PPSMI bunuh identiti masyarakat secara perlahan?
Harakahdaily, | 14 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidaklah wajar dilakukan walaupun telah ada persiapan yang mantap dari segi guru dan juga bahan pembelajaran apatah lagi jika dilakukan dalam keadaan yang tidak tentu arah.
“Bahasa Melayu adalah harta kita. Janganlah disia-siakan demi sesuatu yang tidak pasti. Persis kata peribahasa Melayu lebih berharga mutiara sebutir dari pasir sepantai. Hargailah bahasa kita sebaik mungkin sepertimana ia sepatutnya,” ujar Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhamad Aliemran Norasid dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya PKPIM yang mewakili suara mahasiswa di Malaysia sejak dari awal membantah keras dasar PPSMI yang banyak mendatangkan keburukan.
Beliau berkata, begitu banyak bantahan baik dari pelajar ataupun guru di mana mereka sukar untuk memahami pelajaran, malah membuatkan mereka hilang minat untuk mendalami pelajaran, baik Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Berikut kenyataan penuh beliau.
PKPIM melihat serius kenyataan mantan pimpinan negara dalam usahanya mengembalikan PPSMI.
Pihak kami yang mewakili suara mahasiswa di Malaysia sejak dari awal membantah keras dasar PPSMI ini yang banyak mendatangkan keburukan.
Begitu banyak bantahan baik dari pelajar ataupun guru di mana mereka sukar untuk memahami pelajaran, malah membuatkan mereka hilang minat untuk mendalami pelajaran, baik Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Kami menyambut baik usaha memartabatkan Bahasa Melayu seperti MBMMBI dan beberapa agensi lain seperti DBP yang komited dalam usaha ini.
Dalam arus modenisasi ini sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
Penubuhan negara yang telah pun melewati lebih daripada 50 tahun penubuhannya seharusnya sudah boleh mendewasakan dan mematangkan kader-kadernya.
Namun begitu adakah pemimpin-pemimpin kita seperti itu? Sudah cukup dewasakah mereka dalam memimpin negara ini dalam setiap akta baru yang dibuat?
Setiap sesuatu organisasi yang ingin berjaya, dihormati dan disegani perkara penting yang perlu mereka tahu ialah sejarah. “If you don’t know history, then you don’t know anything. You are a leaf that doesn’t know it is part of tree”(Michael Crichton).
Antara sebab dan kenapa kami (PKPIM) mempersoalkan kepimpinan pemimpin adalah kerana berlakunya sesuatu yang sungguh drastik dan memeranjatkan kebanyakan masyarakat Melayu umumnya iaitu PPSMI yang berkuat kuasa pada tahun 2003. Kami melihat PPSMI merugikan melebihi keuntungannya.
Antara sebab kami menentang dasar ini adalah kerana telah tertulis dengan jelasnya dalam perlembagaan persekutuan perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang luas penggunaannya. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dengan baik menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu sendiri pernah diangkat menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara khususnya pada zaman kemahsyuran kesultanan melayu Melaka.
Sejarah telah membuktikan bahawa kita telah melahirkan ramai cendekiawan-cedekiawan yang hebat dengan menggunakan bahasa melayu. Namun begitu perkara 152 ini tidak ubah seperti indah khabar dari rupa sekarang ni.
Masakan tidak, penggunaan bahasa Inggeris melebihi penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi di negara ini. Ini secara tidak langsung telah mencabuli perlembagaan itu sendiri.
Berbalik dengan tujuan PPSMI itu diguna pakai adalah untuk menjadikan pelajar-pelajar lebih maju dan hebat dalam bahasa inggeris.
Namun apa hasilnya? Adakah hasil yang diperolehi seperti apa yang diinginkan. Sedangkan bahasa Inggeris itu sendiri mereka merasakan kesusahan untuk mempelajarinya inikan pula ditambah Sains dan Matematik yang sudah semestinya susah dan bertambah-tambah kesusahannya dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin.
Jadi tidak hairanlah kita sering kali mendegar keluhan dan rungutan dari pelajar-pelajar mengenai permasalahan ini.
Selari dengan itu kita dapat melihat keputusan yang merudum di kalangan pelajar dalam matapelajaran tersebut.
Sedarkah kita dengan pekara ini ataupun mata kita telah menjadi gelap untuk melihat perkara-perkara seperti ini?
Menariknya kebanyakan Negara maju meggunakan bahasa ibunda mereka sendiri seperti Jepun, Perancis, Thailand dan banyak lagi. Jadi di manakah silapnya kita untuk mengagung-agungkan bahasa yang bukan bahasa ibunda kita. Berhasrat ingin melebih-lebihkan bahasa lain.
Natijahnya kita kehilangan kedua-duanya. Bahasa Inggeris entah kemana Bahasa Melayu pula terus pudar di bumi sendiri sesuai dengan peribahasa yang berbunyi yang dikejar berciciran, yang dikendong bertaburan.
Ini telah menjatuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu itu sebagai bahasa ilmu. Dalam laporaran UNESCO 1974 sendiri ada menyatakan perkembangan sesuatu pendidikan negara adalah berdasarkan bahasa Natif negara itu sendiri dimana bahasa Natif negara kita adalah Bahasa Melayu.
Seperti yang kita semua maklum PPSMI mula dilaksanakan pada tahun 2003 tanpa ada perancangan yang teliti dan dilaksanakan secara tergesa-gesa berikutan pengusulan mengenai PPSMI ini hanyalah bermula pada tahun 2002.
Bahan mengajar, guru-guru tidak mendapat latihan yang lengkap sehinggakan ada guru-guru yang sanggup berhenti kerana tidak mampu menyampaikan PPSMI.
Ataupun dapat kita lihat bahawa guru-guru masih menggunakan bahasa Melayu ketika mengajar padahal bahan mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Ini menambahkan lagi kebingungan dalam diri pelajar.
Meskipun PPSMI yang dijalankan sebelum ini tidak ada perancangan yang rapi namun begitu sekiranya ada perancangan yang rapi kami masih membantah dengan dasar PPSMI ini.
Ini bersesuaian dengan banyak ura-ura mengenai pnggunaan dasar PPSMI kembali di masa akan datang.
Akhir bukan penghujung kita boleh lihat bahawa masyarakat melayu semakin kehilangan identiti kemelayuannya.
Bahasa Melayu dirojakkan dan menjadi bahasa pasar. Watak kepura-puraan untuk menjadi “mat saleh” sungguh mengejutkan. Keberhasilan bagi mereka hanyalah menjadi “mat saleh celup”.
Kita seharusnya berpijak di bumi yang nyata bukannya berdiri megah tapi hanyalah di awang-awangan. Sekiranya perkara ini berterusan tidak mustahil suatu saat kita akan kehilangan sepenuhnya identiti kita sebagai orang melayu.
Satu perkara penting yang kita tidak boleh pandang enteng ialah kemahiran dalam bahasa Inggeris tidak menjamin satu standard yang tinggi dalam pendidikan.
Sebagai bukti di 200 universiti teratas di peringkat asia dan global , di mana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai satu medium untuk berkomunikasi bukanlah criteria penentu untuk memperoleh pengetahuan dan pengiktirafan antarabangsa.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, PPSMI ini tidaklah wajar dilakukan walaupun telah ada persiapan yang mantap dari segi guru dan juga bahan pembelajaran apatah lagi jika dilakukan dalam keadaan yang tidak tentu arah.
Bahasa Melayu adalah harta kita. Janganlah disia-siakan demi sesuatu yang tidak pasti. Persis kata peribahasa Melayu lebih berharga mutiara sebutir dari pasir sepantai. Hargailah bahasa kita sebaik mungkin sepertimana ia sepatutnya.
Malaysia seharusnya mencontohi system pendidikan Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik, dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi sehingga ke akar umbi.
Sesuai dengan kami sebagai gerakan pelajar, kami sertakan satu ayat al-Quran bagi kita sama-sama merenung dan memikirkan ayat ini. “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka jaganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. (4:135). Semoga kita semua dalam rahmatNya. Barakallahufik’

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-11-2013
Laksana semula PPSMI langkah mengundur
Hambali Akram, |
Cadangan Tun Mahathir supaya dasar PPSMI dilaksanakan semula merupakan tindakan mengundur ke belakang. Jika kerajaan Najib hari ini menuruti saranan tersebut tentulah akan dianggap mengkhianati bahasa Kebangsaan itu sendiri.
Alasan klise yang diberikan Tun Mahathir bahawa jika kita hendak maju mestilah menggunakan bahasa Inggeris tidak dapat diterima. Hal ini kerana, tidak ada satu negara pun di dunia ini yang mencapai status negara maju kerana menggunakan bahasa luar dan meninggalkan bahasa ibunda.
Lihat sahaja Jepun, Korea, Taiwan, China, Russia, German, Perancis dan banyak lagi negara telah begitu maju dalam pelbagai bidang teknologi tanpa perlu bergantung kepada bahasa Inggeris. Juga, tiada satu negara pun yang mencapai status negara maju kerana menggunakan bahasa kedua mereka sama ada Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol atau lainnya.
Bahkan, berdasarkan kajian PBB, jika sesebuah negara itu ingin maju, mereka hendaklah menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu saya berpendirian, Malaysia mestilah terus mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran bermula peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat universiti.
Namun, saya tidak menafikan bahawa belajar bahasa asing merupakan fardu kifayah – tidak kiralah apa bahasa sekalipun seperti bahasa Inggeris, mandarin, bahasa perancis dan lainnya. Bahkan, bagi umat Islam amat penting mempelajari bahasa Arab kerana al-Quran itu dalam bahasa Arab.
Pemilihan bbelajar ahasa ini bergantung kepada tujuan semasa, yakni jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun, anda mestilah mempelajari bahasa Jepun dan bahasa Inggeris anda tidak laku di sana. Begitu juga jika anda ingin belajar di Perancis ataupun di German – anda mesti belajar bahasa mereka.
Teringat saya kata-kata seorang profesor dari Amerika Syarikat bahawa beliau hairan kenapa negara kita bersungguh-sungguh mendesak rakyat belajar bahasa Inggeris, sedangkan gurunya sering memberitahunya jika mahu maju belajarlah dari German – semestinya dia mesti belajar bahasa German juga!
Alasan klise yang diberikan Tun Mahathir bahawa jika kita hendak maju mestilah menggunakan bahasa Inggeris tidak dapat diterima. Hal ini kerana, tidak ada satu negara pun di dunia ini yang mencapai status negara maju kerana menggunakan bahasa luar dan meninggalkan bahasa ibunda.
Lihat sahaja Jepun, Korea, Taiwan, China, Russia, German, Perancis dan banyak lagi negara telah begitu maju dalam pelbagai bidang teknologi tanpa perlu bergantung kepada bahasa Inggeris. Juga, tiada satu negara pun yang mencapai status negara maju kerana menggunakan bahasa kedua mereka sama ada Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol atau lainnya.
Bahkan, berdasarkan kajian PBB, jika sesebuah negara itu ingin maju, mereka hendaklah menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu saya berpendirian, Malaysia mestilah terus mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran bermula peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat universiti.
Namun, saya tidak menafikan bahawa belajar bahasa asing merupakan fardu kifayah – tidak kiralah apa bahasa sekalipun seperti bahasa Inggeris, mandarin, bahasa perancis dan lainnya. Bahkan, bagi umat Islam amat penting mempelajari bahasa Arab kerana al-Quran itu dalam bahasa Arab.
Pemilihan bbelajar ahasa ini bergantung kepada tujuan semasa, yakni jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun, anda mestilah mempelajari bahasa Jepun dan bahasa Inggeris anda tidak laku di sana. Begitu juga jika anda ingin belajar di Perancis ataupun di German – anda mesti belajar bahasa mereka.
Teringat saya kata-kata seorang profesor dari Amerika Syarikat bahawa beliau hairan kenapa negara kita bersungguh-sungguh mendesak rakyat belajar bahasa Inggeris, sedangkan gurunya sering memberitahunya jika mahu maju belajarlah dari German – semestinya dia mesti belajar bahasa German juga!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Bertambah hancur Bahasa Malaysia dibuat Bangla
http://atsixty-zakriali.blogspot.com, | 13 Nov 2013 |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Bahasa Melayu bagai melukut di tepi gantang
Dr. Kamarudin Musa, | 06 Nov 2013 |
PELAN pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), dikatakan membawa dimensi baru dalam memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan, khususnya di sekolah-sekolah vernakular SJK Cina dan SJK Tamil.
Tambahan masa pembelajaran bahasa Melayu daripada 270 minit kepada 300 minit bagi tahap satu SJKC, manakala pada tahap dua, tambahan masa daripada 180 minit kepada 270 minit, di anggap sebagai pelengkap kepada usaha untuk memperkasa bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Tindakan ini secara umumnya dapat di anggap sebagai usaha yang positif, bagi memastikan bahasa Melayu yang telah dipersetujui sebagai bahasa Kebangsaan, sebagaimana diperuntukan dalam perkara 152 Perlembagaan negara.
Bagaimana pun, soal atau agenda pengukuhan serta pemertabatan bahasa Melayu ini hanya terpakai dalam konteks SJKC dan SJKT semata-mata, sewajarnya tambahan masa pengajaran bahasa Melayu juga seharusnya terpakai di sekolah-sekolah antarabangsa, memandangkan dalam kandungan PPPM, tidak menyentuh langsung soal kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Malaysia yang berada/belajar di sekolah-sekolah antarabangsa.
Hakikatnya, ramai kalangan anak-anak golongan elit Melayu yang berada di sekolah-sekolah antarabangsa ini. Berdasarkan perangkaan 2012 terdapat seramai 11,278 orang pelajar Malaysia yang belajar di sekolah-sekolah antarabangsa. Berasaskan Program Transformasi Ekonomi kerajaan, disasarkan 40% kuota pelajar di sekolah antarabangsa adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia.
Perlu dijelaskan bahawa, menjelang 2020, terdapat hampir 94 buah sekolah Antarabangsa akan beroperasi. Ini bermakna, sekaligus akan membawa kepada peningkatan jumlah pelajar Malaysia di sekolah-sekolah antarabangsa ini. Dianggarkan jumlah keseluruhan pelajar sekolah antarabangsa akan melonjak kepada 75,000 orang.
Mengambil kira akan formula 40% kuota adalah diisi oleh para pelajar Malaysia, bermakna menjelang 2020 terdapat seramai 30,000 orang pelajar Malaysia akan berada di sekolah-sekolah antarabangsa bagi mengikuti pembelajaran, berasaskan kurikulum United Kingdom dan kurikulum antarabangsa lainnya, tentunya mereka ini akan diajar oleh guru-guru English speaking teachers all over the world.
Berkemungkinan secara keseluruhannya, dengan hanya 30,000 pelajar Malaysia di sekolah-sekolah antarabangsa, ia tidak mempunyai impak yang besar ke atas sistem dan struktur sosial dalam kerangka pembangunan kependudukan dan pola penggunaan sumber manusia, berbanding jumlah pelajar yang berada dalam arus perdana sistem pendidikan (pendidikan kebangsaan), diunjurkan menjelang 2020 terdapat pertambahan pelajar seramai 835,498 dengan kadar pertambahan 20% setahun, mengambil kira perangkaan semasa kedudukan pelajar di sekolah-sekolah arus perdana yang berjumlah 417,749.
Namun ini bukan bermakna, pelajar yang berada di sekolah antarabangsa, harus terpisah dengan tuntutan pemertabatan tamadun bangsa. Lantaran itu, mereka juga seharusnya didedahkan sepenuhnya dengan keperluan berbahasa Melayu berdasarkan piawai bahasa Melayu itu sendiri, keadaan ini akan membolehkan proses pengintegrasian sosial dalam konteks menghayati nilai dan norma Malaysia dapat disebatikan dalam acuan yang sama, secara bersama dengan rakyat Malaysia yang lain.
PENGARUH BAHASA INGGERIS
Hakikatnya para pelajar sekolah antarabangsa ini pastinya akan membesarkan pengaruh bahasa Inggeris, menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama dalam kalangan pelajar yang lahir daripada sekolah antarabangsa ini, bahasa Melayu bagi mereka akan terdorong menjadi bahasa ketiga.
Keadaan ini tentunya sedikit sebanyak memberikan jejasan kepada usaha pembinaan tradisi kesatuan bangsa, berkemungkinan berlakunya “pembelahan komuniti” sesuatu yang sukar untuk dinafikan.
Apa yang ketara, PPPM berkecenderungan untuk memperbesarkan pengaruh bahasa Inggeris, berbanding dengan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Perkara ini agak ketara/jelas apabila wujudnya cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016.
Ini bermakna kedudukan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu berada pada aras kepentingan serta keutamaan yang sama, sedangkan bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa Kebangsaan, seharusnya mempunyai keutamaan berganda (apakah bahasa Inggeris juga telah dinaikkan tarafnya sebagai bahasa Kebangsaan?)
Apa yang jelas, dalam konteks pendidikan, bahasa Inggeris telah pun diberikan “status pengaruh” yang besar, terutamanya apabila diwujudkan Malaysian University English Test, diwajibkan kepada semua pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian di universiti-universiti tempatan, walhal pada masa yang sama tidak pula direalisasikan “Ujian Kelayakan Bahasa Melayu Universiti”.
DOMINASI BAHASA INGGERIS
Pembesaran dan pelebaran pengaruh bahasa Inggeris dalam konteks orientasi pendidikan, begitu menyerlah sekali. Walaupun PPPM menegaskan akan peranan bahasa Melayu dalam proses penyampaian pengurusan pengajaran dan pembelajaran, namun hakikatnya pada masa yang sama, usaha kepada pembesaran dan pendominasian bahasa Inggeris diperhebatkan;
“Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, kementerian akan memperluaskan LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris. Kementerian juga akan meningkatkan kemahiran guru dengan memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran. Disamping itu, murid akan diberikan pendedahan yang lebih luas terhadap bahasa Inggeris dengan memperkenalkan modul sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah…”
Berdasarkan kerangka tindakan yang dinyatakan Menteri Pendidikan di atas, khususnya dalam konteks memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan, amat jelas sekali menjadikan bahasa Inggeris, berkedudukan amat dominan yang akan menjadikan layanan terhadap bahasa Inggeris, berada dalam situasi yang “amat istimewa”;
- Memperluaskan LINUS meliputi bahasa Inggeris
- Standard bahasa Inggeris diukur berdasarkan “Cambridge Palacement Test”
- Pelaksanaan kursus intesif dalam kalangan guru bahasa Inggeris
- Memperkenalkan modul sastera bahasa Inggeris sebagai subjek wajib.
Ketiga-tiga aspek ini secara tidak langsung akan memperluaskan kedudukan pengaruh bahasa Inggeris dalam konteks pendidikan. Secara umumnya, perluasan pengaruh ini mempunyai impak yang positif berkaitan dengan potensi peningkatan kualiti penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, namun pada masa yang sama terdapat kecenderungan dominasi bahasa Inggeris dalam pelaksanaan proses pendidikan, penurunan keutamaan terhadap bahasa Melayu, walaupun digagas berformulakan “memperkasa bahasa Melayu memperkukuh bahasa Inggeris”.
Bahasa Melayu berkedudukan fokus keadaan yang statik, dalam ertikata bahasa Melayu tidak bergerak mencetuskan gelombang meninggi dalam memecah lingkungan status quo.
FUNGSI BAHASA MELAYU
Berhubung dengan PPPM, walaupun fungsi bahasa Melayu dipertegaskan (sama juga keadaannya yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010) sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu serta bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, juga sebagai bahasa perpaduan, namun dalam aspek kekuatan pengaruh, bahasa Inggeris berada terkedepan, ini dapat dikesani berasaskan rancangan bertindak yang dirangka pihak kementerian pendidikan sendiri, khususnya dengan mewajibkan modul sastera Inggeris.
Bermakna secara tidak langsung akan berlakunya tambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, wal hal pada masa yang sama, tidak pula dicanangkan akan usaha untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu.
Berpandukan kepada realiti pendidikan semasa, kesusasteraan Melayu wujud sebagai sebahagian komponen dalam pengajaran subjek bahasa Melayu, iaitu komponen sastera bahasa Melayu (KOMSAS), ini bermakna unsur peminggiran terhadap sastera Melayu itu sendiri, sememangnya telah sedia wujud, kerana ia diserap sebagai sebahagian daripada komponen kandungan dalam bahasa Melayu.
Sebaliknya modul sastera bahasa Inggeris secara signifikan wujud sebagai satu subjek. Implikasinya, ia akan membawa kepada pertambahan waktu pembelajaran bahasa Inggeris.
Pertambahan ini, berkemungkinan akan melebar daripada lima waktu untuk satu minggu kepada lapan waktu, mengambil kira tambahan pembelajaran sastera Inggeris sebanyak tiga waktu satu minggu, ini bermakna, akan berlaku pertambahan jumlah minit pengajaran bahasa Inggeris daripada 200 minit seminggu kepada 320 minit seminggu. Bagaimanapun kedudukan jumlah minit pengajaran bahasa Melayu akan kekal 240 minit seminggu, khususnya dalam kalangan pelajar di sekolah menengah.
BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN
Keadaan ini sedikit sebanyak mempunyai kesan ke atas usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu. Apa yang nyata, bahasa Melayu hanya berfungsi secara dominan pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, sebaliknya kedudukan bahasa Melayu, terkesan dengan penghakisan pada peringkat pendidikan tinggi, khususnya bagi sektor pendidikan yang dikendalikan oleh pihak swasta, bahkan juga terdapat institusi pendidikan tinggi awam, mengendalikan kuliah serta pengajaran dalam bahasa Inggeris, menjadikan pengaruh serta peranan bahasa Inggeris begitu kuat mengakar, meminggirkan bahasa Melayu, sebagai bahasa pengantar pendidikan.
PPPM tidak menjelaskan dengan tegas akan status bahasa Melayu dalam konteks pelaksanaan proses pendidikan di institusi pendidikan swasta, meskipun Akta Pendidikan Swasta, memperuntukkan agar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) mengendalikan kursus pengajian dalam bahasa kebangsaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 41(1), “Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengendalikan kursus pengajiannya dalam bahasa kebangsaan”.
Sungguhpun demikian, peruntukan 41(1) ini tidak mempunyai makna yang signifikan dalam memartabatkan bahasa Melayu di institusi-institusi pendidikan swasta, terutamanya dalam konteks kelangsungan proses pengajaran dan pembnelajaran. Keadaan ini berlaku disebabkan peruntukan ini secara tidak langsung berubah dari segi “zatnya”, apabila wujudnya pecahan 41(3) yang memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan IPTS daripada kuat kuasa peruntukan 41(1). Pecahan 41(3) memperuntukan;
“(3) walau apa pun subseksyen (1), institusi pendidikan tinggi swasta boleh, dengan kelulusan menteri—
(a) mengendalikan suatu kursus pengajian atau sebahagian yang substansial suatu kursus pengajian dalam bahasa Inggeris; atau
(b) mengendalikan pengajaran agama Islam dalam bahasa Arab”.
IPTS
Keadaan ini merupakan satu kelebihan kepada IPTS untuk tidak mematuhi peruntukan 41(1), disebabkan peruntukan 41(1) itu sendiri wujud dalam keadaan yang kabur dan tidak membawa implikasi yang signifikan dalam konteks penguatkuasaan undang-undang.
Pastinya, bagi pihak pengurusan IPTS akan menimbulkan pelbagai alasan untuk tidak merealisasikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, juga dalam penghasilan penulisan akademik.
Umumnya, sedia maklum bahawa rata-rata pendokong IPTS tidak melihat potensi bahasa Melayu, sebagai wahana relevan dalam menggarap tradisi keilmuan. Apa yang menjadi kemusykilan, terdapat IPTS yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan dan IPTS yang diurus milik oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), secara berterusan menafikan akan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahawa pengantar pembelajaran dan pengajaran, sebaliknya bahasa Inggeris disebar guna secara meluas dan merata.
Lantaran itu, secara realitinya usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, hanya merupakan satu seruan yang tidak mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi, tanpa satu tindakan yang konkrit.
Tidak terdapat usaha yang bersungguh untuk mengubah persepsi, struktur minda dan pemikiran para pengendali IPTS terhadap kerelevanan dan kepentingan menjadikan bahasa Melayu, sebagai bahasa pengatar utama pengajaran dan pembelajaran di IPTS.
_____________________
Penulis ialah pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Punah...Bangla dah jadi tukang baiki peti sejuk
http://kachipemas.blogspot.com, | 23 Okt 2013 |
Punah Kali Ini ..Bangla Dah Jadi Tukang Repair Peti Sejuk Pula...
Repairing peti sujuk
Esi gas
Tukar compressor
Atas ada suju bawah tiada sujuk
Boley buat di ruma anda. Kikiki
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-10-2013
Sokong usaha daulat bahasa Melayu
Rizal Tahir, | 14 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Menyedari peranan bahasa sebagai medan pendidikan yang paling berkesan untuk disampaikan pada masyarakat, Kerajaan Negeri Kelantan menyokong usaha pelbagai pihak untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bahasa Melayu wajib dijadikan bahasa ilmu setaraf dengan bahasa utama di dunia.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 Peringkat Negeri Kelantan, semalam.
Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Samah.
Selain persembahan kebudayaan dan nyanyian puisi dari karya J.M Aziz, ucapan turut disampaikan oleh Tokoh Bahasa dan Pensyarah Jabatan Bahasa Asia dan Eropah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Victor Pagadaev.
Ahmad menambah, acara tahunan bulan bahasa pada setiap Oktober amat baik dalam usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan.
“Ia merupakan manifestasi daripada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menjurus ke arah menyemai kenegaraan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“Peranan bahasa begitu penting bahkan mukjizat terbesar yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad adalah bahasa, iaitu al Quran yang menampung segala wahyu Allah,” ujarnya lagi.
Beliau bagaimanapun menegaskan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu masih memerlukan penyusunan dan perancangan yang sistemetik agar khazanah bangsa sentiasa dihormati dan dimuliakan.
Pada majlis itu beberapa anugerah disampaikan kepada pemenang.
Kategori bahasa dimenangi SMK Machang, kategori penerbitan Maktab Rendah Sains Mara Jeli.
Maktab Rendah Sains Mara Jeli sekali lagi muncul Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah (Majalah Integriti) dengan memenangi wang tunai RM1,500, sijil dan piala.
Anugerah Bahasa di peringkat jabatan pula di menangi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Naib Johan Kist Group Holding Sdn Bhd (Info Kist), Perbadanan Menteri Besar Kelantan tempat ketiga melalui majalahnya Qiadah.
UMT menerima Hadiah Suar Bahasa melalui majalah Infokus dengan memperolehi wang tunai RM2,500, sijil dan piala.
Lembaga Muzium Negeri Kelantan melalui majalah Khazanah menduduki tempat pertama menerusi kategori penerbitan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bahasa Melayu wajib dijadikan bahasa ilmu setaraf dengan bahasa utama di dunia.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 Peringkat Negeri Kelantan, semalam.
Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Samah.
Selain persembahan kebudayaan dan nyanyian puisi dari karya J.M Aziz, ucapan turut disampaikan oleh Tokoh Bahasa dan Pensyarah Jabatan Bahasa Asia dan Eropah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Victor Pagadaev.
Ahmad menambah, acara tahunan bulan bahasa pada setiap Oktober amat baik dalam usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan.
“Ia merupakan manifestasi daripada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menjurus ke arah menyemai kenegaraan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“Peranan bahasa begitu penting bahkan mukjizat terbesar yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad adalah bahasa, iaitu al Quran yang menampung segala wahyu Allah,” ujarnya lagi.
Beliau bagaimanapun menegaskan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu masih memerlukan penyusunan dan perancangan yang sistemetik agar khazanah bangsa sentiasa dihormati dan dimuliakan.
Pada majlis itu beberapa anugerah disampaikan kepada pemenang.
Kategori bahasa dimenangi SMK Machang, kategori penerbitan Maktab Rendah Sains Mara Jeli.
Maktab Rendah Sains Mara Jeli sekali lagi muncul Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah (Majalah Integriti) dengan memenangi wang tunai RM1,500, sijil dan piala.
Anugerah Bahasa di peringkat jabatan pula di menangi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Naib Johan Kist Group Holding Sdn Bhd (Info Kist), Perbadanan Menteri Besar Kelantan tempat ketiga melalui majalahnya Qiadah.
UMT menerima Hadiah Suar Bahasa melalui majalah Infokus dengan memperolehi wang tunai RM2,500, sijil dan piala.
Lembaga Muzium Negeri Kelantan melalui majalah Khazanah menduduki tempat pertama menerusi kategori penerbitan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-10-2013
No comments:
Post a Comment