100 sunnah Nabi s.a.w. dalam kehidupan
- Jan 15, 2014
- http://www.kedahlanie.info
Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan
1-Tidur Dalam Keadaan BerwudukAntara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. than boleh bg % KPI kita tahun ini..
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Sumber HD - 15-1-2014
Rabiul Awal: Antara kelahiran dan kewafatan Rasulullah
- Jan 15, 2014
- Dr. Riduan Mohamad Nor
Jika disorot tentang sejarah bila himpunan- himpunan dalam bentuk ceremonial untuk memperingati maulid, ianya muncul di zaman pertengahan. Antara versi sejarah yang ada ialah di zaman kerajaan fatimiah yang berpusat di Mesir, sebuah kerajaan yang juga di zamannya muncul universiti al Azhar yang akhirnya terkenal sebagai kilang yang melahirkan sang pencerah di seluruh belahan dunia Islam. Pihak penguasa Fatimiah melihat jurang sejarah yang luas diantara umat Islam dengan kehidupan baginda ar rasul. Tujuan kedua untuk meranumkan cinta terhadap ar rasul saw.
Sambutan memperingati maulid Nabi saw akhirnya terus menjadi tradisi walaupun terselit kontroversi tentangnya, malah kadang kala pertembungan ini menghiris tajam ukhuwwah sesama ummat. Ironisnya bulan yang sarat peristiwa penting tentang rasulullah akhirnya turut mengheret polemik dan intriq tentang bidaah atau tidak mengadakan maulid Nabi SAW.
Bulan ini berlaku peristiwa pengkhianatan yahudi Bani an Nadhir pada tahun empat hijrah,yang dipimpin oleh Huyai bin Akhtab, dimana yahudi bani an Nadhir merancang untuk membunuh rasulullah namun digagalkan dengan perkhabaran langit. Yahudi bani an Nadhir akhirnya dihalau keluar dari Madinah kecuali dua orang yang beriman. Api kebencian mereka sentiasa bersumbu nyala untuk terus memerangi orang beriman, mereka juga yang menjadi dalang mencetuskan perang ahzab pada tahun lima hijrah.
Rabiul awwal juga melakar sejarah sendu ummat Islam apabila berlakunya peristiwa kewafatan kepada nabi SAW, iaitu pada 12 rabiul awwal tahun 11 hijrah. Baginda wafat dalam usia 63 tahun setelah menawar jasa kebaktian yang besar untuk merubah alam ini, menjadi obor nyalaan menerangi kegelapan jahiliah. Sebelum berlaku kewafatan, terjadinya peristiwa haji terakhir pada zulhijjah tahun 10 hijrah dimana seramai 118 ribu umat Islam telah berhimpun bersama baginda di padang Arafah. Juga peristiwa haji ini turun ayat 3 surah al maidah yang mengambarkan ajaran Islam telah lengkap dan penyataan bahawa nikmat terbesar adalah Islam.
Kembali daripada menunaikan haji, nabi SAW jatuh sakit kerana demam, batuk berterusan, juga akibat racun yang ditelan (konspirasi yahudi untuk membunuh baginda) dalam peristiwa perang khaibar pada bulan muharram tahun 7 hijrah.
Dalam tempoh singkat ini juga banyak peristiwa telah berlaku termasuk ancaman daripada Rom di Balqa. Nabi saw berehat di rumah Aishah dan juga di ruang yang sama ,Nabi SAW telah wafat, roh baginda telah berkelana ke alam abadi.
Kesedihan telah menyelubungi kota Madinah, berpisah dengan kekasih yang dicintai yang telah memberikan kehidupannya di jalan dakwah yang penuh dengan hamparan mehnah dan ibtilak. Kesedihan dan kepanikan mereka diharmonikan oleh Saidina Abu Bakar dengan membaca ayat 30 surah az Zumar dan juga ayat 144 surah ali Imran. Jasad baginda yang mulia telah disemadikan di bilik aisyah, tempat dimana baginda melepaskan helaan nafas terakhir.
Peristiwa pengangkatan khalifah terpilih juga telah berlangsung dalam bulan rabiul awwal pada tahun 11 hijrah yang menyaksikan khalifah Abu Bakar meneruskan legasi pemerintahan Islam yang diasaskan oleh nabi SAW. Khulafa ar rashidin terus memacu kegemilangan Islam, memaknai roh al Quran dalam pemerintahan, serta terus menjadi pembenteng kepada agama Allah.
Semoga kehadiran bulan rabiul awwal menyuntik energi perjuangan kepada ummat Islam negara ini, bukan sekadar tempikan kosong yang muluk- muluk tentang keindahan Islam tetapi berselut najis maksiat dan kemungkaran. Ayuh, bajai kecintaan kita kepada ar Rasul SAW dengan banyak berselawat dan menggalang amanah perjuangan Islam sehingga Syariat Islam memayungi tanah leluhur ini.
*Penulis ialah setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat
Sumber HD - 15-1-2014
Hebatnya Muhammad SAW bangunkan OKU
- Jan 15, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Mahmud bin Rabi' al-Ansari RA menceritakan, “Bahawa ‘Itban bin Malik adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW dari golongan Ansar yang ikut berperang dalam peperangan Badar. Dia datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Ya, Rasulullah! Penglihatanku sudah lemah (buta). Sedangkan aku solat menjadi imam bagi kaumku. Apabila hari hujan, maka air mengalir di lembah yang terbentang antara rumahku dan mereka, sehingga aku tak dapat datang ke masjid untuk solat bersama-sama dengan mereka. Aku ingin, ya Rasulullah, supaya anda datang ke rumahku, kemudian anda solat di sana dan jadikanlah rumahku itu jadi musolla. Maka Rasulullah SAW datang dan bertanya, “Di mana tempat yang kamu harapkan saya solat?” Maka Itban tunjuk ke arah satu di tempat di rumahnya, maka Rasulullah SAW pun solat di situ.
Dalam meneliti hadith Baginda Rasulullah SAW di atas, ia adalah berkaitan tuntutan solat di masjid secara berjemaah. Pun begitu, saya bukanlah mereka yang layak untuk menghuraikan hadith tersebut dalam aspek yang khusus.
Apa yang ingin saya kemukakan di sini adalah hebatnya Baginda Rasulullah SAW dalam memperkenalkan suatu model sosiologi dalam membangunkan potensi seorang OKU atas dasar kewajipan dalam syariat. Islam itu bukan sekadar agama peribadatan khusus. Bahkan ia mencangkupi setiap aspek kehidupan.
Sememangnya benar tidak banyak ungkapan khusus dikemukakan sama ada melalui al-Quran mahupun sabda Baginda Rasulullah SAW tentang bagaimana cara membangunkan OKU. Namun al-Quran dan sunnah telah cukup menggariskan prinsip-prinsip umum yang sesuai hingga ke hari qiamat bagaimana kaedah untuk OKU dibangunkan sesuai dengan fitrah kejadiannya.
Ayuh, kita teliti pengajaran dari catatan An-Nasa’I di atas!
‘Itban bin Malik dalam riwayat di atas telah menjadi seorang OKU penglihatan. Disebabkan kecacatan yang dialaminya, beliau telah berhadapan dengan suatu halangan atau kesukaran. Halangan atau kesukaran tersebut terjadi bila air yang bertakung antara rumah dan masjid telah menghalang beliau pergi ke masjid untuk mengimami solat jemaah.
Prinsip penting di sini, seorang OKU akan menjadi kurang upaya apabila adanya halangan. Kecacatan itu sendiri bukanlah suatu factor penghalang utama bahkan ia akan sentiasa tertakluk pada persekitaran. Persekitaran yang sesuai akan membolehkan seorang OKU mampu menonjolkan potensi diri sebenar sebaliknya persekitaran yang tidak bersifat mesra OKU akan menjadi penghalang kepada keupayaan OKU menonjolkan potensi diri.
Justeru, dalam kisah ‘Itban bin Malik ini, prinsip yang diketengahkan oleh baginda Rasulullah SAW bagi mengupayakan OKU adalah hapuskan halangan. Secara tradisinya, ‘Itban bin Malik perlu keluar dari rumah untuk mengimami solat berjemaah di masjid.
Amalan tradisi ini akan menghalang potensi diri sebenar ‘Itban bin Malik sebagai imam. Dengan menjadikan rumahnya sebagai tempat solat berjemaah, ‘Itban bin Malik tidak lagi berhadapan dengan halangan untuk menjadi seorang imam kepada kaumnya.
Jelas baginda Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bagaimana potensi diri seorang OKU mampu digilap dengan menghapuskan setiap halangan kepada kecacatan yang ada pada diri OKU tersebut.
Demikianlah prinsip-prinsip umum ini perlu disesuaikan dengan peredaran masa dan suasana. Pada hari ini, OKU berhadapan dengan pelbagai halangan dalam segenap aspek kehidupan.
Bermula dengan saat-saat kelahiran hinggalah ke lanjut usia, seorang OKU amat memerlukan suatu usaha menyeluruh dari pihak berwajip bagi menghapuskan setiap halangan agar kecacatan yang ada tidak menjadi faktor kepada membina potensi diri.
Ada OKU yang hanya mampu hidup di dalam kediamannya sahaja. Justeru, OKU sebegini perlu diadakan program khusus bagaimana beliau dapat menyumbang suatu pada agama dan tanah airnya dari kediamannya. Ada OKU yang boleh bergerak ke sana ke mari apabila ada sistem pengangkutan yang cekap dan kemudahan awam yang mesra OKU.
Ada OKU yang kurang dari aspek intelak tetapi cukup hebat dalam aspek-aspek kemahiran. Begitu juga adanya OKU yang secara fizikal dilihat daif namun mempunyai keupayaan intelktual yang cukup baik.
Bagi menggilap setiap potensi OKU yang pelbagai katagori, ia bukan suatu yang mudah. Ia cukup menagih komitmen bersungguh-sungguh dari pihak kerajaan dengan dokongan setiap pihak yang terbabit.
Demikianlah sempurnanya Islam untuk setiap insan. Begitu benarnya bila Allah SWT berfirman bahawa Baginda Rasulullah SAW itu adalah rahmat untuk sekalian alam. Apa lagi yang ada pada kita selain berusaha sehabis daya bagi membenarkan isi kandungan al-Quran dan sunnah baginda untuk dirasai oleh setiap manusia?
Sumber HD - 15-1-2014
Amalkan sifat agung Rasulullah s.a.w.
- Jan 14, 2014
- HARAKAHDAILY
FIRMAN Allah SWT (Surah Al-Ahzab ayat 21) yang bermaksud “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita bersama-sama ingat-mengingati bahawa bulan Rabiul Awwal ini adalah bulan bagi seluruh umat Islam menyambutnya dengan penuh keinsafan akan sejarah kelahiran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dihayati. Ia juga bertujuan untuk sama-sama kita mengagungkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agung kita, pembawa rahmat dan suri teladan untuk sekalian umat di dunia ini.
Sebagaimana maksud ayat Al-Quran (Surah Al-Ahzab) ini, ia mengandungi penegasan daripada Allah SWT agar kita mengambil contoh daripada Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya hendaklah apa yang ditunjukkan oleh diri Rasulullah itu (segala sunnah baginda) diambil dan dijadikan ikutan, manakala segala larangan wajiblah ditinggalkan. Justeru, bagi umat Islam diharapkan agar semangat Maulidur-Rasul ini kita hayati dengan sebenar-benarnya dijadikan budaya kerja kita sehari-hari.
Dalam hal ini, saya cadangkan agar kita mengamalkan semua sifat agung baginda Rasulullah s.a.w. ––siddiq (benar), amanah (benar-benar boleh dipercayai), tabligh (menyampai seruan) dan fatonah (cerdik). Misalnya sifat Amanah yang menjadi sifat yang wajib bagi setiap Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.
Amanah adalah teras kecemerlangan, kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Mereka yang mengabaikan sifat amanah adalah mereka yang menempah kegagalan, penderitaan dan kecelakaan bukan sahaja di dunia bahkan di Hari Pembalasan nanti. Justeru, tidak hairanlah semakin tinggi taraf jawatan yang disandang maka tinggilah amanah yang dipikul dan besarnya beban tugas serta beratnya amanah yang dipikul.
Setiap kita ini (hamba-Nya), tentunya mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan dan ia hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan, maka setiap kita ini mestilah mengutamakan tugas asasi masing-masing, terutama di dalam menghayati tuntutan Allah dan Rasul melebihi kepentingan peribadi.
Demikian pula, dengan sifat fatonah iaitu cerdik. Kecerdikan baginda Rasulullah s.a.w. berasal daripada panduan wahyu manakala kita sebagai umatnya hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi menjadikan kita juga sekurang-kurangnya mempunyai nilai fatonah dalam menjalan tugasan termasuk urus tadbir di peringkat kerajaan mahu pun swasta.
Akhir kata, semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi azam dan impian kejayaan kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang cemerlang dan bakal menerima syafaatnya di akhirat kelak.
Datuk Ahmad Yakub
Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 14-1-2014
Rasulullah s.a.w. harus diingati sepanjang masa
- Jan 14, 2014
- HARAKAHDAILY
MENJELANG sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad s.a.w. kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.
Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah s.a.w. pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa.
Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan. Demikian di rumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan manusia, dasar zalim dan bobrok.
Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Sumber HD - 14-1-2014
Menggalas perjuangan dakwah dan pemerintahan Nabi SAW
- Jan 14, 2014
- .
Perutusan Maulid Rasulillah SAW
Maulid Rasulullah saw yang selalunya diperingati pada bulan Rabi'ul awwal sepatutnya menyedarkan umat kepada perlunya kembali kepada Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam. 3 perkara inilah yang diperjuangkan oleh Nabi saw sepanjang hayat dakwah baginda selama 23 tahun dengan 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Aqidah Islam menuntut umat Islam meletakkan Allah sebagai tempat pergantungan dan syurga sebagai impian. Tidak wajar manusia diper"tuhan"kan sehingga mengenepikan perintah dan larangan Allah. Rezeki bukan di tangan manusia tetapi Allah yang empunya sehingga meletakkan kita dalam ketakutan mempertegaskan hukum dan perintah Allah apabila berhadapan dengan manusia khususnya penguasa.
Syariat Islam yang diterjemahkan dalam pemerintahan Baginda saw di Madinah adalah sebaik-baik jalan penyelesaian bagi kemelut kehidupan yang sedang dirasai oleh masyarakat khususnya di Malaysia hari ini.
Kemelut ekonomi dan sosial yang menggugat kebahagiaan hidup hanya dapat diselesaikan dengan dasar-dasar pemerintahan Islam yang adil yang menolak monopoli ekonomi, sistem percukaian yang zalim, ketirisan disebabkan oleh rasuah dan pemborosan perbelanjaan negara yang meletakkan negara dalam krisis kewangan sehingga menanggung hutang negara melebihi RM500 bilion. Akhirnya rakyat terpaksa dibebankan dengan penarikan subsidi petrol.
Kebajikan rakyat terbela dengan sistem pemerintahan Rasulullah yang berasaskan konsep "Negara Hidayah" dan bukan Negara Jibayah cukai".
Hari ini rakyat Malaysia ditekan dan ditindas dengan percukaian tinggi pada keperluan asas seperti kereta yang "merompak" pendapatan rakyat tanpa sedar. Krisis ekonomi meletakkan rakyat dalam kadar hutang isi rumah yang tinggi melebihi RM500 bilion.
Apatah lagi di saat GST akan dikenakan nanti meliputi seluruh rakyat termasuk yang tidak berkemampuan. GST adalah bayaran yang perlu dibayar oleh rakyat hasil pemborosan pemerintah yang gagal menguruskan kewangan negara secara berhemah menurut sunnah Rasulillah saw.
Akhlak Islam yang ditunjuk dan disebarluaskan oleh Nabi saw sepanjang kehidupan dakwah di Mekah dan menjadi ciri keistimewaan warga Madinah di saat pemerintahan Islam sewajarnya menjadi tonggak kehidupan bersosial rakyat Malaysia.
Kehidupan berkeluarga yang harmoni saling menyayangi, kejiranan yang saling bantu-membantu, masyarakat kaya yang prihatin pada golongan miskin, anak muda yang menghormati orang tua dan orang tua yang menyayangi golongan muda. Gejala rempit anak muda, zina yang berleluasa, buang bayi, jenayah yang meningkat khususnya pembunuhan dan rompakan adalah petanda kepincangan kehidupan bersosial akibat meninggalkan akhlak Rasulullah saw.
Maka marilah sempena Maulid Rasul SAW ini seluruh ummat meningkatkan azam dan tekad untuk menjadi sebahagian jaringan pejuang-pejuang yang menggalas perjuangan dakwah Nabi saw ke arah pemerintahan Islam yang adil dan membahagiakan.
YB Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Majlis Syura Ulamak
Ahli Parlimen Kuala Nerus
12 Rabi'ul Awwal 1435H bersamaan 14hb Jan 2014
Sumber HD - 14-1-2014
Paling baik pemimpin berkata ‘aku mencontohi Nabi SAW’
- Jan 14, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Wahai anakku,
Ayat di atas menyeru kita mencontohi Rasulullah dalam segala amal hidup kita. Kamu sudah tentu tahu bulan Rabiul Awal ialah bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pada setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.
Wahai anakku,
Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam, Baginda mengajar kita segala ajaran agama dan meminta kita terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Baginda dipilih untuk menerima al-Quran untuk baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untuk semua umat manusia. Sudah 1,400 tahun, Baginda meninggal, yang ada kini adalah sunnahnya. Al-Quran dan As-Sunnah adalah peninggalan Baginda bagi kita.
Wahai anak kesayanganku,
Bukan itu sahaja, Baginda turut meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah kita mengikut selalu bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman. Itu yang terpenting bagi kita yang beragama Islam.
Ingatlah, Al-Quran adalah ibu segala petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. As-Sunnah pula adalah untuk kita mengikuti apa yang dicontohkan oleh Nabi kerana Baginda merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.
Oleh itu, wahai anakku, setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi model dengan mencontohi kepimpinan Nabi.
Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW terutamanya bagi pemimpin dan perjuang Islam.
Ini kerana, atas sebab hendak mencontohi Nabi, kita akan cekalkan hati untuk melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam. Kita akan bertekad untuk mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.
Salam sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1435 Hijrah buat wahai anakku.
Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa.
Senyum
Sumber HD - 14-1-2014
Rasullullah model kepimpinan terbaik
- Jan 14, 2014
- DATUK TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Wahai anakku,
Ayat di atas menyeru kita mencontohi Rasulullah dalam segala amal hidup kita. Kamu sudah tentu tahu bulan Rabiul Awal ialah bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pada setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.
Wahai anakku,
Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam, Baginda mengajar kita segala ajaran agama dan meminta kita terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Baginda dipilih untuk menerima al-Quran untuk baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan al-Quran sebagai panduan untuk semua umat manusia. Sudah 1400 tahun, Baginda meninggal, yang ada kini adalah sunnahnya. Al-Quran dan as-Sunnah adalah peninggalan Baginda bagi kita.
Wahai anak kesayanganku,
Bukan itu sahaja, Baginda turut meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Al-Quran dan as-Sunnah hendaklah kita mengikut selalu bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman. Itu yang terpenting bagi kita yang beragama Islam.
Ingatlah, al-Quran adalah ibu segala petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. As-Sunnah pula adalah untuk kita mengikuti apa yang dicontohkan oleh Nabi kerana Baginda merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.
Oleh itu, wahai anakku, setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi model dengan mencontohi kepimpinan Nabi.
Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW terutamanya bagi pemimpin dan perjuang Islam.
Hal ini kerana, atas sebab hendak mencontohi Nabi, kita akan cekalkan hati untuk melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam. Kita akan bertekad untuk mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.
Salam sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1435 Hijrah buat wahai anakku.
Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa.
Sumber HD - 14-1-2014
Maulid Rasulullah: Berbezakah kita dengan Abu Lahab?
- Jan 14, 2014
- USTAZ AZHAR YAHYA
Pertikaian tentang Maulidurrasul saban tahun tidak kurang hebatnya. Malang sekali apabila masalah fundamental ummah jarang diperbincangkan seperti runtuhnya akhlak dan jati diri umat Islam tetapi sering mempertikaikan dan memperdebatkan perkara yang khilafiyah.
Kelahiran Rasulullah SAW bukanlah kelahiran biasa yang perlu disambut dengan girang gembira sahaja tetapi kelahiran yang membawa “nur” menyinari sekian alam. Jika sambutan Maulidurrasul hanya sekadar disambut dengan gembira, Abu Lahab adalah antara orang yang paling gembira menyambut kelahiran Rasulullah SAW. Janganlah kita menjadi seperti Abu Lahab yang beria-ria menyambut kelahiran Rasulullah tetapi setelah dikemukakan kebenaran dia pula menjadi penentang nombor satu.
Sambutan ini perlu dijadikan satu sambutan yang benar-benar memberikan sinar suluhan kepada kepada ummah dalam mereka menempuhi dunia yang penuh kegelapan maksiat dengan suluhan kenabian. Jika kita tidak meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, apalah gunanya kita beria-ria menyambut kelahirannya? Seolah-olah tiada ertinya.
12 Rabiul Awwal adalah tarikh yang mempunyai 3 peristiwa pengubah dunia iaitu:
[1] Kelahiran Rasulullah SAW.
[2] Kelahiran Daulah Rasulullah SAW.
[3] Kelahiran Pewaris Perjuangan Rasulullah SAW.
Jika hanya menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW kemudian memusuhi baginda samalah seperti Abu Lahab. Sunnah Abu Lahab inilah yang perlu diubah dengan memahamkan ummah ini bahawasanya tanggal 12 Rabiul Awwal ini ada dua lagi peristiwa besar yang ditakdirkan Allah SAW berlaku iaitu bermulanya Daulah Nabi dan Wafatnya Nabi.
Baginda yang kita sambut kelahirannya itu telahpun wafat, maka hendaklah disedari bahawa kewafatan baginda bukanlah masa untuk ditangis-tangiskan semata tetapi adalah masa untuk menyedari bahawa Baginda telah meninggalkan sesuatu warisan yang besar untu diwarisi iaitu perjuangan untuk mendaulatkan agama ini. Kitalah yang akan menjadi mata rantai penerus kepada perjuangan ini.
Justeru, kefahaman kepada umat Islam perlu di terapkan dan semangat para pejuang patut dikobarkan dengan suntikan semangat hijrah mendapatkan “daulah” yang juga berlaku pada 12 Rabiul Awwal.
*USTAZ AZHAR YAHYA ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
Sumber HD - 14-1-2014
Maulidur Rasul bukan sekadar sambutan - Leman
- Jan 13, 2014
- ANIS NAZRI
Dengan mengingati semangat perjuangan dan mencontohi keperibadian Rasulullah SAW, ia juga sebagai satu platform untuk kita bersama-sama mengingatkan kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan ini mengikut cara yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.
Selebriti, Leman Raja Lawak, berkata Maulidur Rasul yang saban tahun disambut di negara ini memang baik bagi mengingatkan umat tentang perjuangan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Namun, beliau berpendapat sambutan itu juga bukanlah sekadar sambutan semata-mata tanpa memahami dan mengambil segala aspek keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Katanya, umat Islam di negara ini perlu menjadi muslim haraki, yang mengikuti sistem yang diperkenalkan dan dilaksanakan Rasulullah SAW.
"Jika umat Islam tidak menjadi muslim haraki, dia tidak tahu apa yang Rasulullah SAW ajarkan, sama ada dari aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Leman, yang kini giat bersama PAS cuba mencontohi sedikit sebanyak keperibadian Rasulullah SAW dalam kehidupan sehariannya.
"Saya pun masih belajar lagi. Saya cuba perlahan-perlahan. Kalau dahulu, saya ni seorang pemarah. Mudah memberontak. Tapi sekarang ini saya cuba mengawal kemarahan saya. Jadi lebih 'cool' sikit," cerita beliau.
Katanya, beliau cuba mengambil contoh sifat Rasulullah SAW yang bertenang dan bersabar ketika ditentang sewaktu menyampaikan dakwah.
"Rasullulah SAW tetap bersabar dan bertenang, malah berhemah pula dengan golongan yang menentang apa yang diperjuangkannya. Jadi saya cuba untuk mencontohi sifat-sifat tersebut," kata beliau yang mengakui pada peringkat awal menyertai PAS turut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.
Sumber HD - 13-1-2014
Antara Maulidur Rasul dengan Hard Rock Cafe
- Jan 13, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor berkata, bukti kecintaan kepada Nabi Muhammad harus ditunjukkan dengan perbuatan, bukan hanya dilafazkan di bibir apabila tiba bulan kelahiran baginda.
"Sempena bulan Rabiulawal, bulan kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. umat Islam sepatutnya peka kepada isu-isu semasa kerana nabi bukan sekadar mengajak kita memuliakan masjid, menunjukkan akhlak yang baik tapi juga mewujudkan tapak pemerintahan Islam yang jauh daripada maksiat dan kemungkaran," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily.
Beliau berkata, Nabi Muhammad s.a.w sudah menunjukkan contoh pentadbiran negara yang cemerlang dari segi ilmu dan agama yang harus menjadi ikutan oleh pemimpin negara, lebih-lebih lagi mereka yang mengaku sebagai pejuang Melayu dan Islam.
"Cuba kita bayangkan pakej Kota Madinah itu sebagai pusat ilmu, pusat ketamadunan, dengan adanya ahli suffah ada Masjid Nabawi menunjukkan bahawa bagaimana tamadun yang nabi bina, bandar yang nabi bina, pengkalan kuasa yang nabi bina, berkonsepkan ilmu.
"Pemimpin negara yang sentiasa melaungkan mereka sebagai pejuang Melayu pejuang Islam harus mengambil cakna aspirasi yang ada pada sirah nabi yang kita sambut dalam bulan Rabiulawal," katanya lagi.
Mengaitkan Rabiulawal dengan cadangan Putrajaya untuk membuka pusat hiburan Hard Rock Cafe di kawasan tersebut, beliau berkata ia sangat bercanggah dengan contoh yang ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w.
"Elemen pemerintahan nabi kita terapkan dalam pemerintahan kita sebagai satu manifestasi rasa kasih dan sayang kita kepada nabi kerana sayang kita kepada nabi bukan sekadar berselawat semata-mata tapi kita mengamalkan apa yang disuruh nabi dan meninggalkan apa yang dilarang," tegasnya.
Dr Riduan juga berkata, Hard Rock Cafe sangat tidak sesuai dibuka di Putrajaya yang terkenal sebagai pusat pentadbiran bercirikan Islam.
"Hasrat penubuhan Putrajaya sebagai nadi pembangunan negara malah dibanggakan oleh pemimpin Umno sebagai kota pentadbiran Islam, malah satu rumah ibadat agama lain pun tidak dibina di Putrajaya, tiba-tiba mahu dibuka pusat hiburan.
"Orang-orang kampung, orang Felda selalu dibawa melawat Putrajaya dalam misi mendoktrin mereka bahawa Malaysia betul-betul mengamalkan pemerintahan Islam," katanya.
Justeru tegasnya, sebagai tanda mencintai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. orang Islam harus bangkit menentang perkara ini.
"Jika masayarakat tak bangkit menentang bersungguh-sungguh hampir pastilah akan wujud Hard Rock Cafe.
"PAS di seluruh peringkat akan menentang jika Putrajaya dijenamakan dengan hiburan yang melalaikan," tegasnya.
Tambah beliau juga, kewujudan Hard Rock Cafe tidak akan memberikan kebaikan kepada masyarakat malah meningkatkan lagi masalah keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat khususnya orang Melayu Islam.
"Tidak ada contoh kebaikan pun yang akan kita dapat daripada kewujudan Hard Rock Cafe.
"Ia lebih kepada pusat bersantai, menghabiskan wang dan mercu tanda kepada hedosnisme dan secara tak langsung kita meremehkan budaya bangsa kita sendiri yang lebih sopan," katanya.
Sumber HD - 13-1-2014
Sambut Maulidur Rasul ketika poket rakyat dinodai
- Jan 13, 2014
- NAZMI NIK DIN
Lahir pada Tahun Gajah di bumi Mekah sebagai perubah kepada dunia yang kelam dalam kegelapan jahiliah.
Kelahiran dan kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi lagi rasul akhir zaman telah membawa sinar kebahagiaan kepada ummat yang selama ini ditindas dan bermusuhan antara satu sama lain, di mana yang kuat memerintah, yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, kos kehidupan rakyat Malaysia terus meningkat bermula dari sekecil-kecil barangan keperluan manusia sehinggalah kepada keperluan-keperluan besar yang lain.
Tarif itu naik dan barang ini naik! Namun pernahkah kita bertanya, APA ERTI AKU MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ketika mana kita seolah-olah masih meredhai kezaliman yang terus mencengkam kehidupan rakyat Malaysia pada hari ini. Adakah sikap tidak prihatin ini disukai oleh Rasulullah s.a.w kiranya baginda masih hidup?
Cukai-cukai semakin menggila melepaskan amarahnya kepada rakyat jelata namun pada kali ini ianya bergerak menodai poket rakyat jelata di atas nama suntikan ekonomi dan penyelarasan subsidi! Ketahui apa yang berlaku ini adalah kerana manusia meninggalkan ajaran dan perundangan Allah s.w.t.
Perundangan terletak pada pandangan nafsu bukannya wahyu sehingga dunia menjadi bercelaru kehilangan pedoman dan ketiadaan sistem yang mampu dijadikan tempat rujukan untuk berlindung.
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam semakin terpancar dengan penghapusan apa saja bentuk penindasan terhadap apa sahaja hak hak asasi manusia yang dinodai.
Rasulullah s.a.w juga turut membawa satu mesej yang jelas kepada seluruh alam apabila Rasulullah s.a.w memerangi penyakit semangat kebangsaan sempit yang merosakkan keadilan sesama manusia. Ianya bersesuaian dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW itu sendiri sebagai rasul pembawa seruan Islam untuk semua bangsa bukannya dikhususkan kepada sesuatu bangsa semesti sahaja sebagaimana para nabi sebelum ini.
Ketahuilah umat Islam di negara ini hanya akan menjadi kuat dan dikurniakan izzah bilamana kita berpadu di atas nama Islam dan bukannya atas nama perkauman sempit yang dikeji oleh Rasulullah s.a.w.
Kekuatan Islam dapat dilihat dengan jelas apabila umatnya bersatu dalam satu aqidah, mengadap ke arah satu Ka’abah, mengguna pakai seluruh sistem berdasarkan satu al-Quran kalimah Allah.
Manakala kelemahan umat Islam dapat dilihat juga dengan jelas apabila aqidah umat Islam dipecah-belahkan dengan meniggalkan ajaran Islam yang sebenar sehingga ramai yang mengambil ideologi ciptaan kuffar sebagai pedoman hidup serta ramai di kalangan umat Islam menyuburkan kembali semangat kebangsaan yang sempit juga menyebabkan jurang pemisah mula timbul kembali setelah dihapuskan oleh Rasulullah SAW.
Di samping itu ummat Islam hanya menggunakan al-Quran sebagai bahan bacaan semata-mata sedangkan segala sistem dan tutur cara yang terkandung dalam al-Quran yakni turut melibatkan masalah pemerintahan, perundangan, ekonomi, kemasyarakatan terus diabaikan dan ada juga menerima pakainya tetapi dalam bab yang berkenan di hati sahaja. Inilah antara penyakit teramat bahaya yang timbul dalam masyarakat Islam sehingga mereka dihinakan oleh Allah SWT dengan pelbagai penyakit termasuk peperangan.
Menyedari tentang bahayanya perpecahan di kalangan umat Islam yang menyebabkan kita terus ditawan serta dijajah, maka kita wajib kembali bersatu atas dasar Islam sebagaimana yang telah dilakukan dengan gahnya oleh Rasulullah SAW.
Sempena menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal ini maka seluruh ummat Islam bukan sahaja menyebut tentang kemuliaan dan kehebatan yang ada pada diri Rasulullah SAW, tetapi mesti bertindak segera dalam mengikuti segala yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW kita dalam mengembalikan semula kegemilangan dan kemuliaan ummat Islam.
Biarlah perasaan gembira yang kita gambarkan dan hamparkan dalam mengadakan sebarang majlis Maulidur Rasul sama keadaannya antara perasaan pada zahir dan batin bukannya pada zahir sahaja kita begitu gembira menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW sedangkan pada batinnya umat Islam sedang menangis hiba akibat dijajah oleh musuh dalam segenap penjuru kehidupan mereka akibat kesilapan dan kesalahan mereka sendiri.
Firman Allah SWT dalam ayat 39 surah at-Taubah:
إلا تنفروا يعذبكم عذابا أليما ويستبدل قوما غيركم ولاتضروه شيئا والله على كل شىء قدير
“Jika kamu tidak turut serta berangkat untuk berperang nescaya Allah akan menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantikan kamu dengan suatu kaum yang lain dan kamu tidak dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Yakinlah kita bahawa dengan Islam sahaja maka kita mampu meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jadikanlah diri kita sebagai pejuang agama Allah SWT bukan penentang dan peruntuh Islam.
Ingatlah bahawa kita bukan orang pertama dan terakhir yang memperjuangkan Islam sebaliknya kita ialah rantaian kepada perjuangan ummat terdahulu dan akan datang. Ingatlah juga bahawa kita bukan orang yang memulakan perjuangan Islam sebaliknya kita adalah penerus dan penyambung kepada tugas yang telah dilakukan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini.
Jangan diungkit tentang keletihan dalam perjuangan kerana ianya adalah lumrah, ketahuilah bahawa golongan yang mentang perjuangan kita jauh lebih letih dan penat menentang pejuang Islam kerana mereka berjuang untuk mendapat habuan dunia berupa takhta dan harta yang semuanya berbentuk sementara, bukan selama-lamanya. Yakinlah kepada janji pertolongan dan kemenangan daripada Allah SWT. Islam akan subur tatkala jahiliah semakin hancur, Islam akan menang ketika rangkaian mula keletihan, Islam akan berdiri gagah ketika penyokong jahiliah semakin lemah, Islam akan kembali merajai dunia ketika jahiliah tersungkur jatuh penuh hina.
Wallahua’lam.
~RAHMAT UNTUK SEMUA ~
Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.
Sumber HD - 13-1-2014
Jangan sambut Maulidur Rasul seperti Abu Jahal
- Jan 13, 2014
- MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH
Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi kita nafas yang cukup baik untuk kita meneruskan hidup di muka bumi Allah. Sangat banyak nikmat Allah sehingga kita tidak mampu untuk menghitung nikmat Allah apatah lagi membayar semula. Bertepatan dengan firman Allah swt (maksudnya): “..dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya..” (Surah Ibrahim: 34)
Hanya yang mampu untuk kita lakukan adalah dengan bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Bersyukur bagaimana? Dengan melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah swt. Bagi manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah swt, maka Allah akan mengazab mereka.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim: 7)
Hari ini kita telah menjejak ke dalam bulan Islam iaitu hari kelahiran Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semestinya hari ini merupakan antara hari yang sangat istimewa buat seluruh umat Islam terutama yang mencintai diri Rasulullah itu.
Tetapi apa yang menjadi persoalan dalam benak pemikiran saya adalah, benarkah umat Islam Islam benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w.? Kalau benar mereka mencintai Rasulullah, kenapa masih ada yang menyambut Maulidur Rasul dalam keadaan mereka tidak menepati ciri-ciri aurat yang ditentukan oleh Islam? Kenapa yang menyambut Maulidur Rasul yang dikatakan mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi masih lagi tidak menjalankan hukum-hukum Allah?
Saya boleh simpulkan bahawa hari ini ramai kalangan umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul bukan datang dari perasaan kasih sayang yang sangat mencintai Rasulullah akan tetapi mereka hanya menyambut sekadar adat sahaja. Orang lain buat, kenapa tidak untuk aku membuatnya?
Apabila tiba hari kelahiran Nabi s.a.w, umat Islam bertungkus lumus membuat bermacam-macam program untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah saw. Ini usaha yang sangat baik tetapi sama seperti program-program yang birthday party yang dianjurkan oleh manusia lain.
Saya berkata begini kerana, yang menyambut Maulidur Rasul ada kalangan manusia yang buka aurat, tutup aurat pun masih lagi tidak menepati ciri-ciri yang digariskan untuk Islam, pemimpin Islam tetapi masih lagi menolak hukum Allah dan masih tidak melaksanakan.
Adakah tindakan ini seakan-akan menyamai Abu Jahal, bapa saudara Nabi saw yang pada mula kelahiran Nabi saw, dialah antara orang yang paling gembira dengan menyembelih beratus-ratus ekor unta? Dengan erti kata lain Abu Jahal menyambut Maulidur Rasul (kelahiran) pada ketika itu.
Abu Jahal sangat mencintai Nabi s.a.w. tetapi apabila Nabi s.a.w. mula menyampaikan risalah Islam, Abu Jahal mula membenci Nabi s.a.w. Sedangkan dahulunya dialah antara orang yang paling gembira menyambut Maulidur Rasul.
Oleh itu, bagi saya ulang tahun kelahiran Nabi s.a.w. ini adalah untuk kita semakin kuat mengingati Rasulullah sebagai penyelamat umat. Bukan hanya sekadar berarak ketika Maulidur Rasul tetapi kita perlu menghayati peritnya perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan Islam.
Seterusnya kita melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang di larang. Rata-rata umat Islam hari ini juga suka menyambut Maulidur Rasul tetapi pada masa yang sama tidak menutup aurat , melanggar hukum-hukum Allah, menolak hukum Allah, tidak mengikut garis panduan Islam dan sebagainya maka samalah seperti perangai Abu Jahal.
Akhir kata muhasabah untuk diri saya dan seluruh umat Islam bahawa kita menyambut Maulidur Rasul dengan penuh menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan Islam dan sekaligus cuba untuk menjadi umat Islam yang lebih baik dengan tidak menjadikan sambutan Maulidur Rasul itu sebagai adat yang mesti dibuat. Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam.
Penulis ialah bekas Presiden PMIUPM. Artikel ini ditulis ketika beliau memimpin PMIUPM
Sumber HD - 13-1-2014
Berselawat dan berzikir dengan gendang, muzik dan tarian
- Jan 13, 2014
- DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
Perbincangan di sini akan difokuskan kepada isu yang menjadi persoalan dalam masyarakat, apabila ada ahli ilmu atau pencinta ilmu dalam kalangan ahli ibadat, orang masjid yang melakukannya.
Kita sedar dan faham bahawa perkara yang dibincangkan ini adalah dikatakan perkara khilaf yang menjadi perbezaan pandangan para ulama dahulu dan sekarang. Namun untuk menjelaskan isu ini eloklah kita rujuk pandangan imam yang besar dan pandangan ulama dalam kalangan pendokong Mazhab Syafie yang dekat dengan jiwa kita.
Membaca selawat sambil diiringi rebana, gendang atau yang seumpamanya (alat muzik).
Perbuatan ini sama juga seperti membaca qasidah-qasidah atau sya'ir-sya'ir yang dinyanyikan dan diringi dengan pukulan kayu, rebana atau seumpamanya. Bahkan lebih teruk lagi sambil menggoyang-goyang badan, berpusing-pusing dan menari-nari. Ia disebut dengan istilah as-Sama' atau Taghbir (sejenis syair berisi anjuran untuk zuhud di dunia yang dinyanyikan dengan sebahagian hadirin memukul-mukul kayu pada bantal, kulit atau sebagainya sesuai dengan irama lagunya).
Antara Pandangan Ulama-ulama Ahlus Sunnah:
1.Imam Asy-Syafei (wafat 204H) berkata, maksudnya:
“Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir. (Iaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al-Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis].
Ulama menjelaskan perkataan Imam asy-Syafei tersebut dengan mengatakan:
“Yang disebutkan oleh Imam asy-Syafei rahimahullah (bahawa perbuatan tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq), adalah suatu pandangan seorang imam yang ahli dalam ilmu usul dalam Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang menggalak dan menganjurkan nyanyian melainkan orang-orang zindiq….. sebagaimana yang disebutkan oleh Abdurrahman as-Sulami dalam Mas’alah as-Sama’ daripada Ibnu Rawandi.” [Majmu’ al-Fatawa, 11/570].
Dalam kitabnya, “Al-Umm”, Imam asy-Syafei rahimahullah menegaskan lagi bahawa:
“Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga ia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya)...” [Asy-Syafei, al-Umm, 6/226].
Bagi mazhab asy-Syafei sendiri dinyatakan bahawa: “Diharamkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik seperti biola, gambus, shonji (iaitu dua piring tembaga yang saling dilagakan bagi menghasilkan bunyi), gendang, serunai dan sebagainya. Setiap alat muzik yang bertali adalah haram tanpa khilaf. Dibolehkan duff (kompang) bagi majlis kenduri kahwin, berkhatan atau seumpamanya. Nyanyian jika tanpa alat muzik, hukumnya makruh (dibenci) dan jika dengan diiringi alat-alat muzik hukumnya adalah haram.” [Lihat perbahasannya dalam kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faz al-Minhaj, Kitab asy-Syahadat karya Imam Muhammad bin Ahmad bin al-Khathib asy-Syarbini].
2.Imam Ahmad apabila ditanya tentang taghbir, beliau menjawab: “Bid'ah.” [Riwayat Al Khallal. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 163].
3.Al-Qadhi Abu at-Toyib al-Tobari (wafat 450H), seorang tokoh ulama Syafie yang telah menyatakan bahawa: “Kumpulan yang menyanyi untuk ibadah ini telah menyalahi jamaah muslimin kerana telah menjadikan nyanyian sebagai agama dan ketaatan. Iklan-iklan mereka terdapat di masjid-masjid, jami’ah dan semua tempat mulia.” [Mas’alah as-Sama’, Ibnu al-Qayyim].
4.Imam At-Tartusyi (wafat 520H), tokoh ulama Maliki dari kota Qurtubah; telah ditanya tentang satu kelompok di suatu tempat yang membaca al-Quran, lalu seseorang di antara mereka menyanyikan sya'ir, kemudian mereka menari dan bergoyang. Mereka juga memukul rebana dan memainkan seruling. Apakah menghadiri majlis mereka itu halal atau tidak?
Beliau menjawab: “Jalan mereka itu adalah batil dan sesat. Islam itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Adapun menari dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah), maka yang pertama kali mengada-adakannya adalah kawan-kawan Samiri (pada zaman Nabi Musa). Iaitu ketika Samiri membuatkan patung anak lembu yang boleh bersuara untuk mereka, lalu mereka datang menari di sekitarnya dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah). Tarian itu adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.
Adapun majlis Rasulullah SAW dan para sahabatnya penuh ketenangan, seolah-olah di atas kepala mereka dihinggapi burung. Maka seharusnya pemerintah dan wakil-wakilnya melarang mereka menghadiri masjid-masjid dan lainnya (untuk menyanyi dan menari, Pen). Dan bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidaklah halal menghadirinya. Tidak halal membantu mereka melakukan kebatilan. Demikian ini jalan yang ditempuh oleh (Imam) Malik, Asy-Syafei, Abu Hanifah, Ahmad dan lainnya dari kalangan imam-imam kaum muslimin.” [Tafsir Al-Qurtuba 11/238 Syamilah. Lihat Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 168-169].
5.Imam al-Hafiz Ibnu as-Solah (wafat 643H), imam terkenal penulis kitab Muqaddimah 'Ulumil Hadis. Beliau juga ditanya tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan rebana dan seruling, dengan tarian dan bertepuk-tangan. Mereka menganggapnya sebagai perkara halal dan qurbah (perkara yang mendekatkan diri kepada Allah), bahkan (katanya sebagai) ibadah yang paling utama.
Kesimpulan jawapan beliau ialah: “Mereka telah berdusta atas nama Allah Ta'ala. Dengan pendapat tersebut, pandangan ini masyhur di kalangan golongan batiniyyah yang Mulhidin (menyimpang). Mereka juga bertentangan dengan ijma'.
Sesiapa yang menentang ijma', (ia) terkena ancaman firman Allah, maksudnya:
”Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruknya tempat kembali.” [An-Nisa:115]. [Fatawa Ibnu As-Solah, 2/499- Syamilah. Lihat: Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 170].
5.Syeikh Ahmad bin Abdul Halim bin Taimiah rahimahullah berkata: “Dan telah diketahui secara pasti dari agama Islam, bahawa Nabi SAW tidak mensyariatkan kepada orang-orang soleh dan para ahli ibadah dari umat Baginda, agar mereka berkumpul dan mendengarkan bait-bait yang dilagukan dengan bertepuk tangan, atau pukulan dengan kayu (stik), atau rebana. Sebagaimana Baginda tidak membolehkan bagi seorangpun untuk tidak mengikuti Baginda, atau tidak mengikuti apa yang ada pada al-Kitab dan al-Hikmah (As-Sunnah). Baginda tidak membolehkan, baik dalam perkara batin atau zahir, untuk orang awam atau untuk orang tertentu.” [Majmu' Fatawa, 11/565. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 165].
6.Fatwa Imam as-Suyuthi rahimahullah (wafat 911H):
“Dan di antaranya adalah menari, menyanyi di dalam masjid, memukul kompang (atau gendang) atau rebab (sejenis alat muzik bertali seperti biola), atau selain itu dari jenis-jenis alat-alat muzik."
Maka sesiapa yang melakukan perkara yang tersebut di dalam masjid maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah), sesat, perlu dihalau dan boleh dipukul, kerana dia meremehkan perintah Allah untuk memuliakan masjid. Allah SWT berfirman:
“Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu menggagungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” [ Surah an-Nur : 36]. Iaitu dibacakan kitab-Nya di dalamnya.
Rumah-rumah Allah adalah masjid-masjid, dan Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk memuliakannya, menjaganya dari kotoran, najis, anak-anak (dari mengotori masjid), hingus, bawang putih, bawang merah (memakannya kemudian ke masjid tanpa bersugi terlebih dahulu), nasyid-nasyid, sya’ir, nyanyian dan tarian di dalamnya. Maka sesiapa yang menyanyi atau menari di dalamnya maka dia adalah pelaku bid’ah, sesat dan menyesatkan, dan berhak dikenakan hukuman.” [Jalaluddin as-Suyuti, Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’, m/s. 30 – Al-Maktabah Asy-Syamilah].
Bagi orang Malaysia pula, Nasihat dari Majlis Fatwa Negeri Melaka:
Fatwa Larangan Berzikir, Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid.
Ibadah. Tarikh Keputusan: 29 Dec, 2010.
Keputusan:
(a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;
(b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh Syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan Syariat dan akhlak Islam.
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 5 Jan, 2012
Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/02/10; PUNM. 700-02/37 Jld. 2
Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002
Negeri: Melaka.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/ fatwa-negeri/ fatwa-larangan- berzikir- memukul-gendang- atau- peralatan- muzik- lain- di- dalam- masjid
PENUTUP
Demikianlah penjelasan yang ringkas tentang masalah ini, kami nukilkan untuk maklumat dan penjelasan kepada masyarakat, lakukanlah amalan yang jelas ada dalil keharusannya, mencari yang benar dan tidak ada keraguan dalam beribadat adalah selamat sebagaimana yang diputuskan oleh para ulama’ bahawa keluar dari perkara khilaf adalah dituntut”.
Perintah Nabi SAW, bermaksud:
“Tinggalkan apa yang kamu ragu kepada perkara tidak meragukan kamu”. [HR: Tirmizi, hasan sahih]
Perbuatan ini adalah khilaf antara Haram dengan Harus, bukan antara afdhal dengan kurang baik. Alhamdulillah, jalan ibadat kepada Allah yang sahih banyak dan luas kenapa mencari jalan yang kabur dan tidak jelas. Uslub untuk berdakwah dengan cara yang selamat masih banyak, tidak perlu menggunakan jalan yang meragukan keharusan amalnya, juga kesan akan kejayaannya.
Dalam ibadah tidak memadai hanya niat yang baik tanpa mengikut Syariat atau Sunnah. Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang betul. Firman Allah SWT, bermaksud:
“Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.” [Surah al-Mulk : 2]
Makna “lebih baik amalnya” ialah siapa yang amalannya paling ikhlas dan paling betul. Ini kerana sesuatu amalan jika ikhlas tetapi tidak betul maka ia tidak diterima. Begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas, maka ia tidak diterima juga. Betul di sini merujuk kepada apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.
Insan tanpa panduan al-Quran dan al-Sunnah akan tersesat dalam menentukan cara ibadah kepada tuhan. Inilah yang berlaku di dalam agama-agama palsu. Mereka mencipta cara ibadah menurut akal fikiran mereka tanpa tunjuk ajar wahyu. Mereka tersesat jalan kerana mendakwa kehendak tuhan dalam ibadah tanpa bukti, sekalipun mungkin mereka itu ikhlas. Keikhlasan tanpa diikuti dengan cara yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak mendapat tempat.
Maka ibadah mestilah bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Nabi SAW berdalilkan apa yang disebut oleh Allah SWT, maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah al-Imran 3:31]
Ibadah yang tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW sekalipun niat pengamalnya baik, adalah tertolak. Firman Allah SWT, bermaksud:
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” [Surah al-Imran 3:85]
Berkata al-Imam Ibn Kathir rahimahullah (774H) ketika menafsirkan ayat di atas: “Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang disyari‘atkan oleh Allah maka sama sekali ianya tidak diterima.” [Tafsir Ibn Kathir].
Dalam hal ini Dr Yusuf al-Qaradawi juga mengingatkan:
“Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (tatacara) yang diredhai-Nya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan”. [Al-Qaradawi, Al-`Ibadah fi al-Islam].
Semoga kita mendapat bimbingan dan rahmat dalam beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah, Alhamdulillah Rabbil 'alamin.
http://abuanasmadani.blogspot.com/
Sumber HD - 13-1-2014
Mencontohi Rasul: Antara kata dan perbuatan
- Jan 13, 2014
- ABD SHUKUR HARUN
Kini umat Islam sedang berada dalam bulan sambutan Maulidul Rasul dengan pelbagai perayaan – perarakan, sepanduk, cogankata, ceramah, forum, makan-makan dan pelbagai lagi dalam suasana yang sangat meriah, di bandar dan di desa sejak sekian lama.
Ucapan dan ceramahpun berhamburan dengan kata-kata muluk, supaya umat ini menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan supaya umat selamat sejahtera di dunia dan diakhirat.
Kata-kata ini memang sangat indah dan segar dan tidak boleh dinafikan, memang ada umat Islam yang benar-benar hendak menghayati natijah dari kata-kata murni ini dalam amalan mereka sehari-hari.
Tetapi bagaimana dengan keadaan keseluruhan umat dan situasi negara sekarang ini, adakah membenarkan kata-kata bahawa Nabi SAW itu sebagai contoh ikutan umat?
Bayangkan negara sekarang berdepan dengan krisis ekonomi, hutang yang banyak, kegelisahan rakyat kerana harga barangan naik, perlakuan rasuah menjadi-jadi, penyelewengan, keteresan, monopoli ekonomi yang berlaku.
Di samping itu bersemarak dengan jeritan yang membingitkan, ketegangan antara agama yang diakibatkan oleh pelbagai isu, antaranya isu Kalimah Allah dulunya isu syiah, wahabi dan pelbagai lagi.
Mengapa hal ini berlaku sedangkan umat Islam sentiasa disuruh mencontohi Nabi SAW dan para sahabat dalam segala segi, justeru dialah insan yang memiliki segala keagungan. Tentunya pelbagai krisis yang berlaku sekarang di negara ini tidak mungkin terjadi jika umat Islam benar-benar mencontohi Nabi SAW dan para sahabat. Iaitu ekonomi dan semua urusan negara dilakukan dengan amanah dan adil.
Bayangkan bagaimana Nabi SAW dan para sahabat menyantuni orang bukan Islam, mengadakan perjanjian damai Hudaibiyah dengan golongan kafir Quraish, bagaimana Nabi SAW berdialog secara santun dengan tokoh Quraish, Utbah Bin Rabiah di Masjid Nabi SAW sendiri dan bagaimana Nabi SAW sangat peduli umatnya dan banyak contoh lain.
Demikian juga bagaimana sikap Sayidina Umar yang datang ke gereja Nasrani di Palestin, bukan dengan menceroboh tetapi dengan amat santun. Meminta izin daripada paderi gereja itu untuk memasuki gereja tersebut, walaupu ketika itu beliau berkuasa sebagai Amirul-Mukminin.
Setelah mendapat izin, Umar dan rombongannya pun masuk dengan penuh santun dan disambut oleh paderi tersebut lalu mereka berdialog dalam suasana yang kondusif, tidak ada kata-kata keras dan sebagainya.
Hinggalah tiba waktu Asar, Umar meminta izin paderi untuk mengerjakan solat. Lalu paderi itu mempelawanya solat saja di dalam gereja ini, tetapi Umar menolak dengan santun kerana khuatir akan menjadi ikutan umat Islam di kemudian hari. Beliau hanya mahu bersolat di luar gereja. Banyak lagi contoh dari Nabi SAW sendiri.
Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin yang sangat adil, penuh kasih sayang, menyantuni orang miskin, sangat peduli umat. Ia adalah role model" (qudwatun hasanah) untuk kita semua manusia. Tetapi persoalannya di sini ialah adakah semua prinsip tersebut dijelmakan sekarang ini di negara ini?
Bagaimana hubungan kita dengan mereka yang bukan Islam, malah hubungan dengan sesama Islam sendiri yang berlainan fahaman politik, umpamanya, di mana berlaku diskriminasi dalam pelbagai bentuk.
Seperti kata Hanipa Maidin, terlalu banyak isu agama yang wujud sekarang membuatkan beliau bertanya pada dirinya, "Islam apa yang cuba ditonjolkan di negara ini".
Isu-isu seperti reaksi melampau kerajaan BN terhadap isu mazhab, isu nama Allah, isu hasrat Umno ingin meminda Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan mazhab ahlul sunnah wal jamaah sebagai mazhab rasmi negara ini, isu kenyataan mufti Perak yang membughahkan himpunan anak muda yang berhimpun menentang kenaikan barang dan isu serbuan Jais merampas Bible.
Sementara itu, isu-isu perkauman yang diteriakkan dengan nyaringnya oleh golongan tersebut nenyebabkan ketegangan yang menakutkan. Perlakuan umat yang begini rupa hanya memberikan gambaran buruk kepada wajar Islam yang begitu indah dan adil.
Maka perlakuan seumpama ini sangat bertentangan dengan cogan kata bahawa ‘Rasul itu sebagai contoh ikutan kita’ yang dipamerkan pada setiap sambutan Maulidul Rasul dengan iringan ucapan dan kata-kata yang muluk-muluk.
Cogan kata dan ucapan seperti ini tidak selari dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam sendiri, yakni seolah-oleh mereka tidak mengetahui akan amaran Allah SWT kepada orang yang berkata-kata, tetapi tidak melakukannya, seperti dalam Surah Saf ayat 2 dan 3, “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan yang kamu tidak lakukan.” Dan “Sangat murka di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak lakukan.”
Jika ayat ini yang sangat tegas maknanya tetapi tidak berkesan dalam kalangan kebanyakan umat Islam, apalah yang boleh dikatakan.
Perihal rasuah, penyelewengan, pembaziran dan perbuatan mungkar yang lain masih berterusan ketika slogan, ‘Rasul sebagai contoh ikutan’ diucapkan. Inilah sebuah hipokrasi yang tiada taranya yang berlaku di negara ini, iaitu tendensi seperti ini sukar berakhir.
Kehidupan yang levish pembesar negara dalam pelbagai bentuk masih berterusan ketika rakyat berdepan dengan himpitan hidup kerana kenaikan harga barang dan pelbagai lagi.
Para pembesar negara masih terus bermewah-mewah, majlis perkahwinan putera-puteri mereka diadakan di hotel ternama, jamuan hari jadi, ada yang melancong dan sering membeli belah di luar negara dan pelbagai lagi ketika rakyat miskin meneruskan kehidupan yang amat sukar.
Dalam keadaan begini, masih ada rakyat yang membayar yuran sekolah dan buku dengan wang syiling kerana kemiskinan ibu bapa. Saya fikir, sepinggan makanan di jamuan hotel mewah sama harganya dengan jumlah yuran sekolah dan buku anak miskin tadi. Inilah yang terjadi dan banyak lagi peristiwa menyayat hati seperti ini yang tidak diketahui umum.
Inilah keadaan dan suasana ketika kebanyakan umat menyambut Maulidul-Rasul, ketika lidah memuji Nabi SAW sebagai contoh terbaik yang perlu diikuti, tetapi dalam masa yang sama perbuatan mereka sama sekali tidak mencontohi Nabi SAW.
Sumber HD - 13-1-2014
Wasatiyah Najib tercalar jika masih iktiraf judi
- Jan 12, 2014
- Muhammad Nuruddin Bashah
Gerakan Sokong Syariah melihat perkara ini sebagai suatu yang amat serius.
Ketiga-tiga syarikat perjudian ini akan mengadakan cabutan khas melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun 2014 yang mana menyaksikan tahun ini sebagai tahun naik kos sara hidup dan rakyat digesa hidup secara wasatiyah (sederhana).
Ini bermaksud terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk tahun ini sahaja. Malah untuk Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat 3 lagi syarikat perjudian NFO yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak.
Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun 2014 yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435H ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Tema ini adalah amat baik dan bertepatan dengan sikap cintakan syariah. Mengapa penulis memberi komen begitu? Perhatikan hadis di bawah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu said Sabda Rasulullah SAW:
Nabi Nuh a.s akan dipanggil pada hari kiamat lalu baginda berkata Labbaik dan Sa’daik wahai tuhan. Lalu dikatakan kepada Nabi Nuh a.s “adakah kau telah menyampaikan?” Nabi Nuh a.s berkata “ya”. Lalu ditanya kepada umatnya,”adakah dia telah menyampaikan kepada kamu?”. Mereka berkata :”Tidak ada peringatan yang datang kepada kami”. Lalu Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Nuh a.s : “siapa saksimu?”. Nabi Nuh a.s berkata : “ Muhamad dan umatnya”. Lalu umat Nabi Muhammad s.a.w menjadi saksi bahawa Nabi Nuh a.s telah menyampaikan.“Dan Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas ( perbuatan) kamu”
(Rasulullah kemudian membaca ayat ini) Itulah yang dimaksudkan oleh Allah SWT di dalam Quran
“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil(wasatan)dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. (Al Baqarah 143)
Istilah wasatiyyah adalah adil. Adil dalam ertikata menerima hukum Islam. Meletak syariah Islam di tempat paling tinggi semampu yang mungkin. Kerajaan Malaysia yang gemar menggunakan istilah wasatiyyah seolah-olah faham bahawa umat wasatiyyah akan menjadi saksi kepada dakwah Nabi Nuh di akhirat kelak. Adakah umat yang pernah melulus, mengaut hasil judi dan menambah permit judi layak menjadi saksi Nabi Nuh?
Inilah maksud penghinaan dan sikap memperlekeh istilah syariah dan meletak terma Al Quran untuk jajaan menarik sokongan rakyat semata-mata.
Allah telah berfirman di dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?”.
Jika pemerintah masih menganggap judi adalah ajaran serta tabiat kaum bukan Islam sebenarnya mereka juga jahil berkenan ajaran agama lain. Dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31)
Demikian juga agama Buddha, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia meruntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.
Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kelihatan lantang menentang cadangan lesen judi diberikan kepada orang Islam. Malah kata beliau agama sendiri (Islam) kita dianjurkan untuk berniaga dengan perkara-perkara yang halal, bukan yang haram. Tetapi ironinya kerajaan sendiri yang memasukkan hasil cukai judi dalam akuan disatukan yang digunakan untuk mengurus perbelanjaan ter,asuk gaji penjawat awam!
Kerajaan yang suka mengguna istilah wasatiyyah ini juga sangat bergantung kepada hasil perjudian untuk menampung pendapatan negara.
Dengan tidak mengambil kisah langsung musibah akibat judi sebenarnya pertambahan haricabutan perjudian hanya akan menambahkan tempoh kerugian pelanggan dan mendorong kepada peningkatan kes hutang Ah Long dengan jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor 178 hari tahun ini.
Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan pada sidang Parlimen September 2013, kerajaan Malaysia telah mengutip RM70.8 juta untuk cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013.
Jawapan Parlimen pada 31 Oktober 2013 juga menjelaskan jumlah cukai pertaruhan daripada enam syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah RM6.3 bilion.
Ini bermakn Secara purata kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada perjudian nombor ramalan tidak termasuk daripada Kasino Genting Highlands dan mesin slot di kelab persatuan atau persendirian.
Untuk mesin slot, cukai yang dikutip kerajaan RM73.6 juta, pada tahun 2010, RM77.3 juta (2011) dan RM82.4 juta (2012).
Jelas jika ada yang beranggapan bahawa Malaysia merupakan salah satu pusat judi yang hebat seperti Las Vegas ia bukan suatu mitos atau fitnah.
Cukup memalukan apabila beberapa ahli Parlimen berbangsa Cina menekan Parlimen bersetuju agar akuan wang disatukan tidak dimasukkan wang judi.
Sikap menambah permit cabutan judi adalah sama seperti sikap kerajaan cuba melulus lesen judi bola pada tahun 2010 semata-mata mengaut keuntungan dicelahan musim Piala Dunia dan ia suatu sikap amat tidak bertanggungjawab, menghina syariah dan menunjukkan mereka tidak layak mengalung istilah wasatiyyah ke leher.
*Penulis adalah seorang jurutera pengeluaran serta aktivis Gerakan Sokong Syariah (Gesa)
Sumber HD - 12-1-2014
Sejarah kelahiran Rasulullah bukan sekadar untuk disanjung
- Jan 03, 2014
- AHMAD BAEI JAAFAR
Kita tahu bahawa Nabi Muhammad SAW pemimpin yang mampu menyatukan pelbagai kabilah di Semenanjung Arab di bawah pemerintahan Islam Madinah. Kita kagum dengan kehebatan Baginda tetapi kita tidak mampu menyatukan sesama umat Islam, apatah lagi menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam rukun damai.
Kita tahu juga bahawa Muhammad SAW dilahirkan sebagai anak yatim piatu sejak kecil dan kehidupannya dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Tetapi kita yang dapat hidup dalam keadaan senang lenang bersama keluarga, mengapa kita belum boleh menjadi sehebat ketokohan Baginda?
Kita tahu juga baginda pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar untuk tuannya Khadijah binti Khuwailid. Kita tahu juga dengan kejujuran dan kepandaian baginda mengurus amanah dengan baik, akhirnya tuannya meminang baginda sebagai suaminya. Tetapi bagaimana dengan tugasan kita, sudahkan kita melaksanakan amanah dengan sempurna sehingga majikan kita boleh berpuas hati?
Sejarah bukan untuk dikagumi
Memang sejarah itu penting, apatah lagi sejarah Rasulullah SAW, tetapi sejarah yang kita baca bukan sekadar untuk menambahkan pengetahuan. Sejarah yang kita kaji bukan sekadar untuk dikagumi. Sejarah yang kita fahami bukan sekadar untuk kita ceritakan semula kepada orang lain. Namun apa yang menyedihkan kita pada hari ini sejarah tidak diminati pelajar sejak di bangku sekolah lagi.
Bayangkan kalau pelajar sekolah tidak memahami sejarah bukan sahaja dia tidak boleh menceritakan semua itu kepada orang lain, dia sendiripun tidak tahu sejarah. Bayangkan kalau penuntut universiti sendiri tidak berminat untuk mengkaji sejarah, bukan saja dia tidak boleh menggagumi sejarah itu, dia sendiri pun tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita. Apabila kita bertanyakan tentang kelahiran Rasulullah, mereka tidak mampu menjawab dengan berani. Apabila kita bertanyakan tentang sifat-sifat Rasulullah, mereka serba salah untuk menjawab kerana takut salah dan memalukan. Malah apabila kita tanyakan tentang kehidupan Rasulullah, mereka tidak dapat menjawabnya dengan tepat.
Kalau begitulah sikap dan ilmu pengetahuan umat Islam, munasabahlah umat Islam pada hari ini tidak berasa bangga menjadi umat Islam, tidak bangga menjadi umat Muhammad. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh mencontohi kehebatan dan kebaikan Rasulullah. Padahal, yang dibawa oleh Rasulullah itu adalah untuk dicontohi dan diikuti sepanjang hayat.
Jejak sejarah untuk dicontohi
Berdasarkan sejarah, ketika Nabi Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah baginda berdakwah secara rahsia, baginda bangun berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan berani mengatakan "Tuhan itu Esa".
Dengan dakwah itu baginda ditentang oleh penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Tentangan hebat datangnya daripada keluarganya sendiri khususnya yang mempunyai kepentingan di Makkah. Pelbagai usaha dilakukan oleh baginda bagi mengatasi tentangan tersebut.
Berdasarkan sejarah itu sepatutnya kita mengambil pengalaman baginda dalam gerakan dakwah. Antara yang boleh diikuti ialah:
1.Waktu bertenang adalah dalam tempoh tiga tahun bagi tujuan mengumpul kekuatan. Rasulullah setelah mendapat wahyu tentu belum ada kekuatan dan pengalaman. Dengan sebab itu baginda menjalankan dakwah secara senyap-senyap kepada rakan terdekat. Oleh sebab itu pendakwah masa kini, setelah memperoleh ilmu dakwah harus bergerak secara teratur dari bawah di samping mencari pengalaman yang bersesuaian dengannya.
2.Setelah sudah ada kekuatan iaitu ilmu dan pengalaman, kewangan, kederaan, sokongan bolehlah bergerak dengan lebih berani. Boleh menggunakan pentas awam termasuk media. Rasulullah mengumpulkan masyarakat Makkah di suatu daerah di lembah bukit. Di sini baginda berdakwah. Ketika itu baginda tidak takut lagi dengan tentang orang Quraisy. Begitulah seharusnya kita contohi, namun pengalaman kita pada hari ini, kita belum ditentang sebegitu oleh masyarakat kita. Jadi, mengapa kita tidak mahu berdakwah?
3.Perdakwah perlu bijak mengatur strategi yang pelbagai untuk mengatasi halangan yang pelbagai. Banyak pelan yang perlu ada demi menjayakan gerak kerja dakwah.
Antara strategi yang difikirkan oleh Rasulullah ialah ialah hijrah. Pelan pertama hijrah ke Habsyah pada 614 Masihi untuk menyelamatkan iman sahabat yang dizalimi. Pelan kedua hijrah ke Madinah setelah kekuatan asas sudah dibina di Madinah. Hijrah kedua ini adalah untuk kembangkan dakwah secara lebih besar.
Setelah berada di Madinah dan menguasai kotanya, Nabi Muhammad telah menyatukan semua suku kaum di bawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.
Ya, kita yang sudah berdakwah sekian lama, apakah kekuatan yang sudah dibina? Apakah strategi yang telah diatur? Apakah penyatuan yang telah kita usahakan? Ampun maaf, sehingga setakat ini belum ada NGO gerakan dakwah yang bergerak secara tersusun. Memang kita ada ABIM, JIM, Haluan, ISMA dan beberapa lagi kumpulan yang tumbuh kemudiannya. Tetapi mereka bergerak sendirian dengan pegangan yang tersendiri. Antara mereka tidak ada titik pertemuan. Mengapa mereka tidak boleh bersatu mengatur strategi dakwah yang lebih berkesan?
Di sinilah kelemahan pejuang Islam yang mereka mengakui mewarisi perjuangan Rasulullah. Mereka kononnya faham perjuangan baginda tetapi langsung tidak mengambil pendekatan yang sempurna dan strategik berdasarkan sejarah Rasulullah. Kita berhadapan dengan musuh yang pelbagai, tetapi kita tidak menggunakan strategi yang betul. Tetapi kalau kita gemblingkan idea dan fikiran tentu, satu persatu musuh akan tumbang sekali gus menerima Islam dengan baik.
Saya percaya, dunia dakwah kita masih luas dan peluang kita memartabatkan Islam masih luas. Kita tidak lokek dengan idea maka gunakan semua itu dengan sebaiknya. Marilah kita satukan NGO Islam dalam fikrah yang satu. Boleh bergerak secara berasingan tetapi bertitik tolok daripada strategi yang telah dibincangkan bersama. Insya-Allah kita akan berjaya.
http://baei.blogspot.com/
Sumber HD - 3-1-2014
No comments:
Post a Comment