Pemuda PAS seru bantah tuntutan COMANGO
Harakahdaily, | 29 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Semua pihak terutama NGO Islam diseru membantah tuntutan oleh COMANGO, dan dalam masa yang sama membina jaluran komunikasi dan interaksi menerangkan polisi dan prinsip Islam secara harmoni dan sistematik.
“Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul,” ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, Islam itu indah dan mendamaikan, yang tinggal manusia yang melakukan kefasadan sahaja bebal dan buta hati untuk mengakuinya.
“Saya juga mendesak pihak kerajaan Malaysia melalui agensi dan institusi agama dan perundangan mengambil serius isu ini,” ujarnya lagi.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Saat seluruh rakyat asyik tertumpu kepada media memerhati dan meneliti pembentangan Bajet 2014, isu 'bencana alam' di Pahang dan kerakusan penjenayah menembak mati seorang pegawai bank seakan tidak mendapat perhatian. Dalam tidak sedar satu isu yang pada agakan dan bacaan saya cukup besar iaitu isu tuntutan melampau dan jahat oleh Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) seliaan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) juga hampir hambar daripada perhatian arus perdana.
Sebelum menyentuh jauh perihal tuntutan yang dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan hak asasi dalam acuan Islam, perlu difahami bahawa UPR diadakan sekali dalam tempoh 4 tahun adalah untuk menyemak dan mengkaji isu-isu seputar hak asasi manusia melibatkan 193 buah negara yang bernaung di bawah PBB termasuk Malaysia. Maka sebuah gabungan koalisi NGO dari Malaysia yang terdiri dari 54 NGO telah mengemukakan beberapa tuntutan untuk diteliti dalam proses semakan tersebut.
Tuntutan pertama adalah berkenaan gesaan supaya Malaysia menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Artikel 18 ICCPR tersebut adalah peruntukkan berkenaan 'the rights of religious freedom' atau hak kebebasan beragama. Benar ajaran Islam menjelaskan bahawa tiada paksaan dalam agama akan tetapi masyarakat agama lain mesti mengakui keabsahan dan eksklusivisme Islam sebagai ad-Deen bukan religion sebagaimana agama lain.
Perkara tersebut bukanlah semata-mata hujahan untuk menidakkan agama lain, akan tetapi hakikat aqidah dan kepercayaan umat Islam bersandarkan firman Allah s.w.t., maksudnya: "Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah Islam."
Ayat tersebut menjadi bukti bahawa Islam menitikberatkan soal pegangan dan iman para manusia. Bahkan andai diperhatikan dari teropong Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Malaysia adalah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama negara (agama persekutuan) tetapi hak untuk penganut agama lain mengamalkan agama dan kepercayaan mereka tidak disekat.
Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Namun, hak seseorang untuk mengembangkan agama lain boleh disekat atau dikawal oleh undang-undang negeri atau undang-undang persekutuan bagi Wilayah Persekutuan. Mereka dilarang menyebarkan agama lain kepada umat Islam. Tuntutan kebebasan agama ternyata bercanggah dengan konsep dan prinsip 'la ikraaha fiddin' atau tiada paksaan dalam agama dari sudut kacamata Islam. Sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh cendekiawan Islam Dr. Taha Jabir al-Elwani dalam bukunya, Islam menjaga umat manusia dengan matlamat hifz ad-din dalam jalur maqasid syariah yang tertinggi objektiviti pensyariatannya.
Seterusnya, lagi Malaysia didesak untuk memberi pengiktirafan terhadap hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Desakan ini jika ditinjau untuk suatu tempoh yang panjang pastinya akan membibitkan impak dan implikasi negatif terhadap sistem sosial ketamadunan manusia dan fitrah manusiawi. Sebarang orientasi seks songsang seumpamanya akan menggalakkan perkahwian sejenis. Ia juga boleh menatijahkan keremukan dan kehancuran masyarakat tanpa nilai dan prinsip hidup.
Buktinya, Islam amat menjaga umatnya dalam soal hifz an-nafs atau menjaga diri dari perspektif maqasid syariah. Pensyariatan Islam ini dikukuhkan lagi dengan model umat yang binasa sebagaimana kaum Nabi Lut yang menjadikan amalan homoseksual sebagai ‘hobi’. Juga andai ditelusuri kajian biologikal manusia sekalipun sudah tentu jawapan yang secara empirikalnya adalah amalan songsang tersebut membuka kepada konflik kesihatan dan reproduktiviti manusia. Semuanya sudah terbukti nyata, hanya tinggal manusia yang pupus nilai dan prinsip hidup untuk dicernakan dalam menjalani kehidupan ini.
Juga tuntutan selanjutnya oleh COMANGO yang biadap, yang jelas bertentangan amalan hak asasi yang hakiki ialah gesaan untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi besar yang dicetuskan perkara ini ialah menjerumuskan negara ke dalam kancah isu racism atau perkauman berpanjangan. Bacaannya boleh membawa perang saudara juga tidak mustahil. Jelas terpapar dalam perlembagaan sebagaimana Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.
Melalui Artikel 152 Perlembagaan Singapura dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, hak orang Melayu sebagai penduduk asal dipelihara tanpa mengambilkira sama ada orang Melayu tergolong dalam kumpulan majoriti atau sebaliknya. Sekiranya di Singapura, sokongan kaum Melayu dilihat kritikal bagi sesebuah parti politik untuk menjadi parti yang memerintah, sebaliknya di Malaysia pula sokongan kaum-kaum minoriti Cina dan India turut memainkan peranan yang sama. Tuntutan ini jelas mencabar status quo yang melibatkan orang Melayu samada dari sudut hak Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu serta kontrak sosial yang sedia terbina selama ini.
COMANGO mempersoalkan dan memperkecilkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang wujud dalam peruntukan perlembagaan negara. tuntutan ini menjadi gambaran kejahilan tentang perundangan negara. Juga mereka menggesa untuk menggugurkan atau meminda peruntukan mengenai moral policing yang didakwa menggugat hak privasi dan individu rakyat. Jika mengambil contoh barat, begitulah natijahnya. Islam mempunyai kekuatan dari sudut polisi moralitinya dengan turut mengambil berat aspek maqasid syariah yang lain dalam masa yang sama.
Turut dipertikaikan beberapa keputusan mahkamah Syariah terutamanya mengenai isu kalimah Allah, pengharaman ajaran Syi’ah dan hak seorang Muslim untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam. Segala pertikaian ini dilihat sebagai tidak menghormati agama Islam dan prinsipnya. Juga menggambarkan ceteknya kefahaman fundamental Islam. Lebih tragis, seorang muslim juga terlibat sama mempertikaikan. Terlalu panjang ulasan terhadap apa yang dipertikaikan itu, namun hormatilah prinsip dan hak agama Islam dari perundangan mahupun tabi’I sosial.
Tuntasnya, saya menyeru kepada semua pihak NGO Islam turut membantah tuntutan oleh COMANGO itu, dan dalam masa yang sama membina jaluran komunikasi dan interaksi menerangkan polisi dan prinsip Islam secara harmoni dan sistematik. Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul. Islam itu indah dan mendamaikan, yang tinggal manusia yang melakukan kefasadan sahaja bebal dan buta hati untuk mengakuinya. Saya juga mendesak pihak kerajaan Malaysia melalui agensi dan institusi agama dan perundangan mengambil serius isu ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-10-2013
PAS tolak sebahagian tuntutan Comango
Khairil Abdul Rahim, | 25 Okt 2013 |
BANDAR JENGKA: PAS menolak keras beberapa tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland yang jelas bercanggah dengan elemen syarak dan budaya setempat.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuntutan yang ditolak itu adalah berkaitan perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) supaya golongan tersebut diberikan kebebasan dan hak sama rata.
Namun demikian, Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyokong beberapa tuntutan lain dibuat Comango kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu antaranya berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar, pembasmian kemiskinan, keadilan, rasuah dan ekonomi.
“PAS beranggapan tuntutan melampau oleh puak yang membawa budaya kerosakan manusia itu hanyalah berselindung di sebalik hak asasi manusia, maka PAS sama sekali menolak tuntutan berkenaan.
“Dalam Islam ada menggariskan hak asasi tertentu yang tidak melampaui batas, malah kami turut menolak tuntutan lain yang menngetengahkan orientasi kehidupan yang bebas daripada nilai agama dan budaya ketimuran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan Liga Futsal Dun Jengka di sini kelmarin (gambar).
Dalam kejohanan yang mendapat sambutan ramai itu, Pemuda Jengka 12 mucul sebagai juara dan naib johan, Pemuda Jengka Mahkota manakala tempat ketiga, Pemuda Jengka 20.
Menyentuh lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau berkata, terdapat beberapa tuntutan lain yang tidak melanggar syarak dan perlu diberi perhatian semua pihak kerana mempunyai elemen positif untuk masyarakat negara ini.
Isu tuntutan Comango baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila dibahaskan oleh beberapa ahli parlimen. Namun ahli-ahli parlimen BN memilih untuk mensensasikan tuntutan negatif sahaja supaya dilihat sebagai juara memperjuangkan Islam.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan bahawa PAS Pahang menghantar 150 petugas tetap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah yang berkhidmat di dua peti undi iaitu Kampung Sungai Limau dan Kampung Sungai Daun.
Katanya, jumlah tersebut tidak termasuk petugas yang dihantar oleh kawasan-kawasan.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuntutan yang ditolak itu adalah berkaitan perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) supaya golongan tersebut diberikan kebebasan dan hak sama rata.
Namun demikian, Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyokong beberapa tuntutan lain dibuat Comango kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu antaranya berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar, pembasmian kemiskinan, keadilan, rasuah dan ekonomi.
“PAS beranggapan tuntutan melampau oleh puak yang membawa budaya kerosakan manusia itu hanyalah berselindung di sebalik hak asasi manusia, maka PAS sama sekali menolak tuntutan berkenaan.
“Dalam Islam ada menggariskan hak asasi tertentu yang tidak melampaui batas, malah kami turut menolak tuntutan lain yang menngetengahkan orientasi kehidupan yang bebas daripada nilai agama dan budaya ketimuran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan Liga Futsal Dun Jengka di sini kelmarin (gambar).
Dalam kejohanan yang mendapat sambutan ramai itu, Pemuda Jengka 12 mucul sebagai juara dan naib johan, Pemuda Jengka Mahkota manakala tempat ketiga, Pemuda Jengka 20.
Menyentuh lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau berkata, terdapat beberapa tuntutan lain yang tidak melanggar syarak dan perlu diberi perhatian semua pihak kerana mempunyai elemen positif untuk masyarakat negara ini.
Isu tuntutan Comango baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila dibahaskan oleh beberapa ahli parlimen. Namun ahli-ahli parlimen BN memilih untuk mensensasikan tuntutan negatif sahaja supaya dilihat sebagai juara memperjuangkan Islam.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan bahawa PAS Pahang menghantar 150 petugas tetap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah yang berkhidmat di dua peti undi iaitu Kampung Sungai Limau dan Kampung Sungai Daun.
Katanya, jumlah tersebut tidak termasuk petugas yang dihantar oleh kawasan-kawasan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-10-2013
Tuntutan COMANGO sentuh sensitiviti umat Islam
., | 24 Okt 2013 |
1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.
2. The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.
3. Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;
a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
4. Kritikan kami:
a] COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.
b] COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.
c] COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.
5. Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.
Nasrudin bin Hassan
Kenyataan di Bangunan Parlimen Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
No comments:
Post a Comment