinan mantan Perdana Menteri Khalida Zia juga dibicarakan di bawah tribunal tersebut.
Menurutnya, dengan terlaksananya hukuman ke atas Abdul Quader Mulla itu, Abim yakin bahawa kerajaan Bangladesh akan terus menggunakan pembunuhan melalui sistem kehakiman, atau apa yang diistilahkan oleh Toby Cadman, peguambela British yang mewakili tahanan-tahanan politik tersebut sebagai ‘judicial murder’ .
Justeru, tegasnya Abim mendesak agar parti-parti politik, NGO dan badan hak asasi dalam di Malaysia agar mengambil serius isu ini dengan mengutarakan bantahan dan memorandum keprihatinan terhadap kerajaan Bangladesh.
“Bagi tujuan tersebut, Abim memohon agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Datuk Anifah Aman agar mengambil tindakan yang segera dan tegas dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia untuk memberikan penjelasan terhadap pencabulan yang amat nyata ke atas hak asasi manusia ini,” ujarnya.
Beliau menambah, sudah tiba masanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan OIC yang berpengaruh menyatakan bantahan yang amat jelas dan menilai semula hubungan diplomatik dan perdagangannya dengan Bangladesh.
Semalam, katanya Perdana Menteri Turki telah mengulangi keprihatinan Presiden Abdullah Gul sebelumnya dengan menggesa agar kerajaan Bangladesh menangguhkan keputusan gantung tersebut.
Beliau berkata, bantahan yang keras terhadap Bangladesh sebelum ini telah disuarakan oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, House of Lords Britain dan banyak lagi pemimpin berpengaruh dunia.
Tambahnya, Abim juga bersama-sama di dalam Malaysian Task Force for Bangladesh, sebuah gabungan NGO-NGO yang prihatin mengenai isu ini juga akan terus memantau situasi ini dan mengharapkan lebih banyak penyertaan daripada NGO-NGO dan rakyat Malaysia.
“Abim berharap bantahan keras daripada rakyat dan kerajaan Malaysia boleh meredakan situasi Bangladesh yang boleh berlarutan sehingga menjadi perang saudara,” ujarnya.
Sumber HD - 13-12-2013
Warga emas antara peserta khatan anjuran Muslim Care
- Dec 12, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
KOTA SAMARAHAN: Sudah menjadi kelaziman amalan berkhatan beramai-ramai diadakan pada musim cuti persekolahan hujung tahun terutamanya di kawasan luar bandar.
Bersempena cuti sekolah kali ini, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia mengambil inisiatif mengadakan program khatan di pedalaman Sarawak, baru-baru ini.
Program yang diberi nama Sunathon ini melibatkan 44 peserta dari Kampung Senah Rayang, Padawan, Kota Samarahan.
Selain 33 kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, lebih mencabar apabila turut terdapat peserta dewasa berumur 13 hingga 60 tahun yang baru memeluk Islam.
Seramai tiga doktor perubatan, dua pembantu perubatan, seorang jururawat dan tiga pelajar perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terlibat mengkhatankan mereka bermula dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang.
Sehari sebelum Sunathon, keseluruhan 26 peserta misi Muslim Care dari semenanjung dan Sarawak sudah berprogram bersama penduduk Kampung Senah Rayang yang rata-ratanya baru beberapa tahun memeluk Islam.
Menaiki Toyota Hiace dari Kuching, perjalanan ke kampung tersebut mengambil masa kira-kira satu setengah jam.
Raya penat, loya dan pening peserta misi akibat melalui jalan yang berbukit-bukau dan bengkak-bengkok hilang apabila kedatangan mereka disambut mesra oleh penduduk kampung yang diketuai Ustaz Amin yang merupakan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak.
Misi kali ini turut mendapat kerjasama Unit Saudara Kita (USK), sebuah NGO yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Sarawak.
Bermula jam 9.30 pagi hingga jam 4 petang, penduduk kampung menerima perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi kanak-kanak dan dewasa secara pecuma.
Selain itu, program Klinik Solat dan klinik Al-Fatihah melibatkan kanak-kanak turut diadakan.
Ketua Misi yang juga Exco Muslim Care, Dr Riduan Md Nor turut menyampaikan kuliah 'Islam Itu Indah' kepada penduduk kampung.
Misi kali ini turut disertai bekas pemain gitar bass XPDC, Zuar yang kini bergiat aktif sebagai sukarelawan Muslim Care.
Program berlangsung dalam suasana yang ceria dengan keletah kanak-kanak yang sangat cerdik dan cepat mesra dengan peserta misi dan ibu bapa yang ramah bercerita tentang kehidupan mereka di kampung.
Menurut Setiausaha 1 Muslim Care Malaysia, Abdul Razak Mohamed, program Sunathon merupakan program tahunan Muslim Care yang diadakan di Sabah dan Sarawak.
"Beliau berkata, program ini dapat memberi peluang kepada masyarakat di kawasan pedalaman untuk mengkhatankan anak-anak mereka tanpa perlu dibawa ke klinik atau hospital.
"Muslim Care mengambil inisiatif datang kepada penduduk kampung dan mengkhatankan anak-anak mereka tanpa mereka perlu bersusah-payah keluar untuk berkhatan.
"Program khatan kali ini agak mencabar kerana terdapat juga peserta dewasa yang baru memeluk Islam. Tetapi kami yakin dengan kebolehan doktor-doktor yang memang berpengalaman mengkhatankan orang.
"Di samping khatan, fokus kita sudah semestinya dakwah dan kebajikan kepada saudara baru mahupun yang sudah lama memeluk Islam," katanya.
Di samping itu, barang keperluan harian seperti beras, minyak, gula, dan lain-lain serta naskah kitab terjemahan Al-Quran turut diagihkan kepada penduduk kampung.
Muslim Care tidak lupakan mangsa banjir Pantai Timur
Sementara itu, Dr Riduan berkata, Muslim Care turut menghantar sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Katanya, walaupun Muslim Care memberi fokus kepada masyarakat di pedalaman Borneo, namun kesusahan masyarakat di semenanjung tetap diutamakan khususnya dalam musim tengkujuh ini.
"Kebetulan sewaktu misi kita ke Sarawak ini, berlaku banjir di Pantai Timur dan juga Johor. Misi ini diteruskan kerana kita sudah rancang awal.
"Tetapi tiada masalah kerana Muslim Care mempunyai sukarelawan yang ramai. Jadi beberapa sukarelawan turun membantu mangsa banjir," katanya.
Sukarelawan Muslim Care dipimpin oleh Naib Presidennya Zulkifli Nani telah menyelaras bantuan dengan NGO-NGO bantuan kemanusiaan yang lain bagi meringankan beban mangsa banjir.
Sumber HD - 12-12-2013
Bunuh lagi: Keselamatan awam sudah tidak terjamin
Harakahdaily, | 11 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas ke atas Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek (gambar), petang semalam.
“Sesungguhnya ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana agama Islam tidak membenarkan kita mengambil nyawa orang lain sesuka hati,” ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, memandangkan pelbagai khabar angin yang tersebar menerusi pelbagai media, Abim menyeru masyarakat agar bertenang serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta tindakan selanjutnya.
Abim juga, katanya menggesa agar langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi mengelakkan perkara itu berulang.
Tambahnya, satu mekanisme kawalan keselamatan perlu difikirkan bagi penjawat awam yang berhadapan dengan risiko keselamatan nyawa terjamin.
“Abim ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Rafli Abdul Malek,” ujarnya.
Beliau berkata, Allahyarham Ahmad Rafli merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanahnya.
“Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh kita semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya lagi.
Sementara itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang terkejut dengan perbuatan terkutuk itu mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan sedemikian rupa yang membuktikan keselamatan awam sudah tidak terjamin lagi.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pembunuhan yang sangat memeranjatkan seluruh rakyat di negara ini membuat semua bertanya bagaimana sekali lagi senjata api begitu mudah diperolehi di negara ini,
“Untuk melakukan jenayah sekejam ini di siang hari ketika mangsa berada bersama dengan ahli keluarga di rumah sendiri adalah suatu yang sangat mengejutkan.
“Ia tidak mungkin dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa penjenayah di negara ini semakin berani dan tidak takut dengan undang-undang,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Persoalannya, kata beliau jika penjanayah sedemikian berani, apakah ini menandakan pihak keselamatan tidak lagi digeruni untuk berupaya menyekat jenayah awam.
Katanya, setiap kali pembunuhan nekad berlaku di negara ini, masyarakat awam tidak lagi mempercayai pihak keselamatan boleh menjaga keselamatan awam.
“Kami memperakui bahawa pembunuhan seperti ini sudah tentu di luar kemampuan pihak polis untuk membendungnya. Tiada siapapun dapat menduga bagaimana penjenayah beroperasi secara mengejut.
“Akan tetapi insiden jenayah bunuh yang semakin kerap menunjukkan bahawa gejala jenayah semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, tambahnya, Mapim berpendirian suatu tindakan drastik perlu segera dilakukan oleh pihak keselamatan awam bagi membanteras jenayah di negara ini.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Rafli.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-11-2013
Muslim Care prihatin penduduk pedalaman Borneo
Hazayani Zakaria, | 23 Okt 2013 |
Ibadah korban bukan lagi menjadi perkara asing bagi masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha.
Namun mungkin ramai yang tidak menyangka masih terdapat masyarakat di pedalaman Sabah dan Sarawak yang belum pernah merasai ibadah korban di tempat mereka mahupun menerima daging korban.
Menyedari perkara ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia mengambil tanggungjawab meneruskan misi dakwah dan korban di pedalaman Sabah dan Sarawak pada tahun ini.
Bermula 15 hingga 19 Oktober lalu, sepuluh sukarelawan dari Semenanjung, lapan dari Muslim Care dan dua dari Nisa' Malaysia berkampung di Borneo bagi menjayakan misi tersebut.
Menurut ketua misi, Abdul Razak Mohamed yang juga Setiausaha 1 Muslim Care Malaysia, tahun ini merupakan tahun ketiga Muslim Care menganjurkan misi dakwah dan korban di Borneo.
Tidak menafikan bantuan rakyat Malaysia ke luar negara, beliau berkata, para penyumbang juga perlu menyedari tanggungjawab membantu rakyat Malaysia di pedalaman.
"Keperluan mendesak untuk meneruskan misi ini kerana lokasi atau kampung-kampung yang kita pergi itu, semuanya baru pertama kali terima daging korban atau melakukan ibadah korban.
"Jadi atas dasar itulah yang membuatkan Muslim Care meneruskan misi ini setiap tahun.
"Kita lihat terlalu ramai rakyat Malaysia yang membuat ibadah korban di luar negara. Tiada masalah dalam hal ini malah Muslim Care pun ada buat misi korban di Kemboja, Vietnam, Myanmar, Syria dan lain-lain negara tapi kita kena imbangkan, jangan terlalu fokus kepada luar negara.
"Sedangkan dalam negara kita sendiri terdapat saudara kita terutama sekali saudara baru yang dipinggirkan bukan sahaja dalam bab ibadah korban malah dari sudut dakwah," katanya.
Muslim Care mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sepanjang misi berlangsung.
Pada hari pertama di Sabah, ibadah korban dijalankan di Kampung Tinutuan di Daerah Ranau dengan menyembelih 2 ekor lembu.
Dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, peserta misi bergerak dari Pekan Ranau menuju ke Kampung Tinutuan yang mengambil masa satu jam setengah, dengan keadaan jalan yang tidak bertar dan berbukit bukau.
Setengah hari berada di Kampung Tinutuan, peserta misi bergerak pula ke Kampung Lobou Lama dan Kampung Daramakon, juga di Daerah Ranau untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk.
Peserta misi bersama kakitangan Jakim dan JHEAINS bergotong-royong dengan penduduk kampung melapah daging dan memasak makanan tengah hari.
Di samping itu, barang keperluan harian seperti beras, minyak, gula, dan lain-lain serta naskah kitab terjemahan Al-Quran dan telekung solat wanita turut diagihkan kepada penduduk kampung.
Pada hari kedua pula, ibadah korban dijalankan di Kampung Mesilou, Kundasang dengan menumbangkan seekor lembu dan 2 ekor kambing.
Manakala di Sarawak, ibadah korban dijalankan di Kampung Bawang di Daerah Padawan, iaitu sebuah perkampungan Bidayuh.
Muslim Care mendapat kerjasama daripada Unit Saudara Kita (USK), sebuah NGO yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Sarawak.
Selain itu, bantuan turut diagihkan kepada penduduk Kampung Git, Kampung Sikog, Kampung Mambong, dan Kampung Temurang, juga di Daerah Padawan. Sehari sebelumnya ibadah korban telah diadakan di Kg Resit di daerah Serian.
'20 tahun ketinggalan ilmu agama'
Sementara itu, Abdul Razak berkata, paling menyentuh perasaan beliau apabila terdapat kampung yang mempunyai 180 orang Islam masih tidak mempunyai surau.
Malah katanya, penduduk merayu agar surau dibina di kampung mereka bagi memudahkan mereka beribadah.
"Ada satu kampung yang kita pergi, penduduk sudah menganut agama Islam sejak tahun 1982 tapi tahun ini baru dapat merasakan daging korban. Ada 180 orang Islam iaitu saudara baru tapi kampung tak mempunyai surau".
"Jadi mereka merayu untuk kita cuba bantu mereka untuk dirikan sebuah surau dan kita akan fikirkan jika kita boleh membuat sesuatu untuk membantu mereka mendirikan surau di kampung mereka.
"Kampung jauh dengan jalan yang teruk bagaimana mereka nak mendirikan Solat Jumaat jika tak ada surau, tak ada masjid," luahnya kesal.
Selain itu katanya, kurangnya pendakwah yang masuk ke kawasan pedalaman menyebabkan mereka ketinggalan dari sudut ilmu agama dan hidup dalam kejahilan.
Beliau berkata, masalah kefahaman mengenai agama Islam bukan sahaja timbul dalam kalangan saudara baru malah turut dihadapi masyarakat yang Islam sejak lahir akibat kurangnya pendedahan mengenai Islam.
"Tak ada pendakwah yang pergi ke kampung mereka menyebabkan mereka ketinggalan dua puluh tahun dari segi ilmu agama.
"Contohnya di Sarawak masalah yang besar dari sudut kefahaman Islam bukan sahaja kepada saudara baru tetapi kepada pengganut Islam yang asal. Mereka mengamalkan cara hidup bukan dengan cara islam. Bila saudara baru masuk Islam mereka keliru.
"Perkembangan majlis ilmu di Sarawak amat terhad, tidak seperti di semenanjung. Jadi bila majlis ilmu di surau terhad dan dakwah pun jarang masuk jadi menambahkan kejahilan mereka," katanya lagi.
Justeru Abdul Razak berkata, Muslim Care menyeru NGO dan lebih banyak syarikat korporat agar bekerjasama dengan mereka untuk turus menyebarkan dakwah kepada masyarakat di pedalaman.
"Saya mengajak NGO-NGO lain untuk bersama-sama dan apabila banyak penyertaan kita boleh bahagikan kawasan dan juga saya berharap syarikat GLC atau syarikat korporat atau badan kerajaan dapat memberikan bantuan dari segi dana untuk kerja-kerja dakwah.
"Tidak ada masalah jika mereka tidak mempunyai tenaga kerana Muslim Care mempunyai ramai sukarelawan yang boleh membantu.
"Mereka boleh salurkan dana dan Muslim Care boleh laksanakan misi dakwah ke pedalaman dengan bantuan agensi-agensi seperti Jakim," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-10-2013
Cakna Palestin kumpul RM100,000 anjur korban di Palestin
Aslani M, | 13 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Penderitaan umat Islam di Palestin turut mendapat simpati NGO Cakna Palestin dengan menghulur pelbagai bantuan bagi meringankan bebanan kehidupan mereka.
Dan sempena Hari Raya Korban tahun ini, Cakna Palestin akan menganjurkan program korban bersama rakyat Palestin di Gaza yang melibatkan lima lembu dan 23 ekor kambing.
Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, program tersebut membabitkan bantuan yang dikumpul sebanyak RM100,000 diadakan dengan kerjasama beberapa NGO di Palestin.
NGO terbabit iaitu Sawead Association For Relief & Development (SARD), Ar Rahma Charitty Association (Ar Rahman) dan Amaar For Development & Rehabilition (Emaar).
Program korban diadakan di daerah Khan Yunis, Fafah, Dar Al-Balah, Bayt Hanun dan Bayt Lahiya.
“Program korban di Palestin merupakan tahun keempat dianjurkan Cakna Palestin bersama rakyat Malaysia yang prihatin berkongsi penderitaan dengan mereka,” kata Sharafi.
Seekor lembu di Gaza berharga RM9,800 dan kambing pula RM1,500. Haiwan tersebut terpaksa dibawa masuk luar.
Menurutnya Hari Raya Aidiladha merupakan masa dinanti-nantikan penduduk Gaza untuk menikmati daging lembu atau kambing yang hanya dapat dinikmati setahun sekali.
“Cakna Palestin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada dermawan yang menyumbang bantuan menjayakan program berkenaan,” ujarnya.
Sharafi juga berkata, pergolakan di Mesir dan Syria menenggelamkan berita-berita penderitaan rakyat di Palestin yang menjadi mangsa kepada kerangkusan Zionis Israel.
Menurutnya penutup pintu sempadan di Rafah dan kemusnahan terowong bawah tanah dilakukan tentera kudeta Mesir menyukarkan bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas dibawa ke Gaza.
Selain bantuan korban, Cakna Palestin juga melaksanakan pelbagai program kemanusiaan di Gaza termasuk membina musalla membabitkan kos kira-kira RM19,200 di Khan Younis.
Musalla tersebut juga dijadikan tempat kanak-kanak belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Sejak Oktober 2012 Cakna Palestin turut membantu membina lima masjid di Gaza.
Oleh itu mereka yang berminat menjayakan program berkenaan boleh menyumbang kepada Cakna Palestin melalui akaun 0301 8010 1229 39 (Bank Islam), 0301 0000 9051 07 (CIMB), 5530 3803 3881 (Maybank) dan 3988 9949 14 (Public Bank).
Boleh juga dihubungi melalui caknapalestin@gmail.com dan http://www.caknapalestin.blogspot.com/ atau 09 748 8442 atau 013 962 6779.
Dan sempena Hari Raya Korban tahun ini, Cakna Palestin akan menganjurkan program korban bersama rakyat Palestin di Gaza yang melibatkan lima lembu dan 23 ekor kambing.
Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, program tersebut membabitkan bantuan yang dikumpul sebanyak RM100,000 diadakan dengan kerjasama beberapa NGO di Palestin.
NGO terbabit iaitu Sawead Association For Relief & Development (SARD), Ar Rahma Charitty Association (Ar Rahman) dan Amaar For Development & Rehabilition (Emaar).
Program korban diadakan di daerah Khan Yunis, Fafah, Dar Al-Balah, Bayt Hanun dan Bayt Lahiya.
“Program korban di Palestin merupakan tahun keempat dianjurkan Cakna Palestin bersama rakyat Malaysia yang prihatin berkongsi penderitaan dengan mereka,” kata Sharafi.
Seekor lembu di Gaza berharga RM9,800 dan kambing pula RM1,500. Haiwan tersebut terpaksa dibawa masuk luar.
Menurutnya Hari Raya Aidiladha merupakan masa dinanti-nantikan penduduk Gaza untuk menikmati daging lembu atau kambing yang hanya dapat dinikmati setahun sekali.
“Cakna Palestin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada dermawan yang menyumbang bantuan menjayakan program berkenaan,” ujarnya.
Sharafi juga berkata, pergolakan di Mesir dan Syria menenggelamkan berita-berita penderitaan rakyat di Palestin yang menjadi mangsa kepada kerangkusan Zionis Israel.
Menurutnya penutup pintu sempadan di Rafah dan kemusnahan terowong bawah tanah dilakukan tentera kudeta Mesir menyukarkan bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas dibawa ke Gaza.
Selain bantuan korban, Cakna Palestin juga melaksanakan pelbagai program kemanusiaan di Gaza termasuk membina musalla membabitkan kos kira-kira RM19,200 di Khan Younis.
Musalla tersebut juga dijadikan tempat kanak-kanak belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Sejak Oktober 2012 Cakna Palestin turut membantu membina lima masjid di Gaza.
Oleh itu mereka yang berminat menjayakan program berkenaan boleh menyumbang kepada Cakna Palestin melalui akaun 0301 8010 1229 39 (Bank Islam), 0301 0000 9051 07 (CIMB), 5530 3803 3881 (Maybank) dan 3988 9949 14 (Public Bank).
Boleh juga dihubungi melalui caknapalestin@gmail.com dan http://www.caknapalestin.blogspot.com/ atau 09 748 8442 atau 013 962 6779.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-10-2013
Id Al-Adha: Menangkap mesej perjuangan Ibrahim
Siddiq Fadzil , | 10 Okt 2013 |
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Kita mengingat nama Ibrahim `a.s. dan keluarga dalam selawat dan tahiyyat berkali-kali saban hari. Tetapi mengingatnya di tengah aura `id al-adha terasa ada kelainannya, lebih syahdu dan lebih mengharukan. Ibrahim `a.s. adalah nama besar, nama yang disebut dalam dua puluh lima surah al-Qur'an.
Kisah Ibrahim `a.s. memang bukan sebuah karya fiktif, tetapi qissah Qur'aniyyah yang kerelevanannya merentas abad, melintas jagat. Para aktivis perjuangan Islam memaknai kisah tersebut bukan sekadar lipur lara, tetapi penyerlahan legacy agung seorang Rasul pejuang kebenaran, kisah yang membawa pesan wisdom perjuangan dan pendidikan hikmah kenabian. Ibrahim `a.s. mewariskan sebuah model pendakwahan berasaskan dialog.
Beliau tidak berkhutbah secara monolog, tetapi selalu mengajak khalayak untuk berdialog dan beradu argumentasi. Dialog adalah strategi bijak untuk menggugah akal dan merangsang orang agar berfikir. Justeru, hanya yang berakal dan yang berfikir yang dapat menghargai dan menilai kebenaran. Berhujah harus selamanya dengan akal sihat dan rasional, bukan dengan sentimen dan emosi.
Demikianlah, kebenaran bukan untuk dipaksakan, tetapi didakwahkan dengan hujah yang meyakinkan (iqna`) akal rasional. Memang teras kekuatan dakwah bukan biaya, dan bukan juga kuasa, tetapi esensinya: kebenaran yang berasaskan hujah dan bukti.
Kekuatan dana, kuasa dan lain-lainnya bukan tidak penting, tetapi bukan kekuatan esensi hakikinya. Memang tidak semua orang bersedia menerima hujah dan kebenaran. Penghalang utamanya adalah kepentingan. Suatu yang namanya "kepentingan" itu memang dahsyat.
Demi mempertahankannya hujah sekuat mana pun, dan kebenaran sejelas mana pun tidak akan diterimanya. Demikianlah sikap kaumnya, rajanya dan malah bapanya sendiri pun. Hujah yang kuat dan lunak tidak dapat membangkitkan akal rasional seorang ayah yang berkepentingan sebagai seorang pengusaha industri berhala.
Demikian juga kaum bangsanya yang kalah berhujah lalu bertindak liar, cuba menghabisinya dengan melemparkannya ke dalam api yang sedang marak, semarak kemarahan mereka, sepanas hati mereka.
Demikianlah, kepentingan selalu menjadikan orang hilang kewarasan, gagal melawan dengan hujah lalu mengganas, melakukan ke-brutal-an fizikal. Begitulah yang selalu dilakukan oleh para penguasa teror sepanjang zaman, membunuh pencabar dan pengkritiknya.
Tetapi dalam situasi seperti itulah pula terserlahnya keunggulan Ibrahim `a.s. sebagai pahlawan dakwah yang pantang menyerah, biar hangus menjadi arang, biar hancur menjadi abu. Komitmen seorang mujahid dakwah ialah mempertahankan risalah hingga ke titisan darah terakhir. Baginya tidak ada yang lebih berharga daripada kebenaran (al-haqq) petunjuk Tuhan.
Api yang sejatinya memang panas membakar, merentung dan menghanguskan, tiba-tiba berubah menjadi dingin, nyaman dan mesra terhadap khalil al-Rahman. Api pun ikut menyayangi Ibrahim, hamba kesayangan Tuhan. Demikian patuhnya api terhadap pesan Ilahi "selamatkan Ibrahim!".
Yang sebenarnya diselamatkan tidak hanya batang tubuh Ibrahim, tetapi juga risalah dan fikrah perjuangannya. Seperti ada pesan khusus yang tersirat di balik peristiwa mukjizat yang mencengangkan itu: bahawa kezaliman hingga ke puncak paling dahsyat sekalipun,tidak akan mampu membunuh fikrah, idea dan idealisme yang benar dan murni.
Semarak takbir `id al-adha mengingatkan kita bagaimana Ibrahim `a.s. memaknai dua kata mulia Allahu Akbar lewat amal nyata. Allah Maha Besar, tidak ada yang lebih besar daripada Allah, perintah-Nya dan ajaran-Nya. Kata dikota dengan menjunjung perintah mengorbankan putera kesayangannya Isma`il `a.s.
Demikianlah catatan suatu pembuktian iman: demi Tuhan, sanggup mengorbankan yang tersayang. Mudah-mudahan takbir kita kali ini lebih bererti.
Penulis ialah Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Sumber HD - 10-10-2013
Abim pandang serius polemik Bumiputera Islam Sabah
Abim dan Wadah Sabah, | 09 Okt 2013 |
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri Sabah memandang serius polemik dan perbahasan secara terbuka pandangan Sohibussamaha Ust. Bungsu @ Aziz Jaafar, Mufti Negeri Sabah berkenaan Bumiputera Islam Sabah yang perlu digelar Melayu.
Sesungguhnya pandangan Yang Berbahagia Mufti sewajarnya kita terima secara matang dan tidak emosional kerana pandangan ini dibentangkan dalam simposium yang bertujuan mendapatkan pandangan umum tentang bagaimana mendepani agenda asing dan cabaran kepimpinan Melayu di alam Melayu dan Nusantara.
Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta maudhu pandangan ini diutarakan.
2. ABIM dan WADAH Sabah turut khuatir dan bimbang pandangan balas yang bersifat emosional dan melulu tanpa bertanya sendiri kepada sumber asal maklumat dan amat bergantung kepada sumber kedua dan ketiga akan mencetuskan polimik ketaksuban suku dan bangsa yang lebih besar.
Apa yang jelas, pandangan balas dan kritikan tanpa memahami teks dan konteks sebenar sesuatu pandangan diutarakan akhirnya akan mengundang kekeliruan dan dendam kesukuan, agama dan bangsa yang lebih serius khususnya dalam konteks negeri berbilang agama, suku dan bangsa.
Malahan ABIM dan WADAH Sabah berpendapat bahawa pandangan Sohibussamaha Ust. Bungsu @ Aziz Jaafar adalah pandangan umum beliau yang tidak mencerminkan atau membawa ketetapan sebagai fatwa yang wajib dilaksanakan di negeri ini.
Malah perkara ini sejajar dengan pandangan balas YAB Ketua Menteri Sabah berkenaan pandangan Sohibussamaha Ust. Bungsu @ Aziz Jaafar sebagai satu pandangan umum sahaja dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan. Pandangan balas YAB Ketua Menteri Sabah dalam hal ini telah dilaporkan oleh beberapa akbar tempatan bertarikh 4 Oktober 2013.
3. ABIM dan WADAH Sabah juga menyatakan dan memohon agar semua pihak berhenti dari mengeluarkan pandangan secara terbuka sama ada melalui apa juga media sehingga ada ketetapan pandangan jelas dari pihak Sohibussamaha Ust. Bungsu @ Aziz Jaafar.
Selain itu, ABIM dan WADAH Sabah menyeru semua pihak sama ada orang ramai, Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan untuk mula menyuburkan budaya wacana ilmu dan pemikiran berupa seminar, sidang pleno dan forum bagi membincangkan dan mendengar fakta-fakta yang konkrit dan tepat dalam apa juga isu dan polemik agar semangat dan budaya masyarakat berilmu dapat disuburkan dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa.
4. ABIM dan WADAH Sabah turut menggesa orang ramai agar kembali melihat dan memperhalusi resolusi-resolusi besar yang telah diangkat dalam Seminar Pengaruh Islam Dalam Budaya Suku Kaum di Sabah anjuran ABIM Sabah dan beberapa agensi kerajaan yang lain bertarikh 31 Mei 1993 yang dengan jelas menyatakan bahawa perlu ada perbincangan yang khusus dan panjang dilaksanakan sebelum kita boleh memperihalkan dan menterjemahkan konsep Melayu dalam kebudayaan suku dan bangsa di negeri Sabah. Dalam hal ini,
ABIM dan WADAH Sabah turut berpandangan bahawa adalah kurang wajar untuk memaksakan pemakaian Melayu kepada suku dan bangsa di Sabah yang sedari awalnya telah mempunyai kebudayaan tersendiri dan telah diamalkan sejak turun temurun lagi.
Justeru, terpulang kepada suku dan bangsa berkenaan untuk menerima atau memperihalkan elemen keMelayuaan malah menerima sekalipun identiti Melayu dalam diri suku dan bangsa mereka.
Sekian.
Dr. Abdullah Bade
Yang Dipertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Negeri Sabah
Abdul Manap Mahmud
Pengerusi, Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Negeri Sabah
Sesungguhnya pandangan Yang Berbahagia Mufti sewajarnya kita terima secara matang dan tidak emosional kerana pandangan ini dibentangkan dalam simposium yang bertujuan mendapatkan pandangan umum tentang bagaimana mendepani agenda asing dan cabaran kepimpinan Melayu di alam Melayu dan Nusantara.
Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta maudhu pandangan ini diutarakan.
2. ABIM dan WADAH Sabah turut khuatir dan bimbang pandangan balas yang bersifat emosional dan melulu tanpa bertanya sendiri kepada sumber asal maklumat dan amat bergantung kepada sumber kedua dan ketiga akan mencetuskan polimik ketaksuban suku dan bangsa yang lebih besar.
Apa yang jelas, pandangan balas dan kritikan tanpa memahami teks dan konteks sebenar sesuatu pandangan diutarakan akhirnya akan mengundang kekeliruan dan dendam kesukuan, agama dan bangsa yang lebih serius khususnya dalam konteks negeri berbilang agama, suku dan bangsa.
Malahan ABIM dan WADAH Sabah berpendapat bahawa pandangan Sohibussamaha Ust. Bungsu @ Aziz Jaafar adalah pandangan umum beliau yang tidak mencerminkan atau membawa ketetapan sebagai fatwa yang wajib dilaksanakan di negeri ini.
Malah perkara ini sejajar dengan pandangan balas YAB Ketua Menteri Sabah berkenaan pandangan Sohibussamaha Ust. Bungsu @ Aziz Jaafar sebagai satu pandangan umum sahaja dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan. Pandangan balas YAB Ketua Menteri Sabah dalam hal ini telah dilaporkan oleh beberapa akbar tempatan bertarikh 4 Oktober 2013.
3. ABIM dan WADAH Sabah juga menyatakan dan memohon agar semua pihak berhenti dari mengeluarkan pandangan secara terbuka sama ada melalui apa juga media sehingga ada ketetapan pandangan jelas dari pihak Sohibussamaha Ust. Bungsu @ Aziz Jaafar.
Selain itu, ABIM dan WADAH Sabah menyeru semua pihak sama ada orang ramai, Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan untuk mula menyuburkan budaya wacana ilmu dan pemikiran berupa seminar, sidang pleno dan forum bagi membincangkan dan mendengar fakta-fakta yang konkrit dan tepat dalam apa juga isu dan polemik agar semangat dan budaya masyarakat berilmu dapat disuburkan dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa.
4. ABIM dan WADAH Sabah turut menggesa orang ramai agar kembali melihat dan memperhalusi resolusi-resolusi besar yang telah diangkat dalam Seminar Pengaruh Islam Dalam Budaya Suku Kaum di Sabah anjuran ABIM Sabah dan beberapa agensi kerajaan yang lain bertarikh 31 Mei 1993 yang dengan jelas menyatakan bahawa perlu ada perbincangan yang khusus dan panjang dilaksanakan sebelum kita boleh memperihalkan dan menterjemahkan konsep Melayu dalam kebudayaan suku dan bangsa di negeri Sabah. Dalam hal ini,
ABIM dan WADAH Sabah turut berpandangan bahawa adalah kurang wajar untuk memaksakan pemakaian Melayu kepada suku dan bangsa di Sabah yang sedari awalnya telah mempunyai kebudayaan tersendiri dan telah diamalkan sejak turun temurun lagi.
Justeru, terpulang kepada suku dan bangsa berkenaan untuk menerima atau memperihalkan elemen keMelayuaan malah menerima sekalipun identiti Melayu dalam diri suku dan bangsa mereka.
Sekian.
Dr. Abdullah Bade
Yang Dipertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Negeri Sabah
Abdul Manap Mahmud
Pengerusi, Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Negeri Sabah
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Tarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah
Harakahdaily, | 08 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menggesa kerajaan menarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang telah diluluskan baru-baru ini dan menghormati prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.
“Ini khususnya bagi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan dan kebebasan asasi,” ujar Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.
Kerajaan juga, katanya digesa menghormati dan mendengar pandangan rakyat dengan melakukan konsultasi, dialog dan rujukan dengan Majlis Peguam, Suhakam dan NGO dengan berhemat dan tidak tergesa-gesa sebelum melakukan apa-apa pindaan undang-undang terutama yang mengaitkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) amat bimbang dengan pindaan Kerajaan ke atas Akta Pencegahan Penjenayah (PCA) 1959 yang dibentangkan di Dewan Rakyat dan diluluskan dalam keadaan tergesa-gesa pada 4 Oktober 2013.
Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 tersebut mengandungi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan Islam dan maqasid syariah serta tidak selari dengan prinsip asas kebebasan asasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Secara khusus, apabila akta berkenaan dipinda dengan meletakkannya di bawah Perkara 149 Perlembagaan, maka beberapa hak kebebasan asasi di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13 Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya terjamin sekaligus dinafikan. Perkara ini termasuklah hak untuk bergerak secara bebas, hak untuk bersuara, berhimpun dan berorganisasi serta hak untuk memiliki harta. Dahulunya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan juga dinaungi di bawah Perkara 149.
Ikram juga memandang serius beberapa peruntukan yang seolah-olah mengembalikan ISA dan Ordinan Darurat (EO) khususnya yang berkait dengan penahanan tanpa bicara dan kuasa semakan mahkamah. Antaranya ialah seperti berikut:
1. Pindaan terhadap pengenalan PCA yang memetiknya daripada ISA iaitu “Whereas action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property;” Pengenalan atau skop ini bersifat luas dan tidak khusus untuk jenayah berat atau terancang. Ia terbuka untuk disalahguna seperti mana ISA.
2. Seksyen 19A memberi kuasa mutlak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah di bawah akta ini untuk menahan orang yang dituduh selama dua tahun dan boleh dilanjutkan tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah.
3. Seksyen 15A pula menghalang semakan mahkamah ke atas keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur. Kuasa mutlak terletak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah.
4. Dalam seksyen 9 (5) pindaan terbaru ini juga menafikan hak yang tertuduh untuk ditemani peguam semasa disiasat oleh pegawai penyiasat.
Dalam masa yang sama, Ikram juga menyedari dan memahami kepentingan mencegah jenayah terancang dan berat yang sedang mengancam rakyat. Islam juga menganjurkan kita untuk melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Cumanya pencegahan jenayah tidak sehingga menggadai prinsip keadilan dan kebebasan diri dengan penahanan tanpa bicara dan kuasa terlalu luas tanpa semakan.
Perdana Menteri sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PCA digubal semula untuk membanteras jenayah berat yang semakin membimbangkan. Beliau juga pernah menolak gesaan sesetengah pihak untuk mengembalikan penahanan tanpa bicara supaya hak asasi individu tidak terjejas di samping kepentingan awam dilindungi. Namun PCA yang diluluskan bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri itu.
Ikram berpendapat selain penguatkuasaan undang-undang, langkah-langkah berikut harus dilakukan untuk mencegah jenayah:
1. Meramaikan bilangan anggota polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah yang mana angkanya kini hanya 9% daripada 112,000 anggota polis seluruh negara.
2. Bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan mendakwa anggota penguatkuasa yang korup bukan hanya di kalangan pihak polis tetapi juga anggota penguatkuasa Jabatan Kastam & Eksais Diraja, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran, Majlis Perbandaran dan lain-lain. Ini kerana anggota penguatkuasa yang korup mudah dibeli dan dipergunakan oleh sindiket jenayah.
3. Menggalakkan semua golongan masyarakat berperanan melalui kempen kesedaran anti-jenayah. Sektor Rukun Tetangga yg pernah diwujudkan dahulu wajar dihidupkan kembali.
Ikram melihat pencegahan jenayah bukan dengan memperkenalkan undang-undang yang jelas melanggar prinsip asas keadilan, kebebasan dan kedaulatan undang-undang tetapi dengan memperkuatkan semula Polis dengan kecekapan siasatan, profesionalisme dan ilmu agama serta membebaskan mereka daripada rasuah, salahguna kuasa dan kekebalan.
Justeru, Ikram menggesa kerajaan untuk:
1. Menarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang telah diluluskan baru-baru ini dan menghormati prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang. Ini khususnya bagi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan dan kebebasan asasi.
2. Menghormati dan mendengar pandangan rakyat dengan melakukan konsultasi, dialog dan rujukan dengan Majlis Peguam, Suhakam dan NGO dengan berhemat dan tidak tergesa-gesa sebelum melakukan apa-apa pindaan undang-undang terutama yang mengaitkan keselamatan dan ketenteraman awam.
3. Mencegah jenayah dengan siasatan yang cekap, berintegriti dan profesional bukan dengan memberikan kuasa yang terlalu luas yang membolehkan berlakunya salahguna kuasa dan penyelewengan.

Sumber HD - 8-10-2013
PCA: Islam larang lawan jahat dengan jahat- Shura
Harakahdaily, | 05 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Islam melarang umatnya melawan kejahatan dengan menggunakan kejahatan dan di dalam Islam, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) berpendapat, Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan kerajaan dilihat mirip kepada kaedah tersebut iaitu "membalas kejahatan dengan kejahatan".
Pengerusinya Abdul Ghani Shamsuddin berkata, penahanan tanpa bicara dalam PCA bukan sahaja jelmaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah membuka ruang kepada pemerintah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik.
“Kita tidak boleh lawan kejahatan dengan kejahatan, keburukan dengan keburukan yang barangkali kita membuka pintu untuk orang lain membuat jahat, zalim kepada orang lain yang sudah pasti tidak menyelesaikan masalah.
“Buat jahat suatu kezaliman, tetapi memperuntukkan kemudahan bagi orang menyalahgunakan kuasa juga merupakan satu kezaliman yang besar,” katanya seperti dilapor Selangorku.
Menurut Abdul Ghani lagi, kegagalan membawa tertuduh ke muka pengadilan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan penganiayaan terhadap tertuduh.
Keadaan itu katanya bercanggah dengan perinsip keadilan Islam yang mensyaratkan tertuduh diadili sebelum dijatuhi hukuman.
“Orang ini tiada tempat untuk mendapatkan perlindungan dan ini menjadikan masyarakat kita bertambah zalim lagi,” katanya.
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) berpendapat, Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan kerajaan dilihat mirip kepada kaedah tersebut iaitu "membalas kejahatan dengan kejahatan".
“Kita tidak boleh lawan kejahatan dengan kejahatan, keburukan dengan keburukan yang barangkali kita membuka pintu untuk orang lain membuat jahat, zalim kepada orang lain yang sudah pasti tidak menyelesaikan masalah.
“Buat jahat suatu kezaliman, tetapi memperuntukkan kemudahan bagi orang menyalahgunakan kuasa juga merupakan satu kezaliman yang besar,” katanya seperti dilapor Selangorku.
Menurut Abdul Ghani lagi, kegagalan membawa tertuduh ke muka pengadilan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan penganiayaan terhadap tertuduh.
Keadaan itu katanya bercanggah dengan perinsip keadilan Islam yang mensyaratkan tertuduh diadili sebelum dijatuhi hukuman.
“Orang ini tiada tempat untuk mendapatkan perlindungan dan ini menjadikan masyarakat kita bertambah zalim lagi,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-10-2013
Bantah Obama, pengganas berselindung senyuman
Harakahdaily, | 25 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Group FB Malaysian Malabari (MM) dan Inspirasi Muhibah Indiamuslim Malaysia (Imim) sepakat menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia.
Pengerusi Group FB MM, Mohd Razali Yusof berkata, ia sebagai satu bentuk perpaduan MM dan Imim kepada saudara-saudara seagama yang mengalami penderitaan akibat ditindas AS dan kroninya.
“Obama adalah simbol dari kekejaman dunia barat terhadap umat Islam. Dunia barat hingga saat ini masih terus aktif menyiksa dan membunuh Islam di seluruh dunia.
“Tidak ada hari yang berlalu tanpa pembunuhan umat Islam,” ujarnya dalam kenyataan bersama.
Justeru, tegasnya, bagi MM dan Imim, Obama tidak layak memijak kakinya di tanah air umat Islam kerana tangannya masih berlumuran darah ratusan ribu umat Islam yang dibunuh kejam di Afghanistan, Iraq dan jutaaan di negara-negara Islam lain.
“Obama tak ubahnya seperti Bush. Pengganas yang berselindung dengan senyuman manis,” katanya.
Sehubungan itu, katanya umat Islam harus bersatu untuk menolak kedatangan Obama ke Malaysia.
“Apakah kita sudah melupakan siapa Amerika? Kami tidak akan lupa kekejaman AS terhadap rakyat Palestin yang mana AS menyalurkan senjata-senjata kepada negara haram Israel.
“Kami masih ingat ribuan kanak-kanak di bom di Iraq, masih segar dalam ingatan kami pembunuhan beramai-ramai rakyat Lubnan oleh Israel dengan bantuan AS,” katanya lagi.
Katanya, MM dan Imim tidak mungkin akan lupakan apa yang dilakukan oleh AS terhadap Chechnya, Bosnia, Macedonia, Kosovo, Kashmir, Filifina, dan negara-negara Muslim lain.
“Jika kita lihat, pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng dilarang memasuki negara ini disebabkan pembunuhan rakyat negara ini oleh PKM satu masa dahulu dan kini abu mayat beliau pun tidak dibenarkan memasuki negara ini,” ujarnya.
Dalam konteks ini, ujar beliau Obama yang memimpin Amerika Syarikat juga harus dihalang dari memasuki Malaysia disebabkan kekejaman AS terhadap umat Islam.
Pengerusi Group FB MM, Mohd Razali Yusof berkata, ia sebagai satu bentuk perpaduan MM dan Imim kepada saudara-saudara seagama yang mengalami penderitaan akibat ditindas AS dan kroninya.
“Obama adalah simbol dari kekejaman dunia barat terhadap umat Islam. Dunia barat hingga saat ini masih terus aktif menyiksa dan membunuh Islam di seluruh dunia.
“Tidak ada hari yang berlalu tanpa pembunuhan umat Islam,” ujarnya dalam kenyataan bersama.
Justeru, tegasnya, bagi MM dan Imim, Obama tidak layak memijak kakinya di tanah air umat Islam kerana tangannya masih berlumuran darah ratusan ribu umat Islam yang dibunuh kejam di Afghanistan, Iraq dan jutaaan di negara-negara Islam lain.
“Obama tak ubahnya seperti Bush. Pengganas yang berselindung dengan senyuman manis,” katanya.
Sehubungan itu, katanya umat Islam harus bersatu untuk menolak kedatangan Obama ke Malaysia.
“Apakah kita sudah melupakan siapa Amerika? Kami tidak akan lupa kekejaman AS terhadap rakyat Palestin yang mana AS menyalurkan senjata-senjata kepada negara haram Israel.
“Kami masih ingat ribuan kanak-kanak di bom di Iraq, masih segar dalam ingatan kami pembunuhan beramai-ramai rakyat Lubnan oleh Israel dengan bantuan AS,” katanya lagi.
Katanya, MM dan Imim tidak mungkin akan lupakan apa yang dilakukan oleh AS terhadap Chechnya, Bosnia, Macedonia, Kosovo, Kashmir, Filifina, dan negara-negara Muslim lain.
“Jika kita lihat, pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng dilarang memasuki negara ini disebabkan pembunuhan rakyat negara ini oleh PKM satu masa dahulu dan kini abu mayat beliau pun tidak dibenarkan memasuki negara ini,” ujarnya.
Dalam konteks ini, ujar beliau Obama yang memimpin Amerika Syarikat juga harus dihalang dari memasuki Malaysia disebabkan kekejaman AS terhadap umat Islam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-9-2013
Hutang isi rumah rakyat Malaysia membimbangkan
Hazayani Zakaria, | 22 Sep 2013 |
SHAH ALAM: Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nominal pada akhir Julai 2012 merupakan fakta yang membimbangkan.
Menurut Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Mohd Nazri Bin Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di rantau ini.
Beliau berkata, pinjaman terkumpul bagi pembelian harta kediaman dan kenderaan iaitu 64 peratus adalah bahagian terbesar pinjaman isi rumah.
"Peratusan ini menunjukkan kesan pembiayaan peribadi dalam menggiatkan industri perumahan dan automobil negara dengan membolehkan individu membeli rumah dan kenderaan," kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk "Pembiayaan Peribadi Oleh Perbankan dan Kesannya KEpada Kuasa Beli Pengguna" di Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013 anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dekat sini, semalam.
Menurut beliau juga, penggunaan kad kredit kekal tinggi dengan urus niaga meningkat 6.7 peratus kepada RM53.6 billion (Januari hingga Julai 2011: 11.8 peratus, RM50.3 billion).
Jumlah baki tertunggak kad kredit adalah sebanyak RM32.9 billion (akhir tahun 2011: RM33.4 billion).
"Perbelanjaan kad kredit mewakili 3.1 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan dan 5.6 peratus daripada jumlah pinjaman isi rumah pada akhir Julai 2012.
Jumlah pinjaman tidak berbayar bagi hutang kad kredit berkurang sebanyak RM491 juta dan nisbah pinjaman terjejas bertambah baik kepada 1.5 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan pada akhir Juli 2012 (akhir tahun 2011: RM528 juta, 1.6 peratus.
Didik rakyat
Munurut Nazri, tiada statistik dan data khusus tentang tujuan pengambilan pembiayaan peribadi oleh pelanggan dalam sistem perbankan.
"Banyak kesan negatif dalam ekonomi apabila sekelopok rakyat gagal menguruskan perancangan kewangan individu termasuk memiliki timbunan hutang yang berlebihan," katanya.
Bagaimanapun katanya, sistem perbankan dengan kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) telah memainkan peranannya dalam membantu menggiatkan aktviti ekonomi negra melalui pendanaan dan pembiayaan bersumberkan dana daripada unit-unit lebihan dalam sektor ekonomi negara.
Beliau menyarankan agar usaha digiatkan untuk mendidik rakyat, umat Islam khususnya untuk memiliki ilmu perancangan kewangan peribadi.
"Umat Islam khususnya, perlu dididik untuk berurusan dengan sistem perbankan Islam jika memerlukan kemudahan perbankan.
"Peranan sistem perbankan dalam ekonomi perlu diteruskan dengan urus tadbir yang baik, amalan pengurusan risiko yang berkesan dan pembiayaan yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem ekonomi negara keseluruhannya teguh dan mampan dalam menempuh persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar," katanya.
Antara pembentang kertas kerja ialah Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (Isra), Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin; Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj; Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail.

Sumber HD - 22-9-2013
Jumlah lelaki melebihi wanita di Malaysia
Ahmad Tajdid, | 22 Sep 2013 |
SHAH ALAM: Fakta ini mungkin mengakibatkan sebahagian lelaki termenung panjang. Statistik terbaru menunjukkan bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini dengan nisbah 106 berbanding 100 (106:100), dedah Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.
Malah menurut beliau, bilangan wanita hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dr Harlina membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia’ pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia, dekat sini, petang semalam.
Beliau menambah, purata jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun.
Menyentuh tentang isu kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin di atas beberapa sebab.
Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan komitmen kepada keluarga.
Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan), selesa hidup membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus bagi lelaki dan wanita).
Pensyarah Fakulti Perubatan UKM itu juga melahirkan kegusaran terhadap trend perbelanjaan tinggi bagi melangsungkan perkahwinan yang menjadi punca utama kahwin lambat di kalangan remaja muslim.
Pakej lengkap perkahwinan biasa kini mencecah RM25,500 merangkumi khidmat katering (penyediaan makanan), andaman dan fotografi.
“Malah ada laman portal yang mengkategorikan belanja perkahwinan kepada tiga iaitu RM11,000 bagi kos rendah, RM20,800 bagi kos sederhana dan RM50,000 bagi kos tinggi,” ujarnya.
Fenomena kahwin lambat, jelas Dr Harlina boleh mengakibat penurunan kadar kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin memandangkan puncak ‘kesuburan wanita’ adalah pada umur 25 tahun dan menurun secara berkadaran selepas itu.
Daripada kajian yang dibuat, 30 peratus masalah kesuburan terletak kepada wanita, 30 peratus kepada lelaki, 30 peratus kepada pasangan lelaki dan wanita manakala 10 peratus lagi tidak diketahui punca.
“Orang lelaki yang merokok paling berisiko mandul kerana ia menjejaskan kesuburan sperma,” katanya disambut reaksi bercampur peserta seminar.
Kahwin lambat juga, tambah Naib Ketua Wanita Ikram itu menyumbang kepada gejala sosial seperti zina.
Statistik menunjukkan dari tahun 2007 hingga 2009, terdapat 17,303 anak tidak sah taraf berbangsa Melayu didaftarkan di negara ini.
Bagi mengatasi masalah kahwin lambat, Dr Harlina mencadangkan kempen dilaksanakan bagi menggalakkan remaja untuk berkahwin seperti firman Allah dalam ayat ke-32 Surah An-Nur.
Ibu bapa juga, tambah beliau perlu berperanan membantu anak-anak untuk melangsung perkahwinan (seperti mengurangkan kos hantaran perkahwinan) di samping insentif kewangan diberikan kepada pasangan muda yang berkahwin buat kali pertama oleh kerajaan dan institusi Islam.
“Majlis perkahwinan beramai-ramai juga boleh dilaksanakan seperti dilanjurkan Ikram Kajang baru-baru ini ,” saran beliau.
Malah menurut beliau, bilangan wanita hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dr Harlina membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia’ pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia, dekat sini, petang semalam.
Beliau menambah, purata jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun.
Menyentuh tentang isu kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin di atas beberapa sebab.
Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan komitmen kepada keluarga.
Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan), selesa hidup membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus bagi lelaki dan wanita).
Pensyarah Fakulti Perubatan UKM itu juga melahirkan kegusaran terhadap trend perbelanjaan tinggi bagi melangsungkan perkahwinan yang menjadi punca utama kahwin lambat di kalangan remaja muslim.
Pakej lengkap perkahwinan biasa kini mencecah RM25,500 merangkumi khidmat katering (penyediaan makanan), andaman dan fotografi.
“Malah ada laman portal yang mengkategorikan belanja perkahwinan kepada tiga iaitu RM11,000 bagi kos rendah, RM20,800 bagi kos sederhana dan RM50,000 bagi kos tinggi,” ujarnya.
Fenomena kahwin lambat, jelas Dr Harlina boleh mengakibat penurunan kadar kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin memandangkan puncak ‘kesuburan wanita’ adalah pada umur 25 tahun dan menurun secara berkadaran selepas itu.
Daripada kajian yang dibuat, 30 peratus masalah kesuburan terletak kepada wanita, 30 peratus kepada lelaki, 30 peratus kepada pasangan lelaki dan wanita manakala 10 peratus lagi tidak diketahui punca.
“Orang lelaki yang merokok paling berisiko mandul kerana ia menjejaskan kesuburan sperma,” katanya disambut reaksi bercampur peserta seminar.
Kahwin lambat juga, tambah Naib Ketua Wanita Ikram itu menyumbang kepada gejala sosial seperti zina.
Statistik menunjukkan dari tahun 2007 hingga 2009, terdapat 17,303 anak tidak sah taraf berbangsa Melayu didaftarkan di negara ini.
Bagi mengatasi masalah kahwin lambat, Dr Harlina mencadangkan kempen dilaksanakan bagi menggalakkan remaja untuk berkahwin seperti firman Allah dalam ayat ke-32 Surah An-Nur.
Ibu bapa juga, tambah beliau perlu berperanan membantu anak-anak untuk melangsung perkahwinan (seperti mengurangkan kos hantaran perkahwinan) di samping insentif kewangan diberikan kepada pasangan muda yang berkahwin buat kali pertama oleh kerajaan dan institusi Islam.
“Majlis perkahwinan beramai-ramai juga boleh dilaksanakan seperti dilanjurkan Ikram Kajang baru-baru ini ,” saran beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-9-2013
Wujudkan skim mudah rakyat miliki rumah
Harakahdaily, | 21 Sep 2013 |
SHAH ALAM: Kerajaan perlu mewujudkan skim yang kondusif bagi rakyat khususnya generasi muda untuk memiliki rumah ekoran harga rumah yang melambung tinggi dan syarat ketat yang dikenakan institusi kewangan untuk pinjaman perumahan, ujar Naib Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia, Prof Madya Dr Fauzi Deraman.
Berucap menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Maqasid Al-Syariah: Isu-isu Kepenggunaan, Realiti dan Cabaran” pada Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013 dekat sini, pagi tadi, beliau berkata skim pemilikan rumah yang kondusif perlu diwujudkan memandangkan telah wujud skim mudah dan kondusif untuk rakyat memiliki kereta.
Usaha juga perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kahwin lambat di kalangan generasi muda kerana fenomena ini, ujarnya mempunyai kesan kepada aspek sosial dan politik umat Islam.
Hadir sama pada majlis itu Yang Dipertua PUM, Dato’ Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dan Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia Tenggara (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Seminar Kebangsaan itu dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd.
Menghuraikan lebih lanjut, beliau berkata matlamat utama penggunaan dalam Islam adalah untuk mencapai maqasid syariah (tujuan syariah diturunkan) iaitu untuk mencapai kebaikan (maslahah) dan mengelak kerosakan (mafsadah) di dunia dan akhirat.
Maqasid syariah juga, jelasnya merujuk kepada keperluan memelihara agama, akal, nyawa, keturunan dan harta yang dimiliki manusia.
“ Selain itu, penggunaan dalam Islam juga bermatlamat untuk mencapai kepuasan kerohanian (ketenangan dan kesejahteraan) yang seterusnya akan membawa kepada keredhaan Allah SWT,” ujarnya.
Sejumlah sepuluh kertas kerja yang menyentuh aspek ekonomi dan kepenggunaan dibentangkan dalam seminar dua hari itu.
Antara pembentang kertas kerja ialah Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (Isra), Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin; Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj; dan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-9-2013
Ambil perhatian kebajikan pelajar Malaysia ke Mesir
Harakahdaily, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyambut baik dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada pihak kerajaan atas keprihatinan terhadap masa depan pembelajaran para pelajar Malaysia di Mesir.
“Usaha ini menunjukkan rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dari pihak kerajaan,” ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau percaya keputusan yang diambil oleh Kabinet pada 18 September lalu telah memperkirakan pelbagai aspek, namun Abim memohon agar keputusan ini diperhalusi dengan lebih teliti lagi.
Katanya, asas kepada saranan itu adalah dengan merujuk kejadian penutupan sebuah kolej perubatan di Karnataka, India sekitar tahun 90-an yang melibatkan para pelajar Malaysia.
Menurutnya, proses penyerapan para pelajar ketika itu mengambil masa kira-kira setahun oleh sebuah IPTA tempatan disebabkan proses pemindahan kredit melibatkan sukatan pelajaran, pengiktirafan dan pemantauan.
Tambahnya, perkara itu dijangkakan lebih sukar kerana kebanyakan IPTS melaksanakan kursus perubatan secara berkembar dengan IPT luar negara.
Beliau berkata, Abim khuatir sekiranya perkara ini tidak diperhalusi dengan teliti ia akan menimbulkan lebih banyak masalah dan mengganggu pembelajaran para pelajar, lebih-lebih lagi wujud saranan daripada Malaysia Medical Council (MMC), Malaysian Pharmaceutical Board (MPB) dan Malaysian Dental Council (MDC) untuk pelajar kembali ke Mesir. Saranan tersebut dibuat dalam satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan II pada 12 September lalu.
Katanya lagi, Abim juga ingin menyarankan agar pelajar diberikan peluang untuk menyambung pelajaran di Mesir seperti biasa, namun bagi mencapai maksud ini, Abim ingin menegaskan beberapa gesaan kepada pihak-pihak berikut:-
1) Penaja kepada para pelajar Malaysia meneruskan tajaan kepada mereka yang ingin meneruskan pengajian di Mesir. Wujud ura-ura sebuah yayasan negeri yang bercadang untuk menghentikan tajaan sekiranya para pelajar berhasrat meneruskan pengajian di Mesir.
2) Pelajar Malaysia memperkukuh kerjasama dengan para pegawai kerajaan Malaysia termasuk kerajaan negeri serta mengambil berat perkembangan isu semasa di media rasmi yang boleh dipercayai. Para pelajar juga harus menghindari sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan pengajian dan keselamatan mereka. Ini termasuklah status-status di FB, Twitter, dan laman-laman sosial seumpamanya.
3) Ibu bapa sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak mereka serta menasihati anak mereka agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan pengajian anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan para pegawai bagi mengetahui keadaan semasa secara benar, lengkap, dan menyeluruh. Sikap sebegini dapat menghindarkan rasa cemas yang keterlaluan.
4) Abim juga menggesa agar pihak kerajaan berunding dengan pihak keselamatan Mesir agar meningkatkan pengawasan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dari segi keselamatan yang mana terdapat ramai pelajar Malaysia di situ.
Menurut Amidi lagi, Abim menyambut baik usaha kerajaan mewujudkan medium komunikasi antara Kementerian Pendidikan dan para pelajar bagi menyediakan maklumat yang tepat.
“Usaha ini juga akan mewujudkan persefahaman dan keharmonian yang akan membantu mencari jalan penyelesaian yang terbaik,” ujarnya.
Beliau menambah, Abim berharap dengan segala usaha dan kerjasama ketiga-tiga pihak itu, serta pegawai yang berkaitan, hasrat untuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian di Mesir seperti biasa dapat direalisasikan.
“Kita berharap segala masalah ini dapat diselesaikan dengan baik secepat mungkin kerana pelajar hari ini adalah pemimpin negara pada masa akan datang,” katanya.

Sumber HD - 20-9-2013
Fenomena kahwin lambat dalam seminar PUM
Harakahdaily, | 16 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Fenomena kahwin lambat di kalangan generasi muda Islam negara ini akan turut dibincangkan dalam Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah anjuran Persatuan Ulama Malaysia, pada 21 dan 22 September ini.
Seminar dua hari yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam itu bertujuan memberi kefahaman tentang isu-isu semasa berkaitan kepenggunaan, pemilikan rumah, kebangkrapan dan kahwin lambat serta mencadangkan resolusi kepada isu-isu tersebut.
Seminar ini juga diadakan bertujuan menghimpunkan intelektual, pengamal perbankan, pendakwah-pendakwah tanah air untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
Dalam satu kenyataan media, Sekretariat Seminar menjelaskan, perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang.
Situasi ini juga menyumbang kepada masalah muflis yang semakin meningkat saban tahun.
“Masalah kahwin lambat disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah akibat kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan.
“Begitu juga harga rumah yang melambung tinggi merupakan satu masalah yang tidak boleh dipandang ringan. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan Program Pemilikan Rumah Mampu Milik dan Skim Rumah Mesra Rakyat, namun hakikatnya masih ramai yang tidak mampu membeli rumah,” kenyataan media itu dipetik.
Seminar ini terbuka kepada umum dan orang ramai yang ingin mendaftar diminta menghubungi 013-384 0710 (Azmi), 013-403 8507 (Suraya), 03-5512 4300 / 03-5511 4301 (Pejabat), 03-5511 4302 (Faks) dan emel: pumpusat@yahoo.com
Yang Dipertua PUM, Dato’ Sheik Abdul halim Abd Kadir dijadual memberikan ucaptama berkisar topik Maqasid Syariah pada 21 September.
Antara pembentang kertas kerja ialah Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin; Pengarah Urusan, Syarikat Perumahan Negara Bhd, Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh; Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Bank Negara Malaysia, Muhamad Rapidi Mohd Darus; dan Pengerusi Pembangunan Sosial IKRAM & Naib Ketua Wanita IKRAM, Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj.
Turut membentangkan kertas kerja ialah Ketua Unit Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Nazri Chik; Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim; dan CEO, Perbadanan Wakaf Selangor, Abu Bakar Yang.
Yuran penyertaan RM150 bagi wakil agensi kerajaan dan swasta, RM100 (individu, perseorangan dan wakil NGO) serta RM50 bagi pelajar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-9-2013
Potong elaun menteri, kerajaan mampu berjimat
Harakahdaily, | 05 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan negara.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.
“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.
“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak.
“Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya.
Beliau juga berkata, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.
“Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi.
“Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima,” katanya.
Tambah beliau juga, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan.
“Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan.
“Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.
“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.
“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak.
“Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya.
Beliau juga berkata, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.
“Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi.
“Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima,” katanya.
Tambah beliau juga, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan.
“Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan.
“Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
Abim anjur Konferen Dunia Kebangkitan Islam
Harakahdaily, | 29 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan menganjurkan World Conference On Islamic Resurgence: Challenges, Prospects And The Way Forward pada 7 September ini di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
“Konferen antarabangsa ini diadakan sebagai respons terhadap perkembangan semasa yang berlaku di dunia Islam terutama sekali sekitar kawasan Timur Tengah,” ujar Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim.
Katanya, fenomena Arab Spring yang melanda Timur Tengah semenjak 2011 telah membuka dimensi baru wacana Islamic Resurgence (Kebangkitan Islam) yang diisi oleh pelbagai pihak dengan pelbagai telahan serta pandangan berbeza.
Menerusi penganjuran Konferen itu, jelasnya Abim ingin mengemukakan perspektif yang lebih segar mengenai wacana berkaitan dengan kebangkitan Islam.
Katanya, perspektif tersebut turut mengambil kira perkembangan terkini yang melanda Timur Tengah seperti rampasan kuasa di Mesir, ketidakstabilan politik di Tunisia dan perang saudara di Syria.
Konferen itu, ujarnya akan menampilkan pengarang buku yang sensasi ketika ini iaitu Inside Muslim Brotherhood: The Truth About The World’s Most Powerful Political Movement, Douglas Thompson dari United Kingdom.
Buku itu, katanya ditulis berdasarkan kepada biografi Youssef Nada, salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir.
“Beliau dijangka akan membicarakan secara mendalam mengenai kisah dalaman Ikhwan Muslimin dan peranannya di peringkat antarabangsa dalam konteks hubungan Islam-Barat,” ujarnya.
Beliau menambah, program itu turut menampilkan tokoh-tokoh berwibawa untuk membincangkan halatuju kebangkitan Islam pasca Arab Spring di seluruh dunia pada masa akan datang.
Antara mereka yang dijangka hadir ialah pemimpin Hamas, Usamah Hamdan, Ketua Majlis Ulama Indonesia, Bapak Din Syamsuddin, ilmuwan terkemuka Islam dari Amerika Syarikat, Dr Ahmed Tontoji, pakar politik Islam dari Australia, John Funston, dan Dr Syed Khairuddin Al-Junied dari Singapura.
Segala makluman lanjut berhubung program boleh dibuat dengan merujuk pada laman web rasmi seminar (http://iresurgence.webs.com/) serta menghubungi Sekretariat Seminar di talian 03-41084500 ataupun sms kepada 019-3836700 dan emel ( seminar@abim.org.my )
“Konferen antarabangsa ini diadakan sebagai respons terhadap perkembangan semasa yang berlaku di dunia Islam terutama sekali sekitar kawasan Timur Tengah,” ujar Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim.
Katanya, fenomena Arab Spring yang melanda Timur Tengah semenjak 2011 telah membuka dimensi baru wacana Islamic Resurgence (Kebangkitan Islam) yang diisi oleh pelbagai pihak dengan pelbagai telahan serta pandangan berbeza.
Menerusi penganjuran Konferen itu, jelasnya Abim ingin mengemukakan perspektif yang lebih segar mengenai wacana berkaitan dengan kebangkitan Islam.
Katanya, perspektif tersebut turut mengambil kira perkembangan terkini yang melanda Timur Tengah seperti rampasan kuasa di Mesir, ketidakstabilan politik di Tunisia dan perang saudara di Syria.
Konferen itu, ujarnya akan menampilkan pengarang buku yang sensasi ketika ini iaitu Inside Muslim Brotherhood: The Truth About The World’s Most Powerful Political Movement, Douglas Thompson dari United Kingdom.
Buku itu, katanya ditulis berdasarkan kepada biografi Youssef Nada, salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir.
“Beliau dijangka akan membicarakan secara mendalam mengenai kisah dalaman Ikhwan Muslimin dan peranannya di peringkat antarabangsa dalam konteks hubungan Islam-Barat,” ujarnya.
Beliau menambah, program itu turut menampilkan tokoh-tokoh berwibawa untuk membincangkan halatuju kebangkitan Islam pasca Arab Spring di seluruh dunia pada masa akan datang.
Antara mereka yang dijangka hadir ialah pemimpin Hamas, Usamah Hamdan, Ketua Majlis Ulama Indonesia, Bapak Din Syamsuddin, ilmuwan terkemuka Islam dari Amerika Syarikat, Dr Ahmed Tontoji, pakar politik Islam dari Australia, John Funston, dan Dr Syed Khairuddin Al-Junied dari Singapura.
Segala makluman lanjut berhubung program boleh dibuat dengan merujuk pada laman web rasmi seminar (http://iresurgence.webs.com/) serta menghubungi Sekretariat Seminar di talian 03-41084500 ataupun sms kepada 019-3836700 dan emel ( seminar@abim.org.my )
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-8-2013
No comments:
Post a Comment