Banjir: Nisa' buka pusat pengumpulan barang bantuan
- Dec 06, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: NGO Nisa' Malaysia sedang berada di dua lokasi di ibu negara bagi mengumpul barang-barang sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor.
Bermula jam 1.00 tengah hari tadi sehingga jam 12 tengah malam ini, sukarelawan Nisa' Malaysia berada di tempat letak kereta terbuka Padang Merbok dan Dataran Merdeka.
Justeru, warga kota dialu-alukan menghulurkan barang keperluan asas dan makanan untuk keperluan mangsa di pusat pemindahan banjir.
Barang-barang yang dikumpulkan hari ini akan terus dibawa ke tempat pengumpulan barang di Dewan Merbau seksyen 17 Shah Alam.
Penyumbang diminta untuk meletakkan label pada barang sumbangan terutamanya pakaian bagi mempercepatkan urusan penghantaran barang-barang ke pusat pemindahan banjir.
Lori pertama akan bergerak dari Dewan Merbau jam 9:30 malam ini ke lokasi-lokasi pusat pemindahan banjir.
Sumber HD - 6-12-2013
Nisa' Wilayah ajak belia semarak sambut merdeka
Harakahdaily, | 30 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Bagi menyemarakkan sambutan Hari Merdeka tahun ini, badan bukan kerajaan (NGO) Nisa' Wilayah Persekutuan akan mengadakan kempen Semarakkan Sambutan Kemerdekaan bermula malam ini sehingga 16 September sempena Hari Malaysia.
Menurut ketuanya, Khairy Syutina Mahmood, kempen tersebut bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam diri warga negara khususnya golongan belia agar mereka merasai nikmat kemerdekaan di samping mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu.
"Nisa’ Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2013 kepada seluruh rakyat Malaysia. Sambutan kemerdekaan ke 56 tahun ini wajar disambut dengan penuh kesyukuran kerana Malaysia bebas dari penjajahan di samping menikmati keamanan, kesejahteraan dan perpaduan kaum dikecapi bersama oleh pelbagai bangsa di negara ini.
"Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan bendera Malaysia yang melambangkan keamanan, kesejahteraan dan kebebasan yang dikecapi," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau juga berkata, rakyat Malaysia perlu menginsafi keperitan dan kepayahan perjuangan generasi terdahulu yang membebaskan negara dan bangsa dari jajahan kaum penakluk selama berabad lamanya. Sejarah tidak melupakan bagaimana Tanah Melayu pernah dijajah oleh pelbagai kuasa besar dunia ketika bermula dengan zaman Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan sehinggalah Malaya mendapat kemerdekaan mutlak pada tahun 1957.
"Dalam tempoh tersebut, pelbagai tokoh dan pejuang bangsa lahir membasahi tubuh mereka dengan darah dan air mata dengan mengorbankan diri mereka demi negara tercinta. Justeru, nama mereka wajar dikenang sehingga ke akhir hayat.
"Kita juga menginsafi beberapa negara yang bergolak yang masih di bawah penjajahan rejim zalim seperti Syria, Palestin dan Mesir. Tangisan air mata masih tidak mampu menyingkapi penderitaan segolongan umat yang berkubang darah demi membebaskan negara mereka dari kezaliman pemerintah," katanya lagi.
"Nisa Wilayah Persekutuan mencetak 500 button serta risalah dan akan mengedarkannya mengikut kawasan. Kempen ini akan berlangsung selama dua minggu bermula dari Kawasan Batu dan diakhiri dengan Kawasan Putrajaya," katanya.
Justeru, Nisa Wilayah Persekutuan mengajak NGO-NGO serta mahasiswi untuk turut serta menjalankan kempen ini.
Info lanjut mengenai Nisa Wilayah Persekutuan boleh didapati di http://nisawp.blogspot.com/ atau facebook Nisa Wilayah Persekutuan.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-8-2013
No comments:
Post a Comment