Ketepi pengharaman Bersih 3.0 kejayaan awal rakyat
- Jan 07, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan mengenepikan pengharaman Bersih 3.0 merupakan kejayaan rakyat membuktikan bahawa himpunan aman tidak bercanggah dengan undang-undang.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berkata, keputusan tersebut sekaligus membuktikan segala tindakan polis menghalang peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka adalah salah.
"Keputusan ini merupakan kejayaan rakyat setelah mereka bersama-sama pada Bersih 3.0 untuk masuk ke Dataran Merdeka atas nama rakyat.
"Mahkamah Rayuan juga membuktikan arahan Majistret Kuala Lumpur mengharamkan perhimpunan Bersih 3.0 adalah salah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Justeru katanya, pihak polis perlu membuat permohonan maaf kepada peserta Bersih 3.0 kerana menghalang peserta daripada masuk ke Dataran Merdeka dan mewujudkan persepsi yang tidak baik terhadap perhimpunan pada 28 April tahun lalu.
"Polis sendiri harus sedar tindakan mereka semasa Bersih 3.0 adalah salah dan perlu tampil membuat permohonan maaf kepada peserta," katanya.
Mahkamah Rayuan semalam mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ).
Sebelum ini, Badrulhisham, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali didakwa di Mahkamah Tinggi kerana menyertai perhimpunan haram.
Badrulhisham diwakili peguam Sankara Nair manakala Azmin diwakili Datuk CV Prabhakaran.
Tambah Badrulhisham juga, rakyat tidak perlu takut untuk menyertai mana-mana perhimpunan aman kerana ia dijamin dalam perlembagaan.
"Rakyat perlu berani untuk bersama-sama dalam perhimpunan aman kerana tidak bercanggah dengan undang-undang dan hak berhimpun termaktub dalam perlembagaan," tegasnya.
Sumber HD - 7-1-2014
Maria Chin pimpin Bersih 2.0 mulai 30 Nov
Anis Nazri, | 12 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Badan penggerak bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil, Bersih 2.0 bakal dipimpin aktivis Maria Chin Abdullah bermula 30 November ini berikutan tiada sebarang pencalonan lain bagi mengisi jawatan pengerusi badan penggerak itu.
Menurut Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Bersih 2.0, Stanley Yong, pencalonan ke atas Maria dilakukan Pengerusi Bersih 2.0 sekarang iaitu Datuk S. Ambiga.
Bercakap pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina, hari ini, Stanley berkata borang pencalonan telah dihantar pada 23 Oktober lalu, sebelum tempoh pencalonan ditutup pada 8 November.
Selain jawatan pengerusi, dua calon akan bertanding bagi kerusi naib presiden, iaitu penyandang, Dr. Ahmad Farouk Musa, dan aktivis anti-ISA, Syed Ibrahim Syed Noh.
Manakala, bagi jawatan bendahari, penyandang jawatan tersebut, Nahar Md Nor akan berentap dengan Masjaliza Hamzah dari CIJ.
Pemilihan itu juga akan memilih dua daripada lima calon bagi mengisi kerusi Jawatankuasa Pemandu iaitu K. Arumugam, Ng Chak Ngoon, Farhana Halim, Hishamuddin Rais dan New Sin Yew.
Dengan pengumuman senarai calon- calon ini, Stanley turut mengumumkan tempoh berkempen bagi pemilihan kali ini dibuka sekarang.
Bagaimanapun, beliau menambah kempen tersebut akan berakhir pada tengah malam, 29 November akan datang.
Kepimpinan Bersih yang akan dipilih pada 30 November ini kan berkhidmat dalam tempoh dua tahun.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Abai laporan Bersih 3.0, k'jaan nak sembunyi apa?
Harakahdaily, | 20 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah menyelar sikap kerajaan yang tidak menyertakan laporan himpunan Bersih 3.0 kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurutnya, kerajaan Pusat seharusnya berani mengaku salah dan bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku ke atas wartawan dan orang awam dalam himpunan tersebut selain berusaha memperbaiki hak asasi manusia.
Lebih-lebih lagi, laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sendiri telah merumuskan bahawa berlaku keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 itu.
“Kita merasa kecewa kerana memang berlaku keganasan semasa perhimpunan itu apabila polis bertindak memukul wartawan dan orang ramai yang berhimpun secara aman.
“Kalau hendak hantar laporan, Kerajaan mesti ambil tanggungjawab dan mengaku sekiranya membuat kesalahan,” katanya dipetik Selangorku.
Dalam laporan 21 muka surat yang dikemukakan kepada PBB pada Julai, menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai Malaysia Sabtu ini di Geneva, Kerajaan didapati hanya mengemukakan imej yang bersih mengenai isu-isu hak asasi manusia.
Walaupun menyebut inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH, kerajaan tidak menyebut hasil inkuiri Suhakam itu dan juga latarbelakang di sebalik inkuiri itu dijalankan.
Maria turut menyifatkan pembentangan laporan dari pihak Kerajaan Pusat itu sebagai sesuatu yang ‘ringkas’ dan kosong kerana ia tidak menyentuh isu hak asasi manusia secara menyeluruh.
Katanya, Kerajaan tidak pernah mengendahkan sebarang cadangan mahupun saranan daripada Suhakam berhubung perkara ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang negatif.
Menurutnya, kerajaan Pusat seharusnya berani mengaku salah dan bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku ke atas wartawan dan orang awam dalam himpunan tersebut selain berusaha memperbaiki hak asasi manusia.
Lebih-lebih lagi, laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sendiri telah merumuskan bahawa berlaku keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 itu.
“Kita merasa kecewa kerana memang berlaku keganasan semasa perhimpunan itu apabila polis bertindak memukul wartawan dan orang ramai yang berhimpun secara aman.
“Kalau hendak hantar laporan, Kerajaan mesti ambil tanggungjawab dan mengaku sekiranya membuat kesalahan,” katanya dipetik Selangorku.
Dalam laporan 21 muka surat yang dikemukakan kepada PBB pada Julai, menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai Malaysia Sabtu ini di Geneva, Kerajaan didapati hanya mengemukakan imej yang bersih mengenai isu-isu hak asasi manusia.
Walaupun menyebut inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH, kerajaan tidak menyebut hasil inkuiri Suhakam itu dan juga latarbelakang di sebalik inkuiri itu dijalankan.
Maria turut menyifatkan pembentangan laporan dari pihak Kerajaan Pusat itu sebagai sesuatu yang ‘ringkas’ dan kosong kerana ia tidak menyentuh isu hak asasi manusia secara menyeluruh.
Katanya, Kerajaan tidak pernah mengendahkan sebarang cadangan mahupun saranan daripada Suhakam berhubung perkara ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang negatif.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-10-2013
Temui Pak Samad di garage sale Bersih 2.0 esok
Anis Nazri, | 18 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 akan menganjurkan jualan garaj penghabisan stok, di samping mengumpul dana bagi bangunan pilihan raya bersih dan adil itu, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang, esok.
Menurut Jawatankuasa Koordinator Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, jualan garaj itu akan menjual pelbagai barangan Bersih 2.0 seperti baju t dan buku-buku berkaitan Bersih 2.0 dan akan diadakan di pejabat Empower, di Petaling Jaya.
Menurutnya, selain jualan garaj, satu sesi ramah mesra bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan Datuk S. Ambiga turut diadakan bagi para pengunjung yang hadir.
Justeru, beliau menyeru orang ramai yang berkelapangan untuk hadir bersama-sama memeriahkan suasana jualan garaj tersebut, selain mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah-mesra dengan kedua-dua tokoh Bersih 2.0 itu.
Butiran lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut:
19 Oktober 2013 (Sabtu)
Sekretriat BERSIH 2.0
c/o EMPOWER
13 Lorong 4/48E, Section 4,
46050 Petaling Jaya (bersebelahan Hospital Assunta)
Menurut Jawatankuasa Koordinator Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, jualan garaj itu akan menjual pelbagai barangan Bersih 2.0 seperti baju t dan buku-buku berkaitan Bersih 2.0 dan akan diadakan di pejabat Empower, di Petaling Jaya.
Menurutnya, selain jualan garaj, satu sesi ramah mesra bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan Datuk S. Ambiga turut diadakan bagi para pengunjung yang hadir.
Justeru, beliau menyeru orang ramai yang berkelapangan untuk hadir bersama-sama memeriahkan suasana jualan garaj tersebut, selain mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah-mesra dengan kedua-dua tokoh Bersih 2.0 itu.
Butiran lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut:
19 Oktober 2013 (Sabtu)
Sekretriat BERSIH 2.0
c/o EMPOWER
13 Lorong 4/48E, Section 4,
46050 Petaling Jaya (bersebelahan Hospital Assunta)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
No comments:
Post a Comment