Individu bersama pelaku rogol dianggap penjenayah
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata perkara itu antara klausa baharu yang dimasukkan dalam pindaan Akta Kanun Keseksaan, memandangkan sebelum ini tidak ada sebarang peruntukan berhubung kesalahan rogol berkumpulan.
"Sebagai contoh seseorang individu yang didapati hadir dalam perlakuan jenayah rogol termasuk sebagai penjaga pintu bilik atau pemandu kereta tetap dianggap penjenayah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 di Dewan Negara semalam.
Pindaan kepada Akta Kanun Keseksaan itu antara lain bertujuan memasukkan seksyen baharu 375B mengenai kesalahan baharu rogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Nancy menarik perhatian sabitan itu dibuat berasaskan niat bersama dan turut menjadi amalan perundangan di India sewaktu negara berkenaan berdepan kes jenayah rogol berkumpulan baru-baru ini.
Kepada cadangan supaya hukuman sebat turut dikenakan bagi kesalahan rogol berkumpulan seperti mana hukuman bagi kes rogol biasa, Nancy berkata perkara itu tidak perlu kerana hukuman penjara dalam tempoh yang lama sudah cukup berat.
"Hukuman sebatan ke atas pesalah rogol berkumpulan tidak perlu kerana hukuman penjara 10 hingga 30 tahun sudah memadai. Tempoh hukuman penjara yang lama itu sudah berat dan cukup untuk mengajar mana-mana pesalah rogol," katanya.
Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan seseorang yang didapati bersalah melakukan jenayah rogol boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan. - Bernama
Sumber HD - 19-12-2013
Tekun diminta tidak perketat syarat pinjaman
- Dec 12, 2013
- Salmiyah Harun
Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) berkata, mereka yang tinggal di kampung-kampung mengharapkan satu pinjaman yang mudah daripada Tekun sebagai permulaan untuk berniaga.
"Saya ada maklumat mengatakan pada masa akan datang pihak Tekun akan meminta satu proposal daripada pemohon pinjaman.
"Sedangkan orang kampung manalah tahu hendak buat proposal seperti ini, tidak wajar ianya disulitkan untuk mereka yang benar-benar mahu berniaga," katanya.
Ketika membahaskan Bajet 2014 di Dewan Negara hari ini, beliau berharap kerajaan mempermudahkan pinjaman atas dasar kepercayaan dan jaminan sekiranya ia melibatkan pinjaman antara RM10,000 hingga RM20,000.
"Kalau pinjaman sehingga mencecah RM50,000 itu jumlah yang agak besar mungkin perlukan proposal. Hal-hal seperti ini janganlah menyusahkan mereka benar-benar hendak berniaga," katanya.
Sementara itu, beliau turut meminta pihak pengurusan pinjaman bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) supa lebih bertanggungjawab kepada peminjam-peminjamnya.
Ini kerana katanya, ramai peminjam tidak menggunakan pinjaman mereka untuk berniaga bahkan ada yang menggunakan wang pinjaman itu untuk membeli motosikal, kereta atau barang kemas yang tidak ada kaitan dengan perniagaan.
"Akibatnya mereka tidak dapat membayar balik pinjaman tersebut setiap minggu dalam masa yang sama kawan-kawan yang satu kumpulan akan menanggung beban itu," katanya.
Justeru, katanya kerajaan perlu memantau supaya peminjam-peminjam ini benar-benar menjalankan aktiviti berniaga supaya matlamat kerajaan mahu menjana ekonomi rakyat tercapai.
Sumber HD - 12-12-2013
Senator bimbang teknologi hakis hubungan kekeluargaan
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Senator Datuk Lim Nget Yoon berkata meja makan sepatutnya menjadi tempat anggota keluarga bermesra, kini keadaan itu sudah berubah apabila golongan muda lebih berminat untuk bermain dengan alat teknologi.
"Orang (muda) akan fokus kepada telefon bimbit semasa menunggu makanan. Mereka tidak bercakap dan mata mereka tidak bertemu dengan mata orang tua.
"Sekiranya keadaan ini berterusan, apakah yang akan terjadi kepada generasi akan datang," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara semalam.
Beliau turut menggesa cadangan menaikkan tarif elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikaji semula agar ia tidak membebankan rakyat. - Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
Dewan Negara perlu tolak PCA
Harakahdaily, | 07 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Negara yang bersidang bermula hari ini sehingga 10 Oktober diharap akan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang akan dibentangkan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadhil berkata, RUU yang sebelum ini telah diluluskan di Dewan Rakyat 2 Oktober lalu, telah mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah badan hak asasi antarabangsa.
"Jangan benarkan hak asasi manusia di Malaysia dinoda, para Senator wajib menolak pindaan PCA ini," katanya.
Beliau mengulas RUU tersebut yang didakwa melanggar hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan hanya dibahas dalam masa yang amat singkat pada persidangan Dewan Rakyat yang lalu.
Lebih malang katanya, kelulusan RUU itu dibuat dalam keadaan Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut beliau lagi, Malaysia juga bakal menjadi bahan ketawa masyarakat dunia apabila Universal Periodic Review (UPR) berhubung status hak asasi manusia bagi ahli-ahli badan tersebut akan bersidang 24 Oktober ini.
"Para Senator yang dilantik perlu ingat bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada nusa dan bangsa, tetapi juga kepada semangat hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan kita," tegasnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-10-2013
No comments:
Post a Comment