Amaran: Paras air laut meningkat di pantai timur Semenanjung
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 5.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.
"Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut," menurut kenyataan itu.
Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Sandakan di Sabah juga akan berterusan sehingga Isnin depan dengan keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 hingga 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5m.
Keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama juga akan berterusan sehingga Isnin di kawasan perairan Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah dengan kelajuan angin 40 dan 50 km/jam serta ombak mencapai ketinggian 3.5m. - Bernama
Sumber HD - 16-1-2014
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, keadaan cuaca yang semakin baik menyebabkan keadaan banjir di penempatan mereka di Alor Pasir dan Bunut Susu telah pulih.
Sehingga pukul 8 malam tadi, hanya 571 mangsa masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong, Alor Pasir.
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang yang malam tadi melepasi paras bahaya kini surut ke paras amaran.
Lebih 2,000 penduduk dipindahkan di Kelantan berikutan banjir pusingan kedua sejak minggu lalu. - Bernama
Sumber HD - 16-1-2014
Mangsa banjir Kelantan semakin berkurangan
- Jan 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada 563 keluarga yang kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.
Berdasarkan keadaan cuaca baik sejak tiga hari lalu, dijangka lebih ramai akan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat.
Sungai Golok di Rantau Panjang surut kepada 9.65 meter namun masih melepasi paras bahaya, sembilan meter.
Jalan alternatif ke Jeli di Panglima Bayu kembali dibuka kepada semua kenderaan. - Bernama
Sumber HD - 15-1-2014
Mangsa banjir Pasir Mas meningkat
- Jan 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut portal e-Banjir, mangsa banjir daripada 1,065 keluarga itu ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara di sekitar Rantau Panjang.
Setakat 8 pagi ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada 10.17 meter berbanding 10.31 meter malam tadi, namun masih di atas paras bahaya 9 meter.
Jalan yang masih ditutup kepada kenderaan ringan ialah jalan alternative Rantau Panjang ke Jeli di Panglima Bayu, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang di Km11, dan Km3 Jalan Pengkalan Rakit.
Cuaca dilaporkan cerah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama
Sumber HD - 14-1-2014
15 sekolah di Pasir Mas ditutup akibat banjir
- Jan 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol; SK Kok Pauh; SK Kubang Kua; SK Kampung Baru; SK Gual To Deh; SK Seri Rantau Panjang 1; SK Seri Rantau Panjang 2;
SK Rantau Panjang; SK Gual Sintok; SK Gual Tinggi; SK Kampung Rahmat; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram; SABK Diniah Bonggor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon.
Hussain berkata sebanyak 6,799 murid dan 569 guru terlibat dengan penutupan sekolah-sekolah berkenaan.
Beliau berkata sekolah berkenaan akan beroperasi semula apabila keadaan banjir pulih.
"Kami sentiasa mendapatkan perkembangan keadaan semasa banjir di setiap sekolah daripada setiap Pejabat Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa dan apabila keadaan dilaporkan pulih sepenuhnya sekolah terbabit akan dibuka semula," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama
Sumber HD - 13-1-2014
Mangsa banjir Kelantan terus meningkat
- Jan 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,423 orang berbanding 1,188 malam tadi dengan seramai 1,224 daripada jumlah itu adalah di Rantau Panjang.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri sebanyak lapan pusat pemindahan dibuka di jajahan itu bagi menempatkan 532 keluarga yang terjejas dengan banjir gelombang kedua itu.
Selain Rantau Panjang, satu lagi daerah yang terlibat banjir ialah Tanah Merah dengan jumlah mereka yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan ialah 199 orang daripada 54 keluarga.
Kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Kusial, Jedok dan Bukit Panau.
Paras air Sungai Golok, Rantau Panjang dilapor bertahan pada paras 10.42 meter iaitu melepasi bahaya sembilan meter.
Keadaan itu menyebabkan zon bebas cukai Rantau Panjang yang terkenal kini digenangi air dan kenderaan ringan dinasihat tidak melaluinya buat masa ini.
Dua jalan alternatif iaitu Jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu untuk ke Jeli dan Jalan Tanah Merah ke Kusial ditutup kepada kenderaan ringan.
Cuaca di Kelantan pagi ini adalah cerah.
Di KUANTAN, bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang pagi ini berkurangan kepada 57 orang berbanding 136 orang petang semalam.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, seramai 50 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Lipis.
Di Jerantut pula seramai tujuh orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Paya Teh. - Bernama
Sumber HD - 13-1-2014
Lebih 1000 dipindahkan di Kelantan
- Jan 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata jajahan Jeli merupakan mangsa teramai yng dipindahkan iaitu seramai 999 orang yang kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan.
"Mereka dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Legeh, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Masjid Kampung Gemang dan Masjid Sungai Satan," katanya.
Di Tanah Merah pula mereka yang dipindahkan hanya membabitkan seramai 51orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kulim.
Katanya kesemua mangsa itu terdiri daripada 178 buah keluarga yang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok di Jenob sejak pagi semalam.
Bacaan paras air sungai itu pada pukul 8 pagi ini adalah 24.03 meter iaitu melepasi paras bahaya 23.50 meter.
Penduduk di Rantau Panjang, Pasir Mas pula dinasihatkan supaya mengambil langkah bersiap sedia untuk berpindah berikutan paras ais Sungai Golok di Rantau Panjang kini telah melepasi paras bahaya.
Paras bacaan kini adalah 9.43 meter melepasi paras bahaya 9 meter dan sungai-sungai utama lain juga dilaporkan terus meningkat namun belum mencecah paras bahaya. - Bernama
Sumber HD - 12-1-2014
Hujan lebat: 10 keluarga di Pahang berpindah
- Jan 11, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, pada masa ini 10 keluarga di Kampung Seberang Jelai sudah dipindahkan ke masjid kampung berkenaan bermula malam semalam.
Katanya, air sungai juga semakin naik di sebelah Mela dan Kerambit di daerah Lipis.
Sementara itu bandar Sungai Lembing di Kuantan mula dinaiki air banjir semalam dan beberapa laluan terputus.
Menurut laporan pihak berkuasa, pada masa ini berlaku hujan lebat peringkat kuning (hujan sekejap-sekejap kadang kala lebat) melibatkan Kuantan dan masih berterusan.
Bagaimanapun air laut pasang tidak tinggi dan bacaan paras air sungai-sungai utama di Kuantan masih di paras normal.
Bagaimanapun pihak tersebut menasihatkan kepada penduduk di kawasan-kawasan rendah seperti kawasan Pandan, Lubuk Puyu, Chendering, Kampung Belukar, Kampung Jawa, Sungai Tiram dan kawasan sekitar diminta bersedia berikutan air dari Sungai Lembing bakal melimpah ke Sungai Kuantan.
Bulan lalu, sembilan daerah di Pahang dilanda banjir besar. Paling teruk ialah di daerah Kuantan dengan kira-kira 30,000 terpaksa berpindah.
Dalam pada itu, Pengerusi Prihatin Rakyat Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, berkata pihaknya bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir besar.
Sumber HD - 11-1-2014
Banjir gelombang kedua landa Terengganu
- Jan 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi ini, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang dari lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang dari 11 keluarga).
Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi semalam berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.
Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.
Sementara itu, di daerah Kuala Terengganu, cuaca buruk pagi ini dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala. - Bernama
Sumber HD - 11-1-2014
Tiga individu nahas pesawat Cessna 172 ditemui selamat
- Jan 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan bantuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.
Beliau berkata dua orang cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi untuk rawatan.
"Maklumat penuh mengenai mereka belum kami peroleh," katanya.
Pesawat itu dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves kira-kira 5.15 petang semalam.
Bagaimanapun juruterbang pesawat itu dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful dilapor berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi, sebelum terputus panggilan dipercayai kehabisan bateri telefon. - Bernama
Sumber HD - 11-1-2014
Juruterbang pesawat Cessna sempat hubungi TUDM sebelum hilang
- Jan 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata juruterbang itu, yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful, telah menyatakan bahawa beliau berada di kawasan bukit bertentangan dengan Empangan Batu.
Kapten Saiful juga sempat memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengesan dua lagi rakannya yang bersama dengannya dalam penerbangann latihan itu sebelum panggilannya kepada TUDM terputus dipercayai berpunca daripada kehabisan bateri telefon, katanya kepada Bernama awal pagi ini.
Abdul Rahim berkata pihaknya difahamkan Kapten Saiful dan dua lagi, yang memulakan latihan penerbangan pada jam 4.50 petang, telah tidak dapat dihubungi melalui komunikasi radio oleh menara kawalan DCA pada pukul 5.15 petang semalam di kawasan sekitar Batu Caves dan Rawang.
"Pesawat itu sepatutnya pulang ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dalam masa dua jam. Sehingga kini pesawat tersebut tidak dapat dihubungi," katanya.
Beliau berkata maklumat lengkap mengenai ketiga-tiga orang yang menjalani latihan penerbangan dari KPDS itu, masih belum diketahui.
Operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan sebaik mendapat maklumat petang tadi telah ditangguhkan pada 7 malam semalam dan akan dimulakan semula pada 7 pagi ini oleh pasukan TUDM, polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan pesawat berkenaan membawa tiga orang.
Pesawat terbabit dipercayai berada di kawasan sekitar Empangan Batu, Hulu Yam, katanya.
"Kami bersama DCA dan bomba sedang melakukan pemantauan di kawasan tersebut," katanya kepada Bernama.
Menurut Abdul Rahim, operasi mengesan pesawat itu akan dijalankan pukul 7 pagi esok. - Bernama
Sumber HD - 11-1-2014
Amaran angin kecang, laut bergelora hingga Isnin
- Jan 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 4.5m itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.
Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melanda perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan serta Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat, Kudat serta Sandakan.
Keadaan angin kencang yang bertiup antara 40 dan 50 km/jam serta ombak setinggi 3.5m itu dijangka berlaku esok sehingga Isnin ini, menurut kenyataan itu.
Keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut serta sukan laut. - Bernama
Sumber HD - 9-1-2014
Petugas PAS usung rumah ahli Umno dihanyut banjir
- Jan 06, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
KUANTAN: Bagi merealisasikan tema 'Rahmat Untuk Semua' berlainan anutan parti politik tidak menghalang PAS Kawasan Paya Besar melaksanakan kebajikan dengan bergotong-royong mengusung rumah hanyut akibat banjir besar yang bermula 3 Disember lalu.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya, dalam gotong-royong tersebut PAS kawasan bersama 120 orang daripada Unit Amal, ahli PAS cawangan dan penduduk kampung berjaya mengalihkan semula rumah milik seorang ahli Umno di Kampung Bukit Rangin di sini.
Katanya, rumah tersebut hanyut daripada tapak asal sejauh kira-kira 15 meter akibat banjir paling buruk yang melanda ibu negeri Pahang ini bulan lalu dan tersadai di tanah jiran sebelahnya.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) hanya dalam tempoh dua jam kami telah berjaya mengembalikan semula rumah hanyut itu ke tapak asal dengan kerjasama semua.
“Kami membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira parti, mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, kami sedia membantu sejak awal-awal banjir lagi,” katanya.
Menurut Tarmizi, daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Tambahnya, Kampung Bukit Rangin antara yang paling teruk terjejas kerana berada tidak jauh dari Sungai Kuantan.
Mohd Tarmizi berkata, sejak awal banjir atas inisiatif Unit Amal PAS Kawasan Paya Besar telah turun membantu seperti menyelamatkan nyawa dengan memindahkan mangsa, mengagihkan makanan kepada yang terputus hubungan hinggalah kepada banjir surut dengan bergotong-royong pula mencuci rumah mangsa dan memberi bantuan persekolahan.
“Ini ujian Allah kepada kita, tetapi dari sudut positif, kita dapat mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara satu sama lain," katanya.
Sementara itu, pemilik rumah yang hanyut, Wan Badrol Shah, 25, berkata, kejadian banjir penghujung tahun lepas merupakan yang terburuk pernah berlaku di kampung tersebut yang menyebabkan kebanyakan penduduk tinggal sehelai sepinggang.
“Akibat arus deras, rumah milik keluarga saya hanyut, dan kami masih bersyukur kerana ia tidak dihanyutkan jauh.
“Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kami membaiki dan berjayanya ‘meletakkan’ rumah ini ke tapak asalnya,” katanya.
Sumber HD - 6-1-2014
Angin kencang bahayakan aktiviti pantai, perkapalan dan pelantar minyak
- Jan 06, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata angin berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur pula dijangka berterusan sehingga hari ini.
Angin berkelajuan 40-50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.
Jabatan itu berkata ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri) serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga awal petang ini. - Bernama
Sumber HD - 6-1-2014
Amaran angin kecang, laut bergelora kategori pertama
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin dengan kelajuan dari 40 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Kenyataan itu juga menyebut angin kencang dan ribut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Condore dan Reef North turut dijangka berterusan sehingga Jumaat.
Keadaan angin kencang yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selangor, Johor Timur, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat)dan Bunguran juga dijangka berterusan sehingga lewat malam ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - Bernama
Sumber HD - 5-1-2014
Angin kencang, laut gelora hingga Isnin
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut berkelajuan dari 40kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.
Selain itu, angin kencang yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter yang melanda kawasan perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Jumaat depan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut kenyataan itu.
Sementara itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Pahang, Miri, Wilayah Persekutuan Labuan dan pantai barat Sabah dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Selain itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Reef North dijangka berterusan sehingga awal malam ini.
Menurut kenyataan itu, angin kencang dengan kelajuan dari 50 hingga 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkan ikan serta perkhidmatan feri.- Bernama
Sumber HD - 4-1-2014
Angin kencang, laut bergelora hingga Selasa
- Dec 29, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam itu boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter
Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta perkhidmatan feri.
Kenyataan itu menyebut aktiviti ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga lewat malam ini. - Bernama
Sumber HD - 29-12-2013
Amaran ribut petir di perairan negara
- Dec 27, 2013
- HARAKAHDAILY
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m.
Ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Selangor dan Sandakan, Sabah yang menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m, yang dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Selain itu, keadaan ini juga berlaku di kawasan perairan Reef North, Palawan dan Layang-Layang yang boleh menyebabkan angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5m.
Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga 31 Dis.
Angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North dan Layang-Layang serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5m.
Kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.
Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri. - Bernama
Sumber HD - 27-12-2013
Amaran Borneo bakal dilanda Tsunami palsu
- Dec 27, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.
"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.
Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.
"Sayapun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.
Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.
Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial. - Bernama
Sumber HD - 27-12-2013
Bantuan jutaan ringgit untuk bencana luar negara tetapi Kuantan?
- Dec 27, 2013
- NAZLI IBRAHIM
“Kita lihat apabila berlaku bencana di negara lain, baik kerajaan sendiri atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kerajaan begitu cepat menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit.
“Kalau ada bencana di luar negara cepat sahaja bantuan dihulurkan tetapi dalam isu banjir di Kuantan kita masih belum dengar pengumuman bantuan yang besar. Kita bimbang penduduk Kuantan dianaktirikan hanya disebabkan idealogi politik,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, semalam.
Menurutnya, dalam beberapa siri kejadian bencana alam di luar negara, lazimnya kerajaan bersedia menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai, minuman, makanan, selimut, pegawai perubatan, anggota keselamatan dan sukarelawan lain daripada NGO berkaitan kerajaan.
"Kelab Putra Satu Malaysia (KP1M) turut menghantar sukarelawan yang dilengkapi doktor dan pelbagai kelengkapan lain melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana di beberapa negara seperti bencana Taufan Haiyan di Filipina dengan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.
"Pemergian sukarelawan kelab itu juga mendapat perhatian khas daripada kerajaan dengan diiringi pasukan keselamatan dan dibawa dengan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM)," ujar beliau.
Walaupun usaha murni itu dialu-alukan, Fuziah kesal situasi seperti itu tidak berlaku ketika penduduk Kuantan sedang menghadapi bencana banjir apabila kelibat sukarelawan kelab yang dipengerusikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu langsung tidak kelihatan.
"Kebanyakan mangsa banjir ketika itu terpaksa menyelamatkan diri sendiri sama ada dengan bantuan orang ramai atau bantuan daripada Jabatan Amal PAS dari luar Pahang.
"Jabatan Amal yang lebih gemar tidak menonjolkan diri dengan sebarang publisiti memainkan peranan cukup penting daripada awal banjir sehingga ke peringkat membantu penduduk membersihkan kediaman selepas banjir," jelas Fuziah. - Selangorkini
Sumber HD - 27-12-2013
Amaran angin kencang dan laut bergelora
- Dec 26, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.
Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.
Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.
Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. - Bernama
Sumber HD - 26-12-2013
Tsunami 2004 masih jadi igauan penduduk Kota Kuala Muda
- Dec 26, 2013
- Mohd Khairul Fikri Osman
PANTAI MERDEKA: Hari ini, genap sembilan tahun bencana tsunami melanda rantau ini dan tragedi itu masih segar dalam ingatan penduduk kampung di sekitar Kota Kuala Muda di sini, malah kesannya juga masih jelas kelihatan sehingga sekarang.
Tinjauan Bernama di sini mendapati bencana itu membawa banyak perubahan terhadap penempatan dan corak kehidupan penduduk setempat. Penduduk mangsa tsunami mendirikan rumah lebih jauh dari pesisir pantai.
Selain arca timbunan bot yang dibina di simpang laluan utama ke kawasan itu, deretan rumah yang musnah akibat ombak tsunami dikelilingi pagar dibina khas pihak berkuasa tempatan (PBT).
Seorang penduduk Kampung Tepi Sungai, Mansor Morad, 66, berkata rumahnya yang terletak berhampiran pantai juga tidak terlepas daripada dibadai ombak tsunami, namun dia bersyukur kerana rumahnya tidak musnah sepenuhnya.
Mengimbas kembali tragedi itu, Mansor berkata dia bersama keluarganya serta jiran berkumpul di atas tembok batu untuk melihat fenomena aneh di pantai itu selepas mereka mendengar bunyi kuat seperti angin kapal terbang datang dari arah laut.
"Laut bukanlah asing bagi nelayan seperti saya namun kejadian itu membuatkan bulu roma saya 'terpacak'. Ombak pertama datang terlalu cepat menyebabkan kami lari lintang-pukang, datang pula ombak kedua yang lebih tinggi memusnahkan banyak rumah dan menyebabkan lebih 10 orang penduduk di kampung ini maut.
"Ketika itu kami hanya fikir untuk menyelamatkan diri, mujurlah sebelum itu saya tergerak hati untuk menyimpan dokumen penting di dalam poket baju Melayu yang disangkut di tingkat atas rumah. Barang dan peralatan di tingkat bawah memang musnah semua," katanya.
Sementara itu, peniaga kedai makan, Akmal Marzuki, 28, berkata sewaktu tsunami 2004 melanda, dia yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Langkawi, pulang ke kampung untuk cuti semester.
"Kebetulan hari itu, kedua ibu bapa pergi ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tinggal saya dan adik, Mohd Noor Azmeer (21 tahun) di rumah.
Semasa kejadian itu, pukul 1 tengah hari saya berada di rumah kenduri dan selepas ombak pertama membadai, saya bergegas pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatan adik saya.
"Rupanya dia berada di pekan dan sejurus selepas saya meninggalkan rumah, ombak kedua datang dan rumah kedai kami musnah dihanyutkan air berlumpur. Tidak ada apa yang sempat diselamatkan.
Hanya peti ais sahaja yang ditemui semula dan masih digunakan sehingga kini," katanya yang mendirikan semula kedai di lokasi sama tidak lama selepas kejadian itu.
Bagi Yusoff Yahya, 72, dari Kampung Masjid pula, dia trauma setelah hampir dihanyutkan ombak tsunami namun bersyukur kerana usianya masih panjang dan terselamat daripada musibah kerana sempat berpaut pada pohon mempelam berhampiran rumahnya.
"Dua lagi saudara turut berpaut pada saya ketika itu, saya peluk pokok itu dengan kuat agar tidak terlepas. Rumah saya tidak terjejas teruk namun peristiwa itu akan saya kenang sampai bila-bila. Seminggu kami tidak dapat tidur lena.
"Namun kini saya gembira kerana banyak perubahan dilakukan dari segi keselamatan termasuk sistem penggera yang dipasang untuk memberi amaran tsunami kepada penduduk," katanya.
Yusoff berkata pada hari kejadian, tiada sebarang perubahan cuaca malah banjir teruk juga tidak pernah terjadi, namun peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya dan berharap ia tidak berulang. - Bernama
Sumber HD - 26-12-2013
Amaran gelombang kedua banjir di Pahang
- Dec 24, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Dalam tempoh yang sama juga air pasang turut akan berlaku, manakala kelajuan angin diramalkan 50 hingga 60 kilometer sejam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat persiapan banjir untuk gelombang kedua di sini, hari ini.
Turut hadir dalam sesi taklimat banjir itu ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Azemi berkata mengikut ramalan awal, taburan hujan lebat berlaku dalam empat peringkat iaitu pertama pada 2 Dis hingga 6 Dis lepas, yang mengakibatkan banjir buruk di Pahang.
"Sesi kedua diramalkan berlaku pada 18 Dis hingga 22 Dis lepas, bagaimanapun ia tidak berlaku.
"Jadi, peringkat kedua itu diramalkan berlaku pada 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan, dan akan disusuli dengan dua lagi peringkat yang dijangka berlaku sebelum awal Mac," katanya.
Banjir buruk di Pahang baru-baru ini mengakibatkan lebih 40,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Sebanyak sembilan daerah terbabit banjir iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut, Temerloh, Raub, Bera, Lipis dan Maran.
Berdasarkan laporan sebelum ini, lebih RM65 juta kerugian harta benda akibat banjir itu, dan turut mengorbankan tiga nyawa akibat lemas. - Bernama
Sumber HD - 24-12-2013
Banjir: PAS Kemaman ucap terima kasih kepada semua
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut meninjau keadaan banjir di Kemaman, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu sepanjang operasi banjir, baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Banjir yang tidak pernah dirasai setakat ini oleh penduduk Kemaman telah surut. Moga ia tidak berulang (dengan izin Allah).
“Kalau mahu coretkan di sini pelbagai pengalaman tentulah tidak tercoret,” ujar Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, sehingga kenyataan itu dibuat, penduduk masih mengemas dan membersihkan rumah dan membaiki kenderaan akibat banjir besar, sementara premis perniagaan yang terlibat masih juga demikian.
Menurutnya, PAS Kemaman telah mengambil inisiatif pro-aktif termasuk melalui penubuhan ERT (emergency response team) di bawah PAS Kemaman dan penggunaan radio amatur dalam menangani banjir itu.
Katanya lagi, ia amat efisyen tatkala krisis seperti ini. PAS terkehadapan dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini yang mana artikel mengenainya telah keluar dalam Harakah edisi cetak baru-baru ini.
“Mewakili kepimpinan PAS Kemaman, saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu sepanjang operasi banjir ini.
“Mulai dari Presiden, Timbalan, Naib, AJK PAS Pusat, Ketua-Ketua Dewan dan AJKnya, ahli Parlimen dan Dun, Jabatan Amal, staf pejabat Harakah, pelbagai NGO dan orang perseorangan,” ujarnya lagi.
Semuanya, kata beliau menyumbangkan samada tenaga, wang ringgit dan lain-lain yang kalaulah PAS Kemaman mahu senaraikan dan membalasnya tidak akan mampu.
“Hanya Allah sahaja yang membalas jasa dan budi baik semua pihak sehingga banyak meringankan beban, bukan sahaja PAS Kemaman tetapi juga penduduk di Kemaman. Sekali lagi jazakumullahulkhair,” katanya.
Sumber HD - 23-12-2013
Tukang masak rentung kereta bertembung treler
- Dec 23, 2013
Kejadian berlaku ketika Mohd Shamshuri Osman, 35, yang bekerja di Hospital Sultan Abdul Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Ali, Bedong kira-kira 7.45 malam.
Jurucakap polis berkata kereta Proton Saga BLM yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum melanggar bahagian tangki minyak treler berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 23-12-2013
Kemalangan bas Genting Highlands tragedi terburuk 2013
- Dec 23, 2013
- S Chandravathani & Yasmin Ahmad Zukiman
Tragedi itu mengorbankan 37 orang apabila bas ulang-alik Genting Highlands ke Kuala Lumpur yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM 3.5 Jalan Genting Highlands, pada 21 Ogos.
Semasa kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, bas tersebut sedang menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu kota.
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia mendapati beberapa faktor yang menyebabkan kemalangan itu, antaranya bas dipandu laju melebih 50 kilometer sejam ketika menuruni kawasan bukit, selain brek tidak cekap berfungsi.
Operasi membantu dan menyelamat yang dilaksanakan lebih 150 anggota bomba serta beberapa lagi agensi dilihat sebagai antara operasi paling cemerlang dan teratur kerana dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata dalam tempoh enam jam, petugas berjaya menyelamat dan membawa keluar 16 mangsa yang cedera.
Tragedi bot karam di Sungai Rejang Sarawak pada 28 Mei semasa musim perayaan Hari Gawai turut menyentuh perasaan rakyat negara ini apabila bot ekspres yang sarat dengan lebih 100 penumpang terbalik.
Tiga penumpang maut, manakala selebihnya terselamat setelah mereka berjaya berenang ke tebing sungai dan diselamatkan penduduk rumah panjang berhampiran tempat kejadian setelah bot yang mengalami masalah enjin, terlanggar sebatang balak yang hanyut dan karam semasa menyusuri Sungai Rajang, Sarawak dekat Jeram Giam.
Pada 6 Jun pula, empat maut apabila Perodua Kelisa yang dinaiki mereka, dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan sepanjang 50 meter.
Menurut laporan awal, ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca struktur itu runtuh.
Di Kudat, dua maut dan 16 lagi cedera apabila pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas semasa mendarat telah terkeluar dari landasan lapangan terbang lalu merempuh sebuah rumah di kawasan itu pada 10 Okt.
Pesawat yang dinaiki 18 orang itu terhempas di Kampung Sinsan, mengakibatkan pembantu juruterbang dan seorang penumpang mati, enam penumpang cedera manakala 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat.
Pada 23 Okt, ketenangan di Cameron Highlands terganggu apabila banjir lumpur dan tanah runtuh di Bertam Valley, Cameron Highland meragut nyawa tiga orang, seorang dilaporkan hilang manakala seorang cedera selain 80 buah rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah.
Kejadian itu berlaku selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku pengendali empangan hidroelektrik Sultan Abu Bakar di Ringlet, terpaksa melepaskan air bagi mengelakkan empangan itu pecah berikutan hujan lebat berterusan sejak 22 Okt.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata pelepasan pertama air empangan dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi, menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat.
Dalam pada itu, TNB menjelaskan pelepasan air menerusi alur limpah di empangan Sultan Abu Bakar dibuat mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.
Pada 30 Okt, tiga jemaah yang baru pulang daripada menunaikan ibadah haji maut manakala tiga parah, apabila van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur.
Pada awal Disember, tiga maut dan lebih 40,000 penduduk di Pahang dan Terengganu terpaksa menghuni pusat pemindahan akibat banjir berikutan hujan luar biasa sejak 30 tahun lepas.
Keadaan itu diakui Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, anak kelahiran Kemaman, yang menyifatkan fenomena banjir kali ini sebagai luar biasa berikutan sukatan air hujan melebihi had sukatan biasa.
Kejadian banjir itu turut menyebabkan kira-kira 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan TNB menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna.
TNB juga menghentikan operasi lebih 382 pencawang elektrik di Pahang dan Terengganu berikutan banjir yang melanda kedua-dua negeri itu, menyebabkan dianggarkan 19,356 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik.
Banjir itu bagaimanapun dalam satu sudut 'berjaya' menyatupadukan rakyat Malaysia apabila semua tanpa mengira bangsa, agama dah fahaman politik turut menyumbang tenaga, wang ringgit kepada mangsa banjir.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan khas berjumlah RM500 kepada mangsa banjir. - Bernama
Sumber HD - 23-12-2013
Lebih sebulan diperlukan bersih rumah akibat banjir
- Dec 22, 2013
- HARAKAHDAILY
Ini disebabkan lumpur tebal yang datang bersama air banjir sehingga ada yang melekat melebihi lima meter sama ada di dinding mahupun di bumbung kediaman dan bangunan.
Selain mengotorkan bangunan yang disaluti lumpur kering hingga setebal 15cm, bencana itu turut merosakkan dan menghanyutkan pelbagai barangan.
Tinjauan Bernama di beberapa buah kampung di sekitar Kemaman, daerah terjejas teruk akibat banjir 3 Dis lalu, mendapati penduduk masih membiarkan barangan mereka di luar rumah kerana belum dapat dibersihkan sepenuhnya.
Lebih memeritkan kerja mencuci rumah, sekolah serta barangan akibat bencana itu perlu dilakukan kerap kali disebabkan kesan lumpur yang tebal menyaluti sekolah serta kediaman penduduk.
Seorang pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Seberang Tayor, Wan Kaziar Tun Ali, 48, berkata walaupun sekolah tersebut sudah tiga kali dicuci namun kesan banjir belum dapat dibersihkan sepenuhnya disebabkan lumpur yang sangat tebal.
"Mungkin sebelum buka sekolah nanti pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru serta pelajar perlu bergotong-royong sekali lagi untuk bersihkan kawasan sekolah ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu Maimah Ngah, 67, penduduk Kampung Air Putih dekat sini berkata setakat ini dia hanya membersihkan rumahnya manakala barang-barang lain yang masih berselut dibiarkan di luar rumah.
Katanya banyak juga barangan dibuang seperti tilam dan pakaian kerana sudah tidak dapat digunakan lagi.
"Banjir meninggalkan kesan yang sangat teruk selain keadaan cuaca yang tidak menentu, kejap panas kejap hujan ... mak cik rasa kena ambil masa lebih sebulan untuk kemas balik barang-barang ini," katanya. - Bernama
Sumber HD - 22-12-2013
PRC UK & Ireland kumpul RM25,000 bantu mangsa banjir
- Dec 18, 2013
- HARAKAHDAILY
Kutipan dana ini telah dibuat melalui PRC dan juga melalui kumpulan warga Malaysia yang bermastautin yang kebanyakannya terdiri dari kalangan professional di sini.
Sumbangan berkenaan telah diserahkan kepada Ketua DPPM, Suhaizan Kaiat oleh wakil PRC UK & Ireland, Ahmad Ali, dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum itu, sebahagian dari sumbangan berkenaan juga telah diserahkan kepada Jabatan Amal Perak.
Hasil kutipan itu akan dan telah digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas seperti bahan-bahan makanan dan minuman, selimut dan ubat-ubatan selain peralatan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka.
Kesemua barang-barang tersebut akan dihantar dan diagihkan oleh Unit Amal DPPM di kawasan-kawasan yang amat memerlukan bantuan kecemasan di negeri Pahang dan Terengganu.
DPPM mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan rakyat Malaysia di UK dan Ireland dalam membantu meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.
Sumbangan dan sokongan dari semua amat dihargai dan mudah-mudahan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah SWT.
PRC UK &Ireland juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas maklumbalas, keprihatinan yang tinggi dan sumbangan yang cukup memberangsangkan dari segenap lapisan warga Malaysia di UK & Ireland dalam kempen kutipan dana kali ini.
Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat Malaysia di UK &Ireland amat prihatin dan berkongsi sama segala musibah yang dihadapi oleh saudara mara di tanah air.
Tarikh akhir kutipan sumbangan adalah sehingga 14 December 2013.
Sumber HD - 18-12-2013
Salahudin dilantik pengerusi JK Bencana Alam PAS
- Dec 17, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Salahuddin bergotong-royong mencuci perkakas dapur mangsa banjir di Kemaman, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menubuhkan Jawatankuasa Pusat Kecemasan dan Bencana Alam bagi memberi fokus kusus terhadap isu bencana dan kecemasan yang dihadapi oleh rakyat.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dipilih bagi mempengerusikan jawatankuasa itu.
Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pagi ini.
Penubuhan jawatan kuasa itu dibuat dengan mengambil pengajaran insiden banjir besar yang melanda Pantai Timur khususnya di Pahang baru-baru ini.
Sebelum ini jawatankuasa tersebut hanya bertindak secara ad-hoc apabila berlaku sesuatu bencana, namun hari ini ia diputuskan sebagai sebuah jawatankuasa tetap yang merangka perancangan lebih teliti jika negara ini dilanda bencana seperti banjir.
Salahudin ketika bercakap kepada media hari ini berkata, sebagai tugas pertama sebelum ini, pihaknya telah mengunjungi mangsa-mangsa banjir yang berlaku di Kuantan dan Kemaman serta menyediakan bantuan kepada mangsa.
"Walaupun jawatankuasa ini baru dibentuk secara tetap hari ini, namun saya sudah pun meninjau keadaan banjir dan menemui mangsa-mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman.
"Kita akan membuat perancangan yang khusus bagi menghadapi situasi tersebut pada keadaan sekarang dan masa-masa akan datang," jelasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.
Jelasnya lagi, penubuhan jawatankuasa ini satu langkah terbaik bagi memastikan segala bentuk perancangan menghadapi bencana alam dapat dilakukan dengan sempurna dalam menghadapi bencana atau kecemasan pada masa akan datang.
"Kita telah pun bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua di Kuantan dan Kemaman," sambung beliau.
Sumber HD - 17-12-2013
1,073 mangsa banjir di Pahang
- Dec 17, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 262 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan membabitkan 18 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.
Jumlah tertinggi mangsa masih direkodkan di daerah Pekan namun berkurangan kepada 995 orang daripada 243 keluarga di 11 pusat pemindahan berbanding 1,098 orang daripada 272 keluarga di 11 pusat pemindahan pada sebelah malam.
Di Kuantan, masih kekal dengan hanya tinggal 27 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan manakala Maran berkurangan kepada 51 orang daripada 13 keluarga berbanding 138 orang daripada 27 keluarga di tiga pusat pemindahan. - Bernama
Sumber HD - 17-12-2013
Kaji semula agihan bantuan kepada mangsa banjir
- Dec 17, 2013
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Yohanis (kanan) mengiringi Mazlan Aliman (tengah) melawat rumah mangsa banjir warga Felda di Jerantut, kelmarin.
Ketua Penerangan DPPNP, Yohanis Ahmad berkata, ini disebabkan terlalu banyak rungutan daripada mangsa banjir kepada petugas-petugas sukarelawan PAS dan Jabatan Amal Malaysia mengenai kepincangan dan bantuan yang sampai kepada mereka tidak seperti sepatutnya.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan beberapa peruntukan kepada mangsa banjir berdasarkan maklumat mangsa yang berpindah ke pusat penempatan dan kampung-kampung yang terputus hubungan.
“Bagi pangkalan hadapan seperti Hulu Tembeling pihak JKM telah menghantar lebih awal tiga hari bantuan makanan kepada mangsa banjir.
“Bagi mangsa di pusat penempatan perpindahan mangsa dibekalkan dengan selimut, tikar, berus gigi, ubat gigi, dan sabun,” katanya.
Yohanis yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut berkata, bagi kampung-kampung dan kawasan yang terputus hubungan, JKM, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar bekalan makanan ke tempat pengumpulan.
“Berdasarkan rekod bantuan daripada JKM yang dihantar ke pusat pengumpulan yang dilanda banjir bolehlah dianggap memuaskan, namun dari segi agihan pula terlalu banyak rungutan yang kami terima daripada mangsa banjir ketika kami turun membantu.
“Di mana silapnya pengagihan ini? Jadi apa yang perlu serta wajib disemak semula ialah sistem agihan dari tempat pengumpulan ke rumah-rumah mangsa banjir,” jelasnya.
Katanya, DPPNP melihat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam penyelarasan kerja-kerja pengagihan barangan kepada mangsa banjir.
“Rungutan dan sungutan dari mangsa banjir amat perlu kita teliti sewajarnya. DPPNP tidak mahu rungutan ini berulang lagi pada masa-masa akan datang malah apa yang amat kami bimbang seandainya wujud anasir ketidaktelusan dalam pengagihan ini,” ujarnya lagi.
DPPNP turut mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa agensi kerajaan seperti JKM, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Bomba, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Amal, rakan-rakan PR, Nisa', Persatuan Perubatan Homeopathy dan lain-lain kerana bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di sembilan daerah di negeri ini baru-baru ini.
Sumber HD - 17-12-2013
Banjir: Puluhan juta kerugian peralatan sekolah di T’ganu
- Dec 15, 2013
- .
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata, taksiran sedang dijalankan terutama membabitkan peralatan pejabat seperti sistem komputer di sekolah seluruh daerah itu yang ditenggelami air banjir bermula, 2 Dis lepas.
"Jumlah kerugian sebenar kita belum peroleh kerana kerja-kerja pentaksiran harta benda dan peralatan sekolah yang musnah sedang dijalankan sekarang. Ia bukan kerugian setakat dua, tiga juta ringgit, tetapi menjangkau puluhan juta ringgit untuk kembali pulih kerana sistem yang rosak perlu diganti.
"Ia melibatkan kerosakan peralatan bilik darjah, sistem komputer, asrama, prasarana sekolah seperti longkang pecah dan sebagainya," kata kepada pemberita selepas menutup Persidangan Pengurusan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.
Bagaimanapun Ghazali berkata sesi persekolahan yang bermula bulan depan tidak akan terjejas kerana diramalkan banjir besar seperti yang dialami baru-baru ini, tidak berulang.
Katanya, lazimnya jika sudah berlaku banjir besar, maka banjir kecil yang berlaku selepas itu hanya melanda kawasan rendah.
"Jadi untuk persediaan memasuki sekolah dalam masa dua minggu akan datang ini, Kementerian Pendidikan dan jabatan pelajaran negeri sudah ada pelan tindakan iaitu memastikan pada Januari ini, semua sekolah di negeri ini dapat beroperasi seperti biasa, sebagaimana dijadualkan," katanya.
Menurut beliau, kerosakan peralatan sekolah seperti kerusi, meja dan buku-buku teks, pihak sekolah boleh mendapat bekalan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang tidak terlibat banjir.
Jelas Ghazali, kerugian yang dialami oleh sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, akan diuruskan kerajaan pusat manakala sekolah di bawah naungan kerajaan negeri, akan dibaik pulih kerajaan negeri. - Bernama
Sumber HD - 15-12-2013
Mangsa banjir di Pahang semakin berkurangan
- Dec 15, 2013
- .
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,197 keluarga itu ditempatkan di 45 pusat pemindahan dari 57 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.
Jumlah tertinggi pemindahan mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan namun jumlahnya berkurangan kepada 3,602 orang daripada 909 keluarga berbanding 4,076 orang daripada 1,100 keluarga malam tadi, di 45 pusat pemindahan.
Kuantan masih kekal dengan 736 orang daripada 188 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 413 orang daripada 100 keluarga di lima pusat pemindahan yang masih dibuka. - Bernama
Sumber HD - 15-12-2013
Banjir di T’ganu hampir pulih, mangsa di Pahang meningkat
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
Di KUALA TERENGGANU, hanya 40 orang daripada 12 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan banjir yang masih dibuka petang ini, berbanding 784 orang (190 keluarga) melibatkan 10 pusat pemindahan pada sebelah pagi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), keadaan di daerah Kemaman yang dilanda banjir telah pulih seperti sedia kala dengan baki 349 mangsa (80 keluarga) di lima pusat pemindahan pagi tadi, telahpun dibenarkan pulang.
Serentak itu, semua pusat pemindahan di daerah Kemaman telah ditutup hari ini.
Dua daerah yang masih terjejas ialah Dungun dan Marang, dengan hanya 18 mangsa (empat keluarga) di dua pusat pemindahan di Dungun dan 22 mangsa (lapan keluarga) di Marang.
Cuaca di Terengganu hari ini cerah, sementara paras air di sungai-sungai utama di negeri itu dilaporkan berada dalam keadaan biasa petang ini.
Di KUANTAN, walaupun kesemua pusat pemindahan di daerah Rompin dan Temerloh yang terjejas banjir telah ditutup, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat sedikit kepada 5,515 berbanding 5,498 yang direkodkan pagi tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,391 keluarga itu ditempatkan di 57 pusat pemindahan.
Daerah Pekan menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 3,992 berbanding 3,879 orang pagi tadi di 39 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (736 orang di empat pusat pemindahan), Maran (724 di 12 pusat) dan Bera (63 di dua pusat). - Bernama
Sumber HD - 13-12-2013
Pasca banjir, bantu anak mangsa ke sekolah pula
- Dec 13, 2013
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
TEMERLOH: Setelah sembilan hari menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan barang-barang bantuan bagi mangsa banjir seluruh Pahang, akhirnya tengah hari ini Pusat Operasi Bantuan Banjir Prihatin Rakyat PAS Pahang di Darul Hikmah, Kerdau ditutup.
Bagaimanapun bantuan barangan, kewangan dan tenaga pembantu pasca banjir masih lagi diperlukan dijangka sehingga minggu depan dengan dihantar terus ke kawasan-kawasan terlibat.
Menurut Pengarah Operasi Hassanuddin Salim, ini berikutan keadaan banjir di negeri Pahang hampir pulih kecuali di beberapa kawasan seperti di Maran, Bera dan Pekan di mana masih ada pusat-pusat pemindahan yang dibuka selain daripada kampung-kampung terpencil yang masih terputus hubungan.
“Dalam tempoh bilik operasi Prihatin Rakyat ini dibuka dianggarkan beratus-ratus tan barangan keperluan seperti beras, gula, susu, minyak masak, pakaian dan sebagainya hasil sumbangan dermawan dari seluruh negara ditempatkan di sini.
“Kemudian lori-lori dari sembilan daerah di Pahang yang terlibat banjir datang memunggah segala barangan tersebut untuk diagih-agihkan pula kepada mangsa.
“Darul Hikmah ini juga menjadi penempatan anggota-anggota Unit Amal terutama dari Selangor dan Perak yang bertungkus-lumus membantu sejak dari banjir hinggalah membersihkan rumah mangsa.
“Hari ini bilik operasi ini ditutup. Saya bagi pihak Prihatin Rakyat dan PAS Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang di atas bantuan dihulurkan yang tidak putus-putus dan bertali arus tersebut,” katanya.
Hassanuddin yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang berkata, biarpun semua yang terlibat kepenatan dalam tempoh tersebut, namun segala usaha dan jerih payah dilaksanakan dalam keadaan ceria dan penuh ukhuwah serta kasih sayang tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan fahaman politik.
Tambahnya, pusat maklumat operasi banjir selepas ini akan diteruskan di bangunan Badan Perhubungan PAS Pahang manakala bantuan kemanusiaan akan disalurkan terus ke kawasan-kawasan terlibat.
“Pada ketika ini Prihatin Rakyat sedang memikirkan persediaan untuk membantu anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan pula tidak berapa lama lagi.
“Kita faham golongan yang paling sengsara ditimpa musibah banjir baru-baru ini ialah keluarga yang tidak berpendapatan tetap dan penoreh getah. Dahlah hujan lebih seminggu, rumah pula dinaiki air dan terpaksa berpindah, peralatan rumah sudah pasti akan rosak sebahagiannya, akan menghadapi pula persekolahan anak-anak di awal tahun.
“Dengan sebab itulah Prihatin Rakyat sekali lagi menawarkan kepada dermawan yang ingin membantu, menyumbangkan wang tunai bagi pihak kami dapat membeli peralatan sekolah supaya dapat diagih-agihkan kepada mangsa banjir,” katanya.
Hassanuddin Salim berkata bagi sesiapa yang sudi menghulur sumbangan bolehlah memasukkan wang ke akaun: Prihatin Rakyat 5560 5720 3711 (Maybank Islamic).
Pahang minggu lalu ditimpa malapetaka banjir dengan anggaran lebih 40,000 mangsa terlibat. Daerah Kuantan paling teruk terjejas sehingga pada satu ketika diisytiharkan lumpuh.
Sumber HD - 13-12-2013
Saya nak lawat mangsa banjir rakyat Datuk - Zailah
- Dec 12, 2013
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Ismail (dua, kiri) berkata sesuatu kepada Zailah, sementara Sharif (membelakangkan kamera) memerhatikannya.
MARAN: Seorang petugas Unit Amal kesal dengan sikap Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib yang mempersoal Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof daripada bertemu mangsa banjir di sini semalam.
Mohd Sharif Abdullah yang bertugas mengiringi Siti Zailah bersama kira-kira 20 orang ahli rombongannya melawat mangsa banjir berkata, insiden tersebut berlaku di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Afzan, Chenor di sini.
Katanya, ketika rombongan mereka sampai di situ sudah ada Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjerkah kepadanya.
“Datuk Mail kata jangan ganggu program kita orang. Lalu saya jawab kami bawa YB Zailah ini untuk melawat mangsa banjir sambil bagi bantuan,” katanya.
Menurut Sharif, Ismail selepas itu terus menghampiri rombongan tersebut lalu menyoal Zailah kenapa tidak telefon dahulu sebelum datang.
“Zailah jawab, tidak apalah saya datang nak lawat mangsa banjir rakyat Datuk, nanti Datuk boleh lawat rakyat kami pula.
"Kalau tak silap pendengaran saya Datuk Mail menjawab: tak pelah kitorang banyak bekalan," katanya.
Sharif berkata, Zailah hanya sempat berjabat tangan dengan beberapa orang mangsa di dewan itu sebelum berlalu pergi bagi menghormati tuan rumah yang seolah-olah tidak menerima kedatangan rombongan itu.
“Bagi saya insiden ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana membantu manusia yang dalam kesulitan ditimpa malapetaka tidak wajar melihatnya dengan kaca mata politik.
“Dulu ketika mangsa banjir bertarung nyawa kumpulan inilah yang tampil menyelamatkan mangsa sedangkan sesetengah pemimpin Umno masih berada dalam perhimpunan di Kuala Lumpur,” jelasnya sedih.
Zailah semalam turun bersama Dewan Muslimat PAS menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh dan Maran.
Sumber HD - 12-12-2013
Punca masjid tidak tenggelam dalam banjir (gambar)
- Dec 12, 2013
- http://addin77.blogspot.com
(Gambar) Punca Masjid Tidak Tenggelam Dalam Banjir Besar Di Kuantan Tersebar..
Dalam pemerhatian Addin page FB artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Izzue Islam juga publish gambar masjid ini.
Dalam kejadian banjir di Kuantan baru-baru sebuah masjid di Sungai Isap tidak tenggelam (gambar di atas) walaupun seluruh kawasan di sekitar ini ditenggelami air banjir.
Baru-baru Addin berkesempatan untuk balik ke Kuantan dan membantu keluarga yang diberi ujian oleh berhadapan dengan banjir besar ini.
Gambar di bawah ini adalah Masjid Sungai Isap Damai yang tidak tenggelam yang sempat dirakam selepas kejadian banjir besar baru-baru ini.
Gambar di bawah ini adalah Masjid Sungai Isap Damai yang tidak tenggelam yang sempat dirakam selepas kejadian banjir besar baru-baru ini.
Perhatikan ketinggian masjid ini, sebenarnya masjid ini dibina di atas tanah tambak yang tinggi.
Jadi.. inilah asbabnya atau sebab masjid itu tidak ditenggelami banjir. Moga pencerahan ini dapat merungkaikan kekeliruan yang berlaku. Wallahualam
Sumber HD - 12-12-2013
Jumlah mangsa banjir Pahang meningkat, T’ganu kekal
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,398 keluarga ditempatkan di 71 pusat pemindahan dari 69 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir.
Daerah Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,501 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (842 orang di lima pusat pemindahan), Maran (735 di 13 pusat), Temerloh (235 di tujuh pusat), Bera (276 di tujuh pusat) dan Rompin (18 di dua pusat).
Sementara itu, di TERENGGANU, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan pagi ini hanya 3,387 orang daripada 710 keluarga berbanding 3,424 orang (718 keluarga) malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini kerana pada umumnya banjir di negeri ini berada dalam keadaan bertahan susulan hujan reda.
Di Dungun jumlah mangsa banjir pagi ini sama seperti malam tadi iaitu 1,299 orang (318 keluarga), dan begitu juga di Hulu Terengganu sama seperti malam tadi iaitu 79 mangsa (20 keluarga).
Di Kemaman, jumlah mangsa juga kekal 1,946 orang (354 keluarga), namun di Marang, jumlah mangsa menurun sedikit pagi ini kepada 63 orang (18 keluarga) berbanding 100 orang (26 keluarga) malam tadi.
Jumlah keluarga mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan ialah 710 keluarga di 42 pusat pemindahan iaitu 13 di Dungun, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (22) dan Marang (tiga).
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai-sungai utama di Terengganu berada dalam keadaan biasa.
Dalam pada itu, Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan jalan Pulau Kerengga/Pengkalan Berangan di Marang dan jalan Durian Mentangau di Dungun ditutup kepada semua kenderaan, masing-masing ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan 0.7 meter.
Sementara itu di Hulu Terengganu, jalan Matang/Nibong/Kuala Berang ditutup kepada kenderaan ringan akibat ditenggelami air sedalam 0.3m manakala jalan Kuala Berang/Tanggol/Kuala Kejir ditutup kerana tanah mendap. - Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
Tangkap ternakan hanyut untuk jadikan lauk
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Mereka adalah antara 200 orang daripada 30 keluarga peneroka Felda terbabit yang ditempatkan di Dewan Sivik berikutan banjir paling buruk sejak rancangan tanah itu dibuka pada 1964.
Seorang mangsa, Maria Mohamad, 38, berkata keluarganya terpaksa berpindah serta merta apabila air mula naik secara mendadak pada 2 Dis lepas ke dewan sivik bagi menyelamatkan diri.
Katanya, sebelum itu dia sudah menempatkan pelbagai barangan di atas alang rumah yang dikira selamat kerana rumahnya berada di kawasan tinggi.
"Namun, air naik di luar jangkaan sehingga esoknya saya melihat kawasan sekitar terutama kawasan rendah menjadi lautan dengan semua rumah peneroka hanya nampak bumbung.
"Saya hanya mampu menyelamatkan diri dan anak-anak yang semuanya tinggal sehelai sepinggang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat sivik berkenaan di sini hari ini.
Maria berkata, pengalaman yang tidak mungkin dilupakannya adalah apabila bekalan makanan untuk menampung keperluan mangsa di pusat pemindahan itu terputus dan hanya tinggal sedikit beras.
Katanya, ketika itu air banjir mencecah sehingga paras bumbung rumah dan menghanyutkan pelbagai barangan termasuk ternakan akibat arus deras.
"Oleh kerana bekalan makanan terputus, kami mangsa banjir terfikir untuk mendapatkan makanan dan ketika itu juga terdapat ternakan seperti ayam dan kambing dihanyutkan air banjir.
"Kami sempat menangkap tiga ekor kambing yang hanyut melalui pusat pemindahan itu, yang ditangkap oleh penduduk yang kemudian disembelih. Kami fikir daripada mati begitu saja kambing yang hanyut itu lebih baik kami sembelih untuk dijadikan lauk," katanya.
Katanya oleh kerana bekalan makanan terputus kerana kenderaan penyelamat tidak boleh melalui untuk beberapa hari, pihaknya mengambil keputusan masak gulai kambing yang dimakan beramai-ramai dan ada juga penduduk kampung berkenaan menangkap beberapa ekor ayam yang berada atas pokok untuk dijadikan lauk.
Sementara itu, Pengurus Besar RKT Felda berkenaan, Jamil Abbas berkata saat mencemaskan apabila pihaknya perlu memikirkan cara untuk memberi makan 511 mangsa banjir termasuk yang ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) di rancangan itu dan di bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda tidak jauh dengan dewan sivik berkenaan apabila hanya tinggal 24 kampit beras.
Jamil berkata, ketika itu beliau meminta apa saja bahan makanan yang ada ditanam peneroka seperti pisang muda, ubi, betik, nangka untuk dimasak.
"Bahan makanan inilah yang ada, dimasak dengan nasi sekadar yang boleh mengalas perut untuk setiap mangsa banjir di situ," katanya.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, katanya, semua peneroka merasa lega apabila bantuan tiba dengan helikopter selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meninjau mangsa banjir di Felda itu yang terputus hubungan dengan dunia luar.
Katanya, bantuan tiba pada 5 Dis sebelum disusuli bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah Kemaman. - Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
Mangsa banjir T’ganu, Pahang dibenar pulang
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 13,237 orang dari 3,081 keluarga petang ini berbanding 15,677 orang dari 3,733 keluarga pada sebelah pagi, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di Dungun ialah 2,108 orang dari 532 keluarga berbanding 3,288 orang dari 807 keluarga sebelum ini.
Di Hulu Terengganu, bilangan mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 94 orang (26 keluarga) petang ini daripada 1,351 orang (384 keluarga) manakala di Setiu hanya 12 orang (tiga keluarga) berbanding 134 orang (46 keluarga).
Bagaimanapun, bilangan mangsa pusat pemindahan di dua daerah meningkat kepada 125 orang (27 keluarga) berbanding 42 orang (10 keluarga) di Marang manakala di Kemaman, terdapat 10,898 mangsa banjir (2,493 keluarga) berbanding 10,862 orang (2,486 keluarga) sebelum ini.
Sebanyak 64 pusat pemindahan iaitu 31 di Kemaman, Dungun (20), Hulu Terengganu serta Marang masing-masing enam dan satu di Setiu masih dibuka.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,577 orang berbanding 5,754 yang direkod pagi tadi manakala kesemua pusat pemindahan di dua daerah terjejas banjir telahpun ditutup.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang, terdapat 1,387 keluarga di 76 pusat pemindahan dari 69 penempatan di enam daerah yang terjejas akibat banjir.
"Daerah Lipis, yang menempatkan 16 mangsa di satu pusat pemindahan, ditutup pada 12 tengah hari manakala tiga pusat terakhir di Jerantut, yang menempatkan 57 mangsa pula ditutup pada 2 petang tadi," katanya kepada Bernama hari ini.
Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan, Kuantan (924 orang di enam pusat), Maran (670 orang di 13 pusat), Temerloh (404 orang 11 pusat), Bera (305 orang tujuh pusat) dan Rompin (33 orang dua pusat). - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini, Terengganu masih bergantung kepada 15 set janakuasa.
Sementara di Pahang, antara kawasan yang masih belum pulih bekalan elektriknya ialah Maran, Jengka, Pekan, Lipis, Temerloh dan Triang, melibatkan seramai 1,200 pengguna. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Arpah Abdul Razak berkata setakat ini lebih kurang 300 tan sampah sudah dikutip dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 500 tan dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata Alam Flora Sdn Bhd diminta memberikan kerjasama sepenuhnya membersihkan sisa-sisa sampah selepas banjir bagi memastikan kesihatan awam tidak terjejas.
"Ini kerana kita sedia maklum keadaan selepas banjir akan dipenuhi sampah sarap yang boleh memberikan risiko jangkitan penyakit," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada wakil penduduk di pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Murni, dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, bagi kerja pembersihan selepas banjir terutamanya pelupusan sisa-sisa pukal barangan rumah dan sampah sarap, orang ramai boleh terus menghubungi talian bebas tol pengurusan sisa pepejal iaitu 1-800-88-7472.
"Dengan kerjasama daripada semua pihak sudah pasti memudahkan kita mempercepatkan proses pengutipan sampah terutamanya di kawasan yang teruk terjejas banjir," kata Arpah.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut berkongsi kesedihan serta keperitan mangsa banjir dan berbesar hati dapat menyumbangkan bantuan kepada mereka.
Beliau berkata walaupun ada mangsa banjir yang mula pulang ke rumah tetapi kebanyakan keperluan asas mereka musnah akibat bencana yang melanda.
"Diharapkan melalui sumbangan keperluan asas berupa air mineral, makanan, minuman, lampin pakai buang, pakaian dan banyak lagi barangan daripada warga kementerian ini serba sedikit dapat meringankan beban mangsa yang terlibat," katanya. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
PAS lancar 'Ops Cuci' bantu mangsa banjir
- Dec 11, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Salahuddin bergotong-royong mencuci perkakas dapur rumah mangsa banjir.
KEMAMAN: PAS di semua peringkat diarah menghantar sukarelawan bagi membantu membersih rumah mangsa banjir yang terjejas teruk khususnya di Kemaman dan Kuantan.
Bagi tujuan itu juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah melancarkan `Ops cuci' rumah mangsa banjir pada setiap minggu bermula hari Jumaat hingga Ahad.
Katanya, semua pimpinan PAS setiap kawasan dan negeri perlu mengambil peranan dengan mengarahkan ahli masing-masing untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
Beliau berkata, bantuan daripada seluruh negara perlu dilakukan segera memandangkan Pahang dan Terengganu merupakan negeri yang dilanda banjir besar kali ini.
"Saya harap semua mangsa banjir bersabar dengan ujian Allah kerana ia akan mendapat ganjaran yang lebih besar, insyAllah," katanya.
Atas keprihatinan dan kesungguhan untuk membantu mangsa banjir beliau turut menyertai warga kerja Harakah yang sedang melakukan operasi membasuh pinggan mangkuk dan rumah Adun Chukai, YB Hanafiah Mat.
Sebelum itu beliau bersama Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad serta wakil Harakah, Mokhtar Rozaidi membuang tilam-tilam yang telah rosak akibat terendam air banjir.
Turut membantu operasi membersihkan rumah AJK DMPP, Aida Yusof Rawa dan Ustazah Rosiah Salleh yang berada di kampung Batu Mentok dan Gong Pauh selama dua hari.
Sumber HD - 11-12-2013
Mangsa banjir T’ganu meningkat, Pahang reda, Johor kekal
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 14,643 orang berbanding 12,460 pada sebelah petang semalam.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini susulan angka mangsa banjir meningkat di semua daerah semalam.
Di Dungun, jumlah mangsa meningkat kepada 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi berbanding 317 orang (77 keluarga) petang semalam manakala di Kemaman meningkat kepada 10,894 (2,487 keluarga) daripada 10,849 orang (2,476 keluarga) sebelah petang.
Di Hulu Terengganu, jumlah mangsa banjir turut meningkat iaitu 790 orang (245 keluarga) berbanding 317 orang (77 keluarga), pada petang semalam manakala di Marang 21 orang (4 keluarga) berbanding 10 orang (3 keluarga) pada sebelah petang.
Dalam masa sama, Setiu pula dilanda gelombang banjir kedua apabila seramai 149 orang (43 keluarga) mangsa dari tiga buah kampung dipindahkan ke pusat pemindahan malam tadi.
Serentak itu, tiga buah pusat pemindahan telah dibuka di daerah Setiu iaitu di surau Kampung Bukit Nyior menempatkan 67 orang (16 keluarga), Masjid Kampung Merbau Menyusut 67 orang (23 keluarga) dan Surau Kampung Tok Nandong 15 orang (4 keluarga).
Sehingga pukul 9 malam tadi, bilangan keluarga yang berpindah adalah 14,643 dan 73 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 17 di Dungun, Hulu Terengganu (20), Kemaman (31), Marang (dua) dan Setiu (tiga).
Pusat-pusat pemindahan tersebut terdiri daripada bangunan sekolah, masjid, surau, rumah saudara mara, balai raya, dewan orang ramai, pusat pertanian dan sebagainya.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 6,048 berbanding 7,582 orang yang direkodkan petang semalam.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 8 malam tadi, masih terdapat 1,473 keluarga yang ditempatkan di 88 pusat pemindahan dari 79 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
"Pekan, masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,273 orang di 37 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Di Kuantan, masih terdapat 1,082 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan, Maran (727 orang di 14 pusat pemindahan), Temerloh (555 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di lima pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).
Sementara itu, jalan utama di Km 14 Jalan Temerloh-Triang masih ditutup kepada semua kenderaan.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Segamat kekal seramai 266 orang daripada 63 keluarga dan ditempatkan di enam pusat pemindahan pada malam tadi.
Menurut portal bencana MKN pada 9 malam, seramai 28 orang masih berada di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (66 orang), Balai Raya Pogoh 2 (45 orang), Sekolah Agama Kampung Kuala Paya (26 orang), Balai Raya Kampung Tandong (85) dan Balai Raya Kampung Sanglang (16).
Mangsa terbabit masih tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan 'banjir termenung', keadaan di mana air banjir bertakung dan tidak dapat surut dengan cepat. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata tempat penempatan seperti di surau dan masjid yang kecil agak tidak selesa untuk mangsa banjir, lebih-lebih lagi jika mereka ditempatkan dalam bilangan yang ramai.
"Sekarang juga terdapat penempatan yang bercampur antara wanita dan lelaki dan ini sangat kurang sesuai.
"Insya-Allah perkara ini akan kita kaji supaya pada musim banjir akan datang tidak akan berlaku lagi masalah sebegini," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena lawatannya ke sekitar kampung yang terlibat dengan banjir di Hulu Terengganu.
Dalam lawatan itu, Jailani turut memberi bantuan berupa keperluan makanan serta pakaian untuk mangsa banjir.
Sementara itu, seorang daripada mangsa banjir, Lijah Mamat, 57, dari Kampung Kuala Ping berkata bantuan seperti makanan dan pakaian yang dihulurkan kerajaan sangat bermakna buat mangsa banjir sepertinya yang tidak sempat membawa apa-apa kelengkapan ke pusat pemindahan banjir.
"Memang mak cik datang sini sehelai sepinggang, tak bawa baju, tak bawa apa-apa...hanya sempat ambil kad pengenalan dan dokumen yang penting sahaja sebab air naik sangat cepat.
"Mujur ada kerajaan bagi bantuan macam ni, kalau tak...tak tahulah kami nak pakai baju apa, nak makan apatah lagi," katanya.
Menurutnya, hujan tidak berhenti-henti sejak malam semalam dan rumahnya yang berdekatan dengan sungai mudah dinaiki air.
Maimun Abdul Rahman, 60, warga emas yang cacat penglihatan dari Kampung Tok Lawit pula berkata beliau tidak dapat menyelamatkan barang berharga seperti peti sejuk, mesin basuh serta televisyen kerana tidak menyangka air akan naik begitu cepat.
"Mak cik memang tak sempat nak selamatkan apa-apa barang, mak cik tak nampak sangat..nak angkat barang memang tak dapat, lagipun mana terdaya nak angkat benda berat.
"Mak cik datang sini pun (pusat pemindahan) kena harungi air paras dada...cucu mak cik yang perempuan tolong pimpinkan mak cik. Alhamdulillah selamat juga akhirnya," katanya.
Maimun berkata, keprihatinan Anggota Parlimen Hulu Terengganu (Jailani) yang sanggup turun padang menghulurkan bantuan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggungnya.
Sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka di Hulu Terengganu dengan menempatkan 877 mangsa dari 269 keluarga sehingga pukul 6 petang. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua PAS Cawangan Seksyen 18 Barat, Nor Azlan Jan berkata, ahli-ahli PAS cawangan dan para sukarelawan bertungkus lumus menyiapkan bungkusan-bungkusan berisi makanan dan barangan keperluan harian untuk dihantar terus kepada mangsa banjir.
“Kita akan serahkan pada wakil negeri Pahang dan Terengganu. Barangan yang kita sediakan seperti beras, minyak, ikan bilis, sardin dan the,” katanya.
Menurut Azlan, semangat untuk melaksanakan misi bantuan kedua tercetus setelah pihaknya bertemu wakil-wakil negeri sewaktu menghantar bantuan pertama kelmarin.
“Mereka menceritakan bagaimana susahnya untuk mendapat bekalan makanan. Sebab itulah misi kedua ini kita beli makanan semuanya. Sesiapa yang mahu turut menderma hubungilah Harakah,” ujar Azlan.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli PAS Cawangan Seksyen 18 Barat dan para sukarelawan yang bertugas menjayakan misi bantuan itu.
“Allahuakbar! Hidup PAS!” laung Azlan.
Sumber HD - 11-12-2013
Penduduk Hulu Besut bersiap hadapi banjir
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Tinjauan Bernama di kawasan Hulu Besut semalam mendapati kebanyakan kawasan rendah di beberapa kampung seperti Kampung La, Keruak, Belaoh, Pasir Akar dan Durian Telur yang terletak di pinggir Sungai Besut mula digenangi air.
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Besut memberitahu Bernama mereka sudah bersedia untuk turun membantu penduduk berpindah pada bila-bila masa sekiranya air terus meningkat.
Setakat ini Jalan Jerteh-Hulu Besut mula dinaiki air di beberapa tempat terutamanya di Gertak Jerubun, Pasir Akar yang kini hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, katanya.
Dua daripada tiga kawasan penyukat banjir di Sungai Besut juga telah melepasi paras bahaya dan paras berjaga-jaga pada pukul 5 petang semalam, katanya. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
Teruskan kerja sukarelawan kepada Umno, bukan Islam
- Dec 10, 2013
- KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
Mohamad menyantuni kanak-kanak sambil disaksikan Hanafiah ketika melawat mangsa banjir di Taman Fikri, Chukai.
KEMAMAN: Tindakan pantas, cekap dan tidak pernah mengenal erti penat lelah anggota sukarelawan daripada Jabatan Amal Malaysia mendapat pujian PAS.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji kecekapan anggota-anggota sukarelawan PAS seperti Unit Amal yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Kemaman.
Malah, katanya kerja-kerja sukarelawan ini perlu diteruskan termasuk kepada orang Umno dan masyarakat bukan Islam.
“Unit Amal ini, dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, saya puji dia dan saya sebut sukarelawan terbaik dalam dunia Islam.
“Kerja-kerja sukarelawan ini perlu kita teruskan termasuk kepada orang-orang Umno dan orang bukan Islam, dan kita harap mereka menerima baik khidmat dari Unit Amal kita,” ujarnya hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi penduduk di Taman Fikri Chukai yang telah kembali ke rumah masing-masing, gotong-royong membersihkan rumah dilakukan oleh anggota Unit Amal Hulu Terengganu.
Menurutnya, anggota sukarelawan PAS tersebut bekerja dengan penuh keikhlasan serta mengharapan ganjaran daripada Allah SWT.
Katanya, kesan banjir besar yang berlaku di Kemaman ini cukup dahsyat dan dianggap paling besar dalam sejarah negeri ini.
“Saya sempat melihat dan meninjau keadaan penduduk dan rumah-rumah yang terlibat dengan banjir di Taman Fikri ini. Saya diceritakan oleh mereka dan saya sangat sedih mendengar rintihan mereka.
“Sekali lagi, terima kasih kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS termasuk semua pihak dari NGO dan orang ramai yang menyumbang.
“Kita akan cuba untuk mencari dana lagi untuk bantu penduduk yang kena banjir ini. Kerugian ini cukup besar dan mereka hilang harta benda kerana banjir,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Mohamad turut menyampaikan sumbangan kepada PAS Kawasan Kemaman bagi pengurusan mangsa banjir tersebut.
Turut mengiringi beliau Adun Chukai, Hanafiah Mat, Bendahari PAS Terengganu, M.Sukrimun Shamsuddin, Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmod.
Sumber HD - 10-12-2013
'Saya tidak mampu lihat kesengsaraan mangsa banjir'
- Dec 10, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: “Saya tidak mampu menahan sebak ketika menemui mangsa-mangsa banjir di Dungun, Kemaman, Paka dan Chukai.
“Sebagai seorang wanita, terus terang saya katakan saya tidak mampu melihat kesengsaraan yang ditanggung mangsa banjir,” ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Ketika dihubungi beliau memberitahu, mangsa banjir bukan sahaja terpaksa tidur di tempat penginapan sementara, sebaliknya terpaksa menanggung kerugian besar kerana kerosakan harta benda.
Katanya, mangsa banjir yang ditemui menyifatkan banjir tersebut sebagai tsunami kecil yang terpaksa mereka hadapi.
“Walau pun ada di antara mereka telah pulang ke rumah mereka, namun masih tidak dapat bermalam di rumah sendiri kerana dipenuhi lumpur.
“Pakaian, perabot serta segala isi rumah bersalut lumpur yang tebal. Barangan yang rosak kalau dibuang mungkin boleh muat satu lori,” katanya.
Anggota Parlimen Rantau Panjang itu juga memberitahu, penduduk di situ mendakwa mereka tidak pernah mengalami banjir seburuk itu sepanjang tinggal di kawasan berkenaan.
Beliau juga bersyukur kerana banyak pihak tampil menderma keperluan harian seperti makanan, minuman, peralatan tidur dan ubat-ubatan kepada mangsa-mangsa banjir.
“Keperluan dapur untuk memasak paling mendesak sekali bagi menggantikan dapur yang rosak akibat ditenggelami air bah,” tambahnya.
Sepanjang misi bantuannya ke Terengganu, Siti Zailah turut tidur bersama mangsa banjir di penempatan banjir di Dungun dan Kemaman.
Hari ini beliau dalam perjalanan ke Pekan untuk meneruskan misi yang sama.
Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam di seluruh negara mendoakan keselamatan mangsa banjir agar selamat dan sentiasa tabah.
“Sesungguhnya ujian Allah itu tidak sia-sia, Allah akan gantikan dengan ganjaran yang lebih besar,” ujarnya dalam nada berbaul sebak.
Petang tadi beliau menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dari rumah ke rumah sekitar Kemaman dan Chukai.
Sumber HD - 10-12-2013
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Ini kerana titah baginda, amalan yang diguna pakai sejak dahulu sudah tidak berkesan pada masa sekarang.
"...ini pandangan ikhlas saya. Kita memandang masalah bencana ini satu perkara yang tidak besar, kita hanya menunggu apabila terjadi barulah kita bertindak.
"Kita seharusnya buat satu corak tindakan lebih proaktif yang boleh menjadi amalan kita pada masa hadapan," titahnya kepada Bernama ketika melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Cherok Paloh di sini.
Titah baginda segala kekurangan yang dikesan sekarang perlu diperkemas dengan mengambil kira segala aspek luar jangka.
Seperti pusat pemindahan, perlu disiapkan secepat mungkin seperti mana siap siaga yang dilakukan oleh tentera, titah baginda.
Tengku Abdullah turut mencadangkan supaya diadakan latihan menghadapi bencana setiap tiga, enam atau sembilan bulan bagi melatih mangsa tentang apa yang perlu dilakukan ketika berlaku bencana.
Titah Tengku Abdullah, baginda dimaklumkan mengenai gelombang kedua banjir di negeri itu sejurus tiba dari India. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
Bantuan bencana alam masuk poket siapa?
- Dec 10, 2013
- HAMBALI AKRAM
Sebelum ini sudah beberapa syarikat korporat yang turut menyumbang untuk membantu mangsa banjir. Sehingga kini belum ada jumlah rasmi keseluruhan sumbangan ini. Saya percaya jumlah yang diterima tentunya besar, maklumlah keuntungan tahunan syarikat-syarikat ini bukan sedikit jumlahnya. Malah TNB juga memperoleh berbillion ringgit.
Namun, saya sedikit musykil tentang dana yang dikumpulkan ini. Setiap kali kali berlaku bencana alam – banjir, tanah runtuh dan sebagainya – bantuan yang diterima berjumlah jutaan ringgit. Namun soal pengagihan tidak pernah didedahkan kepada umum.
Sebagai contoh kejadian banjir yang berlaku sekarang, dari segi bantuan masih jauh daripada mencapai tahap terbaik. Sedangkan sumbangan yang di terima oleh kerajaan begitu banyak. Namun yang kelihatan terkehadapan dalam membantu mangsa banjir ialah sukarelawan badan bukan kerajaan dan individu tertentu.
Apakah pemimpin kerajaan khususnya dari Umno-BN masih dibuai mimpi dan lena tertidur dalam kesejukan? Saya bimbang, pengumuman sumbangan yang berjuta ringgit ini hanyalah mainan untuk menyejukkan bahang kemarahan mangsa banjir?
Yang lebih mengharukan, kerajaan mengumumkan akan memberikan bantuan wang tunai sekitar RM500 kepada mereka yang layak. Sedangkan jika sebahagian wang tunai yang diderma dibahagikan kepada semua mangsa, mereka boleh menerima ribuan ringgit setiap orang!
Saya sebenarnya cuba mengelak bersangka buruk, namun agak sukar. Hal ini kerana, ke manakah baki wang bantuan tersebut disimpan? Atau masuk poket siapa?
Saya timbulkan isu ini kerana setiap kali berlaku bencana alam kita terpaksa bermula dari kosong semula. Sepatutnya kita telah ada tabungan atau lebihan dari kutipan sebelumnya dan boleh digunakan serta merta apabila berlaku bencana.
Sumber HD - 10-12-2013
Banjir: Pemuda DAP Selangor hantar bantuan ke Pahang
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda DAP Selangor menghantar bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Mentakab, Pahang semalam.
Ketua Pemuda DAP Selangor, Chua Yew Choong berkata, Pemuda DAP Selangor memutuskan untuk menghantar bantuan itu memandangkan keadaan banjir kali ini amat serius.
“Malah, kawan kami di sana juga memaklumkan kekurangan barangan keperluan. Jadi, kami putuskan penghantaran ini minggu lalu," ujarnya dipetik Roketkini.
Katanya, walaupun masa singkat, maklum balas daripada rakyat sangat bagus, dan pihaknya dapat kumpulkan banyak sumbangan dalam masa yang singkat.
“Selain barangan keperluan, kami juga kumpulkan wang tunai berjumlah RM400, serta cek yang akan dijumlahkan nanti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Selangor, Petaling Jaya, semalam.
Sumbangan berupa makanan dan barangan kering seperti pakaian dan selimut itu dikumpulkan di ibu pejabat DAP Selangor pada Sabtu dan Ahad lalu, dan dihantar ke Mentakab menggunakan lori dengan berat tiga tan.
Turut mengiringi adalah Bendahari DAP Selangor, Chan Huan Guan; Setiausahan Organisasi DAP, Mohamat Samat dan Penolong Setiausahanya, Firdaus Babh.
Dalam pada itu, Firdaus Babh berharap sumbangan itu akan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa.
“Pemuda DAP Selangor cuba buat apa yang terdaya untuk membantu. Semoga ini dapat meringankan serba sedikit bebang mereka,” katanya lagi.
Sumber HD - 10-12-2013
- Dec 10, 2013
- Abdul Rahman Firdaus
Tahukah anda lebih 40,000 mangsa banjir yang dilaporkan terpaksa di pusat pemindahan di Pahang? Kita juga dapat lihat sumbangan-sumbangan daripada parti pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam isu ini. Persoalannya, dimanakah sumbangan mahasiswa dalam isu ini?
Disebalik kegelutan tersebut, Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan (UIAMK) telahpun memberikan bantuan tenaga dan kewangan sejak pada hari rabu yang lepas. Kini, di bawah Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Kuantan (MPPUIAMK), mereka telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama IIUM Kuantan Flood Relief pada hujung minggu lalu. Terdapat empat program yang dijalankan sepanjang program tersebut:
1. Derma Kilat
MPPUIAMK dengan kerjasama semua persatuan dan jawatankuasa kolej kediaman telah berjaya untuk menggerakkan derma kilat di setiap kelas dan bilik termasuk masjid UIAMK. Kami berjaya mengumpulkan lebih RM 5,000 hasil sumbangan pelajar. Kami juga membuka ruang kepada pelajar yang ingin menyumbang dari sudut material seperti baju, seluar, cadar, selimut, tudung dsb. Sumbangan di dalam bentuk wang ini akan digunakan untuk membeli bahan makanan dan makanan kering untuk disediakan kepada mangsa banjir.
2. Bilik gerakan banjir dan Pusat pemulihan banjir
Dibawah aktiviti ini kami menyediakan sebanyak 2 buah kelas bertempat di Pusat Hentian Pelajar@One Stop Center(OSC) yang memuatkan sebanyak 12 keluarga daripada mangsa banjir. Bilik gerakan banjir akan menjadi pusat pelajar bertujuan sebagai :
i.Pusat perhubungan pelajar dengan jawatan kuasa pusat-pusat banjir sekitar kuanta
Hasil mesyuarat bersama MBP dan para pentadbir UIAM Kuantan, lebih 11 kawasan telah dikenal pasti yang memerlukan bantuan kecemasan.
ii. Pusat pengumpulan sumbangan pelajar disudut material dan kewangan.
Barang-barang yang telah disumbangkan oleh pelajar akan dibahagikan kepada barang kanak-kanak, dewasa, tudung, selimut dan cadar.
iii. Pusat informasi dan maklumat
Bilik ini juga digunakan untuk memberi maklumat tentang selok belok jalan di kuantan ini serta maklumat tentang keadaan di pusat pemulihan banjir bagi memudahkan pelajar-pelajar yang ingin membantu mangsa banjir dengan menaiki kenderaan sendiri. Melalui pusat ini, mereka mengagihkan tenaga kerja ke kawasan yang memerlukan bantuan.
3. Outreach
Melalui kerjasama MBP tadi, MPPUIAMK akan menyediakan 2 buah bas yang akan bergerak ke pusat pemulihan banjir di sekitar Kuantan. Outreach ini akan dijalankan selama 2 hari melalui kerjasama MBP ini. Alhamdulillah, Kami telah menerima sebanyak 112 pelajar yang bersedia menjadi sukarelawan untuk program ini. Antara kawasan yang telah dikenal pasti tersebut adalah di Sekolah Jenik Kebangsaan Chung Ching, Sekolah Kebangsaan Belukar, Maahad Darul Fikri, Chendering, Sekolah Kebangsaan Panglima Perang dan Sungai Isap.
4. Penyediaan makanan
Proses penyediaan makanan ini akan dikendalikan oleh pelajar UIAMK yang mengambil kursus dietetic@pemakanan. Proses ini akan dijalankan di bangunan Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu. Proses seperti memasak, membungkus dan memindahkan makanan-makanan telah dijalankan oleh pelajar-pelajar UIAM tahun dua dan tiga kuliyyah dietetic. Dengan kerjasama semua pelajar, kami telah Berjaya menyediakan 500 set makanan untuk tengahari dan 300 set makanan pada malamnya untuk dibahagikan kepada semua kawasan yang terpilih.
Sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan untuk program kami anda boleh bank inkan kepada nombor akaun Bank Muamalat IIUM KUANTAN iaitu 06010002738719.
Petugas menyediakan makanan untuk mangsa banjir.
Sumber HD - 10-12-2013
Banjir: Laluan Paka-Kertih ditutup
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negara Ahmad Redza Arshad berkata jalan utama itu terpaksa ditutup selepas ditenggelami air kira-kira satu meter.
"Hujan lebat sejak 2 pagi di sekitar Dungun menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Air dari Bukit Bauk mengalir laju ke jalan, menyebabkan laluan di Durian Mentangau dilimpahi air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata beberapa kawasan di Marang dan Hulu Terengganu turut dinaiki air sedalam setengah meter, dengan penduduk diminta berjaga-jaga.
"Setakat ini masih di paras amaran, malah tidak ada penduduk yang dipindahkan," katanya.
Sementara itu, usaha Bernama untuk membuat liputan bantuan Felda kepada mangsa banjir bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih di Felda Seberang Tayor dekat sini terbantut selepas jalan Chukai-Air Putih yang menghala ke situ dinaiki air.
Tinjauan juga mendapati Jalan Sungai Pinang ke Kampung Sungai Pinang berdekatan bandar Kemaman turut dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Jumlah mangsa banjir di TERENGGANU kekal 14,609 orang daripada 3,195 keluarga dengan Kemaman mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 13,336 daripada 2,852 keluarga, diikuti Dungun sebanyak 1,251 orang (235 keluarga) dan Marang 28 orang (lapan keluarga).
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebanyak 41 pusat pemindahan iaitu 37 di Kemaman, tiga di Dungun dan satu di Marang masih beroperasi sehingga 9 pagi ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada di bawah paras berjaga-jaga.
Jabatan Kerja Raya pula melaporkan jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Batu 5 dekat Politeknik dan Bukit Bauk Dungun dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 12,579 pagi ini berbanding 31,093 orang malam tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini masih terdapat 2,480 keluarga yang ditempatkan di 111 pusat pemindahan dari 96 petempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 6,454 orang di 21 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,408 mangsa di 36 pusat pemindahan, Temerloh 1,233 orang, Maran (724), Jerantut (433), Bera (267), Rompin (33) dan Lipis (27).
Hanya satu jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km 14 Jalan Temerloh-Triang.
Di JOHOR, sebanyak tujuh pusat pemindahan banjir masih dibuka di Segamat pagi ini namun jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 273 orang daripada 64 keluarga berbanding 303 orang daripada 72 keluarga malam tadi.
Pusat pemindahan itu ialah Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III, Balai Raya Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
KEMAMAN: 'Bagai tsunami kecil', itu anggapan penduduk Kemaman yang teruk dilanda banjir kali ini, ketika menghadapi saat air banjir yang naik begitu cepat dan mengalir deras melanda kediaman mereka beberapa hari lalu.
Penduduk di Kampung Air Putih dan Kampung Telandas, kawasan paling teruk terjejas banjir, masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka, terutama ketika hujan lebat turun mencurah.
Rohana Bakar, 52, dari Kampung Air Putih menyifatkan kejadian banjir tahun ini amat dahsyat kerana arus deras meranapkan beberapa buah rumah dan kedai di kampungnya.
"Saya lihat sendiri air banjir yang mengalir deras melanda Kampung Air Putih ini, tidak ubah seperti tsunami yang pernah melanda negara suatu masa lalu, Cuma kecil sedikit.
"Sebahagian dinding warung milik saya antara yang hilang dibawa arus deras," katanya ketika ditemui Bernama di warungnya yang hampir roboh di sini.
Rohana berkata ketika meredah air banjir perasaan takut masih menyelubunginya setelah melihat kereta serta beberapa peralatan lain terapung dihanyutkan air yang hampir menenggelamkan kampung mereka ketika bencana berlaku.
Beliau sudah lebih 23 tahun berniaga di kawasan itu dan ketika berusaha menyelamatkan diri bersama cucu lelakinya yang berusia 11 bulan, mereka nyaris lemas dibawa arus namun berjaya diselamatkan anggota keluarga yang lain.
"Masa itu pukul 1 pagi, makcik dan keluarga mula pindah ke pejabat pos berhampiran rumah. Disebabkan air naik cepat dan arus deras, makcik guna tali dibawa ahli keluarga dan tersadung jatuh ke dalam arus," katanya.
Seorang lagi mangsa banjir Syukri Ahmad, 40, berkata rumahnya musnah dihanyutkan arus deras banjir.
Tetapi beliau lebih risaukan keselamatan isterinya yang mengandung lima bulan dan tiga anaknya yang berumur 3 hingga 11 tahun, dan sebab itu beliau segera memindahkan mereka ke kawasan selamat ketika air dilihat naik mendadak.
"Lepas hantar isteri dan anak, saya pulang sendiri mahu mengemas barang. Masa sampai ke rumah, air sudah kira-kira setengah meter naik dan saya hanya kemas mana yang patut seperti dokumen penting sebelum bergegas meninggalkan kediaman ketika air naik ke paras dada.
"Namun keesokan harinya ketika mahu meninjau keadaan rumah, rakan-rakan saya kata rumah pusaka yang saya duduki itu musnah dihanyutkan air dan saya betul-betul terkejut," kata Syukri.
Beliau berkata kampung itu sering dilanda banjir namun tidaklah pernah seteruk kali ini sehingga beberapa buah rumah penduduk kampung lesap dibawa arus.
Sementara itu, Norhayati Jusoh, 38, berkata beliau terpaksa memecah masuk Pejabat Pos dan tinggal di tingkat atas bangunan itu kerana tidak sempat untuk pergi ke pusat pemindahan banjir yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
"Semua barang rosak dan wang tunai lebih RM10,000 hasil perniagaan jualan langsung turut hilang," katanya.
Menurutnya, suasana di pejabat pos itu sangat menakutkan ketika itu, namun mereka terpaksa bertahan semalaman, sebelum air surut keesokannya. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
- Dec 10, 2013
- http://www.wasukalu.com/
Pusat pemindahan banjir Dungun hampiri taraf dunia kerana usaha ADUN PAS
Di sebalik segala kekurangan yang dialami PAS di seluruh negara, mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada mangsa banjir di Kuantan dan Dungun.
Di Dungun suasana di dewan pusat pemindahan kelihatan teratur dan kemas. Mangsa banjir dapat tidur dengan selesa tanpa ragu kerana aurat mereka tidak akan terdedah kepada umum kerana pemberian khemah oleh ADUN PAS Dungun.
PAS telah membuktikan kebolehan mereka mengendali pelbagai situasi dengan baik dan bermutu. Tinggalkan umno dan pilihlah PAS
Pastikan umno berkubur dalam PRU14
Di Dungun suasana di dewan pusat pemindahan kelihatan teratur dan kemas. Mangsa banjir dapat tidur dengan selesa tanpa ragu kerana aurat mereka tidak akan terdedah kepada umum kerana pemberian khemah oleh ADUN PAS Dungun.
Ini suasana pusat pemindahan banjir Thailand |
Pastikan umno berkubur dalam PRU14
Sumber HD - 10-12-2013
Mangsa banjir di beberapa negeri berkurang, Kuantan kekal teramai
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Di TERENGGANU, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di bawah paras amaran.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebanyak 1,260 mangsa pulang ke rumah masing-masing dan di Kuala Terengganu tiada lagi mangsa di pusat pemindahan.
Di Dungun, 1,251 orang daripada 335 keluarga mangsa banjir masih berada di tiga pusat pemindahan berbanding 2,512 petang tadi, dan di Marang masih kekal 23 mangsa.
Bagaimanapun, keadaan banjir di daerah Kemaman tidak berubah dengan jumlah mangsa masih kekal 13,335 orang daripada 2,852 keluarga.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri itu berkurangan kepada 31,093 berbanding 32,189 orang petang tadi, dan hanya satu jalan utama yang masih ditutup kepada laluan iaitu Jalan Jerantut-Kuala Lipis.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 9,476 keluarga itu ditempatkan di 132 pusat pemindahan.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 24,998 orang di 34 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Di Pekan, terdapat 3,437 mangsa di 34 pusat pemindahan, (Temerloh 1,007 orang di 23 pusat pemindahan), Maran (885 di 17 pusat), Jerantut (433 di 10 pusat), Bera (237 di tujuh pusat), Lipis (60 di lima pusat) dan Rompin (36 di dua pusat).
Di JOHOR, tujuh pusat pemindahan banjir masih dibuka di Segamat, namun jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan kepada 303 orang daripada 72 keluarga, berbanding 449 orang daripada 114 keluarga petang tadi.
Sementara itu pusat pemindahan di Balai Raya Linau Kechil, Batu Pahat dan Balai Raya Parit Stan, Pontian yang dibuka pagi tadi ditutup apabila kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang. - Bernama
Sumber HD _ 10-12-22013
Perakite Prihatin hantar bantuan bernilai RM30,000 ke Kemaman
- Dec 09, 2013
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
KEMAMAN: Skuad Perakite Prihatin hari ini telah menghantar bantuan bernilai RM30,000 ke Kemaman dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di kawasan ini.
Misi tersebut menggabungkan pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak dan parti politik.
Ianya turut disertai oleh AJK PAS Pusat, Asmuni Awi, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan pendakwah bebas, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, pihaknya mendapat bantuan daripada pelbagai pihak yang menyalurkan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan lain seperti beras, gula, lampin bayi, tuala, roti, tikar dan sebagainya.
Menurutnya, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan-sumbangan tersebut kurang daripada seminggu.
"Ramai yang prihatin terhadap mangsa banjir dan mereka bermurah hati menyalurkan pelbagai jenis sumbangan," katanya ketika ditemui Harakahdaily yang bersama-sama dalam misi tersebut.
Salman menjelaskan, daripada sumbangan berbentuk wang, pihaknya telah membeli barangan keperluan mengikut kehendak serta kesesuaian mangsa banjir.
Dalam perkembangan berkaitan, Skuad Perakite Prihatin telah menghantar bantuan tersebut ke bilik operasi induk PAS Kemaman.
Skuad itu juga turut bersama-sama membungkus sebelum diagihkan bantuan tersebut kepada mangsa-mangsa banjir.
"Semoga sedikit usaha daripada kami ini dapat mengurangkan beban mangsa, kami sangat simpati terhadap ujian yang mereka terima ini," jelasnya lagi.
Raja Iskandar menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.
Sumber HD - 9-12-2013
- Dec 09, 2013
- Aslani M
KOTA BHARU: Biar pun Kelantan juga dilanda banjir, namun demi semangat kemanusiaan pasukan sukarelawan dari negeri ini dihantar bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman.
Rombongan sukarelawan itu diketuai Jabatan Amal dan turut disertai Briged Nisa Negeri Kelantan, badan bukan kerajaan serta agensi-agensi kerajaan negeri.
Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di JKR 10 pagi tadi.
Pada majlis itu Ahmad menyerahkan bendera Kelantan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari sebagai gimik pelancaran. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Mohd Nawi.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membiayai misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kedua-dua lokasi tersebut.
“Bantuan disampaikan kepada mangsa banjir melalui sukarelawan yang dihantar hari ini,” ujarnya selepas pelancaran tersebut.
Beliau juga berharap bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa banjir.
Menurutnya juga sukarelawan terbabit dapat membantu membersihkan kawasan yang dilanda banjir memandangkan air bah semakin surut sekarang.
Katanya juga, atas semangat negeri berjiran, kerajaan Kelantan turut sama membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman.
“Kita mempamerkan semangat kejiranan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu. Banjir juga berlaku di sini, namun sudah pulih semula.
“Malah kerja-kerja secara gotong royong diadakan sejak semalam bagi membersihkan kesan-kesan banjir di sini,” ujarnya.
Sumber HD - 9-12-2013
Banjir: Pemimpin Umno terpisah realiti akar umbi
- Dec 09, 2013
- SAIDAH HAIRAN
SHAH ALAM: Kerajaan BN dilihat tidak mampu bertindak mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir apabila mereka lebih mengutamakan Perhimpunan Agung Umno daripada memahami penderitaan rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melihat ketidakseriusan Umno dalam membela nasib masyarakat Melayu dapat dibuktikan apabila rakyat Pahang khususnya dilanda banjir tahap kritikal tetapi pimpinan Umno tetap meneruskan persidangan.
Katanya, Perhimpunan Agung Umno diteruskan manakala Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah dijadikan sasaran berhubung isu banjir.
"Apa yang boleh dibawa oleh seorang Ahli Parlimen, mereka hanya boleh membawa isu ke Dewan Rakyat. Sedangkan kerajaan Pahang berada di bawah kuasa BN begitu juga kerajaan Pusat dikuasai BN tidak mampu mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir," tegasnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir, di sini.
Beliau menegaskan kesengsaraan yang menimpa mangsa banjir di Pahang dan Terengganu tidak ditangani secara serius tetapi hanya sebagai isu sampingan.
"Pimpinan Umno tidak memahami dan agak terpisah daripada realiti di peringkat akar umbi," katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut menyelar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan hanya Umno menjadi tempat penggantungan orang Melayu.
Beliau menegaskan, sejak merdeka sehingga sekarang sebahagian besar kehidupan orang Melayu ibarat `nyawa-nyawa ikan' kerana segala masalah yang dihadapi orang Melayu apabila diserahkan kepada Umno tidak dapat ditangani.
Apa yang terbukti tambah beliau Umno hanya menggunakan dasar dan cogankata untuk membantu orang yang tertentu di kalangan mereka.
Menurut beliau, dalam tempoh yang begitu lama sudah terbukti kegagalan Umno untuk menaikkan martabat yang sepatutnya dan sudah tiba masa orang Melayu memilih juara parti yang membela rakyat.
"PAS akan berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Melayu dan orang bukan Melayu berdasarkan ajaran Islam," tegasnya.
Sumber HD - 9-12-2013
Misi bantuan banjir agih bantuan dari rumah ke rumah
- Dec 09, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Sekretariat Parlimen Temerloh meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir di Dun Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan.
Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan pihaknya bergerak dengan kerjasama Unit Amal Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selain jentera dari Selangor dan Perak.
Katanya, selain mengagihkan bantuan ke pusat-pusat pemindahan banjir, pihaknya juga pergi memberikan bantuan dari rumah ke rumah kerana ada mangsa yang terperangkap di rumah dan tidak dapat dibawa ke pusat pemindahan banjir.
Setakat ini penduduk Kampung Lompat dan Kampung Batu Kapur di Dun Semantan terperangkap di rumah masing-masing dan bantuan perlu dihantar ke sana menaiki bot.
"Paling besar kredit saya perlu berikan kepada Unit Amal kerana mereka yang bertungkus-lumus membantu dari awal lagi hinggalah hari ini.
"Hari ini pun ada 20 orang lagi jentera Unit Amal memberikan perkhidmatan mereka mengagihkan bantuan ke pusat bantuan banjir dan ke rumah-rumah.
"Sebanyak sepuluh pusat pemindahan banjir masih didiami mangsa banjir," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Tambah beliau juga, operasi bantuan mungkin akan berterusan sehingga empat atau lima hari lagi, sehingga banjir surut di Temerloh.
Selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing, operasi membersihkan rumah akan dilakukan sehingga selesai.
"Mengikut pengalaman lepas, banjir akan berterusan labih dari seminggu. Walaupun di Temerloh tidak hujan, tetapi hujan dari Jerantut dan kawasan sekitar menyebabkan air melimpah ke Temerloh.
"Khidmat kita bukan sahaja ketika banjir, tetapi akan tutut membantu mangsa membersihkan rumah mereka yang dicemari lumpur dan sampah-sarap," kata AJK PAS Pusat itu.
DTITM : http://www.youtube.com/watch?v=VDqDdYF0BrM
Banjir di Pahang : http://www.youtube.com/watch?v=joKIh21eozs
Sumber HD - 9-12-2013
- Dec 09, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, sumbangan makanan dan pakaian itu akan dihantar kepada mangsa banjir melalui Lajnah Kebajikan negeri Pahang dan Terengganu.
Katanya, Harakah akan berterusan mengawai perkembangan banjir yang melanda negeri Terengganu dan Pahang serta cuba memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir.
"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Shah Alam dan Angkatan Edaran yang turut bersama-sama dalam usaha membantu meringankan bebanan mangsa banjir," katanya ketika ditemui di ruang lobi kilang Angkatan Edaran, Shah Alam.
Dua buah lori muatan 5 tan telah berlepas jam 11 pagi tadi membawa barang-barang makanan diiringi tiga buah kereta dan empat pacuan empat roda.
Sementara itu, Pengurus Angkatan Edaran, Azlan Jan memaklumkan barangan yang dihantar beras; air mineral; biskut; gula; teh; lampin. pakaian terpakai hasil sumbangan jemaah surau seksyen 4, Shah Alam.
Beliau yang juga Ketua PAS Cawangan sekyen 18, Shah Alam berkata, sumbangan tersebut dilakukan atas kesungguhan dan keprihatinan ahli PAS cawangan melihat kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir.
Menurut beliau, wang tunai juga dibawa untuk diberi kepada mangsa-mangsa banjir yang mungkin tidak berpindah ke penempatan sementara serta tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
"Angkatan Edaran telah menghulurkan bantuan sejak mula mangsa ditimpa banjir dan kita akan melakukan bantuan kepada mangsa secara berterusan," katanya.
Sumber HD - 9-12-2013
Mangsa banjir Pahang, Kelantan menurun
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 33,952 orang berbanding 35,502 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa daripada 10,328 keluarga itu ditempatkan di 141 pusat pemindahan dari 118 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.
Di Pekan pula, terdapat 3,180 mangsa di 34 pusat pemindahan, Temerloh (1,132 orang di 23 pusat pemindahan), Maran (920 di 17 pusat), Jerantut (570 di 11 pusat), Bera (217 di tujuh pusat), Raub (137 di tujuh pusat), Lipis (60 di lima pusat) dan Rompin (36 di dua pusat).
Namun, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Bahau, Km18 Jalan Triang-Temerloh dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial), katanya kepada Bernama hari ini.
Di KOTA BAHARU, mangsa banjir di Pasir Mas dan Tumpat menurun kepada 99 orang berbanding 139 orang pada malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata seramai 94 orang dipindahkan di tiga pusat pemindahan di Pasir Mas dan hanya lima orang pula berada di pusat pemindahan Pengkalan Kubor di Tumpat.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi ini menyusut kepada paras amaran 8.68 meter (amaran 8 meter/bahaya 9 meter).
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu kekal dengan 22,617 orang daripada 5,582 keluarga.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kemaman mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 19,869 orang (4,901 keluarga), Dungun dengan 2,719 orang daripada 672 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga dan Marang 28 orang daripada lapan keluarga.
Keadaan banjir Hulu Terengganu dan Setiu juga sudah reda.
Sehingga 9 pagi ini, sebanyak 48 pusat pemindahan iaitu tujuh di Dungun, 39 di Kemaman, satu di Kuala Terengganu dan satu di Marang masih beroperasi.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada dalam keadaan biasa pagi ini. - Bernama
Sumber HD - 9-12-2013
Banjir di Dungun beransur pulih, Kemaman meningkat
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MSN) di Kemaman mangsa banjir meningkat kepada 19,869 orang (4,901 keluarga) malam tadi berbanding 19,287 orang (4,723 keluarga) petang semalam.
Bagaimanapun, keadaan banjir di Dungun semakin pulih dan ramai mangsa yang berada di pusat pemindahan telah dibenarkan pulang semalam.
Sehingga pukul 9 malam tadi, angka mangsa perpindahan di daerah berkenaan adalah seramai 2,719 orang (672 keluarga) berbanding 3,754 orang (936 keluarga) petang semalam.
Di Kuala Terengganu, mangsa masih kekal 6 orang (satu keluarga) dan daerah Marang 23 orang (8 keluarga).
Sementara, di Hulu Terengganu keadaan banjir semakin pulih apabila 19 orang mangsa (4 keluarga) di Dewan Sivik Batu 24 Bukit Tok Bat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya malam tadi. - Bernama
Sumber HD - 9-12-2013
Mangsa banjir Kelantan berkurangan, sedia hadapi gelombang kedua
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mangsa terdiri daripada penduduk di dua jajahan iaitu di Pasir Mas dan Tumpat yang ditempatkan di empat pusat pemindahan.
Di jajahan Pasir Mas iaitu di Rantau Panjang sehingga kini seramai 134 mangsa melibatkan 65 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan iaitu di Rantau Panjang dan Kubang Gadong.
Di jajahan Tumpat seramai lima orang mangsa masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan Pangkalan Kubor yang melibatkan sebuah keluarga.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang juga semakin surut tetapi masih berada di paras 9.11 meter, melepasi paras bahaya 9 meter.
Keadaan cuaca pada malam ini adalah baik.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan Azmi Osman berkata penduduk negeri itu yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan supaya lebih bersedia untuk menghadapi banjir gelombang kedua yang dikhuatiri lebih serius.
"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, banjir di negeri ini biasanya berlaku tiga kali antara Dis hingga Januari tahun hadapan.
Walaupun cuaca semakin baik di negeri ini, namun penduduk harus peka dan berwaspada serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah seperti Rantau Panjang, Tumpat dan lain-lain," katanya.
Katanya, pihaknya juga akan sentiasa merujuk Jabatan Meteorologi untuk mendapatkan maklumat berkaitan cuaca dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengenal pasti keadaan paras air di beberapa sungai utama di negeri ini.
"Setakat ini, tidak ada sebarang kerugian ataupun kerosakan serius yang berlaku akibat daripada banjir baru-baru ini," katanya. - Bernama
Sumber HD - 9-12-2013
Banjir di Johor semakin pulih
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Sehingga pukul 9 malam tadi, hanya terdapat 635 mangsa daripada 157 keluarga masih berada di sembilan pusat pemindahan berbanding 1,024 mangsa daripada 274 keluarga, petang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata, Segamat mempunyai jumlah mangsa tertinggi iaitu 489 orang dan ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Di Pontian seramai 83 mangsa masih berada di sebuah pusat pemindahan dan di Batu Pahat terdapat seramai 63 mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. - Bernama
Sumber HD - 9-12-2013
Antara siasah Nabi Yusuf dengan MB tahan lori roti
- Dec 08, 2013
- DR AZMAN IBRAHIM
Presiden PAS meninjau keadaan banjir di Kemaman.
Tujuh tahun subur dipersiapkan untuk menghadapi tujuh tahun kemarau mendatang. Hasilnya, bukan setakat rakyat Mesir yang mampu hidup dengan bekalan makanan yang mencukupi saat menghadapi bencana alam bernama kemarau, malah rakyat dari negeri-negeri berdekatan turut sama menumpang rezeki. Itulah kehebatan siasah Nabi Yusuf a.s. dalam percaturan ekonomi yang dicatatkan sejarahnya dalam al Quran.
Realiti kita di Terengganu, sebelas bulan tanpa banjir, sekadar sebulan musim tengkujuh, rakyat boleh sampai kebuluran di pusat-pusat pemindahan!
Siasah Nabi Yusuf a.s, simpan bekalan makanan ketika senang sebagai persedian zaman susah. Siasah MB kita, tahan lori roti yang dalam perjalanan untuk menghantar bekalan ke kedai-kedai, lalu roti diagihkan kepada rakyat yang kelaparan.
Bagi roti kepada rakyat dengan cara ‘rompak’ lori tengah jalan, secara kemanusiannya boleh diucapkan terima kasih tetapi ini cara Robin Hood!
Walaupun kita tahu MB akan bayar lepas tu. Tapi inikah caranya ketua sebuah kerajaan negeri dengan bajet tahunan yang mencecah lebih RM2 bilion?
Siasah Nabi Yusuf a.s., kesempatan ketika tujuh tahun subur diambil untuk mempersiapkan bekalan bagi tujuh tahun bencana yang bakal mendatang, siasah Kerajaan Terengganu, selepas air naik, jalan terputus hubungan, rakyat terkapai-kapai, anak-anak menangis kelaparan di pusat-pusat pemindahan, ramai yang terperangkap di kawasan-kawasan pendalaman, barulah nak buat mesyuarat persedian menghadapi banjir! Kalau tunggu terputus hubungan baru kita nak buat mesyuarat, memanglah hasilnya sebagaimana yang diperolehi.
Saya tak menyalahkan anggota-anggota agensi-agensi kerajaan sama ada Bomba, JPAM, Jabatan Kesihatan, Polis, Tentera dan sebagainya kerana mereka adalah pegawai kerajaan yang bekerja berdasarkan arahan.
Kita juga mendapat khabar bahawa mereka turut keputusan bekalan makanan dan kelaparan. Persoalannya adalah di mana kecekapan penyusunan dan pengarahan pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan polisi dan dasar.
Ini pun sudah dikira nasib baik dengan sistem pemilihan baru Umno, menyebabkan pemburu kedudukan politik hadir ke Perhimpunan Agung Umno tanpa pertarungan lagi kerana semuanya telah selesai.
Kalaulah pemilihan ini berlaku sebagaimana sesi lepas, saya cukup yakin, peratusan untuk rakyat marhaen terabai akan menjadi lebih tinggi.
Saya sempat bertanya khabar beberapa orang Pengerusi JKKK yang dikenali di sekitar Besut dan Setiu tentang persedian mereka untuk menghadapi banjir. Jawab mereka, “Tak ada mesyuarat dan tak ada persedian!”
“Sebab apa?” tanya saya agak pelik.
“Tak dok bajet!” jawab mereka.
Nasib baik tahun ini Allah melindungi Besut dan Setiu dari bencana ini. Kalau tidak, confirm! akan ada penghuni pusat pemindahan banjir yang kelaparan, rakyat yang terperangkap, bayi-bayi yang terpaksa hisap air mineral dalam botol susu dan pelbagai lagi insiden.
Jenis tunggu bajet ada baru boleh buat kerja memang doh budaya mereka, mustahil boleh diubah. Lebih teruk kadang-kadang peruntukan banjir pun dimasukkan ke dalam kilas. Yang tak kena banjir pun turut nak rasa sekali.
Bagi PAS, kita tak pernah ada bajet untuk musim banjir. Walaupun begitu agenda menghadapi banjir adalah antara fokus kita menjelang musim tengkujuh.
Sumbangan dari dermawan kita kumpulkan. Sekadarnya barang-barang keperluan asas kita sediakan mengikut keupayaan kita agar sedikit sama secubit, banyak sama disuap.
Saya menitiskan air mata apabila melihat rumah Saudara Zul Mat Yakim, Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS Kemaman yang tenggelam sehingga ke paras bumbung.
Melihat beliau begitu bersemangat bekerja membantu rakyat, mungkin ramai yang menganggap bahawa rumah beliau selamat. Tak ramai yang mengetahui bahawa rumah beliau sendiri sebenarnya ‘total lost’.
Begitu juga apabila melihat rumah Adun Chukai, YB Hanafiah Mat yang turut ditenggelami air, semua itu tidak dijadikan alasan untuk mereka tenggelam dengan masalah sendiri lalu melupakan masalah rakyat. Banglo mewah milik Ahmad Shabery Cheek dan rumah Ahmad Said tentunya terselamat dari banjir.
Sumber HD - 8-12-2013
Warga emas berteduh dalam van ekoran banjir
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Munah Eng Abdullah, 64, sanggup menjadikan van tersebut sebagai tempatnya berteduh dan bermalam memandangkan beliau tidak boleh terlalu lama duduk atau tidur di atas simen.
Beliau yang mengalami masalah sakit tulang belakang sejak 10 tahun lalu berkata ini adalah tahun kedua beliau tidur di dalam van ketika rumahnya di tenggelami banjir.
"Mak cik juga sering sakit di bahagian sendi, jadi apabila terlalu lama berada di atas simen, kaki akan mula berasa kejang sebab itu kami memilih untuk tinggal di dalam van," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.
Menurutnya mereka membuat keputusan untuk berpindah lebih awal ke pusat itu kerana mahu mencari tempat yang sesuai untuk meletak kenderaan mereka.
Hari ini sudah enam malam beliau dan suaminya berkampung di sekolah terbabit.
Munah berkata suaminya mula mengemas barangan mereka sebaik menyedari air semakin naik.
Beliau berkata pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak telah meringankan beban mereka memandangkan tidak mempunyai bekalan yang mencukupi.
"Mak cik bersyukur bantuan air bersih mula dihantar kepada kami termasuk peralatan lain seperti tikar, selimut dan sebagainya," katanya.
Seorang lagi mangsa, Wan Nordin Wan Hassan, 40, berkata bantuan boleh dikatakan agak lewat tiba ke pusat penempatan itu kerana paras air terlalu tinggi selain masalah komunikasi yang dihadapi.
"Saya faham jalan terputus menyebabkan bantuan agak sukar dibawa sebelum pihak penyelamat lain tiba dengan kelengkapan yang lebih baik," katanya. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
Mangsa banjir Pahang masih lebihi 40,000 orang
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini kesemua mangsa daripada 11,872 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 162 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,090 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,385 mangsa di 31 pusat pemindahan, Temerloh (1,007 orang di 22 pusat pemindahan), Maran (921 di 19 pusat), Jerantut (505 di 11 pusat), Raub (213 di 10 pusat), Bera (193 di tujuh pusat), Lipis (49 di empat pusat) dan Rompin (36 di tiga pusat).
Sementara itu, hanya satu laluan utama ditutup kepada semua kenderaan selepas air naik kira-kira satu meter di Km16 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
NGO, Pemuda Bachok bantu mangsa banjir Rantau Panjang
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
RANTAU PANJANG: Atas kesedaran semangat kebersamaan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bachok bersama Unit Amal kawasan itu telah menggerakkan misi menyelamat mangsa banjir di jajahan ini sejak semalam.
Misi yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Ahmad Marzuk Shaary itu turut disertai beberapa NGO termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan, PAPISMA dan NGO Royalti (R).
Mereka semalam turut menyalurkan bantuan berupa barangan dan makanan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh yang menempatkan lebih 550 orang mangsa banjir.
Bagi jajahan Rantau Panjang, antara kawasan yang terjejas teruk ialah sekitat Masjid Banggol Kulim, Jalan Sekolah China, serat Kampung Kubang Chenok.
Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika ditemui, sudah sampai masanya kerajaan segera membina tembatan banjir di sepanjang tebing di Sungai Golok di sini.
Malah perkara itu sudah beberapa kali diusulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusuf di Dewan Rakyat sebelum ini.
"Masyarakat sekitar hampir setiap tahun mengalami bencana banjir ini. Banyak kerugian yang dialami oleh penduduk.
"Ada penduduk yang mengalami trauma apabila setiap tahun berlaku banjir malah kadangkala berlaku dua kali dalam setahun," katanya.
Selain itu, mereka juga turut menyampaikan bantuan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini.
Misi semalam itu berakhir kira-kira jam 6 petang.
Sumber HD - 8-12-2013
Mangsa banjir Terengganu meningkat
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara peningkatan itu berlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan kesemuanya 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga sebelum ini.
Tiada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga, Marang 26 orang daripada lapan keluarga dan Hulu Terengganu 19 orang daripada empat keluarga.
Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu-Kota Baharu dan Kuala Terengganu-Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran pula pada umumnya paras air di semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya pagi ini. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
Raub turut dilanda banjir, mangsa dipindah
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Pahang setakat pukul 10 malam tadi mencecah lebih 40,000 orang di 121 pusat pemindahan.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan masih mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan.
Di Pekan, masih terdapat 2,887 mangsa di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 orang di 11 pusat pemindahan dan Maran seramai 764 mangsa di sembilan pusat pemindahan.
Bera seramai 123 orang di lapan pusat pemindahan, Rompin 53 orang di empat pusat pemindahan, Lipis seramai 53 mangsa di empat pusat pemindahan. - Bernama
sumber HD - 8-12-2013
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata sehingga pukul 8 malam, 582 orang daripada 145 keluarga masih berada di sembilan pusat pemindahan di Segamat manakala 218 orang daripada 64 keluarga di empat pusat pemindahan di Batu Pahat.
Sebanyak 413 orang daripada 110 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan di Pontian manakala lapan orang daripada dua keluarga di satu pusat pemindahan di Ledang, katanya.
Jurucakap itu berkata satu pusat pemindahan di Kluang dan dua pusat pemindahan di Kota Tinggi ditutup secara berperingkat sehingga pukul 6 petang tadi.
Seramai 20 orang daripada empat keluarga di Kampung Melayu Batu 4 dekat Paloh dan 97 orang daripada 24 keluarga di Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat dibenarkan pulang.
Di Segamat, kawasan yang masih terjejas ialah Kampung Sanglang, Kampung Paya Dalam, Kampung Awat, Kampung Pogoh 2, Kampung Batu Badak, Kampung Tandong dan Kampung Spang Loi.
Di Batu Pahat, kawasan yang masih terjejas ialah Koris, Kampung Parit Haji Kamisan, Parit Lapis serta Kampung Linau Kechil.
Di Pontian, ia melibatkan Parit Stan dan Tampuk Laut manakala di Ledang melibatkan Kampung Kundang Ulu. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada penduduk di jajahan Pasir Mas di Rantau Panjang dari 612 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu di Kubang Gadong, Alor Pasir dan Gual Periok.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang juga semakin surut tetapi masih berada di paras 9.87 meter iaitu melepasi paras bahaya 9 meter.
Sungai lain dilaporkan surut pada paras biasa. Keadaan cuaca malam ini dilapor baik.
Sementara itu kerajaan negeri dilapor akan menyalur sumbangan sebanyak RM50,000 kepada mangsa banjir di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata bantuan akan diberikan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri sebanyak RM15,000.
Beliau berkata anggota sukarelawan di negeri ini akan turut dikerah untuk membantu mangsa di negeri lain seperti Terengganu dan Pahang.
Beliau turut menggalakkan orang ramai menderma dalam bentuk barangan dan wang bagi membantu mangsa banjir menerusi Tabung Serambi Mekah yang wangnya boleh disalur ke akaun Bank Islam 3018010028774. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Penurunan angka ini disebabkan 620 orang mangsa di Dungun dibenarkan pulang berikutan air telah surut.
Bagaimanapun jumlah mangsa di Kemaman yang merupakan daerah paling teruk terjejas masih kekal seperti petang tadi iaitu seramai 18,676 orang daripada 4,177 keluarga.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), di Marang hanya sebuah kawasan yang terjejas dengan seramai 37 orang daripada 13 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih.
Di Kuala Terengganu, keadaannya masih kekal dengan satu keluarga seramai enam orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Felda Belara.
Di Hulu Terengganu, keadaan yang pulih membolehkan 64 mangsa daripada 17 keluarga yang ditempatkan di Dewan Sivik Batu 24 Bukit Tok Bat dibenarkan pulang lewat petang tadi. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
Lewat hantar bantuan bukan disengajakan – KP Bomba
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata antara halangan yang terpaksa ditempuhi ialah gangguan bekalan elektrik selain kesukaran komunikasi.
"Selain itu kita terpaksa tempuhi laluan menuju ke tempat penghantaran bantuan yang terpaksa ditutup ekoran ditenggelami air banjir.
"Terdapat juga kenderaan-kenderaan yang diletakkan di bahu jalan agar tidak tenggelam menyebabkan kelewatan bantuan kita tiba di sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Bomba Sukarela Zon Pantai Timur dan Selatan di sini.
Konvensyen dua hari bermula semalam itu dihadiri hampir 300 peserta mewakili 28 pasukan bomba sukarela.
Menurutnya ekoran kekangan itu, perjalanan yang sepatutnya singkat akhirnya mengambil masa sehingga dua atau tiga jam untuk sampai.
Dalam pada itu Wan Mohd Nor berkata pengurusan bencana di negara ini masih berada di tahap yang baik jika dibandingkan negara lain.
Katanya ini berikutan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana alam itu sentiasa berada pada tahap minimum manakala mangsa berjaya diselamatkan pula masih terjaga makan minumnya.
"Kita difahamkan setakat ini, yang kita dapat pindahkan... berpuluh-puluh ribu mangsa banjir kita tiada masalah. Kita pasukan penyelamat ni... kita cuba sedaya upaya memberi bantuan jika diperlukan.
"Mungkin ada satu dua kesulitan sehingga menyebabkan kelewatan. Tapi, bagi saya ia bukan satu isu yang besar. Yang penting, dalam keadaan kecemasan begini, kita kenalah bertenang dan berlapang dada," katanya. - Bernama
Sumber HD - 7-12-2013
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.
Secara umumnya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di beberapa kawasan yang terjejas di negeri ini mula berkurangan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.
Di Dungun, jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 4,101 orang daripada 1,000 keluarga apabila hampir 240 orang dibenarkan pulang lewat malam tadi.
Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga.
Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang.
Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga telah dipindahkan ke 67 pusat pemindahan. - Bernama
Sumber HD - 7-12-2013
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata setakat pukul 10 pagi ini, kesemua mangsa di Johor Baharu, Kulaijaya, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Ledang dan Segamat itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan.
"Seramai 566 mangsa berada di sembilan pusat pemindahan di Segamat, Batu Pahat (422 mangsa, lima pusat pemindahan), Pontian (401 mangsa, tiga pusat pemindahan), Kota Tinggi (97 mangsa, dua pusat pemindahan), Johor Baharu (65 mangsa, satu pusat pemindahan), Kulaijaya (54 mangsa, satu pusat pemindahan), Kluang (20 mangsa, satu pusat pemindahan) dan Ledang (lapan mangsa, satu pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi.
Jurucakap itu berkata antara kawasan yang masih terjejas di Segamat ialah Kampung Sanglang, Kampung Paya Dalam, Kampung Awat, Kampung Pogoh 2, Kampung Batu Badak, Kampung Tandong dan Kampung Spang Loi.
Di Batu Pahat pula melibatkan Koris, Kampung Parit Haji Kamisan, Sungai Suloh, Parit Lapis serta Kampung Linau Kechil.
Di Kota Tinggi, kawasan yang terjejas adalah Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat; Pontian melibatkan Parit Stan dan Tampuk Laut; Ledang melibatkan Kampung Kundang Ulu; Johor Baharu melibatkan Kampung Nong Chik; Kluang melibatkan Kampung Melayu Batu 4 dekat Paloh manakala Kulaijaya melibatkan Kampung Baru Sengkang. - Bernama
Sumber HD - 7-12-2013
Kelantan salur RM50,000 bantu mangsa banjir Pahang
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, sumbangan ini adalah sebagai tanda kebersamaan dan rasa simpati kerajaan negeri terhadap mangsa banjir di negeri itu yang disifatkan paling buruk abad ini.
"Sekalipun dipisahkan oleh sempadan negeri yang berbeza, namun kebersamaan sebagai rakyat Malaysia di bawah satu bumbung Pantai Timur tetap menggamit rasa simpati daripada kami di Kelantan.
"Justeru, sebagai tanda kebersamaan dan simpati dari pihak kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, saya dengan ini mengisytiharkan peruntukan sebanyak RM50 ribu untuk membiayai misi bantuan kepada mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini termasuklah bantuan pasca banjir," katanya.
Dalam pada itu, bantuan dari kerajaan Kelantan itu akan disampaikan terus kepada mangsa banjir melalui sukarelawan yang akan dihantar mulai esok 8 Disember 2013.
Rombongan sukarelawan ini akan bergerak melalui badan sukarela Jabatan Amal dan juga agensi-agensi kerajaan negeri.
"Jumlah ini merupakan permulaan dan kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menambahkan nilai peruntukan jika situasi memerlukan.
"Harapan saya agar misi bantuan yang akan dihantar secara rasmi oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini," katanya.
Sumber HD - 7-12-2013
Terhangat: Tengku Puan Pahang jadi sukarelawan banjir
- Dec 06, 2013
- http://pkrl.blogspot.com
TERHANGAT ! GAMBAR2 TENGKU PUAN PAHANG JADI SUKARELAWAN BANJIR....HEBATKAN!!!!
Lihat lagi
Sumber HD - 6-12-2013
- Dec 06, 2013
- http://greenboc.blogspot.com
Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.
Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.
"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.
"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.
"Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau.
Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana.
Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini.
"Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini?
"Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau. -mk
ULASAN GB
Shahrizat menuduh "... Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana,"
Kenyataan di atas benar-benar satu fitnah yang amat nyata. Saksikan foto-foto di bawah ini:-
Foto : FB YB Fuziah
Sekarang siapa sebenarnya yang membuat kenyataan yang BANGSAT? Memfitnah kononnya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana ternyata satu kenyataan BANGSAT.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 6-12-2013
Pasir Mas catat mangsa tertinggi banjir Kelantan
- Dec 06, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Semalam di Pasir Mas hanya mencatatkan seramai 33 orang sahaja dipindahkan melibatkan 7 keluarga.
Sehingga tengahari ini, seramai 2438 orang telah dipindahkan dari 779 keluarga di seluruh negeri Kelantan yang meliputi lima jajahan.
Jajahan tersebut adalah Kuala Krai seramai 407 orang (94 keluarga), Machang jumlah mangsa 39 orang (10 keluarga), Pasir Puteh pula seramai 219 orang (57 keluarga) dan Tanah Merah mencatat seramai 23 orang (36 keluarga).
Antara lima jajahan yang teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai yang meliputi kawasan Mengkebang dan Olak Jeram; Machang meliputi Ulu Sat, Labok, Pulai condong dan Temangan; Pasir Mas meliputi Kangkong, Gual Periok, Rantau Panjang dan Kubang Gadong; Pasir Puteh meliputi Limbungan, Gong Datok dan Bukit Awang dan jajahan Tanah Merah melibatkan Bukit Panau dan Ulu Kusial.
Sebanyak 26 tempat Pusat Pemindahan Banjir telah dibuka meliputi kelima-lima kawasan jajahan tersebut.
Sehingga kini tiada mangsa korban dan kemalangan yang dilaporkan di Kelantan.
20 Pusat Kawalan Operasi banjir dan Bilik Gerakan telah dibuka bagi peringkat negeri dan seluruh jajahan dengan jumlah tenaga kerja seramai 3386 orang.
Laporan tersebut turut menyatakan jalan alternatif yang telah dibuka bagi ke semua kenderaan adalah di Gua Musang, jalan masuk Chiku-Aring di Jambatan Sungai lebir (KM12.2).
Bagi jalan-jalan lain masih tutup kepada kenderaan-kenderaan ringan iaitu di Kuala Krai, Jalan Bukit Sireh - Kampung Bedal - Kuala Nal (KM 2.5).
Bagi jajahan Pasir Puteh jalan yang ditutup adalah laluan Pasir Puteh - Semarak, Tanah Merah meliputi Jalan Tanah Merah - Kusial - Kampung Ipoh (KM 2 dan 4).
Sementara itu di Pasir Mas jalan yang ditutup adalah laluan Rantau Panjang - Panglima Bayu (KM 8); Banggol Kulim lokasi 2 (KM 23 dari Pasir Mas); Bukit Tuku-Batu Hampar (KM 2.5); Pangkalan Rakit (KM 15) dan Pohon Tanjung - Rantau Panjang (jalan lama Kampung Siram - KM 11).
Manakala di Tumpat hanya laluan Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan (KM 2.0).
Jabatan Meterologi Malaysia turut meramalkan hujan akan berterusan selama semingg di Kelantan selama seminggu mulai hari ini.
Sumber HD - 6-12-2013
Penjagaan kesihatan semasa banjir
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
- Lemas
- Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
- Terkena renjatan elektrik
- Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
- Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
- Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
- Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
- Sentiasa minum air yang telah dimasak
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
- Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Guna tandas yang sempurna
- Buang sampah di tempat yang betul
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
- Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
Sumber HD - 6-12-2013
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Tuan Guru Abdul Hadi menaiki bot meninjau kawasan banjir di Kemaman, petang semalam.
KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai ‘Kawasan Bencana’ akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana ianya akan membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan makanan, pakaian, air bersir terutamanya dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional.
Menruutnya, realiti yang berlaku sejak dua hari lalu ialah kelambatan dan kekurangan kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa penduduk yang dilanda bencana ini, sehingga menyebabkan ada petugas agensi kerajaan yang terlibat juga menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kelambatan bantuan selain dari diremehkan oleh pihak atasan mereka.
Tegasnya, bencana banjir ini tidak mengenal parti politik, usia dan status dalam masyarakat.
“Hati saya sungguh tersentuh melihat anak-anak kecil yang menangis kelaparan, ibu yang memandang dengan hampa, mangsa yang menggigil kesejukan tanpa pakaian dan selimut dan sebagainya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, ujar beliau pihak PAS menerusi berbagai jenteranya telah dikerah untuk membantu dengan sepenuh tenaga, walaupun berdepan dengan berbagai kekurangan tetapi keperluan asas adalah masih sangat tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang dilanda musibah ini.
Katanya, ketiadaan bekalan air bersih ini akan menyebabkan wabak lain yang melanda sebaik sahaja air mula surut nanti.
Sehubungan dengan itu, kata beliau PAS menyeru kepada pihak kerajaan yang mempunyai dana khusus ini supaya dapat lebih proaktif dan segera bertindak bagi membantu rakyat kita yang dilanda bencana ini.
Sumber HD - 6-12-2013
34,058 mangsa banjir di pusat pemindahan Pahang
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam tadi, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan, malam tadi. - Bernama
Sumber HD - 6-12-2013
Mangsa banjir Kelantan meningkat mendadak
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, lebih ramai penduduk yang tinggal di Rantau Panjang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok yang terus meningkat naik.
Jajahan Kuala Krai masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 762 orang dan berada di enam buah pusat pemindahan diikuti Pasir Mas di Rantau Panjang iaitu 681 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.
Pada sebelah petang, hanya 21 orang yang direkodkan berpindah di Rantau Panjang sebelum bencana itu terus merebak ke beberapa buah kampung lain.
Di Machang kini 230 orang masih ditempatkan di lima buah pusat manakala di Pasir Puteh 210 orang berada di tiga buah pusat.
Satu lagi jajahan yang terjejas adalah di Tanah Merah yang menempatkan seramai 186 orang di lapan buah pusat.
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan terus meningkat melebihi paras bahaya iaitu 10.39 meter melebihi bahaya 9 meter.
Sungai Lebir pada bacaannya di Tualang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard juga masih berada pada melebihi bahaya iaitu di Tualang 35.48 meter (bahaya 35 meter) dan Jambatan Guillemard 16.84 meter (bahaya 16 meter).
Satu lagi bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Tangga Krai bagaimanapun dilaporkan telah surut pada paras amaran berikutan tiada hujan sepanjang hari.
Menurut portal itu, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali beberapa jalan alternatif di Kuala Krai dan Pasir Mas yang ditutup kepada kenderaan ringan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan cuaca pada malam ini adalah baik. - Bernama
Sumber HD - 6-12-2013
- Dec 06, 2013
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, penduduk Kuantan mahu Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka kerana dilihat jelas mempersendakan mangsa banjir yang sedang berdukacita.
“Bayangkan penduduk Kuantan terpaksa bertungkus-lumus separuh nyawa menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah, tiba-tiba Bung Mokhtar tergamak mengganggu sambil mempersendakan usul tergempar yang dibawa Fuziah.
“Bedasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan,” katanya.
Suhaimi berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk.
Tambahnya, penduduk Kuantan terpaksa melalui peristiwa sedih akibat banjir yang tidak pernah berlaku seburuk ini manakala bantuan daripada pihak berkuasa terlalu lembab disampaikan.
“Bayangkan, ada mangsa banjir termasuk orang sakit dan kanak-kanak yang berpindah ke pusat pemindahan tetapi makanan tidak cukup, bekalan elektrik tidak ada kerana ibu sawat ditenggelami serta bekalan air paip juga terputus,” jelasnya.
Semalam Dewan Rakyat gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.
Bagaimanapun usul tersebut tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pada ketika itu, Bung Mokhtar dan ahli-ahli parlimen BN berdiri membuat bising, mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.
Sementara itu suasana di Kuantan tidak banyak berubah. Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan bilik operasi, terdapat kira-kira 30,000 mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Difahamkan, jumlah tersebut tidak termasuk yang berpindah ke rumah keluarga di tempat yang selamat dan yang menginap di hotel.
Perhubungan dengan daerah-daerah lain masih terputus.
Sumber HD - 6-12-2013
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Berikutan perkembangan itu, lebih 1,000 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air mulai surut di sebelah petang.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara setakat pukul 9 malam tadi, sejumlah 1,559 keluarga masih berada di 82 pusat pemindahan berbanding 91 buah pada petangnya di seluruh Terengganu.
Daripada jumlah itu, 13 buah di Hulu Terengganu, Dungun (29), Kemaman (31), Marang dan Setiu masing-masing (4) dan Setiu (1).
Kemaman mencatat mangsa banjir paling ramai pulang ke kediaman masing-masing iaitu 1,468 orang, diikuti Dungun (538), Hulu Terengganu (90) dan Marang (63).
Bagaimanapun daerah Setiu dan Besut kini mula dilanda banjir apabila hujan beralih arah ke utara Terengganu.
Sebanyak 99 mangsa dicatatkan di Setiu manakala di Besut pula enam orang daripada dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Surau Kayu Kelat pukul 12 tengah hari apabila kawasan rumah mereka dinaiki air. - Bernama
Sumber HD - 6-12-2013
- Dec 06, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Beliau memberitahu, apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa berwaspada disamping menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan bencana banjir yang kini mula melanda Kelantan sejak tengahari semalam.
“Jangan sekali-kali kita jadikan banjir sebagai pesta untuk kita berseronok, ingat juga sahabat dan saudara kita yang bersusah payah terpaksa menyelamatkan diri apabila banjir melanda di tempat mereka.
“saya mendoakan semuga selamat semuanya tanpa kita meninggalkan sejarah hitam dalam keluarga kerana kehilangan insan yang kita sayangi,”ujarnya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas-petugas banjir di negeri yang telah membuat persediaan awal sama ada dari pihak kerajaan negeri dan persekutuan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan beruniform, anggota Amal Malaysia Kelantan, badan-badan bukan kerajaan yang turut berganding bahu membantu meringankan bebanan mangsa banjir,”ujarnya.
Lebih 1,296 orang telah dipindahkan di Kelantan setakat tengah hari ini akibat banjir yang melanda negeri itu sejak semalam, menurut laporan portal rasmi e-banjir negeri Kelantan.
Antara lima jajahan yang teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai yang meliputi kawasan Mengkebang dan Olak Jeram Machang, meliputi Ulu Sat, Labok dan Pulai condong Pasir Mas meliputi Kangkong dan Gual Periok; Pasir Putih meliputi Limbungan, Gong Datok dan Bukit Awang dan jajahan Tanah Merah melibatkan Bukit Panau dan Ulu Kusial.
Sumber HD - 6-12-2013
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Mengikut maklumat portal bencana Majlis Keselamatan Negara yang dikemas kini pada pukul 9 malam, peningkatan berlaku di Kluang iaitu 774 orang berbanding 233 orang di sebelah petang.
Peningkatan juga berlaku di Segamat iaitu 491 berbanding 476 orang dan Pontian 476 (403 orang); selain pembukaan semula pusat pemindahan di Muar dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 217 orang dan di Ledang dengan lapan mangsa.
Jumlah mangsa di Batu Pahat pula menurun daripada 503 orang kepada 474 orang manakala jumlah mangsa di Mersing dan Kota Tinggi masing-masing kekal pada 194 dan 218 orang.
Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, kebanyakan tempat mengalami cuaca baik dengan tiada hujan atau menerima taburan hujan antara 1mm dan 30mm (hujan gerimis dan sederhana) sejak tengah malam semalam.
Bagaimanapun, Sungai Linggiu di Kota Tinggi mencatatkan taburan hujan sebanyak 83mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat.
Empangan Juaseh di Segamat dan Ladang Nam Heng di Kota Tinggi masing-masing menerima hujan lebat sebanyak 48mm dan 36mm. - Bernama
Sumber HD - 6-12-2013
Presiden PAS rasai denyut nadi mangsa banjir di Kemaman
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: “Hari ini sepetang saya turun ke Kemaman bagi bersama-sama merasai denyut nadi mangsa banjir di sana, banjir kali ini agak lain dari biasa,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menerusi facebooknya, beliau menyatakan ramai mangsa yang terjejas teruk kehidupan seharian.
“Ayuh kita bersama-sama keperitan mereka.
“Dengan ini saya memohon agar setiap masjid di Negeri Terengganu serta PAS kawasan membuat kutipan bantuan untuk mangsa banjir, berupa kewangan, barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang serta barangan keperluan yang berkaitan,” ujarnya.
Beliau juga memohon agar kutipan itu boleh dipanjangkan di negeri yang lain, insya Allah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS Kawasan Kemaman, Zulkifli Mat Yakin di talian 019-9834436.
Lihat video
Tuan Guru Abdul Hadi masih meneruskan operasi bantuan banjir di Kampung Teladas, Air Putih, Kemaman, malam ini.
Sumber HD - 5-12-2013
Banjir mula landa 5 jajahan di Kelantan
- Dec 05, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Antara lima jajahan yang teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai yang meliputi kawasan Mengkebang dan Olak Jeram; Machang meliputi Ulu Sat, Labok dan Pulai condong; Pasir Mas meliputi Kangkong dan Gual Periok; Pasir Puteh meliputi Limbungan, Gong Datok dan Bukit Awang dan jajahan Tanah Merah melibatkan Bukit Panau dan Ulu Kusial.
Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa banjir yang tertinggi iaitu seramai 753 orang (177 keluarga) diikuti Machang jumlah mangsa 242 orang (58 keluarga), Tanah Merah seramai 159 orang (44 keluarga), Pasir Puteh pula seramai 109 orang (29 keluarga) dan Pasir Mas seramai 33 orang (7 keluarga).
Sebanyak 23 tempat Pusat Pemindahan Banjir telah dibuka meliputi kelima-lima kawasan jajahan tersebut.
Sehingga kini tiada mangsa korban dan kemalangan yang dilaporkan di Kelantan.
20 Pusat Kawalan Operasi Banjir telah dibuka di semua jajahan termasuk Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertahanan Awam (JPA), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bilik Gerakan Tentera Darat, Markas 8 Briged.
Dalam pada itu antara jalan yang tutup kepada semua kenderaan adalah di jajahan Gua Musang, Jalan masuk Aring 8 dan 9 serta jalan Chiku-Aring (KM 12.2).
Sementara itu bagi laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah di Kuala Krai, Jalan Bukit Sireh - Kampung Bedal - Kuala Nal (KM 2.5).
Bagi jajahan Pasir Puteh jalan yang ditutup adalah laluan Pasir Puteh - Semarak, Tanah Merah meliputi Jalan Tanah Merah - Kusial - Kampung Ipoh (KM 2 dan 4).
Manakala di Tumpat hanya laluan Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan (KM 2.0).
Jabatan Meterologi Malaysia turut meramalkan hujan akan berterusan selama semingg di Kelantan selama seminggu mulai hari ini.
Sumber HD - 5-12-2013
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dilapor meninggalkan persidangan Perhimpunan Agung Umno 2013 untuk meninjau keadaan di sana.
Di dalam tweet terbaharunya beliau memberitahu akan ke Pekan, Rompin dan Kuantan untuk ‘menjenguk’ keadaan banjir di sana.
Najib dilapor berlepas dari Subang pada pukul 12 tengah hari dan akan menziarahi keluarga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan Jamali Jani yang dipercayai hilang dalam banjir di Kuantan malam tadi.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang sehingga pagi tadi mencecah 38,323 orang daripada 9,153 keluarga.
Banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat.
Semalam di Dewan Rakyat usul tergempar berkaitan bencana banjir di Kuantan yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Kekecohan berlaku apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kewajaran usul itu dan menggesa Fuziah pulang ke Kuantan untuk membantu mangsa banjir.
Fuziah mengemukakan usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) tetapi ditolak Speaker atas alasan teknikal.
"Saya mendapat panggilan bertalu-talu daripada rakyat di Kuantan meminta bantuan segera jam tiga pagi tadi. Saya telefon Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk hantar bantuan makanan dan keperluan tetapi ia tidak berhasil," katanya di dalam dewan.
Atas permintaan Speaker, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bangun menjelaskan bahawa kerajaan sudah menghantar bantuan makanan dan keperluan kepada mangsa banjir yang terkepung di Kuantan.
Dalam sidang media selepas itu, Fuziah memaklumkan mangsa banjir di kawasannya sejak jam 3 pagi tadi tidak mendapat sebarang bantuan malahan ada yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah.
"Mereka terputus hubungan, elektrik diputuskan. Keadaan semakin parah ada yang terpaksa harungi air paras leher mencari tempat perlindungan.
"Bot tidak ada pasukan penyelamat tidak sampai, ada yang tidak menjamah makanan sejak jam 4 petang semalam. Mereka yang menjadi mangsa ibu bersalin, orang tua uzur, kanak-kanak yang berkhatan, dan macam-macam lagi," katanya.
Fuziah juga kesal kerana kerajaan tidak bersedia sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan berdasarkan rekod sebelum ini Kuantan selalu ditenggelami air apabila tiba musim tengkujuh.
"Tiap-tiap tahun di Kuantan ada rekod sepatutnya kerajaan bersedia dengan tilam, biskut, susu anak, air minuman dan pampers serta sanitary. Seharusnya benda-benda ini sudah ada," katanya.
Beliau juga kecewa apabila Majlis Keselamatan Negara tidak pernah menjemput beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung masalah banjir di kawasannya.
"Pegawai kerajaan yang terlibat tidak mahu berjumpa dengan kita. Dan saya percaya ini sebagai politik dendam bagi memberi gambaran rakyat bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak buat kerja," katanya.
Sumber HD - 5-12-2013
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Dua beranak, Jamali Jani, 45, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya Megat Mohd Nazli Jamli, 17, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap di sini kira-kira 7.30 malam tadi.
Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir bertambah pagi tadi dengan jumlah yang dipindahkan ialah seramai 986 orang berbanding 538 orang malam tadi.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah adalah antara jajahan terbaharu yang dilanda banjir.
Di Kuala Krai, seramai 646 orang daripada 149 buah keluarga ditempatkan di enam buah pusat pemindahan, manakala di Machang, seramai 71 orang dari 19 keluarga dipindahkan ke empat buah pusat pemindahan.
Di Pasir Mas, hanya 24 orang dari sebuah keluarga dipindahkan berikutan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang dilaporkan melimpah.
Manakala di Pasir Puteh, seramai 109 orang dari 29 keluarga dipindahkan di tiga tempat pemindahan sementara di Tanah Merah, seramai 136 orang dari 38 keluarga berpindah ke tujuh pusat pemindahan.
Ketika ini bacaan paras air di Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya manakala paras air di sungai-sungai lain dilapor terus meningkat.
Sehingga pukul 10 pagi, bacaan di Tualang, Sungai Lebir ialah pada paras 36.19 meter (bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai 25.35 meter (bahaya 25 meter) dan Jambatan Guillemard 17.15 meter (bahaya 16 meter).
Sungai Golok di Rantau Panjang pula kini mencatat bacaan 10.21 meter melepasi tahap bahaya sembilan meter dan dijangkakan jika paras air terus meningkat, lebih ramai mangsa di Pasir Mas akan berpindah.
Keadaan cuaca pagi ini terus mendung dengan sesekali hujan lebat di kawasan pedalaman.
Di MELAKA, Seramai 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin dipindahkan ke pusat pemindahan.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu sejak petang semalam setelah air Sungai Kesang melimpah ke kawasan rumah mereka.
"Walaupun hujan di negeri ini tidak lebat dan cuaca hari ini cerah, tetapi air sungai melimpah kesan aliran air sungai di beberapa kawasan di Johor yang mengalami hujan lebat," katanya.
Paras air Sungai Kesang kini pada tahap berjaga-jaga iaitu 3.12 meter.
Di JOHOR, cuaca cerah dilapor di daerah yang teruk dilanda banjir iaitu Mersing pada sebelah pagi, namun belum terdapat tanda banjir telah reda.
Jabatan Meteorologi melaporkan kawasan pantai Johor Timur masih terdedah kepada kenaikan paras air laut dan dijangka berterusan sehingga Isnin ini.
Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua berikutan angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak setinggi 4.5 meter di kawasan perairan Pahang dan Johor Timur.
Sementara itu portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 11 pagi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 8,793 orang berbanding 8,705 malam tadi.
Mereka ditempatkan di 62 buah pusat pemindahan di daerah yang terkesan oleh banjir tersebut.
Mersing masih mencatat jumlah mangsa teramai yang dipindahkan iaitu 5,716 orang, diikuti Segamat (1,052); Kluang (1005); Pontian (409); Muar (217); Kota Tinggi (212); Batu Pahat (175); dan Ledang (tujuh). - Bernama
Sumber HD - 5-12-22013
- Dec 05, 2013
- Aslani M | Foto Mijie Yusof
Manakala lebih 50 mangsa lagi di Kampung Mesek masih menumpang di madrasah dan rumah jiran yang lebih tinggi. Jalan perhubungan ke kampung tersebut terputus sejak empat hari lalu kecuali menggunakan landasan kereta api.
Begitu juga penduduk di Kampung Sungai Chong di Sungai Sok juga terputus hubungan sejak tiga hari lepas apabila jalan ke kampung tersebut ditenggelami air.
Nasib serupa juga dialami penduduk di Kampung Pemberian, Dun Dabong yang juga terputus hubungan apabila jambatan merentangi Sungai Lebir ke Kampung Manjor ditenggelami air.
Bagaimanapun penduduk Kampung Pemberian masih boleh melalui jalan berbukit di Slow Mengkuang untuk keluar ke Manek Urai dan Sungai Syam.
Penyelia Dun Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin melawat penduduk di kampung tersebut dan Kampung Kuala Temiang bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, semalam.
Di SRK Manek Urai lama petang semalam Pemuda PAS Negeri turun padang mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan tersebut.
Rombongan tersebut diketuai ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari. Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda, Nor Azariza Mohd Alawi, anggota jawatankuasa, Mohd Syazwan Yusnan dan Ketua Pemuda PAS Kuala Krai, Nazman Yusoff.
Turut hadir Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, penghulu dan petugas MTD. Bantuan diberi berupa barangan keperluan harian.
Selain Dun Manek Urai, beberapa kampung di Dun Guchil dan Dun Mengkebang juga dilanda banjir.
Di Dun Guchil beberapa pusat pemindahan banjir dibuka termasuk Sekolah Yuk Chai, SK Banggol Guchil dan pejabat Perkhidmatan Haiwan.
Guchil 4 paling ramai mangsa dipindahkan. Selain itu mangsa banjir di Kampung Hamzah dipindahkan ke Sekolah Menengah Teknik.
Sehingga petang malam tadi lebih 500 mangsa banjir termasuk 124 keluarga di Mengkebang dan Manek Urai dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Manakala di Kota Bharu, laluan ke Pantai Cahaya Bulan masih boleh dilalui semua jenis kenderaan biar pun hujan lebat sejak tiga hari lalu.
Sehingga jam 12 tengahari ini beberapa batang sungai mencatat aras air melebihi paras bahaya di stesen sukatan banjir iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kusial.
Paras air Sungai Kelantan di Kota Bharu dijangka meningkat apabila apabila banjir di kawasan hulu dan Kuala Krai surut.
Sumber HD - 5-12-2013
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Katanya, pada ketika ini rakyat di beberapa kawasan khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor sedang berdepan kesusahan menghadapi banjir, dan sewajarnya wakil-wakil rakyat di kawasan terlibat banjir untuk mengutamakan rakyat di kawasan mereka berbanding PAU ini.
Menurut Nasrudin, tindakan itu perlu sebagai mengambil penegasan kepada kenyataan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) di Dewan Rakyat semalam.
Ketika usul tergempar banjir dikemukakan Fuziah Saleh (PKR-Kuantan) semalam, Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, dalam nada tegas menggesa Fuziah pulang ke kawasan dan tidak perlu hadir ke parlimen untuk memberi tumpuan kepada mangsa banjir.
"Teringat semalam MP Umno (Bung) kecoh di Parlimen dan menyuruh MP Kuantan (Fuziah) balik meninggalkan parlimen yang sedang bersidang, apabila MP Kuantan menempelak kelembapan dan kegagapan kerajaan membantu mangsa banjir di Kuantan.
"Sekarang Umno sedang bersidang di KL termasuk Umno Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Saya cadang Persidangan Umno ditangguhkan atau semua khasnya MP Umno dari Pahang, Terengganu dan Johor tidak perlu menghadiri persidangan tersebut," katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Sementara itu, Nasrudin turut memaklumkan beliau kini dalam perjalanan pulang ke kawasannya di Temerloh bagi menziarahi dan mengagihkan sumbangan buat mangsa yang terlibat dengan banjir.
Sumber HD - 5-12-2013
Ratusan kenderaan terperangkap di sempadan Kemaman-Kuantan
- Dec 05, 2013
- HELMI IBRAHIM
Ratusan pengguna jalanraya yang terperangkap sejak semalam, malah ada yang selama dua hari, termasuk tersadai di lebuhraya Jabor-Jerangau menuju ke Kuantan.
Sebaik mendapat maklumat berhubung situasi di sini, pasukan bertindak Bencana Alam Indera Mahkota diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu terus menyediakan makanan tengahari beserta air mineral bagi meringankan bebanan mereka.
Keadaan d burukkan lagi dengan tiadanya liputan telefon bimbit yang menyukarkan perhubungan dengan keluarga ataupun syarikat.
"Justeru saya menyeru agar pihak berwajib atau agensi yang bertanggungjawab agar segera ke sana bagi membantu ratusan pengguna jalanraya yang terkandas lebih-lebih lagi kanak-kanak dan orang tua," ujar Andansura sewaktu membahagikan bekalan makanan di sana sebentar tadi.
Sumber HD - 5-12-2013
- Dec 05, 2013
- HELMI IBRAHIM
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu, usaha tersebut akan di pergiatkan lagi berikutan talian telekomunikasi dan elektrik yang berjaya di pulihkan malam tadi.
"Sebenarnya pergerakan kita terbatas dan seolah-olah hilang arah pada malam Rabu lalu apabila bekalan letrik terputus dan di susuli pula dengan bekalan telekomunasi yang memburukkan lagi keadaan," jelas beliau yang juga Yang Di Pertua PAS Indera Mahkota.
"Hujan lebat yang luar biasa serta air pasang besar pada malam itu menyebabkan air melimpah terlalu cepat serta di banyak tempat yang selama ini tidak pernah di naiki air," ujarnya.
Menurut beliau, PAS Indera Mahkota serta Pusat Khidmat Adun Beserah dibantu ahli dan penyokong PAS akan meneruskan kerja-kerja menyelamat dan menyampaikan bantuan setakat yang termampu.
Andansura menambah, sebaik sahaja bekalan di pulihkan, pihaknya mengerahkan seluruh jentera agar melipatgandakan gerakan menyelamat dan menyampaikan bantuan terutama kepada mereka yang terkandas di Cendor, Sungai Ular serta Cenderawasih.
Dalam lawatan ke Pusat pemindahan di Kampung Padang, Taman LKNP dan Cenderawasih malam tadi, pihak sukarelawan mendapati masih banyak barangan yang diperlukan mangsa banjir.
PAS Indera Mahkota menyeru warga Malaysia yang prihatin agar dapat bersama-sama menyalurkan bantuan kewangan ke akaun BIMB Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah no. 0601 9010 0773 87.
Sumber HD - 5-12-2013
Mangsa banjir Kuala Krai meningkat
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di jajahan Kuala Krai meningkat kepada 538 orang berbanding 436 orang petang semalam.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, setakat 8 malam tadi, kesemua mangsa daripada 124 keluarga itu adalah penduduk di Mengkebang dan Olak Jeram dan mereka dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara.
Air Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 25.42 meter melepasi tahap bahaya 25 meter manakala di Jambatan Guillemard ialah 16.73 meter (bahaya 16 meter).
Sungai Lebir di Tualang turut melebihi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 35.94 meter (bahaya 35 meter) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang juga melepasi bahaya dengan bacaan 9.01 meter (bahaya 9 meter).
Paras air di sungai lain dilaporkan meningkat berikutan hujan yang sesekali lebat di kebanyakan kawasan pedalaman negeri ini.
Tiada jalan utama yang dilaporkan terputus hubungan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini. - Bernama
Sumber HD - 5-12-2013
Mangsa banjir Johor meningkat, pusat pemindahan baru dibuka
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata Pontian dan Ledang menjadi daerah terbaharu yang membuka pusat pemindahan banjir.
Dua pusat pemindahan dibuka di Pontian lewat petang semalam bagi menempatkan 303 mangsa manakala tujuh orang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Ledang.
Jumlah mangsa di Mersing turut mencatatkan peningkatan daripada 5,694 kepada 5,711 orang; di Kluang meningkat daripada 975 kepada 1,005 orang; di Kota Tinggi meningkat daripada 212 kepada 223 orang; dan di Batu Pahat meningkat daripada 71 kepada 175.
Bagaimanapun, di Segamat, jumlah mangsa menurun daripada 1,081 kepada 1,064 orang manakala di Muar kekal 217 orang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata anggota polis melakukan rondaan di kawasan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir sebagai langkah pencegahan jenayah.
Beliau turut mengingatkan penghuni rumah yang perlu dipindahkan supaya mengunci rumah masing-masing dan membawa bersama barangan berharga.
Dalam pada itu, katanya, beberapa jalan utama ditutup kepada semua kenderaan berikutan paras air meningkat melebihi 0.7 meter iaitu di Kilometer 40 Jalan Perepat-Sedili sepanjang 100 meter dan Kilometer 78 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara sepanjang 30 meter.
Turut dinaiki air sedalam 3.1 meter ialah di Kilometer 59 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Dusun Panti sepanjang 20 meter dan Kilometer 73 Jalan Johor Baharu-Mersing sepanjang 30 meter.
Di Segamat, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kolonel Ghazali Abd memberitahu pemberita pihaknya cuba memberikan bantuan sebaik-baiknya kepada mangsa yang dipindahkan termasuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan menerusi khidmat petugas dari Hospital Segamat.
Seorang mangsa banjir Abdul Wahid Md Akin, 70, yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Kampung Pogoh 2, yang tidak boleh bernafas dengan baik akibat masalah paru-paru, dipantau sepanjang masa oleh petugas berkenaan.
"Dengan keadaan yang uzur saya tidak boleh berbuat apa-apa hanya berbaring menunggu air surut dan dapat pulang ke rumah dengan selamat," kata Abdul Wahid.
Pihak pasaraya Econsave turut tampil memberi sumbangan kelengkapan asas seperti air minuman bersih, makanan, dan lampin pakai buang bayi untuk mangsa banjir di pusat pemindahan itu. - Bernama
Sumber HD - 5-12-2013
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.
Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.
"Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.
Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.
Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.
Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam ini ialah 22,395 orang. - Bernama
Sumber HD - 5-12-22013
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang semalam.
Sehingga pukul 10 malam tadi, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.
Katanya di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada pukul 7 malam.
Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam tadi.
Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang yang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang semalam.
Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang tadi kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam tadi.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan air di beberapa buah sungai utama di negeri ini melepasi tahap bahaya sejak petang semalam. - Bernama
Sumber HD - 5-12-2013
Penduduk Kelantan diminta bersiap sedia untuk pindah
- Dec 04, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata dua batang sungai yang telah melepasi bacaan paras bahaya sehingga pukul 11 pagi ini adalah Sungai Lebir dan Sungai Kelantan.
"Bacaan di Tualang, Sungai Lebir kini 35.34 meter melepasi bahaya 35 meter dan dua tempat bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Jambatan Guillemard mencatat bacaan 16.14 meter (bahaya 16 meter) dan Tangga Krai 25.22 meter (bahaya 25 meter).
"Kita ingin menasihati penduduk yang tinggal di tebing sungai, agar mula mengambil langkah bersiap sedia jika diarahkan berpindah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Selain itu, Sungai Galas dan Sungai Golok di Rantau Panjang pula melepasi paras amaran iaitu bacaan di Dabong, Sungai Galas kini 35.98 meter (amaran 35 meter) dan Sungai Golok itu 8.61 meter (amaran 8 meter).
Azmi berkata penduduk juga perlu akur untuk berpindah sekiranya arahan dikeluarkan untuk berbuat demikian demi keselamatan mereka.
"Kita tidak mahu berlaku seperti tahun sebelum ini kerana ada yang enggan berpindah kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja menyelamat termasuk memberikan bantuan makanan jika keadaan semakin buruk," katanya.
Beliau juga meminta ibu bapa supaya turut memantau pergerakan anak-anak pada musim banjir bagi mengelakkan musibah dan tidak menjadikan keadaan itu sebagai pesta banjir.
Katanya jabatan itu kini sudah bersiap sedia memastikan usaha menyelamat dapat dilakukan dengan sempurna seperti menyediakan kenderaan utiliti, anggota unit Scuba dan menggerakkan anggota sukarela jabatan itu.
Keadaan cuaca di Kelantan kini mendung kecuali di pedalaman yang kini dilaporkan hujan.
Tinjauan di Rantau Panjang mendapati penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok sudah membuat persiapan untuk berpindah. - Bernama
Sumber HD - 4-12-2013
- Dec 04, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA KRAI: Setakat ini sebanyak sembilan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Manek Urai Lama dan Kampung Mesek di Dun Manek Urai.
Paras air Sungai Lebir kini naik memandangkan hujan lebat turun berterusan sejak semalam.
Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, mangsa di Kampung Manek Urai Lama dipindah ke Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama dan di Mesek di rumah jiran yang lebih tinggi.
“Petugas khas banjir dianggotai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai memantau pangkalan hadapan tersebut dengan menyediakan bantuan kepada mangsa yang berpindah.
“Pihak MTD juga menyediakan bantuan tambahan kepada mereka yang dikendalikan penghulu dan petugas sukarelawan,” katanya dihubungi di sini.
Kampung Manek Urai Lama sering ditenggelami air bah setiap kali musim tengkujuh. Kawasan padang bola awam mudah ditenggelami air memandangkan kedudukan agak rendah.
Turut tenggelam Markas PAS Kampung Manek Urai Lama, pasar lama dan beberapa rumah penduduk yang terletak di sekitar kawasan tersebut.
Mohd Fauzi berkata, pihak MTD Manek Urai dengan diketuai penghulu sentiasa memantau perkembangan banjir bagi memastikan mangsa berpindah ke tempat selamat.
Di Kota Bharu, anggota Exco kerajaan negeri Mumtaz Md Nawi berharap rakyat di kawasan Pantai Timur menunaikan solat hajat supaya banjir besar tidak melanda.
Katanya, keadaan banjir di Pahang dan Terengganu dilaporkan kini semakin buruk di mana bertambah ramai mangsa dipindahkan.
“Allah tempat kita bergantung, Allah juga yang menurunkan segala kejadian sama ada baik atau sebaliknya. Jadi kita perlu memohon pertolongan-Nya bagi meredakan keadaan banjir,” katanya.
Situasi banjir di Kuantan bertambah buruk apabila beberapa laluan utama memasuki bandar tersebut terputus hubungan akibat air pasang besar yang berlaku.
Dilaporkan juga kira-kira jam 10 pagi tadi kawasan perumahan di Tanah Putih, Batu 3, Permatang Badak, Kampung Kurnia dan seluruh kawasan Sungai Isap di Pahang ditenggelami air.
Manakala keadaan banjir di Terengganu juga makin buruk dengan jumlah yang dipindahkan melebihi 4,500 orang. Daerah Kemaman paling teruk terjejas diikuti Dungun dan Hulu Terengganu.
Bagaimanapun keadaan di Kelantan masih terkawal dan di sebelah utara hujan turun lebat sekali sekala.
Sumber HD - 4-12-2013
- Dec 04, 2013
- HARAKAHDAILY
Di Johor, laluan di Batu 18 Sungai Ara-Kota Tinggi terputus hubungan dan tidak boleh dilalui kenderaan berat setelah dinaiki air setinggi empat meter, menurut Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkifli Hashim.
Beliau memberitahu Bernama, KM16 Jalan Kota Tinggi-Mersing pula hanya dibuka sebelah laluan ekoran tanah runtuh berdekatan Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Di Terengganu, beberapa batang jalan utama ditutup termasuk Jalan Jerangau-Jabor di Dungun, ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air setinggi dalam 1 meter.
Selain itu, Jalan Cukai-Air Putih di Kemaman, turut ditutup kepada semua kenderaan setelah ditenggelami air setinggi 0.6 meter manakala Jalan Ajil-Kuala Berang, di Hulu Terengganu ditenggelami air sedalam 0.9 meter.
Mengenai jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor, portal bencana Majlis Keselamatan Negara, memaklumkan, Mersing mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 5,441 orang, diikuti Segamat (1,184), Kota Tinggi (192), Kluang (189), Muar (87) dan Batu Pahat (13).
Antara kawasan dilanda banjir di Mersing ialah Kampung Sawah Datuk, Pengkalan Batu, Kampung Air Tawar, Kampung Labung, Kampung Tenglu, Kampung Peta, Kampung Makam, Kampung Air Papan dan Kampung Air Merah.
Di Segamat, kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Pogoh, Kampung Logah, Kampung Gemereh, Kampung Segamat Kecil, Kampung Paya Dalam dan Kampung Bumbun, manakala di Kota Tinggi melibatkan Kampung Perpat, Kampung Gembut dan Kampung Mawai Baru.
Kawasan yang terjejas di Kluang ialah Ladang Mutiara, Yap Tau Sah dan Kampung Contoh dekat Kahang, manakala di Muar, Felda Maokil dan Batu Pahat melibatkan Kampung Haji Khamisan, dekat Yong Peng.
Di Terengganu, jumlah keluarga yang terbabit dalam perpindahan meningkat kepada 897 berbanding 724 keluarga, malam tadi.
Menurut portal itu, dua lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlah keseluruhan pusat sebanyak 44 buah.
Setakat ini, tiga daerah di Terengganu masih dilanda banjir dengan Kemaman paling teruk terjejas diikuti Dungun dan Hulu Terengganu.
Sehingga pukul 9 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman seramai 2,480 daripada 623 keluarga dan 29 buah pusat pemindahan beroperasi di daerah itu.
Antara pusat pemindahan itu ialah Balai raya JKKK Padang Kubu, rumah pegawai Sungai Mas, surau, pejabat Felda, masjid, dewan rumah murah dan sekolah. - Bernama
Sumber HD - 4-12-2013
Banjir: Antara musibah dan rahmat
- Dec 04, 2013
- MAJDAN DAGANG
Saya melihat foto-foto yang dikirimkan oleh biras yang tinggal di Kuantan. Kawasan rumahnya dilanda banjir agak teruk kali ini. Kuantan antara kawasan yang teruk terjejas. Malah banjir kali ini kelihantannya lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya tetapi masih lebih baik berbanding banjir besar tahun 1926 dan 1971.
Saya tidak sempat banjir besar 1926 tetapi masih ingat banjir besar 1971. Dalam kedua-dua banjir besar ini, Kuala Lumpur tenggelam – mengikut cerita orang dan catatan akhbar.
Namun saya berdoa agar banjir kali ini tidaklah seteruk 1926 dan 1971. Tetapi itu semua kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menjangka.
Banjir biasanya berlaku apabila hujan turun tidak berhenti-henti sama ada lebat mahu pun renyai untuk tempoh yang lama. Hujan turun ketentuan Allah, tiada siapa yang berani menafikannya hatta orang bukan Islam sekalipun.
Kalau setakat hujan lebat tetapi sekejap – hanya banjir kilat yang berlaku, biasanya di Kuala Lumpur.
Suka saya mengingatkan bahawa banjir kali ini berlaku ketika rakyat kalut dengan kenaikan pelbagai harga barang dan cukai atau bunyi lembutnya subsidi dikurangkan. Ketika hujan mencurah-curah turun – harga petrol dan diesel naik, harga gula naik, tarif elektrik naik dan GST bakal diselaras!
Hujan turun ketentuan Allah dan harga barangan dan cukai naik juga ketentuan Allah.
Namun, antara kedua-dua ketentuan itu, kita tidak berupaya mengawal hujan – walaupun ada bomoh hujan. Manusia tidak boleh mengundi supaya Allah tidak turunkan hujan lebat sehingga banjir. Hujan banjir atau panas kemarau kita kena terima dan redha.
Namun, kita berupaya mengawal kenaikan harga barang dan cukai. Kita ada kuasa untuk mengundi supaya pihak yang mahu turunkan harga barangan keperluan asas dipilih. Kuasa ini diberi lima tahun sekali.
Berbanding dengan kuasa Allah yang mutlak, kuasa pemerintah tidak mutlak. Boleh ditukar ganti mengikut kehendak rakyat setiap lima tahun sekali.
Dalam hal ini, walaupun kedua-duanya ketentuan Allah tetapi ketentuan salah satu daripadanya tidak boleh diubah atau dihalang sementara satu lagi boleh ditentukan oleh tangan kita yang memangkah kertas undi.
Berbalik kepada banjir tadi, sudah tentulah ia musibah kepada mangsanya. Namun, bagi orang yang bersabar dengannya akan beroleh pahala. Dalam Islam, bukan solat, puasa, zakat dan haji sahaja dapat pahala – sabar terhadap musibah pun beroleh pahala. Buang ranting di tengah jalan pun dapat pahala – kalau laksana hukum Allah tentulah lebih besar pahalanya.
Bagi parti politik dan orang politik pula banjir merupakan rahmat untuk mereka sebab waktu inilah boleh menjadi hero yang datang menyelamatkan rakyat yang dalam kesusahan.
Dulu-dulu, sebelum PR kuat macam sekarang, rakyat kena tunggu lima tahun sekali baru boleh jumpa wakil rakyat mereka. Berbanding wakil rakyat PR, mereka telah terbiasa berjumpa rakyat tidak kira musim banjir atau tidak.
Sekarang, wakil rakyat berlumba-lumba membantu rakyat dan inilah rahmat banjir dan juga rahmat jika kekuatan politik antara dua pihak hampir sama.
Rahmat untuk semua!
Sumber HD - 4-12-2013
Aras sungai di Johor meningkat, amaran berwaspada
- Dec 04, 2013
- HARAKAHDAILY
JOHOR BAHARU: Penduduk yang tinggal berdekatan sungai atau kawasan banjir di Johor diminta berjaga-jaga berikutan aras air sungai yang kian meningkat.
Laman Facebook PublicInfoBanjir milik Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan beberapa stesen pemantauan aras sungai menunjukkan aras air sungai sudah melebihi paras amaran pada 6 petang semalam.
Stesen berkenaan ialah stesen Sungai Batu Pahat, Empangan Machap, Ladang Chaah, Simpang Renggam dan Sungai Mengkibol.
Portal Majlis Keselamatan Negara pula menyatakan 5,552 mangsa daripada 1,586 keluarga dari enam daerah di negeri ini ditempatkan di 47 pusat penempatan banjir di kawasan masing-masing.
Ia membabitkan daerah Mersing, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan terbaharu Muar dan Batu Pahat.
Mersing masih menjadi daerah paling teruk terjejas apabila 4,308 mangsa dipindahkan ke 19 pusat penempatan banjir di daerah itu dan diikuti Segamat dengan 1,110 mangsa ditempatkan di 21 pusat penempatan banjir.
Sebanyak 106 mangsa di Kota Tinggi ditempatkan di tiga pusat penempatan banjir manakala 114 mangsa di Kluang ditempatkan di dua pusat penempatan.
Di daerah Muar, 87 mangsa banjir di Felda Moakil ditempatkan di pusat penempatan kawasan berkenaan manakala 13 mangsa banjir Kampung Haji Kamisan, Batu Pahat dipindahkan ke balai raya kampung itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkifli Hashim berkata dua laluan di daerah Mersing ditutup kepada semua kenderaan ringan berikutan ditenggelami air selepas hujan lebat berterusan sejak kelmarin.
Laluan yang terlibat Km7 Jalan Nitar-Kluang dan Jalan Kota Tinggi-Mersing berdekatan Kampung Sungai Ara.
"Orang ramai yang ingin ke Mersing, Kluang atau Kota Tinggi dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Jemaluang-Kluang dan Jalan Tenggaroh-Tanjung Sedili-Kota Tinggi," katanya.
Sebahagian daripada laluan di Km16 Jalan Kota Tinggi-Mersing berdekatan Institut Latihan Perindustrian ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan susulan kejadian tanah runtuh. - Bernama
Sumber HD - 4-12-2013
- Dec 04, 2013
- HARAKAHDAILY
KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata kerajaan negeri akan meminta bantuan kerajaan pusat bagi mengendalikan sistem perparitan dan saliran di bandar Kuantan yang sering banjir setiap kali berlaku hujan lebat.
Adnan berkata sistem perparitan dan saliran di bandar itu dilihat masih kurang berkesan untuk menangani hujan lebat.
"Proses pembangunan tanpa mengambil kira faktor sekeliling juga antara faktor banjir di bandar Kuantan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa keselamatan negeri di sini hari ini.
Katanya jumlah hujan yang luar biasa juga turut menyumbang banjir di bandaritu.
Beliau berkata mengikut rekod hujan yang dicatatkan adalah 400mm bagi tempoh24 jam lepas, iaitu bersamaan setengah bulan kuantiti hujan di Pahang.
Mengenai persiapan dan bantuan kepada mangsa banjir, Menteri Besar berkata semua agensi berkaitan telah diarah membantu mangsa banjir dalam proses pemindahan, bantuan makanan dan keperluan asas di pusat pemindahan.
Adnan berkata rungutan awal diterima ketika ini ialah kekurangan bekalan makanan di pusat pemindahan.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat menghadapi masalah tidak mempunyai stok bekalan dan terpaksa membeli makanan di kedai sebelum menghantar ke pusat pemindahan itu," katanya. - Bernama
Sumber HD - 4-12-2013
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah - Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu meningkat kepada 2,819 orang malam tadi berbanding 905 pada petang semalam.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mangsa banjir yang terdiri daripada 724 keluarga itu ditempatkan di 42 pusat pemindahan yang dibuka sehingga pukul 10 malam.
Di Kemaman, jumlah mangsa banjir kian meningkat apabila 1,842 mangsa daripada 454 keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan ekoran paras air sungai yang semakin meningkat.
Antara kawasan paling teruk terjejas Felda Seberang Tayor, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Seberang Tayor Hilir, Padang Kubu, Ban Ho, Cerul dan beberapa kampung lain yang berada di kawasan rendah.
Kesemua kawasan itu ditenggelami air antara dua hingga empat meter ekoran hujan lebat sejak tiga hari lepas.
Menurut laporan MKN, Di Dungun jumlah mangsa juga meningkat kepada 581 orang berbanding 50 orang pada petang semalam, melibatkan 162 keluarga dengan lima pusat pemindahan dibuka.
Di Hulu Terengganu, jumlah mangsa banjir juga meningkat kepada 396 orang berbanding 94 mangsa pada petang semalam, melibatkan 108 keluarga dan lapan pusat pemindahan dibuka.
Di Kemaman tiga jalan ditutup kepada semua kenderaan manakala 12 lagi ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air sedalam antara 0.2m dan 0.6m.
Tiga jalan yang ditutup kepada semua kenderaan, Jalan Felda Neram (air setinggi 0.4m), Jalan Sungai Pinang (0.6m) dan Jalan Jerangau-Jabor (0.3m).
Jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan antaranya Felda Neram 1, Felda Neram 2, Kampung Tebok, Jalan Neram-Bukit Goh, dan Jalan Jerangau-Jabor (Bukit Besi). -Bernama
Sumber HD - 4-12-2013
Banjir makin buruk, Kuantan dilapor lumpuh
- Dec 03, 2013
- Foto HELMI IBRAHIM
KUANTAN: Bandar Kuantan petang ini dilaporkan lumpuh akibat banjir besar yang melanda ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam.
Tinjauan Harakahdaily mendapati beberapa jalan utama di bandar ini ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.
Terminal Kuantan Sentral yang menjadi pusat pengangkutan awam turut ditenggelami air menyebabkan pergerakan keluar masuk ke bandar ini tergendala.
Premis perniagaan dan pejabat juga ditutup akibat jalan-jalan di sekitar bandar ditenggelami air.
Wartawan lokasi, Helmi Ibahim juga melaporkan desas-desus kemungkinan empangan Kobat yang terletak berhampiran bandar ini akan dibuka yang bakal memburukkan lagi keadaan banjir memandangkan hujan semakin lebat dan air pasang besar pada jam 4 hingga 5 petang ini.
Bernama melaporkan keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.
"Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.
Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter.
Sumber HD - 3-12-2013
Banjir di Pahang makin buruk, lebih 5,000 dipindah
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.
"Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.
Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
Banjir: Sungai Golok hampir paras amaran
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Dengan bacaan 7.87 meter pada jam 5 petang semalam, ditambah hujan lebat sejak malam tadi meletakkan penduduk sekitarnya dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Pegawai Kanan Bomba I (PBK) Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Zaimi Samat yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, ini mungkin gelombang kedua banjir bagi kawasan ini.
Ini kerana sebelum ini, paras air pada tahap amaran menyebabkan 10 kampung dekat Gual Periok mengalami banjir.
Namun katanya, ia tidak membabitkan kawasan bandar dan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.
“Memandangkan keadaan masih terkawal, tiada penduduk dikerah untuk berpindah ke pusat pemindahan.
“Namun, anggota bomba dan penyelamat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, kerana air kebiasaannya akan naik menjelang lewat malam,” katanya dipetik akhbar komuniti bahasa Melayu itu.
Beliau berkata, faktor cuaca turut mendorong kepada peningkatan paras air di Sungai Golok.
Menurutnya, keadaan mungkin bertambah serius sekiranya air di kawasan hulu mengalir dan membanjiri kawasan di sini.
“Penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Golok, diminta berhati-hati dan berpindah sekiranya keadaan semakin genting," katanya.
Sumber HD - 3-12-2013
Mangsa banjir Johor meningkat 4,765 orang
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara, Mersing mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,247 orang, diikuti Segamat (402), Kluang (85) dan Kota Tinggi (31).
Semalam jumlah mangsa banjir dipindahkan di Mersing ialah seramai 1,035 orang membabitkan 306 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan.
Sebanyak 27 pusat perpindahan dibuka setakat pukul 11 pagi di negeri ini dengan Mersing sebanyak 18 pusat, Segamat (enam), Kluang (dua) dan Kota Tinggi (satu).
Menurut seorang pengguna jalan raya, Shahrul Hassan, 43, ketika dihubungi Bernama berkata laluan KM 32 dan KM 35 Jalan Mersing-Kota Tinggi masih ditenggelami air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.
"Kira-kira 100 orang yang menaiki 50 buah kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mersing sejak 9 pagi tadi," katanya. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
452 mangsa banjir Kemaman dipindahkan, Jln Jabor-Jerangau ditutup
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sehingga pukul 10 pagi, sebanyak 121 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di daerah ini.
Pusat pemindahan banjir terdiri daripada rumah tamu, masjid, bangunan sekolah, dewan orang ramai, masjid dan surau.
Dua batang jalan di daerah Kemaman ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kampung Teladas dan Jalan Paya Seratus berikutan dinaiki air setinggi 0.6 hingga 1.6 meter.
Sementara Jalan Jerangau-Jabor ditutup kepada kenderaan ringan.
Paras air sungai Kemaman di Jambatan Air Puteh dan Hulu Jabor juga dilaporkan sedang meningkat dan berbahaya.
Di daerah Hulu Terengganu, tiga batang jalan ditutup kepada semua kenderaan pagi ini kerana ditenggelami air banjir sedalam 0.6 hingga 1.5 meter.
Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Utama Felda Tengkawang ke Lubuk Periok, Jalan Felda Tengkawang ke Kampung Peneh dan Jalan Bukit Diman ke Pengkalan Ajal. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
Banjir: 1,035 penduduk Mersing dipindah
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
JOHOR BAHARU: Bilangan penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Mersing semakin meningkat apabila sejumlah 1,035 orang membabitkan 306 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkifli Hashim berkata setakat pukul 10 malam, kesemua mangsa yang terjejas melibatkan penduduk di 16 kawasan iaitu Kampung Air Tawar, Kampung Lubuk, Felcra Sri Mahkota Endau, Semaloi dan Kampung Bukit Pasir.
Turut terjejas Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Orang Asli Labung, Kampung Peta, Kampung Air Merah, Kampung Wak Salam, Jalan Sekakap, Kampung Che Wok, Kampung Sawah Datuk, Kampung Makam dan Kampung Paya Tunggal, katanya ketika dihubungi.
Zulkifli berkata hujan masih renyai-renyai di sekitar Mersing dan keadaan air pasang pada pukul 9.30 malam menyebabkan paras air meningkat setinggi 3.3 meter.
Beliau berkata laluan di KM7 Jalan Nitar-Mersing, KM32 dan KM35 Jalan Mersing-Kota Tinggi kini hanya boleh dilalui kenderaan berat.
Katanya bilik gerakan banjir daerah itu sedang memantau perkembangan banjir setiap masa manakala pasukan penyelamat yang melibatkan pelbagai agensi sedang giat memindahkan penduduk ke kawasan selamat. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
Pusat pemindahan banjir kurang sesuai, tidak selesa
- Nov 25, 2013
- Salmiyah Harun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penggunaan premis sekolah sebagai pusat pemindahan adalah menjadi kebiasaan selain untuk memanfaatkan prasarana awam.
"Pusat khusus pemindahan adalah belum wajar kerana melibatkan implikasi kewangan yang besar," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Bahkan, dalam penjelasan itu, Shahidan percaya pusat khas pemindahan itu akan digunakan untuk tujuan lain selepas musim banjir.
Jelasnya, kerajaan tidak perlu membina tempat baru sebaliknya perlu memperbaiki tempat yang sedia ada.
Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri menyatakan cadangan pembinaan pusat banjir yang tetap di kawasan berisiko tinggi berlaku banjir setiap tahun kerana penggunaan bangunan sekolah untuk dijadikan pusat pemindahan menyebabkan banyak kelengkapan sekolah rosak dan hilang.
Zailah dalam soalan tambahannya, berkata pusat pemindahan seperti surau, dan dewan orang ramai di kawasannya yang telah uzur tidak sesuai dijadikan pusat pemindahan yang terpaksa menampung kapasiti mangsa banjir yang besar.
"Apabila mangsa banjir ini melibatkan ibu bersalin, warga emas, orang tua yang uzur, tempat ini tidak selesa buat golongan ini.
"Apatah lagi, apabila tempat yang terhad dan sempit menyebabkan wanita dan lelaki bercampur,"katanya.
Beliau turut membidas kerajaan yang mahu membina pagar di sempadan sedangkan keperluan utama adalah tebatan banjir yang boleh dijadikan serampang dua mata.
Sumber HD - 25-11-2013
Siasat tragedi banjir, bukan masa tuding jari
Harakahdaily, | 25 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Pahang menggesa satu siasatan rapi dilakukan berhubung tragedi banjir lumpur akibat pelepasan air empangan di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang telah meragut tiga nyawa dan satu masih hilang serta kerugian yang sangat besar.
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak mesti menguatkuasakan undang-undang yang ada bagi mempastikan tragedi itu tidak berulang.
“Budaya menuding jari satu sama lain perlu dihentikan. Lebih elok untuk bekerjasama bagi mewujudkan satu pasukan kerja yang dapat memastikan peruntukan undang-undang itu dapat dilaksanakan,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
PAS Pahang menggesa satu siasatan rapi dilakukan berhubung tragedi banjir lumpur akibat pelepasan air empangan di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang telah meragut tiga nyawa dan satu masih hilang serta kerugian yang sangat besar.
Tragedi malang ini dikatakan berpunca dari Tenaga Nasional Berhad yang terpaksa membuka empangan bagi mengelak empangan tersebut dari pecah akibat hujan yang lebat, manakala ada pula dakwaan ia adalah akibat pembinaan empangan baru serta penggondolan kawasan bukit tanpa kawalan sebagai punca memburuk keadaan hasil daripada lepasan air empangan.
PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah dan telah menggerakkan Unit Amal membantu mangsa banjir di sana. PAS Pahang turut memberikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.
Lujnah Alam Sekitar sebelum ini telah beberapa kali memberi amaran mengenai risiko yang sedang menanti akibat pembangunan kawasan tersebut.
Sehubungan tragedi sedih ini, kita harap satu mekanisma pembuangan air empangan yang lebih sistematik dapat dicari terutama sewaktu hujan lebat. Air empangan tidak mungkin naik tiba-tiba ke paras maksimum.
Apatah lagi apabila siren dibunyikan tengah malam, waktu kebanyakan penduduk telah nyenyak tidur ditambah dengan keadaan hujan lebat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan tindakan ini terpaksa bagi mengelakkan empangan pecah yang boleh membawa malapetaka yang lebih besar.
Sepatutnya apabila ia melepasi takat 80 peratus, para penguatkuasa sudah menggerakkan kerja untuk memaklumkan para penghuni untuk berwaspada sekiranya siren empangan berbunyi.
Siren yang berbunyi sejam sebelum air dilepaskan tidak memberi apa-apa makna sekiranya tiada yang faham mengenai maksud siren tersebut. Maklumlah dalam sedekad, berapa kali saja siren itu dibunyikan.
Risiko pembinaan rumah, kawasan perladangan di tepi sungai dan penebangan pokok di kawasan tanah tinggi mendedahkan pelbagai kemungkinan bila mana berlaku hujan lebat atau tanah runtuh.
Semua pihak mesti menguatkuasakan undang-undang yang ada bagi mempastikan tragedi ini tidak berulang.
Budaya menuding jari satu sama lain perlu dihentikan. Lebih elok untuk bekerjasama bagi mewujudkan satu pasukan kerja yang dapat memastikan peruntukan undang-undang itu dapat dilaksanakan.
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak mesti menguatkuasakan undang-undang yang ada bagi mempastikan tragedi itu tidak berulang.
“Budaya menuding jari satu sama lain perlu dihentikan. Lebih elok untuk bekerjasama bagi mewujudkan satu pasukan kerja yang dapat memastikan peruntukan undang-undang itu dapat dilaksanakan,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
PAS Pahang menggesa satu siasatan rapi dilakukan berhubung tragedi banjir lumpur akibat pelepasan air empangan di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang telah meragut tiga nyawa dan satu masih hilang serta kerugian yang sangat besar.
Tragedi malang ini dikatakan berpunca dari Tenaga Nasional Berhad yang terpaksa membuka empangan bagi mengelak empangan tersebut dari pecah akibat hujan yang lebat, manakala ada pula dakwaan ia adalah akibat pembinaan empangan baru serta penggondolan kawasan bukit tanpa kawalan sebagai punca memburuk keadaan hasil daripada lepasan air empangan.
PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah dan telah menggerakkan Unit Amal membantu mangsa banjir di sana. PAS Pahang turut memberikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.
Lujnah Alam Sekitar sebelum ini telah beberapa kali memberi amaran mengenai risiko yang sedang menanti akibat pembangunan kawasan tersebut.
Sehubungan tragedi sedih ini, kita harap satu mekanisma pembuangan air empangan yang lebih sistematik dapat dicari terutama sewaktu hujan lebat. Air empangan tidak mungkin naik tiba-tiba ke paras maksimum.
Apatah lagi apabila siren dibunyikan tengah malam, waktu kebanyakan penduduk telah nyenyak tidur ditambah dengan keadaan hujan lebat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan tindakan ini terpaksa bagi mengelakkan empangan pecah yang boleh membawa malapetaka yang lebih besar.
Sepatutnya apabila ia melepasi takat 80 peratus, para penguatkuasa sudah menggerakkan kerja untuk memaklumkan para penghuni untuk berwaspada sekiranya siren empangan berbunyi.
Siren yang berbunyi sejam sebelum air dilepaskan tidak memberi apa-apa makna sekiranya tiada yang faham mengenai maksud siren tersebut. Maklumlah dalam sedekad, berapa kali saja siren itu dibunyikan.
Risiko pembinaan rumah, kawasan perladangan di tepi sungai dan penebangan pokok di kawasan tanah tinggi mendedahkan pelbagai kemungkinan bila mana berlaku hujan lebat atau tanah runtuh.
Semua pihak mesti menguatkuasakan undang-undang yang ada bagi mempastikan tragedi ini tidak berulang.
Budaya menuding jari satu sama lain perlu dihentikan. Lebih elok untuk bekerjasama bagi mewujudkan satu pasukan kerja yang dapat memastikan peruntukan undang-undang itu dapat dilaksanakan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-10-2013
Tragedi Lembah Bertam: Adakah amaran mencukupi?
Harakahdaily, | 24 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Tragedi yang berlaku akibat pembukaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet yang mengakibatkan kematian tiga jiwa menimbulkan pelbagai tanda tanya umum.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa kejadian, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan air empangan terbabit?
Dalam satu kenyataan media, beliau juga mahukan penjelasan tentang langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima.
"Meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang amat buruk, kami amat runsing dengan prosedur yang diguna pakai bagi melepaskan air empangan tersebut," ujarnya.
Sambil memuji usaha dan gerak kerja pasukan bomba dan penyelamat bagi membantu dan menyelamatkan mangsa kejadian, Azmin menuntut pihak bertanggungjawab menjelaskan kepada umum siapa sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan air empangan tersebut, dan kenapa pihak berkuasa menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran?
"Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai," tegasnya.
Bernama melaporkan, kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi semalam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa kejadian, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan air empangan terbabit?
Dalam satu kenyataan media, beliau juga mahukan penjelasan tentang langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima.
"Meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang amat buruk, kami amat runsing dengan prosedur yang diguna pakai bagi melepaskan air empangan tersebut," ujarnya.
Sambil memuji usaha dan gerak kerja pasukan bomba dan penyelamat bagi membantu dan menyelamatkan mangsa kejadian, Azmin menuntut pihak bertanggungjawab menjelaskan kepada umum siapa sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan air empangan tersebut, dan kenapa pihak berkuasa menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran?
"Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai," tegasnya.
Bernama melaporkan, kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi semalam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
Musim tengkujuh bermula
Harakahdaily, | 21 Okt 2013 |
SEBERANG JAYA: Musim tengkujuh yang pada kebiasaannya melanda bahagian pantai timur Semenanjung turut dirasai tempiasnya di negeri-negeri utara.
Hujan lebat yang turun mengakibatkan sebahagian daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ditelenggami air.
Antara kampung terlibat adalah Permatang Rawa, Mengkuang Semarak, Mengkuang Titi, Padang Lalang, Jalan Baru, dan Kg Besar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin ringan tulang membantu meringankan beban ditanggung 344 rumah penduduk yang diwakilinya.
Gambar menunjukkan beliau dan petugas pusat khidmat turun menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Permatang Rawa.
Dr Afif memberi sumbangan sarapan pagi, dan makan tengah hari kepada mangsa yang terlibat. Foto Buletin Mutiara
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
No comments:
Post a Comment